Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Wednesday, June 30, 2010

Cerpen: Nurul Ain.

Cerpen - Nurul Ain
Oleh:
Zabariah Zakaria, Selama, Perak

Dipetik dari Majalah SBM: Januari – April 2007

Nota:

Zabariah Zakaria merupakan seorang graduan cacat penglihatan dalam bidang Penulisan Kreatif di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur. Telah banyak menghasilkan cerpen dan puisi.


Hari ini perkara yang sama masih tetap dilakukan. Perkara yang itu, perkara yang ini, tetap sama. Sama seperti kelmarin dan semalam. Perkara yang itu, perkara yang ini, tetap sama. Esok, lusa dan entah bila. Perkara yang sama, yang itu juga, yang ini juga, tetap sama. Sampai bila?

Setiap pagi di rumah, gegendang telinga Nurul Ain menangkap laungan suci dari masjid berdekatan. Laungan yang menghambat syaitan dan iblis durjana yang cuba bersatu dengan roh untuk mengajak berlakon sama di atas pentas mimpi.

Nurul Ain berkumat-kamit membaca sepotong doa, menjadi kalimah pertama tatkala bersua di hari baru.

Selesai menunaikan solat Subuh, dia berbaring-baring. Merenung dan bermenung menjangkau sesuatu yang dia sendiri tidak tahu kesudahannya. Kotak fikirnya tidak lepas memikirkan masa depan yang masih panjang. Adakah selamanya harus begini? Bagaimana keadaannya bila mak dan ayah sudah tiada? Adakah kakak dan abang akan mempedulikannya?

Ah! Tidak mungkin kakak dan abang akan bertindak begitu. Mustahil! Mereka baik dan sentiasa mengambil berat tentangnya.

Tapi...

Bukankah hati manusia fitrahnya berbolak-balik? Berubah-ubah bagai pantai dipukul ombak? Sekarang memanglah mereka mengambil berat halnya. Tapi bagaimana di kemudian hari? Sampai masa dan ketikanya mereka akan berumah tangga. Kakak akan mengikut suaminya. Abang pula; Adakah isterinya boleh menerima dirinya?

Nurul Ain melepaskan keluhan berat. Dia bangun mengemas tempat perbaringannya. Kemudian menuju ke tingkap.

Sebaik sahaja daun tingkap mengkeriuk luas, wajah mulusnya disapa hembusan pagi yang mendamaikan. Kedengaran siulan burung menyanyi menyambut pagi, ayam jantan yang meneriak nyaring dan derum-deram kenderaan di jalan berhampiran.

Di celah-celah kedamaian itu, telinganya untuk ke sekian kalinya dicuit oleh suara kanak-kanak dan remaja seusianya ke sekolah. Bunyi gelak tawa mereka memilukan hatinya.

“Ain!” Dia tersentak. Lamunannya hancur-lumat dibawa angin pagi.

“Beranganlah tu!”

“Tak pun.”

“Ain tau kan pagi ni ada tetamu nak datang?” Dia tidak langsung menjawab. Bibirnya bergerak tetapi tidak bersuara. Dia mengangguk kecil.

“Bukan apa, takut lupa saja.”

Wanita bergelar ibu yang telah menerannya dari rahim 14 tahun lalu berlalu. Sememangnya dia sudah tahu kedatangan tetamu itu. Dia gembira tetapi sedih. Dia khuatir. Dia tahu tujuan tetamu itu.

Dia ingat lagi suatu ketika dahulu, dia menangis semahu-mahunya dalam bilik. Semua orang tidak tahu dia menangis. Orang tidak tahu dia terkilan. Pada masa yang sama dia memang tidak mahu orang tahu dia menangis dan terkilan.

Dia tahu ayah menyayanginya. Dia tahu ayah mengasihaninya. Ayah tidak mahu dia berjauhan darinya. Ayah tidak mahu orang menganiayainya.

Dia memahami dan mengerti maksud ayah.

Akhirnya tetamu yang datang itu pulang dengan kekecewaan. Mereka tidak berjaya memujuk ayah agar menyekolahkannya. Meskipun jaminan diberikan, keputusan ayah tidak berubah. Kalau hitam, hitamlah, kalau putih, putihlah.

Naluri kanak-kanaknya waktu itu memprotes. Namun dia tidak mampu bertindak. Dia sayang ayah. Dia tidak mahu ayah terasa hati. Justeru itu, dia merela dalam keterpaksaan.

Nurul Ain di sebelah emak. Ayah di satu sudut menghadap tetamu.

“Nurul Ain akan diberi latihan di pusat kami. Nurul Ain akan menerima latihan mengikut peringkat. Setiap peringkat mengambil masa enam bulan. Nurul Ain akan belajar menulis dan membaca tulisan braille. Kemudian Nurul Ain akan menerima latihan berbentuk kemahiran membuat kraf tangan.”

Ayah senyap. Nurul Ain tahu apa yang tersirat di hati ayah.

“Kami akan uruskan semuanya. Nurul Ain akan tinggal di asrama bersama-sama pelatih lain. Makan dan minum disediakan. Pak cik, mak cik sekeluarga tidak perlu membayar apa-apa. Malah Nurul Ain akan diberi elaun setiap bulan.” Pegawai itu berhenti sekejap.

“Kalau pak cik dan mak cik bersetuju, bolehlah hubungi kami. Kami akan bantu dan uruskan.”

Begitu sekali mereka ingin membantu. Bersusah-payah datang ke rumah dan menerangkan dengan jelas kemudahan yang disediakan. Suatu ketika dahulu mereka datang untuk memujuk ayah agar menghantarnya ke sekolah, tetapi kali ini mereka datang untuk memujuk ayah menghantarnya mengikuti kursus di pusat latihan.

Ayah tetap dengan keputusannya. Harapan yang dibawa oleh tetamu-tetamu itu bagai dipulangkan kembali. Dibawa bersama pulang ke pusat latihan. Sama seperti dahulu, mereka gagal lagi.

Ayah tidak berkata apa-apa. Dia diam. Nurul Ain mengerti tentang itu dan tidak pernah menyuarakan apa-apa tentang hal itu.

Hari ini dia tetap begini. Sama seperti hari-hari berlalu.

Setelah puas menikmati hembusan angin pagi dia berlalu. Dia meninggalkan peristiwa-peristiwa itu di situ. Dia ke dapur. Dia mengambil cerek lalu memasukkan air dan menjerangnya. Dia tahu emak akan ke dapur sebentar nanti. Membancuh air untuk ayah. Dia tahu dan itulah rutin hariannya.

Ketika dia habis mencuci pinggan mangkuk yang diguna malam tadi, matahari mula menggarang. Dia kembali ke bilik. Diambilnya dan dikumpulkannya pakaian kotor. Kemudian ke bilik air.

Desas-desus mula kedengaran dari bilik air. Emaknya tahu, ayahnya tahu, Nurul Ain sedang membasuh. Begitulah setiap hari.

Setelah mandi dan bersiap seadanya, dia menyenget mengangkat baldi ke ampaian, disidai satu persatu. Jiran-jiran tahu itu. Mereka tahu kerana setiap hari Nurul Ain melakukannya.

Nurul Ain akui dan tidak menafikan bahawa dia diberi kepercayaan buat itu dan ini. Membasuh, menyidai, menyapu, mengemas dan kadang-kadang memasak. Emak dan kakak mengajarnya, menggalakkannya dan menyuruhnya berbuat begitu. Kata mereka, Nurul Ain perlu berdikari. Sekurang-kurangnya boleh mengurus diri sendiri.

Kelincahan ke sana ke mari dalam rumah, turun naik tangga, buat itu dan buat ini, menjadi pujian jiran sebelah menyebelah. Mereka kagum dan kadang-kadang pelik dan hairan Nurul Ain bertindak seperti orang yang boleh melihat.

Cuma satu sahaja yang tidak lengkap dalam kehidupannya. Dia tidak berpeluang bersekolah. Ayahnya keberatan menyekolahkannya. Bukan ayahnya tidak tahu tentang wujud sekolah khas. Ayahnya bukan tidak tahu itu semua. Ayahnya tahu dan mendengar berita beberapa orang anak kampung sebelah, malah di kampung itu juga ada anak yang tidak dapat melihat dihantar ke sekolah khas. Ayahnya tahu.

