Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Monday, July 5, 2010

Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?

Assalammualaikum!
Wajarkah UPSR dan PMR dimansuhkan?
Kepada pihak-pihak yang menyokong pemansuhan UPSR dan PMR terutamanya Pak Menteri sendiri, sila jawab lima sahaja soalan-soalan di bawah ini sebelum beria-ia hendak memansuhkannya. Sesal Dulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tiada Berguna.

1. Berapa banyakkah penjimatan kerajaan dalam Ringgit Malaysia apabila UPSR dan PMR ini dimansuhkan, dari mesyuarat lembaga peperiksaan, kos buat soalan, kos, tanda kertas jawapan dan sebagainya ? Adakah mencecah jutaan ringgit setiap tahun ?

2. Apakah bentuk peperiksaan atau pemilihan yang telus dan holistik untuk menentukan pelajar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan sebagainya ? Berapa pula kos diperlukan untuk proses pemilihan pelajar ini tanpa UPSR dan PMR yang masuk ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ?

3. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk menguruskan Program Permata Negara ?

4. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru bahasa Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun 2011 ? Kenapa Bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, kenapa tidak Bahasa Arab atau Guru khusus Tulisan Jawi ?

5. Bolehkah diadakan satu sistem sekolah menengah sahaja , sesuai dengan konsep 1Malaysia, tidak perlu Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan sebagainya. Ini akan memudahkan penempatan pelajar ke Tingkatan 1 dan 4 , kerana para pelajar tidak akan ada tekanan untuk merebut tempat ke sekolat Elit sebegini kerana tiada lagi sekolah Elit , dan juga memudahkan Pejabat Pelajaran sendiri untuk menempatkan pelajar ?

*************************************
ISU KEWAJARAN UPSR, PMR DIUMUM TAHUN INI
KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada kementerian.


MBM SOKONG MANSUH PMR, KEKAL UPSR
KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong cadangan pemansuhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bagaimanapun Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (gambar) berkata, MBM berpendapat, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diteruskan kerana ia mampu menilai keupayaan murid sepanjang berada di sekolah rendah sebelum memasuki sekolah menengah.


MUHYIDDIN ARAH PENGAMBIL SEGERA GURU BAHASA IBUNDA
PUTRAJAYA 30 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan pengambilan segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya mereka dapat ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun depan.

1 comment:

Anonymous said...

Jawapan dari guru buta:

1. ya, beratus juta dapat dijimatkan. sangat banyak aspek teknikal jika hendak diterangkan. Masa juga dapat dijimatkan.

2. seperti yang mana saya faham, peperiksaan dalaman termasuk penilaian kerja kursus dan penglibatan pelajar akandiambilkira, guru akan membantu menguruskan peperiksaan berasakan sekolah. ianya akan dipantau oleh pihak kementerian. Kos pemilihan pula sangat menjimatkan ianya dipilih melalui sisem komputer. seperti contoh pemilihan kemasukan ke universiti. semua online!!
3. soalan tidak relevan dengan pemansuhan peperiksaan UPSR dan PMR.
4. soalan ini juga tidak relevan kerana ianya adalah isu lain. walaubagaimanapun kerajaan telah menambah baik pengambilan guru bahasa Arab melalui SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan)
5. tujuan diperkenalkan sekolah cluster dan sebagainya adalah sebagai motivasi untuk pelajar melonjak prestasi masing-masing. Tidak ada seorang lagi yang mati kerana merebut tempat ke sekolah sebegini. Aspek tekanan sangat diperlukan kerana tanpa tekanan manusia tidak boleh hidup. Tekanan lapar dan keluar mencari makan, tekanan keinginan kasih sayang dan mencari pasangan.
sekdar perbandingan mudah.

p/s: ianya masih diperingkat kajian dan adalah munasabah melihat dari semua aspek termasuk bebanan guru di dalam membentuk generasi Malaysia yang bukan hanya sekadar ulat buku tetapi mempunya sahsiah dan kemahiran yang tinggi. Eloklah kita tunggu keputusan dan langkah yang bakal diambil. Betul sesal kemudian tidak berguna dan kita juga akan sesal jika kita masih ditakuk lama yang kita rasakan sudah cukup baik tetapi negara maju lain sudah lama meninggalkan kita.