Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Tuesday, March 30, 2010

Anakku di Rogol.

hari ini aku terpanggil nak meluahkan apa yang terbuku dalam hati aku.

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul. aku tak nak cerita secara detail, kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12
tahun, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya, guru mengaji. Hati bapa mana tak gusar? sekarang selepas buat report pada polis dan medical
checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria. Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah
mengampunkan dosa-dosa ku yang lalu.

Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, adalah dari kesilapan lampau aku. Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 tahun, 2 tahun
dahulu. Pada awalnya hanya sebagai kawan di kala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dengan isteri aku. Nak dijadikan cerita, aku ada buat
benda tak elok pada this girl. Aku namakan dia Ayu.

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap-luap. tau-taula suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut-tut dengan
Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun dia tak bagi,cium apatah lagi. Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan dia berjalan
lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke. Di situ aku dah rancang sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dalam minuman ayu.
Lepas aku tengok dia high, aku cepat-cepat bawa dia check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap-luap, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu
sedari. Nikmatnya tak terkata. namun selepas menyedari keesokkan paginya, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati.

Dalam keadaan huru-hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab diatas segala kesalahan aku. Masa tu aku fikir nak nikah dengan ayu, memandangkan
hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.

Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu ke rumah sewa. Sambil ayu menangis teresak-esak,ayu merayu jangan tinggalkan dia dalam keadaan
macam ni. Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku. nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja rumah, isteriku melayan aku dengan baik sekali, tiba-tiba aku rasa bersalah yang amat pada isteri, sambil melihat wajah
anak-anak ku yang masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku. aku masih sayang pada isteriku.

Bila terfikir tentang ayu, aku rasa bersalah yang amat pada isteriku. sejak itu isteriku melayan dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada
ayu makin pudar. Ayu pula semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga aku. Janji yang aku tabor pada ayu,
hanya janji manis saja.

Aku cuba jauhkan diri aku dari ayu, supaya aku setia pada keluarga aku. Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.

Satu hari yang tak disangka pabila aku pulang kerumah, aku nampak kereta ayu di depan rumah ku, aku tercari-cari ayu di mana dia. Dalam perjalanan menuju
ke rumah aku terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh. aku panic, tapi apa yang terjadi aku akan hadapi. Bila melangkah masuk ke rumah, aku lihat
ayu merayu-rayu melutut depan isteriku, dengan muka bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri memberitahu perempuan gila ini, telah ada menjalin
hubungan dengan aku dan dia mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknya menendang dan menampar ayu
sepuas-puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rasa bersalah aku menarik ayu dan menghalau dia keluar dari rumah. Menangis ayu melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku
pecah. Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi. dan ayu juga
melafazkan' aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'. terus ayu menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan
kekasih lama.oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati dia, dia naik syok dengan aku. Isteriku tak puas hati tapi dia siap warning jika benar aku takde
apa-apa affair dengan ayu, dia maafkan aku, kalau tak dia akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah memang aku tiada affair dengan ayu. Keesokan harinya, aku cuba call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu. Sebaik
ayu mengangkat telefon terus dia hysteria dan menyumpah-nyumpah aku. sumpah yang aku masih teringat-ingat. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'.

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas.

Sekarang bila terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib aku, anak-anak aku. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf
dari ayu, tapi ayu sudah tiada. Aku bingung,..setiap malam aku buat sembahyang sunat taubat. tapi bayangan ayu selalu hadir dalam mindaku.

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku. perit, sungguh perit.  ya, kisah aku lebih kurang dalam cerita-cerita rekaan yang selama ni kita
tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar-benar berlaku, hingga aku terkelu sendirian. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yang menyindir.
tapi memang aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup. hidup aku,hidup family aku dan hidup insan lain.

tatkala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru, memikirkan hal anak aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa
memandu. anak aku sekarang semakin histeria,dia tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa, takut,bingung,menangis. aku dan isteri sangat sedih.anak
aku suka sendirian dalam bilik, pernah dia berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu. kami takut dia bunuh diri atau mencederakan
diri.

setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku, minggu lepas kami ada bawa dia berjumpa kaunselor, tapi nampaknya anakku
hanya menyembunyikan diri di belakang kerusi. isteriku menangis dan aku menahan sebak. kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nanti. sekarang
mungkin dia rasa tak selamat nak berjumpa orang asing.

anakku juga tak berapa makan,kami risau dia akan sakit. aku pun tak tau nak buat apa, anakku hanya suka bersendiri, kadang-kadang terdengar dia menyanyi
sorang-sorang, risau juga takut dia alami gangguan emosi. dia terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil dia tau apa yang bakal
diealami bila dewasa kelak.

jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosaku diampunkan.

berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada hubungi sepupu dia Kay..kay memberitahu ayu sudah meninggal dunia. kesnya terkena
buatan orang. yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengan isteriku. selepas itu,
ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang dia tanggung, kay beritahu mujur
ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana dia nak hadapi family dan masyarakat. hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan. selepas beberapa bulan berlalu,
ada jejaka di kampung meminang ayu, tapi ayu menolak. ayu jelaskan pada kay, dia tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya. aku
terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

jejaka tu berang bila ayu menolak pinangan. lepas tu hidup ayu terus porak peranda.puas dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir.kay kata
ayu terkena santau dari siam.siapa yang buat wallahualam.

selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan. sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup orang lain sekaligus.

mengenai anakku ni, kejadian hitam yang berlaku atas kecuaian aku dan isteri juga.sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji.selepas hari
raya lepas, aku menghantar anakku pergi mengaji ke rumah orang ni lagi.pada malam tu hanya anakku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. pelajar lain
tidak hadir kerana masih yang belum pulang dari kampung beraya. masa kejadian itu isterinya ke rumah orang untuk beraya.kalau aku periksa dulu dan hanya
anakku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan dia pergi mengaji malam tu.tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

aku pun hairan, dalam banyak-banyak perempuan kenapalah budak sekecil anakku yang menjadi mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih
yang teramat. kes ni masih bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan orang berpengaruh dan melibatkan kanak-kanak bawah umur, maka kes ni tidak didedahkan
atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh. kadang-kadang aku geram sangat. geram pada laki tu..nak saja aku kerjakan dia cukup-cukup..  aku ingat
nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain, kerana lambat laun kes ni pasti area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu
juga isteri dan anak-anak yang lain. akhir-akhir ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah. hidup kami tidak lagi ceria. tapi alhamdullilah kami suami
isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama-sama, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga.

aku masih sebak. malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anakku pulih, aku sedih kerana anakku masih kecil

nasihat aku pada ibubapa, kalau boleh pantau anak-anak anda di mana berada, pastikan mereka selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian
dengan mana-mana lelaki, walau sealim mana pun. ya kadang-kadang sebagai ibubapa kita hanya menyerahkan anak kita pada guru sekolah,guru tuisyen, mengaji,
tukang gaji, driver,guard tapi kita tak pernah pun amik tau siapa mereka. ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan

salam

Saturday, March 27, 2010

Bersurat cinta dan sebuah nada keinginan

Bersurat cinta dan sebuah nada keinginan
Diposkan oleh Erwin Arianto di Jumat, Maret 27, 2009
Ketika kau berdendang sebuah bintang
bagai titik terang diujung malam
Derai lari waktu menderu mendentam
Mengingat sebuah kisah indah gemilang menerang

Kukirimkan sebuah rindu dari kejauhan
Bersurat cinta dan sebuah nada keinginan
Dalam tatap mata mata yang sembab
Berlari dan kehilangan sebuah harap

Awal pagi itu adalah terakhir kunatap
Sebuah mata indah yang begitu berharap
Semua kan hilang bagai kenangan
pada bahtera sebuah kehilangan

Biar ku kayuh sampan tak berlabuh
Mengikuti riak sungai yang membiru
Sekulum senyum remuk dari hati yang syahdu
Merelekan semua menjadi sebuah kisah bisu

Thursday, March 25, 2010

Kera Dan Tukang Gunting.

Sebenarnya banyak yang kita pelajari dengan cara meniru apa
yang oran lain buat. Mungkin tidak ramai yang menyokong kenyataan ini
tetapi itulah hakikatnya. Pada zaman kanak-kanak, kita mula belajar
bercakap dengan cara meniru orang di sekitar kita bercakap. Demikian

juga dengan lain-lain perbuatan. Kita akan meniru apa sahaja yang orang
lain buat tanpa berfikir panjang kerana pada saat itu fikiran kita

belum matang.
Namun yang peliknya, setelah remaja, dewasa dan lanjut usia,
kita masih ramai yang mengamalkan taabiat yang serupa iaitu suka meniru
tanpa usul periksa dan ini mengingatkan saya kepada sebuah cerita
tentang seekor kera dan tukang gunting.

Pada suatu hari, terlihat oleh seekor kera di atas sebatang

pokok akan seorang tukang gunting sedang menggunting rambut seorang

budak di bawah pokok di mana kera itu berada. Sang kera sangat tertarik

akan aksi tukang gunting tersebut menggunakan gunting dan pisau cukur

dalam pekerjaannya.
Setelah selesai, sementara menunggu pelanggan yang lain, tukang gunting

itu beredar dari situ dan naik ke rumah. Dia meninggalkan perkakasannya

di bawah pokok itu. Sang Kera segera turun dari pokok untuk melihat

gunting dan cukur yang digunakan oleh tukang gunting tadi.
Tergerak di hatinya untuk meniru perbuatan tukang gunting. Dia pun

mengambil gunting lalu menggunting bulu di badan dan kepalanya. Setelah

itu dia mengambil pisau cukur pula. Cepat-cepat dia meraut bulu di

badannya. Dalam kegopohannya pisau cukur itu memotong sebahagian

hidungnya. Kera menjerit kesakitan. Sang Kera mula menyesal kerana

meniru apa yang dilakukan oleh tukang gunting itu. Namun semuanya sudah

terlambat.
Pengajaran:
Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita mestilah mempunyai jati

diri dan tidak mudah untuk terikut-ikut dengan apa yang orang lain

lakukan. Meniru secara membuta tuli akan merosakkan diri sendiri. Oleh

itu, gunakanlah akal fikiran yang waras untuk menimbang baik buruknya

sebelum bertindak.

Wednesday, March 24, 2010

Salam Dari Segunung Rindu.

Sayangku,
kukirimkan rindu dari kejauhan, sebagai teman di hari lahirmu.

Segunung Rindu.
Di sana, nun jauh di balik awan,
puncak rinduku menggunung tinggi,
setiap saat menggandakan tingkat,
menanti hadirmu di sisi,
bersama lukisan mimpi kita,
ilham dari semarak cinta.
Di sana, nun jauh di balik awan,
dengan sabar dan tenang,
kau mencari mekarnya kelopak kasihku,
yang pastinya kubingkiskan untukmu,
bersama hembusan bayu,
yang sering menyaksikan khabarku.
Di sana, nun jauh di balik awan,
tiada menghiraukan panas mentari dan gelap malam,
berlandaskan sinar harapan yang samar,
kau dan aku berlumba mendaki,
gunung rindu yang kita bina,
dari penjuru dunia berasingan.
Di sana, nun jauh di balik awan,
bulan dan bintang menjadi saksi,
lukisan mimpi menjadi realiti,
melangit gegunung rindu kita jelajahi,
demi mengabadikan sebuah mahligai kasih.

Selamat Hari Lahir Untukmu, Sayang!

Sayangku,
Ku intai diri mu dalam renungan,
Ku tilik wajah mu dalam hayalan,
Ku damba kasih mu dalam sentuhan,
Tersimpul rindu ku dalam lipatan.
Detik berlalu,
tanpa atau dengan kau beri makna,
Jam berganti
tanpa atau dengan pedulimu,
Hari-hari berlari,
tanpa atau dengan baktimu,
Dan umurmu dengan sendirinya bertambah.
Tika malam larut mulai menghanyutkan jiwaku,
rindu yang terbendung  bagaikan tertumpah,
beriringan dengan sepoian bayu,
Dan sinar rembulan yang tersipu malu dibalik awan kelam,
Kutiipkan rasa sayang ini dan ketulusan cintaku kepadamu.
“Selamat menyambut hari lahir, sayang,”
Hanya untaian doa semoga kebahagian selalu menerangimu. Sesungguhnya
kenyataan telah menyedarkan kita, lalu menghalalkan keraguan dihati
untuk menggapai cinta.
Sayangku,
Hadirku bersama pepohon cinta yang kau semai rapi. Mendekatlah biarkan
aku memelukmu dalam sayap cintaku. Menghangatkanmu dalam buaian mimpi
indahmu. Dan kau kubelai mesra di alam khayalan dan nyata.
--
Demi cinta kasih,
Jejariku menekan keyboard mencari satu huruf. Dari sebutir huruf,
kugarap menjadi sepatah perkataan. Dari sepatah perkataan, kujalin
membentuk sebaris puisi. Dari sebaris puisi, kurangkaikan sebuah
bingkisan.
Sayangku,
bersama bingkisan ini, terimalah

Monday, March 22, 2010

Surat buat Nadia.

Surat Buat Nadia
oleh  Amy Suzani Ainuddin, Pengkalan Cepa, Kelantan

Di petik dari: Majalah SBM september - Disember 2004.

NADIA, sewaktu kakak menulis surat ini, malam sudah pun larut. Masih ramai yang belum tidur waktu ini. Masing-masing dengan persoalannya. Yang belajar, tekun dengan buku. Yang berehat makan-makan di kantin bawah yang masih belum ditutup itu juga ramai. Malah ada juga yang melepaskan kebosanan dengan menyanyi atau memetik gitar mengikut irama yang mereka minati. Semuanya dengan telatah masing-masing, dik.

            Suasana menjelang peperiksaan di kampus ini memang selalu begitu, Nadia. Malam bukan lagi masa yang harus ditumpukan untuk menghayati mimpi-mimpi indah di dalam tidur semata-mata. Dan untuk itu, kakak juga harus akur pada keadaan ini. Malah sememangnya malam ini mata kakak masih belum mengantuk. Sedang untuk mengulang kaji pelajaran terasa begitu malas dan membosankan. Lalu kakak tulis surat ini buat Nadia. Semoga Nadia gembira menerimaanya.

           Apa khabar Nadia serta keluarga kita di sana? Kakak harap semuanya dalam kesejahteraan serta dalam lindungan Allah selalu. Buat kakak di sini usahlah dirisaukan. Pandai-pandailah kakak menjaga diri dan kesihatan kakak. Yang sering kakak bimbangkan sebenarnya ialah Nadia. Masihkah Nadia sakit-sakit lagi? Kakak harap tidak.

             Jagalah kesihatan Nadia baik-baik. Tahun depan Nadia bakal menduduki peperiksaan yang penting. Peperiksaan yang bakal menjanjikan tempat buat Nadia di menara gading ini. Jangan belajar hingga terlalu larut, Nadia. Itu tidak bagus untuk kesihatan dan matamu. Yakinlah kepada kebolehan dan kemampuan Nadia. Kakak percaya Nadia pasti akan berjaya.

             Nadia tahu, di sini, di menara yang kakak diami sekarang ada ramai pelajar yang nasibnya lebih malang daripada Nadia. Tetapi, mereka mampu belajar dengan baik, malah lebih baik daripada pelajar-pelajar biasa. Ada antara mereka yang langsung tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ini. Dunia mereka gelap, Nadia. Mereka ke sana ke mari dengan berpandukan tongkat. Tetapi yang jelas, mereka adalah pelajar-pelajar cemerlang yang dibanggakan.

            Kakak tidak bohong, Nadia. Apa yang kakak ceritakan ini semuanya benar. Malah mereka kini sebenarnya telah menjadi teman-teman kakak yang akrab. Entah kenapa, setiap kali kakak terpandang mereka, kakak akan terkenangkan diri Nadia. Sekali gus kakak akan segera bersyukur kerana nasib yang menimpa Nadia tidak seburuk nasib yang menimpa mereka. Sekurang-kurangnya Nadia masih boleh melihat walaupun dengan sangat terbatas.

            Kali pertama kakak kenal dengan salah seorang daripada mereka ialah pada penghujung bulan Januari yang lalu. Dia sedang berjalan sendirian ke dewan kuliah. Kakak ikut perlahan di belakangnya. Sengaja kakak buat begitu kerana kakak mahu memerhatikan dia. Entah bagaimana tiba-tiba sewaktu hendak menuruni tangga, dia tersilap langkah. Dia terjatuh ke dalam longkang di tepi tangga itu.

              Ah! Sungguh kasihan kakak melihatnya, Nadia. Waktu itu kakak terkenang peristiwa semasa Nadia masih kecil dahulu. Nadia terjatuh semasa bermain-main. Badan Nadia luka. Dan kerana itu kakak telah dimarahi mama kerana dikatakan tidak mengawasi Nadia. Nadia tentu masih ingat kan?

          Dia bersusah payah untuk bangun semula. Tanpa kakak sedari, kakak sudah pun memegang tangannya, membantu dia bangun. Mujur dia tidak cedera. Dan yang lebih mengagumkan kakak ialah dia tetap tenang menghadapi situasi itu. Wajahnya yang lembut itu nampak begitu jernih dan tenang bagai tidak ada apa-apa yang telah terjadi kepadanya.

              “Terima kasih,” katanya sambil mahu terus berlalu dari situ.
             “Saya Najua. Saudara?” kakak cuba menghalang dia daripada terus pergi. Ingin sekali kakak mengenalinya dengan lebih dekat.

                  Seketika dia terdiam. Kakak tidak tahu kenapa? Mulanya kakak sangka dia tidak sudi menyambut salam perkenalan kakak. Tetapi akhirnya dia menjawab juga, “Saya Zahari. Tapi panggil saja Zahar.”

                Itulah perkenalan pertama kakak dengannya. Hari yang berlalu, kakak semakin kerap menemaninya. Malah kakak telah mendaftarkan diri untuk menjadi salah seorang pembaca sukarela kepada orang-orang buta di kampus ini. Mulanya terasa agak janggal membacakan buku untuk mereka. Tetapi semakin hari, kakak semakin senang melakukannya. Terasa satu kepuasan di hati kakak kerana dapat mencurahkan bakti kepada sesama manusia walaupun dalam keadaan yang sangat minimum.

              Begitulah Nadia. Di sini terdapat banyak kemudahan untuk mereka yang kurang bernasib baik. Dan kakak percaya, jika Nadia ke mari Nadia pasti akan dapat belajar dengan baik seperti mereka yang lain. Kalau Abang Zahari yang tidak dapat melihat itu lagikan boleh, ini pula Nadia yang masih dapat melihat.

               Ah, maaf Nadia. Kakak tidak bermaksud untuk membandingkan Nadia dengan sesiapa. Malah kakak juga tidak terniat untuk menilai Nadia seperti kakak menilai Abang Zahari yang buta itu. Kakak tahu Nadia tidak suka diperlakukan begitu. Dan sesungguhnya Nadia tidak buta, Nadia cuma tidak dapat melihat dengan baik. Kakak tidak pernah menganggap yang kakak mempunyai seorang adik yang buta. Percayalah Nadia.

               “Kawan-kawan ejek Nadia. Mereka kata Nadia buta Nadia tak dapat baca tulisan di papan hitam. Nadia...” begitu kakak ingat suatu hari Nadia pulang dari sekolah sambil menangis teresak-esak.