Mengapa dan kenapa ayahnya keberatan menghantar Nurul Ain ke sekolah, semua orang tidak tahu. Ramai juga yang datang berjumpa dengan ayahnya. Memujuk dan menyarankan Nurul Ain dihantar ke sekolah khas. Malah Pak Othman yang mempunyai anak sebaya Nurul Ain juga tidak dapat melihat pernah berjumpa dengan ayahnya. Pak Othman menceritakan tentang perkembangan anaknya yang sudah belajar di sekolah menengah dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia. Menceritakan kehidupan anaknya di sekolah. Menyatakan kemudahan yang diperoleh dan keseronokan belajar.

Ayahnya tidak pula berkecil hati pabila orang bercakap tentang hal itu. Dia tidak marah malah membuka telinga mendengarnya. Tetapi keputusannya tetap sama. Ayah tetap berkeras tidak mahu menyekolahkan Nurul Ain.

Kini Nurul Ain sudah berumur 17 tahun. Namun di usia itu Nurul Ain masih tidak mengenal huruf apatah lagi membaca dan menulis. Namanya ’Nurul Ain’ juga dia tidak tahu untuk mengejanya. Hatinya sedih. Namun dia pasrah menghadapinya.

Dia pernah juga mendengar tentang cerita anak Pak Othman yang bersekolah khas. Mereka bercerita anak Pak Othman membaca menggunakan hujung jari telunjuk. Anak Pak Othman menulis dengan menggunakan sebuah mesin taip yang hanya mempunyai sembilan kekunci. Apabila ditekan, pada kertas akan keluar bintik-bintik kecil yang pelbagai posisi dan kelihatan timbul.

Nurul Ain juga pernah mendengar maklumat dari radio memaklumkan kegiatan orang-orang kurang upaya sepertinya. Diajar membuat kraf tangan, mengurut, menjahit dan sebagainya.

Nurul Ain ke dapur semula. Membuka tudung saji dan menjamah sedikit sarapan pagi. Sesekali dia akan bersama-sama emak dan ayahnya bersarapan. Ketika dia sedang mencuci cawan dan pinggan, dia terdengar deruman motosikal berhenti di depan rumahnya. Seketika kemudian terdengar suara lelaki memberi salam.

“Waalaikummussalam. Ha! Man, jemput masuk, masuk.”

Nurul Ain dengar ayahnya menjemput masuk. Siapa? Dia tidak pula mengecam pemilik suara itu. Nurul Ain tahu tugasnya. Dicapai cerek. Dimasukkan air yang sudah suam itu ke dalam bekas. Kemudian memasukkan air untuk dijerang. Sebentar nanti tentu emak ke dapur membancuh air untuk tetamu.

“Yana ni ha beria-ria sangat nak jumpa anak Pak Wan. Dah lama diajaknya ke mari.”

“Ain, Ain, ada kawan nak jumpa ni.”

Kawan? Siapa? Hatinya berteka-teki. Sepanjang kehidupannya dia tidak punya kawan. Cuma ada ayah, emak, kakak, abang, jiran dan saudara-mara. Tidak pula dia punya kawan lain di kampung itu. Siapa agaknya?

“Ain, kawan nak jumpa ni. Sinilah dulu.”

Nurul Ain melangkah perlahan ke ruang tamu.

“Ke kiri sikit. Dekat tv tu. Ha sikit lagi.”

Pencariannya berhasil. Dia terpegang seseorang.

“Salam Ain. Anak Pak Othman tu. Datang nak jumpa Ain.”

Dua gadis yang kali pertama berjumpa itu bersalaman.

“Hai senyap saja. Beria-ria suruh ayah hantar. Ni dah jumpa diam saja.” Tegur Pak Othman apabila melihat kedua-dua anak istimewa itu membisu seribu bahasa.

“Budak-budak memang macam tu. Kalau ada kita bukan nak bercakap.”

”Kalau macam tu ayah balik dululah. Nanti petang ayah datang jemput.”

Setelah minum dan berbual seadanya, Pak Othman meminta diri untuk pulang dahulu. Pak Othman meninggalkan anaknya bersama Nurul Ain.

Emak dan ayah Nurul Ain mengerti. Mereka meninggalkan dua orang anak itu di situ.

“Nama saya Norliana. Panggil Yana pun boleh.” Anak Pak Othman memulakan bicara.

Perbualan mereka semakin rancak. Nurul Ain membawa Norliana ke sudut lain. Selepas bertanya hal-hal keluarga, perbualan mula menjurus kepada persoalan semasa.

“Kenapa Ain tak mahu ke sekolah?”

“Bukan saya tak mahu ke sekolah. Tapi ayah tak benarkan.”

“Ain boleh baca?”

“Tak. Dulu masa kecil kakak ada juga ajarkan. Tapi dah lupa.”

“Ain tak mahu masuk kursus apa-apa? Sekurang-kurangnya ada juga perkara yang boleh dibuat. Belajar buat bakul ke?”

“Saya memang nak. Tapi masalahnya ayah tak izinkan. Dulu ada orang datang. Kalau ayah setuju mereka akan uruskan semua. Tapi nak buat macam mana ayah tak izinkan.”

“Tak apalah Ain. Kalau dah macam tu tak boleh buat apalah. Tapi Ain mesti pandai masak kan? Saya ni makan tahulah. Masak tak tahu.”

“Taklah pandai sangat. Biasa saja. Untuk diri sendiri tu bolehlah. Alah... Yana bukan tak boleh tapi mungkin tak biasa buat. Nanti bolehlah tu.”

Norliana makan tengah hari bersama Nurul Ain. Mereka mesra dan seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Selesai menunaikan solat Zuhur, mereka berbual lagi.

“Bersabarlah Ain. Saya yakin Ain tak akan selamanya begini. Masanya akan tiba cuma lambat atau cepat sahaja.

“Harap-harap begitulah Yana.” Ain sedikit sebak.

“Nanti saya datang lagi. Saya bawakan kertas yang sudah ditulis dengan tulisan braille.”

“Saya tak pandai bacalah Yana.”

“Tak apalah. Sekurang-kurangnya Ain dapat bayangkan.”

Petang itu Pak Othman datang menjemput Norliana. Selepas solat Asar di masjid berhampiran, Pak Othman terus ke rumah Nurul Ain. Pertemuan antara Nurul Ain dan Norliana itu bakal menjanjikan satu perkenalan yang baik. Sekurang-kurangnya Nurul Ain ada teman untuk mengadu nasib dan meluah perasaan. Norliana pula tidak lokek bercerita itu dan ini. Bukan untuk menambah kesedihan di hati Nurul Ain tetapi untuk berkongsi sesuatu yang dinikmatinya.

Malam itu seperti hari-hari lalu, selepas menunaikan solat Maghrib, Nurul Ain hanya sekadar berada di bilik. Kadang-kadang dia membantu emak menyediakan makan malam di dapur. Selepas solat Isyak mereka akan makan malam beramai-ramai. Kemudian menonton televisyen.

Jika tidak ada rancangan yang menarik, Nurul Ain akan ke bilik. Berbaring-baring sambil mendengar radio.

Perkara yang sama sahaja setiap hari. Suasana mungkin sedikit berbeza apabila ada sanak saudara yang datang ke rumah dan bermalam.

Kebiasaan itu akan terhibur sedikit apabila kakak atau emak membawanya ke pekan membeli-belah. Terubat sedikit kesedihannya apabila dia dibawa ke rumah sanak saudara atau kawasan percutian.

Namun perkara itu dan perkara ini sahaja yang dilakukan ketika dia di rumah. Sampai bila dia sendiri tidak tahu. Dia berdoa dan berharap ayahnya akan berubah fikiran. Dia juga seperti insan kurang upaya lain. Mahu mempunyai kawan dan teman. Mahu bergaul. Mahu mencari rezeki dan mempunyai pendapatan sendiri.

Kata Norliana, masanya akan tiba. Cuma lambat atau cepat. Lambat? Cepat, bila?

Kunci Syahwat Wanita Kiraan Bulan Masihi

Assalammualaikum!
sedikit info dari laman web untuk kita praktikkan. Tak ada ruginya kita praktikkan, biarpun kesahihannya mungkin diragui.

