Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Monday, July 12, 2010

BAHANA UBAT KUAT SEKS!

Assalammualaikum!
Dalam kehidupan harian, nikmat sex adalah sesuatu yang patut kita hargai. Apabila usia meningkat, dan kesihatan mula mencemburui tubuh, dikala itu, nikmat sex mula mengendur. Selagi nikmat sex masih ada, perkasakannya dengan cara yang betul dan halal.

BAHANA UBAT KUAT SEKS!
UBAT KUAT RAGUT NYAWA
Tidak takut mati
! itu tindakan gila segelintir lelaki yang sanggup menggadai nyawa

demi memuaskan
nafsu serakah dengan mengambil ubat menambah tenaga seksual tanpa

mengetahui status
kandungan dan syarikat pengeluar ubat berkenaan.
Akibatnya, ada di antara mereka bukan sahja mengalami pengalaman pelik

seperti kemaluan
menjadi kecut dan pendek, malah menemui ajal ketika melakukan hubungan

seks.
Seorang lelaki kaki ubat kuat tegar yang hanya mahu dikenali sebagai

Abang Zack,
50 tahun, dalam pengakuannya berkata, kes kematian ketika melakukan

hubungan seks
itu membabitkan seorang rakannya dan ia berlaku pertengahan tahun lalu.
“Umur rakan saya itu sebaya dengan saya. Dia mati ketika melakukan

hubungan seks
dengan isterinya. Saya yakin kematiannya ada kaitan dengan ubat kuat

kerana sebelum
pulang ke rumah dia memaklumkan kepada saya yang dia mengambil ubat

yang kami namakan
pil sempoi’ untuk melayan isterinya.
“Esoknya saya menerima berita kematiannya dan ketika menghadiri

pengebumiannya, saya
dimaklumkan dia makan sebiji lagi pil sempoi ini sebelum mengadakan

hubungan seks
dengan isterinya,” katanya.
Abang Zack berkata, berdasarkan pengalamannya yang pernah mengambil

pilihan jenis
ubat kuat sejak berusia 20-an, memang ada ketikanya hasil diharapkan

tidak menjadi,
sebaliknya berlaku komplikasi pada alat sulit.
“ Satu pengalaman yang sukar dilupakan ialah apabila alat sulit saya

mengecut dan
menjadi pendek hanya kira-kira tiga inci.Keadaan itu berkekalan untuk

beberapa hari
menyebabkan saya hamper panik.
“Puas juga saya berjumpa beberapa tukang urut untuk memulihkan kembali

‘kecacatan
itu, dan mujur seorang daripada mereka berjaya melakukannya.Jika tidak

pasti saya
menyesal tak sudah,”katanya.
Ditanya tidakkah kejadian itu membuatkan dia serik untuk mengambil ubat

kuat yang
kebanyakkannya di beli di kaki lima atau daripada rakan, Abang Zack

berkata, dia
insaf hanya seketika kerana sukar untuk menghentikan amalam itu.
“Kalu boleh, memang saya nak berhenti tapi ia bukan senang,Saya ada

ramai teman wanita,
kalau tak ambil ubat kuat macam mana saya nak melayan mereka,”katanya.
Malah, kata Abang Zack, selepas sekian lama menambil ubat kuat, dia

kini semakin
berani dan seronok untuk mencuba apa sahaja ubat kuat yang

diperkenalkan kepadanya.
“Saya akan mencuba apa saja ubat yang dikatakan baru, tetapi saya hanya

peruntukkan
RM10 untuk setiap ubat.Jika ubat itu berkesan, saya kan terus ambil.
“Jika kesannya tidak seberapa, saya tidak akan mengambilnya lagi,”

katanya sambil
memberi beberapa gelaran untuk ubat kuat yang pernah dicuba seperti

‘kambing gurun
, ‘ubat semu’, ‘semut negro’ dan ‘semut hitam’............
Harian Metro 23 mei 2010.

KENAPA ANDA HARUS MENDAPATKAN UBAT KUAT SEKIRANYA ADA CARA LAIN YANG

LEBIH SELAMAT
DALAM MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS ?
TEMPAH BAHANA
KUALA LUMPUR: “Kebanyakan ubat kuat tidak berdaftar mengandungi bahan

terlarang berbahaya
dan sesiapa mengambilnya sebenarnya sengaja turut menempah derita,”

kata pakar sakit
tuan, Dr Ismail Thamby, mengenai tabiat ramai lelaki yang ‘kemaruk’

ubat kuat, kononnya
mampu hebat di ranjang.
“Memang ada jenis ubat kuat mampu memberi kehebatan berganda kepada

pengambilannya
namun mesti diingat, ia juga mempunyai kesan buruk kepada anggota

badan.
“Kebanyakan ubat ini dicipta untuk menggandakan pergerakan darah dalam

badan, sekaligus menyalurkan lebih banyak darah ke semua anggota

tubuh... tetapi bila keadaan
ini kerap berlaku, jantung seseorang itu terdedah kepada masalah

serangan sakit jantung,”
katanya.
Menurut Dr Ismail, ada di kalangan pesakit yang datang berjumpanya

mengakui mengalami
masalah apabila alat sulit mereka tidak lagi mampu berfungsi secara

normal dan terpaksa
bergantung dengan ubat berkenaan.
“Saya pernah mengendalikan kes seorang pesakit yang berdepan masalah

mati pucuk akibat
mengambil ubat kuat yang di jual di kaki lima,” katanya.
Dr Ismail berkata, tanda awal kes negatif pengambilan ubat kuat yang

mengandungi
bahan terlarang ialah pening kepala, panas badan, bengkak di anggota

badan tertentu
dan menggigil.
Katanya, walaupun sehingga kini dia belum pernah merawat pesakit yang

mengalami masalah
terlalu kronik akibat penggunaan ubat itu, namun dia turut mendengar

ada di kalangan
mereka mati beberapa saat selepas menelan ubat berkenaan.
“Saya belum pernah menerima pesakit yang mengalami gejala kronik kesan

pengambilan
ubat, cuma ada pesakit yang datang dan memaklumkan alat sulitnya

bengkak.
“Hasil pemeriksaan, saya mendapati ia disebabkan darah yang memasuki

kemaluannya
beku hingga merosakkan otot serta tisu,” katanya.
Menurut Dr Ismail, setiap penggunaan ubat, termasuk rawatan secara

urut, akan memberi
kesan kepada alat sulit seseorang itu berikutan keadaan alat sulit

manusia sememangnya
sensitif.
“Jika selalu berurut pun tidak elok juga kerana alat sulit lelaki penuh

dengan pembuluh
darah, tisu serta otot yang sensitif.
“Bila sentiasa diurut, kemungkinan ia boleh membuatkan salur darah

serta tisu rosak,
sekali gus menyebabkan kecacatan pada alat sulit dan penyebab ia tidak

boleh berfungsi
seperti biasa,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan

Farmasi Kementerian
Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan ubat kuat, terutama jenis

herba yang
tidak berdaftar, biasanya dicampur dengan bahan kimia Sildenafil dan

Tadalafil.
Katanya, Sildenafil dan Tadalafil sememangnya digunakan bagi merawat

individu yang
mengalami masalah ereksi di kalangan lelaki, namun ia perlu digunakan

mengikut nasihat
doktor.
“Sildenafil dan Tadalafil mampu merangsang syahwat, tetapi

penggunaannya mestilah
hanya sekali dalam tempoh 24 jam dan bergantung pada arahan doktor.
“Masalahnya, ia selalu disalah gunakan dalam kebanyakan ubatan kuat

tidak berdaftar.
Apabila ada individu mengambilnya berulang kali dalam tempoh singkat ia

sangat berbahaya
kerana boleh memberi masalah kepada jantung dan menyebabkan tekanan

darah menjadi
tinggi,” katanya.
Katanya, mana-mana individu yang didapati memproses atau menjual ubat

kuat dengan
label ubatan tradisional, sedangkan menggunakan Sildenafil dan

Tadalafil boleh didakwa
mengikut Akta Jualan Dadah 1952.
Jika didapati bersalah menjual ubat berkenaan boleh didenda tidak lebih

RM25,000
atau penjara tidak lebih tiga tahun. Bagi kesalahan kali kedua pula,

boleh didenda
tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.
Harian Metro ,23 mei 2010

No comments: