Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Wednesday, January 27, 2010

Tukang Urut atau Bomoh Urat?

24 january, 2010

Jam 5.20 pagi:

Adik Ina memberi salam untuk ke sekian kalinya namun tiada response dari dalam rumah. Setakat ini Kak Ai tidak dibenarkan bersuara. Kak Ai mendail handset Adik Halim maka terdengarlah berderai hilai tawa kartun ala pontianak memecah kesunyian pagi. Kak Ai menyesal, namun seisi rumah terjaga, suis lampu dipetik dan terkuaklah daun pintu. Dalam mamai Mek terkejut melihat anak ke duanya terjongol di pagi hari.

"Kapal terbang pukul berapa, Nun?" Mek ingin tahu. "Orang naik baslah, Mek. Kapal terbang mahallah, Mek. Tambang kereta dari Pengkalan Chepa pun dah berapa, minyak dah naik harga." Jelas Kak Ai yang menyedari perjalanan menaiki kenderaan dari lapangan terbang Pengkalan Chepa memakan masa selama hampir dua jam. Mek hanya nampak yang indah saja, semua anaknya akan berkereta besar balik ke kampung dan Kak Ai akan menaiki kapal terbang. Walhal bukan Kak Ai tak pernah menaiki train? Hanya 3 kali saja Kak Ai balik ke kampong menaiki kapal terbang. Itupun, ketika tambang MAS KL – Kelantan Cuma 57 ringgit. Sejak dari itu, Mek akan sentiasa membayangkan Kak Ai terbang ke kampong.

Adik Ina memimpin Kak Ai ke sebuah tilam yang terhampar di serambi rumah. Kak Ai melutut dan mencari tangan Chek lalu menciumnya. Tangan Chek sedikit kaku tapi hangat. Syukurlah! Ini menandakan darah Chek berjalan normal.

“Assalammualaikum, Chek. Ini Nun. Orang balik nak tengok Chek.” Kak Ai menangis sebak. Beberapa titik mutiara membasahi tangan Chek. Chek menggeliat dan berbunyi sedikit ganjil dari kerongkongannya.

“Anak tino Chek balik?? Anak tino Chek balik? Allahu akbar. Allahu akbar.” Chek bersuara serak dan berusaha untuk bangun. Adik Ina menyendalkan bantal golek dibelakang Chek.

“Tak dan tunggu karangkah nak kacau Chek mu? Chek Mu nak berehat. Tak pasal-pasal, Chek mu jerik.” Rungut Mek. Tiada siapa mempedulikan Mek.

“Chek, Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam! Ikut orang baca, Chek.” Kak Ai menangis dan merayu sepenuh hati. Adik Ina mencuit Kak Ai. Apakah makna cuitan Adik Ina, Kak Ai tak peduli. Kak Ai benar-benar ingin Chek mengulangi zikirnya.

“Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam! Chek ikut orang kata. Siup dekat tangan, raut dekat dada.” Kak Ai mencari tangan Chek yang sebelah lagi lalu menyusun seperti sepatutnya. Tiada bunyi dari Chek. Adik Ina membisikkan sesuatu ke telinga Kak Ai. Kak Ai buat tak endah.

“Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam! Ikut orang kata, Chek. Ni zikir Asmaul-husna untuk orang sakit. Nan ti orang ajar Chek shallawat Shifa’. Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam! Ikut orang kata, Chek!” Kak Ai masih menangis, tapi suaranya semakin keras.

“Sudahlah! Chek mu tu berjerik. Tak usah kosek dia!” Mek membebel lagi. Rupanya itulah makna cuitan dan bisikan Adik Ina. Chek sebenarnya sedang menangis. Kak Ai tak tahu kerana tiada bunyi. Sangkanya lidah Chek kelu kerana dosa. Astaghfirullahu adzim! Mengapakah Kak Ai berfikir seburuk itu? Dari balaisah bersebelahan, azan subuh bergema memecah kedamaian pagi. Seisi rumah membisu memberi penghormatan kepada laungan azan.

“Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam!” Kak Ai masih mencuba.

“Ya Allah, Ya Salam! Ya Allah, Ya Salam!” Chek mengulangi lancar. Ayat-ayat itu bukannya asing baginya, Cuma mungkin terlupa. Chek mengulangi zikir itu beberapa kali sehingga Adik Halim datang bersama sebotol air dan sebiji besen kosong. Adik Halim menolong Chek mengangkat wuduk dengan ditadahi besen kosong. Sesungguhnya tiada Anak Adam yang telah mengucap dua kalimat syahadat terkecuali dari mendirikan solat, dan begitu juga dengan Chek, mendirikan solat semampunya. Chek sollat dalam keadaan duduk berlunjur separuh terlentang.

Jam 6.00 pagi:

Kak Ai berjuntai kaki di tubir tangga dapur, menemani Adik Ina menggoreng beehoon untuk sarapan seisi rumah. Hari Ahad adalah hari persekolahan untuk negeri Kelantan. Sarapan mestilah disediakan awal. Adik Ina berkerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah restoran di Pantai Irama, Bachuk. Masakannya boleh tahan juga! Sewaktu majlis perkahwinan Adik Noor pada 19 Disember yang lalu, Adik Ina bersama crew yang telah menyediakan lauk-pauk makan beradab pengantin. Saudara-mara sebelah pengantin lelaki tidak putus-putus memuji kepandaian Adik Ina memasak dan menghias makanan. Ada yang teringin menjadikannya menantu, tapi Adik Ina sudah pun mempunyai 3 orang anak.

“Anak-anak saudara dari Johore, semuanya adakah?” Tanya Kak Ai yang menyedari kewujudan Zaini dan Zarawi dalam rumah.

“Anak-anak kami, bini kami semua dah bawa balik naik kereta! Kami semua kena balik Johore naik bas.” Jawab Adik Awi yang baru keluar dari bilik air dan kebetulan terdengar soalan Kak Ai. Alhamdulilah! Rupa-rupanya, Chek kini ditemani oleh hamper kesemua orang anaknya!

“Chek lagu mana, la ni?” Kak Ai benar-benar ingin tahu perkembangan Chek.

“Chek mu dah segar, tapi malas.” Sampuk Mek, entah dari arah mana. Jawapan Mek membuat Kak Ai tersentak. Kalaulah yang bersuara itu, Adik Ijah atau Adik Noor, tentu Kak Ai sudah merobekkan mulutnya! Laporan pertama yang Kak Ai dengar mengenai Chek ialah: “Kaki, tangan Chek yang sebelah kiri pusing-pusing nak jatuh. Ina tolong Chek pergi bilik air. Balik dari bilik air, Chek tidur dan tak bangun-bangun.”

Laporan seterusnya pula ialah: “Chek macam baby. Pandang orang tak ada makna. Bergerak pun macam baby. Angkat tangan jatuh-jatuh. Tendang kaki jatuh-jatuh. Terbaring saja. Tak boleh makan, tak boleh bercakap.”

Laporan lain pula menceritakan tentang apa yang mereka lakukan: Mereka membaca surah yassin beramai-ramai untuk beberapa kali. Mereka juga telah menjemput seorang Bomoh Urat datang ke rumah untuk merawat Chek. Bomoh Urat ini telah direkomenkan oleh salah seorang waiter, di restoran Adik Ina berkerja. Bomoh Urat itu kononnya tersangat handal. Banyak orang gila, stroke yang telah dipulihkannya. Dia juga dilaporkan pernah berjaya memulihkan penglihatan tukang kebun sekolah seberang yang cedera kerana kemalangan. Syaratnya, masalah pesakit itu bukannya dari sejak lahir. Hebat sungguh cerita Bomoh Urat itu! Tapi tiada dari kami yang mengenalinya, kerana dia tinggal di daerah lain. Apakah perkembangan yang telah dilakukan terhadap Chek? Itulah yang ingin Kak Ai tahu. Benarkah apa yang dikatakan Mek sebentar tadi? Kak Ai kurang berminat apabila Mek masuk campur dalam perbualannya bersama Adik Ina. Kak Ai meminta diri untuk menanggar “Bilik sakit” yang telah disediakan untuknya. “Bilik sakit” itu ditempatkan di anjung dapur dan berdekatan dengan bilik air. Kesemua orang sakit termasuk ibu berpantang dimestikan tinggal di dalam bilik itu. Tapi Chek tidak pula. Alasannya ialah kerana Chek perlu dirawat dan banyak pelawat.

Jam 8.00 lebih pagi:

“hai! Berapa kali Chek mu nak tukar baju? Sekali makan, sekali muntah. Sekali minum, sekali muntah. Sekali makan ubat, sekali muntah. Lap sajalah baju dia!” Marah Mek entah kepada siapa. Kak Ai sedang kehairanan menemui 3 tong besar penuh berisi bungkusan gula yang disorok di dalam “Bilik Sakit”. Entah berapa puluh kilo agaknya. Memang orang Kelantan kuat minum gula. Kononnya, gula itu adalah lebihan kenduri kahwin yang lalu.

“Mana boleh lap saja. Dada Chek tak boleh lembab. Sebab itu Chek kena salin baju!” Jawab Adik Halim.

“Yalah, aku yang basuh baju.” Tingkah Mek. Mek dan Adik Halim mempunyai hujah dan alasan tersendiri.

Jam 9.00 lebih pagi:

Kak Ai tiba-tiba terjaga dari tidur dan cuba mengamati bunyi asing yang mengejutkannya. Gelegar rumah sedikit berkocak. Di selang-seli dengan bunyi tikar getah disepak. Kanak-kanak riang tiada yang bergeger di joker rumah, kerana semuanya sudah ke sekolah. kambing tiada yang mengembek, kerana kesemuanya telah diheret ke padang setelah hujan berhenti. Kak Ai memasang telinga kerana bunyi itu menghampiri “Bilik sakit”. Kak Ai bingkas bangun dan membuka pintu “Bilik Sakit”.

“Chek? Chek?” Katanya teragak-agak.

“Chek nak minum air.” Kak Ai terkejut mendengarkan suara Chek betul-betul di sebelahnya. Kak Ai ketakutan lalu mengambil surah yassin dari beg pakaiannya. Kak Ai mengambilkan air masak lalu memimpin Chek ke tilam di serambi rumah. Chek minum sambil berdiri dan memberikan gelas tiga suku kosong kepada Kak Ai. Kemudian baru Chek duduk berderap bunyinya. Benarkah Chek yang bangun itu? Chek dilaporkan tak bermaya semalam. Itulah sebabnya, Kak Ai sanggup menangguh masa untuk bertemu Chek. Tapi, Chek bersuara lancer Cuma tidak sekuat dulu. Chek boleh bangun dan berjalan.Kak Ai mengangkat wuduk lalu memegang tangan Chek. Tangan Chek hangat berdarah mamalia. Kak Ai membaca Ayatul Qursi sebanyak 3 kali, dan meneruskan membaca surah yassin sebanyak 3 kali juga. Kak Ai memang tidak percaya kepada bomoh khuraffat. Setelah 3 kali Surah Yassin dibacakan, Chek terlena dengan tenang. Ya Allah! Sekiranya tadi ialah hantu raya yang menumpang batang tubuh Chek aku, aku memohon agar kau menghapuskannya. Chek terus berdengkur tenang.

“Kak.” Halim menegur dari muka pintu.

“Halim! Chek bangun tadi pergi ambil air.” Kak Ai bercerita.

“Chek memang boleh bangun. Lebih banyak dia tidur, lebih banyak tenaga yang akan dia perolehi.” Halim bercerita.

“Tapi Chek berjalan keras. Orang kena tolong dia bangun. Orang juga kena tolong dia duduk.” Kak Ai termenung. Chek tadi bangun bersendirian dengan bersusah-payah. Chek juga duduk tanpa pertolongan. Tentu ponggong Chek terhempas tadi.

Selepas Zohor:

Rumah dipenuhi dengan teamu berupa jiran tetangga dan saudara-mara yang ingin melihat perkembangan Chek. Atau mungkin ingin melihat kehebatan Bomoh Urat.

25 Januari, 2010:

Jam 10.00 pagi:

“Kak! Siap! Bomoh nak dating tengok akak sekarang.” SMS dari Adik Ina. Tanpa berlengah, Kak Ai mandi. Sepanjang pagi, hari hujan lebat. Bunyi detap-detup di atas atap zinc sungguh menggerunkan.

“Mari nak tengok kaki.” Pinta Bomoh Urat. Adik Halim menyinsing kain Kak Ai. Chek berbaring di tilamnya, tidak jauh dari kami.

“Duduk.” Perintah Bomoh Urat. Dia memberi arahan agar adik Halim membetulkan duduk Kak Ai mengadap qiblat.

“Kaki awak bukan saja sembab. Urat-urat semuanya tegang. Sebab itu keras.” Kak Ai menunjukkan kakinya yang tiba-tiba extra gemuk dan sering kesejukan kepada Adik Ina, semalam. Adik Ina tergelak kerana kaki Kak Ai keras macam pasu. Dari situlah, Kak Ai meminta Adik Ina menetapkan appointment bersama Bomoh Urat yang handal tu.

“Kenapa jadi macam tu? Sebab gemukkah atau kurang senaman, Pak Haji?” Kak Ai benar-benar ingin tahu. Adik Halim dating membawa kain yang dipinta.

“Bukan sebab gemuk. Awak tak jaga kaki masa berpantang. Awak tak panaskan kaki masa berpantang. Sekarang pun awak kurang pakai stokin, kan?” Terang Bomoh Urat diakhiri dengan soalan yang tidak perlu dijawab. Menitik air mata, Kak Ai terkenangkan pergaduhannya dengan Merak beberapa tahun yang lalu. Merak memerintahkan Kak Ai memakai stokin kerana kaki adalah sebahagian dari ‘aurat’ yang wajib ditutup. Kak Ai berdegil hingga ke hari ini. Rupanya perintah Tuhan ada hikmahnya. Kak Ai insaf dan berazam untuk meminta ampun dari tuhan dan suami.

Pak Haji membaca ‘bismillah’ dan beberapa jenis shallawat dan salah satu ialah Shalawat Shifa’.

“Adooi!” Kak Ai melarikan kaki kerana kesakitan. Genggaman Bomoh Urat tidaklah begitu kuat. Tapi betis Kak Ai sakit tidak terhingga. Bomoh Urat menggenggam betis Kak ai beralaskan kain.

“Tak bergerak langsung, kan?” Pak Haji bertanya Halim. Halim bersetuju. Pak Haji menangkap jari hantu kaki dan cuba memicit seperti teknik refleksologi.

“Sakit sampai ke mana?” Tanya Pak Haji sambil terus memicit lorong di antara jari hantu dan telunjuk.

“Sampai paha.” Kak Ai menjawab jujur.

“Yang sebelah sini pula?” Pak Haji memicit jari di kaki yang sebelah lagi.

“Paha juga.” Jawab Kak Ai jujur. Pada masa ini, Chek sudah menginsut menghampiri anaknya, Kak Ai.

“Nasib baik tak sampai ke atas. Baru menyerang bahagian bawah. Kalau tak jaga boleh naik ke atas. Ayah kamu sampai ke dada. Sebab itu kena stroke!” Chek berbunyi sesuatu menyetujui kata-kata Pak Haji. Maha Suci Allah! Aku akan dapat stroke dalam usia yang muda? Ya Allah! La haula walaa quwata illa bilaah! Tiada yang lebih berupaya melainkan engkau, Maha Suci Allah! Tanpa segan-silu, Kak Ai menangis. Semua yang hadir menyangka Kak Ai menangis kesakitan akibat urutan urat bertongkol yang kuat. Memang sakit. Tetapi Kak Ai menangis takut terkena stroke!

“Tahan, Nun. Tahan, Nun. Chek sampai terkencing.” Chek menyambut belakang Kak Ai yang hamper terlentang menahan kesakitan. Halim membetulkan duduk Kak Ai dengan mengambil bantal golek Chek.

“Tengok! Kan dah boleh pusing?” Pak Haji menyingkap kain Kak Ai dan menyuruh Halim memegang betis kiri Kak Ai. Chek, Halim dan KakAi bersetuju. Bomoh Urat berpindah ke kaki kanan pula. Kak Ai tidak dapat menahan kesakitan. Kesakitan betis kaki digentel dan keperitan kain licin tajam baju Kak Ai.

“Pak Haji, pakailah, minyak.” Kak Ai mengingatkan. Manalah tahu, Pak Haji terlupa!

“kali pertama, saya tak pakai minyak. Lepas tu, baru saya pakai minyak. Ayah kamu tu, saya tak pakai minyak. Esok baru saya datang pakai minyak untuk dia.” Bomoh Urat menunjukkan Minyak Belut yang diproses di Tumpat Kelantan, dari beg kerjanya. Halim membacakan tulisan minyak belut dengan kuat untuk pengetahuan KakAi. Bomoh Urat juga turut menjual air kemunting cina dan melanda pahit yang dibuat di Teluk Emas, Melaka. Sekali lagi Halim membacakan khasiat air itu pula. Air itu berharga 20 ringgit. Kak Ai membeli 2 botol, 1 untuk Merak, kerana bolehmengubati gastric. Halim telah membelikan Chek 2 botol pada hari sebelumnya.

“Tak apalah, Pak Haji. Setakat ni, sajalah. Hamba tak tahan.” Pinta Kak Ai.

“Belum bertemu lagi, ni. Sekurang-kurangnya kamu kena 3 kali berselang-seli.” Terang Pak Haji Bomoh Urat.

“Tak apalah, Pak Haji. Nanti hamba balik sekali lagi dengan planning betul-betul.” Kak Ai meminta Halim mengambilkan beg duitnya.

“Ini banyak sangat. Hamba tak cukup duit balik. Ini rumah pertama. Upah urut 20 ringgit. Air 2 botol tambah 40 ringgit. Ada cucur 40 ringgit.” Terang Pak Haji menghulurkan not 100 ringgit kepada Kak Ai.

“Yang lebih hamba sedekah. Tolong doakan hamba tak kena stroke waktu muda. Terimakasih kerana rawat ayah hamba. Kami adik-beradik akan tinggalkan upah untuk Pak Haji. Maaf! Selama ini hamba bersangka buruk kepada bomoh.” Kak Ai ikhlas. Chek dan Halim tidak pun membantah.

Jam 9.00 malam:

Chek menonton komidi P. Ramlee di TV 2 dan ketawa berdekah-dekah. Semua yang menziarah menyetujui bahawa Chek semakin sihat.

26 Januari 2010:

Jam 6.00 petang:

Bomoh Urat datang lagi dan mengurut urat saraf Chek untuk kali ke dua. Kalau ikutkan jadual, Kak Ai pun mahu berurut juga, tetapi masa teramat suntuk. Bomoh Urat tidak dapat datang lebih awal kerana hujan sepanjang hari.

Jam 9.00 malam:

Kak Ai menaiki bas 2 tingkat untuk kembali ke KL. Pada Zaki dan Adik Ina Kak ai berpesan, agar Chek tetap dibawa ke hospital walaupun symptom stroke nya telah habis.

Saturday, January 23, 2010

Balik Kampung.

23 Januari, 2010

Jam 01.30 tengah hari:

"Chek sakit kuat. Kaki tangan tak stabil, mungkin stroke. Tadi Chek nak

jatuh. Nasib baik Ina sambut. Mek tak dan nak sambut." Innalillahi

waainna ilaihirajiun! Chek sakit kuat! Chek stroke! Begitulah bunyi SMS

Adik Ina yang dikirimkan pada jam 2.18 pagi tadi. Kak Ai sebenarnya

sedar ketika SMS diterima pagi tadi, tapi terlalu malas untuk

menghiraukannya. Tabiat baru Kak Ai di tahun baru 2010 ialah kurang

mempedulikan handphone. Mentang-mentanglah tiada panggilan atau SMS

dari yang tersayang. Urusan yang lain semuanya 'tak penting'. Mentelah

lagi SMS Kak Ai tersangat sibuk sejak menceburi "mylife.smartms.net."

Bunyi handphone macam tak didengari oleh Kak ai lagi. Tapi SMS dari

Adik Ina, di Kelantan benar-benar mencemaskan dan membuat Kak Ai rasa

resah gelisah. Adik Ina adalah anak ke-8 dari 10 orang adik beradik.

Walaupun usianya belum lagi mencecah 30 tahun, Adik Ina telah pun

mempunyai 3 orang anak. Oleh kerana abang dan kakaknya banyak berhijrah

ke luar Kelantan, Adik Inalah yang menjaga "Mek" dan "Chek" di kampung,

walaupun tidak tinggal serumah. Bagi kami, Adik Ina adalah sumber

rujukan berita. "chek" adalah panggilan untuk ayah, dan "mek" adalah

panggilan untuk ibu, dalam family  Kak Ai.

tanpa disedari Kak Ai terus mendail nombor handset Adik Ina. Sekali! 2

kali! 3 kali! 4 kali! Berdering panjang tiada jawapan. Dengan berat

hati, Kak Ai mendail nombor suaminya, Rosli. Sebenarnya, KakAi tidak

pernah bercakap dengan Rosli, tapi dalam hal kecemasan, Kak Ai tiada

alternatif. Nombor Rosli disambungkan ke voicemail. Kak Ai berastighfar

beberapa kali menenangkan fikiran. Kali ini handset Adik Zaki mejadi

mangsa, tapi sayang, handsetnya off! Berderau juga rasa darah!

Beginilah rasanya orang yang fras menghubungi seseorang. Kak Ai insaf

mengenangkan dirinya yang suka menutupkan talian. Kak Ai cuba

mengingati nombor telefon Abang asri, lalu mencuba. Perasaan menyesal

kerana tidak mempedulikan SMS pagi tadi menyelubungi hati. Kak Ai

terlebih kesal, kerana tidak lagi memeriksa telefon di setiap pagi.

Apakah anggapan family terhadap Kak Ai yang lambat response kepada SMS

Adik Ina? Tidak cukup seriuskah apa yang diwartakan olehnya? Kak Ai

dapat bayangkan wajah dan perasaan Mek yang sugul dan berkecil hati

dengan Kak Ai. Oh tuhan! Ampunilah aku! Lindungilah keluargaku di bawah

rahmatmu!        

"Asri!" Handset Abang Asri bersuara. Kak Ai tergamam dengan jawapan

Abang Asri terlalu oficial. Oh ya! Kak Ai baru perasan. Abang Asri

tidak mungkin mengetahui bahawa dia sedang menerima panggilan dari

adiknya, Kak Ai. Selalunya Kak Ai menghubungi famili dengan nombor yang

satu lagi. Untuk nombor yang ini, hanya Adik Ina, Adik Noor dan Adik

Ijah saja yang tahu kerana mereka adalah rakan 15pax Kak Ai. Dalam

kekalutan, Kak Ai telah tersilap mendail handset Abang Asri yang tidak

termasuk di dalam senarai rakan 15pax.

"hello!" Handset Abang Asri bersuara lagi sekaligus mengembalikan Kak

Ai ke dunia nyata. Kak Ai segra menjawab, kerana menyedari panggilannya

itu mahal harganya.

"Abang!" Kak Ai kehilangan punca untuk berkata. skrip yang ada di dalam

mindanya ialah untuk Adik Ina.

"assalammualaikum! Betulkah Chek kena stroke?" Kak Ai separuh menangis.

"What! Pardon?" Abang Asri benar-benar terkejut, maka terkeluarlah

bahasa inggerisnya yang berbau budu. Mungkin untuk matching dengan

jawatannya, Abang Asri suka berbahasa inggeris walaupun berperisa budu.

Dalam kedhaifan hidup, Chek sempat juga menghantar Abang Asri ke

sekolah inggeris, mujurlah pengorbanan Chek tidak sia-sia. Abang Asri

adalah anak kebanggaan!

"Tengah conduct training di Penang. Sudah beberapa hari di sini." Jelas

Abang Asri. No wonderlah dia tidak tahu-menahu tentang Chek.           

"Abang balik naik flight pertama, esok." Janji Abang Asri dengan penuh

tanggungjawab tanpa menyiasat kesahihan berita yang dibawa oleh Kak Ai.

Tanpa berputus asa, Kak Ai menghubungi Adik Ina untuk ke sekian

kalinya.

"Kak! Bila nak balik?" Adik Ina menjerit di dalam berbisik.
"Balik, Kak. Kita baca Yasin, ramai-ramai. Abang Zaki baru sampai dari

sempadan Perak. Halim, mungkin petang ni, sampailah." Adik Ina

bercerita. Suasana bacaan Yasin sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin

Adik Ina berpindah lokasi.

"Kenapa tak dihantar ke hospital?" Tanya Kak Ai, agak kecewa.
"Chek tak nak. Dia suruh semua orang baca Yasin, lepas tu, berurut

secara tradisional. Dia makan ubat doktor."
"Sudah lamakah Chek sakit?" Nampak benar Kak Ai tidak tahu menahu

tentang berita familynya. Kali terakhir Kak Ai bertemu Chek ialah pada

4 Januari yang lalu, hari perkahwinan Adik Noor di FLDA Jelai Negeri

Sembilan. Kak Ai ke sana dari KL bersendirian. Zarawi dan Zaini

berkereta dengan family masing-masing dari Johore Baru terus ke rumah

Adik Zul yang tinggal di Senawang, Negeri sembilan. Dari Senawang, kami

konvoi ke Jelai.  Chek, mengepalai rombongan sebuah bas telah ke sana.

Tuan rumah telah menyewakan 2 buah rumah untuk rombongan pengantin dari

Kelantan. Apabila Chek mendengar berita akan ketibaan Kak Ai, Chek

bergegas ke rumah kaum wanita. Chek menemui Kak Ai yang sedang

disolekkan oleh Adik Ina. Kak Ai dapat rasakan tubuh Chek menggigil

ketika memeluk Kak Ai. Kerana terharu, Kak Ai langsung tidak terlintas

kemungkinan Chek tidak sihat.

"Chek. Abang kirim salam. Dia minta maaf tak dapat datang. Dia tak

sihat. Tak boleh berjalan jauh. Tak boleh makan sembarangan." Mudah-

mudahan penjelasan Kak Ai itu membuat Chek mengerti mengapa kami tidak

balik ke Kelantan menghadiri majlis perkahwinan Adik Noor pada 19

Disember yang lalu. Merak adalah salah satu sebab, dan Kak Ai juga

mempunyai sebab yang lain. Kak Ai telah diamanahkan untuk menjaga Mawi,

kucing Adik Noor di Bangsar. Yalah, Adik Noor kan bercuti seminggu!

"Suami kau sakit apa?" Tanya Chek. Kali terakhir kami bertemu Chek

sebelum ini ialah kira-kira 3 tahun yang lalu, ketika Chek menghantar

Adik Ijah ke kolej. Chek sempat juga bermalam beberapa hari di rumah

kami.

"Abang sakit darah tinggi, kencing manis dan sekarang ada penyakit

baru, gastric. Itulah yang tak boleh makan sembarangan." Jelas Kak Ai.

"Chek tahu. Suami kamu bukannya muda, cuma muda sikit dari Chek. Umur

macam tu memang tak sihat. Kasihan anak Chek."

"tapi, Chek sihat saja. Orang kampung banyak udara bersih." Kak Ai

membuat andaian sendiri.

"Chek sihat sebab anak-anak Chek. Chek sihat jumpa kamu. Chek sihat

tengok Adik Noor kahwin, macam dalam TV! Chek sebenarnya nak semua anak

perempuan Chek kahwin macam tu. Ini kamu semua kahwin dengan orang

bukan-bukan. Ina kahwin dengan budak sekolah lepas SPM! Kau kahwin

dengan suami orang!" Aduh! Itukah suara hati Chek yang sebenar? Chek

menangis, mungkin terkenang nasib anak-anaknya. Kak Ai terkenangkan

majlis perkahwinannya di hari raya aidil fitri, 14 tahun yang lalu.

"Chek dah sakit lama. Masa kenduri Noor, pun, Chek dah sakit. Tapi Chek

kuat semangat. Tapi, yang tubuh dia macam mati sebelah, baru pagi

tadi!" Adik Ina menangis.

Menyampaikan berita Chek kepada Merak, tidaklah susah. Namun untuk

meminta kebenaran balik ke kampung, itu adalah masalah yang besar bagi

Kak Ai. Kak Ai buntu apakah bentuk skrip yang patut dipersembahkan. Kak

Ai tidak mahu Merak melenting, nanti darah tingginya naik!

"Ai dah lama tak balik, Bang. Kali ni, Ai mesti balik. Chek sakit

teruk." Cerita Kak Ai.

"Hari tu kenduri awak kata orang tua tu sihat? Macam mana pula boleh

sakit teruk?" Merak ragu. Maka Kak Ai menyerahkan handsetnya kepada

Merak.

"Ai balik tak lama, Bang. 2 hari saja. Sebelum balik, Ai janji, Ai

siapkan makanan Abang, makanan kucing." Pujuk Kak Ai. Dalam keterpaksaan, Merak memberi kebenaran.

Tanpa melengahkan masa, Kak Ai merebus sekilo ikan tongkol untuk Kiting dan Bolong. Termenung juga memikirkan apakah jenis makanan yang patut ditinggalkan untuk Merak. Kak Ai menguli roti labu. Jarang sekali orang membuat roti dari labu. Labu adalah makanan berkhasiat, ini telah dibuktikan oleh ayat alquran Surah Al-anbiak yang menceritakan tentang Nabi Yunus yang lumpuh dari perut Ikan Nun, telah memakan buah labu untuk mengembalikan keupayaan tubuhnya. Sementara menanti adunan roti kembang, Kak Ai memasak kari ayam, kari ikan dan masak lemak sardin. Apabila makanan itu sejuk, Kak Ai akan menyendukkannya ke dalam bekas-bekas kecil untuk disimpan di dalam freezer. Langkah seterusnya, sedikit berat. Kak Ai dimestikan menunjuk-ajar Merak cara mengendalikan microwave!

Selepas Asar, barulah Kak Ai sedikit lega dengan melayari Skype. Tiba-tiba Kak Ai terperasan Madi. Kampung Madi tidak berapa jauh dari kampung Kak Ai. Setelah chatting beberapa soalan dengan Madi, Kak Ai mula menelefon KTMB. Kak Ai bercadang untuk balik ke Kelantan dengan menaiki train, agar mudah ke tandas. Kata Madi, train bertolak pada 8.30 malam dari KL Sentral dan dijadualkan sampai ke Kelantan pada jam 9.00 pagi keesokkan harinya! Walaupun KTMB memberikan tambangdiskaun sebanyak 50 peratus untuk OKU, namun perbelanjaan dari stesen keretapi ke rumah tersangat mahal. Adik Noor mencadangkan agar Kak Ai menaiki bas direct ke Bachok, jam 12.00 malam dan dijadualkan sampai pada pukul 8.30 pagi. Kak Ai menelefon Mutiara Express dan diberitahu perjalanan jam 12.00 malam telah ditamatkan. Kak Ai dicadangkan untuk mengambil bas yang bertolak pada jam 9.30 malam. Kak Ai bersetuju. Pada hari ini barulah Kak Ai tahu bahawa Syarikat bas hanya memberi tambang diskaun sebanyak 25 peratus, bukannya 50 peratus untuk perjalanan jauh.

Merak sedikit emosi. Kak Ai faham, bukan senang untuk Merak menghadapi hari-hari tanpa Kak Ai. Kak Ai mendekatinya untuk mengulangkaji perihal sollat jamak dan qasar dalam perjalanan. Dia sedikit terhibur. Itulah Merak, suamiku, imamku, yang akan memimpinku ke syurga kelak.

Untuk mempelajari soal sembahyang jamak dan qasar sila layari :"www.hafizfirdaus.com/ebook/Jamak-dan-Qasar/tajuk2.htm"

Friday, January 22, 2010

Seorang Penjaja Buta

Sajak: Seorang Penjaja Buta
Oleh:
Noor Izzati Binti Saifuddin, Kuala Lumpur.


Seorang penjaja buta
masih lagi menjaja
sedang kini sudah tua
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada penjaja sekelilingnya
sudah berubah arah
ada penjaja sekelilingnya
sudah menjadi kaya raya
tidak kurang pula
bergelar seorang doktor.

Seorang penjaja buta
masih di situ
masih menjual barang lama
masih berada tempat yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggenggam
pengorbanan yang ditanggungnya.

Seorang penjaja buta
dia masih di situ
berdiri sebagai penjaja
mengorbankan segalanya
dialah penjaja berjasa!!

Tuesday, January 19, 2010

Norimah Ahmad, Usahawan Wanita SBM Yang Berjaya

Norimah Ahmad, Usahawan Wanita SBM Yang Berjaya
Oleh Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh

Dipetik dari: Majalah SBM: Januari-april 2005

Menjadi seorang isteri, ibu dan mempunyai kerjaya, adalah satu lumrah kehidupan dalam mengejar keperluan penghidupan hari ini. Segala penat lelah tidak begitu dirasakan apabila ada suami tempat bergantung. Tak kurang juga ramai wanita yang menjadi ibu, dan pada masa yang sama mengambil alih tugas seorang bapa. Terpaksa bekerja keras demi untuk meneruskan penghadapan dan menyara keluarga. Lebih malang lagi kiranya ibu itu adalah seorang OKU penglihatan. Inilah realiti yang terpaksa dilalui oleh Norimah Ahmad dalam membesarkan dua orang anaknya.
Berkat usaha gigih, kesabaran dan semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Norimah Ahmad, seorang yang berpenglihatan terhad, beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dalam perniagaannya menyediakan perkhidmatan urut dan refleksologi. Kini corak penghidupannya jauh berbeza dengan suatu masa dahulu.
Kekurangan diri bukan penyebab kepada wanita ini menyisihkan diri untuk mengejar kemajuan dan kejayaan setanding dengan orang normal yang lain. Biarpun cacat penglihatan, Norimah Ahmad, pemilik Pusat Rawatan Nuri Refleksologi tidak pernah menganggapnya sebagai satu alasan untuk berpeluk tubuh atau mengharapkan belas ihsan daripada orang lain.
Norimah, sebelum ini adalah merupakan seorang tenaga pengajar dalam bidang urut tradisional untuk wanita dan mengajar pelatih-pelatih cacat penglihatan di Pusat Latihan Gurney, Brickfields, Kuala Lumpur. Hasil usahanya, ramai golongan cacat penglihatan telah menjadikan bidang ini sebagai kerjaya tetap golongan ini.
Norimah terus mempertingkatkan pengetahuannya dalam bidang urut samada secara persendirian iaitu melalui bacaan dan tidak melepaskan peluang untuk mempelajarinya dari sesiapa sahaja yang lebih berkemahiran daripadanya. Selain berkemahiran dalam bidang urut, Norimah juga adalah merupakan seorang guru kraf tangan yang sebelum ini pernah bertugas di Taman Harapan, Temerloh Pahang, mengajar pelatih-pelatih membuat anyaman, khususnya anyaman rotan.
Walaupun telah mempunyai pekerjaan tetap sebagai instraktor dan telah bekerja hampir 10 tahun, namun penghidupannya tidak banyak berubah malah beban tanggungan makin bertambah. Anak-anak makin membesar dan berbagai keperluan persekolahan yang diperlukan. Keperitan makin dirasai apabila salah seorang daripada anaknya terpaksa berjauhan dan tinggal di asrama, di Johor Baru.
Bagi memenuhi keperluan ini Norimah nekad untuk mencari pendapatan sampingan dengan membuat perkhidmatan refleksologi di salun-salun kecantikan dan kelab-kelab sukan di ibu kota malah sanggup datang ke rumah bagi memenuhi permintaan mereka yang mengundangnya.
Apabila pendapatan daripada memberi perkhidmatan refleksologi di salun-salun dan kelab sukan melebihi daripada gaji setiap bulanan yang diterima daripada kerja tetapnya, mula timbul hasrat dalam diri Norimah untuk membuka perniagaannya sendiri. Bagi merealisasikan hasratnya itu, Norimah telah bercuti tanpa gaji selama enam bulan bagi mengikuti berbagai kursus persediaan keusahawanan. Norimah nekad untuk berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian membuka perniagaannya sendiri. Pada Januari 1995, menamatkan perkhidmatannya dan membuka perniagaannya sendiri, bertempat di Medan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Kini usia perniagaannya telah mencecah usia 10 tahun dan semakin maju dari setahun ke setahun sehingga berkemampuan untuk menggaji seramai 7 orang pekerja cacat penglihatan bagi memenuhi keperluan dan permintaan pelanggannya. Norimah turut mengambil peluang untuk mendalami pengetahuannya sehingga sanggup merantau ke negara China dan Jepun bagi memantapkan seni urutannya.
Pernah suatu ketika, Norimah melebarkan perniagaannya dengan membuka beberapa rangkaian Pusat Urut Nuri iaitu di Plaza Warisan, di Pandan Jaya dan di Kg. Baru. Sambutannya juga menggalakkan namun akhirnya terpaksa ditutup disebabkan kurang kemampuan dari aspek pengurusan dan diluar jangkauan. Norimah bangga kerana perkhidmatannya diterima baik. Setelah lebih 20 tahun berkecimpung di bidang ini, Norimah kini boleh dianggap pakar dalam kerjayanya. Beliau sering dijemput sebagai tenaga pengajar dan penasihat dalam kursus-kursus yang sering diadakan oleh pelbagai pihak.
Berkat dengan usaha gigihnya juga, Norimah berjaya mendidik dua orang anaknya untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dengan tanggungannya sendiri. Anaknya yang sulung kini dalam tahun akhir di salah sebuah universiti tempatan manakala anaknya yang seorang lagi dalam tahun 2, di salah sebuah universiti di Jepun.
Apabila ditanya tentang rancangan masa depannya, beliau menyatakan hasratnya untuk membuka satu lagi perniagaan yang berkaitan dengan percetakan buku-buku braille. Kewujudannya nanti bukan sahaja dapat membantu mengatasi masalah kekurangan buku-buku braille yang diperlukan oleh para pelajar, malah pada masa yang sama juga akan membuka peluang pekerjaan kepada golongan ini.
Menurut Norimah, untuk sampai ke tahap kejayaannya sekarang, beliau mengakui banyak masalah yang terpaksa dihadapi dalam menjalani kehidupan akibat kekurangan diri, namun ia sebenarnya menjadi pemangkin kepada segala usaha diri untuk berjaya. “Saya rasa semua manusia patut dilayan sama rata. Walaupun menjadi OKU mempunyai banyak masalah, tetapi jika mereka diberi layanan secara sama rata dan diberikan hak yang sama seperti insan-insan normal, golongan ini mampu pergi jauh dan mendapatkan kejayaan yang cemerlang,'' katanya.

Sunday, January 17, 2010

Sehari Bersama MAB Cyber Club.

Sabtu, Januari 16 2010.
Sehari bersama MAB Cyber Club

Seperti yang diwar-warkan dalam beberapa email daripada beberapa

mailing list sebelum ini, pada hari ini, Sabtu, Januari 16, Unit ICT

MAB bersama Kelab Cyber MAB akan menganjurkan 3 program berturut-turut,

memakan masa sehari penuh  

1. perbincangan mengenai sejauhmanakah laman web kerajaan, benar-benar

mesraOKU?

2. Pamiran praktikal tongkat pintar bersama Binary Colledge.

3. Pengenalan terhadap Open Source software: NVDA.

Seperti yang anda sedia maklum, Kak Ai tidak akan melepaskan peluang

untuk menyibukkan diri dalam program seperti ini. Berikut adalah

catatan kasar program bersama siri: "apa kata Kak Ai?". Tulisan ini

adalah pendapat tulus Kak Ai yang hanya dipengaruhi oleh 'mood' semasa.
1. perbincangan mengenai sejauhmanakah laman web kerajaan, benar-benar

mesraOKU?

Program bermula pada jam 9.00 pagi. Pada peringkat awal, penyertaan

agak lengang, tanpa disertai oleh satu pegawai kerajaan pun. Di

pertengahan majlis, 3 orang pegawai kerajaan, iaitu: Abang Along

Zahari, Halwa Maskat dan En. Ismail Omar turut menghadirkan diri.

Kesemua peserta yang hadir adalah Celik IT walaupun tahap keupayaan

masing-masing berbeza. namun demikian MAB Cyber Club merasa bangga

dengan kehadiran Abang Joe, all the way, dari Bumi Kenyalang.

Program dikendalikan oleh 2 orang pegawai dari MAMPU, iaitu En. Zahir

dan En. Azlan, dengan dibantu oleh Cikgu Rahim dan Cikgu Fadzlin dari

MAB. Pegawai-pegawai dari MAMPU  itu bercerita tentang keperihatinan

MAMPU terhadap golongan OKU penglihatan dan warga emas. Antara langkah

yang telah dibuat ialah: mengadakan 'option button' untuk mengubah saiz

text. MAMPU juga bercadang untuk mengadakan 'text reader' di kesemua

laman web kerajaan.
Setelah membuat sedikit taklimat, En. Azlan mula memancing maklumbalas

dari peserta dengan melontarkan satu soalan pekeliling yang subjektif:

"Apakah 'web accessibility' pada pemahaman anda?" Kesemua peserta

memberi input ikhlas berdasarkan pengalaman peribadi dan tahap

keupayaan masing-masing. Kak Ai sedikit gugup, kerana sebenarnya Kak Ai

kurang melayari laman web serius seperti laman web kerajaan. Kak Ai

lebih berminat melayari laman web santai berbentuk ilmiah yang kreatif.

laman web kerajaan yang Kak Ai layari hanyalah:" www.bnm.gov.my" untuk

mendapat info terkini mengenai isu kewangan dan mendapatkan nisbah

terkini tukaran wang asing. Kesemua jawapan yang diberi adalah tepat

walaupun sedikit stereotype, namun jawapan yang benar-benar berpotensi

untuk membantu soal selidik itu ialah: jawapan dari Abang Joe: "setiap

laman web semestinya sama dilihat oleh orang celik dan dibaca oleh

'screen reader'. Macam fotostat."

Perbincangan diteruskan dengan Cikgu rahim dan Cikgu Fadzlin

menunjukkan beberapa contoh laman web yang tidak begitu mesra-oku

kerana samada salah HTML coding atau tidak dilabel dengan betul.

Antaranya ialah: laman web MAMPU sendiri. Kami juga berkesempatan

melayari laman web" www.kpwkm.gov.my" dan e-filing. Nampaknya e-filing

benar-benar tidak accessible kerana 'edit box'nya tidak berlabel.

Setelah itu Madi mengajak hadirin melayari" www.kelantanfm.gov.my" yang

terlalu bising dengan 'life streaming' sehingga mengganggu bunyi

'screen reader' yang dke dua-duanya dikeluarkan dari 'sound card' yang

sama. Abang Joe pula menarik perhatian hadirin dengan menonjolkan laman

web www.celkom.com.my yang tidak accessible. Perbincangan ditutup

dengan Cikgu Rahim mencadangkan agar kesemua pembina laman web

hendaklah mematuhi "Web Contents Accessibility Guidelines' yang

terdapat di" http://www.w3.org/TR/2008/REC-WCAG20-20081211/" dan "

www.evengrounds.com". 

apa Kata Kak Ai? Program seperti ini sungguh memberi info amali yang

sebenar. Sesungguhnya info amali lebih kuat pengaruhnya dari theory di

atas kertas. Terima kasih, MAMPU!                      

2. Pamiran praktikal tongkat pintar bersama Binary Colledge.

Sessi ini dijadualkan pada jam 11.00 pagi. Tajuk "tongkat pintar"

sememangnya menarik ramai hadirin. Maklumlah, tongkat dan OKU

penglihatan tidak dapat dipisahkan. sebenarnya, program ini tidaklah

berkisar sepenuhnya tertumpu kepada "tongkat pintar". Program yang

sebenar ialah bersama Binary Coledge untuk membincangkan hasil dari

Brainstorming bersama mereka, 6 bulan yang lalu. Oleh itu mereka

didatangkan untuk membincangkan:

1. tongkat pintar,
2. RFID Tiles,
3. Friendly Social Networking.

Sessi ini telah dikendalikan oleh: En. Malik dan En. Arafat dari Binary

Coledge dengan Cikgu Rahim sebagai perantara. En. Malik melaporkan

bahawa "tongkat pintar" yang sepatutnya dijanjikan siap pada Disember

12, 2009 kini berada di peringkat 80 peratus siap. Pada mulanya, Kak Ai

agak kecewa apabila En. Malik memberitahu bahawa mereka memohon maaf

kerana tidak mampu membawa tongkat prototype itu ke majlis penerangan.

Kak Ai yakin ramai lagi hadirin yang kecewa. tapi, tiba-tiba Cikgu

Rahim mententeramkan keadaan dengan memberitahu tongkat pintar yang

ditunggu dalam perjalanan ke MAB. Sementara itu, En. Malik memberitahu

sedikit maklumat tentang tongkat itu. tongkat pintar itu dilengkapi

dengan 'buzzer' dan vibrator untuk mengesan halangan. tongkat pintar

ini dilengkapi dengan batteri berkuasa 9 volt yang chargeable. Body

atau casing tongkat yang sebenar belum ditentukan lagi, dan untuk

pamiran, body tongkat yang digunakan ialah body tongkat buatan Amerika.

Pemilihan body tidaklah menjadi masalah, asalkan alat mekanikal itu

bersesuaian dengan saiz body tongkat. Walaupun tongkat ini dilengkapi

dengan sensor dan batteri, ianya tahan lasak dan khalis hujan kerana

alat mekanikal yang digunakan terletak di bahagian dalam tongkat, agak

terlindung. Majlis juga diberitahu bahawa alat sensor yang dibekalkan

berupaya mengesan halangan dalam jarak 20 kaki. Namun demikian, mereka

telah mngubahsuainya untuk mengesan halangan dalam jarak 15 inci. Walau

bagaimanapun, segala pengubahsuaian boleh dilakukan  dengan komputer

melalui USB yang terdapat pada tongkat pintar tersebut. Hebatkan!

Sehingga waktu makan tengah hari, tongkat yang ditunggu tidak juga

kunjung tiba, maka majlis bersurai sementara untuk makan tengah hari.

Apa Kata Kak Ai? Binary Coledge pakai jam dunia lain. Dulu MAB Cyber

Club jemput mereka untuk jamuan hariraya pada jam 10.00 pagi, mereka

sampai pada jam 1.00 tengah hari! Issh! Issh! Issh! Mereka bukannya

orang Malaysia, faham, fahamlah!
Setelah menjamu selera dan sollat zohor, Kak Ai bersama pengiring-

pengiring setianya, rokiah dan Kak Azlin kembali ke bilik mesyuarat.

Ketika itu hadirin berbisik mengatakan bahawa tongkat prototype itu

akan diedarkan untuk diraba. Percubaan untuk menggunakannya hanya akan

dilakukan di ruang legar perkarangan MAB. Mendengarkan berita itu, Kak

Ai menunggu dan terus menunggu, tapi tongkat itu tidak juga diedarkan.

Majlis masih rancak dengan Q&A, dan yang menarik minat Kak Ai ialah

cadangan dan perbahasan dari Mr. Yam. Mr. Yam mencadangkan agar tongkat

itu dapat dilengkapkan sensor yang boleh mengesan halangan di bahagian

atas, "head level obstacles". En. Malik menjanjikan sesuatu. Cikgu

Rahim mencadangkan agar Mr. Yam dijemput membarisi panel penilaian

peringkat akhir tongkat pintar. Tongkat pintar ini akan disiapkan dalam

masa 2 bulan lagi. Dan harga yang dibayangkan ialah: rm90 sebelum

subsidi 50 peratus dari MAB, sekiranya dikeluarkan dalam jumlah yang

banyak.

En. Arafat dan En. Malik meneruskan majlis dengan memberi taklimat

tentang RFID tiles dan' Friendly social networking', malangnya Kak Ai

tidak memberi perhatian. Perasaan rindu untuk bertemu dengan tongkat

pintar mengatasi segala-galanya. Kak Ai tidak fokus. Cuma yang Kak Ai

ingat, ada yang meminta 'add on' radio di dalam social networking itu.

Dalam keadaan Hadirin mula bosan dan resah gelisah, saat yang ditunggu

pun akhirnya tiba juga. Para hadirin dipersilakan ke ruang legar

perkarangan pejabat MABuntuk mencuba tongkat pintar. Setelah beberapa

minit menunggu, akhirnya, Kak Ai dan kroni berpeluang mencuba tongkat

tersebut.

Bagaimanakah bentuk fizikal tongkat pintar itu? Tongkat ini beroda di

hujung bahagian bawah, ini bermakna, tongkat ini telah di design untuk

tidak di hempuk-hempap seperti selalunya. tongkat ini dimestikan

didirikan secara menegak. Terus-terang, Kak Ai belum berminat dengan

cara itu. Kak Ai lebih suka cara tradisional tongkat dijulurkan

kehadapan. Di bahagian keratan 1 atau tangkai, terdapat sesuatu objek

bulat menyerupai stesen radio yang tidak boleh dipulas. objek itu ialah

'buzzer' untuk mengeluarkan "beep" apabila berjumpa halangan. di

keratan ke dua pula ialah vibrator/gegar yang hanya dapat dirasa. Kalau

tak silap, gegar dan beep adalah 'option' yang boleh diubahsuai untuk

keselesaan peribadi. Seperti yang disangka, tongkat itu akan sekaligus

bergegar dan berbunyi apabila dia mengesan halangan di hadapan. Apabila

halangan di hadapan berbentuk tangga menurun, lubang, longkang, tongkat

itu akan berhenti lembut seperti tersangkut. anda mestilah menolaknya

secara manual dan ketika itu, barulah diketahui apakah halangan yang

sebenar. Kak Ai cuba menuruni beberapa anak tangga dan terus mencuba

dalam beberapa keadaan sehingga 'battery low".

Apa Kata Kak Ai? Setakat ini, tongkat pintar tidaklah sehebat mana.

Harap-harap bila siap, ianya lebih berfungsi lagi. Kalau setakat itu

sajalah keupayaannya, InsyaAllah Kak Ai belum tergerak hati untuk

memilikinya.

3. Pengenalan terhadap Open Source software: NVDA.

Akhirnya, program terakhir pun bermula. Sambutan untuk program ini juga

sungguh memberangsangkan. walaupun ramai yang membawa lap-top sendiri,

namun komputer masih tidak mencukupi, oleh itu Kak Ai berkongsi

komputer dengan sahabatnya, Kak Azlin. Cikgu Rahim dan Cikgu Fadzlin

telah mengendalikan kursus pengenalan NVDA. Perjalan kursus berjalan

lancar, kerana semua peserta adalah Celik ICT. Itulah untungnya

sekiranya iklan disebarkan melalui e-mail, hanya mereka yang celik ICT

saja tahu untuk menyertainya. Sekiranya iklan kursus disebarkan melalui

telemaklumat, pasti berduyun-duyun yang berminat untuk turut serta,

walaupun tidak tahu menaip. Program ini ditutup dengan sessi mengopy

NVDA ke dalam pen drive masing-masing.

Apa Kata Kak Ai? Terima kasih MAB kerana menganjurkan program

informatif seperti ini! Sessi bersama MAMPU dan mengenali NVDA sungguh

menyeronokkan. Namun demikian Kak Ai sedikit kecewa dengan tongkat

pintar. Kak Ai lebih berharap agar diadakan sessi Q&A selepas mencuba

produk. Apa-apapun, En. Malik adalah salah seorang ahli di dalam

mailing list MAB Cyber Club. Segala cadangan dan pertanyaan bolehlah

diposkan ke:" mabcyberclub@googlegroups.com" dan hendaklah diingat, En.

Malik adalah seorang Pakistani yang menggunakan Bahasa inggeris sebagai

bahasa perantara.     

P.s Turut dilampirkan ialah e-mail mengenai sessi brainstorming bersama

Binary Coledge yang pernah Kak Ai hantar 6 bulan yang lalu. Jika ada

masa, cuba bandingkan dengan e-mail di atas, maka anda akan tahu

mengapa Kak Ai tidak begitu tergoda dengan tongkat pintar yang 80

peratus siap.  .                  
Romie Merak <romie3x@gmail.com>  Sat, Sep 5, 2009 at 10:05 PM 
Reply-To: mabcyberclub@googlegroups.com 
To: share <share@ncbm.org.my> 

salam sejahtera. pada hari ini telah diadakan sessi "percambahan

fikiran" brainstorming, di antara Binary Coledge University dan Club

Cyber, MAB. sessi brainstorming ini berkisar kepada 3 innovative baru

yang sedang diusahakan.

alat pertama ialah: I Cane.
I Cane atau Intelligent Cane adalah smart cane alternatif kepada

tongkat putih yang kita ada. I cane ini dilengkapi dengan 3 butang dan

sebuah kompas penentu arah. fungsi 3 butang itu ialah untuk memberi

amaran kepada pemakainya perihal halangan/rintangan yang berdekatan.

sekiranya halangan itu berada disebelah kanan, butang kanan akan

bergegar. dan begitulah keadaan fungsi bebutang gegar yang lain iaitu

untuk kiri dan bahagian tengah. kompas pula digunakan untuk petunjuk

arah, umpamanya qiblat, untuk orang-orang muslim. tongkat berlipat 4,

dengan kepanjangan cm100 - cm130. ia menggunakan kuasa rechargeable

batteri.
setelah berbincang, mesyuarat telah sepakat untuk membuat beberapa

pengubahsuaian terhadap I Cane tersebut.
1. I cane mestilah dilengkapkan dengan alat amaran bahaya di bahagian

bawah seperti lubang dan longkang atau seumpama dengannya.
2. I Cane mestilah dilengkapi dengan reflector warna yang tidak mungkin

pudar, meskipun I Cane sudah lusuh.
3. I cane mestilah dilengkapi dengan sound transmitter, untuk

memudahkan pencarian. contoh: alarm kereta yang dipicit. walau

bagaimanapun pihak Binary belum sepakat lagi samada akan menggunakan

teknik "high pitch frequency" seperti menepuk tangan untuk mencari

tongkat atau menggunakan teknik picit gadget seperti yang disebut di

atas. untuk keselamatan, se eloknya teknik picit gadget, kerana setiap

I cane  akan hanya mengenali atau response kepada transmitter induknya.
4. I Cane akan menggunakan rangkaian magnetik untuk melipatnya, tidak

lagi tali getah seperti tongkat konvensional.

innovasi ke dua pula ialah social networking yang mesra-buta. social

networking ini tidak menggunakan image atau graphic. malah ia

menggunakan pembaca screennya yang tersendiri.

innovasi yang ke tiga ialah 1 gadget istimewa yang disebut: RFID t

Tiles.
RFID tiles adalah berbentuk 2 sticker. cara sticker ini berfungsi

ialah: pertama setiap tag tiles di jalan/bangunan akan dibungkus dengan

sticker ini. sticker ini tahan lasak dan kuat bertahan. 1 lagi sticker

akan dilekatkan kepada permukaan kasut si buta. cara RFID Tiles

berfungsi ialah: apabila kasut yang memakai sticker memijak tiles yang

mempunyai sticker, si pemakai akan menerima isyarat melalui blue tooth

handphone nya. contoh: "Traffic light. Jalan Sultan Abdul Samad on the

right, Jalan Travers on the left." begitu jugalah di dalam bangunan

yang menggunakan tiles itu ti atas karpet kecil penanda pintu dan lif.

RFID tiles memang inteligent sekali dengan menggunakan sistem seperti

bar code.
cadangan: sticker dilekatkan kepada bas, agar pemakai sticker akan

menerima isyarat nombor bas melalui blue tooth handphone nya.
cadangan lain: agar binary universiti mengusahakan sebuah perisian

map/peta yang boleh communicate dengan GPRS hand phone.

setakat inilah sahaja laporan saya mengenai sessi brainstorming bersama

Binary Coledge Universiti. sama-samalah kita menanti

kedatangan/kelahiran produk-produk inteligent yang disebut di atas. I

Cane mungkin akan dirasmikan pada 4 12 bersempena hari cacat sedunia.

apa-apa pun kita mengharapkan yang terbaik dan mengucapkan jutaan

terima kasih kepada binary coledge yang sudi merekacipta produk mesra-

buta. setelah selesai dan diluluskan, MAB akan dipertanggungjawabkan

untuk menjadi ejen pengedar bagi rantau ini. pihak club Cyber juga

ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada kesemua peserta yang

telah mengambil bahagian terutama sekali kepada Allan Wong yang telah

banyak sekali memberi input yang praktikal. Saudara Allan juga telah

dijemput untuk menganggotai panel penyelidik bersama Binary Coledge.

Kami yakin dan percaya serta berharap bahawa Saudara Allan Wong mampu

memikul tanggungjawab itu.

Jangan Menangis Lagi, “Azlina, Sayang”

Jangan Menangis Lagi, “Azlina, Sayang”
Oleh:
Yong Chwan Fwu

dDipetik dari: Majalah SBMJanuari-April 2008

“Azlina! Azlina sayang! Sudahlah! Jangan menangis lagi. Air matamu sangat berharga ibarat mutiara di lautan!” pujuk Mustaza sambil mengesat air mata Azlina.

“Tak mau!... tak mau!... saya mau ikut Abang Mus!” ronta Azlina, memeluk erat tangan Mus, enggan melepaskannya pergi.

“Azlina! Dengar cakap Abang, sayang. Esok Abang datang lagi, ya!”

“Tak mau! Saya mau ikut Abang Mus!”

Azlina tidak mengendahkan rayuan Mus. Bahkan, tangisannya semakin kuat mendesak, menyimbahkan air hening, mencurah-curah seperti hujan panas yang turun, menghangatkan lagi rasa simpati Mus untuk meninggalkannya. Sungguhpun ini bukan kali pertama Azlina menangis. Pendek kata setiap kali apabila hendak berpisah dengan Mus, dia pasti menitiskan air mata. Ini membuatkan Mus berasa serba salah, bimbang akan dipersalahkan oleh keluarga Azlina. Namun, apakan daya kerana Azlina masih terlalu kecil untuk dibawa bersama. Azlina baru sahaja memasuki alam pra sekolah, berbanding Mus merupakan seorang murid darjah lima dan belajar di salah sebuah sekolah berdekatan dengan rumah Azlina. Jadi, sudah tertulis perjalanan yang terpaksa ditempuhinya saban hari telah mempertemukan mereka.

Ibu bapa Azlina juga tidak pernah mencegah persahabatan yang terjalin. Sebaliknya, sentiasa mendidik anak-anak mereka agar saling hormat-menghormati sesama manusia dan jangan menghina sesiapa meskipun orang itu mempunyai kekurangan. Barangkali, kebetulan ayah Azlina merupakan seorang pendidik. Maka, nilai murni ini tumbuh subur dalam keluarga mereka.

“Jika kita tak mahu dipandang rendah, kita juga jangan memandang rendah orang lain!” pesan ayah Azlina.

Sikap kesederhanaan yang diamalkan menyebabkan Mus berasa selesa bergaul dengan mereka. Mus juga tidak pernah dianggap sebagai orang asing. Tetapi dilayan seperti anggota keluarga sendiri. Justeru, yang membebankan fikirannya kini ialah Azlina menangis dan tangisannya terasa kian nyilu menusuk kalbunya.

“Saya mau ikut Abang Mus!... saya mau ikut Abang Mus!” ronta Azlina, tersedu-sedan.

“Azlina! Azlina budak baik kan? Dengar nasihat Abang, jangan nangis lagi, ok. Nanti esok abang belikan coklat!” pujuk Mus lagi, mengusap-usap kepala Azlina.

“Tak mau! Saya mau ikut Abang Mus!” bantah Azlina, berpaut rapat pada tangan Mus.

Heaah, Mus menghela nafas panjang. Dia buntu entah apa lagi yang harus dilakukan. Berbagai-bagai ikhtiar telah dicuba. Tapi, tetap gagal mengawal tangisan Azlina. Lalu, dia membongkok dan melepaskan sebentar jari-jari kecil Azlina yang mencengkam untuk menyentuh jam Braille yang melingkari pergelangan kirinya. Alangkah terperanjatnya Mus tatkala menyedari dia sedang ketinggalan waktu. Tiba-tiba, perasaan takut pula menakluki, takut akan dimarahi oleh kakak pengasuh. Detik ini, hati Mus benar-benar teruji. Dia mesti memilih satu antara dua; merelakan Azlina menangis atau bersedia menerima hukuman gara-gara balik lewat ke asrama.

“Jika aku bersedia menerima hukuman,… ah, aku memang sudah lambat.” fikir Mus, berdebar-debar. “Mungkin inilah pengorbanan yang mampu aku lakukan untuk Azlina.”

“Er, kena rotan sakit tau?” Gertak perasaan Mus sendiri. “Jadi, wajarkah aku membiarkan Azlina menangis seorang diri?”

“Awak sudah makan, Mus?” tanya ibu Azlina, muncul dari bahagian belakang rumah.

“Belum, aunty. Saya terus dari sekolah tadi.” jawab Mus, sopan.

“Makan di rumah kami dulu Mus. Nanti tak payah susah-susahkan kakak tukang masak lagi!” pelawa ibu Azlina sambil mencapai Azlina daripada tangan Mus.

“Terima kasih banyak, aunty. Lain hari saja. Makanan sudah tersedia di asrama.” Tolak Mus, takzim. Setelah itu, langkah demi langkah pendek mula diheret untuk menjarakkan diri daripada Azlina yang dikasihinya, menyerahkannya untuk diuruskan oleh ibunya.

“Pandailah emaknya menenteramkannya.” Kata hati Mus.

Sesudah melangkah beberapa meter, Mus mendapati jangkaannya meleset. Dia mendapati semakin lebar jarak fizikal di antara mereka, semakin nyaring membingitkan di telinganya tangisan Azlina meraung.

“Azlina! Azlina anak mak, berhentilah menangis!” kedengaran sayup-sayup suara ibu Azlina menenangkannya. “Nanti esok Abang Mus datang bermain dengan Azlina lagi, ya!”

Apabila sudah melepasi jangkauan kawasan rumah Azlina, ketika Mus sedang berdiri di pinggir jalan utama yang bakal disusurinya, tiba-tiba rasa kesal meresapi fikiran. Lantas, ada rasa ingin berpatah arah.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan… alang-alang aku sudah terlambat, Azlina masih menangis di belakang aku.” Suara hati Mus semakin mendominasi. Tapi, digagahi juga dirinya untuk melangkah kerana teringat ajaran cikgu di sekolah, sebagai seorang warga Negara yang berdisiplin, kita perlu patuh kepada semua peraturan. Oleh itu, pulang ke asrama tidak mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan juga merupakan suatu keingkaran kepada peraturan. Bertitik tolak dari pendapatnya itu, suara Azlina menangis senyap sebentar haru-birunya dan perasaan kecut pula mengalih komposisi di dalam sukma. Serentak, dia mengarahkan kakinya supaya lebih pantas mengayuh langkah.

“Ah, biar lambat sikit. Asalkan jangan lambat banyak. Tahulah apa yang patut aku lakukan nanti,” Kata hati Mus lagi. Dan, sebaik memasuki perkarangan bangunan asrama, dia mengetahui kakak pengasuh sudah sedia menunggu. Perasaan getir bertambah gentar, bergetar. Apakah bentuk balasan yang bakal dihadapinya?

“Sekolah awak tamat pukul berapa?” Tanya pengasuh itu, garang.

“Pukul 1.00, Kak!” jawab Mus, tercungap-cungap.

“Habis tu, sekarang dah pukul berapa?” soalnya lagi.

Dengan lagak kononnya sedang kepenatan, Mus segera meraba jam Braille di tangan. Kemudian menjawab, “1.15 petang, kak!”

“Baru pukul 1.15 petang kata awak!” pengasuh merangkap pembantu asrama itu meninggikan suaranya.

“Betullah, kak. Nah, tengok ni!” tingkah Mus seraya memperlihatkan jam tangannya kepada kakak pengasuh yang digeruninya itu.

“Cuba pegang betul-betul jam awak itu!” pengasuh itu menyuruh, berdiri selari dengan Mus kini. Mus sekali lagi membaca putaran jarum jamnya.

“Alamak!... yalah hoi!... heaah!” Mus tidak putus-putus mengeluh, meneruskan sandiwaranya. Sangkanya, tipu muslihat yang dilakonkan pasti akan berhasil mengaburi fikiran pembantu asrama itu.

“Jadi, dah jam berapa sekarang ni, Mus?”

“Saya tak perasan jam saya mati, kak!” jelas Mus, penuh yakin.

“Kalau betul jam awak mati sekalipun, takkanlah boleh menyebabkan awak pulang selewat ini.” Pengasuh kanak-kanak itu terus mempertikaikan. “Awak jangan pura-pura, Mus. Saya sudah masak sangat dengan perangai awak. Awak mesti ada melencong ke tempat lain bukan?”

Fikiran Mus semakin bingung. Helahnya sengaja mengundurkan pergerakan jarum jam bagai telur di hujung tanduk. Sambil, kepalanya ligat berpusing berusaha menggerudi dalih lain untuk disogokkan kepada pengasuh itu.

“Saya merupakan orang terakhir meninggalkan kelas tadi kak. Saya sengaja tidak mahu bersesak-sesak dengan orang celik. Tambahan pula, semasa loceng baru dibunyikan, kereta pun banyak di jalan raya…bahaya, kak!”

“Eh, Mus! Saya dulu makan garam tau. Kalaulah nak cakap bohong pun, kenalah belajar dulu!” pembantu asrama berusia akhir 20an itu meleretkan leterannya. Akhirnya, Mus terpaksa mengakui kesalahannya.

“Saya singgah di rumah kawan, kak!” kata Mus dengan suara terketar-ketar.

“Mus, mulai hari ini awak jangan cuba nak tipu saya. Ingat! batu, tiang lampu, pokok dan apa-apa saja pun boleh jadi mata telinga saya, faham…pergi makan lekas!” tengking pengasuh itu, bertambah bengis. Telinga Mus turut dipulas dan ditariknya beberapa kali.

Dengan langkah longlai, Mus berjalan menuju dapur. Sambil lirik kesal dan sesal berirama di dalam kotak sanubari, bertindak mengamankan dirinya sendiri.

“Kalau aku tahu telingaku akan kena pulas, aku pasti akan tinggal lebih lama lagi di rumah Azlina.” Mus mengomel seorang diri. Walau bagaimanapun, ini bukan hukuman pertama yang pernah diterima oleh Mus. Punggung dan betisnya juga biasa dihinggapi rotan kerana kenakalannya suka memanjat pokok, main parit, lastik burung dan macam-macam lagi kesalahan lain. Anehnya, rasa serik tidak pernah berputik. Hukuman berganti hukuman belaka dan tetap tidak menguntumkan bunga-bunga keinsafan.

“Kamu semua memang tak masuk ajar seperti saya mencurahkan air di atas daun keladi sahaja.” Rungut pembantu asrama itu, mati akal.

“Orang tak nampak macam kita ni jika tak alami sendiri segala perkara, alamatnya lebih teruk daripada katak di bawah tempurunglah kita ni!” kata abang-abang dan kakak-kakak senior seolah-olah merestui kenakalan Mus. Natijahnya, Mus semakin nakal dan kenakalannya juga semakin menjadi-jadi. Soalnya, mungkinkah ini sekadar kenakalan biasa seorang budak lelaki yang kadang-kadang boleh menjadi melampau jika tidak dibendung dengan bijaksana sejak dari dini usianya lagi? “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.”

Apabila henjutan perasaan Mus mulai reda, suara tangisan Azlina kembali mencuit tumpuan, menggoncang emosinya.

“Menangis ialah sejenis senaman bagi kanak-kanak!” Mus tidak ingat di mana dan siapa yang pernah berkata demikian. Namun, sengaja diulang suara di dalam hati, sekadar ingin menyenangkan diri. Setakat pengetahuannya, terlalu banyak menangis juga tidak sihat. Kesedaran ini timbul sejajar dengan kehadiran seorang kawan baru di sekolahnya tempoh hari. Rakan barunya itu telah menjadi buta akibat terlalu banyak menangis, meratapi pemergian ayah tercinta. Implikasinya, rasa gusar kembali menjenguk fikiran, khuatir kalau malapetaka serupa akan menimpa Azlina.

“Setiap minit ada seorang kanak-kanak yang menjadi buta di dunia ini.” itu laporan Sight Savers International yang pernah diceritakan oleh seorang guru di sekolah Mus dan maklumat itu kini sungguh merisaukan hatinya. Sebab itu, air mata Azlina perlu disekat segera daripada terus tertumpah sia-sia. Maknanya, kekerapan pertemuan mereka terpaksa dihadkan kepada hari Sabtu dan ahad sahaja. Tetapi, hasrat mulia yang mengandung nilai timbang rasa sukar dilaksanakan. Azlina, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini sering mengintai kelibat Mus dari serambi rumahnya tiap-tiap hari selepas waktu persekolahan. Begitu juga Mus, rasa rindu sentiasa menghendap di bawah cuping telinganya, mendengar kemungkinan namanya ada diseru oleh suara manja Azlina.

“Abang Mus!... Abang Mus!...”

Mus tiada pilihan melainkan tunduk kepada gesaan perasaan kedua-dua belah pihak. Maka, tangisan Azlina tetap berkesinambungan, mengisi paksi waktu terlorek, mengiringi tahun berganti tahun berlalu, seolah-olah bumi ini bertambah pantas beredar di orbit. Tanpa disedari, Azlina telah melangkah ke tahun satu sementara Mus pula dinaikkan ke tingkatan satu, sekaligus memanjangkan umur mereka menjadi semakin matang kini. Dalam jangka masa beberapa tahun ini, tangisan Azlina sudah jarang-jarang kedengaran. Tangisannya cuma berkumandang sekali-sekala sahaja akibat terjatuh ketika bermain kejar-kejar dengan Mus.

“Tolong!!!... Abang Mus tolong!!!” Azlina menjerit kesakitan.

“Azlina! Azlina sayang! Cukuplah menangis. Bangkitlah,… bangkit, Azlina!” Mus memberikan perangsang sambil jarinya menggosok-gosok lembut bekas calar pada lutut Azlina. Azlina berasa senang menikmati layanan mesra yang ditunjukkan oleh Abang Mus. Kemesraan yang terpamer telah melalaikan seketika mereka kerana persahabatan mereka seperti juga pantai, ada pasang surutnya. Kemesraan yang jernih ada kalanya menjadi keruh. Ketika usia begini, Azlina suka merajuk kerana Mus tidak mengizinkannya ikut serta dalam permainan bola sepak.

“Azlina masih kecil kan?... Nanti pengsan kena bola macam mana?” pujuk Mus, menepuk-nepuk perlahan bahu Azlina.

“Tidak,… Azlina sudah besar!” rengeknya, geram. Sambil matanya ghairah menonton aksi rancak perlawanan bola sepak, Azlina berharap usianya cepat meningkat dewasa. Dan, harapannya menjadi nyata apabila melihat diri sudah berpindah ke sekolah menengah yang sama dengan Mus. Kecuali, Azlina baru mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu. Mus pula sedang bersiap-siap hendak menghadapi peperiksaan STPM. Walau apa pun, mereka mempunyai agenda peribadi yang lebih istimewa. Jurang fizikal di antara mereka telah berjaya dirapatkan. Kini, pusat pertemuan tidak terbatas di rumah Azlina semata-mata. Malah, meliputi kawasan-kawasan lain yang dibenarkan, yakni kemudahan kepada persahabatan mereka supaya semakin diakrabkan.

“Abang Mus! jom kita pergi jalan-jalan!” ajak Azlina pada suatu hari selepas waktu persekolahan.

“Nak ke mana, sayang?”

“Wisma saberkas!”

“Wisma Saberkas? Hmm,… tunggulah petang sikit… cuaca panas ni... Kawan abang baru saja hilang motosikal jenis YAMAHA LAGENDA QKV 2388 di situ pada 11 Mac 2005 yang lalu.” Terang Mus, mengendurkan seketika niat Azlina.

“Habis tu?” Tanya Azlina.

“Nantilah dulu!” sahut Mus.

Ekoran daripada respons Mus itu, perasaan kecewa Azlina tetap tenang tidak melenting kerana mengetahui bukan mudah untuk Mus berenggang dengannya. Mus juga tidak akan jemu berebut peluang bersiar-siar dengannya. Cuma, masa dan ketikanya sahaja yang berbeza. Perasaan kecewanya juga tidak terkacau apabila terpandang kerampingan tubuh awal remajanya yang memikat di mana ketinggiannya menyamai paras telinga Mus telah menyerlahkan lagi keidealan mereka ketika berjalan bersama.

“Kita main catur, nak tak? Kelak abang tunjukkan cara checkmit orang dengan empat langkah saja,… [1 e4 ---. 2 Sc4 ---. 3 Qf3 ---. 4 Qf7]m. Tapi, teknik ini sudah diketahui oleh ramai orang. Jika mahu, banyak lagi teknik lain yang perlu dipelajari.” Mus mengesyorkan. Azlina bersetuju. Sementara itu, di rumah pula ibu bapa Azlina tidak berasa was-was selagi anak mereka berkawan dengan Mus. Mus juga diyakini tidak akan mengkhianati kepercayaan yang bulat-bulat telah diserahkan kepadanya.

“Kredibiliti lebih mahal daripada intan berlian.” Desis hati Mus. Oleh kerana sikapnya yang positif itu, justeru tidak memeranjatkan kalau Mus merupakan sumber inspirasi kepada mereka.

“Mus boleh berjaya sebab dia rajin berusaha. Dalam banyak hal, dia lebih baik berbanding dengan ramai pelajar biasa yang lain!” komen ayah Azlina. “Awak pun boleh berjaya jika rajin macam Abang Mus.”

“Ya, ayah!” jawab Azlina. Sambil, nasihat ayahnya masih bertalun di dalam kamar minda, dia kagum menyaksikan jari-jemari Mus yang masih sempat menelaah buku pelajaran yang dicetak dengan tulisan titik timbul di samping menggerakkan buah-buah catur. Lantas, perasaan takjub yang melonjak kehairanan segera mengangkatnya bangun dari kerusi dan berdiri di sisi kiri Mus pula.

“Sedang baca apa, Abang Mus?” Tanya Azlina ingin tahu.

“Buku kenegaraan!” sahut Mus, ringkas.

“Nanti, boleh Azlina tolong bacakan nota ni? Mata digital scanner tak kenal tulisan tangan!” sambung Mus lagi, meminta bantuan Azlina. Sambil dia menghulurkan beberapa helai kertas bersaiz A4 kepada Azlina.

“Azlina belum mampu baca buku tingkatan enam, Abang Mus. Buku tingkatan enam susah!” Azlina mengadu, merendah diri. Namun, diambilnya juga gumpalan kertas yang tersusun kemas itu daripada Mus.

“Itu tak menjadi masalah, Azlina. Baca saja apa yang tertulis!” kata Mus, meyakinkan.

Tanpa membuang masa, bibir nipis Azlina lancar menterjemahkan teks pengajian am tersebut kepada bentuk audio yang dapat dimanfaatkan oleh Mus. Dan, begitulah hari-hari berikutnya, Azlina tetap taat mengabdikan diri menjadi pembaca sukarela kepada Mus. Hatta, peranannya bertambah mustahak ketika guru pembantu Mus menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah atau Mus ingin memperkayakan lagi bahan rujukannya. Sebagai timbal balas Mus akan mengajar Azlina mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Malaysia. Azlina tidak menghadapi kesukaran untuk memahami segala tunjuk-ajar yang disampaikan kerana ia menyanjung tinggi kepakaran linguistik yang dikuasai oleh Mus… Muslah idolanya. Selain itu, Mus juga adalah seorang penyajak dan pemidato yang handal di sekolah. Bakat semula jadi ini bertepatan dengan cita-citanya ingin menjadi seorang peguam di kemudian hari.

“Jangan jadi loyar buruk sudahlah, Abang Mus!” gurau Azlina, ketawa kecil. Mus turut ketawa. Tinta keseronokan yang mewarnai setiap ruang dan masa yang dijalani mengheret detik waktu terasa laju meluru. Setelah sekian lama mendapat jolokan sebagai sepasang belangkas, maka masa hiba untuk berjauhan pun datang bertandang. Mus terpaksa berpisah dengan kekasihnya sejurus selepas keputusan STPM diumumkan. Ini kerana dia telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di salah sebuah universiti di seberang Laut Cina Selatan, di Semenanjung Malaysia. Mus menyambut berita itu dengan perasaan bercampur-aduk; gembira kerana itu merupakan idaman setiap pelajar dan sedih kerana air mata Azlina kembali bertali arus di alur pipinya.

“Jangan lupakan Azlina di sini ya, Abang Mus!” Azlina meratap, pilu.

“Azlina! Azlina sayang! bilik sanubari ini hanya untukmu!” janji Mus sambil tangannya sekali lagi direnjis air bening yang menitis. “Azlina, percayalah! Sungguhpun jasad kita terhantar jauh, namun hati kita tetap bercantum ibarat air yang takkan putus walau ditetak.”

“Bila kita akan mengulang kaji pelajaran bersama lagi, Abang Mus?” rintih Azlina, sebak.

“Azlina sayang! Kecanggihan teknologi komunikasi dan informasi membolehkan kita terus mengulang kaji pelajaran bersama menerusi internet!” Mus menjelaskan. “Kita juga masih boleh berhubung melalui …”

Mus hampir terlajak kata. Mujur, perasaan sedarnya tangkas mengingatkan bahawa penggunaan telefon bimbit adalah dilarang sama sekali di sekolah. Perbualan berantarakan telefon juga amat mahal, hanya akan menambahkan lagi beban kewangan keluarga Azlina. Mus tahu berapa sangat gaji ayah Azlina. Oleh itu, cuma menekankan penggunaan internet sahaja.

“Kelak, boleh kita berbalas pantun lagi ya!” usaha Mus berlanjutan untuk meredakan kocakan perasaan Azlina.

“Buah ciku si buah delima,
dibawa belayar ke Teluk Datu;
perginya aku tidaklah lama,
penuh ilmu pulanglah aku.”

Semasa di perantauan, hati Mus terasa asing bagai pulau di tengah lautan. Begitu juga Azlina, kesepian tetap menyelubungi meski tiap-tiap hari berbual dengan Mus di dalam chatroom. Berikutan itu, mereka terdedah kepada bahaya hasutan rakan yang iri hati melihat keintiman mereka.

“Er, carilah teman baru!” kata mereka. “Kalau susah sangat tu, saya pun sudi jadi penggantinya.”

“Biduk berlalu kiambang bertaut!” Azlina mahupun Mus tetap berpegang teguh kepada sumpah setia yang telah dilafazkan sejak dahulu kala. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, acap kali menjelang cuti kampus, Mus tidak menyimpang ke mana-mana. Sebaliknya, segera kembali ke Kuching bagi menemui Azlina sambil melerai rantai kerinduan yang membelenggu.

“Abang Mus! Tahukah betapa rindunya hati ini!” kata Azlina, meluahkan isi hatinya.

“Azlina! Azlina sayang! Cita rasa kita serupa bak telur dibelah dua!” balas Mus sambil membelai-belai rambut Azlina yang lurus mencecah pinggul.

Empat tahun berjuang, saat-saat gemilang pun tiba apabila Mus telah menamatkan pengajiannya dan pulang dengan menggenggam segulung ijazah sarjana muda undang-undang.

“Ijazah ini adalah hadiah istimewa buat Azlina.” Bisik hati Mus. “Tanpa doa dan sokongan Azlina, mungkin aku tidak seperti aku hari ini.”

“Tahniah, Abang Mus!” sambut Azlina, bangga. Lebih menggembirakan, Mus sudah pulang ke pangkuannya. Tarikh yang dinanti-nantikan ini menambahkan lagi serinya kerana Azlina juga akan memulakan kursus matrikulasi di sebuah IPTA di negeri ini tidak lama lagi. Arakian, giliran Mus pula harus bertindak sebagai mentor bagi merangsang kecemerlangan akademik buah hatinya itu.

“Orang tuaku berharap aku ni bakal seorang jurutera!” Azlina memberitahu pada suatu petang, semasa mereka sedang makan angin di Reservor Park.

“Baguslah! Kalau jambatan runtuh, boleh saya saman Azlina!” usik Mus, tersenyum lebar. Azlina pula mengekel, memang menghiburkan hati Mus. Sebenarnya, di dalam ruyung hati Mus ada tersimpan maksud tersirat, ingin mengajak persahabatan yang termaktub untuk berpadu sebaik Azlina lulus dari universiti kelak. Azlina tidak menolak dan keluarganya juga tidak membangkang. Mereka yakin Mus berupaya mengemudi masa depan yang dibina ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Jika nak kenal perangai seseorang, lihatlah perangai ibu bapanya!” kata ayah Azlina dan petua ini telah diguna pakai oleh Mus sebagai panduan untuk menilai seseorang. Tentang perwatakan Azlina, Mus telah mengenali keluarga Azlina hampir dua dekad lamanya. Mus tahu ibu, bapa serta kedua-dua orang kakak Azlina baik-baik semuanya. Mus juga bagus orangnya. Mereka saling mengenali antara satu sama lain yang telah membantutkan benih keraguan daripada tumbuh di laman setia kawan yang sejati. Kesannya, hajat di hati semakin mengembang, harapan semakin menghampiri realiti, pada masa sama menyuntik kekuatan kepada kedua-dua mereka; Azlina yang melanjutkan pengajian, dan Mus yang sedang menjalani chambering di salah sebuah firma guaman. Namun, alim ulama pernah berkata, “manusia hanya merancang dan Tuhanlah yang menentukan segala-galanya.”

Ketika di universiti, Azlina telah terlibat dengan kegiatan kumpulan tertentu. Mus tidak menegah kerana yakin Azlina sudah cukup dewasa untuk menilai yang mana bata dan permata, yang mana salah dan betul. Malangnya, Mus telah tersilap andaian. Sikap tidak kisah Mus akhirnya telah memakan diri sendiri. Dia gagal mengesan usaha ahli-ahli kumpulan tersebut yang sedang meracuni pohon percintaan mereka yang rimbun daunnya.

“Carilah teman baru yang lebih cocok dengan awak dari kalangan ahli-ahli kita!” hasut mereka, mempengaruhi. “Mus tu tidak nampak dan tentu tidak dapat ikut rentak prinsip budaya kelompok kita.”

Proses indoktrinasi yang diterapkan secara organisasi itu telah meletakkan Azlina berada di persimpangan dilema, antara kekasih dan semangat berkumpulan. Pada peringkat awalnya, pendirian Azlina tidak tergugat. Tapi, apabila perkataan itu disebut berulang kali, padahnya ialah jambatan kasih yang menyambungkan kedua-dua belah tebing perpaduan mereka pun roboh,… kasih Azlina berubah,… tamparan hebat buat Mus. Dengan hampa berbaur marah, Mus memerhatikan sahaja Azlina berlalu pergi dibawa oleh teman barunya. Ayah dan ibu Azlina juga tidak mampu menghalang kerana terpaksa menghormati keputusan anak mereka.

“Benar kata orang, hati wanita ibarat kerak nasi, segera lembut bila disiram dengan air.” Keluh Mus, kesal. “Biarlah mereka bersukacita di atas penderitaan aku.”

“Setiap perjuangan menuntut pengorbanan dan akulah mangsanya. Hakikat ini terpaksa kutelan semata-mata kerana aku buta!” tambah Mus lagi, sedih. “Kenapa tidak digubal Akta Orang Kurang Upaya di negara ini bagi menangani ketidakadilan yang maharajalela?”

Kemudian, Mus memutuskan untuk membawa diri berhijrah ke ibu kota. Alasannya tidak sanggup lagi diganggu oleh igauan indah yang kini tinggal kenangan mengerikan. Di sana di celah-celah rimba batu, dia berharap seteguk kedamaian akan segera menjelma, sungguhpun angin lalu masih memuput, mensisir suram senja berarak. Sejurus itu, dia terdengar khabar berita Azlina menangis kerana terkilan.

“Abang Mus!... Abang Mus!... kenapa ini harus berlaku?” bentak Azlina, sayu. Serta-merta, tangan Mus terasa panas, membayangkan kehangatan air mata Azlina yang mengalir.

“Sejak kecil aku mendengar Azlina menangis dan sampai hari ini dia masih lagi menangis!” kata hati Mus, juga sebak. “Azlina menangis sebab dia memilih untuk menangis.”

Mus walaupun sukar, tetapi pasrah. Dia merelakan tangisan Azlina lenyap dari ingatan kerana menganggap sudah kehilangan hak terhadap kolam air mata yang melimpah. Lantaran itu, membubuhi titik noktah pada rentetan peristiwa dan memberi peluang kepada kedua-dua mereka untuk membuka lembaran baharu dalam diari kehidupan masing-masing. Azlina! Mus kini sendiri.

Tuesday, January 12, 2010

4 isteri jagalah isteri pertama.

4 isteri jagalah isteri pertama.


Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.

Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku…aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.

DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!

Monday, January 11, 2010

Kisah Cinta.

dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi…nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dengan waktu. SO, pandai-pandaila bagaimana merawatnya supaya cinta pertama tetap segar..first love never dies..yang pertama belum tentu yang terbaik..tetapi yang terakhir biasanya yang terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm..yang ni biasanya dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan daripada kita ingin mendapatkan pasangan yang boleh memberi pengetahuan tentang segalanya.
Pasangan yang juga boleh menjadi ‘guru’, seorang yang boleh kita jadikan idola dan yang dapat menolong mengembangkan bakat @ diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yang terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua-dua belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yang terlalu jauh kadangkala boleh membuat salah satu pihak merana…bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat…macam kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dengan Sabariah anak Nyonya Mansor tula…

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yang tertarik kepada lelaki yang dah ‘terikat’ atau sebaliknya ada wanita yang gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini, ‘terikat’ itu telah menimbulkan cabaran dan dugaan yang cukup sukar ditepis.

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..jadi, berikanlah cinta yang tulus kepadanya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja orang masuk meminang..usaha kena ada juga. Oleh itu..berusahalah kita untuk mendapatkan cinta yang kita inginkan…

Apa yang pasti…cinta yang Agung itulah yang kekal abadi…kasih manusia sering bermusim…sayang manusia tiada abadi…Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

Sunday, January 10, 2010

Kesilapan Semalam.

Kesilapan Semalam
Semalam,
Aku tiba-tiba tersasar dari landasan,
Bermimpi terus bermimpi tanpa ingin terjaga,
Akhirnya aku hanyut di bawa arus,
Tenggelam dan terkapai-kapai,
tanpa arah,
tanpa tujuan.

Kehadiranmu umpama bayang-bayang,
ingin ku pegang tapi sia-sia cuma,
kebahagian hanya seketika,
merupakan sebuah dongengan.
belaian yang dihadiahkan,
hanya sebuah sandiwara,
membuat aku lupa jalan pulang,
membuat aku hilang berjuta pertimbangan,
membuat aku jatuh tersengkur sukar untuk bangun.

pertemuan semalam adalah suatu kesilapan,
yang datang tanpa kad undangan,
menjadikan aku seorang insan,
yang daif untuk menilai mana benar dan mana palsu,
mana kenyataan dan mana penipuan.

Apabila aku hampir lemas,
ada tangan yang menarikku ke atas,
akhirnya aku tersedar kembali,
bayangmu tetap menjadi bayangan,
yang tak mampu ku sentuh lagi.

kesilapan semalam biarlah berlalu,
jangan ada lagi mimpi yang tak pasti itu,
aku mulai waras untuk memikirkan,
kesilapan itu tak mungkin lagi ku ulangi,
untuk kedua kali.

selamat tinggal kekesalan semalam,
semoga kesilapan itu takkan berulang lagi,
aku kini kembali bersama seribu keinsafan.

Saturday, January 9, 2010

Siapakah M. Hayat?

Siapa Sebenarnya M Hayat?
Oleh:
Mohd Nazri bin Nawi, Bachok, Kelantan

Dipetik dari: Majalah SBM May-Ogos 2006


Mat Darus bin Sulaiman
(M. HAYAT)

Sebutir bintang di hujung jari, menari-nari mengetuk abjad-abjad huruf di mesin taip. Jari-jemari itu menari-nari mengukir bakat, melahirkan cetusan idea, hingga mengharumkan namanya di persada dunia penulisan kreatif. M Hayat, atau nama sebenarnya Mat Darus Sulaiman, seorang penulis yang tidak upaya penglihatan. Dilahirkan pada 30 Januari 1952 di kampung Gual Nibong, Gual Periuk, Pasir Mas, Kelantan. Sulaiman bin Ngah bapanya, telah meninggal dunia semasa beliau masih kecil lagi. Ibunya, Halimah binti Mohd Daud mengambil alih tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ketua keluarga dalam mencari sesuap nasi demi untuk meneruskan penghidupan ini, menjaga dan membesarkan beliau adik beradik.

Anak ketiga daripada tujuh beradik ini mempunyai bakat yang besar biarpun hilang upaya penglihatan sejak berusia empat tahun lagi. Meskipun insan seni ini tidak berpeluang mendapat pendidikan formal di sekolah biasa atau di sekolah khas, namun jauh di sudut hatinya tersimpan satu hasrat, satu cita-cita untuk menjadi seorang penulis yang berjaya, setanding atau sebarisan dengan penulis-penulis tersohor yang lain, yang sempurna pancainderanya.

Minatnya terhadap dunia penulisan khususnya bidang sastera sejak berusia empat belas tahun lagi, lantaran itu beliau belajar mengeja daripada adik-adiknya yang masih bersekolah ketika itu. Kemudian belajar menaip daripada Mohd Sayuti Omar, rakan karib sekampung dengannya yang kini merupakan seorang penulis buku politik yang tidak asing lagi di negara kita.

Setapak demi setapak beliau mengatur langkah ke arah mencapai cita-cita murninya. Pada tahun awal tujuh puluhan beliau mula menulis secara serius. Pembabitan beliau dalam dunia penulisan kreatif banyak menghasilkan karya berbentuk puisi dan manuskrip drama radio. Puisi-puisinya pernah menghiasi dada akhbar dan majalah, begitu juga manuskrip-manuskrip dramanya pernah dilakonkan menerusi corong radio. Drama pertama beliau berjudul “Pertemuan” pernah disiarkan di radio Kota Bharu seawal tahun tujuh puluhan.

Selain berkarya, beliau bergerak cergas dalam persatuan penulis seperti Persatuan Penulis Kelantan (PPK), Persatuan Penulis Gual Periuk (PENGUPER), yang telah melahirkan ramai penulis tersohor di negeri Kelantan seperti Nor Hisyam Mustafa, Mohd Sayuti Omar, Mukhtar Mustafa, M Hayat dan ramai lagi. Beliau pernah diundang sebagai penceramah dalam bengkel penulisan anjuran persatuan tersebut khususnya dalam bidang penulisan skrip drama radio. Beliau juga aktif dalam Pertubuhan Orang-Orang Cacat Penglihatan Malaysia Kawasan Kelantan (SBM) sebagai Setiausaha yang ketika itu baru bertapak di Negeri Kelantan. Kemudian memegang jawatan pengerusi selama dua puluh tahun, iaitu mulai tahun 1986 hingga kini. Beliaulah antara orang yang telah banyak berjasa untuk memajukan SBM Kawasan Kelantan seperti yang ada pada hari ini. Kepemimpinannya adalah sangat disanjung dan disenangi oleh kalangan ahli-ahlinya.

Pada zaman kegemilangannya sekitar tahun-tahun 1970an, beliau bagaikan seorang artis, sering dikunjungi para wartawan untuk memaparkan karyanya di akhbar-akhbar dan majalah, menjalinkan hubungan yang rapat dengan juruhebah-juruhebah dan penerbit-penerbit yang mengelolakan rancangan sastera di radio. Di waktu itu, penggiat sastera memang mendapat tempat di mata masyarakat umum, jiwa anak-anak muda sezamannya bisa dilenturkan dengan kesenian dan keindahan sastera, justeru itu, seperti penulis-penulis lain tersohor beliau tenggelam dalam kebanjiran peminat. Saban hari bertimbun-timbun kad ucapan mahupun surat daripada peminat datang bertamu, Azman adiknyalah yang membaca untuknya dan membalasnya setakat mana yang sempat. Saya juga ketika itu salah seorang yang meminati hasil-hasil karyanya tetapi tidak berpeluang untuk mengenali lebih dekat lagi siapa empunya nama M Hayat.

Di kemuncak kegemilangannya itulah, di suatu majlis deklamasi puisi anjuran Persatuan Penulis-Penulis Kelantan yang berlangsung di Taman Indra Putera (Kota Darul Naim) bermulanya detik perkenalannya dengan seorang gadis yang ketika itu merupakan peserta deklamasi puisi. Pertemuan yang bermakna itu disusuli pula dengan terukirnya bibit-bibit cinta antara dua insan hingga ke jinjang pelamin.

Pada 17 Oktober 1982 beliau mendirikan rumah tangga bersama Pakhriah Binti Daud. Hasil perkongsian hidup yang lebih bermakna itu beliau telah dikurniakan lima orang cahaya mata, tiga lelaki dan dua perempuan. Nazahiah Fadhlina, Mohd Amilin, Ahmad Murshid, Marahaini dan Ahmad Mukhlis. Kini dua orang cahaya matanya telah mula menampakkan kejayaan dalam hidup mereka, Nazahiah Fadhlina, anak sulungnya baru tamat pengajiannya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan sedang menunggu panggilan bertugas sebagai guru. Mohd Amilin, anaknya yang kedua sedang menuntut di Universiti Melaya dalam jurusan Pengajian Melayu. Yang lain masih bersekolah. Ahmad Murshid, baru di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Perdana, Tangok, Bachok. Marahani, anak keempatnya, baru darjah tiga di Sekolah Kebangsaan Jelawat, Bachok, manakala anak bongsunya, Ahmad Mukhlis baru berusia tiga tahun. Itulah zuriat yang membawa sinar bahagia dalam rumah tangganya.

Sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya, beliau tidak lupa akan tanggungjawabnya dengan meraih rezeki daripada hasil penulisannya. Sebagai seorang penulis terbilang milik masyarakat, beliau terus berkarya lebih giat lagi dengan ditemani dan dibantu oleh isterinya. Puan Pakhriah tidak jemu-jemu menyemak manuskrip-manuskrip yang ditaipnya sebelum dihantar ke penerbit. Jika kita mengikuti perkembangan rancangan-rancangan radio pada tahun-tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan pasti kita masih ingat lagi drama-dramanya popular di kala itu seperti drama keluarga bersiri berjudul “Sebuah Rumah Sebidang Tanah”, “Keluarga Pak Awang”, dan drama masyarakat yang disiarkan setiap hari oleh radio satu iaitu drama berjudul “Budi Disemai Bakti Dituai”. Bagi menjayakan drama-drama itu, beliau diundang sebagai penulis panel untuk menghasilkan manuskrip-manuskrip drama tersebut bersama penulis-penulis lain yang tersohor.

Selain daripada itu, masihkah kita ingat pada rancangan Gurindam Kencana? Di mana rancangan itu memaparkan drama purba yang diiringi dengan syair, dan disiarkan secara bersambung pada setiap minggu, “Awang Kerapu” itulah manuskrip drama yang pernah dihasilkan oleh beliau. Rancangan “Melodi Romentika” dan “Irama Bersajak” adalah rancangan yang memuatkan puisi dan lagu terbitan stesen Radio Angkasapuri, banyak juga penglibatan beliau dalam menyumbangkan penghasilan skrip. Siri Drama Takwa, sebuah drama berunsur Islam yang memaparkan kisah perjuangan Rasulullah dan para sahabatnya, terbitan stesen Radio Kota Bharu banyak sekali menerima penghasilan manuskripnya.

Di sepanjang pembabitan beliau dalam dunia penulisan kreatif, lebih beratus-ratus buah manuskrip drama radio dan berpuluh-puluh buah puisi telah dihasilkan. Namun putaran waktu pantas berlalu, meninggalkan sisa-sisa kenangan yang abadi di sudut memorinya bersama kegemilangan bagaikan sebutir bintang di langit biru. Meskipun M Hayat telah bersara daripada dunia penulisannya, namun hayatnya masih ada, meneruskan kehidupannya. Beliau masih berbakti pada pertubuhan ini. Kesungguhan, ketabahan, kecekalan dan ketekunan mengukir keharuman namanya di masa silam menjadi idola kepada saya untuk meneruskan warisan kesusasteraan ini kerana M Hayat pernah berpesan, ”Di mana ada jalan, di situ ada ruang dan kecacatan bukan penghalang.”

Saturday, January 2, 2010

Betulkah Berita ini?

Betulkah Berita Ini?Assalammualaikum!

Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai fakta menarik yang kadangkala tidak masuk akal, sewaktu kita melayari internet. Adakala fakta-fakta tersebut membuat kita termenung, adakala fakta-fakta tersebut membuat kita merasa bodoh terpedaya. Tapi, benarkah fakta di bawah ini?

1.Arabic numerals bukan berasal dari Arab, tapi diciptakan di India.

2.Untuk setiap patung memorial orang diatas kuda, jika 2 kaki depan kuda terangkat, maka orang tersebut mati dalam pertempuran, jika satu kaki kuda yang terangkat, maka orang tersebut mati karena luka dalam pertempuran, jika 4 kaki kuda menginjak tanah, orang tersebut mati secara normal.

3.Angkasawan dilarang mengambil makanan kacang sebelum menjelajah ruang angkasa karena jika buang angin dalam baju khusus angkasawan tersebut dapat membahayakan mereka.

4.Winston Churchill dilahirkan di toilet wanita ketika acara tarian.

5.Donald Duck dilarang beredar di Finland karena Donald Duck tidak memakai seluar.

6.Nama asal Donald Duck adalah Donald Flauntleroy Duck.

7.Ratu Elizabeth I menderita Anthophobia (takut akan mawar).

8.RSVP adalah Respondez s'il Vous Plait yang artinya 'mohon jawapan'.

9.Ikan mas yang bunting disebut 'twit'.

10.Novel pertama yang menggunakan mesin taip adalah 'Tom Sawyer'.

11.Perang paling singkat dalam sejarah adalah perang Zanzibar dan England tahun 1896. Zanzibar menyerah kalah setelah 38 menit.

12.Elvis mempunyai saudara kembar bernama Garon, yang meninggal saat lahir, maka nama tengah Elvis adalah Aron, untuk menghormati saudaranya.

13.Shakespeare yang menemukan kata "assassination" dan "bump".

14.Nama Jeep (jip) diampil dari singkatan "GP", bahasa militer untuk General Purpose.

15.Seorang "quidnunc" adalah sebutan untuk orang yang selalu ingin tahu gosip terbaru.

16.Leonardo Da Vinci yang menemukan gunting, helikopter, dan banyak alat lainnya.

17.Dalam film Silence of The Lambs, tokoh Hannibal Lecter tidak pernah berkedip.

18.Di jepun, kedai kopi disebut 'Kissaten'.

19.Johnny Deep takut pada badut.

20.6 bahasa rasmi PBB: English, French, Arabic, Chinese, Russian and Sp