Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Friday, December 31, 2010

A Happy New Year Recipe.

A Happy new year Recipe

If you want each and every day of your new year

full of joy and long lasting inner satisfaction, then read carefully the following

recipe and do as directed!

Take twelve whole months. Clean them thoroughly of all

bitterness, hate, and jealousy. Make them just as fresh and clean as possible. Now

cut each month into twenty-eight, thirty, or thirty-one different parts, but don't

make up the whole batch at once. Prepare it one day at a time out of these ingredients.

Mix well into each day one part of faith, one part of patience, one part of courage,

and one part of work. Add to each day one part of hope, faithfulness, generosity,

and kindness. Blend with one part prayer, one part meditation, and one good deed.

Season the whole with a dash of good spirits, a sprinkle of fun, a pinch of play,

and a cupfull of good humor. Pour all of this into a vessel of love. Cook thoroughly

over radient joy, garnish with a smile, and serve with quietness, unselfishness,

and cheerfulness. You're bound to have a happy new year.

Monday, December 27, 2010

Santau? Apakah ubatnya?

 

Cara elak santau..

artikel dibawah diambil daripada sember-sumber tertentu. bukan dikarang oleh saya.

sedikit sebanyak yang saya tau berkenaan santau.
santau nie ada beberapa jenis yang terkenal santau air dan santau angin dan ada beberapa santau lain yang paling bahaya santau angin.  benda nie dihantar melalui medium angin jer manakala santau air pula dihantar melalui medium air minuman dan makanan.
selalunya orang yang kena santau nie tak sedar diri nya disantau hanya apabila orang tersebut terlanggar pantang santau seperti contoh menghisap rokok terminum air asam lebih lebih lagi asam jawa dan makan cuka maka dengan serta merta santau yang tak aktif dalam tubuhnya akan aktif.
dalam satu kes dikampung saya seorang nie kena santau dia rasa panas badan dia ingat dia demam dia minum air asam jawa bila terminum jer air asam jawa santau tersebut terus aktif dan dalam masa 4 jam dia meninggal. bila doktor buat bedah siasat ternyata jantung, peparu, buah pinggang, penuh dengan kaca. dan usus nya hancur dengan kaca.
kadang kadang orang menggunakan santau nie sebagai pelaris macam mana caranya tidaklah diketahui,     tapi syaratnya setahun sekali dia mesti mencari mangsa untuk makanan santaunya. kalau  tak santau itu akan makan dirinya.
orang yang sudah terkena santau sekali seumur hidup akan menanggung kesannya sekalipun telah diubat. antara kesannya dia akan mudah sakit dan tubuh nya akan menjadi lemah.
seperti arwah ayah saya akibat diserang santau akhirnya beliau telah mengalami penyakit lelah yang berpanjangan sekalipun telah berjaya diubati.
beberapa ubat santau:
antaranya cari daun pepulut barang segenggam kemudian tumbuk halus. ambil airnya lepas tu ambil sesudu minyak lenga dan sebiji gula batu campurkan adunan tersebut, minum selama 3 pagi.
lepas tu pada paginya ambil pucuk pisang emas cuba buang air besar di atas pucuk pisang tersebut akan kelihatan kaca pada najis mangsa.
cara kedua ambil akar som boleh dibeli dikedai ubat cina. ikat akar tersebut dengan tali kemudian telan akar tersebut kemudian tarik kembali.
akan kelihatan kaca melekat pada akar som tersebut sesuai untuk santau yang melekat pada tekak.
cara nak elak santau:

berhati hati dengan makanan dan minuman yang hendak dimakan. seringkali baca bismilllah dan doa sebelum makan. jika disyakki kuih tu beracun cuba beri makan dulu pada ayam selalunya ayam tidak akan makan kuih yang dah diletakkan santau.

jika minuman lihat dulu jika wujud sesuatu yang tak kena jangan minum. contoh kita minta air kopi panas tapi bila kita pegang bawah buntut cawan tu rasa sejuk itu tanda minuman tu dah diletak racun.
sebab tu kita selalu lihat orang akan letak jari kelingking nya dibawah buntut gelas atau cawan ketika minum sebab mereka nak kesan santau yang mungkin berada pada minuman.
selain itu biasakan sebelum makan atau minum, gengam tangan letakkan pada dahi. gengaman tangan kita tu selalunya kebiasaan nya kita akan dapat lihat tangan kita melalui air atau pinggan.  kalau tak nampak memang sahih makanan yang kita hadap tu memang beracun.
walau apapun selalulah minta perlindungan tuhan dari racun macam nie sebab ini semua adalah sihir melalui bantuan jin.

namun demikian seringkali wujud kekeliruan dalam masyarakat berkenaan santau dengan tenung.
kalau tenong iaitu satu cara sihir yang digunakan untuk memasukkan paku atau barang lain kedalam tubuh manusia. beberapa kes yang pernah saya dengar berlaku kepada orang tua sahabat saya. terdapat kuali pecah dalam perut ayahnya. ada separuh kes memuntahkan pucuk keris. ada kes lain ada masuk skru, paku karat didalam tubuh. simnangsa itu dikatakan melalui santau tenong.

http://cornerzz.blogspot.com/2010/01/cara-elak-santau.html -

 

Limau nipis ubat santau

 

KUALA LUMPUR: Limau nipis ubat paling mujarab bagi mematahkan tindak balas santau ‘angin’ yang dikenakan kepada seseorang melalui kaedah belah atau memotong limau itu daripada tangkai atas ke bawah.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Rozali (gambar) berkata, selain digunakan untuk memulihkan pesakit santau, limau nipis juga boleh digunakan untuk mengesan sama ada seseorang itu sudah terkena racun santau atau tidak.

“Apabila orang yang terkena santau angin memakan limau atau nanas bersama kicap mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan, malah, pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam,” katanya.

Menurut Suhaimi, santau angin yang turut dipanggil ‘tuju’ itu dihantar dari jauh oleh individu tertentu dengan niat mengkhianati seseorang atau memenuhi syarat pemilikan santau.

“Pengamal santau perlu membuang santau itu setiap tahun bagi memastikan ia tidak ‘memakan’ diri sendiri atau keluarga terdekat mereka,” katanya.

Katanya, santau angin boleh berlaku melalui dua cara iaitu secara manual iaitu penghantar meletak bahan santau ke dalam makanan atau minuman orang yang ingin disantau dengan meletakkan serbuk santau itu pada hujung kuku dan ditabur dengan cara merenjis.

Manakala cara kedua, melalui upacara pemujaan yang dilakukan bomoh menggunakan perantaraan makhluk halus atau jin. Ia dilakukan dari jauh tanpa pengetahuan mereka yang ditujukan santau berkenaan.

Semalam, Harian Metro melaporkan lima anggota polis yang menderita sakit perut dipercayai akibat ditujukan ‘santau katak puru’ dan ‘santau angin’ oleh seorang dalang sindiket mencuri motosikal.

Mengulas kejadian itu, Suhaimi berkata, ada beberapa panduan boleh digunakan orang ramai untuk mengenal pasti kehadiran santau di kedai makan atau sesebuah restoran.

“Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

“Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau,” katanya.

Beliau berkata, antara tanda-tanda awal seseorang itu terkena racun santau ialah mulut berbau busuk, kuku menjadi hitam dan batuk berpanjangan.

www.hmetro.com.my/myMetro/.../Limaunipisubatsantau/.../index_html -

Tuesday, December 21, 2010

Tokoh Matematik.

 

Assalammualaikum!

Matematik adalah subjek yang penting di dalam peperiksaan Malaysia. Namun demikian, tidak ramai yang suka/gemar kepada subjek ini. Subjek yang banyak menuntut kemahiran/kecekapan minda ini lebih banyak dikuasai oleh masyarakat Cina. Mempelajari ilmu hisab adalah suatu kesempatan yang tidak patut disia-siakan. Bijak mempraktikan ilmu hisab itu sendiri adalah suatu keberuntungan yang tidak ternilai.

Orang kata tak kenal maka tak cinta kan.....adakah anda mengenali tokoh-tokoh matematik??? tidak ramai di antara kita mengenali tokoh matematik yang telah mengkaji dan menghasilkan formula matematik. di sini kami ingin berkongsi serba sedikit tentang tokoh matematik serta apa yang telah dikaji dan dihasilkan oleh beliau...

 
Eratosthenes
(274-194 S.M)

 



Eratosthenes dilahirkan di Mesir.


Sumbangan utamanya ialah pengiraan
panjang lilitan bumi. Nilai yang di
dapatinya adalah hampir 25000 batu,
tidak jauh dari nilai sekarang iaitu
24900 batu. Eratosthenes juga
mengatakan bahawa India bolehdi
datangi dengan belayar ke barat
(Pada masa itupelayaran ke India
hanya ke arah timur). Daripada
kesamaan air pasang dan air surut
di lautan Hindi dan lautan Atlantik,
Eratosthenes berpendapat kedua-dua
lautan itu mesti bercantum di selatan
benua Afrika.
Leornado Fibonacci


Dilahirkan di Pisa, Itali pada tahun
1175. Pada masa kecilnya dia berada
di Algeria bersama bapanya, seorang
saudagar. Dia belajar kira-kira
daripada seorang ahli matematik Arab.
Dia sangan tertarik kepada angka-
angka Hindu-Arab yang pada masa
itu belum dikenali di Eropah. Dalam
karyanya, "Liber Abaci", Fibonacci
memperkenalkan angka-angka Hindu-
Arab kepada orang Eropah. Walau
bagaimanapun, Fibonacci terkenal
pada hari ini sebab senarai Fibonacci
yangdiperolehi daripada satu masalah
dalam "Liber Abaci".
Senarai itu ialah : 1,1,2,3,5,8,13,21,..
Balise Pascal
(1623-1662 M)


Pascal ialah ahli matematik yang sangat
pintar. Semasa kecil lagi dia telah mem
buktikan dengansendirinya, bahawa
jumlah sudut-sudut dalam suatusegitiga
ialah 180o .Bila berusia 16 tahun, beliau
menjumpai satu teorem asas tentang
geometri.Sumbangan beliau yang utama
ialah ciptaan teorikebarangkalian.
Beliau juga membina mesin kira
yang pertama. Nama Pascal lebih di
kenali kerana suatu senarai nombor
yang dipanggil Segitiga Pascal.
Sebenarnya, senarai nombor ini telah
dikenali oleh seorang ahli matematik
dan penyair Arab yang masyhur, Omar
Khayyam hampir 550 tahun sebelum
masa Pascal. Seorang ahli matematik
Cina, Chu Shi Kei juga telah menyentuh
tentang senarai nombor ini dalam


sebuah bukunya dalam tahun 1300.


Rene’ Descartes (1596-1650)


Beliau adalah pencipta bagi cabang matematik geometri koordinat. Menurut beliau, adalah mencukupi untuk melukis suatu garis lurus jika penjangnya diketahui. Graf dilukis pada paksi Cartesan mengandungi satu set pasangan tertib (x,y). Beliau dikatakan mendapat idea mengenai koordinat ketika beliau sedang terbaring dan memerhatikan seekor labah-labah pada siling biliknya.Dari situlah beliau mengkaji dan mencipta konsep tentang geometri koordinat.
Archimedes 287 – 212 sm


Dilahirkan pada 287 sebelum masihi dan meninggal pada tahun 212 sebelum masihi ketika perang, dibunuh oleh tentera Rom.Beliau kemungkinan mendapat pendidikan di Alexandria, di sekolah Euklid. Egypt merupakan kota terbesar pada ketika itu. Beliau telah diajar mengenai kalkulus. Archimedes terkenal sebagai "Bapa Kalkulus". Pencapaian beliau yang terkenal ialah Hukum Hidrostatik Archimedes, Mencipta Takal, Skru Archimedes dan Menemui pi.

Sir Isaac Newton (1642-1727)


Dilahirkan pada 1642 di sebuah keluarga petani di jajahan Lincoln, England. Semasa kecil beliau tidak dapat bermain permainan kasar kerana badannya tidak cukup kuat, maka beliau menghabiskan masa lapangnya dengan merekacipta berbagai permainan seperti lelayang bertanglung, roda yang dipusingkan oleh air, jam kayu dan jam matahari. Dengan rekacipta itulah beliau mengkaji dan mencipta konsep matematik. Pencapaian beliau ialah Hukum Newton dan Teorem binomial.

John Venn (1834-1923)


John Venn dilahirkan pada 4 August 1834 di Hull, Yorkshire, England dan meninggal pada 4 April 1923 di Cambridge, England. Beliau banyak membuat kajian terhadap logik dan kebarangkalian. Minatnya bertambah apabila membaca buku tulisan George Boole dan De Morgan. Beliau mengembangkan lagi idea George Boole mengenai logik dengan mencipta gambarajah Venn untuk menunjukkan persilangan dan kesatuan set. Inilah wujudnya konsep kebarangkalian yg kita pelajari di sekolah.

Johann Carl Friedrich Gauss


Beliau dilahirkan pada 30 April 1777 di Brunswick, Jerman dan meninggal dunia pada 23 Feb 1855 di Göttingen, Hanover , Jerman. Kepintarannya terserlah seawal 7 tahun, apabila dia mengira jumlah nombor 1-100 dengan cepat menyedari bahawa kiraan nombornya adalah 50 pasang dan setiap satunya ialah 101. Beliau banyak memberi sumbangan di dalam bidang Matematikdan astronimi. Antara pencapaiannya ialah Menemui Hukum Bode iaitu teorem binomial, arithmetik-geometrik, hukum pertukaran kuadratik dan teorem nombor perdana, Pembinaan 17-gon(poligon) menggunakan pembaris dan kompas.

Al-Biruni (973-1050)


Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni, Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6 km

Al-Battani (850-929)


Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.

Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.

Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Al-Khawarizmi (780 - 850)


Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Omar Khayyam (1048-1131)


Nama sebenarnya ialah Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam dan dilahirkan pada 18 Mei 1048 dan meninggal dunia pada 4 dec 1131. Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah dalam bidang Algebra.

Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ke tiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Ini termasuklah penyelesaian geometrik bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.

Bukunya `Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila’ adalah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan. Omar Khayyam telah mengenal pasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakan oleh Omar Khayyam adalah bersifat geometrikal. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian-kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.

 

 

Karl Pearson (1857-1936) : Tokoh Matematik dan Intelektual Serba Boleh.

Karl Pearson, seorang British, yang di lahirkan pada 27 March 1857 merupakan anak kepada William Pearson, seorang peguam yang berjaya. Semenjak dari kecil lagi, melalui pendidikan awalan di rumah, bapanya mempengaruhinya supaya ia menumpukan pendidikannya dalam bidang undang-undang. Galakan yang diberikan inilah yang akhir mendorongnya untuk menekuni bidang undang-undang di University College School, London. Tentang tahap dan pencapaiannya dalam fasa ini, ia pernah disentuh oleh Walker (1968, p. 692) yang menyifatkan sejarah beliau sejak dari kecil lagi telah menampilkan bakat untuk menjadi seorang intelektual yang luar biasa, bila kelak nanti.

Setelah itu menamatkan pengajian dalam undang-undang secara persendirian ini, barulah Pearson mula menjejaki displin matematiknya di King’s College, Cambridge, yang mana bidang ini kelak yang akan menjadi ingatan masyarakat akademik terhadapnya. Memang, selama dua tahun (1879-1890), dalam penah dan lelah, beliau sudahnya berjaya meraih tahap kepujian dalam bidang ini. Lantaran kecemerlangannya ini, beliau telah dianugerahi oleh King’s College, Cambridge satu geran pembiayaan kewangan di antara 1880 hingga 1886, tanpa sebarang obligasi (Porter, 1994, p.541).

Pada tahun 1881, Pearson memilih untuk berkecimpung dalam dunia kepeguaman sehingga berjaya mencapai tahap sarjana dalam displin ini. Belum lagi merasa puas, beliau akhirnya merantau ke Jerman dengan menggunakan pembiayaan yang di perolehinya sebelum ini. Selama hampir dua tahun di Jerman, atau lebih tepat lagi di Universiti Berlin dan Heidelberg, beliau menelaah beberapa displin ilmu seperti fizik, metafizik, falsafah, biologi, sastera klasik Jerman dalam Zaman Pertengahan dan Renaissance, serta tentang Darwinisme. Kegigihan beliau dalam menceroka ilmu ini, akhirnya berbalas bilamana beliau berjaya menguasai bidang-bidang yang ditelaahnya itu. Setelah itu, barulah beliau kembali ke England.

Bermula dari detik ini, perjalanan intelektual Pearson, seperti yang dinukilkan oleh Walker (1968, p.692) sudah kelihatan tersusun. Walker menyatakan, sebaik kembali ke King’s College, London, beliau tidak mengambil masa yang lama untuk menyampaikan kuliahnya mengenai corak pemikiran dan kehidupan sosial masyarakat Jerman. Fikiran-fikiran seperti Martin Luther, Karl Marx, Maimonides dan Spinoza menjadi butiran-butiran kuliahnya. Terpengaruh dengan pengalamannya di Jerman, beliau mula dianggap sebagai intelektual yang dekat dengan ateis dan sosialis. Namun begitu, ketekunan beliau dalam bidang pemikiran ini tidak sesekali menghilangkan sumbangannya dalam bidang asasnya, iaitu matematik. Di waktu ini, beliau beliau tidak mengabaikan sumbangan kertas kerja dalam lapangan matematiknya.

Pada tahun 1884, hierarki intelektual Pearson kian menongkah apabila beliau telah dilantik sebagai Professor Goldsmid bagi Matematik Gunaan & Mekanik di University College, London, yang mana 23 tahun kemudian beliau akhirnya memimpin jabatan ini. Sebenarnya, dalam tempoh tahun 1891 hingga 1894, Pearson secara konsisten turut menyampaikan kuliah tentang geometri di Grisham College. Dan, atas sokongan Francis Galton, ketuanya di Grisham College, Pearson turut menjadi Professor pertama dalam bidang Eugenik sehinggalah beliau bersara sepenuhnya dalam dunia akademia pada tahun 1933.

Di satu sisi kehidupannya yang lain, Maria Sharpe adalah pendampingnya dalam kehidupannya. Perkahwinannya pada tahun 1890 ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, dua anak perempuan; Sigrid dan Helga, dan seorang anak lelaki; Egon. Kisah pertemuan Pearson dengan Maria sebenarnya banyak bermula dari penyertaan mereka dalam aktiviti-aktiviti sosial mereka. Namun begitu, pada tahun 1928, Maria pergi dahulu buat selama-lamanya, sebelum beberapa tahun kemudian, barulah beliau berkahwin dengan Margaret Child, seorang pelajar di University College.

Karl Pearson, tidak boleh dinafikan, memang seorang intelektual sejati. Tulisan-tulisannya jelas mengambarkan bahawa beliau sememangnya mampu menguasai ragam ilmu dengan hampir sempurna, menarik lagi, dengan caranya yang tersendiri. Sepanjang hayatnya, beliau telah menulis 18 kertas kerja di bawah tajuk umum, Sumbangan Matematik Pada Teori Evolusi (Mathematical Contribution to the Theory of Evolution). Fokus yang diperlihatkan dari himpunan kertas kerja ini bukanlah sesuatu yang menghairankan, apatah lagi bila memerhati tebaran perspektif beliau yang secara berterusan cuba menyuarakan wacana tentang masalah genetik, evolusi, antropologi, eugenik dan biologi. Kecenderungan beliau ini sudahtentu merupakan dampak pendidikannya di Jerman sebelum itu.

Selain daripada itu, dalam bidang matematik amnya, atau dalam statistik khususnya, Pearson telah mencipta banyak penemuan dan rumusan-rumusan baru, yang di antaranya termasuklah teori sumbangan pada pekali kontigen (theoretical contributions to the coefficient), pekali biserial dan tetrakorik (tectrachoric and biserial coefficients), ogif, chi-square, skedastiviti (scedasticity), kurtosis, ragam pertalian dan regrasi (multiple correlation and regression), pertalian sebahagian (partial correlation), pekali momen (moment variation), pertalian ratio (partial ratio), variasi pekali (coefficient of cariation), simpangan ganda (standard deviation), dan lain-lain lagi. Keseluruhan, dalam sepanjang hanyatnya, beliau sebenarnya telah menulis lebih 300 kertas kerja, dalam ragam displin, yang mana ia telah disiarkan dalam pelbagai jurnal, media, malah termasuk buku-buku seperti mana yang diungkapkan oleh Lord (1995, pp. 1557-1558).

Memperhalusi kepada buku-bukunya, ia tampak jelas menonjolkan bakat Pearson sebagai seorang intelektual yang serba-boleh. Kalau diperhatikan antara tahun 1922 hingga 1934, beliau telah berjaya memperkemaskan jadual Statistian dan Biometrian serta jadual Ketidaklengkapan Fungsi Beta dan Fungsi Gamma. Pearson turut menulis rakaman perhargaan atas pemergian mentor dan sekaligus teman akrabnya juga, Francis Galton menerusi empat siri biografinya iaitu Kehidupan, Surat-surat dan Hasil Kerja Francis Galton, (The Life, Letters and Labours of Francis Galton, 1914-1930).

Sementara itu, meskipun buku akademianya hanya tiga buah, namun pengutaraan gagasannya dalam buku yang sedikit tersebut, nyata sekali tidak kurang hebatnya. Dua bukunya yang pertama ialah hasil kumpulan syarahan-syarahannya yang dibukukan dibawah tajuk iaitu The Chances of Death and Other Studies in Evolution (dua Jilid, 1897) manakala yang satu lagi ialah The Ethics of Freethought and Other Aaddresses and Essay (1901). Buku-bukunya ini telah dipuji oleh Eisenhart (1974, p. 468) sebagai antara bahan yang terawal dalam bidang statistik serta merangkumi penerangan bagaimana untuk menilai populasi dengan menggunakan sukatan saintifik. Karya-karya beliau ini juga dianggap oleh Eisenhart (1974, p.468) sebagai lambang sebuah kebebasan fikiran, nilai sebuah penyelidikan yang bersejarah, terutamanya tentang sosialisme.

Waima, selain dua bukunya tersebut, salah satu lagi ialah Nahu Ilmu Sains (The Grammar of Science, 1892). Buku ini, barangkali adalah magnus-opusnya yang banyak merangsang fikiran intelektual selepasnya. Malah, impak buku ini pernah dipuji oleh Albert Einstein serta tokoh idealisme kiri yang juga guru Einstein sendiri, Ernst Mach. Selain daripada itu, Vladimir I. Lenin (1939, p. 119), pemimpin revolusi Russia pernah dipetik menyuarakan, “falsafah Pearson, secara konsisten dan berulang-ulang kali, sering membangkitkan tentang soal integriti”. Lebih lanjut, Lenin (1939, p.221) turut menyifatkan beliau sebagai seorang rakyat England yang mempunyai keperibadian yang sangat teliti.

Dalam buku Nahu Ilmu Sains ini juga, Pearson (1900) turut berbicara tentang bidang falsafah. Sebagai seorang idealis kiri, seumpama gurunya Earst Mach (sehingga disifatkannya juga sebagai seorang Machis), kerap mengemukakan pandangannya dalam soal menanggapi realiti, peranan inderawi yang mana tema-tema ini sudah sekian lama menjadi perbincangan dalam dunia falsafah, falsafah sains khususnya. Beliau juga mengakui bahawa apa yang di luar realiti itu sememangnya metafizik, yang juga satu dimensi yang sering diperlekehkan oleh ramai ahli falsafah sains ketika itu. Mudahnya, selain merujuk pada Mach, beliau turut menghala pemikirannya ke arah falsafah Berkeley dan Hume.

Sungguhpun begitu tinggi sanjungan yang diterima oleh Pearson, sudah tentu tidak dapat di elakkan bahawa beliau juga dipandang dari sisi-sisi negatif. Ini termasuklah, beliau dikatakan melebihkan bidang falsafah berbanding dengan aliran asasnya, iaitu statistik. Namun begitu, meskipun pandangan ini barangkali benar, ia sebenarnya juga melambangkan intelektualiti serba-bolehnya. Seimbas, dengan apa yang diungkapkan oleh Shaharir Mohammad Zain (2004) dalam wawancara beliau dengan Penulis sebelum ini, bahawa intelektual yang sebenar, ialah mereka yang mengabadikan ilmunya bukan dalam satu displin semata-mata, malah ia harus artikulasikan ilmunya, menurut keyakinannya, lalu ia dilimpahkan kepada massa.

Akhir, Karl Pearson mungkin bukanlah ilmuan yang paling pintar pada zamannya, mungkin bukan juga ilmuan yang paling popular, tapi yang nyata sekali, beliau sudah berhasil membuatkan matematik dan statistik menjadi ilmu yang tidak kurang menariknya. Cara beliau memecahkan masalah, lalu sembari secara hati-hati menjelaskannya, samada menerusi tulisan mahupun kuliahnya, diakui telah merangsang inspirasi kepada ramai ilmuan setelahnya. Justeru, bila dunia kehilangan beliau pada 27 April 1936, ia juga menandai satu kehilangan yang sangat besar kepada sebuah simbol kebebasan fikiran, dan juga kebebasan akademik.

Rujukan:

Eisenhart, C (1974). Karl Pearson. In C. C. Gillispie (Ed.), Dictionary of Scientific Biography, 447-473, New York: Charle Scribners and Sons.

Lenin, V.I. (1939). Selected works, vol 11, London: Lawrence Wishart.

Lord, C.D. (1995). Karl Pearson, English statistician. In E.J. McMurray (Ed.) Notable twentieth century scientists, 1556-15558, New York, Gale Research, Inc.

Pearson, E.S. (1938). Karl Pearson: An appreciation of same aspects of his life and work. Cambridge University Press.

Pearson, K. (1892). The grammar of science. London: J. M. Dent and Company.

Pearson, K (1897). The chance of death and other studies in evolution, dua jilid, New York: Edward Arnold.

Pearson, K. (1901). The ethics of freethought and other addresses and essays. London: Adam and Charles Black.

Pearson, K. (1914-1930). The Life, letters and labours of Francis Galton, empat jilid, London: Cambridge University Press.

Walker, H. (1968). Karl Pearson. In W. H. Kruskal and J.M Tanur (Eds), 691-698, International Encyclopedia of Statistics. New York: Collier and Macmillan.



 

Inilah antara tokoh-tokoh matematik yang telah mencipta konsep dan formula matematik...harapan kami anda semua sudah dapat mengenali latar belakang tokoh matematik yang ada.sekian dulu.Wasalam.

Sunday, December 19, 2010

Pelajar Israel Sekolah Berasingan?

 

Assalammualaikum!

Rata-rata kita menyaksikan bahawa sekolah-sekolah missionary mengasingkan pelajar lelaki dan perempuan. Selama ini, kita kurang pasti apakah tujuan mereka yang sebenar. Tapi kini, Israel ada jawapannya.

Antara rahsia kenapa Israel berjaya melahirkan pelajar yang bijak ialah mereka mengasingkan kelas antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kementerian Pelajaran Israel telah mengeluarkan arahan supaya lebih banyak kelas diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Semakin ramai rakyat Israel yang berfahaman sekular memilih untuk ke sekolah yang beraliran agama.
Kita di Malaysia bagaiamana ? Islam sudah lama menunjukkan caranya, tetapi yang mempraktikkannya ialah orang Israel.
***********************
Published: 12/01/10, 3:16 AM / Last Update: 12/01/10, 3:14 AM
Study: Separate Classes Achieve Better Results
by Elad Benari
Follow Israel news on and .
A recent announcement by Israel’s Ministry of Education said that hareidim who turn to academia will be eligible for stipends if they prove that they studied in schools with separate classes for boys and girls.
In light of this announcement, Arutz Sheva’s daily journal spoke on Tuesday with Shai Cohen, director of the Hakima psychometric prep institute for hareidim which itself provides separate classrooms. According to Cohen, the guideline set out by the Ministry is a logical one which will also result in better classroom achievements.
“If students study in separate classrooms they without a doubt achieve better results,” said Cohen, and added that a student who has achieved a score of 600 in the psychometric exam would be able to raise his score to 670 points in a mixed school, but would be able to achieve an additional 20 points in a school with separate classrooms.
According to Cohen, there is a logical explanation for this. “A young man during his adolescent years, when he is around the opposite sex, he feels the need to impress and does not give his full attention to studying. He does not listen. He has a lot of distractions. When we eliminate these distractions he can focus on learning.”
Cohen pointed out a recent recommendation by the Ministry of Education to all high schools that some subjects should be studied in separate schools. According to him, the main reason that this recommendation is not implemented is due to budgetary reasons. “If it was only because it was not popular I believe they would implement this,” he said. “But the real reason is that it requires money. It causes a need to suddenly open double the number of classes. Most schools run on an independent budget, and they prefer to save rather than split classes.”
He added that in recent years the number of students in his own school has doubled and attributed this to the fact that religious students do not see the separate classrooms as a matter of extremism but rather as a matter of professionalism. According to Cohen, there are even many requests by secular girls to join the school due to their recognition that learning in separate classes is an advantage. He explained that secular girls are told from the beginning that the school is a religious one and that they would be required to comply with dress code regulations and the like, but added that the girls adapt to these requirements.
Despite it all, Cohen doubts that separate classes in secular schools will be seen anytime soon, due to the aforementioned budget restrictions.
http://www.israelnationalnews.com/News/news.aspx/140936

Tuesday, December 14, 2010

Kau Tidak Pernah Mati Dari Hatiku!

 

Inikah yang dikatakan bukti kasih-sayang? Astaghfirullahu al-adzim! Kalau ya pun jiwang sangat, tiadakah cara lain untuk mengabadikan kasih sayang?

Drama khayalan Shakespear ‘Romeo Dan Juliet’. Juliet membunuh diri dengan meminum racun kerana menyangka Romeo telah mati. Romeo pula menjilat racun dari bibir Juliet agar dapat mati bersama.

Raja Shah Jahan pula telah memerintahkan sebuah istana cinta dibina untuk lambang cintanya pada permaisurinya: Mumtaz. Maka terdirilah sebuah istana ajaib dari batu permata yang dinamakan Tajmahal dan tercatit sebagai salah satu dari tujuh ciptaan ajaib dunia purbakala.     

 

Ahad Januari 31, 2010

Lima Tahun Tidur Di Sisi Mayat Isteri

Le Van sedang memeluk mayat isterinya.-Foto Ehsan www.weirdnewsasia.com

TAKDIR alam, setiap yang hidup pasti mati dan tiada siapa yang dapat melawan hakikat ini.

Tetapi kasih sayang seorang suami yang mahukan isterinya berada di sampingnya walaupun telah meninggal dunia adalah sesuatu yang mustahil.

Namun seorang warga Vietnam telah berjaya melakukannya!

Dia menggali semula mayat isterinya dan menyelimutkan mayat itu dengan tanah liat sehingga meyerupai patung seorang wanita.

Lelaki tersebut, Le Van, 55, dari Ha Lam, wilayah Quang Nam berbuat demikian agar dapat memeluk isterinya setiap malam sejak lima tahun lepas.

Isterinya meninggal dunia pada tahun 2003 dan Le Van tidur di pusara isterinya semenjak itu.

Setahun selepas itu, dia menggali sebuah terowong berhampiran tempat itu untuk melindungi dirinya dari hujan dan angin.

Namun tindakan yang tidak masuk akal itu dikesan oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka memujuknya supaya menghentikan perbuatan itu.

Tetapi Le Van tidak dapat meneruskan hidupnya tanpa isterinya di sisi. Oleh itu, dia menggali mayat isterinya dan membawanya balik ke rumah.

Sehingga hari ini, dia masih tinggal bersama mayat isterinya serta anak mereka.

Le Van memberitahu akhbar Lao Dong bahawa pada awalnya jiran-jiran tidak berani menjenguknya, tetapi kini mereka sudah biasa dengan keadaan tersebut dan berkunjung ke rumahnya sekali-kala.

“Saya melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza dan bukan seperti orang kebanyakan,” katanya.

Dia juga dapat merasakan kehadiran roh isterinya sentiasa bersama mereka dua beranak. Mereka juga tidak takut untuk tidur bersama mayat itu.

Menurut pihak berkuasa tempatan, mereka sedang merancang untuk memeriksa kes tersebut kerana di bawah undang-undang sanitasi yang baru digubal, mayat mestilah dibakar atau dikebumikan.

Perbuatan menanam mayat di kawasan perumahan tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang.

http"://mstar.com.my./variasi/manusia_peristiwa/cerita/

 

5 Bulan, Ibu Tidur dengan Mayat Bayi

Hostes yang kabur dari rumah kontrakan di Desa Jatimulya, Tambun, beberapa hari lalu ternyata selama lima bulan tidur bersama mayat bayi yang dilahirkannya. Dia diciduk petugas Polsek Tambun saat turun dari angkot di Cikarang, Senin (23/2) malam. Tersangka TW alias Dea,35, yang setiap malam mangkal di kafe di daerah Jakarta Timur ini mengaku menyimpan mayat jabang bayi di kardus karena malu punya bayi hasil hubungan gelap. Dea juga tidak menguburkan mayat si orok meski baunya sudah menyengat. Dia juga tidak merasa takut selama berbulan-bulan tinggal di kamar kontrakan bersama mayat bayi yang membusuk. . baca selengkapnya...

www.lintasberita.com/.../5_Bulan_Ibu_Tidur_dengan_Mayat_Bayi -

Monday, December 13, 2010

Kisah Cinta Atas Talian.

Assalammualaikum!
Kata orang, "tak kenal maka tak cinta". Betulkah begitu? Di zaman serba canggih, berbagai alat komunikasi telah dicipta untuk mendekatkan yang jauh, dan merapatkan yang dekat. Alat Komunikasi canggih yang dimaksudkan ialah: telefon bimbit, PDA dan mobile broad band. Kesemua alat ini mampu dibeli oleh orang kebanyakan. tujuan asal alat itu dicipta ialah untuk kita mendalami ilmu, namun setiap yang baik, ada buruknya. Alat komunikasi canggih kini menjadi media untuk melepas perasaan, mencari ketenangan dan kadangkala mengaibkan diri sendiri.

"TELEFON dan komputer alat penghubung dan lambang kemajuan. Namun alat itulah juga punca segala-galanya, menghubungkan dan memutuskan. Ada orang bercerai melalui telefon, ada yang berkenalan melalui Internet. Begitulah yang berlaku pada saya, bukan bercerai tetapi dapat kawan.

‘‘Mula-mula chatting, tak sangka pulak lama-kelamaan jadi seronok akhirnya jatuh cinta dengan lelaki bernama Sam yang mengaku bujang. Peristiwa ini berlaku kira kira lapan tahun lalu. Walaupun perkenalan di alam maya dan berjauhan, tapi kami serius dalam masa tak sampai setahun.’’ Demikian cerita Nooratila dalam emelnya.

‘‘Bila dah seronok chatting mulalah nak ajak jumpa, seorang di utara seorang di selatan. Tapi kata Sam itu semua bukan masalah, kita boleh naik kereta, bas ataupun keretapi untuk berjumpa. Zaman ini semua dah canggih yang jauh boleh didekatkan.

‘‘Dipendekkan cerita KL jadi destinasi lokasi pertemuan kami. Bila empat mata bertemu maka ikatan cinta kami menjadi semakin kuat. Ketika itu tidak ada siapa boleh memisahkan kami.

‘‘Bila dah berjumpa terasa macam serasi pulak, ketika inilah telefon menjadi alat pilihan pertama. Malangnya telefon juga jadi alat merosakkan hubungan kami.

‘‘Sangkakan cinta kami ibarat panas hingga ke petang, rupanya ribut taufan di tengah hari. Semuanya bermula bila gelora cinta memaksa saya menghubungi Sam. Nak jadi cerita panggilan saya hari itu dijawab oleh seorang wanita. Sepantas kilatsaya kenalkan diri sebagai teman sepejabat, apabila wanita itu bertanya.

‘‘Di talian saya terdengar tangisan anak-anak. Wanita itu menjawab suaminya masih mandi. Nak pitam saya cuba kawal perasaan marah, sebab dah kena tipu. Sam rupanya suami orang. Malam itu saya menangis kerana sedih ditipu.

‘‘Esoknya saya serang Sam di telefon, mengaku bujang konon rupanya dah beranak pinak. Sam ajak jumpa di KL nak terangkan semuanya. Nak pujuklah tu.Cinta punya pasal saya pergi jumpa dia di KL.

‘‘Saya pun tak tahu macam mana saya boleh terus percayakan Sam sedangkan saya tahu dia dah kahwin.

‘‘Satu hari entah macam mana saya terkantoi, isteri Sam dapat nombor telefon saya, apa lagi sebu perut saya kena sumpah seranah. Saya terpaksa diam, dah tahu salah sendiri layan suami orang. Tapi bukan salah saya seorang, Sam yang mengaku bujang, kalau dari awal saya tahu dah kahwin, tak ada pasal saya nak layan dia.

‘‘Tetapi kalau hati dah suka nak buat macam mana, sampai sekarang kami masih berhubungan, dah tak boleh berpisah lagi. Bayangkan kini dalam diam tak diam hubungan kami mencecah lapan tahun. Dulu duduk berjauhan kini dah dua tahun saya berpindah dekat dengan negeri Sam. Dan sudah pasti kami sering berjumpa.

‘‘Lepas kerja dia ikut saya balik kami makan malam bersama. Kecuali kalau ada hal. Hujung minggu Sam datang jumpa saya. Dia buat alasan ada kerja lebih masa, kerja luar daerah dan macam-macam asalkan dapat bersama saya.

‘‘Dek kerana dah frust isteri Sam pun layan komputer, dia cerita pasal suaminya curang. Dari situ saya dapat emelnya, kami berhubung, dia tak tahu saya, sebab saya menyamar. Melalui komputer saya dapat tahu dia bencikan suaminya, dia kutuk suaminya curang, dia dah bosan dan tak kisah kalau berpisah pun.

maki hamun

‘‘Sebenarnya hubungan saya dengan Sam dah erat, malah kami pernah pergi bercuti ke luar negara bersama selama dua minggu tanpa pengetahuan isterinya. Banyak gambar kami bersama, kalau isterinya tengok pasti dia minta cerai, tetapi saya masih sabar dan lihat apa tindakan dia dan Sam sendiri.

‘‘Sam tak tinggalkan saya sebab dia tahu siapa yang banyak bantu dia selama ini. Jadi biarlah dia buat keputusan. Siapa yang belikan laptop untuk anaknya masuk kolej, siapa bayar yuran kolej dan asrama anaknya. Dan siapa yang banyak bantu Sam yang sering kekurangan duit untuk menguruskan kehidupan keluarganya.

‘‘Isteri Sam tak pernah ambil tahu daripada siapa suaminya dapat duit untuk membiayai perbelanjaan anaknya melanjutkan pelajaraan. Dia tak pernah peduli dalam banyak hal urusan rumahtangga, sebab semua Sam uruskan. Tiap-tiap minggu saya dan Sam akan belikan barang keperluan dapur mengikut kehendak isterinya.

‘‘Kami pernah terlanjur, sebab itu susah nak berpisah, saya pernah ajak Sam kawin, tapi alasan dia takut tak boleh berlaku adil. Malangnya saya tak boleh berpisah dengan Sam. Dan saya tak nampak lelaki lain kecuali Sam.

Sam banyak habiskan masa dengan saya. Setiap hari dia balik ke rumahnya jam 10 malam. Kami makan tengah hari dan malam bersama. Jadi berapa jam sangat dia dengan isterinya di rumah selepas ditolak waktu bekerja?

‘‘Kalau difikirkan memang saya bodoh layan suami orang dan habiskan banyak wang tanggung anak bini orang, tapi saya tak ada teman lelaki lain. Tak tahu sampai bila saya mesti hidup begini, menagih cinta suami orang dan janji kahwin yang belum pasti.

‘‘Kadang tu bila tidur sendirian saya sering terfikir bila agaknya Sam mahu ambil saya sebagai isterinya yang sah. Kerana saya sudah menunggu terlalu lama, umur pun semakin meningkat, jadi sampai bila saya mesti bersabar?”

Demikian luahan hati Nooratila bercinta dengan suami orang.

Sunday, December 12, 2010

Bapa Binatang!

Assalammualaikum!

Zaman ini zaman pancaroba. Di dalam rumah pun, anak dara belum tentu selamat. Perkara munkar seperti ini, tentu tidak terlintas oleh kita: Pa nak jadi! Haruan makan anak! Jangan biarkan anak dara anda bersendirian. Dekatilah mereka dan cuba selami kisah hidup mereka. Mungkin anda diperlukan untuk menolong.

Bapa rogol anak sebelah isteri


KLANG - Seorang pengawal keselamatan dijatuhkan hukuman penjara 31 tahun dan 16 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, setelah mengaku salah terhadap dua tuduhan merogol dan satu tuduhan meliwat anak sendiri.
Lebih memalukan, perbua-tan terkutuk terhadap kedua-dua anaknya itu termasuk meliwat salah seorang daripada mereka dilakukan di sebelah isteri sendiri.
Lelaki berusia 49 tahun itu mengaku merogol anak perempuan sulungnya, 15, dalam bilik air rumah mereka di Telok Gong, di sini pada jam 3 petang, 30 Jun lalu.
Kemudian mengaku merogol anak bongsu berusia 13 tahun di bilik utama rumah mereka pada jam 2 petang, 17 Jun lalu dan meliwat mangsa di sebuah kilang pada jam 11.30 malam, 3 Jun lalu.
Perbuatan tertuduh terbongkar selepas anak perempuan sulungnya yang juga anak ke empat dalam keluarga menceritakan kejadian kepada ibunya yang berlaku ketika dia sedang mandi sebelum pintu bilik mandi diketuk bapanya yang memberi alasan mahu membuang air kecil sebelum mangsa ditolak dan diperkosa bapanya di lantai bilik air.
Pengakuan itu membongkarkan kisah sebenar setelah mangsa mengaku telah diperkosa sejak berusia 12 tahun tetapi menyimpan rahsia tersebut kerana diugut bunuh bapanya itu.
Menyedari anak keempatnya itu diperkosa, ibu mangsa menanyakan perkara sama kepada anak bongsunya dan anak bongsunya itu mengaku diperkosa bapanya sebanyak dua kali.
Dalam kejadian pertama, mangsa dibawa ke kilang, tempat tertuduh bekerja dan kemudiannya dipelawa melakukan hubungan seks namun mangsa enggan sebelum bapanya secara paksa merogol dan meliwatnya.
Berdasarkan fakta kes, mangsa juga mengaku diperkosa ketika sedang tidur bersama ibunya di mana ketika itu merasakan telah diraba oleh seseorang tetapi terpaksa berdiam diri kerana diugut akan dipukul dan dibunuh oleh bapanya itu.
Berikutan kejadian, isteri tertuduh membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada 30 Jun lalu.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat kesan koyakan lama pada kemaluan kedua-dua mangsa dan terdapat kesan gigitan pada payudara salah seorang daripadanya.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Maisarah Kamal ketika hujah pemberatan hukuman berkata, perbuatan tertuduh tidak ubah seperti haruan makan anak dan seharusnya diberikan hukuman berat.
“Sebagai bapa sepatutnya lelaki ini melindungi keluarga dan anak-anaknya tetapi dia melakukan perbuatan terkutuk yang menjadi penyakit masyarakat kita hari ini,” katanya.
Tertuduh ketika diberi peluang berkata-kata memohon supaya diizinkan bertemu dengan isteri dan anak-anaknya.
“Saya nak jumpa isteri dan anak-anak buat kali terakhir,” katanya yang bakal menjalani usia tuanya selama 31 tahun di kandang besi.
Terdahulu, bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang kurus dan bertubuh kecil dihukum penjara 16 tahun, enam sebatan dan pertuduhan kedua, 15 tahun penjara, lima sebatan yang kemudiannya diperintah berjalan serentak.
Bagi tuduhan meliwat, dia dihukum penjara 15 tahun, lima sebatan dan mahkamah memerintahkan hukuman berjalan berasingan.
Hukuman dijatuhkan Hakim Datuk Anita Harun.
sinarharian

http://biaqpila.blogspot.com/.../bapa-rogol-anak-sebelah-isteri.html -

Bapa Rogol Anak Sendiri Selama 12 Tahun Hingga Lahir 7 Orang Anak ...

