Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Saturday, July 17, 2010

Kalimah Allah diSebalik Logo Crocs!

Kalimah ALLAH yang tersembunyi disebalik Kasut Crocs!
Design yang menarik, keselesaan, ringan, serbaguna, warna yang pelbagai menjadikan Crocs menjadi pilihan ramai. Baik mereka itu bayi kecil yang baru bertatih berjalan, kanak-kanak yang sedang aktif dalam dunia upin ipinnya, remaja belasan tahun, para pria, bahkan golongan veteran sekalipun mengenakan Crocs. Namun tidak disedari musibah yang menanti Ummat Islam di sebalik kasut ini.
Bagaimana Kasut Crocs yang menjadi alas kaki paling popular kini mendatangkan musibah kepada Ummat Islam? Bukan setahun 2 crocs ini bertapak di bumi Malaysia . Lebih dari itu kurasakan. Namun baru kini disedari terdapat kalimah ALLAH, lebih tepat lagi di bahagian kita meng-alaskan tapak kaki kita.
Untuk memudahkan imaginasi anda, mari aku perkenalkan dengan logo Crocs. Anda semua sedia maklum nama Crocs ini diperolehi dari Crocodile/ Buaya. Disebabkan itulah, syarikat ini menjadikan gambar buaya sebagai 'model' mereka. Maskot ini dihias sebaik mungkin agar kelihatan comel. Jika anak-anak kecil melihat, sudah pasti menyukainya. Inilah doktrin minda bawah sedar kepada anak-anak. Persoalannya, kenapa dikatakan terdapat kalimah Allah disebalik logo Crocs ini?
Baiklah, sila lihat gambar di bawah :

Bagaimana? Ada sesuatu yang mencurigakan? Sudah pasti ada yang berkata :"Ah..ada-ada saja kamu. Tidak ada yang pelik kurasakan. Hanya logo buaya yang comel. Tidak lebih dari itu."
Jangan tersilap. Jika dilihat sekali imbas, memang tidak akan kelihatan sesuatu yang janggal dari logo ini. Sama juga seperti produk Coca Cola. Setelah diselidik, sekiranya perkataan Coca Cola ini dilihat melalui cermin, akan tertera perkataan bahasa Arab : La Mecca, La Muhammad. Apa maksudnya? Tiada Mekah, Tiada Muhammad SAW. Baiklah, lihat gambar di bawah. Logo Crocs yang aku lampirkan di atas diterbalikkan beberapa darjah :

Sudah bisa melihat sesuatu? Ya, kali ini kelihatan dengan jelas. Kalimah ALLAH bukan? Siap ada sabdu lagi. Lebih jelas lagi, aku lampirkan gambar di bawah, ihsan dari sahabat facebook :
Aduh, seperti terkena renjatan elektrik. Adakah semua ini satu kebetulan? Atau syarikat Crocs tidak tahu menahu? Hanya maskot buaya yang comel, tanpa ada agenda disebaliknya? Bagaimana pendapat anda?
Nota :
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka" - Al-Baqarah 120

a) Option yang pertama, hilangkan logo ini dengan cara menggoresnya dengan pisau. Biar ia kelihatan bercalar-balar, kesucian Islam itu perlu dijaga.
b) Jika anda benar-benar marah akan perkara ini, bakar kasut Crocs kepunyaan anda sendiri.
c) Jika rakan anda belum maklum, sila maklumkan kepada beliau. Bukan membakar terus kasut Crocs mereka.
d) Jika anda mereka masih mengira-ngira untuk membeli kasut ini, anda ada pilihan (a) dan pilihan (b).
e) Jika anda berautoriti untuk mengetengahkan perkara ini kepada sekalian warga, aku cukup-cukup mengalukan.
f) Jika anda tidak ambil peduli akan pendedahan ini, sahlah keimanan yang ada di dalam diri bagi seorang muslim telah dicabut oleh Allah.
g) Jika anda seorang muslim yang beriman, sebarkan artikel ini kepada semua. Baik menggunakan blog anda, akaun facebook anda, akaun twitter, atau lain-lain medium.

 

Begitulah bunyi e-mail yang dikirimkan oleh saudara seugama kita. Tapi, apakah pendapat anda, sebenarnya?

 

 

http://aizuddin.com/wp-content/uploads/2010/05/logo_crocs_menyerupai_kalimah_Allah_aizuddin_thumb.png

Lepas kita dikejutkan dengan logo coca-cola yang menyerupai tulisan jawi, sekarang logo crocs pulak yang menimbulkan kontroversi. Memang kasut crocs dah jadi trend orang zaman sekarang, dari budak kecik sampai lah ke orang besar. boleh dikatakan, 1 family sekurang-kurangnya ada 1 kasut crocs. Kalau tak de, jiran-jiran sebelah mesti ada punya. hehe.

Isu-isu macam ni, susah kita nak merungkaikan dan membuat kesimpulan sama ada ianya hanya sebagai kebetulan atau memang disengajakan melainkan orang yang mencipta logo tersebut yang mengetahui. Sama ada memang mereka sengaja nak merosakkan agama Islam ni. Lagi-lagi bila kalimah Allah yang suci sepatutnya di hormati terletak di tapak kaki kita sendiri.

Boikot?

Kita tak tahu lagi sejauh mana kebenarannya, sama-sama lah kita tunggu. Orang-orang yang lebih pakar menyelesaikan kes seumpama ni. Nak boikot, dah terbeli. Tak pakai membazir. kalau pakai rasa macam bersalah pulak. huhu. pening-pening.

http://aizuddin.com/wp-content/uploads/2010/05/cocacola_thumb.jpg

http://img718.imageshack.us/img718/6044/justkhaiyukonwoven.jpg

 

Apa pendapat anda sekarang? Kurang ajarkah pendapat di bawah ini?

Apa design Crocs pilihan anda, samada Yukon Woven Khakis, Crocband, Santa Cruz Corduroy, semuanya akan berpendapat bahawa Jenama Crocs adalah jenama yang “comfortable, fun and versatile” untuk diguna-pakai. 

Kami semua menggunakan Yukon Woven kerana design yang ini masih belum ada yang tiruan. Semuanya masih original. Kenapa Yukon Woven?

  First, Yukon Woven tidak mempunyai logo Crocs di bahagian atas tapak bahagian tumit. Tidak seperti yang terdapat pada Crocband. Yang keduanya, bagi aku…

Isu logo Crocs ni tak patut dijadikan isu. Ianya hanya mirip kepada kalimah Allah dan bukannya terang-terang ditulis kalimah ALLAH di atas tapak kasut itu.
Setelah diubahsuai, barulah logo itu jadi mirip kalimah Allah. Tapi ianya tetap bukan kalimah Allah. Diulangi, hanya mirip!

Sebagaimana huruf K jika ditambah garisan di atasnya, akan jadi huruf R.. dan huruf K tetaplah huruf K manakala R tetaplah huruf R dan langsung tiada persamaan
sampailah bila-bila. Mana timbulnya isu kita memijak kalimah Allah sedangkan apa yang ada ditapak kasut tersebut bukanlah kalimah Allah?

Kadang-kadang masing-masing cuba ingin menjadi paling alim ulama’ dan yang paling pandai dalam segala hal. Walhal akhirnya tanpa disedari ianya berubah
kepada fitnah atas sebab menghebahkan sesuatu yang belum pasti. Dan orang kita tidak pernah berubah dengan sikap boikot bermusim dan musim sekarang adalah
musim Boikot CROCS. Mana pergi boikot McD, Nokia, Tesco dan lain2 dulu? Masa perang boikot, habis perang lupa terus! Dan satu lagi yang terlupa di sebut,
FACEBOOK!

1 comment:

Blogger said...

Do you love Coca-Cola or Pepsi?
SUBMIT YOUR ANSWER and you could get a prepaid VISA gift card!