Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Thursday, August 15, 2013

Siapakah yang merancang jenayah? Siapakah penjenayah sebenar?

Kejadian tembak dan bunuh yang terlalu kerap berlaku kebelakangan ini memang berada dalam keadaan yang cukup membimbangkan rakyat. Oleh itu, ini bukanlah merupakan keadaan yang luarbiasa apabila rakyat mula mencari salah siapa sehingga menyumbang kepada keganasan ala mafia ini.



Rakyat ditindas dan penjenayah dibela antara lagu yang cukup kuat dimainkan. Pembangkang terutamanya DAP telah mengalunkan lagu yang cukup jelas selama ini dalam menuntut kononnya pembelaan terhadap penjenayah. Kematian para penjenayah telah mereka perbesarkan ke tahap maksimum.



Bagi rakyat yang waras, sepatutnya mereka telah dapat membaca rentak perjuangan pembangkang. Kematian Kugan dan Teoh Beng Hock menjadi tangisan DAP, PKR dan PAS. Bagaimana pula dengan kematian mangsa tembakan pembunuh upahan? Adakah DAP, PAS dan PKR akan menuntut pembelaan terhadap mangsa kekejaman penjenayah-penjenayah pembunuh upahan ini.



Tindakan pembangkang yang menuntut pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 dan lain-lain yang mampu menjaga keselamatan rakyat dan negara merupakan bukti sahih dan nyata pembangkang menindas rakyat.



Dengan siri tuntutan dan asakan tanpa henti pihak pembangkang telah memaksa kerajaan menurut kemahuan pembangkang sehinggakan keselamatan rakyat telah dikompromi. Kerajaan telah sedar akan tipu muslihat pembangkang yang membawa kesengsaraan dan menggugat keamanan negara.



Kami rakyat menuntut kerajaan mewujudkan semula undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969 ini dengan kadar segera. Ini sudah sampai ke fasa kritikal untuk dilaksanakan. Kami rakyat Malaysia juga menuntut kerajaan agar tidak lagi berkompromi dengan sebarang tuntutan dari pembangkang yang kesemuanya tidak munasabah dan memudaratkan rakyat dan Negara.



Hanya dengan kewujudan undang-undang seperti ISA dan Ordinan Darurat 1969 sahaja yang membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat. Ianya bukan untuk menindas masyarakat ataupun menganiayai mereka, tetapi bertujuan dalam mengawal cengkaman penjenayah.



Terdapat 67 kes jenayah kekerasan yang dilakukan bekas tahanan Ordinan Darurat (EO) sepanjang tempoh Januari hingga Jun tahun ini. Ini berikutan dengan pembebasan 2,473 tahanan EO pada Julai tahun lepas.



Kekerapan jenayah tembak yang dilakukan oleh pembunuh upahan tidak dapat diterima oleh rakyat. Pembunuhan Hussain Ahmad berlaku dua hari selepas aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.



Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim juga telah ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April.



Selepas semua jenayah ganas yang kerap berlaku berlaku kebelakangan ini akibat dari pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1969 , pembangkang cuba menyalahkan kerajaan pula. Sikap baling batu sembunyi tangan ini memang amat kita faham wujud secara kental dalam jiwa pembangkang.

Ini antara senarai kes tembak yang berlaku dalam masa terdekat
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-di-balakong-polis-tahan-penyelenggara-lif-1.145043

http://www.sinarharian.com.my/nasional/najib-arah-polis-berkas-segera-penjenayah-tembak-mati-tkp-kastam-1.154465

http://www.sinarharian.com.my/semasa/polis-buru-4-lelaki-kes-tetak-ikat-dan-tembak-1.164871

http://www.sinarharian.com.my/5-kes-tembak-di-kelantan-ada-kaitan-kumpulan-dadah-1.179943

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tahan-seorang-lelaki-bantu-siasatan-kes-tembak-1.47708

http://www.sinarharian.com.my/kes-tembak-3-beradik-antara-7-ditahan-1.37550

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/kes-tembak-polis-minta-lelaki-serah-diri-1.161801

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-cari-lelaki-bantu-siasatan-1.157629

http://www.sinarharian.com.my/semasa/suspek-kes-tembak-guru-mungkin-pembunuh-upahan-1.180660

http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130719/je_01/Lagi-guru-mati-ditembak-dalam-kereta

http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-tembak-polis-minta-saksi-bantu-siasatan-1.179635

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/suspek-tembak-peraih-ikan-dikenal-pasti-1.163979

http://www.sinarharian.com.my/lelaki-cedera-parah-kena-tembak-1.164731

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nekad-tembak-tuan-rumah-1.128099

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/budak-kena-tembak-1.182017

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/ditembak-selepas-balik-bersenam-1.186586

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pemandu-lori-peladang-ditembak-1.187327

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/lelaki-ditemui-maut-kesan-tembakan-di-kepala-1.184775

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/peniaga-kosmetik-cedera-ditembak-1.184705

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/guru-cedera-ditembak-1.179043

http://www.sinarharian.com.my/mangsa-tembak-meninggal-1.177033

http://www.sinarharian.com.my/tembak-perut-selepas-samun-1.171458

http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/mangsa-tembak-stabil-1.161107

http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/nyaris-maut-kena-tembak-1.156004

http://www.sinarharian.com.my/semasa/peniaga-runcit-anak-ditembak-1.182938

http://www.sinarharian.com.my/semasa/lelaki-maut-ditembak-selepas-beli-tosai-1.179277

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-bas-sekolah-cedera-ditembak-1.167030

http://www.idhamlim.com/2013/07/lelaki-ditembak-mati-dua-parah-ketika.html

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-mywatch-ditembak-berada-dalam-keadaan-kritikal

1 comment:

PESUGIHAN MBAH SURO said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483