Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Saturday, July 24, 2010

Berok Main Bola?

Beruk main bola gamatkan Dewan Rakyat
KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat digamatkan dengan cadangan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) agar satu pertandingan bola sepak melibatkan beruk diadakan di Bukit Jalil.
Ketika mencelah ucapan penggulungan Rang Undang-undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, beliau berkata, selain bertujuan melatih dan menjinakkan haiwan berkenaan, ia juga mampu menarik kedatangan pelancong ke negara ini.
“Kita tahu bahawa semua binatang walaupun liar tetapi sudah terbukti boleh dijinakkan dan boleh dilatih. Saya nak tahu adakah kementerian bercadang memberikan subsidi atau apa-apa jua bentuk bantuan kepada rakyat atau mana-mana pihak untuk menjinakkan binatang seperti gajah, beruk dan monyet.
“Contohnya macam gajah, beruk dan monyet ini boleh dilatih main bola. Saya percaya bila dah pandai main bola, boleh dieksport atau boleh dijadikan tarikan pelancongan. Mana tahu esok-esok ada pertandingan beruk Kelatan lawan beruk Selangor di Bukit Jalil,” katanya yang mengundang ketawa Ahli Parlimen yang ada.
Nasib spesies haiwan itu turut menjadi tumpuan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) yang membangkitkan isu berhubung kezaliman manusia terhadap kera sehingga ada yang sanggup memakan otak haiwan itu yang masih hidup semata-mata percaya ia mampu memanjangkan umur serta meningkatkan syahwat untuk lelaki.
:Isu kera dan monyet dibahaskan panjang lebar oleh beberapa Ahli Parlimen sehingga Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menasihatkan mereka menghentikannya dan mengesyorkan agar kementerian mengadakan sesi khusus untuk berbincang mengenainya.
:Uggah, yang menggulung perbahasan itu, secara berseloroh berharap suatu hari nanti beruk di Selangor dan beruk di Kelantan boleh bertanding.
“Mungkin kita boleh mulakan di Pasir Mas dahululah...ada beruk ke di Pasir Mas?” katanya yang disambut cadangan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) supaya Ibrahim menjadi jurulatih haiwan berkenaan, yang kemudian mendapat sorakan Ahli Parlimen lain. – Bernama.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7953535.asp

No comments: