Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Friday, July 23, 2010

Therapi Awet Muda!

Terapi awet muda

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
2010/06/27

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SUHU bilik berkenaan lebih panas daripada suhu demam iaitu 43° Celsius. Ketika kaki mula memijak jubin lantai yang lebih panas, sekitar 47 hingga 48° Celsius, spontan penulis terasa ingin melompat. Panasnya membuatkan tapak kaki seolah-olah melepuh terpijak bara api sebelum mampu menyesuaikan diri.

Tiada apa yang kelihatan pada bilik yang bahan binaannya serba-serbi didatangkan dari Jepun itu, cuma bangku kecil yang digunakan untuk mengalas kepala ketika berbaring.

Jubin lantai dan dinding serta cat digunakan untuk bilik terapi Jepun berkenaan bukan sebarangan, sebaliknya agen antioksida. Jubin dinding berperanan menyerap air dalam udara bagi mengekalkan kelembapan udara dalam bilik berkenaan. Jika terlalu kering, jubin berkenaan akan membebaskan air.

Pusat terapi awet muda antioksida Jepun seperti Ecoparadise bukan pusat terapi biasa. Tanpa sebarang ubat, pelanggan cuma perlu berbaring di atas lantai panas itu selama 40 minit.

Walaupun suhu bilik berkenaan panas, badan tidak berpeluh, sebaliknya suam. Pelanggan yang menjalani terapi di atas lantai itu mampu tidur lena sepanjang sesi terapi. Satu bilik mampu memuatkan empat pelanggan dalam satu masa. Ada dua bilik khusus untuk wanita selain bilik untuk pasangan.

Pakar Perunding Ecoparadise, Dr Chua Hui Yen berkata, pihaknya tidak menjual makanan tambahan atau vitamin, tetapi udara. Cat istimewa yang menyaluti dinding bilik terapi membebaskan ion negatif, menjadikan udara lebih segar dan bersih. Ion negatif penting kerana ia memperlahankan proses pembiakan bakteria.

“Tubuh kita umpama enjin kereta. Jika tiada penyelenggaraan, ada fungsi yang tidak dapat berjalan dengan baik. Radikal bebas ialah atom yang mempercepatkan proses penuaan. Ia atom yang tidak stabil.

“Setiap hari, berlaku proses semula jadi sama ada pada udara, makanan dan tubuh yang akan mengeluarkan radikal bebas. Jika terlalu banyak, radikal bebas akan menyerang sel dalam badan dan terapi ini membantu melambatkan proses itu,” katanya.

Konsep baru untuk kehidupan sihat itu dilihat lebih berkesan berbanding pengambilan antioksida melalui makanan kerana tubuh cuma menyerap kurang 10 peratus. Kulit ialah organ paling besar dalam tubuh. Jadi lebih banyak antioksida mampu diserap melalui kulit.

“Secara semula jadi ion negatif ada di air terjun, pantai, hutan malar hijau dan gunung. Sebab itu jika seseorang hendak bercuti, mereka pilih tempat berkenaan yang dipenuhi udara segar iaitu penuh dengan antioksidan yang dihasilkan secara semula jadi,” katanya.

Menurutnya, banyak faedah ditawarkan pusat terapi awet muda antioksida itu, antaranya membantu merehatkan tubuh dan memulihkan tenaga, membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan kadar metabolisme serta tekanan darah dan mengurangkan tahap kolestrol.

Di samping itu, ia membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan membantu melegakan alahan, selesema dan sembelit.

Untuk pesakit kencing manis, sesi terapi anti oksida yang berulang untuk mereka akan membantu merendahkan tahap kandungan gula dalam darah ke tahap normal. Terapi itu juga mampu membantu mengurangkan kesakitan dan memperbaiki kesihatan pesakit kanser.

Laporan menunjukkan pencapaian positif dalam kesihatan pesakit kanser selepas menjalani sesi terapi awet muda antioksida yang berulang.

Oleh kerana bakteria tidak mampu tumbuh dalam persekitaran yang mempunyai banyak ion negatif, semakin banyak bahan binaan yang meluahkan ion negatif dihasilkan, antaranya jubin, cat, plastik, cermin, kayu, gentian, logam dan simen.

http://cdn.media.innity.net/201007_2713/11013/C19505_1.gif  

Click Here

“Di Jepun, ada cecair istimewa yang boleh dicampurkan dengan bahan binaan bagi menghasilkan bahan yang mempunyai antioksida. Ujian dijalankan menunjukkan telur yang diletakkan dalam bilik dipenuhi ion negatif selama satu bulan tidak busuk, manakala roti yang biasanya cepat berkulat masih elok walaupun masuk hari kelapan,” katanya.

Dr Chua turut menunjukkan baldi plastik antioksida yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara, memasukkan air atau buahan untuk proses penapaian. Buah naga yang diperam dalam baldi berkenaan mempunyai rasa seperti tapai.

“Jika cara tradisional digunakan, proses penapaian mengambil masa lama iaitu memasukkan buahan, air dan gula dalam botol kaca selama satu atau dua bulan, tetapi menggunakan baldi ini proses berkenaan cuma mengambil masa lima hari,” katanya.

Untuk keterangan lanjut layari www.ecoparadise.my.

http://img6.cdn.adjuggler.com/images/Client280675/1265184685953_468x60.gif  

No comments: