Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Wednesday, June 29, 2011

Motosikal Terbang?

Assalammualaikum!

Jalan di darat semakin sesak. Jalan di air pula banyak bahayanya. Oleh itu, tercetuslah idea untuk menambahkan kenderaan di udara. Bilakah motosikal terbang ini akan dikomersialkan? Kita berdoa agar kenderaan ini tidak memudharatkan penunggangnya. Mudah-mudahan kecelakaan udara yang sudah sedia ada tidak bertambah.

 

Motosikal terbang pertama di dunia

CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.


SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Bunga Tak Semestinya Madu.

 

Assalammualaikum!

Dalam cantiknya benga, tidak semuanya mengandungi madu. Betapa indahnya ciptaan Allah yang patut kita kagumi.

 

7 bunga yang sangat beracun

 

1. Autumn Crocus

Bunga ini juga merupakan salah satu tumbuhan paling beracun di dunia, mungkin ini yang paling beracun. Mengandung colchicine, racun yang terkandung di dalam bunga ini sejenis dengan arsenik yang tidak ada ubatnya. Keracunan tanaman ini dapat menyebabkan penyakit jantung dan hilangnya tekanan darah.apakabardunia/tulahan

 

2. Oleander

Oleander dikenali sebagai salah satu tanaman yang paling beracun di bumi, sering digunakan untuk bunuh diri. Berbagai macam racun terkandung di seluruh bahagian tanaman ini, seperti Oleandrin dan neriine, menyebabkan gangguan sistem saraf, gangguan pencernaan, dan sistem peredaran darah, dimana ke semua itu terjadi secara serentak.

Mangsa akan mengalami gejala kehilangan kesedaran, tubuh bergetar, rasa sakit, koma, hingga kematian. Getahnya dapat menyebabkan iritasi kulit dan kekaburan pada mata.

3. Rhododendron

Tanaman ini apabila musim berbunga kelihatan sangat indah sekali. Dalam sebuah rakaman, menceritakan tingkah laku yang aneh pada sejumlah kumpulan berbangsa Inggeris semasa memakan madu dari bunga ini. Rhododendron mengandung andromedatoxin yang menyebabkan muntah, rasa sakit yang hebat kejang-kejang hingga menyebabkan kematian.

4. Angel's Trumpet

Jangan terkejut dengan namanya, tanaman ini mengandung racun yang boleh sangat bahaya untuk manusia mauhu pun haiwan. Bunga ini terkenal sebagai halusinogen yang sangat kuat kerana mengandungi zat tropane alkaloids.

5. Belladona

Dikenali sebagai salah satu tumbuhan paling beracun di Barat Hemisphere, Belladona mengandung tropane alkoids yang berpotensi membahayakan. Seluruh bahagian tanaman ini berbahaya, tapi bahagian yang paling berbahaya adalah buahnya yang sepertinya sedap dimakan, tapi membahayakan anak-anak.

Akibat dari racun bunga ini adalah pupil mata membesar, penglihatan menjadi kabur, sakit kepala, berhalusinasi dan kegilaan. Atropine racun yang terkandung di dalam bunga ini mengganggu sistem saraf menyebabkan gangguan pernafasan, berpeluh dan berdegup jantung.

 

6. Lyly of the valley

Lyly of the valley kelihatan sangat cantik dan nampak tidak berbahaya. Menggunakan satu atau dua dari bunganya yang berbentuk bell tidak akan menyakiti orang dewasa.

Apabila dimakan dalam jumlah sangat banyak, bunga ini boleh menyebabkan rasa sakit di mulut, muntah-muntah, kejang di seluruh tubuh, dan diare. Racun di bunga ini juga menyebabkan disfungsi jantung dan degup jantung yang lemah.

10 Keajaiban Alam Yang Tidak Ramai Yang Peduli.

Assalammmualaikum!

Dengan adanya sistem penerbangan tambang murah seperti Air Asia, bolehlah kita melancung ke beberapa tempat menarik di dunia. Tapi sayang, bila peluang sebegini datang, kita lebih gemar menghabiskan masa di tempat2 membeli-belah. Tak terfikirkah kita untuk melihat beberapa keajaiban alam sambil memuji kekuasaan Yang Maha Berkuasa?

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.
Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.
Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.

1. Pamukkale (Turki)

Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)

Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)

Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)

Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.

5. Wulingyan, Hunan (China)

Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)

Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)

Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)

Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China)

Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)

Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.fact and information/tulahan

Monday, June 27, 2011

Selamatkan binatang2 ini!

Assalammualaikum!

Dalam mengejar kemajuan, banyak sekali hutan2 yang dibinasakan. Tindakan sebegini menumbang akan kepupusan beberapa jenis haiwan yang mungkin belum anak-cucu kita kenali. Sayangilah alam sekeliling kita, dan berilah kesempatan untuk segalanya terus hidup agar terus berzikir kepada penciptanya.

Zoological Society of London kembali mengeluarkan senarai EDGE (Evolutionarily Distinct, Globally Endangered) 2010, setelah terakhir update pada tahun 2007 lalu.
EDGE ini merupakan senarai haiwan-haiwan yang statusnya terancam pupus, malah beberapa haiwan mungkin sudah pupus<
Berikut ini adalah 14 spesis mamalia teratas menurut senarai EDGE yang paling unik tetapi hampir pupus :

1. Ekidna muncung panjang timur (Zaglossus bartoni)

2. Ekidna muncung panjang barat (Zaglossus bruijnii)

Ekidna muncung panjang timur dan barat punya sifat yang unik, iaitu campuran antara mamalia dan reptilia. Keduanya juga hampir pupus akibat perburuan dan kehilangan habitat, akibat aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan haram.

3. Ekidna muncung panjang Sir David (Zaglossus attenboroughi)

Dari seluruh spesies ekidna muncung panjang, ekidna muncung panjang Sir David adalah yang paling kecil dan mungkin paling terancam pupus. Spesies ini awalnya dikenali dari satu spesimen yang ditemui pada tahun 1961, yang kemudian dipercayai telah pupus, hingga kemudian pasukan EDGE menemui bukti bahawa spesies ini masih bertahan pada tahun 2007. Distribusi dari ketiga spesies ekidna ini terletak di Papua dan Papua New Guini.

4. Greater Short-Tailed Bat (Mystacina robusta)

Kelawar ekor pendek yang terbesar di New Zealand ini kemungkinan sudah pupus selepas kedatangan orang Eropah di sana sejak 200 tahun lalu. Tidak seperti kerabatnya, lesser short-tailed bat, spesies ini lebih banyak menghabiskan waktu di tanah, sehingga mudah menerima serangan pemangsa seperti tikus.

Belum ada kelihatan kelelawar ini sejak tahun 1967. Ada laporan yang menemui, namun sukar untuk dipercayai kerana kawasan yang dilaporkan ini dipunyai oleh suku tempatan Maori, dan sukar untuk mendapat izin masuk ke daerah tersebut.

5. Baiji (Lipotes vexillifer)

Baiji, atau ikan lumba-lumba di Sungai Yangtze, kemungkinan sudah pupus, keran hanya 13 ekor sahaja yang ditemui sepanjang kajian populasi antara tahun 1997 dan 1999. Kajian terbaru yang dilakukan tidak berjaya menemui seekor baiji pun yang berbaki di sungai tersebut.
Sungai Yangtze yang sangat besar ini mengakibatkan Baiji kehilangan habitatnya dan populasinya menurun drastik, akibat aktiviti penangkapan ikan atau pun banjir besar.

6. Mountain Pygmy Possum (Burramys parvus)

Spesies ini merupakan jenis marsupial unik yang awalnya hanya diketahui dari fosilnya saja, hingga kemudian ditemui pada tahun 1966 pada sebuah resort ski di Victoria.
Ia merupakan salah satu dari pygmy possum terbesar di Australia, dan merupakan mamalia kecil yang umurnya terlama di dunia, dimana betinanya boleh mencapai usia lebih dari 12 tahun. Sayangnya, kehadiran industri resort ski yang bercambah di Australia mengakibatkan possum kecil ini kehilangan habitatnya hingga kini hampir pupus.

7. Solenodon Kuba (Solenodon cubanus)

8. Solenodon Hispaniola (Solenodon paradoxus)

Solenodon mempunyai rupa mirip dengan tikus, tapi badan tidak seperti tikus sama sekali. Solenodon ini merupakan satu-satunya mamalia yang membunuh mangsanya dengan racun.
Solenodon hanya terdiri dari dua spesies, iaitu Hispaniolan solenodon yang ditemui di Kepulauan Hispaniola dan Cuban solenodon yang distribusinya di Cuba.
Sebelum penjajahan orang Eropah, spesies ini merupakan pemangsa yang dominan di habitatnya, namun seiring berjalannya waktu, spesis ini kalah dengan pemangsa baru seperti anjing, kucing dan luwak.

9. Kelinci Riverine (Bunolagus monticularis)

Spesies kelinci Riverine ini, berbeza dengan sebahagian besar keluarga kelinci lainnya kerana satu sebab, iaitu tidak berkembang biak seperti kelinci. Ketika spesies kelinci pada umumnya boleh membesarkan 12 anak tiap kali beranak dan berkali-kali beranak dalam satu musim.

Kelinci ini hanya boleh membesarkan seekor anak dalam satu waktu, dan ia hanya hidup selama 3 atau 4 tahun di alam terbuka. Habitat kelinci ini di gurun Karoo, Afrika, terancam akibat gurun tersebut kerap menjadi kawasan pertanian.

10. Badak bertanduk dua Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)

Badak bertanduk dua ini merupakan yang paling kecil dan terancam dari lima jenis spesies badak yang masih bertahan hidup. Spesies ini hidup di pedalaman hutan Asia Tenggara, sebahagian besar di Indonesia.
Sayangnya, aktiviti manusia seperti pengondolan hutan mengakibatkan populasinya turun drastik sehingga terancam pupus, dianggarkan hanya kira-kira 275 ekor yang hidup hingga pada masa ini.

11. Badak Hitam (Diceros bicornis)

Badak hitam dan putih tidak dinamakan berdasarkan warna tubuh, melainkan bentuk mulutnya. Badak hitam mempunyai mulut atas yang mengatup, yang digunakan untuk menarik tumbuhan ke dalam mulutnya.
Spesies ini dikenali berbahaya, sehingga banyak mengalami pembunuhan dibandingkan badak lainnya. Populasi ini mengalami penurunan drastik sebanyak 96% antara tahun 1970 hingga 1992.

Selain itu, berbeza dengan mamalia lainnya, badak memerlukan keadaan persekitaran yang khas untuk boleh berkembang biak. Badak betina memerlukan badak betina yang lain untuk membantunya dalam mengembangbiakkan dan membesarkan badak muda.

12. Wombat Hidung Berbulu dari Selatan (Lasiorhinus krefftii)

Hanya tiga spesies wombat yang pada masa ini masih bertahan hidup, dan ini salah satunya. Wombat merupakan makhluk yang beraktiviti di malam hari, dan kebanyakan dilakukan sendirian. Sepanjang hari, wombat tinggal di dalam lubang, dan keluar di malam hari untuk memakan rumput .

Wombat banyak kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian, serta serangan pemangsa-pemangsa yang dibawa ke Australia, terutama dingo.

13. Unta Bactrian (Camelus ferus)

Spesies unta ini dapat dibezakan dari Unta Arab dari kedua bonggolnya. Unta Bactrian ini harus beradaptasi di Gurun Gobi yang ganas, salah satu tempat yang paling berbahaya dan rawan di bumi.

Spesies ini dapat bertahan dari dahaga yang panjang, kekurangan makanan malah radiasi ujian nuklear . Namun, eksistensi mereka kini terancam akibat kompetisi memperebutkan air dan makanan, perburuan serta kehilangan habitat.

Unta ini juga mempunyai adaptasi yang unik dalam menghadapi cuaca ekstrim. Bulunya boleh menjadi sangat tebal ketika musim sejuk, sementara hampir tidak berbulu ketika musim panas. Selain itu, unta ini mempunyai kaki yang lembut, yang mirip seperti kasut salji, untuk mencegahnya terperosok ke dalam pasir gurun.

14. Badak Jawa (Rhinoceros sondaicus)

Dengan tidak lebih dari 60 ekor yang berbaki, badak Jawa atau badak bertanduk satu kecil ini merupakan spesies badak yang paling unik dibandingkan lainnya. Ia mempunyai satu tanduk dan kulit yang amat tebal, malah disebut-sebut menyerupai besi baja.

Seperti badak lainnya, spesies ini memakan tumbuh-tumbuhan dan kebanyakan menghabiskan waktunya untuk berendam dalam lumpur untuk menyejukkan tubuh.
Meskipun populasinya kini dijaga dalam taman nasional, namun tanduknya masih banyak diburu, sehingga populasinya masih tetap terancam. Populasinya yang kecil juga mengakibatkan badak sangat berisiko menghadapi penyakit dan bencana alam yang besar.

Sunday, June 26, 2011

Pak Arenawati Dalam Kenangan.

Alfatihah untuk Pak Arenawati yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2009. Karya Arenawati sememangnya istimewa, ia berlatarbelakangkan banyak benua, penulis dirasakan membawa pembaca mengembara bersama pengalaman dan karyanya. Dilahirkan di Makasar, Indonesia, pada 30 Julai 1925, Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan Andi Buyung, berkelana ke Singapura dan akhirnya memilih Malaysia sebagai bumi untuk menetap. Mula menulis seawal usia 22 tahun selepas menghabiskan usia remaja sebagai pelaut selama sembilan tahun, Arena Wati pernah terbabit dalam dunia kewartawanan dan penerbitan dengan menyertai majalah Hiboran di Singapura; Penerbitan Melayu Ltd (Johor Bahru); Percetakan Light (Bandar Seri Begawan) dan Pustaka Antara (Kuala Lumpur). Novel keempatnya, Tumbangnya Pokok Tak Berlangit yang kemudian ditukar judul kepada Lingkaran melonjakkan namanya apabila meraih tempat ketiga Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka. Sandera ditulis pada 1969 pula dianggap antara novel terbaiknya dan diangkat sebagai salah satu teks untuk Kertas 2 Bahasa Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran (STP) dari 1960-an hingga 1980-an Arena Wati turut dikenali sebagai pengarang yang banyak melahirkan novel dalam bentuk trilogi dan menjadi ikutan penulis mutakhir, bermula dengan Bunga dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak ia diikuti dengan trilogi Pantai yang menghimpunkan Pantai Harapan, Turina serta Citra. Trilogi Busa pula merangkumi Busa Hati, Busa Sukma dan Busa Kalbu yang diikuti trilogi Armageddon dengan jilid Mandala, Menora dan Pentagon serta trilogi terbarunya iaitu novel Samira, kumpulan cerpen Antara Manusia dan teks drama lima babak, Kepala Bapak Itu. Kepengarangannya diperakukan pada peringkat serantau melalui Anugerah Penulisan Sea 1985, Anugerah Sastera Negara (1987) dan Anugerah Sastera Mastera (ASM) 2003 daripada Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera). Allahyarham turut menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kesusasteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 2003 dan diberi penghormatan sebagai Karyawan Tamu UKM pada 1985 hingga 1989. Arena Wati juga dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga 1990 dan Felo di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS); Universiti Leiden, Belanda serta Universiti Kyoto, Jepun. Sementara itu, Ketua Bahagian Agama dan Tamadun Islam (DBP), Azmi Ibrahim, yang menguruskan penerbitan beberapa karya Arena Wati antaranya novel, Sukma Angin dan drama, Kutukan Dari Langit, menyifatkannya sebagai insan yang sangat berpegang kepada janji dan bersedia menerima penjelasan. Pegawai Perancang Bahasa DBP, Mohd Hanafi Ibrahim, berkata novel Allahyarham paling mendapat perhatian di kalangan pengkaji sehingga kini adalah Lingkaran yang diterbitkan pada 1965, meskipun banyak karyanya lahir selepas itu. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Datuk Baharuddin Zainal, pula berkata, Arena Wati menjadi contoh penulis yang gigih dan tidak pernah mengalah untuk meluahkan pendiriannya melalui kesusasteraan. Senarai karya Arena Wati Novel: 01) Kisah Tiga Pelayaran (1959). Singapura: Harmy. 02) Jalan Malam Ke Ibu Kota (1961). Brunei: Pustaka Cahaya (diharamkan) 03) Gelora (1963). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 04) Lingkaran (1965). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 05) Gandaria (1969). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 06) Sandera (1971). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). 07) Eno (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 08) Royan (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 09) Rontok (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 10) Bunga Dari Kuburan (1987). Kuala Lumpur: DBP. 11) Kuntum Tulip Biru (1987). Kuala Lumpur: DBP. 12) Sakura Mengorak Kelopak (1987). Kuala Lumpur: DBP. 13) Pantai Harapan (1990). Kuala Lumpur: K Publishing. 14) Turina (1991). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 15) Citra (1991). Kuala Lumpur: DBP. 16) Sarida (1992). Kuala Lumpur: K Publishing. 17) Gami (1993). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 18) Panrita (1993). Kuala Lumpur: DBP. 19) Sudara (1994). Kuala Lumpur: DBP. 20) Mevrouw Toga (1995). Kuala Lumpur: DBP. 21) Begawan (1996). Kuala Lumpur: DBP. 22) Sukma Angin (1999). Kuala Lumpur: DBP. 23) Busa Hati (2002). Bangi: Penerbit UKM. 24) Busa Sukma (2002). Bangi: Penerbit UKM. 25) Busa Kalbu (2002). Bangi: Penerbit UKM. 26) Armageddon: Mandala (2004). Bangi: Penerbit UKM. 27) Armageddon: Menorah (2004). Bangi: Penerbit UKM. 28) Armageddon: Pentagon (2004). Bangi: Penerbit UKM. 29) Warna Sukma Usia Muda (2005). Bangi: Penerbit UKM. 30) Cakra Waruga (2006). Bangi: Penerbit UKM. 31) Warna Hati Era Remaja (2008). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. 32) Warna Kalbu Zaman Dewasa (2009). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Penerbitan Lain: 1) 7 Tegak Bersama (2005). Kuala Lumpur: DBP. 2) Sebuah Trilogi Tiga Genre (2007). Kuala Lumpur: Utusan Publications. Antologi Cerpen: 1) Tingkah Manusia (1960). Singapura: Harmy. 2) Pemburu di Sebatang Jalan (tidak diterbitkan). 3) Burung Badai (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 4) Johor Baru (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 5) Bara Batu (1984). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 6) Ombak Samudera (1992). Kuala Lumpur: DBP. 7) Getar-Getir Maya (2000). Kuala Lumpur: DBP. 8) Langkah Pertama (2004). Kuala Lumpur: DBP. 9) Antara Dua Deru (2005). Kuala Lumpur: DBP. Drama: 1) Kutukan dari Langit (2004). Kuala Lumpur: DBP. Autobiografi: 1) Enda Gulingku (1991). Bangi: Penerbit UKM. 2) Meniti Kala (1993). Kuala Lumpur: DBP. Non-Fiksyen: 1) Kajian Syair Klasik (1990). Bangi: Penerbit UKM. 2) Cerpen: Pengalaman dan Tanggapan (1995). Kuala Lumpur: DBP. 3) Jejak Kreatif (1996). Kuala Lumpur: DBP. ---

Saturday, June 25, 2011

5 Ways TV Can Hurt You.

Is it true? What a shame to be a TV maniac!

5 Ways TV Can Hurt Your Health

By Lisa Collier Cool

Couch potatoes beware: Watching the tube for two to three hours a day or more is linked to higher risk for type 2 diabetes, cardiovascular disease, and higher rates of early death from all causes, according to new research published today in theJournal of the American Medical Association (JAMA). The culprit is the couch potato lifestyle that frequently accompanies excessive viewing, the researchers report. With the average American logging five hours a day in front of the tube, sitting is replacing exercise.

TV viewing is associated with unhealthy eating, setting the stage for weight gain, the study indicates. Packing on pounds, in turn, boosts risk for diabetes, heart attacks, and a shorter life. Studies also link excessive tube time to sleep deprivation (another heart health hazard) and even nearsightedness in kids. Don’t blame the TV - it can’t shove you onto the couch or serve up a fast food meal. If your main form of physical activity is pushing buttons on the remote, take a look at how these habits can impact your health:

Follow these type 2 diabetes tips to help manage your blood sugar level.

1. Type 2 Diabetes. About 26 million Americans have diabetes, which quadruples risk for heart attack and stroke. The main risk factors for type 2 diabetes include being overweight, a sedentary lifestyle, poor diet (too many fried foods, too much processed meat and sugar-laden beverages), and family history. The JAMA study, which pooled results from earlier studies of 175,938 people, found that two hours of TV viewing daily ups risk by 20 percent.

Best prevention strategies: If you’re heavy, dropping even a few pounds can make a dramatic difference. In a study of people who already had pre-diabetes, those who shed 5 to 7 percent of their body weight (10 to 14 pounds for a 200-pound person) and exercised 150 minutes per week trimmed risk of progressing to full-blown diabetes by 58 percent. Exercise and weight loss also improve insulin resistance, the problem that leads to diabetes.

2. Cardiovascular Disease (CVD). This includes heart attacks, high blood pressure, angina (chest pain due to reduced blood supply to the heart), stroke and heart failure. The JAMA study found a 15 percent increased risk for fatal or nonfatal CVD among those who watched TV two hours a day. A recent Australian studyfound that the more screen exposure kids get, the higher the risk that arteries in their eyes will narrow, which could mean CVD later in life.

Best prevention strategies: Avoid smoking, exercise at least 30 minutes for five or more days a week, have your cholesterol and blood pressure checked, and if they’re high, get them under control via diet, exercise and, if necessary, medication. Maintain a healthy weight and reduce stress (exercise helps with both).

Try these 10 surprisingly simple ways to burn calories - without even leaving the house.

3. All-Cause Mortality. The JAMA study found that watching two hours of TV daily boosted risk of death from all causes during the study period by 13 percent. Worse: the risks appeared to rise with TV viewing of more than three hours daily, due to the couch potato lifestyle linked to excessive screen time.

Best prevention strategies: The same healthy habits listed for fighting diabetes and CVD.

4. Sleep Deprivation. We need between seven and eight hours of sleep daily but most adults don’t get that much. According to a National Sleep Foundation study watching the tube in bed or near bedtime is partly to blame. Skimping on slumber lifts risk for obesity, heart attacks, and car accidents. Multiple studies show that light at night, including light from the TV, boosts women’s risk of breast cancer.

Best prevention strategies: Turn off the TV at least one hour before bedtime, since the bright light from the screen stimulates the brain, making it harder to doze off. Develop good sleep hygiene.

5. Nearsightedness in Kids. Myopia (nearsightedness) affects 1.6 billion people globally. By 2020, the number is expected to hit 2.5 billion. Rates are highest in countries where kids watch the most TV and play computer games instead of playing outdoors. In Tokyo and Hong Kong, 30 to 50 percent of kids are myopic, versus 20 percent in the US. Myopic kids spend an average of 4.3 fewer hours per week outside than kids with normal vision and logged about four more hours of TV time weekly, a 2009 study found.

Best prevention strategies: Spending two hours a day outdoors reduces kids’ risk of nearsightedness by encouraging them to focus on objects in the distance, which helps strengthen their eyesight. Outdoor play also helps kids maintain a healthy weight.

__._,_.___

Friday, June 24, 2011

Bayangan Api Neraka.

Assalammualaikum! Berikut adalah sebuah kisah yang patut dijadikan ikhtibar sesama kita. Bayangan Api Neraka. Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: "Aku takutkan api neraka." Khalifah yang adil itu memujuk: "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis… Pengajaran: Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luarbiasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Majlis Perkahwinan Anak Luar nikah.

Assalammualaikum! Pada setiapkali hujung minggu di cuti sekolah, banyak sekali majlis perkahwinan diadakan. Di zaman materialis ini, majlis perkahwinan diadakan secara meriah berkonsepkan sebuah tema yang istimewa. Tapi, dalam banyak majlis meriah itu, ada juga majlis yang dihujani air mata. Majlis perkahwinan anak luarnikah. Pada majlis ini, anak hilang hormat kepada ibu-bapa dan maruah ayah dan ibu turut tercalar di khalayak ramai. Tidakkah kita dianjurkan menutup keaiban sesama manusia? Kasihan mereka yang telah terlanjur. Terlebih kasihan kepada mereka yang mula dikutuk masyarakat sekeliling sebagai anak haram. Ya Allah. Ampunkanlah mereka. Sudah pasti ada yang sangat menyedihkan bagi seorang gadis 20-an apabila dia menangis teresak-esak pada hari pernikahannya. Sebaik saja jurunikah dan pengantin lelaki selasai ijab dan qabul, perempuan mula menangis. Mulanya sedikit, kemudian semakin banyak dan teresak-esak. Orang lain yang melihatnya semacam hiba juga dan pasti kesedihan itu berjangkit kepada orang lain. Mungkin juga, sebelum ini dia rasa, dia punyai ayah yang disayanginya. Tapi semasa bernikah, ayahnya ada di situ, dalam majlis itu juga. Tetapi tidak seperti bapa orang lain, bapanya tidak boleh mewalikanya. Tapi bagi gadis ini, ayahnya bertindak sebagai penonton saja seperti bukan ayahnya. Mungkin semasa hantar borang permohonan nikah yang perlu disertakan dengan surat nikah mak-ayah, rahsia perbuatan mak-ayah dia berzina sebelum nikah terbongkar. Sebagai anak, dia tidak mampu menafikan suratan takdir Allah Taala seperti peristiwa sedih yang menimpa dirinya ini. Bersabarlah semoga Allah memberikan ketenangan pada jiwa kita,. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan.

Thursday, June 23, 2011

Gaji Pak Menteri, Betulkah Ini?

Assalammualaikum!

Sesungguhnya info ini telah dikongsikan oleh seorang rakan. Rasa seronok juga bila dapat tahu gaji pak menteri. Rasa terinspirasi untuk mentadbirkan negaralah, pulak!

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

Pekerja Hospital tak Semuanya Pandai.

Assalammualaikum! Tak berapa lama dulu, akak ada menulis sebuah artikel bertajuk "hospital cuai, salah siapa?" menceritakan kecuaian kakitangan hospital yang mengakibatkan kemalangan kepada pesakit. Pada tahun ini, akak sering saja masuk ward. Dalam ward akak mula mengaktifkan hobbi baru iaitu memanjangkan telinga untuk mendengar perbualan sekeliling. Perbualan sekeliling yang dimaksudkan termasuklah perbualan tetamu pesakit, kakitangan hospital dan apa saja bunyi yang boleh difahami oleh telinga. Dalam perbualan itu, adakalanya berupa rungutan/rintihan tentang layanan/tindakan kakitangan hospital. Apa yang akak dapat simpulkan dari pengalaman ialah: anda mungkin bertuah kerana dijaga oleh doktor yang pandai, tapi jangan terkejut kakitangan hospital yang lain tidak semuanya pandai. Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan bercerita tentang matanya pecah kerana tertikam penjuru kerusi ketika menunduk untuk mendukung bayinya. Di hospital, matanya yang pecah dicantumkan dengan menggunakan gam. Pada mulanya okay, tetapi apabila gam itu mula mengeras, pesakit itu tidak tertahan sakitnya, dan bacaan darah tingginya melonjak tinggi. Seorang kawan lain juga bercerita tentang penyakit darah tingginya diberi sejenis ubat oleh doktor yang memintanya mengambil secara istiqamah. Setelah 2 minggu mengambil ubat itu, polis telah datang ke rumahnya membawa pesanan bertulis dari hospital yang menarik balik ubat itu kerana membahayakan pengambilnya. Pekerja hospital tidak semuanya pandai, tapi sayang, adat pengurusan, kita diminta berurusan dengan mereka sebelum boleh berjumpa dengan doktor. Apa-apapun, kita doakan agar sentiasa dilindungi Allah dan tingkah-laku pegawai hospital yang bodoh tidak menimpa kepada kita.

Alor Setar: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu.
Muhammad Shaeidil Amir, 15, yang masih di bawah umur ketika kejadian, diwakili ibunya Zuraiza Omar, 39, memfailkan tuntutan saman pada Mac tahun lalu dengan menamakan Ketua Pengarah JPAM sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Hakim Maznah Abdul Aziz memerintahkan JPAM dan Kerajaan Malaysia membayar RM25,000 sebagai gantirugi am dan khas di atas kecuaian berkenaan dan RM2,500 kos prosiding terhadap Muhammad Shaeidil yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, Pendang.
Keputusan penghakiman itu dipersetujui Peguam Persekutuan, Adliana Nujumudin yang mewakili JPAM dan Kerajaan Malaysia. Muhammad Shaeidil diwakili Simon Murali.
Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.
Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula.
Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. -BH

Berita Berkaitan, Harian Metro November 4, 2007

Buang jari dalam tandas
SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.
Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.
Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.
Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.
“Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.
“Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.
“Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas,” katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.
Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.
“Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.
“Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.
“Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?” katanya.
Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.

Tuesday, June 21, 2011

Becaku Laju!

7 beca di dunia

 

  1. Jom tengok beca. Sudah lama tak naik beca. Bukan apa, kasihan kepada pengayuh yang mengambil upah tak seberapa.
  2. Beca Jerman (VeloTaxi)
  3. Beca Jepun (beca manusia)
  4. Beca Inggeris

  5. Beca Amerika
  6. Beca China
  7. Beca asli Indonesia

7. Beca Malaysia

Kaskus