Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Tuesday, November 30, 2010

Apabila Pagar Tak Boleh di Harap.

Assalammualaikum!
"Harapkan pagar, pagar hempap padi."
"I love you, Sayang," kata-kata kekasih setelah lama berkenalan.
"i love you, Sayang," kata-kata pengantin baru di malam pertama. Apakah perasaan dan kata-kata "I love You, Sayang" akan hambar pada suatu hari nanti? Apakah akan terjadi apabila kata-kata keramat itu mati di antara dua insan?

Institusi keluarga hari ini tidak lagi berlandaskan kasih sayang. Perlakuan masyarakat hari ini sungguh menakutkan, hampir tiada siapa pun yang dapat kita percayai atau persandarkan harapan. Suami yang sepatutnya melindungi dan mengasihi isteri yang diamanahkan Allah kepadanya, sanggup membunuh isteri dengan kejam. Walaupun motif pembunuhan adalah cemburu atau kemungkinan isteri curang, wajarkah, hukumannya bunuh? 
Jadilah masyarakat yang saling maaf-memaafkan, dan saling memahami perasaan orang di sekeliling kita. Bagaimanakah perasaan anak-anak jika ibu kesayangannya dibunuh oleh ayahnya  sendiri? Dan bagaimanakah perasaan anak-anak yang menyaksikan peristiwa ayahnya digantung?

Bunuh isteri, tetak anak

Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my

TELUK INTAN: Seorang suami menetak isterinya sampai mati dan mencederakan seorang
daripada dua anak perempuannya sehingga parah termasuk putus dua jari kanan di Taman
Mawar, Langkap dekat sini, pagi semalam.
Bagaimanapun lelaki yang mengamuk itu ditembak mati polis jam 8.30 pagi selepas enggan
menyerah diri sebaliknya cuba menyerang anggota polis yang cuba mententeramkannya.
Khairul Bariah Mohamat Aaripin, 36, mati jam 5.15 pagi manakala anaknya, Najihah,
13, selain putus dua jari, cedera di kepala dan bahagian badan.
Mohammad Natri Saharuddin, 39, bekas pengawal keselamatan mempunyai rekod sakit mental
dikatakan mengamuk sejak jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata seorang
lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, tidak cedera.
Katanya, ketika polis tiba di tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung
bunyi bising dari rumah berkenaan, mendapati pintu rumah tertutup dan suara kanak-kanak
menangis sebelum lelaki itu keluar dan menjadikan kedua-dua anaknya tebusan dan menggugut
akan mencederakan mereka jika polis ataupun sesiapa mendekati rumahnya.
“Polis berusaha memujuk Mohammad Natri menyerah diri tetapi dia terus mengurung diri
di dalam rumah. Walaupun polis cuba menembak mangsa menggunakan senjata taser (renjatan
elektrik) tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.
“Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan apabila lelaki itu bertindak ganas dan
cuba menyerang dengan parang dan pisau. Dia mati di tempat kejadian," katanya di
sini semalam.
Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihah
turut dirawat di hospital sama.
Sementara itu, rakan sekerja Khairul Bariah, Ramlah Abdullah, 36, berkata mangsa
yang bekerja di pejabat kilang membuat plastik di Jalan Chui Chak pernah mengadu
mengenai suaminya yang sering melakukan kekacauan dalam rumah.
Ramlah yang tinggal berjiran berkata, mangsa juga pernah mengadu hidupnya tidak tenteram
kerana merasakan dirinya terumbang-ambing dan sentiasa dalam keadaan bersedih.
"Khairul Bariah datang ke rumah pada jam 4 pagi untuk bertemu namun dia pulang semula
ke rumahnya selepas suami saya memberitahu saya tidur," katanya.
Jiran keluarga itu, A Tamarai pula berkata, dia terdengar orang bergaduh dari rumah
berkenaan pada awal pagi tetapi tidak mengendahkannya kerana ia perkara biasa sejak
berpindah ke taman itu dua tahun lalu.
“Namun hari ini (semalam) saya terdengar bunyi pelik dari rumah itu dan terdengar
seolah-olah suara Khairul Bariah dalam ketakutan dan meminta suaminya tidak melakukan
perkara buruk terhadap dirinya dan anak-anak dan berterusan dalam tempoh lama sebelum
suara dia terus senyap.
"Saya tidak dapat tidur sehingga jam 5.30 pagi dan apabila keluar rumah kira-kira
jam 8.30 pagi saya lihat ada anggota polis di depan dan belakang rumah dalam keadaan
terhendap-hendap. Saya terkejut apabila mendapati wanita yang tinggal berjiran dengan
saya mati dibunuh manakala suaminya pula ditembak polis,” katanya.

Suami bunuh isteri disyaki curang

ABU DHABI: Seorang wanita dilapor ditikam oleh suaminya dan mungkin menjadi mangsa
pembunuhan menebus maruah.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku di apartmen keluarga itu di Shabiya Khalifa,
daerah Musaffah pada 27 Jun lalu, membabitkan seorang lelaki Sudan.
Lelaki berusia 50 tahun itu adalah suami kedua mangsa yang dikenali sebagai IAA,
35.
Pembunuhan itu sungguh kejam. Wanita berkenaan cedera di leher dan seluruh anggota
badan. Dia ditikam berulang kali, kata seorang anggota polis yang enggan dikenali.
Si suami yang ditahan sejurus selepas kejadian berkata dalam satu kenyataan kepada
polis, dia mengesyaki isterinya curang.
29/11
Motif pembunuhan kelihatan seperti menebus maruah.
Tidak ada usaha dilakukan untuk menyembunyikan mayat. Kejadian seperti ini jarang
berlaku di UAE, kata pegawai berkenaan.
Lelaki itu, dalam kenyataannya juga berkata, dua hari sebelum kejadian, isterinya
pergi ke Sharjah.
Dia juga ke Sharjah dan menelefon isterinya untuk memberitahu di mana dia supaya
mereka dapat bertemu.
Si isteri menjawab bahawa dia di Ajman.
Apabila suaminya meminta untuk bertemu dengannya di Ajman, isterinya menolak dan
enggan menjawab telefon lagi.
Dia kemudian pulang ke rumah mereka di Abu Dhabi, tempat pembunuhan itu berlaku.
– Agensi

Suami cemburu bunuh isteri

KUANTAN – Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak
liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui
ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne,
Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan
itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak
pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.
29/11
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar
aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh.
“Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya.
“Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai,” kata beliau
ketika dihubungi di sini semalam.
kredit : kosmo.com.my

Pengurus syarikat didakwa bunuh isteri

Seorang pengurus syarikat swasta hari ini didakwa di Mahkamah Majistet Ampang atas
tuduhan membunuh isterinya akhir tahun lalu.
Mohafri Mohamed, 37, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Fazlina Ahmad, 38, di
rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, di ibunegara pada 30 Disember
2009 antara pukul 5 pagi hingga 10.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mohafri yang kelihatan tenang di kandang tertuduh
hanya mengangguk, menandakan faham terhadap tuduhan ke atasnya.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menetapkan 19 Februari untuk sebutan bagi mendapatkan
laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Dalia Ali manakala Mohafri diwakili
peguam Zainal Ithnin.
Pada 30 Disember lepas, mayat Fazlina ditemui dalam almari bilik tidur utama di rumah
tersebut dalam keadaan berbungkus dengan selimut.
Sementara mulut dan hidung ibu kepada dua cahaya mata itu ditampal dengan pita pelekat
dan laporan bedah siasat mengesahkan wanita tersebut mati akibat lemas.
- Bernama

Play Boy Bunuh Isteri ke 9, Cemburu Punya PIL
Selasa, 10 Agustus 2010 08:56

berita2.com (Pekanbaru):
Ternyata pria play boy bisa juga cemburu. Rasa cemburunya diikuti dengan tindakan
kekerasan, menganiaya isteri ke sembilannya sampai meninggal. Lalu iapun bunuh diri.
Kisah play boy cemburu lalu bunuh diri itu terjadi pada Senin (9/8/2010) di di Desa
Pematang Tinggi, Kecamatan Krumutan, Kabupaten Pelalawan, Riau. Keterangan Kapolres,
sebelum meninggal, keduanya sempat bertengkar hebat.
“Istrinya tewas karena hantaman balok, sedangkan sang suami, Darmo ditemukan tergantung
di pohon sawit dekat rumahnya,” kata Kapolres Pelalawan AKBP Ari Rahman Nafarin.
Kejadian yang menghilangkan nyawa pasangan itu bermula saat Dasti baru saja pulang
dari rumah orangtuanya. Dia lantas ditegur Darmo karena curiga istrinya sering pergi
dan menduga karena ada pria idaman lain (PIL).
Dasti yang merupakan istri kesembilan Darmo menjawab seperlunya dan berjalan menuju
kamar mandi. Merasa dicuekin, pria berbadan tegap ini mengejar istrinya ke kamar
mandi. Di sinilah pertengkaran hebat terjadi. Karena kesal, Darmo pun  mengambil
sepotong balok lalu menghantamkannya ke kepala korban. Terkena hantaman benda tumpul,
Dasti pun terkapar berlumuran darah.
Menurut keterangan salah seorang saksi mata, Ari, setelah melihat istrinya sudah
tidak bernyawa, Darmo kalut lantas mengambil seutas tali plastik dan berlari ke belakang
rumah. Di sanalah dia mengakhiri hidupnya.
“Keduanya ditemukan oleh anak mereka yakni Wowo. Selain itu kita juga menemukan secarik
kertas dari Darmo yang intinya peristiwa ini terjadi karena dia cemburu dengan istrinya,”.

Monday, November 29, 2010

Hospital Cuai, Salah Siapa?

Assalammualaikum!

Sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa setiap rezki, kemalangan atau kematian, telah ditentukan oleh qada dan qadar. Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia, tetap menerima berita kemalangan dengan beberapa soalan dan alasan. Beberapa artikel di bawah mengesahkan kecuaian hospital yang mengakibatkan penderitaan. Sungguh malang nasib mereka, marilah kita sedekahkan alfatihah untuk mereka. Bersamalah kita berdoa agar musibah sebegini tidak menimpa ramai orang.

 

  

MANUSIA & PERISTIWA

Ahad Januari 31, 2010

Jantung Mayat Masih Berdegup di Rumah Mayat

Gambar Zhang semasa dibawa dari Rumah Mayat. -Foto ihsan www.weirdasianews.com

SAUDARA-MARA seorang buruh binaan yang telah disahkan meninggal dunia, Zhang Houming, 46, terkejut apabila mendapati jantung si mati masih berdegup semasa berada di rumah mayat.

Pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Neijiang, China yang bertanggungjawab telah dimarahi dengan teruk kerana kesalahan serius ini.

Mangsa diisytiharkan telah meninggal dunia untuk kali pertama selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas semasa pulang dari kerja.

Anaknya, Haibo pulang bersamanya kerana mereka berdua bekerja di tempat yang sama. Semasa kejadian, beliau pengsan akibat impak kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, ambulans dilaporkan tiba lambat di tempat kejadian dan pemandunya memberi alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca kelewatan.

Tetapi menurut rakan sekerja mereka, You, yang tinggal berhampiran dan bekerja di tempat kerja di tengah-tengah bandar itu, perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada sejam.

“Saya tidak boleh percaya yang pemandu ambulans tersebut memandu lebih lambat daripada motosikal saya,” jelas You.

Sementara itu, seorang doktor yang memeriksa Zhang menulis dalam laporannya beliau telah menghembuskan nafas akhir.

“Beliau telah berhenti bernafas serta jantungnya telah berhenti berdegup semasa saya merawat Zhang,” tambahnya.

Selepas itu, beberapa orang pembantu perubatan memasukan Zhang ke dalam bag mayat berisi ais manakala anaknya pula dibawa ke hospital dengan ambulans.

Apabila ambulans itu tiba di hospital, saudara-mara Zhang dimaklumkan mengenai berita itu dan yang mayat Zhang ditempatkan di rumah mayat.

Mereka bergegas ke sana dan salah seorang daripada saudara lelaki Zhang dibawa ke dalam untuk mengenal pasti mangsa.

Saudara Zhang menepatkan telinganya ke atas dada dan terkejut apabila jantungnya masih berdegup.

Keluarganya menelefon talian kecemasan dan sebuah lagi ambulans tiba untuk membawa Zhang ke hospital. Para doktor mendapati jantung Zhang berdegup sebanyak 74 kali seminit dan bernafas 18 kali seminit.

Walaupun mereka telah cuba sedaya upaya selama sejam, Zhang gagal diselamatkan.

Pihak hospital akur dengan kecuaian kakitangannya namun Timbalan Pengarah Biro Kesihatan bandar tersebut, Luo Renfu masih mempertahankan tindakan doktor itu.

“Mangsa mungkin mengalami kejutan dan jantungnya mungkin mula berdegup kembali kerana hentakan van mini yang membawanya ke hospital,” katanya.

Keluarga Zhang meminta hospital itu membayar 1.5 juta yuan sebagai pampasan, namun pihak hospital hanya bersetuju untuk memberi 200,000 yuan sebagai ganti rugi.

mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?... -

 

Cyberjaya Online

One Malaysia News

Saturday - 27. November 2010

Suami dakwa isteri mati kerana hospital cuai

KOTA BHARU 23 Sept. – Seorang Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini mendakwa kecuaian kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini telah menyebabkan isterinya meninggal dunia selepas menjalani pembedahan untuk bersalin pada 17 Ogos lalu.

Musa Abdul Kadir, 44, berkata, arwah isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi kelmarin selepas koma dua minggu di hospital berkenaan sementara bayi lelakinya seberat 2.3 kilogram kini berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya, kecuaian pihak HUSM semasa melakukan pembedahan awal telah menyebabkan beberapa keping kain kapas atau ‘pack’ tertinggal di dalam rahim arwah isterinya itu.

Dakwanya, kain kapas itu dikesan seorang doktor yang membuat ujian sinar-X ke atas isterinya selepas arwah mengadu sakit teramat sangat selepas tiga jam bersalin anak keempat mereka melalui pembedahan.

“Saya diberitahu oleh doktor ada objek yang tertinggal di dalam perut isteri saya dan doktor meminta kebenaran untuk melakukan pembedahan kali kedua pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika pembedahan dilakukan, doktor berjaya mengeluarkan dua keping kain kapas yang tertinggal di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa mendakwa, selepas itu isterinya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami masalah di dalam perut.

Dakwanya, pada 25 Ogos lalu, keadaan arwah isterinya menjadi tidak menentu sehingga menyebabkannya meracau, mengamuk dan demam teruk sehingga doktor terpaksa memberinya ubat tahan sakit.

Katanya, sejak itu arwah isterinya terus koma dan terpaksa makan dan minum menggunakan tiub sementara perutnya pula semakin membesar.

“Pada 7 September kira-kira pukul 9 malam, doktor sekali lagi meminta kebenaran saya untuk membuat pembedahan kali ketiga yang memakan masa selama kira-kira sembilan jam kerana difahamkan ada jangkitan kuman akibat pembedahan kali kedua,” dakwanya.

Menurut Musa, apa yang mengejutkan apabila doktor memberitahu berlaku lima kebocoran pada usus arwah isterinya, menyebabkan dua daripada ususnya dijahit sementara tiga pula terpaksa dibuang kerana ada yang terputus dan melekat pada rahim.

“Ada tiga usus lagi berdarah dan keadaannya bertambah kritikal dan kira-kira pukul 8 pagi pada 21 September lalu, isteri saya disahkan meninggal dunia,” ujarnya.

Dakwanya, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital mengenai kejadian yang menimpa arwah isterinya, tetapi mereka enggan memberi kerjasama.

Berikutan itu, Musa telah membuat laporan di balai polis Kubang Kerian kira-kira pukul 6.44 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa isterinya.

www.cyberjayaonline.com/.../suami-dakwa-isteri-mati-kerana-hospital-cuai/ -

www.malaysiazoom.com/suami-dakwa-isteri-mati-kerana-hospital-cuai/ -

 

Ibu Mendakwa Hospital Cuai.

 

LABUAN: Seorang ibu kehilangan bayinya yang didakwanya atas sebab kecuaian kakitangan hospital membuat pendedahan kepada Daily Mail, mengharapkan apa yang dialaminya sekeluarga tidak akan terjadi kepada kelurga lain dimasa akan datang.
Hamidah Ibrahim, 33 berkata, kehilangan bayi lelakinya, Mohamad Alif Franciskus, berusia lapan bulan pada 21 Jun lalu, meletakkan dia dan suami dalam keadaan trauma setiap kali membayangkan keadaan yang menimpa nasib bayinya itu.
“Ekoran daripada kejadian yang tidak saya lupakan sehingga akhir hayat ini membutakan saya serik untuk mendapatkan rawatan di hospital. Meskipun redha dengan apa yang telah saya alami dan suami pemergian Alif bukan semudah untuk dilupakan… ini kerana bibit kasih sayang telah pun tertanam dalam jiwa kami sekeluarga,” katanya.
Hamidah mendakwa bayinya Alif meninggal dunia adalah disebabkan kelemahan dari pihak Hospital Nukleus Labuan, yang mana anaknya tidak sepatutnya dirujuk ke Unit Pesakit Luar.
“Anak saya demam pada satu hari itu. Dan dalam minggu itu juga anak saya mempunyai temujanji dengan doktor pakar dari Sabah. Doktor pakar itu memberikan ubat dan mengingatkan saya bahawa salah satu kesan ubat yang akan dialami oleh bayi saya adalah dia akan mudah dijangkiti kuman,” katanya.
“Kemudian pada keesokkan harinya demam anak saya semakin teruk. Saya bawa anak saya ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan setiap hari sehingga hari Isnin,” keluhnya.
“Walaubagaimanapun sakit Alif tidak menampakkn perubahan malahan semakin teruk setelah beberapa hari bayi dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
“Saya masih ingat hari terakhir iaitu pada hari Isnin itu, suhu demam panas anak saya sudah mencecah 40.1 darjah celcius. Saya bawa juga ke hospital dengan harapan ada doktor yang akan merawatnya. Sebaliknya anak saya di hantar ke pusat rawatan luar dan menunggu masa yang lama untuk anak saya mendapatkan rawatan,” katanya.
Hamidah juga mendakwa bayinya dibiarkan berada dalam bilik rawatan dengan tangan yang dicucuk jarum.
“Sehinggakan kulit tangan anak saya menjadi lebam kebiruan  disebabkan banyak cucukan jarum. Waktu itu saya tidak sampai hati melihat keadaan anak saya yang menangis kesakitan sambil matanya melihat saya,” katanya.
Hamidah berkata tidak menyangka pandangan anaknya ketika itu mempunyai maksud yang mendalam.
“Pandangan itu yang saya tidak dapat lupakan sehingga hari ini . Mungkin dia cuba untuk memberitahu saya bawah dia akan pergi selamanya,” tambahnya.
Daily Mail turut diberikan surat penjelasan darip ada pihak Pejabat Pengarah Hospital Labuan yang mengakui terdapat kelemahan daripada pihak hospital sewaktu Hamidah membawa anaknya ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan  pada 21 Jun lalu.
Satu mesyuarat membincangkan kes itu diadakan dan membuat kesimpulan bahawa  pihak hospital berasa kesal dengan apa yang berlaku dan beberapa langkah penambahbaikan telah diambil untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
Antara langkah yang diambil adalah memastikan kes yang telah dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma tidak akan dirujuk ke Unit Pesakit Luar.
Sementara itu Hamidah berkata dia dan suami tidak akan membuat tuntutan atau mengambil tindakan undang-undang ini terhadap hospital ini kerana, baginya ianya tidak akan memberi makna “Alif tidak akan kembali bersama kami lagi.”
Hamidah berharap pihak hospital akan lebih sensitif terhadap kes seperti ini , “supaya jangan ambil remeh dengan keadaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.”
“Saya juga berharap masyarakat Labuan dapat mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa saya sekeluarga,” katanya.
Ketika ini saya di sahkan mengandung sebulan lebih. Untuk anak kedua Saya dan suami sudah fobia untuk mendapatkan sebarang rawatan di Hospital Labuan dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan rawatan di Hospital Kota Kinabalu.

www.dailymail.com.my/index.php?...hospital-cuai...1... -

9,Nov

Hospital Cuai, Remaja Terima Darah HIV Kini Menderita AIDS

 

Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS
Gambar: MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.
Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.
"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.
Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya. -kosmo

greenboc.blogspot.com/.../hospital-cuai-remaja-terima-darah-hiv_09.html -

 

 

Doktor, hospital cuai rawat pesakit ILI tak dilindungi

KUANTAN 14 April - Kementerian Kesihatan tidak akan melindungi mana-mana doktor, klinik atau hospital yang cuai dalam merawat pesakit yang menghidap penyakit serupa influenza (ILI) sehingga menyebabkan kematian.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut berikutan kes kematian seorang peguam berusia 42 tahun di Johor Bahru yang didapati positif Influenza A (H1N1).

''Trend dalam tempoh dua minggu lalu menunjukkan peningkatan mendadak pesakit H1N1 dan ini mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat.

''Saya telah mengarahkan sepasukan pakar dihantar ke sebuah hospital swasta di Kuantan untuk menjalankan kajian lanjut melibatkan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun pada 3 April lalu kemungkinan disebabkan H1N1.

''Kita mahu tahu perkembangan sepenuhnya kes tersebut sama ada wujud sebarang kecuaian di pihak hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA dan Pengerusi MCA Pahang berkata, pihak kementerian telah meminta semua hospital kerajaan dan swasta memberi rawatan terbaik kepada mana-mana pesakit ILI dan memberi rawatan anti viral kepada pesakit berisiko tinggi dengan kadar segera.

