Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Sunday, November 29, 2009

Pengajaran Dari Satu Penampar

Bertemu seorang pemuda yang baru kembali ke tanah air daripada melanjutkan pelajarannya di luar negara dengan seorang Imam tua di kampungnya.

Pemuda : Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Pak Imam : Saya akan mencuba sejauh pemahaman dan kemampuan saya, insya’ Allah,

Pemuda : Pak imam yakin? Sedangkan banyak profesor dan ramai cerdik pandai yang telah saya temui pun tak dapat memberikan jawapannya.

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izinnya saya akan menjawab pertanyaan yang akan saudara tanyakan kepada saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan

1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya?

2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?

3. Kalau syaitan diciptakan dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan?

Sebaik sahaja mendengar ketiga-tiga soalan itu dikemukakan, Pak Imam menampar pemuda itu dengan sekuat-kuat hatinya.

Pemuda : Saya amat tidak faham...??

Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih...!!

Pak Imam : Tunjukkan pada saya ujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?

Pemuda : Tak boleh Pak Imam.

Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudannya.

Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak....!!!?

Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?

Pemuda : Kulit dan daging.

Pak Imam : Diperbuat dari apakah pipi awak?

Pemuda : Kulit dan daging....!!!??

Pak Imam : Apa rasanya penampar saya?

Pemuda : Tentulah sakit.

Pak Imam : Itulah...! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api. Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan.... walaupun sama unsur asalnya.!

Pemuda : Allahuakbar!

Thursday, November 19, 2009

Di pertemuan ini

Di pertemuan Ini
Oleh:
Norsidah bt Abu Bakar

,Di sini
Di pertemuan ini,
Kita masih lagi menyelusuri hati dan budi,
Teman-teman di sini.

Di sini,
Di pertemuan ini,
Kita masih berteka-teki,
Mengkaji peribadi insan-insani,
Yang kita sendiri tak pasti.

Di sini,
Saat pertemuan ini,
Kita dengan angkuh diri,
Sewenangnya menuding jari,
Bak tajamnya sebilah belati,
Memenggal leher saudara sendiri.

Di sini,
Detik pertemuan ini,
Pernahkah kita mengkaji,
Muhasabah diri,
Mencongak peribadi,
Sebelum segala sesuatu dihakimi.

Haron Ahmad, Komposer Muzik Buta Berbakat

Haron Ahmad, Komposer Muzik Buta Berbakat
Oleh:
Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh

Dipetik dari: Majalah SBM Januari-April 2008

Bila mendengar lagu Jasnita” nyanyian Kumpulan Exists, ramai yang mengetahui bahawa komposernya ialah Sdr Haron Ahmad. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Haron Ahmad adalah seorang OKU Penglihatan. Pada awal kelahirannya, Haron adalah seorang yang normal berpenglihatan normal. Namun setelah mencapai usia remaja, dalam lingkungan usia 15 tahun, daya penglihatannya semakin berkurangan secara perlahan-lahan sehinggalah pada akhirnya dia kehilangan penglihatan sepenuhnya. Sejak itu, keindahan alam semesta dan wajah-wajah setiap ahli keluarga serta sahabat-handai, sudah tidak dapat dilihatnya lagi. Dia terpaksa meneruskan pelajarannya di Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan, Setapak Kuala Lumpur.

Haron merupakan anak ke-8 daripada 12 orang adik-beradik dan berasal dari Ulu Tiram, Johor. Sememang sejak dari kecil lagi Haron minat menyanyi namun sekadar mengisi masa lapangnya sahaja. Latar belakang keluarga tidak menggalakkan Haron untuk mengembangkan bakat dan minatnya. Kemasukannya ke sekolah pendidikan khas memberi peluang kepada Haron untuk mula mengasah bakatnya apabila ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang pandai bermain gitar telah memberi peluang kepada Haron untuk turut sama belajar bermain gitar secara tidak formal.

Seperti insan lain, Haron, 39, mengaku pada awalnya dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Namun setelah ditempatkan di sekolah bersama-sama dengan rakan-rakan yang senasib, Haron mula menginsafi bahawa bukan dirinya seorang yang menimpa nasib sedemikian malah ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan dirinya. Dia insaf dan bersyukur kerana Allah masih lagi memberinya peluang untuk menghirup udara di bumi ini biarpun dalam keadaan buta.

Setelah menamatkan alam persekolahannya, Haron telah mula merancang masa depannya dengan mendaftarkan diri untuk mengikuti Kursus Urutan Tradisional di Pusat Latihan Gurney, bagi orang-orang Buta, Brickfields Kuala Lumpur pada tahun 1988. Selain daripada menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikutinya, Haron juga melibatkan diri secara aktif sebagai pemain gitar dan penyanyi dengan beberapa buah kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh rakan-rakannya. Mulai dari sinilah Haron mula sedar bahawa dia sebenarnya mempunyai bakat dalam mencipta lagu apabila mampu mencipta beberapa buah lagu bagi kumpulan pancaragam yang dianggotainya dan untuk nyanyian sendiri. Padahal sebelum itu dia tidak pernah terfikir untuk menjadi komposer selain minat menyanyi.

Mengimbas kembali bagaimana beliau mula mendapat tempat di dalam dunia hiburan, Haron memaklumkan bahawa dengan mendapat populariti lagu Langkah Seiringan Ciptaan beliau, dendangan Kumpulan Exists memberi peluang kepadanya untuk menyumbang lagu kedua kepada Exists iaitu Janji Padamu yang dimuatkan dalam album kedua kumpulan tersebut. Dia kemudian turut mencipta lagu untuk kumpulan Mega menerusi lagu Suara Cinta dan Cinta untuk kumpulan Diana. Haron juga turut mencipta lagu untuk Ashira.

Ternyata lagu ciptaan Haron sentiasa membawa tuah kepada Exists. Kali ini Exists popular dengan lagu Jesnita pula. Lagu lain yang turut menjadi siulan ramai ialah Hadirlah Mustika (Spin), Bicara Kasih (Elly Mazlein), Satu Kenangan (Kristal), Lafaz Cinta (Khai), Alya Mysara (Mamat) dan Wanita (Leez AF4) serta Rebah (Ina Naim). Hingga kini haron telah berjaya mencipta lebih daripada 50 buah lagu.

Walaupun buta, namun Haron tetap aktif seperti orang lain. Selain mencipta lagu, suami kepada Fauziah Hashim dan bapa kepada Fatin Nurhalika, 10, Fatin Nurhidayah, 7 dan Mohd Faisla 4 tahun itu juga bertugas sebagai Pengurus Promosi di beberapa buah syarikat rakaman. Sebelum ini Haron pernah menjawat jawatan yang sama di syarikat Music Valley dan Zezz Entertainment. Beliau memaklumkan bahawa beliau mampu melakukan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam bidang ini. Selebih itu dorongan dan sokongan, dorongan dan bantuan daripada isterinya membuatkan Haron lebih yakin dalam pekerjaan yang dilakukannya.

Selain daripada berbakat dalam bidang ciptaan lagu, Haron juga berkemahiran dalam bidang urutan tradisional dan refleksologi. Namun, disebabkan masa yang terhad, bidang urutan tradisional dan refleksologi hanyalah sebagai aktiviti sampingan. Terkini, Haron sedang sibuk membuat rakaman untuk menghasilkan albumnya sendiri yang mana di dalam album tersebut akan dimuatkan beberapa buah lagu baru hasil ciptaannya dan juga beberapa buah lagu nyanyian S. Jibeng yang akan dinyanyikan semula oleh beliau sendiri. Selain daripada itu, Haron juga sedang sibuk membuat audition bagi membentuk sebuah kumpulan muziknya sendiri. Kepada mereka yang berbakat dalam bidang muzik dan berminat, bolehlah menghubungi Sdr haron untuk mencuba bakat. Akhirnya, Haron ingin memaklumi kepada peminat-peminatnya bahawa antara lagu-lagu terbaru ciptaannya adalah “Tiara Cinta” dan “Pasrah Rindu”. Nantikan kehadirannya.

Monday, November 16, 2009

Kenalilah Lelaki anda.

10 perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki
Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segala segi. Cuma, ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka. Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya, buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.

Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, ‘Awak langsung tidak menghormati saya’. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki, ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya). Tetapi, apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu. Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu, melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya, majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan, lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar. Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun, pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu. Lelaki hendak juga menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel. Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami). Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis. Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

Friday, November 13, 2009

Jangan buat begitu, Bang!

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelaki.


1. MENINGGIKAN SUARA



Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.




2. MAIN KAYU TIGA



Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.





3. SUKA ‘CUCI MATA’



Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!





4. MENGONGKONG



Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?





5. EGO



Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan

si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.





6. MENIPU



Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.





7. PERASAN



Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…





8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI



Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.





9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN



Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.





10. CEMBURU BUTA



Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!





11. MATA DUITAN



Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!





12. KOMITED TERHADAP KERJAYA



Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…





13. PANAS BARAN



Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!





14. KAKI MEROKOK



Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.





15. PENGOTOR



Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.





16. GELOJOH



Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?





17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN



Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.





18. TIDAK TAHU MEGHARGAI



Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.





19. PUTAR BELIT



Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.





20. SUKA KONTROL MACHO



Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga

Tuesday, November 10, 2009

Naik salah, turun pun salah!

Sebelum adanya pelbagai kemudahan kenderaan pengangkutan, manusia pada suatu masa dahulu ada yang menggunakan keldai untuk mengangkut pelbagai barangan atau sebagai binatang tunggangan.

Pada suatu hari, seorang bapa bersama seorang anaknya ingin pergi ke suatu tempat dengan menunggang seekor keldai. Kedua-dua mereka menaiki keldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orang ramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Keldai tu dah le kecil. Dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang. Tak ada peri kemanusiaan langsung".
Si bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas keldai. Si bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orang ramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik keldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."
Si anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang keldai. Si anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas keldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik keldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."
Mendengar komen itu, si bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anaknya. Keldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada keldai tapi tak mahu naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa keldai!"
Mendengar segala macam rungutan dan ada sahaja yang tak kena dengan apa yang kedua beranak itu lakukan lalu si bapa mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan mereka sehingga keesokkan harinya. Mereka dua beranak terus berfikir apakah yang sepatutnya mereka lakukan bagi meneruskan perjalanan mereka sehingga sampai ke destinasi yang dituju tanpa dicemoh oleh orang di jalanan.
Pengajaran:
Hal seumpama inilah yang sering kita hadapi di mana ramai orang yang hanya pandai membuat teguran dengan menyatakan ini salah dan itu tidak betul dengan apa yang orang lain buat sedangkan mereka sendiri pun belum tentu dapat melakukannya dengan sedemikian baik.
Apa pun pandangan yang diberikan, kita tidaklah boleh menerimanya secara melulu sebaliknya perlu membuat pertimbangan sewajarnya berdasarkan keadaan dan senario yang dihadapi.

Thursday, November 5, 2009

Get to know yourself through your feets.

The Chinese believe "cold arises from the feet" and "a person's aging starts from the feet". The feet are the source of hidden troubles for premature senility and pathological changes in the human body They Chinese believe that every meridian point in our feet is a part of our body system; therefore foot reflexology is the ideal treatment for the elderly, the stressed executive, the sportsman, in fact just about anybody. But did you know that just by observing the shape of a person's feet and legs, you can learn about their characteristics, personality traits and innermost secrets?

When legs are long, lean and smooth, this suggests the person will enjoy a smooth sailing life with few obstacles. You are an active, hardworking and helpful person. You are likely to have a very good life before your thirties. After 30, your life depends on other destiny indicators.

When your legs are short relative to your body, this suggests you are smart, attentive and quiet. You prefer jobs which do not require you to deal with too many people. You may face some obstacles before your thirties, but after that your luck improves tremendously for the better.

Someone who walks with an inward splay suggests they are low profile, preferring the stable life rather than taking risks.

If you walk with a splayed feet, it suggests you are a busybody. You can be more into other people's business than your own. You love to show off to others and are usually very talkative.

When feet are bony, this suggests a poor person. Life has many difficulties and it is a struggle to make life go smoothly. So do try to fatten up your feet. Nothing like good fleshy feet to bring the good life!

When your toes are sharp in shape, it suggests you are the black sheep of the family. You love to spend money but are lazy to work; it indicates a lack of great achievement in life.

When your feet are meaty and smooth, it suggests you will become very prosperous and rich. It is also an indication that such a person's family is very rich, belonging to the privileged class.

When your toenails are round in shape and smooth, especially if you are a woman, this suggests you will marry a rich husband.

When your toes are tiny, this suggests you are a responsible and honest person. People with tiny toes are said to make good spouse material.

When you feet are big, (size 8 and above for men and size 7 and above for women) this indicates you are a "survivor". You can deal with any kinds of problems, setbacks, obstacles or difficult people. You are decisive and can provide strong leadership.

When your middle toe is the longest among your toes, it is not a good indication as it suggests your destiny could turn irksome during middle age.. You could suffer from a perpetual shortage of money and face obstacles that block your success.

When your second toe is longer than your big toe, this suggests you will have plenty of food on the table and plenty of friends around you. You impress others with your good heart, so many will speak well of you. But you need to work hard to maintain your increasingly extravagant lifestyle.

When your feet are small (size 6 and below for men and size 5 and below for women) you should take good care of your nose or breathing system. You are mature and prudent but should learn to overcome your jealous nature and tendencies, as they could bring about your downfall or be a major source of unhappiness.

The colour of your toes can not only indicate the condition of your health, it can also indicate your potential for wealth. Toes which are milky white and transparent suggest you will have a stable life. Grey toes suggest you will have a tough life. The best colour however is reddish, which suggests someone rich and successful.


When your toes are big, this suggests you are a leader You can be a very stubborn person, hot tempered and possessive, but you can arouse great passion in others.

When your toes are meaty and uneven in size, it suggests you have the luck to own property and enjoy good fortune. You have the potential to become a property

Sunday, November 1, 2009

Index Cemburu Berdasarkan Horoscope

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira
semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun
di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam
sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai
hubungan kasih yang disemai bersama.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga
mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa
disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang
mengatasi kaum perempuan.


Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran.


Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk
menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik
perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia
sedang cemburu.
Indeks: xxx


Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan
tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau
kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita
meraung-raung.
Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx


Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang
memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua
perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk
menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera
mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat
kekasihnnya.
Indeks: xx


Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat
dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka
kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki
lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx


Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia
ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta
secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk
berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks
cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx


Cancer

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan
berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah
kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat.
( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.)
Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan
menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx


Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana
perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh
kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang
membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang
untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx


Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati
yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara
biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya,
namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx


Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu
akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik.
Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat
cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x


Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang
boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya
terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya
menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx


Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat,
pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara
sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi,
apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering
membuatnya cemburu.
Indeks: xxx


Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di
dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada
kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain
seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx