Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Friday, September 23, 2011

Dunia Kapur Barus Dan Kain Kaffan.

Assalammualaikum.

Baru-baru ini saya terbaca mengenai kisah Imam Ghazali Rahimahullah diriwayatkan mendapat tanda-tanda kematiannya sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk hadapi sakaratulmaut sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan wujud, cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Tulisan ini merujuk kepada beberapa kematian yang berlaku dalam kalangan sahabat-sahabat terdekat, jiran-jiran dan kenalan jauh yang tidak pernah bersua rupa, namun kita kenal melalui perkhabaran tentang kebaikan mereka, kemurnian hati dan baik budi pekerti mereka.
Padahal mereka itu baru sahaja kita jumpa dan bertanya khabar. Kita rasa akan ada lagi peluang untuk bertemu, namun tahu-tahu sahaja kita mendapat perkhabaran si polan telah pergi dulu.
Ramai yang percaya kepada beberapa tanda kematian, ada juga yang menyebut `buang tebiat’ apabila sedar dengan tanda-tanda itu. Biasanya orang yang akan pergi dulu tidak merasainya tetapi orang keliling tahu. Tanda-tanda diberikan agar kita dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Kami adik-beradik memang biasa dengan kematian kerana bapa saya menjalankan tanggungjawab sebagai tukang mandi jenazah dalam kariahnya. Pintu rumah kami selalu diketuk tidak kira subuh, pagi, tengah hari, petang atau malam. Malah sebagai orang lama bapa seperti dapat menghidu jika akan berlaku sesuatu kematian.
Dia tidak akan meninggalkan rumah. Dia payah diajak tidur di rumah anak-anak yang jauh. Dia akan memberi pelbagai alasan padahal isu kematian itulah yang mulai dia rasai tetapi tidak diberitahu kepada sesiapa.
Kami membesar dalam dunia kapur barus, sintok, air mawar, kain kapan dan segala keperluan menguruskan jenazah dan pantang bagi bapa saya – jangan bertanya tentang jenazah yang dia sudah uruskan. Dia sama sekali tidak akan menceritakan aib jenazah.
Sehari dua ini apabila menerima berita kematian sahabat kita tersentak, alangkah mudahnya mereka pergi. Sahabat saya Datin Amelia meninggal dalam tidur. Begitu juga bagi penulis terkenal Liana Afiera Malik, juga pergi tiba-tiba. Sebelum itu Dr Lo’ Lo pergi dengan tenangnya. Seorang rakan saya meninggal dunia sebaik selesai solat Subuh, sedar-sedar sahaja sudah tiada nyawa.
Sesungguhnya janji Tuhan tidak mengira masa. Sedikit pun tidak tercepat atau terlewat. Kata orang, seratus hari sebelum kematian hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh - dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan alami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk menggunakan masa yang ada bagi mempersiapkan diri dengan amalan.
Namun bagi saya, tidak kira 100 hari atau 40 hari sebelum kematian, hendaklah kita sentiasa bersedia. Bertaubatlah setiap hari. Bermaafanlah setiap ketika. Berlapang dada, ikhlaskan hati dengan sesiapa sahaja. Lagi bertambah usia kita, lagi dekat tarikh kematian kita.

Tuesday, September 20, 2011

10 Orang Paling Anih dan Ajaib.

Assalammualaikum!

Inilah yang dikatakan ketentuan dan kekuasaan Allah. Apa saja yang Allah kehendaki terjadi, semuanya akan terjadi. Bersyukurlah kita tidak seperti mereka, walaupun kita cacat.

 

1.    Wang – Manusia Unicorn
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!

Tahun 1930, seorang petani China dari Mancgukuo bertemu dengan seorang banker Russia. Orang Rusia itu mengambil gambar si petani dan menghantar fotonya ke Robert Ripley dari acara ‘Believe It Or Not’.

Diketahui sebagai Wang, atau terkadang dipanggil Weng, petani ini sebenernya bertubuh normal, melainkan tanduk sepanjang 14 inci yang tumbuh dari belakang kepalanya. Ripley menawarkan wang yang banyak buat siapa saja yang boleh membawanya tampil di Odditorium. Namun, Wang menghilang dari awam di awal 1930an dan nggak pernah terdengar lagi kabarnya.

2.   Martin Laurello – Manusia Burung Hantu
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Lelaki bernama Martin Laurello ini lahir dengan nama Martin Emmerling di Nuremburg, Jerman tahun 1886. Dia mulai berakting di Eropah ketika berumur 20an dan berlanjut ke Amerika tahun 1921. Dia tampil beberapa kali di Coney Island dan bekerja juga untuk Ringling Bros, pertunjukkan Barnum & Baileys. Dia juga bekerja untuk Royal American Shows milik Dick Best dan akhir tahun 19945 tampil dengan Ripley dengan “Popeye Perry” dan “Junior Stiles”, bocah lobster berumur tujuh tahun.

3.   Mary Ann Bevan – Wanita Terjelek
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Mary Ann Webster lahir di London, England tahun 1874,dengan tujuh saudara. Ketika muda, dia bekerja sebagai perawat dan tahun 1903 menikah dengan seorang penjual sayuran, Thomas Bevan. Tidak lama setelah menikah, Mary Ann mulai memperlihatkan gejala acromegaly, pembesaran kerana pertumbuhan abnormal dan kelainan fungsi di wajah, seperti sakit kepala, penglihatan kabur dan sakit otot dan sendi. Dia punya empat anak sebelum Thomas meninggal tahun 1914.

4.   Mme. Clofullia – Wanita Berjanggut
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Madame Clofullia lahir dengan nama Josephine Boisdechene di Switzerland. Kata orang, dia lahir dengan tubuh berambut dan punya janggut seteba; 2 inci di umur delapan. Di umur lapan tahun, dia mulai melakukan tour di Eropah bersama ayahnya. Di Paris, dia bertemu pelukis Fortube Clofullia dan lalu menikah dengannya. Dia menjadi terkenal karena menunjukkan janggutnya saat meniru punya Napoleon III. Lalu, penguasa daerah itu memberinya permata yang sangat besar.

5.   Myrtle Corbin – Wanita Berkaki Empat
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Josephine Myrtle Corbin lahir di Lincoln Country, Tennesee tahun 1868. Dia lahir dipygus, punya dua panggul terpusah bersebelahan dari pinggang. Kaki tambahan ini adalah bagian dari kembarannya yang nggak terpisah dengan benar, kayak Frank Lentini yang punya tiga kaki. Setiap kaki kecilnya sepasang dengan kaki yang besar, Dia mengatakan boleh menggerakan kali kecilnya, tapi tidak cukup kuat buat berjalan. Dia punya empat puteri dan satu putera.

6.   Mademoiselle Gabrielle – Wanita Setengah
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Lahir di Basle, Switzerland, tahun 1884, Gabrielle Fuller pertama kali ikut sirkus di Paris Exposition tahun 1900. Dia melakukan perjalanan dengan Ringling Brothers Circus tampil di pertunjukkan Dreamland Coney Island. Dia menikah dua kali, yang pertama dengan John de Fuller. Dia punya badan atas yang sempurna yang berakhir di pinggang.

7.    Lionel – Bocah Berwajah Singa
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Stephan Bibrowsky lahir di Ploandia tahun 1890 dari orang tua yang normal. Dia menderita hypertrichosis, kelainan genetik yang jarang terjadi yang menutupi seluruh tubuh dengan bulu. Hanya ada sekitar 50 kasus dari kelainan ini yang diketahui sejak abad pertengahan. Dalam kasus Lionel, rambut sepanjang enam inci menutupi badannya. Dia ditemukan oleh seorang dari Jerman bernama Meyer saat dia empat tahun dan menjadi terkenal di Eropa dimana dia mendapat julukan manusia berwajah singa. Beda jauh sama binatang tentunya, dia pakai baju dan gaul dengan lima bahasa yang dia kuasai.

8.    Juan Baptista dos Santos – Lelaki Dengan Dua Penis
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Jean (atau Juan) Baptista dos Santos dikatakan telah menjadi seorang “Gipsey”, lahir di Faro, Portugal di 1843. dari suami-isteri normal dengan dua anak normal lainnya. Kerearnya di pertunjukkan diawasi oleh pasukan perubatan. Tahun 1865, dia menghasilkan 200.00 franc untuk tampil dengan sirkus di Perancis selama dua tahun. Dia memiliki dua penis yang berfungsi dam tiga scrota, dua bagian yang punya satu testis. Dos Santos mengatakan dulunya dalam scrotum tengahnya juga juga terdapat sepasang testis, tapi sekarang telah menyatu dengan peruts saat dia berumur sepuluh tahun.

9.    Joseph Merrick – Manusia Gajah
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Lahir tahun 1862, Joseph Merrick memiliki kelainan fizik iaitu daun telinganya tumbuh sangat besar ketika dia berumur lima tahun. Dia ikut sebuah pertunjukkan di tahun 1884, di sana dia diperlakukan dengan baik dan mendapat banyak wang. Seorang doktor pengunjung melihatnya dan berencana mengubah hidupnya. Sekarang diketahui Joseph Merrick sebenernya dia menderita sindrom Proteus dan bukan elephantiasis yang seperti yang dikira. Merrick meninggal di umur 27 kerana mati lemas saat tidur.

10.   Ella Harper – Gadis Unta
 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!Inilah tulisan pitch card dari Ella Harper. Pitch card tuh iklan buat attraksi pertunjukkan.
“Saya dipanggil gadis unta kerana lutut saya menghadap belakang. Saya bisa berjalan dengan tangan dan kaki saya seperti yang Anda lihat di gambar. Saya telah berpergian untuk pertunjukkan selama empat tahun dan sekarang, tahun 1886 dan saya memutuskan berhenti dan pergi ke sekolah dan mencari kegiatan baru”  ~~mypepito

 10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!  10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!  10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!  10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!  10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!  10 Orang Paling Aneh Dan Ajaib!

Sumber: Mran3238′s Blog » Aneh Tapi Benar