Sebagai perbandingan dengan bulan Hijrah (bulan Islam), disertakan pula

tempat-tempat
merangsang syahwat berahi wanita menurut bulan Masihi.
Tempat-tempat yang sensitif di bahagi 2 iaitu di bahagian sebelah kanan

dan kiri
tubuh.
Dari 1 hingga 15haribulan Masihi adalah di sebelah kanan manakala 16

hingga 30/31
haribulan di sebelah kiri tubuh wanita.
Kunci syahwat berahi wanita mengikut bulan masihi adalah seperti

berikut:-
Tanggal 1 :- Hujung jari kaki kanan.
Tanggal 2 :- Ditengah tapak kaki kanan.
Tanggal 3 :- Pada tumit kanan.
Tanggal 4 :- Di buku lali sebelah kanan.
Tanggal 5 :- Pada Betis kanan.
Tanggal 6 :- Pada lutut kanan.
Tanggal 7 :- Paha kanan.
Tanggal 8 :- Punggung kanan.
Tanggal 9 – Sekitar pangkal paha kanan.
Tanggal 10 :- Pusat dan sekitarnya.
Tanggal 11 :- Ditengah buah dada kanan.
Tanggal 12 :- Pada dagu.
Tanggal 13 :- Pada bibir.
Tanggal 14 :- Puncak hidung.
Tanggal 15 :- Tengah Kening.
Tanggal 16 :- Kening sebelah kiri.
Tanggal 17 :- Hidung sebelah kiri.
Tanggal 18 :- Bibir sebelah kiri.
Tanggal 19 :- Dagu sebelah kiri.
Tanggal 20 :- Ditengah buah dada.
Tanggal 21 :- Pada pusat sebelah kiri.
Tanggal 22 :- Pangkal paha sebelah kiri.
Tanggal 23 :- Punggung sebelah kiri.
Tanggal 24 :- Pada paha sebelah kiri.
Tanggal 25 :- Lutut sebelah kiri.
Tanggal 26 :- Betis sebelah kiri.
Tanggal 27 :- Pada buku lali sebelah kiri.
Tanggal 28 :- Pada tumit sebelah kiri.
Tanggal 29 :- Pada tapak kaki sebelah kiri.
Tanggal 30 :- Ibujari kaki sebelah kiri.
Tanggal 31 :- Pada jari tangan. Sekitar tapak tangan.
Jadual diatas ini khusus apabila bulan ada 31 hari. Jika hingga 30 hari

saja, Pembahagian
tersebut didasarkan pada peredaran darah pada tubuh wanita. Tempat-

tempat yang peka
tersebut berubah setiap hari. Oleh itu suami isteri hendaklah berpakat

dan bertanya
atau pastikan melalui pengalaman di bahagian mana yang menimbulkan

sensitif seksual.?

Monday, June 28, 2010

Manfaat Minum Air.

Manfaat Minum Air | Terapi Minum Air Untuk Kesehatan
Saat ini di Jepun sangat popular sekali trend
minum air
segera
setelah bangun pagi. Apalagi, test ilmiah telah membuktikan keampuhannya.
Kami memberikan deskripsi penggunaan air kepada pembaca kami dibawah ini.
Terapi air ini telah dibuktikan sukses oleh kumpulan pengobatan Jepun
untuk penyakit lama dan serius dan juga penyakit moderen.
Penyakit-penyakit tersebut adalah sebagai berikut :
Sakit kepala, sakit badan, system jantung, arthritis, detak jantung
cepat, epilepsi, kelebihan berat badan, asma bronchitis, penyakit ginjal dan
urin, muntah-muntah, asam lambung, diare, diabetes, susah buang air besar,
semua penyakit mata, rahim, kanker, datang bulan lancar, dan penyakit
telinga, hidung dan kerongkongan.
METODE TERAPI
1. Setelah anda Bangun pagi sebelum mengosok gigi, minum 4 x 160cc gelas air
2. Gosok dan bersihkan mulut tetapi jangan makan ataupun minum apapun selama 45 menit
3. Setelah 45 menit anda boleh makan dan minum seperti biasa
4. Setelah 15 menit sarapan, makan siang dan makan malam, jangan makan ataupun minum
apapun selama 2 jam
5. Untuk anda yang tua ataupun sakit dan tidak dapat minum 4 gelas air pada saat
mulai bisa digantikan dengan meminum sedikit air terlebih dahulu dan kemudian ditingkatkan
secara berkala hingga 4 gelas per hari.
6. Metode diatas adalah terapi untuk mengobati penyakit dari orang yang sakit dan
orang lain dapat menikmati hidup yang sehat.
Daftar berikut adalah jumlah hari yang dibutuhkan untuk terapi pengobatan/control/
mengurangi penyakit utama:
1. Tekanan darah tinggi (30 hari)
2. Asam lambung (10 hari)
3. Diabetes (30 hari)
4. Susah buang air besar/konstipasi (10 hari)
5. Kanker (180 hari)
6. Tuberculosis (90 hari)
7. Pasien arthritis disarankan untuk mengikuti terapi diatas ini hanya 3 hari pada
minggu pertama
dan dari minggu kedua dan seterusnya setiap hari
Metode pengobatan ini tidak mempunyai efek samping, tetapi pada saat
pelaksanaan pengobatan ini anda mungkin akan buang air beberapa kali.
Adalah lebih baik jika kita melanjutkan terapi ini dan
menjadikan prosedur ini sebagai rutinitas kerja dalam kehidupan kita.
Minum air
dan tetap sehat dan aktif.
Hal ini masuk akal….
Orang Cina dan Jepun minum teh hangat pada saat makan mereka ...
bukan air dingin. Mungkin sudah waktunya kita mengadopsi kebiasaan
minum mereka sewaktu makan !!!
Tidak ada yang dirugikan dari hal ini.
Untuk yang suka minum air dingin, artikel ini mungkin berguna untuk anda.
Adalah enak untuk minum minuman dingin setelah makan.
Bagaimanapun, air dingin akan memadatkan minyak yang anda konsumsi. Ia akan
memperlambat pencernaan.
Sekali "kotoran" ini bereaksi dengan asam, ia akan dipecah dan diserap oleh intestine
lebih cepat
daripada makanan padat. Ia akan berbaris dalam usus besar.
Dengan cepat, ini akan berubah menjadi lemak dan menjadi pemicu kanker.
Adalah sangat bagus untuk minum sup hangat ataupun air hangat setelah makan.

Sunday, June 27, 2010

Puaka di Penjara Pudu?


Assalammualaikum!
Ada-ada sajalah mereka, nih. Suka mengkhayalkan sesuatu yang di luar kebiasaan normal. Tapi, benarkah? Syukurlah banyak dari cerita hantu digambarkan dalam bentuk wajah yang kelihatan. Syukurlah, aku tidak dapat melihat. Tapi, benarkah cerita sebegini?

Puaka Penjara Pudu

Oleh MOHD AZAM SHAH YAACOB dan RAJA NURAIN HIDAYAH
metahad@hmetro.com.my
2010/06/27

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara,” kata Pegawai Disiplin Penjara Tapah, Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad, 55, menceritakan pengalaman bertugas di Penjara Pudu ketika ia masih digunakan bagi menempatkan banduan.

Sulaiman berkata, gangguan itu yang biasanya berlaku pada waktu malam bukan saja terjadi kepada pegawai bertugas, sebaliknya turut dialami kebanyakan banduan yang melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan berjalan di tengah bahagian penjara hinggakan ada antara mereka yang terbabit dalam jenayah ganas turut diam dan tidak berani menegur.

“Sebenarnya, banyak kali gangguan seumpama itu berlaku di kalangan kakitangan penjara serta banduan, namun kebanyakan kami buat tidak kisah dan tidak mahu memperbesarkan hal itu kerana takut mengganggu tugas anggota lain, terutama yang baru berpindah ke sana.

“Bila mereka (pegawai baru) sendiri menceritakan gangguan dialami, baru kami berkongsi cerita mengenai gangguan yang pernah kami alami,” katanya.

Sulaiman yang bertugas 17 tahun di Penjara Pudu sebagai wardar penjara sebelum ditukar ke Penjara Tapah sebaik operasinya ditamatkan berkata, jauh sekali dirinya untuk mempercayai kewujudan makhluk halus di dalam bangunan berkenaan namun percaya, setiap yang terjadi adalah atas ketentuan Allah.

“Jika saya kata saya percaya memang wujud makhluk halus di situ, nanti orang beranggapan saya syirik pula, tapi itu antara kejadian yang saya serta rakan anggota lain alami.

“Cerita ini saya kongsi bukan untuk menakutkan sesiapa, tetapi ia antara kenangan yang mungkin tidak akan saya lupakan sepanjang berkhidmat di sana, terutama apabila mengetahui Penjara Pudu yang memenjarakan puluhan banduan itu bakal dirobohkan sepenuhnya bagi dibangunkan untuk keselesaan rakyat,” katanya.

Menurut Sulaiman, sepanjang bertugas di penjara yang pernah memenjarakan ribuan penjenayah ganas dan berbahaya seperti Botak Chin dan Batang Kali, beberapa kawasan di dalam penjara boleh dianggap keras, dipercayai menjadi laluan makhluk halus.

Katanya, beberapa tempat berkenaan membabitkan kawasan tangga, pintu masuk ke bilik tidur kakitangan dan bilik akhir (bilik penggantungan).

“Ketika saya mula-mula bertugas pada waktu malam selepas seminggu ditukarkan ke Penjara Pudu, pernah beberapa kali saya terasa seperti ditolak dari bahagian belakang, sedangkan ketika itu saya bertugas meronda sendirian.

“Waktu mula-mula terkena gangguan berkenaan, saya ingatkan saya tersalah langkah, tetapi bila beberapa kali terasa seperti ditolak, ditendang serta ditumbuk, saya terus tidak duduk di kawasan itu, melainkan jika waktu meronda saja,” katanya.

Sulaiman berkata, pernah satu ketika, beberapa banduan turut menceritakan beberapa kali melihat kelibat lelaki berjalan di tengah-tengah bahagian penjara sebaik mereka mahu melelapkan mata dan apabila diteliti, lelaki itu bukan kakitangan penjara.

“Cerita ini disampaikan oleh beberapa banduan kepada saya sewaktu bertugas di sana, di mana mereka mendakwa beberapa kali melihat seorang lelaki dengan wajah mengerikan berjalan di tengah-tengah laluan sel tahanan mereka.

“Pada mulanya mereka beranggapan ia adalah wardar yang meronda tetapi bila diamati, lelaki itu mempunyai wajah mengerikan, menyebabkan mereka yang terkena gangguan itu tidak jadi menegur, sebaliknya mendiamkan diri saja,” katanya.

Sementara itu, pelakon, Abu Bakar Juah, yang pernah berkhidmat sebagai Inspektor Penjara selama 11 tahun di Penjara Pudu sebelum ditukar ke Penjara Kajang sebagai Pengarah Penjara turut mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan Penjara Pudu sebelum lenyap dengan sendiri.

http://cdn.media.innity.net/201007_2713/11013/C19505_1.gif  

Click Here

Menurut Abu Bakar, peristiwa melihat bebola api berterbangan dari hujung blok yang menempatkan banduan itu antara kenangan pelik yang pernah dialami sepanjang bertugas di sana.

“Sebenarnya saya susah hendak percaya perkara mistik dan tahyul, tetapi kejadian melihat bebola api terbang itu menimbulkan perasaan pelik.

“Waktu itu saya bertugas seperti biasa dan secara tiba-tiba terasa satu perasaan pelik, menyebabkan saya menoleh ke arah blok tahanan banduan sebelum melihat bebola api yang marak membakar terbang melintas blok hinggalah ia hilang dengan sendiri,” katanya.

Menurut Abu Bakar, peristiwa itu masih menjadi tanda tanya kepadanya hingga ke hari ini berikutan di kawasan penjara sebarang benda berbahaya, termasuk yang mampu mencetuskan api, adalah dilarang.

“Mahunya tidak pelik, mana mungkin banduan boleh mencetuskan api sedangkan semua benda yang dikategorikan berbahaya dilarang sama sekali di dalam penjara dan lebih membuatkan saya musykil, ia terbang dalam keadaan sangat laju sebelum hilang,” katanya.

Selain itu, Abu Bakar berkata, insiden lori tangki minyak yang hidup tiba-tiba sebelum bergerak juga antara peristiwa misteri dialaminya serta beberapa kakitangan penjara lain.

Menurut Abu Bakar, lori itu yang ditempatkan di kawasan simpanan kenderaan Penjara Pudu yang terletak di tengah-tengah pintu masuk itu secara tiba-tiba bergerak sejauh lima meter sebelum berhenti dengan sendiri.

Katanya, apabila anggota bertugas memeriksa lori berkenaan, mereka tidak menjumpai sesiapa dan lebih pelik lagi bagaimana enjinnya boleh dihidupkan sedangkan kunci kenderaan itu masih tersimpan di pejabat.

Menurutnya, walaupun gangguan berkenaan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan, kerja-kerja merobohkan bangunan itu untuk didirikan pusat komersial lebih membuatkan dirinya berasa sedih.

“Namun perkara ini saya anggap ada kebaikannya kerana jika tidak dibangunkan, ia memang satu kerugian dan jika dirobohkan pula bangunan (Penjara Pudu) itu, nilai sejarahnya juga turut hilang.

“Jadi, bagi mengekalkannya pada masa sama, saya harap pihak berkaitan dapat mendirikan satu monumen bagi mengenang semula kawasan itu yang pernah menempatkan sebuah penjara yang menahan ribuan penjenayah berbahaya,” katanya.

Tembok Penjara Pudu sepanjang 394 meter dengan ketinggian 4.5 meter terpaksa dirobohkan Isnin lalu, bagi memberi laluan kerja pembinaan laluan bawah tanah dan pelaksanaan jalan raya di persimpangan antara Jalan Pudu dan Jalan Hang Tuah.

Saturday, June 26, 2010

Alia Sabur: Professor termuda di dunia.

MUNGKIN ada banyak anak jenius di dunia ini, namun yang berhasil meraih gelar profesor
di usia yang masih sangat belia tentu hanya terbilang jari. Alia Sabur adalah salah
satunya. Bahkan menurut catatan Guinness World Record -setelah melakukan verifikasi-
hanya Alia satu-satunya remaja yang berhasil meraih gelar profesor dalam usia menjelang
19 tahun.
Gelar profesor itu didapat remaja bertubuh subur ini, baru-baru ini, persisnya ketika
berusia 18 tahun 362 hari. Jabatannya sekarang adalah profesor penuh pada Departemen
Pengembangan Teknologi Peleburan Konkuk University, Seoul Korea Selatan.
Tak mengherankan kalau Alia yang kelahiran Amerika, 22 Februari 1989 ini ditetapkan
Guinness World Record sebagai profesor termuda di dunia. Jauh sebelum Alia, Guinness
Record juga pernah mencatat seorang remaja super jenius, Colin Maclaurin yang meraih
gelar profesor matematika di Marischal College, Scotlandia, 30 Septemebr 1717, saat
usianya 19 tahun.
Setelah itu Guinness belum mencatat lagi remaja yang bisa mengalahkan capaian Colin,
sampai akhirnya muncul Alia Sabur.
Sejak kecil Alia memang sudah dijuluki bocah ajaib saking cerdasnya. Mungkin kita
semua tak mampu membayangkan kalau Alia ternyata sudah bisa membaca pada usia 8 bulan.
Sungguh ajaib! Ketika bayi-bayi seusianya sedang sibuk belajar merangkak atau bahkan
berjalan, Alia justru sedang sibuk membaca.
Semua orang, bahkan orangtuanya, makin tercengang ketika pada usia 2 tahun ia telah
membaca ?Web Charlotte'' sebuah bacaan yang harusnya tidak dimengerti anak seusianya.
The New York Times tak mampu menyembunyikan keheranannya atas keajaiban Alia.
Dikatakan juga bahwa keajaiban Alia yang bisa membaca di usia 8 bulan hanya merupakan
keajaiban awal dari serangkaian keajaiban yang dibuat bocah ini hingga remaja sekarang.
Sayangnya New York Times tidak membahas bagaimana bayi umur 8 bulan sudah bisa membaca
dan dengan cara apa dia belajar.
Hanya dijelaskan bahwa sang ibu, Julia, seorang wartawan televisi lokal, dengan suka
rela melepas pekerjaannya sebagai wartawan ketika putri satu-satunya memasuki usia
5 tahun.
Hal tersebut dilakukan Julia demi pendidikan Alia yang perkembangannya di atas rata-rata
anak seusianya. Pada usia 5 tahun Alia telah menyelesaikan kurikulum dasar membaca
di sebuah sekolah negeri di Long Island.
Nilai-nilainya yang cemerlang membuat Alia mendapat kesempatan lompat kelas dan akhirnya
masuk sekolah menengah.
Tapi perkembangan Alia yang dianggap terlalu maju, menyulitkan para gurunya dan akhirnya
mereka (guru) pun menyerah. Pihak humas sekolahnya menyatakan, mereka tidak mampu
memenuhi kebutuhan Alia yang diibaratkan terlalu haus ilmu pengetahuan.
Guru Kewalahan
Masalah ini pun ternyata bukan hanya dihadapi sekolah tersebut, sebuah sekolah privat
terbaik di Manhattan pun menyatakan hal yang sama dan mengatakan tak mampu lagi mengajar
Alia.
Penolakan kemudian muncul juga dari universitas di mana sang ibu mendaftarkannya.
Ia dianggap terlalu muda masuk ke sana. Ya maklum saja, usianya masih 10 tahun. ?Bayangkan
di grade empat, muridnya hanya aku. Aku belajar sendirian,? ungkap Alia yang penyandang
ban hitam karate ini.
Beruntung ada sebuah universitas negeri di Stony Brook yang akhirnya mau menampung
Alia. Maka jadilah bocah 10 tahun ini mahasiswa termuda di universitas itu. Bisa
jadi hanya Alia-lah satu satunya mahasiswa yang ditunggui orangtuanya tiap hari ketika
sedang kuliah.
Nyatanya, Alia bukan hanya termuda tapi dia juga menjadi mahasiswa tercerdas di sana.
Uniknya, Alia jarang mencatat pelajaran yang diberikan. Ia hanya mendengarkan, dan
menyerap pelajaran yang diberikan dosennya lewat mata dan pendengarannya saja.
Kalaupun ada catatan pastinya yang penting-penting saja. Selebihnya ia hanya menyimak
baik-baik penjelasan dosennya. Tapi hasilnya luar biasa, nilai-nilainya sangat cemerlang.
Selalu Lapar Belajar
Profesor Harold Metcalf, guru besar ilmu fisika yang juga mengajar Alia, hanya bisa
terkagum-kagum pada kemampuan bocah gendut ini. ?Sebenarnya saya sudah biasa melihat
anak-anak cerdas di usia belia, misalnya 15-16 tahun, tapi bukan 10 tahun sepertinya.
Kalau dia mengajukan pertanyaan, seperti bukan anak 10 tahun yang mengajukannya,?
ungkap Metcalf. ?Saya melihat Alia seperti orang yang selalu merasa lapar belajar,
sehingga apapun dilahapnya.
Bahkan materi-materi berat sanggup dipecahkan Alia dengan mudah. Alia adalah sosok
anak impian semua orangtua. Ini memang sungguh luar biasa ajaib,? papar Metcalf yang
sesungguhnya tak habis pikir dengan fenomena Alia ini.
Untunglah Alia memiliki seorang ibu yang bijaksana dan memahami perkembangan anaknya.
Julia tahu kalau Alia tumbuh luar biasa, dan tak ingin Alia kehilangan masa kanak-kanaknya
juga ia tak ingin Alia menjadi anak yang a-sosial.
Maka Julia pun mengkursuskan Alia pada sekolah musik, dia juga mendapat kesempatan
bermain dengan anak-anak seusianya.
Di satu sisi Alia tengah memecahkan rumus-rumusan rumit teori fisika, kimia, di sisi
lain, terlihat Alia asyik bermain boneka bersama teman-temannya. Suatu pemandangan
yang kontradiktif.
Di sekolah musik itu, Alia mempelajari alat musik tiup klarinet.
Ternyata di bidang ini pun prestasi Alia sungguh cemerlang, sehingga gurunya Ricardo
Morales pun tak segan memasangnya dalam sebuah pagelaran besar opera orkestra. Pada
usia 11 tahun ia telah tampil bersama The Rockland Symphony. Orang berpikir orang
seperti Alia adalah a-sosial.
Tapi Alia, tidak. ?Kami telah melakukan segala sesuatu untuk mencegah hal itu terjadi.
Karenanya Anda lihat sendiri, Alia bukan hanya memiliki teman seumurnya, dia juga
mengikuti berbagai kursus yang intinya sebenarnya mengajarkan Alia bersosialisasi
dengan teman-temannya.
Memang pada awalnya Alia dipaksa melakukan itu (bersosialisasi), tapi lama kelamaan
ia pun terbiasa bahkan menyukainya. Bagi kami tujuannya buka kemampuan Alia lulus
dengan cepat, tapi bagaimana dia mendapat pendidikan seimbang,? papar Julia.
Kejeniusan Alia memang mengundang decak kagum siapa saja. Di usianya yang ke-14 tahun
ia menyelesaikan kuliahnya di Universitas Negeri Stony Brook, usia 15 tahun ia meraih
Ph.D. dan 18 tahun menjadi profesor. Mau tahu berapa lama waktu yang dia butuhkan
untuk menyelesaikan ujian sarjananya, hanya 15 menit. Wow! - dia memang ternyata genius!

Friday, June 25, 2010

Give priority to your own self.

A long time ago, there was an Emperor who told his horseman that if he could
ride on his horse and cover as much land area as he likes, then the Emperor
would give him the area of land he has covered.
Sure enough, the horseman quickly jumped onto his horse and rode as fast as
possible to cover as much land area as he could. He kept on riding and
riding, whipping the horse to go as fast as possible. When he was hungry or
tired, he did not stop because he wanted to cover as much area as possible.
Came to a point when he had covered a substantial area and he was exhausted
and was dying. Then he asked himself,  "Why did I push myself so hard to
cover so much land area? Now I am dying and I only need a very small area to
bury myself."
The above story is similar with the journey of our Life. We push very hard
everyday to make more  money, to gain power and recognition. We neglect our
health, time with our family and to appreciate the surrounding beauty and
the hobbies we love..
One day when we look back, we will realize that we don't really need that
much, but then we cannot turn back timefor what we have missed.
Life is not about making money, acquiring power or recognition Life is
definitely not about work! Work is only necessary to keep us living so as to
enjoy the beauty and pleasures of life. Life is a balance of Work , Family
and Personal time.. You have to decide how you want to balance your Life.
Define your priorities, realize what you are able to compromise but always
let some of your decisions be based on your instincts. Happiness is the
meaning and the purpose of Life, the whole aim of human existence.
So, take it easy, do what you want to do and appreciate nature. Life is
fragile, Life is short. Do not take Life for granted. Live a balanced
lifestyle and enjoy Life!
Watch your thoughts they become words.
Watch your words they become actions.
Watch your actions  they become habits.
Watch your habits; they become character
Watch your character; it becomes your destiny

Menerima Azab Sewaktu Koma di Tanah Suci.

Azab koma di tanah suci


Satu kisah benar.... renungkanlah!

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman
menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada
satu
kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.
Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu
rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti
semester. Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di
Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di
Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan
jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.



Berbalik kepada cerita tadi,ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di
lapangan terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
riang
sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju
ke
Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di
Madinah.
Setiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. turunlah mereka
seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit. tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,
tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.
Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun
bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "kakak ni sakit," kata saya pada
jemaah-jemaah yang lain.
Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua
jemaah
nampak panik dengan apa yang sedang berlaku. "badan dia panas dan
menggigil.
Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital,"
kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke
hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah
yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa
meninggalkan wanita tersebut terlantar dihospital berkenaan. Namun dalam
kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk
mengetahui perkembangan wanita tersebut. Bagaimanapun, saya diberitahu dia
masih tidak sedarkan diri.
Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin
cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan
situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapat kan rawatan lanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding
hospital Madinah. namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya,
bila
sampai di hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa
wanita tersebut masih koma.
Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya
ambil keputusan untuk menunggunya di hospital. selepas dua hari menunggu,
akhirnya wanita itu membuka mata nya. Dari sudut matanya yang terbuka
sedikit itu, dia memandang ke arah saya.
Tapi sebaik saja terpandang wajah saya,wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab
saya ni bukan muhrimnya. tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "kenapa kakak menangis? "Mazlan
...kakak taubat dah lan. kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak- esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil
iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang
putih. tapi kakak silap. kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.
Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua
amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan
botol
arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya
tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?" "yalah...kakak tengok orang lain pergi
haji, kakak pun teringin juga nak pergi." "Jadi apa sebab yang kakak
menangis sampai macam ni sekali. ada sesuatu ke yang kakak alami semasa
sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat,wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu
Maha besar, Maha agung, Maha kaya. semasa koma itu, kakak telah diazab
dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah
kakak
buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut. "Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak
telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak.
Balasan azab lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di
neraka.

"Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut
kakak di tarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan
macam
mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit
yang dibuat drp bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke
dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main.
Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu
dan kakak ambil buah dada tu balik." Tanpa mempedulikan pesakit lain dan
jururawat,kakat tersebut itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, beberapa hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia
tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada
hukuman. Sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak
ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.
Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu
cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak- esak. nyata
dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...Kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.
Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah,semasa tidak
sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.
Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. Tapi kakak perlu makan
buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah
itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia
menikam pula perut kakak. Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa
sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.
"Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara
api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut seluruh badan
kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan
sama dengan kepanasannya. "Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Naunya
cukup busuk.tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.
Semua terpaksa akak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami
sepanjang kakak hidup di dunia ini." Saya terus mendengar cerita wanita itu
dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak
merayu
mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak
peluang untuk hidupsekali lagi.
Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa
kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar
perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak
dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak
dahulu, Kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini
kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. benarlah, Allah itu maha agung
dan maha berkuasa. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya.
Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau
buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah. "Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali.
kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu.
kakak bertaubat...kakak taubat nasuha,"katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti.
Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu Maghrib, dia cuma
akan balik ke bilik nya semula selepas sembahyang Subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga
kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang isyak tu kakak baliklah, makan nasi,
berehat..." tegur saya. "Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma.
bolehlah kakak makan semasa kakak lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam masjidil haram, dia
mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu. Selain itu dia
berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.
Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan
supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan. kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan
juga akan jadi macam kakak. kakak betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan
Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah
tudung. cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu,
Kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. "Semasa diazab, kakak
tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita
Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya,
maka dia diberikan satu dosa. kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok
sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa.
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. .. Kalau
seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak
dapat.
kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok?
Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni? Allah...
"kakak berazam, balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari
ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. akak nak
ajak suami pergi haji.
Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. tapi itu semua
kesilapan kakak. kakak sudah bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing
dia. bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang
wanita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma?
Tidak. saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia
berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan nabi dalam al-quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah?
Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara
saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu
perkara
ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab
barulah kita mahu percaya bahawa "oh... memang betul apa yang Allah dan
rasul katakan. aku menyesal"... itu dah terlambat.

Saturday, June 19, 2010

Selamat Hari Bapa.

Assalammualaikum!
Mungkin Akak terawal beberapa jam untuk mengucapkan "selamat menyambut hari bapa" kepada semua bapa/suami yang ada di mailing list ini. Kini, sudah lebih 3 bulan, ayah dipanggil mengadap penciptanya. Hingga kini, Akak masih merasa kehilangan. Berbandingkan dengan ibu, ayah extra sayang pada Akak. Dia sentiasa beralasan untuk menyokong apa saja tindakan Akak. Kasih-sayangnya pada Akak, sering menimbulkan cemburu pada anak2 yang lain. Akak pun tak pasti, kenapa akak dilebihkan. Adakah sebab Akak cacat atau mungkin kerana Akak anak perempuan yang pertama. Lama juga Akak menjadi anak perempuan seorang. Lebih kurang 20 tahun selepas Akak dilahirkan, barulah anak perempuan ke dua dilahirkan. Pengorbanan kasih-sayang ayah yang terbesar ialah: menjadi wali pernikahan yang dia tidak begitu menyetujuinya. Demi kasihnya pada Akak, dia mengikut saja. Akak tahu, banyak sekali dia ingin berkata-kata pada Akak sebelum aqad nikah. Tapi akak buat2 tak faham. Akak sudah terlanjur kata dan terikat pada janji. Pengaruh ayah terpaksa diketepikan. Chek, di hari bapa kali ini, terimalah hadiah bacaan al-fatihah dan seribu shallawat ke atas junjungan besar kita. Mudah-mudahan Chek tenang dan damai di sana.        

Bersama ini diturunkan sepucuk surat dari seorang ayah kepada kesemua anak-anaknya. Beginilah suara hati seorang ayah.

 

Aku tuliskan surat ini atas nama rindu yang besarnya hanya Allah yang tahu.
Nak, menjadi ayah itu indah dan mulia. Besar kecemasanku menanti
kelahiranmu dulu, belum hilang hingga saat ini. Kecemasan yang indah karena
ia didasari sebuah cinta. Sebuah cinta yang telah terasakan bahkan ketika
yang dicintai belum sekalipun kutemui.
Nak, menjadi ayah itu mulia. Bacalah sejarah Nabi-nabi dan Rasul, serta
temukanlah betapa nasehat yang terbaik itu dicatat dari dialog seorang ayah
pada anak-anaknya. Meskipun demikian, ketahuilah nak, menjadi ayah itu
berat dan sulit.
Tapi kuakui, betapa sepanjang masa kehadiranmu disisiku, aku seperti
menemui keberadaanku, makna keberadaanmu, dan makna tugas kebapakanku
terhadapmu. Sepanjang masa keberadaanmu adalah salah satu masa terindah dan
paling aku banggakan di depan siapapun, bahkan dihadapan Tuhan, ketika aku
duduk berduaan berhadapan denganNya, hingga saat usia senja ini.
Nak, saat pertama engkau hadir, kucium dan kupeluk engkau sebagai buah
cintaku dan ibumu. Sebagai bukti bahwa aku dan ibumu tak lagi terpisahkan
oleh apapun jua.
Tapi seiring waktu, ketika engkau suatu kali telah mampu berkata: "TIDAK",
timbul kesadaranku siapa engkau sesungguhnya.
Engkau bukan milikku, atau milik ibumu, nak.
Engkau lahir bukan karena cintaku dan cinta ibumu.
Engkau adalah milik Tuhan. Tak ada hakku menuntut pengabdian darimu. Karena
pengabdianmu semata-mata seharusnya hanya untuk Tuhan.
Nak, sedih, pedih, dan terhempaskan rasanya menyadari siapa sebenarnya aku
dan siapa engkau.
Dan dalam waktu panjang di malam-malam sepi, kusesali kesalahanku itu
sepenuh-penuh airmata dihadapan Tuhan.
Syukurlah, penyesalan itu mencerahkanku. Sejak saat itu nak, satu-satunya
usahaku adalah mendekatkanmu kepada pemilikmu yang sebenarnya. Membuatmu
senantiasa berusaha memenuhi keinginan pemilikmu. Melakukan segala sesuatu
karenaNya, bukan karena aku dan ibumu.
Tugasku bukan membuatmu dikagumi orang lain, tapi agar engkau dikagumi dan
dicintai Tuhan. Inilah usaha terberatku nak, karena artinya aku harus lebih
dulu memberi contoh kepadamu dekat dengan Tuhan. Keinginanku harus lebih
dulu sesuai dengan keinginan Tuhan. Agar perjalananmu mendekatiNya tak lagi
terlalu sulit. Kemudian kitapun memulai perjalanaan itu berdua, tak pernah
engkau kuhindarkan dari kerikil tajam dan lumpur hitam. Aku cuma
menggenggam jemarimu dan merapatkan jiwa kita satu sama lain. Agar dapat
kau rasakan perjalanan rohaniah yang sebenarnya. Saat engkau mengeluh letih
berjalan, kukuatkan engkau karena kita memang tak boleh berhenti, nak.
Berhenti berarti mati, inilah kata-kataku tiap kali memeluk dan menghapus
airmatamu, ketika engkau hampir putus asa.
khirnya nak, kalau nanti, ketika semua manusia dikumpulkan dihadapan
Tuhan, dan kudapati jarakku amat jauh dariNya, aku akan ikhlas, karena
seperti itulah aku di dunia. Tapi kalau boleh aku berharap, aku ingin saat
itu aku melihatmu dekat dengan Tuhan. Aku akan bangga nak, karena itulah
bukti bahwa semua titipan bisa kita kembalikan kepada pemiliknya.
dari ayah yang senantiasa merindukanmu.

Friday, June 18, 2010

Anak Durhaka Kerana Sayangkan Isteri.

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...


-Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar
cerita-cerita
daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu
dengan
anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan
menantunya
akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya
bawa
untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia
lagi
kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang
sombong
dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak
menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti
ibunya sendiri.
Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu
ahli
perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang
membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan
walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.
Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal
kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi
hendak
tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di
rumahnya.
Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.
Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya
itu,
tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si
ibu
juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari
sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.
Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak
senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah
suci
bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak
membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang
memuncung
panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai
ke
Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.
Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan
matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak
mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula
dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.
Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu
lelaki
tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si
ibu
yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati
dan
perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka
melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.
Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan
memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak
tadi
terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.
"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong
sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli,
"rungut
si ibu kepada anaknya.
"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak
inilah,
macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang
macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.
Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat
tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak
dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh
dia
cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.
Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk
di
meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya
masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian.
Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.
Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi
isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak
meminta,
cerewet dan terlalu ambil hati.
"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.
Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah
untuk
emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya.
"Dalam
10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi.
"Alaaah....nak
buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat
juga
pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.
Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam.
Matanya
merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian
mukanya
ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti
permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.
"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya
belikan,"
jawab si anak.
Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak
kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut
saja
apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak
boleh
beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak
belikan
barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."
Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa
disangka
anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.
"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat
apa
nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai
penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami
juga!"
katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah.
Isterinya
pula tersenyum puas.
Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan
emak.
Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun
janganlah
sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan
kecewa.
Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak
minta
itu minta ini!"
Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya
sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa.
Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.
Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau
tau.
Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa
dia
besarkan kau?
"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau,
hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau
buat
emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri
kau
cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingkan."
Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau
Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"
Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh
terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah
"membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada
hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu
tadi
bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang
menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara
itu
si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan
lembik.
Isterinya pula menangis tersedu-sedu.
Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit,
namun
apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala
yang
menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap
enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak
diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan
Allah
dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang
kesilapannya. Ia cuma kebetulan.
Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk
sebilik
dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman
terpaksa
dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih
banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di
mana
anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus
menangis
dan menangis.
Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si
anak
tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk
berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa
wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar
lemah
untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.
Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi
menunaikan
haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak
dan
menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa
seolah-olah
tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.
"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah,
dia
dah terima balasannya,"kata saya.
Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang
gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu
langsung
tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari
raut
wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya
hingga
dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.
Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah
terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya
dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan
bibir bila saya sebut nama mentuanya.
Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke
tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya
terima
memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi
sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.
Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah.
Anak
yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan
kesilapannya.
Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan
memaafkannya.
Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama
lain.
Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia
selepas
menderita sakit selama 10 tahun.
"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI
KEPADA-NYA
DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU
KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA
JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU
BENTAK
MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN
RENDAHKANLAH
TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA
TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH
MEMELIHARAKU
PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."
[Surah al-Israa' 7:23-24.]
Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA
YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH
AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

Wednesday, June 16, 2010

Fakta Unik Mengenai Haiwan.

 

Assalammualaikum!

Jom kita kenali fakta unik mengenai haiwan. Sebenarnya, terdapat banyak lagi fakta unik/anih/pelik mengenai haiwan. Ini sekadar yang biasa dan lumrah saja. Sesiapa ada info, silakan menambah.

 

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam
merenggangkan badannya setiap pagi.
2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.
3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan
bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri
di dalamnya.
4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!
5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!
6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.
7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.
8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.
9) Tiram boleh bertukar jantina.
10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk
ia boleh hidup selama 3-6 bulan.
11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu
hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.
12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi
matanya dikawasan padang pasir.
13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.
14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.
15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran
6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk
masak.
16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan
tumbang ke sebelah kiri.
17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.
18) Rama-rama tidak mempunyai perut.
19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.
20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada
seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!
21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan
hanya 10-20 hari sahaja.
22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat
sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang
bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga
kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada
terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan
mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.
24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80%
hayatnya semata-mata untuk tidur!
25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia
hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak
terkeluar isi perut.
26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya
dan ia diganti setiap tahun.
27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun
28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!
29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.
30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap
embrionya ke dalam tubuh.
31) Buaya pula tidak boleh mengundur.
32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.
33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.
34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1
malam sahaja.

Tuesday, June 15, 2010

Pengalaman Buta Sex.

Cerita Pengalaman Buta Seks
Cerita Pengantin Malam Pertama
Ramli Dalam keheningam malam penuh syahdu, Ramli masuk
kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yang lain - paham-

paham je lah..pengantin
baru!) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung

kaki. "Malu
agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati ramli. Dimatikanya

lampu dan ia pun
berbaring di katil. Dicelah-celah suara kodok menyeru pasangannya,

terdengar suara
isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila

tupai nak datang
merasa ?" "Dah, apa cerita ni ?" tanya ramli dlm hati. Separuh malam

dia terbaring
berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. Sian..

sampai mengigau
? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding. malam

kedua adegan
yang sama cuma dialognya agak berbeza. bisik isteri "Sawah bendang dah

siap dibajak,
bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau

lagi.. aku
mesti cari penawar !" ramli bertekad. Esok harinya, ramli bercerita

pada ayah yang
kebetulan datang untuk bertanya khabar 'pengantin baru'. "Lah.." keluh

ayah ramli,
"
aku hantar belajar sampai Universiti, rupanya buta tentang

seks..Universiti tak ajar
ke benda ni...benda cam ni pun kau tak paham?"
Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo &

juliet...(yang
relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the

birds & the
bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham. Taulah apa nak

buat malam ni!"
Malam yang sangat ditunggu-tunggu ramli pun tiba...adegan sama dikamar

tidur. cuma
kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah.. nape pulak senyap.

takkan dia give
up" tertanya-tanya si ramli. Setelah sekian lama tanpa suara dari

isteri, ramli pun
berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?"

Malam dingin
semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dah disinsing rapi,

boleh pak tani
turun menyemai ?" pun..masih takde jawapan... Ramli mencuba lagi.

"Juruterbang dah
siap sedia...boleh pesawat turun mendarat ?" Sayu sekali jawaban si

isteri dari bawah
selimut, "Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!" Moral cerita:

Pada kaum
lelaki - Kalau nak naik pelamin, Ilmu tentang seks mesti penuh didada.

Pelbagai teknik
di malam pertama Nanti dah rugi diri sendiri..
Menurut kajian terdapat 8 masalah seks di Malaysia:-
1. Kurang atau tiada hubungan intim antara pasangan
2. Pasangan mengelak sentuhan mesra.
3. Ada konflik mengenai nafsu atau keinginan seks.
4. Isu pologami yang menyebabkan isteri dingin.
5. Isu imej diri samada anda atau pasangan anda.
6. Masalah komunikasi
7. Kurang kemahiran berunding,memujuk dan merayu.
8. Kurang kemahiran dalam hubungan seks.

Rindu Ini di Manakah Noktahnya?

Sayangku,
Dalam kesepian malam, kutitipkan bingkisan dari segunung rindu untukmu. Malam ini, kesepiannya menggigit tangkai hatiku. Mengenangkan aku kesunyian di istana cyber yang kita bina.


Rindu Ini di Manakah Noktahnya?

Apabila rindu menyapa hati ini,
Lukisan mimpi kita masih mempesonakan,
ketika dingin menghantar suara hatiku padamu,
Yang melewati puncak akalmu memikir,
Yang membawa pesan ini untukmu,
kau seperti malam,
yang datang tiba-tiba,
ketika aku berjalan,
tanpa sesiapa bersama.

Ketika rasa takut ini datang,
siapa lagi yang bisa membangkitkan keberanian selain engkau?
ketika rasa putus asa ini datang,
siapa lagi yang akan menumbuhkan harapan selain engkau?
ketika angin timur tak menyejukkanku lagi,
ketika pepohonan yang rendang tak lagi memayungiku dari terik siang,
ketika seluruh hidup yang kurasakan adalah penderitaan,
cukupkah sampai di sini keinginan tak akan ada habisnya?
kepuasan tak akan ada hujungnya?
cukupkah sampai di sini pesta kemenangan merayakan kekalahan diri sendiri?

ketika kumenemukan cinta,
cinta itu mulai menanamkan sebuah harapan kehidupan untukku,
ketika ku terhayal untuk bersama denganmu kembali,
merindukan dirimu di sampingku,
walau engkau teramat jauh tak terkejar.
ternyata aku salah...,
betapa telah lama kau tinggalkan kerinduan di hatiku,
betapa sekian lama aku terikat dengan kesedihan ini,
saat aku tertidur,
cinta itu tetap membuat bayangmu berada di seluruh mimpi-mimpi,
Dan semuanya membuatku ingin bertanyaMu lagi tuhan,
kenapakah aku teramat menderita untuk rasa sakit ini?
Rindu ini di manakah noktahnya?
Cinta ini, bilakah ajalnya?

Saturday, June 12, 2010

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

RAHSIA BULAN KELAHIRAN


Januari :: Februari :: Mac :: April :: Mei :: Jun :: Julai ::
Ogos :: September :: Oktober :: Nov :: Disember


# BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH
JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI

berfikiran abstrak
sukakan benda yang realiti dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpersonaliti yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
jgn terlalu moody.

APRIL

sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk )berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu


MEI

kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagiantelinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN

berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.

JULAI

Sangat seronok didamping
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kawal tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS

suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER

sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi panda bercakap
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukansangat sempurna
sangat sensitif ygtidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


OKTOBER

suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandaibercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat


NOVEMBER

banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah, setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik


Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrolosi zaman silam, khususnya dalam masyarakat melayu kuno dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari
yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Rahsia Wanita Mengikut Bulan Kelahiran

Januari

- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Febuari

- boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja tetapi suka bermain cinta

Mac

- ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian.


April

-Tabiat lekas naik darah, pertuturan keras dan kedekut

Mei

-Suka merendah diri,penyabar, suka meminta bantuan orang lain tiada bakat dalm perniagaan, manis pertuturan dan mudah dengan lelaki.

Jun

- banyak ilmu pengetahuan, ringgan tulang, hidup dalam kemewahan, perkahwinan tidak kekal, pernikan lebih sekali.

Julai

-Banyak pancarobahidup dan godaan, banyak perolehi rezeki

Ogos

-bernikah lebih dari sekali,berbakti pada suami, rezekinya pada suami dan rajin berusaha.

Setember

-Murahhati, tabah dalam dugaan serta mempunyai ramai anak

Oktober

-murah rezeki, keras hati dan mudah simpati

November

-rajin, pandai berbicara, mudahmenyeleweng, tidak menafaatkanharta pusaka

Disember

- rajin berusaha, lekas naik darah, kers hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki

Friday, June 11, 2010

Akibat Bakhil.

Akibat Bakhil

Assalammualaikum!
Cerita ini dipetik dari motivasi pagi di TV3 - 19/9/03 - 6.30am Mudah-mudahan membuka hati kita untuk jadi lebih pemurah di dalam kehidupan ini.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya di sorokkan
kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
yang kamu sorokkan ditanganmu?"
Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
ini." Balas gadis tadi.


"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.
"Aku bermimpi berjumpa ibuku didalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan.
Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api
neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip
mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat
diitangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala
kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang
api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima
balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba
yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?


Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku.
Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan
makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat
terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya
kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di
neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan didunia kulihat ibu amat
mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya.


Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah
dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah
pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.


Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.


Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati
tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya
Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak
henti-henti mengalir dipipi.


Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis
tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.

Wednesday, June 9, 2010

Rahsia mata dan pemikiran.

Assalammualaikum!
Pada kali ini cuba kita perhatikan matayang banyak mengganggu dan mungkin menggoda kita. Apakah mata itu sebenarnya bercerita benar?

Rahsia Mata Dan Pemikiran
Maata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:
1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan
jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang,
sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis
atau pakar dalam pelbagai bidang.

2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh
dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang
berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika
dia berpeluang berbuat demikian..

3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas
dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.

4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang
bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau
watak orang kampung dalam filem Hindustan.

5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan
jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan
sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata
jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.

6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh
orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang
pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip.
Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang
Jepun memilikinya.

7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika
tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.

8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini
kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan
dibuat kawan.
# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.

Ayah Tertua Di Britain.

Assalammualaikum!
Adakalanya kita dihidangkan dengan nasihat yang menggalakkan kita
memakan banyak buah-buahan. Masih ingatkah lagi, buah pisang boleh
mendatangkan keceriaan bagaikan monyet-monyet di hutan? Ada ketika
juga kita dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak memakan buah pisang
kerana mngandungi terlalu banyak potasium. Apa-apa pun, setiap sesuatu
sekiranya diambil secara berlebihan, akan medatangkan mudharat kepada
seseorang. Dan sesungguhnya, tiada siapa yang serupa di dunia ini.
Artikel di bawah mengenai keajaiban pisang. Apabila membaca artikel
ini, Akak teringat sebuah novel bertajuk "rainbow On My Shoulder".
Novel itu mengisahkan kehidupan Baba Nyonya di Melaka. Antara adat
resam mereka ialah: meletakkan setandan pisang lebat di bawah katil
pengantin, dengan harapan supaya pengantin akan dikurniakan banyak
anak seperti pisang! So, bagi kawan-kawan yang masih teringinkan anak,
jom kita makan pisang banyak-banyak.

Ayah tertua di Britain

BEKAS pemandu kenderaan berat, Gerry Burks, mencatat nama sebagai ayah tertua di
Britain apabila isterinya, melahirkan anak bongsu mereka, Ryan, 12 Mac lalu.
Burks, 75, berkahwin dengan Dawn, 41, dan kini menetap di Louth, Lincolnshire.
Di sebalik kegembiraannya, Burks mendedahkan rahsia bagaimana dia
mampu mendapatkan
zuriat walaupun berusia lanjut.
Katanya, selain cinta mendalam terhadap Dawn, amalan memakan pisang sejak sekian
lama dipercayai menyumbang kepada peningkatan kesuburannya.
“Terima kasih kepada pisang,” katanya.
Mengakui berasakan dirinya lelaki paling bertuah di dunia, Burks
berkata, menu sehariannya
sentiasa diselitkan dengan pisang.
Sebelum ini pasangan terbabit dikurniakan anak pertama, Daniel, 6,
sebelum Ryan lahir
melalui kaedah Caesarean.
Burks yang baru bersara empat tahun lalu berkata, dia bangga dengan
kehadiran Ryan
dalam rumah tangganya.
Katanya, walaupun berusia lanjut, dia memberi sepenuh tumpuan kepada
Ryan bagi memastikan
anaknya membesar dengan sempurna.
“Dia hanya perlu berbunyi sedikit dan saya pasti ada di sebelahnya
beberapa detik
kemudian,” katanya.
Setakat ini, kata Burks, Ryan tidak banyak kerenah, membolehkan dia
dan Dawn dapat
tidur tanpa banyak gangguan.
Jika Ryan terjaga pun, katanya, Dawn akan menguruskan bayi itu.
“Selalu juga saya bertanya jika ada apa-apa yang boleh saya bantu,
tapi Dawn lebih
selesa melakukannya sendiri,” katanya.
Mengenai usianya yang lanjut, Burks berkata, dia tidak peduli apa
diperkatakan orang
lain. Baginya, yang penting dia tahu menjaga diri sendiri.
“Betul, usia saya 75 tahun, tapi jiwa saya tetap muda. Saya tidak
merokok atau minum
arak, manakala Dawn pula gemar memasak. Hidangan Dawn sentiasa
menjadikan saya cergas,”
katanya.
Sebelum berkahwin dengan Dawn, Burks beristerikan Monica tetapi rumah
tangga mereka
gagal bertahan sehingga bercerai pada pertengahan 1985. Hasil
perkahwinan itu, mereka
dikurniakan tiga anak.
Sejak kegagalan itu, kata Burks, dia berazam memulakan hidup baru.
“Antara yang saya lakukan adalah memakan pisang. Kadangkala dua biji
sehari,” katanya.
Selepas menduda, Burks berpindah ke rumah pangsa di Louth pada 1994.
Di situ, dia
berkenalan dengan Dawn yang menjadi jirannya.
Mereka kekal sebagai kawan biasa selama hampir 10 tahun sebelum Dawn
mengaku mula
menyayangi Burks. Mereka berkahwin pada 2002.
Pada masa sama, dia mengelak memakan garam berlebihan, selain selalu
menolak mengambil
makanan luar.
Barangkali, katanya, pemakanan itu membantunya kekal sihat.
Tidak kurang pentingnya, kata Burks, adalah rasa cinta yang sentiasa
menyala pada
Dawn.
“Saya cuma buat apa yang datang secara semula jadi,” katanya.
Ryan dilahirkan dengan berat badan 2.6 kilogram.
Walaupun menghadapi masalah pernafasan pada peringkat awal, pegawai
perubatan berjaya
merawatnya sehingga stabil sebelum dia dan Dawn dibenarkan pulang.
Ketika di hospital, perbezaan usia menyebabkan doktor pernah tersalah
anggap dengan
menyangka Burks adalah bapa Dawn.
Apabila Daniel lahir, kata Burks, dia kekok dan jarang membantu Dawn.
Sikap itu kini
berubah sama sekali.
“Setiap kali Dawn perlu bantuan, saya akan membantu, misalnya membawa
anjing kami
bersiar-siar ketika pagi bagi membolehkan Dawn menumpu perhatian
kepada Daniel dan
Ryan,” katanya.
Setakat ini, Burks menganggap keluarnya lengkap dengan kehadiran Ryan.
“Saya tak fikir kami akan mendapat anak lagi. Namun, siapa tahu
mungkin keadaan sebaliknya?
Saya akan terus menjaga kesihatan diri,” katanya.
Sebelum Burks, rekod bapa tertua di Britain dipegang Richard Roden,
72, yang dianugerahkan
anak kembar tahun lalu.