Ini kerana, katanya, tempoh empat hari pertama merupakan 'masa emas' untuk rawatan Tamiflu sebelum keadaan menjadi terlewat.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bimbang sekiranya diberi rawatan berkenaan sungguhpun mereka tidak dijangkiti H1N1.

www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... -

 

Hospital cuai, bayi saya dilahirkan patah tangan: Ibu

Calendar October 6, 2009 | Posted by Zulhaidah

Seorang wanita hari ini mendakwa kecuaian petugas wad bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani menyebabkan bayinya yang dilahirkan di wad itu kini menderita sakit akibat patah tangan kiri.

Faizah Ibrahim, 28, berkata bahawa selepas melahirkan anak keduanya itu pada 14 Sept lepas, seorang doktor memaklumkan kepada beliau bahawa tangan kiri bayi yang dilahirkan itu telah patah ketika dikeluarkan dan memintanya supaya tidak membuat sebarang aduan.

Katanya, disebabkan bersetuju dengan nasihat doktor itu dan percaya bayinya akan pulih seperti biasa, beliau tidak mendedahkan kecuaian petugas wad bersalin itu kepada mana-mana pihak sebelum ini.

“Selepas 11 hari di wad, bayi lelaki saya dibenarkan keluar tetapi sekarang tangan bayi saya ini semakin bengkak dan kebiruan sehingga ke tapak tangan manakala tangan sebelah kanannya pula mengalami masalah saraf,” kata Faizah kepada Bernama di rumahnya di Kuala Pegang di Baling.

Katanya, anak beliau Mohamad Afif Aidil Mohamad Shah Al Fandi, sering menangis kesakitan dan sedang menerima rawatan di Hospital Baling.

Faizah berkata pegawai perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim itu telah menunjukkan gambar x-ray kepada beliau sebelum tangan bayinya itu disimen.

Suami beliau Mohamad Shah Al Fandi Md Yusof, 28, seorang pekerja kampung, berkata mereka bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Hospital Sultan Abdul Halim atas kecuaian yang menyebabkan anaknya menderita kesakitan.

“Saya sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anak kami akibat kecuaian pihak hospital dan kami akan mengambil tindakan undang-undang,” kata beliau.

Pengarah hospital berkenaan Dr Harris Fadzilah Che Hashim gagal dihubungi tetapi Bernama difahamkan pihak hospital telah memberi penjelasan mengenai kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan baru-baru ini.

“Kita telah memberi penjelasan mengenai kejadian itu dan meminta ibu bapa bayi merujuk semula ke hospital ini jika ada sebarang masalah,” kata seorang jurucakap hospital itu. BERNAMA

www.zulhaidah.com/?p=2764 -

Sunday, November 28, 2010

Patutkah Isteri Menggoda Suami?

Assalammualaikum!

berikut ini adalah sebuah email yang dirasakan bermanfaat untuk kita kongsikan. Penulis asal tidak diketahui, namun pandangannya bolehlah dijadikan ikhtibar untuk kehidupan seharian kita.

Tips menggoda suami 40an.

ANGKA 40 membawa persepsi yang berbeza terhadap lelaki dan wanita.

Bagi lelaki usia 40 dianggap sebagai permulaan hidup baru, semangat baru, semakin matang.

Bagi wanita usia 40 dikaitkan dengan perkara-perkara negatif, dan selalu dikaitkan dengan musim saham mula menurun.
Bukan berniat merendahkan orang perempuan, jauh sekali untuk memperlekeh kaum wanita.

Cuma saya ingin bercakap perkara yang betul di depan mata. Satu hakikat perihal Adam dan Hawa.
Macam mana pun golongan pejuang wanita menegaskan tidak ada beza antara lelaki dan perempuan,

saya tetap berasa ada perbezaan yang jelas. Ini bukan soal fizikal - yang memang jelas ada bezanya - tetapi ciri-ciri lain yang menyebabkan Leha dan Leman tidak serupa.
Sebenarnya, awal-awal sudah berbeza. Dari segi tahap kematangan semua orang mengakui perempuan lebih cepat dewasa berbanding lelaki.

Anak perempuan baligh lebih awal dari lelaki. Ada gadis yang mula haid seawal sembilan tahun.

Sebaliknya, ada lelaki yang sudah masuk usia 17 belum ada apa-apa.
Mereka yang mempunyai anak-anak lelaki dan perempuan boleh melihat hal yang sama.

Baru darjah enam anak perempuan sudah boleh diharap mengemas bilik tidur, mencuci pinggan mangkuk, membancuh susu adik. Anak lelaki sudah tingkatan tiga pun masih tidak tahu apa-apa.
Sebab itu orang putih kata, kehidupan seorang lelaki bermula pada usia 40 tahun.

Konon, pada usia ini lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin, lebih itu, lebih ini.
Hanya satu yang tidak sedap, malah tidak adil: konon pada usia 40 inilah degree kemiangan lelaki dikatakan semakin meningkat!
Miang, gatal, merenyam, gelenyar...banyak lagi istilah-istilah (maaf, sesetengahnya tidak sesuai disiarkan sebab kedengaran kurang sopan) yang seerti dengannya untuk menggambarkan perangai lelaki setelah melewati usia empat puluhan.
Orang perempuan selalu memberi alasan yang serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antaranya, yang paling biasa: suami mula menjeling wanita lain, suami mula main kayu tiga, suami kahwin baru.
Bukanlah hendak menyebelah lelaki, tetapi pada hemat saya andaian seperti itu adalah rambang, dan sekali gus tidak adil. Sebab, bilangan suami yang main kayu tiga, atau membuka 'cawangan' baru adalah kecil, terlalu kecil. Mungkin yang jeling-jeling wanita lain ramai, tetapi percayalah jelingan itu tidak membawa apa-apa mudarat. Lagi pun ada sebab suami menjeling wanita lain.
Maaf cakap, ketika suami mula 'meriah habis' pada usia 40, wanita pada usia tersebut dikatakan mula mengendur dan 'dingin' dalam banyak hal. Sebenarnya, ini diakui sendiri oleh ramai wanita, sebab itu mereka tidak suka usia empat puluhan disebut.
Pendek kata, angka 40 membawa persepsi yang berbeza kepada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, usia tersebut dikaitkan dengan kematangan dan kehebatan, bagi perempuan, usia tersebut sering digambarkan sebagai peringkat saham menurun.
Kalau ada suami yang mula menunjukkan tanda-tanda 'keriangan' luar biasa, di sini  ada panduan untuk isteri menyekat suami main mata dengan orang lain.

Kaedah ini tidak ada dalam buku motivasi suami-isteri, tetapi boleh dicuba.
Pertama, layan suami seperti biasa.

Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan.

Contoh:

"Fuhhh, misai abang sekarang tebal semacam, kita tengok pun geram!" Atau: "Abang sejak minum kopi herba tu, kita rasa luar biasa!"
Kata-kata seperti ini boleh membangkitkan semangat, dan suami merasa dihargai.

Tetapi jangan cakap sahaja, isteri patut buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji misai, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian tentang misai itu tidak bererti langsung.
Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikit pun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.
Masalahnya ialah wanita pada usia 40, lebih-lebih lagi yang sudah beranak ramai, sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat, atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Letak sahaja kepala di bantal, terus berdengkur.
Pada hemat saya, tanpa mengira usia, isteri patut bijak melakukan reaksi-reaksi hangat semasa berdua di kamar tidur. Mungkin boleh cuba urutan cakar harimau yang popular itu. Sambil mencakar boleh bergurau senda, dan puji-puji tentang misai.
Kalau cakaran harimau sudah mengena, suami yang letih menjadi segar semula. Pasti suami akan membalas dengan cakaran kucing jantan.
Bayangkan apa akan terjadi apabila cakar berbalas cakar. Tentu harimau akan mengaum.
Amaran: hati-hati sekiranya isteri berkuku panjang dan tajam, takut tersilap cakar luka pula kulit belakang suami. Akibatnya, suami berasa kesakitan dan mungkin menggunakan tendangan kambing gurun hingga isteri terpelanting bawah katil!
Kedua, isteri mesti terus bergaya.

Sebenarnya wanita pada usia 40-45, masih cantik dan menawan.

Masih anggun dan mempesona. Memanglah tidak 'cun-melecun' seperti gadis belasan tahun lagi 'trang-tang-tang'.

Tetapi sekiranya bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain.
Masalahnya ialah sesetengah isteri, terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal keterampilan diri.

Tidaklah selekeh, tetapi kurang mesra alam. Rambut tidak disisir, menggerbang macam langsuir atau penunggu pohon beringin dalam Misteri Nusantara.

Dahi berkerut, bibir berkedut. Tanpa bedak, tanpa gincu. Pipi pun berminyak semacam.
Sudahlah begitu, pakaian pun asyik kain batik lusuh dengan t-shirt Pagoda leher bulat yang ketiaknya terkoyak sedikit.

Ini sudah menjadi uniform tidak rasmi suri rumah yang tidak berseni. Sesetengahnya langsung tidak berbaju,

hanya berkemban. Sudahlah berkemban, nampak bulu ketiak keriting, betul-betul macam ibu si Tenggang.
Percayalah, kalau rupa seperti ini yang dilihat oleh suami setiap hari, belum masuk usia 40 tahun pun suami sudah menjeling wanita lain.

Jika hari-hari melihat puntianak atau ibu si Tenggang, suami pun berasa muak juga. Suami pun hendak melihat benda-benda indah.
Sebenarnya, mendandan diri bukan susah sangat. Lagi pun kebanyakan suami tidak cerewet sangat.

Suami tidak mengharapkan isteri menyambutnya dengan pakaian berjenama antarabangsa, atau jari lentik dengan kuku berwarna, bibir merah dan basah berkilat, rambut ikal mayang teknik rebonding, alis lentik bagai penari Mak Yong.
Apa yang dikehendaki oleh kebanyakan suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Jangan lentuk sangat, suami naik lemas pula. Rambut perlu disisir kemas, pada hari-hari tertentu (petang Khamis umpamanya!) boleh letak bunga ros di kepala. Tetapi, jangan pula terlebih hingga pacak bunga manggar di kepala. Nanti suami ingat isteri sudah sewel.
Pipi patut dihias supaya tidak nampak berminyak macam mamak jual capati.

Kalau tidak mampu pakai bedak yang berjenama, bedak biasa pun boleh, asalkan disapu dengan kemas. Jangan asyik lumur dengan bedak beras sejuk sehingga wajah kelihatan seperti wayang China purba!
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat. Kalau tidak ada pewangi pun gunakanlah haruman ash dari bunga cempaka, melur, kenanga atau lain-lain bunga wangi.
Kalau pun teruk memasak di dapur pastikan bau serbuk kari, sambal belacan, budu, atau bau ikan pekasam goreng tidak melekat di tubuh.

Amaran: jangan sekali-sekali ada bau semburan ubat lipas atau kapur barus pada tubuh. Mati selera suami.
Ketiga, mesti selalu senyum. Sambutlah suami dengan senyum paling manis. Senyum yang ikhlas, dan bukan dibuat-buat.

Ingat, orang lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Tetapi, jangan tersengih tidak tentu pasal, nanti suami ingat isteri tersampuk puntianak sundal malam.

hahahhahaha.

Tidaklah diharapkan isteri mengurut-urut bahu atau dada suami sebaik masuk ke rumah, lebih-lebih lagi di hadapan anak-anak.

Memadailah isteri menegur:

"Abang nampak letih, boleh kita ambilkan air?

Abang nak air sejuk atau air panas?"

Tetapi, jangan pula memberitahu suami benda-benda yang mungkin mematikan semangatnya,

seperti:

"Tadi ada orang datang, dia kata abang dah tiga bulan tak bayar ansuran kereta, betul ke?"

Atau:

"Orang sebelah tu beli TV 29 inci, boleh tak kita beli yang 36 inci?"
Keempat, etika di bilik tidur.

Ini paling penting, sebab bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri.

Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bunga wangi di atas tilam. Barulah bersemangat untuk cakaran harimau atau cakaran kucing.
Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati empat puluhan, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi.

Tidak ada bau minyak wangi, seperti zaman baru-baru kahwin dulu. Apa yang memenuhi bilik tidur sekarang hanyalah bau minyak angin.
Bilik tidur penuh dengan beraneka minyak angin. Penjuru katil ada minyak lenguh sendi,

tepi bantal ada minyak sengal tulang, atas tilam ada minyak pening kepala, bawah katil pun ada minyak semput.
Walaupun sudah lenguh sana-sini, minyak-minyak itu bukan di kamar tidur tempatnya.

Kalau setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk mencakar. Ini yang isteri kena faham.

Itu di antar tips-tips kali ini.

Pantai PD Jadi Pusat Pembuangan Abu Mayat?

Assalammualaikum!
Rupa-rupanya selama ini pantai peranginan Port Dickson adalah merupakan tempat pusat pembuangan abu mayat dari rumah pembakaran mayat. Betulkah begitu? Issh! Issh! Issh!
Agak-agaknyalahkan dah berapa banyak air abu mayat yang telah ditelan oleh pengunjung pantai Port Dickson sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu sehingga kini dan akan datang ? Berapa banyak pula abu mayat yang telah dibuang di pantai peranginan ini, ratusan, ribuan, puluhan ribuan, ratusan ribuan ? Sanggupkah lagi kita dan anak-anak kita mandi di pantai Port Dickson lagi? Di kala dunia sibuk membicarakan hidup sihat bersama "go green" dan persekitaran yang bersih, Malaysia membenarkan pusat peranginannya dicemari!

Saturday November 27, 2010
Ash scattering ban revoked
By SARBAN SINGH
newsdesk@thestar.com.my

PORT DICKSON: The Port Dickson Municipal Council (MPPD) has rescinded a directive that families can only scatter 100gm of the remains of their cremated dead at a secluded spot at a stretch of beach near here.

State Environment, Human Re­­sources, Plantation Affairs and Public Complaints Committee chairman Datuk V.S. Mogan said the state government had directed the MPPD to revoke the decision, announced just two days ago.

“The MPPD has been told to rescind the order. Families who wish to scatter the ashes of their dead kin can do so at a Hindu temple on KM1.6 Jalan Pantai,” he said.

Many quarters had criticised the MPPD for its unilateral decision, which they said mocked the beliefs of some communities.

Yesterday, The Star reported that the MPPD had implemented the ruling apparently to reduce sea pollution and to maintain cleanliness.

The council said the Kuil Sri Maha Mariamman management was also asked to have a weighing scale at all times to ensure only 100gm of ash was scattered into the sea. The council did not say how or where the relatives could dispose of the remaining ashes.

Those caught performing the ceremony elsewhere in PD would be slapped with a RM250 compound.

It is common for families from as far as Selangor and Malacca to perform the scattering of ashes in Port Dickson as part of their final rites.

The Kuil Sri Maha Mariamman temple committee was notified of the ruling a day after StarMetro had highlighted the plight of residents who had asked the MPPD and the state authorities to help them build a crematorium.

Mogan, who is also state MIC chairman, however, advised the families of the deceased not to throw pots and other prayer items into the sea.

He said the MPPD had received complaints from beach goers of such items being dumped indiscriminately by the beach.

Residents had complained of the deplorable conditions at an open air crematorium in an oil palm estate in Jalan Sua Betong here.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2010%2F11%2F27%2Fnation%2F7514173

--

Friday, November 26, 2010

Hikmah Meminta Maaf.

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SEHAT

oleh -Tok Wan pada pada 01hb November 2010 pukul 12.30 pagi

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

Curi Duit Isteri Untuk Bayar Hutang Kahwin.

Assalammualaikum!
Dalam Islam kahwin itu mudah, tetapi adat manusia yang menyusahkan. Mengapakah jadi begitu?
Ramai teruna terpaksa berhutang untuk majlis perkahwinan mereka, kalau tidak, alamat berputih matalah, cik abang! Ramai dara terpaksa menjadi "andartu" kerana sikap ibu-bapa yang materialis. Tapi, hakikatnya sekarang, dalam keghairahan ibu-bapa berlumba-lumba meninggikan harga hantaran, lazimnya mereka terlupa bahawa kesucian anak gadis mereka telah tercemar.
Kasihan si teruna, berhati mulia ingin memperisterikan si dara jelita yang tercemar kesuciannya, dengan harga yang mahal. Sedangkan, remaja lelaki hingusan dengan senang meragut keperawanannya bermodalkan ayat2 cinta.
  Formula kahwin mudah cara Islam tanpa perlu berhutang di http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

KOSMO 26 Nov 2010

Foto menunjukkan wang tunai dan barang kemas yang dirampas daripada seorang lelaki untuk membayar hutang kahwin di Muar semalam.
---------------------

MUAR – Buntu mahu menyelesaikan baki hutang semasa berkahwin Februari lalu, seorang lelaki tergamak mencuri barang kemas dan wang tunai isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis palsu mengatakan dia dirompak pada malam Selasa lalu.

Sebelum itu, suspek, 22, seorang pemandu lori membuat laporan polis mendakwa dia dirompak ketika pulang kerumahnya di Taman Temiang Jaya, Jalan Kim Kee di sini pukul 8.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Supritendan Lee Choon Guan berkata, hasil siasatan bagaimanapun mendapati keterangan suspek mencurigakan sebelum lelaki itu mengaku mencuri barangan kemas dan wang tunai milik isterinya yang berusia 32 tahun.

“Ketika disoal siasat, suspek mendakwa diserang tiga lelaki warga asing yang bersenjatakan senapang patah dan parang ketika pulang ke rumah.

“Namun keterangannya didapati meragukan sebelum polis menemui barangan kemas dan wang tunai berjumlah RM2,017 di dalam sebuah beg galas yang disembunyikan dalam but kereta Perodua Kancil milik suspek,” katanya kepada pemberita semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Adakah Anda Ketagih Facebook?

Assalammualaikum!

Hari ini, hampir semua orang yang celik IT mempunyai paling tidak, satu akaun facebook. Laman sosial ini digemari oleh semua golongan generasi, dari anak kecil yang baru mengenal huruf, sehingga warga emas yang hampir rabun mengenali huruf. Laman sosial yang melekakan ini dikatakan boleh menghibur kesunyian dan menyuntik semangat pergaulan kepada pemalu. Oleh itu, ramai yang teruja kerananya dan akak tidak terkecuali. Sesiapa yang sudi berkawan dengan akak, terimalah salam persahabatan dari:

pu3san2bung@gmail.com

 

Ketagih Facebook
"Sayang, abang balik. Lapar ni, boleh siapkan makan?" Tanya Ali kepada isteri yang sedang berada di bilik.
"Kejap, bang. Sayang tengah bagi 'kambing' makan ni." Jawab Aminah, sambil terus
melayan ternakan virtual dalam facebook, permainan yang digilai ramai orang,
"Kambing bodoh tu bagi makan, suami lapar kena tunggu pulak?" Leter suami yang setiap
hari menahan sabar dengan sikap isteri yg melekat dengan facebook.
Sejam kemudian aminah pergi ke dapur. Didapatinya pinggan bekas makan suami dalam
sinki dan sebuah kuali di atas dapur. Suami, seperti biasa, menggoreng sendiri telur
untuk dijadikan lauk kerana tidak dapat menahan lapar menunggu hidangan isteri.
"Mama, tolong Amar buat karangan ni. " Rayu Amar kepada ibunya,  Aminah malam itu.
"Amar buat dulu. Kejap lagi mama datang." Jawab ibunya. Aminah masih meneruskan hobi
melayan kawan2 lama dalam facebook.
Dua jam kemudian, selepas Aminah menutup komputer didapatinya Amar sudah tertidur
menangkup atas buku tulis dengan pensel di tangan. Karangannya tidak habis ditulis.
Terlalu lama menunggu mama yang tidak kunjung datang membantu.
Aminah adalah salah seorang dari jutaan manusia yang menjadi mangsa ketagihan facebook.
Kes ketagihan facebook semakin parah dalam masyarakat barat dan kini menyusupi masyarakat
Malaysia yang menyerang bukan saja
anak2 muda malah warga emas yang menghabiskan masa berjam2 menulis dan menjawab status
kawan2.
Facebook dijadikan pelarian dari masalah dan tanpa disedari ia menyedut berjam-jam
masa produktif yang sepatutnya digunakan untuk melunaskan amanah dan tanggungjawab.
Bagi pelajar masa yg sepatutnya untuk membuat kerja sekolah, membuat assignment,
membaca buku terbuang begitu saja kerana merasakan semua itu membebankan dan beralih
kepada facebook untuk melegakan perasaan.
Masa untuk membaca buku bertukar kepada masa membaca facebook. Waktu beribadah tahajjud
pun boleh turut terjejas kerana tarikan facebook.
Hari ini tidak lagi perkara luar biasa melihat suasana di rumah orang bandar jam
8 malam yang biasanya keluarga berkumpul dan bergurau senda di ruang keluarga sambil
menonton tv kini masing2 menghadapi facebook di tempat masing2. Ibu dan ayah dengan laptop
masing2 di bilik. Anak2 di bilik mereka  atau di ruang tamu dan masing2 punya laptop
sendiri. Tiada bunyi, tiada suara  kecuali bunyi keyboard dan suara bibik sedang
mencuci pinggan di dapur.
Adalah masih dikira baik kalau mereka masih berkomunikasi sesama sendiri.
Yang malangnya setiap orang sedang berfacebook dengan kawan2 masing dan ahli keluarga
tidak termasuk dalam senarai yang di 'add' sebagai 'friends'
dan tiada 'mutual friends' di kalangan ahli keluarga.
Ciri-ciri ketagihan facebook:
1. Tidak dapat berenggang dengan. internet
2. Terus mencapai facebook sebaik saja bangun dari tidur, sampai di pejabat atau
sampai di rumah.
3. Sentiasa terbayang apa yg ada dalam facebook semasa offline,
4. Sentiasa terbayang untuk menulis sesuatu dalam facebook semasa offline
5. Lebih selesa melayari facebook dari keluar rumah atau menonton tv
6. Masa dihabiskan lebih setengah jam setiap kali melayari facebook.
7. Melayari facebook lebih 3 kali sehari sekadar berbual kosong.
8. Facebook dijadikan tempat meluahkan perasaan.
9. sentiasa mengharapkan ramai orang memberi komen.
10. Rasa gelisah yang amat sangat apabila berada lama di tempat  yang tiada internet.
Facebook amat berguna untuk merapatkan hubungan persahabatan dan keluarga, mencari
teman2 lama atau siapa saja yg ingin dihubungi sekiranya tidak dapat dihubungi dengan telefon. Adakalanya pada waktu2 kritikal facebook amat diperlukan utk menghubungi seseorang.
Mat rempit dan kaki lepak dikaitkan dengan masalah anak2 generasi Y. Tetapi anak2 generasi Z rasanya lebih selamat dari gejala rempit kerana mereka lebih suka
duduk di rumah melayari internet menghubungi rakan2 dalam dunia maya. Malangnya mereka
sukar berinteraksi secara alam realiti.
Sesuatu yang baik itu boleh digunakan  untuk keburukan jika kita mahu.
Sesuatu yang buruk itu boleh juga digunakan untuk kebaikan sekiranya kita mahu. Hanya
akal yang terpimpin dengan prinsip agama saja yang mampu menjadikan setiap sesuatu
itu menjadi berharga untuk dirinya, orang lain dan alam seluruhnya.

Ibu Rela Bunuh Anak Kerana Farmville

Seorang ibu muda yang baru berumur 22 tahun, Alexandra V. Tobias, yang berasal dari Jacksonville, Florida, USA, mengoncangkan anaknya yang baru berumur 3 bulan, Dylan Lee Edmondson sehingga maut.

Florida Times-Union melaporkan, Tobias bertindak sedemikian oleh kerana marah kepada bayi tersebut yang tidak berhenti-henti menangis ketika beliau sedang sibuk bermain dengan permainan dalam talian Farmville di laman Facebook. Ia mengganggu tumpuannya bermain Farmville.

Mengikut hukuman, beliau boleh dijatuhkan hukuman penjara sampai mati kerana kes membunuh.

Namun oleh kerana umur beliau yang masih muda, kemungkinan besar beliau akan dikenakan hukuman penjara antara 25 tahun hingga 50 tahun.

Laporan akhbar ini sememangnya mengejutkan kita. Sunggupkah seorang ibu melakukan seperti itu kepada anak kecilnya hanya kerana Farmville?

Adakah ternakan dalam permainan itu lebih penting dari nyawa seorang anak yang dia sendiri lahirkan?

FarmVille adalah permainan selingan paling populer di Facebook dengan 62 juta pengguna aktif dan lebih dari 24,6 juta penggemar pada fans page. Berkat popularitas permainan itu, perusahaan Zynga sebagai pengembang mengantongi US$5,61 miliar.

Namun, muncul beberapa terkait kelalaian orang tua yang asyik bermain komputer. Pada saat seperti ini anak-anak yang tinggal bersama pemain rentan menjadi korban.

Awal tahun ini, sepasang suami-istri di Korea Selatan membiarkan anak mereka mati kelaparan. Saat itu mereka sibuk dengan permainan membesarkan bayi virtual di internet.

Pada September, seorang Ibu di AS dilarang oleh pengadilan untuk menggunakan komputer lagi setelah dia terbukti mengabaikan anak-anaknya serta anjingnya hingga kelaparan karena keranjingan game.[].

Thursday, November 25, 2010

Apakah Yang Anda Tahu Tentang Rambut Anda?

Fakta Unik Rambut Manusia Yang Mungkin Belum Anda Ketahui

Rambut manusia merupakan struktur sederhana yang terbuat dari keratin dan sel-sel kulit mati. Rambut berfungsi untuk mencegah hilangnya panas dari kepala seseorang.
Rambut yang indah dan terawat bisa menjadi daya tarik seseorang, terlebih lagi wanita. Tapi di balik keindahannya, rambut ternyata menyimpan beberapa rahasia unik.

1. Rambut bisa membersihkan tumpahan minyak di air
Ketika tumpahan minyak Cosco Busan terjadi pada tahun 2007 di Teluk San Francisco, kelompok relawan ramah lingkungan menggunakan tikar yang terbuat dari rambut manusia untuk membersihkan pantai. Hal ini tidak mengherankan, karena rambut bisa menyerap minyak dan air, serta dapat bekerja sebagai spons alami.
2. Asam amino rambut manusia bisa digunakan dalam industri kecap
Menemukan helaian rambut dalam makanan tentunya dapat merusak selera makan. Tapi bagaimana jika bumbu atau makanan Anda terbuat dari rambut?
Internet Journal of Toxicology melaporkan bahwa Hongshuai Soy Sauce, perusahaan kecap di China, memasarkan produk yang menggunakan bioteknologi terbaru dengan harga lebih murah. Hal itu tentu saja membuat produknya menjadi populer.
Tapi sebuah investigasi media menemukan bahwa perusahaan tersebut tidak menggunakan asam amino yang berasal dari kedelai ataupun gandum, melainkan asam amino yang berasal dari rambut manusia, yang dikumpulkan dari salon dan tempat cukur rambut.
3. Orang berambut merah dianggap alien
Ada sebuah teori konspirasi yang menyatakan bahwa orang berambut merah adalah alien-manusia hibrida. Hal ini memang terdengar gila, tapi orang berambut merah memang memiliki perbedaan struktur secara biologi.
Dokter harus membuat persiapan khusus untuk menjalani proses persalinan wanita berambut merah. Hal ini karena darah dari wanita berambut merah lebih sulit membeku, sehingga mengalami pendarahan lebih lama.
Selain itu, orang berambut merah memiliki jumlah rambut paling sedikit, yaitu sekitar 90.000 helai, dibandingkan dengan ramb    ut pirang atau     cokelat yang mencapai 140.000 helai.

sekian wa’salam

__._,_.___

Batu Besar.

Assalammualaikum!

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita sering mengenepikan mereka yang tersayang, dan mendahulukan mereka yang kita hormati. Kita bertindak demikian kerana kita menyangka orang yang hampir dengan kita sentiasa memahami kita dan tidak berkecil hati, walhal merekalah sebenarnya pelengkap hidup kita. Manakala orang-orang yang kita hormati/segani pula, kita berharap agar mendapat pujian/imbuhan/pengiktirafan, yang kadangkala tidak pun kita perolehi. Oleh kerana kita menumpukan seluruh tenaga untuk mendapatkan perhatian mereka tetapi tidak dipedulikan, maka seringkali kita menyesal di hujung perjalanan.

 

Batu Besar

Suatu hari seorang dosen sedang memberi kuliah tentang manajemen waktu pada para mahasiswa MBA.

Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata, “Okay, sekarang waktunya untuk quiz.”

Kemudian ia mengeluarkan sebuah ember kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi ember tersebut dengan batu

sebesar sekepalan tangan. Ia mengisi terus hingga tidak ada lagi batu yang cukup untuk dimasukkan ke dalam ember.

Ia bertanya pada kelas, “Menurut kalian, apakah ember ini telah penuh?”

Semua mahasiswa serentak berkata, “Ya!”

Dosen bertanya kembali, “Sungguhkah demikian?”

Kemudian, dari dalam meja ia mengeluarkan sekantung kerikil kecil. Ia menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam ember lalu

mengocok-ngocok ember itu sehingga kerikil-kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Nah, apakah sekarang ember ini sudah penuh?”

Kali ini para mahasiswa terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.”

“Bagus sekali,” sahut dosen.

Kemudian ia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam ember. Pasir itu berjatuhan mengisi celah-celah kosong

antara batu dan kerikil.

Sekali lagi, ia bertanya pada kelas, “Baiklah, apakah sekarang ember ini sudah penuh?”

“Belum!” sahut seluruh kelas.

Sekali lagi ia berkata, “Bagus. Bagus sekali.”

Kemudian ia meraih sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam ember sampai ke bibir ember.

Lalu ia menoleh ke kelas dan bertanya, “Tahukah kalian apa maksud illustrasi ini?”

Seorang mahasiswa dengan semangat mengacungkan jari dan berkata, “Maksudnya adalah, tak peduli seberapa padat jadwal kita,

bila kita mau berusaha sekuat tenaga maka pasti kita bisa mengerjakannya.”

“Oh, bukan,” sahut dosen, “Bukan itu maksudnya. Kenyataan dari illustrasi mengajarkan pada kita bahwa:

Bila anda tidak memasukkan batu besar terlebih dahulu, maka anda tidak akan bisa memasukkan semuanya.”

Apa yang dimaksud dengan “batu besar” dalam hidup anda?

* Anak-anak anda
* Pasangan anda
* Pendidikan anda
* Hal-hal yang penting dalam hidup anda
* Mengajarkan sesuatu pada orang lain
* Melakukan pekerjaan yang kau cintai
* Waktu untuk diri sendiri
* Kesehatan anda
* Teman anda

Ingatlah untuk selalu memasukkan “Batu Besar” pertama kali atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan

hal-hal kecil terlebih dahulu, maka hidup anda akan penuh dengan hal-hal kecil yang merisaukan dan ini semestinya tidak

perlu. Karena dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki waktu yang sesungguhnya anda perlukan untuk hal-hal besar dan

penting.

Oleh karena itu, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah ‘Batu Besar’ dalam hidup saya?” Lalu kerjakan itu pertama kali.

Note :

Niat baik janganlah ditunda, lakukan semua menurut prioritasnya dahulu.

Tuesday, November 23, 2010

Air Kelapa dan Khasiatnya.

Assalammualaikum!

di bawah ini dipaparkan alkisah air kelapa dan khasiatnya, tapi di dalam Bahasa Indonesia. Cuba-cubalah fahamkan. Segala petua yang diberikan adalah praktikal. Selamat mencuba.

 

Air Kelapa, Limbah Penuh Khasiat
Gizi.net - Air kelapa kerap diasumsikan sebagai limbah. Padahal, ia memiliki khasiat dan nilai gizi yang dahsyat. Contohnya, selain bisa menyegarkan di kala dahaga, air kelapa juga bisa dibuat sebagai nata de coco dan kecap.
Bagi masyarakat Indonesia, nata de coco masih terbilang baru. Namun, banyak orang menggemari minuman ini. Sebab, nata de coco dapat dikonsumsi sebagai minuman segar. Nata de coco dikonsumsi sebagai campuran koktail, es buah, maupun pengganti kolang-kaling.
Selain digunakan untuk nata de coco, air kelapa juga dimanfaatkan dalam pembuatan kecap. Dengan mencampur air kelapa, kedelai, gula merah, bawang putih, kemiri, daun salam, lengkuas, kluwak, serta natrium benzoat, kecap bisa didapat. Yang tak kalah menarik, air kelapa juga bisa dimanfaatkan sebagai bahan pengobatan tradisional dan kecantikan.
Sebenarnya air kelapa kaya gizi. Tidak hanya unsur makro, tetapi juga unsur mikro. Unsur makro yang terdapat pada air kelapa adalah karbon dan nitrogen.
Unsur karbon dalam air kelapa berupa karbohidrat sederhana seperti glukosa, sukrosa, fruktosa, sorbitol, inositol, dan lain-lain. Unsur nitrogen berupa protein, tersusun dari asam amino, seperti alin, arginin, alanin, sistin, dan serin. Sebagai gambaran, kadar asam amino air kelapa lebih tinggi ketimbang asam amino dalam susu sapi.
Selain karbohidrat dan protein, air kelapa juga mengandung unsur mikro berupa mineral yang dibutuhkan tubuh. Mineral tersebut di antaranya Kalium (K), natirum (Na), kalsium (Ca), magnesium (Mg), ferum (Fe), cuprum (Cu), fosfor (P), dan sulfur (S).
Jika diteliti lagi, dalam air kelapa juga terdapat berbagai vitamin. Sebut saja vitamin C, asam nikotinat, asam pantotenat, asam folat, biotin, riboflavin, dan sebagainya. Jadi jelaslah bahwa air kelapa mengandung unsur makro dan mikro yang cukup lengkap.
Ramuan untuk Pengobatan
Air kelapa muda selain enak diminum dalam kondisi segar juga memiliki khasiat sebagai obat berbagai jenis penyakit.
Gatal dan eksim
Sediakan satu genggam beras. Rendam dalam air kelapa muda yang masih berada dalam tempurung selama 5-7 jam hingga beras terasa asam. Setelah itu giling hingga menjadi bubur halus (tepung). Kemudian oleskan bahan tersebut pada bagian tubuh yang terkena gatal, eksim, luka, atau telapak kaki pecah. Lakukan setiap hari selama 3-4 hari.
Luka bakar
Sediakan sejumput bubuk kunyit dan air kapur sirih. Campur dengan air kelapa. Oleskan pada bagian yang terkena luka bakar, misalnya pada telapak tangan atau telapak kaki. Rasa panas pun akan cepat hilang.
Demam berdarah
Minum air kelapa mudah hijau yang dicampur dengan air perasan jeruk nipis secara teratur.
Cacingan pada anak
Berikan air kelapa muda yang diberi sedikit sari jeruk sitrun kepada anak yang mengalami gangguan cacingan.
Disentri
Penderita disentri biasanya akan merasa penat di kaki, demam tinggi, tinja berlendir dan bercampur darah, sering buang air, urine berwarna gelap. Untuk menjernihkan urine, minumlah air kelapa hijau. Bila urine sudah normal, hentikan minum air kelapa tersebut. @
Air Kelapa untuk Kecantikan
Menghilangkan jerawat
Siapkan satu gelas air kelapa campur dengan 25 gram pasta kunyit, biarkan semalam. Keesokan harinya, tambahkan ke dalam ramuan tersebut tiga sendok teh bubuk cendana merah. Aduk sampai merata. Simpan selama tiga hari. Setelah itu, saring ramuan dengan menggunakan kain kasa. Simpan air perasan dalam botol. Oleskan ramuan tersebut pada wajah yang berjerawat, dua kali sehari sampai jerawat lenyap.
Mencegah kerutan di wajah
Untuk menghindari kerutan di wajah yang datang lebih dini, basuhlah wajah dengan air kelapa, sesering Anda suka.
Mencegah uban
Air kelapa hijau dicampur dengan satu sendok teh garam. Gunakan untuk mencuci rambut guna mencegah tumbuhnya uban.
Meningkatkan gairah seksual
Campur air kelapa dengan sedikit madu, lalu minum. Ramuan ini mampu merangsang pusat-pusat seksual tubuh.
Membuat suara merdu
Minum air kelapa muda yang telah diembunkan selama satu malam.

Sumber : http://www.kompas.com 

 

8 Keajaiban minum air kelapa
1. Air kelapa ternyata lebih bernutrisi ketimbang susu penuh (whole milk) karena
tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.
2. Air kelapa dapat memperbaiki sirkulasi darah dan dikenal mampu membersihkan saluran
pencernaan.
3. Air kelapa tidak
hanya
akan membuat sistem kekebalan tubuh Anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh
melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.
4. Jika Anda mengidap penyakit batu ginjal, biasakanlah meminum air kelapa secara
rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan membantu memecah batu ginjal & memudahkan
mereka keluar dari tubuh.
5. Air kelapa juga dikenal sejak dahulu
dapat
menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit
akibat susah kencing.
http://yugata.web.id/wp-content/uploads/2009/07/dscn2061-300x248.jpg
6. Jika Anda masih merasa pusing karena mabuk, tak
ada
yang bisa memulihkannya dengan cepat selain mengonsumsi air kelapa.
7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium
dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi
organ
jantung
8. Air kelapa dapat mempercepat naiknya trombosite bagi penderita DBD & menurunkan
demam. Trombosit turun karena dipakai untuk mencegah pendarahan, karena demam tinggi
mengakibatkan pengentalan darah, dan pori-pori pembuluh darah membesar
http://1.bp.blogspot.com/_S0KDVwHgaYQ/S105OKpxFxI/AAAAAAAAAcw/PhJs9eOEDNI/s400/kelapa1.jpg
sumber :http://gokiel-abiez.blogspot.com/2010/06/8-keajaiban-minum-air

Apakah Yang Anda Tahu Tentang Wanita?

Assalammualaikum!

Dalam kehidupan kita sehari-hari, terlalu banyak kesilapan yang telah kita lakukan tanpa menyedari/mengetahuinya. Adakalanya, berkemungkinan kita menyakitkan hati yang tersayang tanpa sengaja, dan yang tersayang hanya sabar dan memaafkan saja. Di waktu yang lain, kita berulangkali melakukan kesilapan yang sama kerana tidak pernah mengetahui perasaan yang tersayang. Yang tersayang dengan sabar tetap memaafkan hingga ke suatu peringkat yang tersayang tidak tertahan memandam perasaan sehingga menjadi perubahan yang mendadak di dalam perhubungan yang selama ini aman. Oleh itu, mari kita pelajari serba sedikit tentang isi-hati wanita pada amnya.


30 Perkara yang tak sempat wanita beritahu kepada lelaki.
1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. 

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya  (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan  ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Note:
tidak semestinya 30 perkara diatas semuanya wujud dalam diri setiap wanita.
tapi zaman sekarang ni lelaki pun ramai yang 'apply' perkara-perkara diatas tu .

Rahsia Tabiat Wanita.

Assalammualaikum!

Ada setengah orang memandang manusia seperti merenung keajaiban alam ini. Dengan itu mereka menterjemahkan pandangan mereka mengikut tabiat alam haiwanat. Apa-apapun, pandangan mereka tidak patut kita remehkan. Marilah kita renungkan sambil bermuhasabah diri untuk kebaikan sendiri.

 

Rahsia Tabiat Wanita

 

TABIAT ULAR
Menaruh dendam apabila mendengar sesuatu yang jahat tentang suami atau dirinya. Maka
akan berkelahilah dia dengan orang lain.
TABIAT TIKUS
Dia adalah seorang wanita yang suka mencuri harta suaminya sendiri.
TABIAT KERA
Suka memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning. Dia tidak suka memakai emas dan
perak. Dia suka membesarkan diri di hadapan ramai.
TABIAT SERIGALA
Apabila suami ada di rumah, dia pura-pura menidurkan dirinya. Bila datang suaminya,
dia akan berkata bahawa suaminya pergi berhiburan sedangkan dia sakit di rumah.
TABIAT ANJING
Suka memalingkan muka apabila bercakap dengan suaminya. Suka membantah dan mengherdik
suami. Jika dia melihat suaminya berharta, dia mengasihi. Jika tiada berharta, dia
akan menista dan membenci suaminya.
TABIAT KELDAI
Dia seorang wanita yang penakut. Namun, suka bersolek dan mencantikkan diri.
TABIAT KHINZIR
Wanita yang tiada berbuat baik. Suka makan minum sahaja untuk memenuhkan perutnya.
Dia juga suka menjahanamkan harta suami dan tiada mahu berbuat ibadah.
TABIAT UNGGAS (BURUNG)
Suka berjalan dan berhiburan. Tetapi bila suaminya pulang, dia cemburu.
TABIAT KALA
Wanita yang sentiasa mengumpulkan jiran untuk mengumpat, mengadu, berbantah serta berbuat
fitnah.
TABIAT KAMBING
Dia isteri yang berguna dan solehah. Dia mengasihi suaminya serta orang lain. Dia
suka berbakti.

Sunday, November 21, 2010

Adilkah itu?

Assalammualaikum!
Ramai yang berpendapat, "orang susah" ialah mereka yang tinggal di
luar bandar. Tapi, hakikatnya, "orang susah"/"orang miskin" ada di
merata alam. Dalam era ekonomi membangun, masih ramai lagi raayat
negara ini yang kebuluran.
Kalau tidak masakan ada berita kedengaran akhir-akhir ini bapa mencuri
duit tabung masjid untuk beli susu anak, datuk mencuri untuk beli
makanan keluarga dipenjara 10 hari, lelaki merompak untuk beli susu
bayi dipenjara 12 bulan. Inikah keadilan dunia moden namanya ?
Kita marah bila ada kes buang bayi. Tapi bila ada bapa, ada datuk, ada
teman lelaki mencuri, merompak untuk menyelamatkan bayi, mahkamah
cepat menjatuhkan hukuman. Inikah keadilan ? Mencuri dan merompak
memang salah dalam mana-mana mahkamah pun. Tetapi mengapa kenapa
mereka yang sebegini yang diburu ? Mengapa kes rasuah melibatkan
billion dan jutaan ringgit tiada yang menerima hukuman akhirnya ?
Mengapa mereka yang menyebabkan kerugian berbillion ringgit tidak
dihadapkan ke muka keadilan ?
Kisah bapa curi duit tabung masjid untuk beli susu anak di Johor di
http://amkns.blogspot.com/2010/11/curi-duit-tabung-masjid-untuk-beli-susu.html
Kisah datuk 64 tahun di Kuala Lumpur mencuri untuk dapatkan makanan
keluarga dipenjara 10 hari di
http://amkns.blogspot.com/2010/09/kesian-pakcik-hindu-ini-dipenjara.html
PEMUDA MEROMPAK BELI SUSU BAYI KENA 12 BULAN
Berita Harian 16 Nov 2010
Tertuduh ditahan sehari sebelum nikah dengan teman wanita
KUALA LUMPUR: Seorang penjual baju yang merompak akibat terdesak
kerana ingin membeli susu untuk bayi perempuan berusia dua bulan yang
dilahirkan teman wanitanya, dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di
sini semalam.
Hakim Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shairol
Anuar Zainudin, 26, selepas dia mengaku salah dan memerintahkan
hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditahan, 3 November lalu.
Ketika menjatuhkan hukuman, Zainal menasihati tertuduh: “Kamu kena
bersabar, gunakan akal dan bukan mengikut kata hati kerana orang lain
pun ada tanggungan juga. Sekarang siapa yang susah?”
Teman wanita Shairol, yang turut hadir di mahkamah, memberitahu
mahkamah beliau menerima tertuduh dan tahu tindakannya itu disebabkan
terdesak kerana bakal suaminya itu tidak pernah melakukan jenayah
sebelum ini.
Sementara itu, Shairol yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman
ringan dan menyatakan dia ditangkap polis sehari sebelum dia
dijadualkan bernikah dengan teman wanitanya.
“Saya mencuri kerana ingin membeli susu anak, saya tidak cukup duit,” katanya.
Shairol berkata, dia menjual baju di bazar larut malam dan mempunyai
pendapatan RM800 sebulan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkipli bagaimanapun memohon
tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana ia kesalahan serius dan
membabitkan kepentingan masyarakat.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pemudamerompakbelisusubayikena12bulan/Article

Saturday, November 20, 2010

Kenapa Isteri Berleter?

Assalammualaikum!

Seringkali kita merasakan rumput di laman jiran sebelah lebih menghijau dari rumput di laman kita. Kita jadi penasaran dan mula tidak mengsyukuri nikmat Allah. Sesungguhnya apa yang Allah berikan kepadamu adalah yang terbaik untukmu. Hargailah pasangan anda.

Ada tak isteri yang tidak berleter? Susah menemukannya.Bahkan isteri Khalifah sehebat Umar bin Khatab pun sama.Seorang lelaki berjalan tergesa-gesa menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab.Dia ingin mengadu pada khalifah, tak tahan dengan leteran isterinya.Begitu sampai di depan rumah khalifah,lelaki itu terkejut.Dari dalam rumah terdengar isteri Umar sedang berleter, marah-marah. leteran isteri khalifah melebihi leteran isterinya yang akan diadukannya pada khalifah Umar.

Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah.khalifah Umar diam saja, mendengarkan istrinya yang sedang gundah. Akhirnya lelaki tersebut mengurungkan niatnya,membatalkan pengaduan isterinya kepada khalifah Umar.Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya berleter? Mengapa dia hanya mendengarkan, padahal di luar sana, dia selalu tegas pada siapapun?.Umar berdiam diri karena ingat 5 hal.Apakah 5 hal tersebut?.

1. Isteri sebagai benteng Penjaga Api Neraka

Kelemahan lelaki ada di mata. Jika dia tidak boleh menundukkan pandangannya, niscaya panah-panah syaitan akan terkena pada matanya,membidik tubuh-tubuh yang elok di sekelilingnya. Panah yang tertancap membuat darah bergolak, membangkitkan raksasa dalam dirinya. Sang raksasa dapat melakukan apapun demi terpuasnya satu hal,syahwat.Adalah sang isteri yang selalu berada di sisi, menjadi ladang bagi laki-laki untuk menyemai benih, menuai buah di kemudian hari.Isteri adalah tempat dia mengalirkan berjuta gelora.

Biar lepas dan bukan azab yang kelak akan diterimanya.Dia malah mendapatkan dua kenikmatan, dunia dan akhirat.Maka, ketika Umar terpikat pada lenggokkan penari yang datang dari kobaran api, dia akan ingat pada istrinya, pada penyelamat yang melindunginya dari lenggokkan indah namun membakar.Bukankah sang istri dapat menari, bernyanyi dengan lenggokkan yang sama, malah lebih indah. Membawanya ke langit biru. Melambungkan raga hingga langit ketujuh. Lebih dari itu istri yang solehah selalu menjadi semangatnya dalam mencari nafkah.

2. Isteri sebagai pemelihara Rumah

Pagi hingga petang suami bekerja. Berpeluh. Terkadang sampai menjelang malam. Mengumpulkan harta. Setiap hari selalu begitu. Dia mengumpulkan dan terkadang tak begitu peduli dengan apa yang dikumpulkannya.Mendapatkan wang, beli ini beli itu. Untunglah ada istri yang selalu menjaga, memelihara. Agar harta diperoleh dengan keringat, air mata, bahkan darah tidak menjadi sia-sia.

Ada isteri yang siap menjadi pemelihara selama 24 jam, tanpa bayaran.Jika suami menggaji seseorang untuk menjaga hartanya 24 jam, dengan penuh cinta, kasih sayang, dan rasa memiliki yang tinggi, siapa yang sudi? Berapa pula dia mau dibayar. Niscaya susah menemukan pemelihara rumah yang lebih prihatin daripada isterinya. Umar ingat betul akan hal itu. Maka tak ada salahnya dia mendengarkan leteran isterinya, kerana (mungkin) dia penat menjaga harta-harta milik suami yang semakin hari semakin membebankan.

3. Isteri sebagai Penjaga Penampilan

Umumnya lelaki tak pandai menjaga penampilan. Kulit hitam legam tapi pakai pula pakaian warna gelap.Tubuh pendek malah suka pakai baju saiz besar. Atas dan bawah selalu tak sepadan. Untunglah suami punya penata busana yang setiap pagi menyiapkan pakaiannya, memilih apa yang sesuai untuknya, menjahitkan sendiri di waktu luang, menampal bila ada yang koyak. Suami yang tampil menawan adalah wujud keprihatinan isteri.Tak mengapa mendengarnya berkeluh kesah atas kecekapannya itu.

4. Isteri sebagai pengasuh anak-anak

Suami menyemai benih di ladang istri. Benih tumbuh, mekar. Sembilan bulan istri bersusah payah merawat benih hingga lahir tunas yang menggembirakan. Tak berhenti sampai di situ. Istri juga merawat tunas agar tumbuh besar. Kukuh dan kuat. Jika ada yang salah dengan pertumbuhan sang tunas, pastilah isteri yang dipersalahkan. Bila tunas membanggakan lebih dulu suami maju ke hadapan.Baik buruknya sang tunas beberapa tahun ke depan tak lepas dari sentuhan tangannya. Umar paham benar akan hal itu.

5. Isteri sebagai penyedia Hidangan

Pulang kerja, suami kepenatan. tenaga terkuras, beraktiviti seharian. Dia memerlukan makan untuk mengembalikan tenaga. Di meja makan suami Cuma tahu ada hidangan, ayam panggang masak kicap, sayur asam, sambal belacan dan ulam. Tak terpikir olehnya harga ayam melambung, tadi pagi istrinya sempat berdebat,tawar-menawar,kerana harga melebihi bajet.

Tak perlu suami memotong sayuran, cili dan bawang. Tak pening dia memikirkan berapa ukuran perencah agar rasa sesuai di lidah. Yang suami tahu hanya makan. Itupun terkadang dengan jumlah berlebihan, meninggalkan sedikit saja untuk isteri si tukang masak. Tanpa sedar isteri selalu menjadi tukang masak terbaik untuk suami. Mencatat dalam memori makanan apa yang disuka dan dibenci suami.

Dengan mengingat lima peranan isteri ini, Umar kerap diam setiap istrinya berleter. Mungkin dia penat, mungkin dia lelah dengan segala beban rumah tangga di bahunya. Isteri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa kalifah umar mendengarkan keluh kesah isterinya.

Umar hanya mengingat kebaikan-kebaikan isteri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila isteri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah dia menasehati, dengan cara yang baik, dengan bergurau. Hingga terhindarlah pertumpahan ludah dan caci maki tidak terpuji.Akankah suami-suami masa kini dapat mencontohi perbuatan kalifah Umar ini.Kalifah umar tidak hanya berhasil memimpin negara tapi juga menjadi imam idaman bagi keluarganya.

Friday, November 19, 2010

Tabiat Bodoh Yang Merosakkan Otak.

10 Tabiat Rosakkan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi

Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan

Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok

Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan

Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara

Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur

Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur

Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat

Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi

Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir

Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Thursday, November 18, 2010

Hati Dalam Kegelapan.

Assalammualaikum!

Oh Tuhan! Mengapakah aku seringkali mungkir janji? Mengapakah aku seringkali berubah hati?

Oh tuhan! Tetapkan hatiku agar sentiasa ikhlas dan jujur pada kata dan niat. Aku bukan munafiq!

 

Hati dalam Kegelapan

Pernah ada satu kisah seorang gadis yang membenci dirinya sendiri bahkan semua orang yang disekelilingnya dia benci, kecuali kekasihnya yang selalu setia menemani dan memberikan dorongan semangat untuk hidup. Sebenarnya gadis itu cantik kekurangan yang ada dirinya cuman satu karena kedua matanya tidak bisa melihat. Dalam keseharian dirinya selalu meratapi hidupnya.

Namun gadis itu sangatlah beruntung memiliki pujaan hati yang cukup sabar mendengar segala keluh kesahnya bahkan mampu menghibur dan membuatnya tersenyum. Kecintaan pada gadis itu bahkan dibuktinya dengan melamar tetapi sang gadis rela dinikahi bila sudah dapat melihat dengan sempurna.

Doa gadis itu akhirnya terkabul. Ada seseorang yang bersedia mendonorkan matanya. Betapa bahagia dirinya begitu menyaksikan dunia baru yang indah dan penuh warna. Kekasihnya juga ikut bahagia merasakan kegembiraan. Dia segera menagih janji gadis itu.

‘Sekarang dirimu sudah bisa melihat dunia, Apakah kamu mau menikah denganku?’ tanya sang kekasihnya.

Gadis itu terguncang disaat melihat kekasihnya ternyata buta. Gadis itu kecewa dan menolak untuk menikah dengan pujaan hatinya yang buta. Sang kekasihnya dengan air mata yang mengalir, hatinya bagai tertusuk sembilu kemudian meninggalkan pesan disecarik kertas.

‘Kekasihku, tolong jaga baik-baik mataku!’

Pesan kisah diatas memperlihatkan bahwa disaat status sosial kita berubah menjadi lebih baik seringkali berubah pula gaya hidup kita, hanya sedikit orang yang ingat akan kehidupan sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat siapa sebenarnya sahabat sejatinya. Sahabat yang telah menemaninya dalam suka maupun duka, dalam tangis dan tawa, begitu sudah menjadi orang sukses, kita mudah sekali melupakan sahabat sejati yang telah menemani dalam perjalanan hidup kita.

mudah-mudahan pesan kisah di atas menjadi pengingat kita, terutama penulis, untuk selalu mengingat siapa sebenarnya kita, untuk selalu mengingat teman-teman, sahabat sejati kita yang selalu ada baik dalam suka maupun duka. untuk selalu mengingat sang pemberi kenikmatan, Allah azza wa jalla. Semoga kita selalu menjadi orang yang pandai mensyukuri nikmat yang Allah berikan. aamiin.

Tuesday, November 16, 2010

Sindiket Nikah Palsu.

Assalammualaikum!

Hampir semua muslimin dewasa mengetahui bahawa ugama islam membenarkan poligami. Berita gembira ini disambut baik oleh kaum adam tanpa memikirkan prosedur/protokol yang sepatutnya dilalui untuk memenuhi syarat tersebut. Untuk menyahut seruan agama berpoligami, kaum adam sanggup melakukan apa saja, asalkan maksud mereka tercapai. Mereka sanggup bernikah dengan menggunakan jurunikah palsu malah pengamal ajaran sesat! Apakah sebenarnya terjadi dengan masyarakat kita hari ini?

 

Monday, November 15, 2010

Poster lelaki wali perempuan

Poster lelaki wali perempuan

Oleh Shamsul Munir Safini

BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.

TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.

KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.

Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.

Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.
“Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.
“Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi,” katanya.
Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.
Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.
Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.
“Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.
“Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu,” katanya.
Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

http://www.hmetro.com.my/articles/Posterlelakiwaliperempuan/Article

 

 

Khamis, 2010 September 23

Keluarga sorok wanita dinikah tanpa tauliah diserang

KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.

KUALA LUMPUR: Satu sindiket nikah palsu di Sungai Besar, Sabak Bernam, dikesan mencetak kad perakuan nikah dengan meletakkan nombor siri pasangan lain bagi mengelak pasangan dinikahkan hadapi masalah.Kegiatan sindiket itu didedahkan bapa saudara seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan seorang mualaf, gara-gara hubungan cinta mereka dihalang keluarga.Bapa saudara berkenaan, Ariffuddin Sam, 36, berkata, pada malam hari raya kedua lalu, anak saudaranya memberitahu keluarga dia sudah bernikah dengan lelaki terbabit.Berikutan itu, katanya, keluarga memintanya menunjukkan kad perakuan nikah dan dia menunjukkan kad terbabit dan sijil perakuan nikah mereka.Katanya, dia yang tidak berpuas hati merujuk kad berkenaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan terkejut apabila diberitahu sijil serta kad nikah terbabit palsu kerana nombor siri yang tertera milik pasangan lain.

“Selepas dipaksa, anak saudara saya mendedahkan mereka menggunakan wali hakim dalam kariah sedangkan wali sebenar (ayah atau abang) masih ada. “Malah, tiada nama jurunikah yang bertanggungjawab serta terdapat dua saksi pernikahan mereka termasuk seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di sini, semalam.Menurutnya, dia beranggapan ramai lagi pasangan muda di daerah itu dinikahkan sindiket terbabit.“Kes ini memberi mudarat besar kepada keluarga kerana anak saudara saya kini mengandung empat bulan gara-gara ‘nikah tanpa tauliah itu’ dan ditempatkan di sebuah rumah kebajikan.“Malah, lelaki mualaf itu bersumpah dia tetap akan mencari anak saudara saya hingga ke lubang cacing. Kerana tidak puas hati keluarga sorokkan anak saudara, dia menghantar kumpulan samseng seramai 15 orang ke rumah saya pada Isnin lalu,” katanya.Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, pada jam kira-kira 11 malam, sekumpulan 15 orang datang bertanyakan di mana mereka menyorokkan anak saudara yang berusia 24 tahun itu.“Saya enggan memberitahu menyebabkan mereka menyerang saya dan keluarga.“Dalam pergaduhan itu, saya dan adik diserang hingga mengakibatkan luka di muka, kepala dan lengan. Malah, ketika bergelut saya ditumbuk di muka dan belakang menggunakan objek keras, namun saya bernasib baik kerana jiran membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya lagi.Ariffuddin turut mendedahkan, dia dan keluarga kini trauma kerana setiap hari melihat ada saja kereta yang disyaki meronda kawasan rumah itu bertujuan untuk menakutkan keluarganya.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa terutama jabatan agama bertindak tegas menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit pernikahan palsu termasuk kesalahan memalsukan dokumen pernikahan menggunakan nama jabatan agama.

“Mereka (jabatan agama) perlu menyiasat dengan tegas seterusnya mendakwa pihak terbabit (sindiket nikah palsu) yang berpusat di Sungai Besar, Selangor, kerana jika tidak mungkin lebih ramai anak gadis yang akan mengandungkan anak luar nikah,” katanya.

Ahad, 2010 Ogos 22

Sindiket nikah palsu terbongkar

 

SHAH ALAM – Seorang penolong amil kariah sebuah masjid mengaku tidak bersalah di

Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam terhadap tuduhan bersubahat dengan seorang jurunikah tidak bertauliah menikahkan pasangan wartawan sebuah akhbar pada hari ketiga umat Islam berpuasa.
Abdul Rahman Adam, 46, didakwa bersubahat dengan jurunikah warganegara Indonesia itu, Asba’i Rofik, 56, mengakad nikahkan pasangan Mohd Luqman Hakim Ab Rahim, 28, dan Mazlina Abdul Majid, 29, sedangkan Asba’i tidak diberi kuasa untuk melakukan akad nikah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 3.30 petang, di rumah Lot 11A, Desa Subang Perantau, Mukim Sungai Buloh di sini, 13 Ogos lalu.
Selain seorang jurunikah tidak bertauliah Asba’i juga difahamkan bekerja sebagai buruh dan sepatutnya turut menghadapi tuduhan, bagaimanapun dia tidak hadir semalam.
Terdahulu, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 Enakmen sama yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara hingga 6 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Selangor, Muhammad Nazri Basrawi manakala Abdul Rahman diwakili peguam, Boestamam Ahmad.
Boestamam berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi kepada pendakwaan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Rahman.
Beliau menyatakan kepada mahkamah, bahawa pasangan yang hendak dinikahkan itu ialah ejen penyamaran untuk memerangkap anak guamnya.
Menurutnya, pasangan itu menyamar ingin dinikahkan dengan mengadu tiada wali kerana bakal pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga manakala bapa bakal pengantin perempuan pula sudah meninggal dunia.
“Mereka ini ejen perangkap sedangkan dalam Islam tidak dibenarkan penggunaan agen perangkap,” kata Boestamam pada masa sama memohon ikat jamin rendah terhadap anak guamnya.
Katanya, Abdul Rahman bekerja di masjid manakala isterinya hanya seorang guru agama rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tinggi tetapi menyara empat anak.
Menurutnya, jaminan rendah itu perlu kerana keluarga Abdul Rahman memerlukan belanja sempena sambutan Aidilfitri akan datang antaranya membeli pakaian baru untuk anak-anaknya.
Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membenarkan Abdul Rahman diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan kes dibicarakan pada 3 November depan.
Sementara, Asba’i pula dikenakan waran tangkap dan penjaminnya, Arifin Idris, 59, pula diperintah hadir setiap kali sebutan kes sehingga lelaki itu tampil di mahkamah berikutan Arifin membuat jamin mulut terhadapnya bagi tujuan kehadiran di mahkamah.
Pada 16 Ogos lalu, satu kisah nikah sindiket dilaporkan sebuah akhbar negara ini.
Dua ejen penyamaran dari akhbar berkenaan membuat perangkap bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Kedua-duanya dipercayai menemui suspek untuk dinikahkan secara sindiket dengan memilih pakej bayaran RM700 setelah ditawarkan beberapa pakej pernikahan.

Kasihan Kau, Binatang!

 
 

Assalammualaikum!
Kadangkala kita dipertemukan dengan binatang malang yang dalam

kesusahan dan memerlukan pertolongan. Adakalanya kita menolong dengan

ikhlas hati, dan adakalanya kita biarkan berlalu saja. Adakalanya,

pertolongan yang diperlukan itu mudah untuk ditunaikan, seperti kucing

kurap atau luka. Adakalanya pertolongan itu tidak dapat kita tunaikan

namun hati kita ingin menolong.
Pada suatu malam, Bolong, kucing kesayangan kami, balik ke rumah dalam

keadaan cemas. Merak menangkap Bolong lalu tersentuh bahagian Bolong

yang melekit. Kerana jijik, Merak tanpa sengaja telah memukul Bolong.

Bolong menguatkan volume tangisnya.
Akak mendokong Bolong yang sedang meronta dan meraung, serta

berkelakuan agak agresif. Bolong berbeza dari Bolong yang akak kenal!

Tentu ada sesuatu kemalangan telah berlaku pada Bolong.
Akak memeriksa seluruh badan Bolong. Apabila saja akak menyentuh

bahagian ekor yang bersambung dengan ponggong, Bolong meraung sekuat

hati dan cuba menarik ekornya. Bahagian itu agak melekit dan berkemungkinan berdarah. Akak merendam sehelai tuala kecil ke dalam mangkuk air panas lalu mencuci luka Bolong. Bolong terus meraung dan minta dibebaskan dari pelukan. Akhir sekali, akak menuang minyak gamat kepada ekor Bolong. Bolong menerima rawatan yang sama pada keesokkan harinya. Pada keesokkan hari, barulah akak dapat memegang bahagian ekor Bolong yang cedera. Bahagian ekor Bolong bergerut-gerut, sedikit keras menandakan darah beku. Pada firasat Akak, ekor Bolong digeles basikal.
Mujurlah Bolong mempunyai tuan yang boleh melakukan pertolongan cemas sebelum di bawa ke hospital. Bagaimana dengan kucing lain yang liar dan terbiar?

Beberapa bulan yang lalu, seorang kawan telah menelefon akak meminta pertolongan kerana ekor kucingnya tersangkut pada celah pintu beranda. Tanpa membuang masa, Akak menaiki teksi untuk ke sana. Tapi sayang, sesampai saja Akak ke sana, bahagian ekor kucing yang telah tersangkut telah dipotong. Kasihan kau, kucing! Menitik juga air mata apabila mengenangkan ekor kucing yang dipotong. Alhamdulilah. Hari ini, kucing tersebut sihat ceria walaupun bersama ekornya yang tidak begitu panjang.

Kepala tupai tersangkut dalam kelapa

GAMBAR menunjukkan kepala dua ekor tupai tersangkut ke dalam tempurung kelapa di fareham, Hampshire, Britain
baru-baru ini.


LONDON - Disebabkan asyik menikmati kelapa, kepala sepasang tupai tersangkut di dalamnya sehingga ke paras bahu di sebuah taman milik seorang penduduk Jane Roberts, lapor sebuah akhbar semalam.

Dua ekor tupai itu memasukkan kepalanya ke dalam tempurung kelapa tersebut untuk memakan isinya.

Haiwan itu merupakan pengunjung setia taman Jane di Fareham, Hampshire.

Sebelum ini, ia sering mencuri makanan untuk burung, tetapi kini tupai tersebut sukakan kelapa.

"Kali pertama saya nampak mereka makan, saya hampir pengsan ketawa. Mereka nampak seperti dua orang angkasawan," katanya.

- Agensi

 

 

 

More Updates

Tin terlekat pada kepala kucing

DUNIA

PENYELAMAT cuba mengeluarkan tin makanan yang terlekat pada kepala seekor kucing di bandar Linz, Austria baru-baru ini.

LINZ, Austria - Kepala seekor kucing betina tersangkut pada satu tin makanan semasa ia mencari makanan di belakang sebuah pasar raya di bandar ini, lapor sebuah akhbar semalam.Anggota-anggota jabatan bomba menyelamatkan kucing itu selepas mendapatkan maklumat daripada orang awam yang menghubungi talian kecemasan 999, baru-baru ini.Kucing itu merayau-rayau di jalanan dengan tin terlekat di kepalanya.

Pemotong logam digunakan untuk menanggalkan tin makanan itu daripada kepala haiwan tersebut sebelum ia dihantar ke sebuah pusat perlindungan kucing."Kucing itu tidak dapat melihat ke arah mana ia berjalan atau apa yang dilakukannya."Adalah sesuatu yang ajaib kerana ia tidak berjalan keluar, pergi ke jalan raya dan dilanggar kereta," kata seorang anggota bomba. - Agens