 

Jose Agostinho Pereira

Jose Agostinho Pereira

Perbuatan keji selama 12 tahun berterusan hingga lahir 7 orang

RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan nelayan terpencil di Brazil mengurung dan memenjarakan anak perempuannya selama 12 tahun, merogolnya berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak, kata polis semalam.

Lelaki terbabit juga didakwa mendera salah seorang kanak-kanak perempuan yang dilahirkan hasil hubungan mereka.

Polis mendapati Jose Agostinho Pereira, 54, mengurung anak perempuannya yang kini berusia 28 tahun, dengan menjadikannya sebagai tahanan dalam rumah di sebuah pondok dua bilik di perkampungan kecil nelayan di timur laut Brazil.

Seorang pegawai yang membantu penahanannya berkata rumah Pereira terletak di kawasan hutan terpencil dan satu-satunya cara untuk sampai ke situ ialah dengan menaiki sampan.

Pihak berkuasa berkata, ketika ditemui, semua kanak-kanak terbabit mengalami masalah kurang zat makanan dan tidak tahu bercakap, manakala kebanyakannya tidak berpakaian.

Pegawai kanan polis, Inspektor Jair Lima de Paiva berkata Pereira mula mencabul dan merogol anak perempuannya selepas dia ditinggalkan isterinya pada 1998.
Pereira ditahan di penjara bandaraya Pinheiro di negeri Maranhao, kira-kira 2,250 kilometer ke utara Rio de Jeneiro, sejak tiga hari lalu.

Dakwaan belum dikemukakan ke atasnya kerana di bawah undang-undang Brazil, pendakwa hanya boleh memfailkan tuduhan selepas polis menyelesaikan siasatan. Tidak dapat dipastikan sama ada Pereira mempunyai peguam.

Paiva berkata Pereira mengurung anak perempuannya dan anak hasil hubungan mereka di sebuah kawasan paling terpencil dan terasing sepenuhnya di kawasan berhampiran perkampungan Experimento kira-kira 80 kilometer di luar Pinheiro. AP

Sumber : Bharian.com.my

berita-harian-online.com/bapa-kurung-rogol-anak/ -

 

Bapa rogol anak kena 60 tahun
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bharian.com.my
2010/08/21

MUSA  (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar   Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan,  semalam.

MUSA (kiri) bersama dua anaknya, Mahmud dan Mazlan (kanan) keluar Mahkamah Sesyen Kuching, selepas perbicaraan, semalam.

Dua anak lelaki turut dipenjara 36 tahun, 24 sebatan
KUCHING: Seorang bapa dijatuhi hukuman penjara 60 tahun selepas didapati bersalah merogol anak kandungnya yang kudung tangan, manakala dua anak lelakinya masing-masing dikenakan penjara 36 tahun dan 24 kali sebatan kerana kesalahan sama yang dilakukan terhadap mangsa di antara 2006 dan 2008.

Hakim Mahkamah Sesyen, Amelati Parnel mendapati bapa mangsa berusia 52 tahun bersalah atas lima tuduhan merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas mangsa yang kini berusia 20 tahun.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun bagi kesalahan pertama yang didakwa dilakukan pada Disember 2006 ketika mangsa berusia 16 tahun, di kawasan semak berdekatan Padang Golf Petra Jaya.
“Bagi kesalahan kedua, ketiga dan keempat yang berlaku di Pejabat Tanah dan Survei, Jalan Pending; sebuah rumah di Bandar Baru Semariang dan di persimpangan lampu isyarat Semerah Padi antara Januari dan Disember 2007, hukuman penjara 20 tahun akan berjalan serentak sebaik tempoh hukuman pertama selesai.
“Bagi kesalahan kelima iaitu merogol mangsa di atas motosikal berdekatan Padang Golf Petra Jaya, pada November 2008, tertuduh juga dikenakan hukuman penjara 20 tahun bermula selepas tempoh hukuman 40 tahun bagi kesalahan pertama hingga keempat selesai,” katanya.
Amelati berkata, tertuduh kedua, 24 tahun dan tertuduh ketiga, 22, yang juga abang kepada mangsa turut didapati bersalah, masing-masing di atas dua pertuduhan merogol dan sumbang mahram.
Mereka berdua secara bersama dituduh merogol dan melakukan sumbang mahram ke atas adik kandung mereka antara Januari dan Disember 2006 serta antara Januari hingga Disember 2007 di bilik mangsa di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.
“Hukuman dijatuhkan selepas mengira kepentingan awam dan teladan kepada orang ramai dalam memastikan anak-anak diberi peluang untuk hidup sempurna walaupun mangsa dalam kes ini adalah seorang insan kurang upaya,” katanya.
Terdahulu, peguam Mohd Fairus Masri, yang mewakili semua tertuduh meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepada mereka berikutan keluarga berkenaan kehilangan anak bongsu berusia 10 tahun yang lemas, tahun lalu selain terpaksa berhadapan pandangan negatif masyarakat.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Stella Augutine Deruce, menyifatkan kesalahan yang dilakukan semua tertuduh adalah sangat serius dan mereka wajar dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukan.

www.bharian.com.my/bharian/.../Baparogolanakkena60tahun/Article -

www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt... -

www.ehoza.com/.../117303-bapa-rogol-anak-anak-kemaruk-bapa-ajak-rakan.html -

Wednesday, December 8, 2010

Kisah/Nasib Kelapa Tua.

Assalammualaikum!
Sambil kita menghabiskan tugas harian, marilah kita bermuhasabah diri dengan kisah/nasib kelapa tua. Jasanya diperlukan namun namanya tidak dikenang.

Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia.


Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topic perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.


Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin.


Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macamtu.


Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.


Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyakkoyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal.


Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.


Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.


Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalahisinya yang sudah lumat dikukur dan diparut.


Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih.


Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:


“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”


Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”Gulai dapat nama.


Ikan bawal dapat nama.Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”“Oh! Sedap ikan bawal ni.”


Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

Monday, December 6, 2010

Keikhlasan Hati Seorang Lelaki.

Assalammualaikum!

Jika ditanya, semua orang ingin memiliki hati yang ikhlas. Jika ditanya, semua orang akan bersetuju bahawa keikhlasan hati adalah sesuatu yang payah untuk dilakukan. Oleh itu, hargailah keikhlasan hati mereka disekeliling kita.

 

keikhlasan hati seorang jejaka


"Pada masa dahulu ada seorang jejaka yang selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka untuk
mengutus surat kepada si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu
masing-masing masih belum bertemu.
Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu l oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi;
"kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga. Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi dan duduk di kerusi iling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah... sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis.
"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam. Orang tuaku tidak sabar untuk bertemu denganmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara..
"aku tidak tahu apa yang terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang, dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia..." 

Makanan Untuk Otak.

Top 5 Otak Makanan Untuk Sertakan Dalam Diet Anda!

Mendapatkan agak lambat akhir-akhir ini? Mungkin itu adalah diet anda. Menggabungkan jumlah yang tepat otak makanan atau makanan yang salamku kegiatan otak dapat mengurangkan kelesuan mental dan membuat anda waspada. Ringkasnya, hak otak jenis makanan yang boleh membuat anda Einstein selepasnya. Yah, mungkin bukan Einstein tapi makanan otak yang lebih cerdas bisa menjamin anda! Berikut adalah senarai daripada 5 atas makanan otak!

Brain Makanan 1 – Kafein

Kafein hanya perlu berada di sana dalam senarai makanan otak ini. Kerana kebanyakan of kita tahu kafeina membantu dalam tenaga dan tumpuan. Meskipun tingkat meningkatkan konsentrasi anda, terlalu banyak kafeina boleh membuat anda lebih terganggu dan gelisah! Moderasi ada trik! Kafein ditemui dalam kopi resep, coklat dan minuman tenaga. Cuba kopi hitam jika anda diet!

Brain Food 2 – Gula

Ini adalah Brain rumit lagi makanan! Dengan gula kami maksudkan glukosa dimetabolisme oleh tubuh kita daripada gula dan karbohidrat. Ini bertindak sebagai sumber bahan bakar untuk yotak kita. Jadi secangkir jus manis boleh membantu untuk meningkatkan kemampuan mental anda. Terlalu banyak gula di sisi lain boleh mempengaruhi memori anda negatif dan tentu saja konsekuensi terhadap dimensi tubuh anda boleh diam menyedihkan!

Brain Food 3 – Ikan

Dua porsi ikan per minggu bermanfaat memberikan tubuh anda sihat jumlah protein dan omega 3 asid lemak. Ini memberikan otak anda dengan set yang menakjubkan kekuatan super. Makanan otak ini dikatakan memainkan peranan vital dalam boomemori menyengat kuasa dan menurunkan risiko demensia dan juga stroke. Jadi jangan lupa untuk menyertakan beberapa resep ikan dalam rancangan diet mingguan anda!

Brain Makanan 4 – Nuts

Kacang-kacangan dan biji mempunyai jumlah mengesankan antioksidan Vitamin E yang memperlambat kognitif penurunan dengan usia! Dark chocolate juga merupakan pilihan! Salah satu kacang yang terkenal menjadi makanan otak Walnut! Pastikan bahawa anda mempunyai hingga satu ons kacang dan coklat setiap hari. Untuk semuamereka yang mengasihi kacang dan coklat kira ini merupakan melayan!! br!! br! Brain Food 5 – Blueberry! br!! br! Blueberry membantu dalam melindungi otak daripada oksidaan stres. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa makanan otak ini dapat meningkatkan kemampuan belajar dan keterampilan motorik! Anda boleh menyemak link ini untuk beberapa resep blueberry lazat

Efektivitas suplemen ubat-ubatan dan belum terbukti, sehingga dianjurkan untuk menempel pada makanan otak alam yang termaktub dalam sebuahd mengembangkan beberapa resep makanan otak untuk diri sendiri Cuba dan memperkenalkan top 5 otak ini makanan di diet anda menggunakan beberapa resep makanan otak. Juga, pastikan bahawa anda mengekalkan diet yang sihat dan seimbang serta sukan standard regim dan tidur jam.

 

Pemakanan Dan Kekuatan Otak

Oleh Admin pada 17 Apr, 2008 dalam kategori Kesihatan. Anda boleh ikuti komen bagi artikel ini melalui RSS 2.0. Anda boleh menulis komen dan trackback kepada entri ini dari laman web anda.

Salah satu cara untuk meningkatkan dan mengekalkan kesejahteraan atau kekuatan akal ialah melalui pamakanan yang berkhasiat dan mengelakkan sumber makanan yang boleh memberi kesan yang tidak baik kepada otak. Di sini diberikan sedikit panduan pemakanan untuk membantu dalam kesihatan otak dan sekaligus membantu dalam perkembangan daya pemikiran yang cerdas.

Makanlah makanan otak (brain food)

Makanan yang baik untuk otak termasuklah buah avokado, pisang, daging tanpa lemak, brokoli. beras perang, kobis Brussels, sayuran hijau, tembikai Cantaloupe, telur, kekacang, makanan bersumberkan gandum, oren, mentega kacang, kacang pea, kentang, kacang soya, ikan salmon, ikan tuna, kismis, kurma, badam dan madu lebah. Semua makanan ini kaya dengan anti-oksida, vitamin dan mineral, juga mengandungi nisbah karbohidrat, protin dan lemak yang membantu mengekalkan fungsi badan dan mental yang sihat. Rasulullah pernah memberitahu bahawa akal yang sihat itu terdapat pada badan yang sihat. Lebih-lebih lagi semua jenis makanan di atas adalah sumber semulajadi yang mana sudah tentu tidak mengandungi bahan-bahan tiruan yang mendatangkan kesan sampingan.

Makan makanan yang kaya dengan anti-oksida

Fungsi anti-oksida adalah melindungi sel-sel badan, termasuk sel-sel otak. Sesetengah makanan seperti prune, kismis, strawberi, blueberi, raspberi, bawang putih, kailan dan bayam mengandungi anti-oksida yang sangat tinggi. Tanpa anti-oksida, daya pemikiran akan merosot kerana sel-sel otak akan merosak akibat dari pemusnahan oleh radikal bebas. Oleh kerana itulah kita harus mengambil makanan yang tinggi khasiat anti-oksida dalam diet harian.

Pengambilan serat

Gizi makanan yang seimbang mestilah mengandungi serat. Ia bukan sahaja menyingkirkan toksin dalam badan malah menjauhkan brain fog atau hilang ingatan secara tiba-tiba yang disebabkan oleh toksin dalam badan.

Elakkan lemak berlebihan

Kebanyakan lemak adalah kaya dengan Omega-6. Lemak tepu telah terbukti membantutkan pertumbuhan sel-sel otak, manakala asid lemak Omega-3 merupakan unsur yang menyeimbangkan asid-asid lemak dalam badan juga otak.

Elakkan makanan yang mengandungi bahan tiruan

Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bahan-bahan tiruan seperti pewarna, perasa atau pemanis, kola, sirap jagung, makanan sejuk beku, minuman segera bergula tinggi, makanan mengandugi MSG dan sebagainya, memberikan kesan tidak baik kepada otak. Secara asasnya makanan-makanan segera atau tiruan mempunyai kesan-kesan negatif jangka pendek dan jangka panjang. Walau sedikit sahaja pengambilan makanan jenis ini, ia akan memberika kesan kepada otak dalam masa 24 jam, lalu menyebabkan mental menjadi bengap, keliru dan kekurangan kuasa penumpuan.

Elakkan gula dan karbohidrat berlebihan

Gula dan juga karbohidrat berlebihan akan menjadikan minda menjadi mengantuk, lemah dan kurang bertenaga, juga boleh menyebabkan terjadinya brain fog, dengan kerana itu minda tidak dapat menjalankan proses berfikir dengan jelas dan lancar. Jadi elakkanlah makanan yang mengandungi glukos atau karbihidrat yang tinggi sebelum melakukan tugas-tugas yang banyak menggunakan proses berfikir, seperti kerja-kerja penulisan, kreativiti, penyelesaian masalah dan decision making.

Jangan tinggalkan sarapan pagi

Kajian menunjukkan bahawa, apabila kanak-kanak yang tidak makan sarapan pagi telah mula mengambilnya, didapati markah ujian matematik mereka mengalami peningkatan. Tetapi harus diketahui bahawa kita di Malaysia ramai orang suka mengambil nasi lemak sebagai sarapan. Nasi lemak boleh menyebabkan minda menjadi mengantuk, dan kepala ikan bilis yang terkandung dalam sambalnya itu menyebabkan daya ingatan menjadi lemah. Jangan makan nasi lemak pada sebelah pagi. Pastikan ikan bilis dibuang kepalanya sebelum dibuat sambal.

Kepala ikan ni ada kisahnya. Lama dahulu ada seorang tuan guru yang mengajar kelas ugama kepada kanak-kanak di sebuah sekolah pondok. Setiap hari tuan guru terpaksa melayan pertanyaan anak-anak muridnya, sehinggakan selalu tidak sempat menghabiskan sukatan pelajaran. Pening kepala tuan guru lantaran pertanyaan genius yang bertalu-talu setiap hari datang dari anak-anak murid yang mana kepala otak mereka itu semuanya masih segar belaka. Lalu pada suatu hari si tuan guru telah membawa sup kepala ikan untuk dijamu kepada anak-anak muridnya. Apa lagi, berebut-rebutlah sekelian anak murid mndapatkan sup kepala ikan yang di bawa oleh guru mereka. Setelah pengajaran bermula keesokan harinya, tuan guru pun dapatlah mengajar sukatan pelajaran dengan aman sekali tanpa serangan pertanyaan dari anak-anak murid yang telah menjadi beku otak mereka akibat menghirup sup kepala ikan..

Jangan makan dengan berlebihan

Kesan makan berlebihan untuk jangka masa singkat, darah dalam badan ditumpukan kepada proses penghadaman, maka darah akan berkurangan pada bahagian otak. Untuk jangka masa panjang, oleh kerana lemak yang berlebihan (karbohidrat yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak) saluran darah akan menyempit akibat penempelan lemak di sekitar pembuluh darah. Ini menjadikan darah akan kurang mengalir pada bahagian otak, lalu menyababkan otak menjadi lemah.

Alkohol – Elakkan sama sekali

Sebagai muslim, alkohol atau arak adalah haram, malah diberitahu oleh Rasulullah arak itu ibu segala maksiat. Maksudnya arak itu akan menjadi sebab kepada berlakunya perbuatan dosa yang lain seperti zina dan sebaginya. Dari segi kesihatan mental pula, arak atau alkohol akan membunuh sel-sel otak yang mennyebabkan kewarasan dan kecedersan fikiran merosot. Ramai yang mengadu bahawa alkohol telah menjadikan memori dan daya intelek mereka melemah akibat pengambilan alkohol.

Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sam mengingatkan apa yang telah diucapkan Rasulullah lebih dari 1400 tahun dahulu. Rasulullah berpesan supaya kita jaga perut kita (hati-hati dengan makanan) untuk menjaga kesihatan, maksudnya menjaga kesihatan secara seluruhnya, termasuklah kesihatan mental.Maka sains hari ini telah membuktikan kebenaran sunah Rasulullah. Sedangkan sains membenarkan apa yag dibawa Rasulullah, tetapi mengapa kita hari ini memandang lapuk akan sunnah rasul..?

Selamat Menyambut Tahun Baru Ma’al Hijrah.

Assalammualaikum!

Hari ini adalah 1 Muharram untuk kalendar tahun baru 1432 Hijrah. Bagi setengah orang, “awal muharram” ditunggu sebagai hari kelapangan umum. Bagi setengah orang lain pula, “awal muharram” ditunggu dengan penuh rasa syukur kerana dipanjangkan usia untuk menikmati tahun baru. Ketika itu mereka mula bermuhasabah diri, sambil membetulkan segala kesilapan lampau agar tidak berulang lagi.

Sempena menyambut ma'al hijrah, Ya Allah, kirimkan kesabaran yang kuat buat saudaraku ini, agar dia bisa tenang melalui segala hal yang mendatang.
Ya Allah, kirimkan rasa keindahan islam buat saudaraku ini, agar dia bisa menjalani hidupnya tenang bersama agamamu.
Ya Allah, kirimkan ketenangan hati buat saudaraku ini, agar dia bisa mampu melalui hari-harinya dengan baik.
Ya Allah, anugerahkanlah baraqah dan rahmah buat saudaraku ini, agar dia bisa bahagia di dunia dan akhirat.
Selamat tahun baru. Maaf zahir batin dari KakRomie dan famili.

 

Hikmah Membaca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah
Untuk doa penuh di http://www.al-azim.com/~beringin/agama/awalmuharram.htm
Hikmah membaca doa akhir tahun Hijrah adalah kita memperingati amalan-amalan pada tahun lalu; sama ada yang amalan yang membawa kebaikan mahupun amalan yang membawa kepada dosa dan lalu meminta ampun atas kesalahan-kesalahan serta meminta perlindungan Allah swt. daripada kejahatan syaitan dan manusia
Manakala hikmah membaca doa awal tahun Hijrah pula adalah kita memperbaharui azam untuk melakukan kebaikan dan meminta kekuatan dan hidayah untuk melaksanakannya
DOA AKHIR TAHUN
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, telah berlalu setahun dalam hidup kami. Sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kami nikmat-Mu yang tidak dapat kami menjangkau kehebatannya. Engkau telah memelihara kami daripada keburukan yang tidak mampu kami menolaknya. Kami telah melakukan dalam tahun tersebut perbuatan dan amalan yang Engkau Maha mengetahui baik dan buruknya.
Ya Allah, sekiranya amalan tersebut bersesuain dengan ketetapan-Mu, terimalah dan catatkannya sebagai amalan soleh kami di sisi-Mu. Dan sekiranya amalan tersebut berbaur dengan sifat riya', ujub, dan menunjuk-nunjuk atau kami lakukan perilaku dosa, kesalahan dan keinginan yang buruk, maka kami pohon pengampunan-Mu dan tutupilah segala keaiban dan kesalahan. Kurniakanlah ke atas kami kelebihan dan keluasan sifat pemurah-Mu. Itulah kemuncak permintaan dan doa kami.
Ya Allah, sesungguhnya telah datang kepada kami tahun baru setelah kami meninggalkan tahun ini sebentar nanti, kami tidak tahu apakah yang terkandung dalam pengetahuan-Mu mengenai diri kami. Kami jahil ke mana arahnya penghidupan kami di alam maya ini. Harapan kami agar Engkau membuka lembaran tahun baru ini pintu taubat yang jujur dan tulus untuk kami, yang tidak berakhir dengan kekufuran dan kesesatan. Dan Engkau kurniakan taufiq kepada kami pada tahun ini untuk melakukan amalan-amalan soleh yang Engkau redai, kehidupan yang murni yang Engkau rahmati.
Ya Allah, peliharalah anggota kami agar melakukan ketaatan kepada-Mu. Peliharalah hati kami agar dipenuhi dengan kecintaan. Lapangkan hati kami agar dapat kami mendekati-Mu seperti mana Engkau telah lapangkan hati hamba-hamba-Mu yang soleh. Jadikan kami di antara orang-orang yang menepati janji dalam menjalankan hak. Jadikan kehidupan kami sebagai saksi yang benar terhadap setiap amalan seperti mana yang Engkau syariatkan kepada kami, Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Penganugerah
DOA AWAL TAHUN
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga, dan sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, kami menadah tangan kepada-Mu pada waktu malam dan siang dalam keadaan kami bertawassul dengan nama-nama Mu, dalam keadaan kami mengharapkan gedung rahmat yang sarat di samping Mu. Dan dalam keadaan kami cinta sesungguhnya kepada-Mu dan cinta apa yang menghiasi kebesaran-Mu.
Ya Allah, Ya Rabbul Jalil. Dengan sunnah-Mu menjelang kini tahun baru yang telah Engkau tentukan mengikut qada dan qadar di Loh Mahfuz-Mu. Kami meredahnya di bawah Iradah dan Qudrat-Mu. Sebagai makhluk-Mu yang sentiasa mencari keredaan-Mu. Kehadiran tahun baru ini, memungkinkan kami menadah tangan memohon rahman-Mu, kami pertautkan permohonan kami sekental-kentalnya kepada Mu. Kami mengharap perdampingan taufik dan hidayah-Mu yang telah Engkau berikan kepada kami pada masa-masa yang lalu sepanjang usia kami. Engkau sempurnakan perlindungan dan pemberian-Mu yang begitu melimpah kepada kami. Jadikanlah diri kami, hati kami serta seluruh anggota badan kami jati kekuatan, sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Supaya kekuatan ini dapat kami gunakannya sebagai pelindung daripada segala kemungkaran, sama ada yang zahir atau yang batin. Dan dengannya kami dapat kelapangan pemikiran, keindahan kehidupan, kekuatan dalam keyakinan,
ketetapan dalam pegangan agama, dan kebaikan untuk diri kami dan orang-orang sekitar kami.
Ya Allah, hindarkan kami daripada segala yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan, pengalaman yang menyedihkan dan menyempitkan dada kami. Kurniakan kepada kami keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindung kami dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan. Ya Allah, rahmatilah permintaan kami, terimalah kepasrahan diri kami kepada-Mu, Wahai Penolong hamba yang meminta pertolongan, tolonglah kami. Wahai Pencegah kemusnahan, hindarilah kami dari kemusnahan dan keporak-perandaan. Ya Rahman Ya Rahim! Jadikanlah lipatan tahun baru ini pembuka bagi kejayaan, ketenangan yang menyeluruh untuk kami dan kaum Muslimin keseluruhannya memelihara agama-Mu. Hamparkan di dalamnya hamparan rahmat-Mu sepertimana Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang terpilih. Rahmat yang dapat menghindarkan segala kepayahan dan kerunsingan. Ya Allah, kekalkanlah tahun-tahun yang akan datang dalam hidup kami dengan catatan kegembiraan, kebahagian dan
kelapangan, supaya kami dapat rasakan dalam detik hidup kami kenikmatan yang ada padanya. Ya Allah, jadikanlah tahun yang akan datang, semulia-mulia tahun yang Engkau berkati ke atas kami. Jadikanlah kami orang yang paling bahagia bersama-Mu. Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahan kami, dan terimalah kebaikan kami, berkatilah masa, waktu dan segala gerak-geri kami. Wassallalahu Ala Sayyidina Muhammad wa Ala Aalihi wa Sahbihi Wassalam

Sunday, December 5, 2010

Rindumu Serakah!

Rindumu Serakah

Gema gelodak rindumu,
jadi resah serigala betina,
meraung cinta dengan serakah,
mencarik dadaku dengan kuku,
hinggá tercalar dengan luka.

Waktu kau baring di dadaku,
rindumu mengigit tiap sendi,
melumpuh segenap nafas,
hingga merah rusuk kiriku.

Kau nikmati gelora rindu,
dengan rakus bibir merekah,
hingga tengelam riuh alam.

saat mengalir rindu berhambur,
Rayuan sepi gerimis malam,
biar terisi ruang kosong,
haus pada hangat titis kasih,
agar rerumput tertumbuh segar.

Bukanlah aku perlu tegak,
untuk santapan dewi syurga,
kelak ranting diri jadi api,
kita rentung terbakar,
cinta terhumban jadi neraka.
image by”http://www.yale.edu/seas/WesWayang.jpg

Friday, December 3, 2010

Lilin Harapan.

Assalammualaikum!
Dalam hidup ini kita sering dilanda keliru dengan perasaan pessimist. Di waktu itu kita diserang dengan penyakit kecewa yang amat berat. Pada waktu itu, sebenarnya hanya satu pintu saja terbuka - pintu harapan. suluhilah pintu harapan itu dengan doa, nescaya Allah akan menolong mereka yang tekun berusaha dan tidak berputus asa. .

Kisah 4 lilin.


Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang pertama berkata : “Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!” demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang kedua berkata : “AKu adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mau mengenalku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala” begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

dengan sedih Lilin ketiga bicara : “Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku untuk tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna. mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya” tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga…. seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga lilin telah padam.Karena takut akan kegelapan itu, ia berkata : “Apa yang terjadi?! kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!” lalu ia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata : “Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga lilin lainnya, Aku Adalah HARAPAN” dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

:~Intinyaa…..

Apa yang tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yang ada dalam hati kita… dan masing-masing kita semoga dapat menjadi alat, seperti sang anak tersebut, yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN nya!!!

Benarkah E-Desa Suatu Pembaziran?

Assalammualaikum!

Banyak sekali wang yang dibelanjakan untuk membangungkan rakyat. Tapi malangnya, ramai rakyat yang tidak tahu menggunakan kesempatan/peluang yang diberi sehingga projek-projek mulia menjadi suatu pembaziran.

Entah berapa juta ringgit wang rakyat habis begitu sahaja dalam projek Pusat e-Desa di Johor. Kalau dah tahu projek tersebut banyak masalah, tidak berpotensi, tiada sambutan, kos operasi yang tinggi, kenapa buat ? Tak ada langsung buat kajian keberkesanan projek sebelum projek ini dimulakan ? Yang pasti, yang untung ialah para kontraktor, para pembekal.
Itu pun dah keluar laopran Ketua Audit Negara 2009, barulah rakyat tahu Projek e-Deas ini satu pembaziran. Ringkasan kelemahan kerajaan Barisan Nasional Johor yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara di http://amkns.blogspot.com/2010/11/johor-kritikal-hakim-syariah-pendedahan.html
Pusat e-Desa ditutup akibat banyak masalah, kos tinggi
Utusan Malaysia 2 Dis 2010
NUSAJAYA 1 Dis. - Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor memutuskan untuk menutup kesemua 40 Pusat e-Desa di negeri ini pada Mei lalu kerana pihak pengurusannya menghadapi pelbagai masalah selain berdepan dengan kos operasi dan penyelenggaraan yang tinggi iaitu lebih RM3 juta sebulan.
Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman menjelaskan, antara masalah yang dihadapi ialah sukar mendapatkan pekerja bagi menyelia pusat tersebut, kos baik pulih tinggi, masalah bangunan dan komputer dicuri.
"Kos operasi pula memerlukan RM93,520 dan kos penyelenggaraan RM2.9 juta sebulan. Kos ini termasuk sewa talian Internet, bil elektrik, elaun penyelia dan sebagainya.
"Di samping itu, peruntukan RM2.9 juta juga diperlukan untuk beli peralatan komputer, kelengkapan pejabat baru serta kerja pengubahsuaian bangunan," katanya pada sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr. Mohamad Taslim (Pas-Maharani) berkenaan status Pusat e-Desa di seluruh negeri yang dilaksanakan sebelum ini.
Abdul Ghani berkata, faktor lain yang menyebabkan pusat tersebut terpaksa ditutup ialah sambutan dingin penduduk setempat.
Menurutnya, persaingan dengan banyak kafe siber dan premis yang menawarkan khidmat itu tidak jauh dari pusat tersebut juga menjadi sebab utama ia ditutup.
Jelasnya, dengan keupayaan komputer di kafe siber yang lebih baik, ia secara tidak langsung mempengaruhi sambutan penduduk terutama generasi muda untuk datang ke Pusat e-Desa.
"Tambahan pula, kementerian lain melalui agensi masing-masing telah membangunkan pusat seumpama Pusat e-Desa. Ada di antaranya dekat dengan lokasi Pusat e-Desa," katanya.
Sebelum ini, jelasnya, terdapat beberapa Pusat e-Desa yang terpaksa ditutup ketika banjir besar melanda pada awal 2006 dan hujung 2007.
Katanya, banjir itu mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, perkakasan komputer, perabot, pendawaian elektrik dan rangkaian.
Beliau berkata, pusat itu mula ditubuhkan pada 2002 bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.
Fungsinya sebelum ini, katanya, adalah sebagai pusat sumber, latihan, pusat penyebaran maklumat, pusat aduan dan pusat rangkaian khidmat kerajaan secara talian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

Thursday, December 2, 2010

Buaian Pun Belum Tentu Selamat.

Assalammualaikum!
Beberapa bulan yang lalu, negara dikejutkan dengan laporan media tentang kecuaian pengasuh yang menyebabkan kematian anak. Rata-rata kisahnya sama saja. Bayi tercekik susu? Bayi lemas kerana meniarap terlalu lama tanpa dipusingkan kepalanya, dan bermacam-macam lagi. Entahlah! Sekali fikir, nampaknya para ibu zaman dahulu yang kurang berpendidikan lebih mahir menjaga anak. Ibu-ibu zaman ini yang kononnya berpendidikan tinggi sepatutnya tabik kepada mereka. Di bawah ini dihidangkan sebuah artikel yang mungkin memeranjatkan ramai kaum ibu. Selamat membaca dan mudah-mudahan mendapat manfaat darinya.

Sindrom Gegaran Otak Bayi



Tahukah anda perbuatan menidurkan bayi di dalam buaian mendedahkan anak kecil itu kepada risiko kecederaan terutama di bahagian kepala jika si bayi terjatuh

Menurut pakar pediatrik dan mantan Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, menidurkan bayi dalam buaian sememangnya tidak digalakkan.

“Jangan terkejut jika diberitahu bahawa peratusan bayi yang dimasukkan ke wad akibat jatuh berpunca daripada buaian serta penggunaan alat bantuan berjalan (walker) adalah tinggi,” katanya.

Malahan, bukan sekadar risiko jatuh atau terhantuk ke dinding, gegaran terhadap otak bayi turut boleh berlaku sekiranya henjutan buaian terlalu kuat

Jelas Zulkifli, sindrom gegaran bayi yang lazimnya berlaku pada bayi yang digoncang kuat turut ditemui pada bayi yang ditidurkan di dalam buaian.

“Hayunan dan henjutan buaian sudah cukup untuk mendedahkan bayi kepada kecederaan otak, termasuklah terhantuk pada dinding atau terhempas ke lantai.

“Perkara ini memang amat mudah berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” katanya.

Tambahnya, meskipun tiada kecederaan fizikal atau mental yang boleh berlaku pada masa hadapan akibat terjatuh daripada buaian, namun ia menjadi parah jika berlaku pendarahan dalam otak.

“Benjolan atau lebam (hematoma) yang wujud akibat jatuh harus dipandang berat oleh ibu bapa. Apatah lagi kalau ia diikuti muntah-muntah atau sawan.

“Keadaan tersebut menandakan kemungkinan ada bahagian tengkorak yang retak,” katanya.

Menyentuh mengenai mudahnya bayi mendapat kecederaan kepala, Zulkifli menjelaskan ia bergantung kepada jenis permukaan serta jarak ketinggian anak itu jatuh.

Menurutnya, agak sukar gegaran otak untuk berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh.

“Yang menjadikan keadaan bayi tersebut parah adalah apabila dia berusia kurang daripada 18 bulan kerana ubun-ubunnya masih lembut. Justeru, risiko untuk tempurung kepala tercedera agak besar,” jelasnya.

Di samping itu, keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.

Jelas Zulkifli, bayi yang mula berjalan akan lebih banyak terjatuh. Ibu bapa harus memberi perhatian yang lebih pada peringkat ini.

“Bukan saja lebam disebabkan terhantuk malah tangan dan kaki mereka juga boleh patah dan terseliuh,” katanya.

Menurut beliau, andaian yang mengatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh ibu-ibu.

Ujarnya, jangan kerana tidak mahu diganggu ketika membuat kerja rumah, ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menidurkan bayi di dalam buaian.

“Tali pengikat, spring serta kain penyokong buai amat berbahaya. Andai salah satu tidak berfungsi, kebarangkalian bayi anda terjatuh atau dihempap spring atau besi sangat tinggi,” katanya.

Tuesday, November 30, 2010

Apabila Pagar Tak Boleh di Harap.

Assalammualaikum!
"Harapkan pagar, pagar hempap padi."
"I love you, Sayang," kata-kata kekasih setelah lama berkenalan.
"i love you, Sayang," kata-kata pengantin baru di malam pertama. Apakah perasaan dan kata-kata "I love You, Sayang" akan hambar pada suatu hari nanti? Apakah akan terjadi apabila kata-kata keramat itu mati di antara dua insan?

Institusi keluarga hari ini tidak lagi berlandaskan kasih sayang. Perlakuan masyarakat hari ini sungguh menakutkan, hampir tiada siapa pun yang dapat kita percayai atau persandarkan harapan. Suami yang sepatutnya melindungi dan mengasihi isteri yang diamanahkan Allah kepadanya, sanggup membunuh isteri dengan kejam. Walaupun motif pembunuhan adalah cemburu atau kemungkinan isteri curang, wajarkah, hukumannya bunuh? 
Jadilah masyarakat yang saling maaf-memaafkan, dan saling memahami perasaan orang di sekeliling kita. Bagaimanakah perasaan anak-anak jika ibu kesayangannya dibunuh oleh ayahnya  sendiri? Dan bagaimanakah perasaan anak-anak yang menyaksikan peristiwa ayahnya digantung?

Bunuh isteri, tetak anak

Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my

TELUK INTAN: Seorang suami menetak isterinya sampai mati dan mencederakan seorang
daripada dua anak perempuannya sehingga parah termasuk putus dua jari kanan di Taman
Mawar, Langkap dekat sini, pagi semalam.
Bagaimanapun lelaki yang mengamuk itu ditembak mati polis jam 8.30 pagi selepas enggan
menyerah diri sebaliknya cuba menyerang anggota polis yang cuba mententeramkannya.
Khairul Bariah Mohamat Aaripin, 36, mati jam 5.15 pagi manakala anaknya, Najihah,
13, selain putus dua jari, cedera di kepala dan bahagian badan.
Mohammad Natri Saharuddin, 39, bekas pengawal keselamatan mempunyai rekod sakit mental
dikatakan mengamuk sejak jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata seorang
lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, tidak cedera.
Katanya, ketika polis tiba di tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung
bunyi bising dari rumah berkenaan, mendapati pintu rumah tertutup dan suara kanak-kanak
menangis sebelum lelaki itu keluar dan menjadikan kedua-dua anaknya tebusan dan menggugut
akan mencederakan mereka jika polis ataupun sesiapa mendekati rumahnya.
“Polis berusaha memujuk Mohammad Natri menyerah diri tetapi dia terus mengurung diri
di dalam rumah. Walaupun polis cuba menembak mangsa menggunakan senjata taser (renjatan
elektrik) tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.
“Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan apabila lelaki itu bertindak ganas dan
cuba menyerang dengan parang dan pisau. Dia mati di tempat kejadian," katanya di
sini semalam.
Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihah
turut dirawat di hospital sama.
Sementara itu, rakan sekerja Khairul Bariah, Ramlah Abdullah, 36, berkata mangsa
yang bekerja di pejabat kilang membuat plastik di Jalan Chui Chak pernah mengadu
mengenai suaminya yang sering melakukan kekacauan dalam rumah.
Ramlah yang tinggal berjiran berkata, mangsa juga pernah mengadu hidupnya tidak tenteram
kerana merasakan dirinya terumbang-ambing dan sentiasa dalam keadaan bersedih.
"Khairul Bariah datang ke rumah pada jam 4 pagi untuk bertemu namun dia pulang semula
ke rumahnya selepas suami saya memberitahu saya tidur," katanya.
Jiran keluarga itu, A Tamarai pula berkata, dia terdengar orang bergaduh dari rumah
berkenaan pada awal pagi tetapi tidak mengendahkannya kerana ia perkara biasa sejak
berpindah ke taman itu dua tahun lalu.
“Namun hari ini (semalam) saya terdengar bunyi pelik dari rumah itu dan terdengar
seolah-olah suara Khairul Bariah dalam ketakutan dan meminta suaminya tidak melakukan
perkara buruk terhadap dirinya dan anak-anak dan berterusan dalam tempoh lama sebelum
suara dia terus senyap.
"Saya tidak dapat tidur sehingga jam 5.30 pagi dan apabila keluar rumah kira-kira
jam 8.30 pagi saya lihat ada anggota polis di depan dan belakang rumah dalam keadaan
terhendap-hendap. Saya terkejut apabila mendapati wanita yang tinggal berjiran dengan
saya mati dibunuh manakala suaminya pula ditembak polis,” katanya.

Suami bunuh isteri disyaki curang

ABU DHABI: Seorang wanita dilapor ditikam oleh suaminya dan mungkin menjadi mangsa
pembunuhan menebus maruah.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku di apartmen keluarga itu di Shabiya Khalifa,
daerah Musaffah pada 27 Jun lalu, membabitkan seorang lelaki Sudan.
Lelaki berusia 50 tahun itu adalah suami kedua mangsa yang dikenali sebagai IAA,
35.
Pembunuhan itu sungguh kejam. Wanita berkenaan cedera di leher dan seluruh anggota
badan. Dia ditikam berulang kali, kata seorang anggota polis yang enggan dikenali.
Si suami yang ditahan sejurus selepas kejadian berkata dalam satu kenyataan kepada
polis, dia mengesyaki isterinya curang.
29/11
Motif pembunuhan kelihatan seperti menebus maruah.
Tidak ada usaha dilakukan untuk menyembunyikan mayat. Kejadian seperti ini jarang
berlaku di UAE, kata pegawai berkenaan.
Lelaki itu, dalam kenyataannya juga berkata, dua hari sebelum kejadian, isterinya
pergi ke Sharjah.
Dia juga ke Sharjah dan menelefon isterinya untuk memberitahu di mana dia supaya
mereka dapat bertemu.
Si isteri menjawab bahawa dia di Ajman.
Apabila suaminya meminta untuk bertemu dengannya di Ajman, isterinya menolak dan
enggan menjawab telefon lagi.
Dia kemudian pulang ke rumah mereka di Abu Dhabi, tempat pembunuhan itu berlaku.
– Agensi

Suami cemburu bunuh isteri

KUANTAN – Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak
liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui
ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne,
Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan
itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak
pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.
29/11
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar
aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh.
“Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya.
“Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai,” kata beliau
ketika dihubungi di sini semalam.
kredit : kosmo.com.my

Pengurus syarikat didakwa bunuh isteri

Seorang pengurus syarikat swasta hari ini didakwa di Mahkamah Majistet Ampang atas
tuduhan membunuh isterinya akhir tahun lalu.
Mohafri Mohamed, 37, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Fazlina Ahmad, 38, di
rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, di ibunegara pada 30 Disember
2009 antara pukul 5 pagi hingga 10.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mohafri yang kelihatan tenang di kandang tertuduh
hanya mengangguk, menandakan faham terhadap tuduhan ke atasnya.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menetapkan 19 Februari untuk sebutan bagi mendapatkan
laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Dalia Ali manakala Mohafri diwakili
peguam Zainal Ithnin.
Pada 30 Disember lepas, mayat Fazlina ditemui dalam almari bilik tidur utama di rumah
tersebut dalam keadaan berbungkus dengan selimut.
Sementara mulut dan hidung ibu kepada dua cahaya mata itu ditampal dengan pita pelekat
dan laporan bedah siasat mengesahkan wanita tersebut mati akibat lemas.
- Bernama

Play Boy Bunuh Isteri ke 9, Cemburu Punya PIL
Selasa, 10 Agustus 2010 08:56

berita2.com (Pekanbaru):
Ternyata pria play boy bisa juga cemburu. Rasa cemburunya diikuti dengan tindakan
kekerasan, menganiaya isteri ke sembilannya sampai meninggal. Lalu iapun bunuh diri.
Kisah play boy cemburu lalu bunuh diri itu terjadi pada Senin (9/8/2010) di di Desa
Pematang Tinggi, Kecamatan Krumutan, Kabupaten Pelalawan, Riau. Keterangan Kapolres,
sebelum meninggal, keduanya sempat bertengkar hebat.
“Istrinya tewas karena hantaman balok, sedangkan sang suami, Darmo ditemukan tergantung
di pohon sawit dekat rumahnya,” kata Kapolres Pelalawan AKBP Ari Rahman Nafarin.
Kejadian yang menghilangkan nyawa pasangan itu bermula saat Dasti baru saja pulang
dari rumah orangtuanya. Dia lantas ditegur Darmo karena curiga istrinya sering pergi
dan menduga karena ada pria idaman lain (PIL).
Dasti yang merupakan istri kesembilan Darmo menjawab seperlunya dan berjalan menuju
kamar mandi. Merasa dicuekin, pria berbadan tegap ini mengejar istrinya ke kamar
mandi. Di sinilah pertengkaran hebat terjadi. Karena kesal, Darmo pun  mengambil
sepotong balok lalu menghantamkannya ke kepala korban. Terkena hantaman benda tumpul,
Dasti pun terkapar berlumuran darah.
Menurut keterangan salah seorang saksi mata, Ari, setelah melihat istrinya sudah
tidak bernyawa, Darmo kalut lantas mengambil seutas tali plastik dan berlari ke belakang
rumah. Di sanalah dia mengakhiri hidupnya.
“Keduanya ditemukan oleh anak mereka yakni Wowo. Selain itu kita juga menemukan secarik
kertas dari Darmo yang intinya peristiwa ini terjadi karena dia cemburu dengan istrinya,”.