            Nadia ingat tak bagaimana mama dan kakak memujuk Nadia waktu itu? “Nadia tidak buta, sayang. Nadia mesti sabar. Tuhan akan membalas perbuatan orang-orang yang suka mengejek Nadia itu,” begitu kata mama.

            Dan Nadia memang senang dipujuk waktu itu. Sejurus kemudian, Nadia sudah berhenti menangis. Tetapi yang menangis selepas itu ialah mama. Kakak lihat mama menyapu matanya yang berkaca. Mama sedih mengenangkan nasib Nadia. Mama terlalu sayangkan Nadia.

             Malamnya, kakak dengar mama mengadu kepada papa. Mama kata dia mahu berhentikan saja Nadia dari sekolah. Mama tak sanggup melihat Nadia diejek terus-terusan. Mama tidak mahu anak mama dihina begitu. Dan yang jelas, papa dengan keras membantah. Papa mahu Nadia terus belajar, biar jadi orang yang pandai. Orang yang bijak. Papa mahu masa depan Nadia cerah.

           Syukurlah kerana Nadia akhirnya berjaya juga sampai ke tahap di mana Nadia berada sekarang. Tahap terakhir dalam dunia persekolahan. Selepas ini Nadia akan melangkah pula ke dunia kampus yang lebih mencabar. Sudahkah Nadia bersedia untuk itu?

               Nadia tidak perlu takut. Nadia telah membuktikan kepada semua orang bahawa Nadia dalam keadaan Nadia sekarang  mampu berjaya dalam pelajaran. Nadia memang anak yang pintar. Nadia ingat tak kata doktor dulu? Doktor kata Nadia tidak boleh belajar di sekolah biasa. Nadia mesti dihantar ke sekolah khas. Nadia mesti belajar braille. Mesti belajar sebagaimana orang-orang buta belajar.

            Tetapi mama enggan melepaskan Nadia pergi ke sekolah yang terletak jauh di Selatan itu. Mama tidak mahu Nadia jauh daripadanya. Mama tidak sanggup untuk berpisah dengan Nadia. Susah senang biarlah Nadia terus bersama mama. Dan Nadia telah membuktikan yang pendapat doktor itu salah. Seratus peratus salah. Tidakkah Nadia bangga dengan itu?

            Nadia tahu, kakak sering menceritakan hal Nadia kepada Abang Zahari. Maaf. Bukan kakak mengumpat Nadia. Tetapi sekadar menceritakan kisah Nadia. Kisah suka dan duka hidup sebagai seorang yang tidak dapat melihat keindahan alam ini sepenuhnya. Dan kata Abang Zahari, dia ingin sekali mengenali Nadia. Katanya lagi, dia kagum dengan Nadia. Kakak tidak tahu kenapa dia mesti kagum. Tetapi itulah yang diucapkannya.
Abang Zahari minta kakak sampaikan salamnya kepada Nadia. Kata Abang Zahari, dia mahu Nadia menjadi seorang yang tabah selalu. Dia tidak mahu Nadia menyesali takdir. Katanya, Nadia mesti belajar menerima kenyataan. Jangan mudah berputus asa dalam hidup.

              Sama sajakan Nadia? Apa yang dikatakan oleh Abang Zahari itu sama saja dengan apa yang mama serta kakak sering katakan kepada Nadia. Nadia mesti tabah. Kuat dalam menghadapi hidup kerana tidak ada kehidupan jika tidak ada ujian dan cabaran.

                Dan sesungguhnya kakak tahu yang Nadia memang seorang yang tabah. Kalau Nadia tidak tabah, barangkali Nadia tidak akan sampai ke tahap di mana Nadia berada sekarang. Cuma satu yang kakak lihat ialah Nadia sering benar menangis. Terlalu mudah menitiskan air mata. Pantang terusik sikit, Nadia pasti menangis.

              Entahlah ... barangkali itu sifat semula jadi Nadia. Tetapi sebolehnya Nadia jangan bersikap begitu. Air mata bukan jalan penyelesaian yang baik, dik. Banyakkanlah doa kepada Allah. Pasti Nadia akan diberi-Nya petunjuk dan ketenangan.

            Nadia, jika sesekali Nadia merasa begitu terasing dengan keadaan Nadia, atau sesekali jika Nadia dilanda kesedihan bila mengenangkan nasib diri Nadia, ingatlah bahawa sesungguhnya di dunia ini masih ramai lagi orang yang nasibnya lebih malang daripada Nadia. Yang hidup melarat tanpa ada sesiapa di sisi mereka. Dengan itu Nadia akan selalu bersyukur dengan pemberian Tuhan.

           Percayalah dik, Tuhan tidak akan melakukan sesuatu melainkan dengan menyelitkan hikmah di sebaliknya. Biar apa pun, Nadia masih tetap punya kakak, punya mama dan papa yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Nadia, yang sentiasa mahu melihat Nadia bahagia dalam hidup.

             Justeru itu Nadia, Nadia mesti sentiasa menghormati mama dan papa. Jangan mudah mengambil hati dengan kekerasan sikap papa. Papa memang tegas orangnya. Tetapi di sebalik itu papa adalah seorang ayah yang penyayang. Nadia pun tahu bukan? Papa mahu mendidik Nadia menjadi seorang anak yang bisa berdikari. Papa tidak mahu mendidik Nadia menjadi seorang yang terlalu mengharapkan bantuan orang lain. Itu semua untuk kebaikan Nadia sendiri.

             Dan Nadia, jika sesekali pula mama menghalang Nadia daripada melakukan sesuatu, meskipun yang Nadia lakukan itu bukan satu kesalahan, janganlah Nadia mengambil hati. Bukan mama bencikan Nadia. Tetapi tidak mahu melihat Nadia tercedera. Mama sangat mementingkan keselamatan Nadia walaupun kakak akui sesekali sikap mama itu seperti mengongkong hidup Nadia. Bersabarlah dik. Percayalah bahawa bagi mama tidak ada yang lebih penting selain daripada keselamatan Nadia. Mama terlalu menyayangi Nadia.

            “Tak ada siapa yang faham keadaan Nadia, kak. Nadia hidup di antara dua keadaan. Nadia tidak buta. Tapi Nadia juga bukan sempurna,” kakak masih ingat kata-kata yang pernah Nadia ucapkan kepada kakak setahun yang lalu. Masih segar dalam ingatan kakak bagaimana air mata Nadia tergenang sewaktu Nadia mengucapkannya.

                   Tahukah Nadia betapa resahnya hati kakak waktu itu? Kakak tidak tahu bagaimana untuk membantu Nadia dengan persoalan yang Nadia kemukakan itu. Yang dapat kakak katakan adalah sesuatu yang sudah sering kakak ucapkan sebelumnya. Bersabarlah. Tuhan menyayangi orang yang sabar. Barangkali Nadia sudah jemu dengan kata-kata begitu. Namun hanya itulah yang berdaya kakak ucapkan meskipun ia tidak dapat menghapuskan air mata dan kesedihan Nadia.

            Memang dik. Memang sukar untuk memahami dunia orang lain jika kita tidak benar-benar hadir di dalamnya. Kakak, mama dan papa barangkali hanya dapat melihat apa yang Nadia alami. Namun tentu tidak akan sama dengan Nadia yang menanggungnya. Kerana itu maafkanlah kami, dik. Kami tidak tahu bagaimana untuk bertindak agar hati Nadia sentiasa terjaga. Telah kami usahakan. Tetapi sesekali kami masih juga membuat Nadia menangis dan bersedih.

             Paling akhir kakak melihat Nadia menangis di hadapan kakak ialah beberapa minggu sebelum kakak bertolak ke kampus dahulu. Waktu itu Nadia baru pulang dari menemui seorang pakar mata di hospital. Masuk saja ke bilik Nadia terus menangis tanpa kakak tahu puncanya.

             Dan seperti selalu, kakak tidak pernah, malah tidak akan senang setiap kali melihat Nadia menangis. Terasa air mata kakak juga mahu mengalir. Namun kakak tahankan. Kakak perlu kuat jika kakak mahu melihat Nadia tabah. Itulah pegangan kakak yang baru sekarang kakak nyatakan kepada Nadia. Kerana itulah barangkali, Nadia hampir tidak pernah melihat kakak menangis di hadapan Nadia.
“Nadia dengar doktor beritahu mama, suatu hari mata Nadia diramalkan akan menjadi buta sepenuhnya. Nadia takut kak.” Akhirnya Nadia menceritakan juga setelah puas kakak mendesak.

            Saat itu, hampir sahaja kakak hilang kekuatan. Kakak tidak percaya itu yang diucapkan oleh doktor. Tetapi masakan Nadia bergurau dalam perkara yang begini. Saat itulah kakak pertama kali menitiskan air mata di hadapan Nadia. Kakak benar-benar sedih waktu itu.

          Namun kemudian kakak sedar itu cuma satu ramalan. Nadia ingat apa yang kakak katakana kepada Nadia? Kakak kata, segala-galanya kuasa Tuhan. Doktor cuma boleh meramalkan namun Tuhanlah yang lebih bijak untuk menentukannya.

            Kerana itu, berdoalah semoga apa yang diramalkan itu tidak akan menjadi nyata. Malah kalaupun nanti Tuhan telah menyuratkan nasib Nadia harus sampai begitu, terimalah dengan segala kerelaan dan kesyukuran. Tidak ada antara kita yang boleh menahan kehendak takdir.

             Kakak masih ingat, lebih seminggu lamanya Nadia seperti seorang yang telah hilang semangat untuk meneruskan hidup. Nadia jadi muram dan sangat pendiam. Tetapi kemudian, entah kuasa apa yang telah membuatkan Nadia hidup kembali, kakak sendiri tidak tahu. Mungkin Tuhan telah memperkenankan doa kakak, mama dan juga papa untuk melihat Nadia kembali seperti biasa.

              Syukurlah kerana Nadia sekarang telah menjadi lebih tabah. Nadia telah lebih berani untuk menghadapi segala kemungkinan masa depan Nadia. Kakak kagum, Nadia. Kakak benar-benar bangga. Barangkali kalau perkara seperti itu terjadi ke atas kakak, kakak sendiri tidak akan dapat menjadi setabah Nadia.

               Ah! Sudahlah Nadia. Usahlah dibebankan fikiran Nadia dengan perkara yang cuma satu ramalan itu. Berserah sahaja kepada Tuhan. Dia yang lebih mengetahui akan segala sesuatu. Yang harus Nadia ingat sekarang ialah biar bagaimanapun keadaan Nadia, kakak, mama dan juga papa akan tetap menyayangi Nadia. Kasih sayang kami kepada Nadia tidak mungkin akan luntur.

              Tumpukanlah fikiran Nadia kepada pekara-perkara yang positif. Optimis dan yakinlah pada apa yang Nadia miliki. Tetapi jangan sekali-kali berbuat sesuatu yang di luar batas kemampuan fizikal Nadia. Itu pesan kakak, Nadia. Harapan kakak terlalu tinggi kepada Nadia. Suatu hari kakak mahu melihat Nadia menjejakkan kaki ke menara gading ini. Bukankah itu juga cita-cita Nadia?

              Oh ya, Nadia. Hampir terlupa kakak untuk memberitahu Nadia suatu perkara. Hujung bulan depan apabila peperiksaan kakak berakhir, kakak akan pulang menghabiskan cuti di kampung. Sudah lama benar kakak tidak pulang, kakak sudah terlalu rindu kepada semua yang ada di rumah. Rindu kepada mama dan papa. Lebih rindu lagi kepada Nadia.

             Tentu Nadia gembira. Nanti bolehlah kita bercerita panjang. Bolehlah kita bersiar-siar di tepi pantai seperti yang selalu kita lakukan dulu. Tidak sabar benar rasanya kakak untuk pulang segera.

             Tetapi, paling penting Nadia, kepulangan kakak kali ini membawa sesuatu. Sesuatu yang bukan sahaja untuk Nadia, tetapi juga untuk mama dan papa. Kakak mahu memperkenalkan seseorang kepada keluarga kita. Nadia tahu siapa? Dia adalah bakal ipar Nadia. Bagaimana? Kakak harap Nadia gembira kerana akan menerima seorang abang.

             Nadia mahu tahu orangnya bagaimana? Orangnya baik. Beriman. Perwatakannya lembut dan sopan. Kulitnya putih kuning. Rambutnya lurus. Barangkali tidak setampan mana. Tetapi yang pasti, kakak rasa dia cukup sesuai dengan kakak. Kakak yakin pilihan kakak tidak salah.

            Nadia jangan bimbang. Dia pasti akan dapat menerima Nadia seperti adiknya sendiri. Nadia pasti tidak akan merasa asing di sisinya. Dia akan memahami Nadia. Malah barangkali lebih daripada kakak memahami Nadia. Percayalah, sayang. Nadia pasti akan senang padanya.

                 Cuma yang kakak bimbang sekarang ialah penerimaan mama dan papa. Dapatkah mereka menerima dia sebagai ahli keluarga kita? Sesekali kakak seperti yakin yang mama dan papa akan merestui pilihan kakak. Tetapi sesekali yang lain ada debar-debar kencang di dada kakak yang menjadikan kakak teramat takut.

               Doakanlah kakak, dik. Doakanlah semoga semuanya berjalan lancar nanti. Dia juga berhak untuk disayangi, Nadia. Dia juga berhak untuk suatu hari bergelar suami. Kita tidak dapat menafikan haknya. Dan dia sebenarnya mampu menjadi seorang suami yang baik. Yang dapat  memimpin kakak ke jalan kebaikan. Kakak yakin itu.

               Nadia, dia adalah Zahari. Abang Zahari yang kakak ceritakan kepada Nadia itu. Semoga Nadia tidak terkejut, dan pinta kakak, rahsiakan dulu perkara ini daripada pengetahuan mama dan papa.

                     Biarlah masa yang menentukan segalanya

Sunday, March 21, 2010

Mah Hassan Omar, Presiden SBM, Tokoh OKU Lelaki 2004

Mah Hassan Omar, Presiden SBM, Tokoh OKU Lelaki 2004
Oleh Mohd Fekkeri Bin Mat Jusoh

Dipetik dari: Majalah SBM: Januari-April 2006

Presiden SBM, Mah Hassan Omar telah terpilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Orang Kurang Upaya (OKU) Lelaki Peringkat Kebangsaan 2004. Anugerah telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pada 4 Dis 2004.
Mah Hassan dilahirkan pada 19 Jun 1961 di Besut, Terengganu. Telah berkeluarga dan mempunyai lima orang anak. Semasa dilahirkan, Mah Hassan adalah seorang kanak-kanak yang normal. Namun takdir telah menentukan, pada usia lima tahun, beliau telah menghidap demam panas yang membawa kepada hilangnya daya penglihatan. Namun, kekurangan daya penglihatan yang dihadapi bukan penyebab untuk beliau menyisihkan diri untuk mengejar kemajuan.
Atas kesedaran dan semangat tinggi ibu bapa, beliau telah dihantar untuk mendapatkan pendidikan awal di Princess Elizabeth School for the Blind Johor Bahru. Pendidikan menengah diperoleh di S.M.J.K. Jalan Temerloh, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah St. John, Bukit Nanas, Kuala Lumpur yang menjalankan sistem pendidikan integrasi di mana beliau belajar dalam kelas yang sama dengan murid-murid normal.
Pada tahun 1982, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Undang-undang dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian.

Pada tahun 1991 pula, beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Undang-undang dari Universisi Southampton, England. Seyogia diperhatikan bahawa sebagai pelajar cacat penglihatan yang pertama mengikuti pengajian ijazah undang-undang di Malaysia, beliau telah merintis jalan bagi kejayaan golongan cacat penglihatan yang lain dalam kerjaya yang sama.

Selain akademik, kecemerlangan dan sumbangan beliau boleh juga dilihat dalam beberapa bidang lain termasuk profesionnya sebagai peguam, kepimpinan, penasihat, fasilitator, sukan dan beberapa bidang yang lain.

Profesion Guaman:

Pada tahun 1988, beliau telah menerima pentauliahan Mahkamah Tinggi Malaysia sebagai peguam bela & peguam cara. Malaysia Book Of Records telah memberi pengiktirafan dengan memasukkan catatan rasmi beliau sebagai peguam cacat penglihatan yang pertama di negara ini. Atas pencapaian yang sama, beliau telah dianugerahkan dengan “The Guinness National Best Effort Award” seiring dengan tokoh-tokoh tanahair yang lain.

Kerjaya guaman beliau bermula di Syarikat Ranjit Thomas & Kula, Kuala Lumpur, selama dua tahun. Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) selama dua belas tahun dengan jawatan terakhir sebagai pegawai penasihat undang-undang BSKL. Pada bulan Ogos yang lepas, beliau telah memulakan babak baru dalam kerjayanya dengan menubuhkan syarikat guamannya sendiri di Kuala Lumpur.

Kepimpinan Persatuan:

Seyogia diperhatikan bahawa bakat kepimpinan beliau telah terserlah sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila semasa dalam darjah enam, beliau telah dianugerahkan dengan pingat “the best boy” Sekolah Princess Elizabeth Johor Bahru. Dalam kesibukan kerjayanya, beliau masih dapat meluangkan masa untuk kerja-kerja sukarela memimpin persatuan-persatuan orang cacat penglihatan. Semenjak tahun 1993 beliau telah menganggotai majlis kepimpinan tertinggi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) yang mana diikuti dengan pelantikan beliau sebagai Presiden pertubuhan tersebut sehingga sekarang. Pencapaian besar hasil kepimpinan beliau termasuklah usaha mewujudkan Skim Pinjaman Modal Perniagaan. Hasilnya lebih 100 orang cacat penglihatan telah dibantu menjayakan perusahaan masing-masing.
Sementara penganjuran Seminar Urut Refleksologi Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur pada tahun 2001 telah menjadi pemangkin kepada bercambahnya klinik-klinik urut yang diusahakan oleh golongan cacat penglihatan di seluruh negara.

Dari tahun 1989 hingga 2002 pula beliau telah memimpin Persatuan Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia dan salah satu pencapaian penting ialah bila buat julung kalinya diterbitkan Al-Qur’an dalam tulisan Arab Braille secara berkomputer.

Anggota Majlis Penasihat Dan Perundingan OKU:

Pembentukan Majlis Penasihat dan Perundingan Kebangsaan Orang Kurang Upaya pada tahun 1998 telah menyaksikan beliau serta beberapa individu cacat lain telah dilantik sebagai anggota majlis selaras dengan pendekatan bahawa OKU perlu diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang bersangkutan dengan mereka. Majlis seterusnya telah melantik beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Teknikal Perundangan yang bertanggungjawab menggubal draf Akta Orang Kurang Upaya negara.

Fasilitator Seminar:

Sumbangan idea serta buah fikiran beliau khususnya dalam usaha mempromosi isu-isu berkaitan hal-ehwal OKU yang diutarakan melalui peranan luas beliau sebagai penceramah dan pembentang kertas kerja di seminar-seminar tertentu adalah amat besar nilainya. Terlalu panjang untuk disenaraikan kesemuanya di sini. Yang paling terkini ialah pada 7 – 10 Oktober 2004 apabila beliau telah diundang untuk mengendalikan siri Kursus Kepimpinan Khas bagi faedah warga cacat penglihatan dan agensi-agensi yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan tersebut di negara Brunai.

Sukan:

Sentuhan beliau dalam memajukan sukan OKU, khususnya permainan catur, tidak kurang juga pentingnya. Beliau pernah merangkul juara kebangsaan acara pingpong bagi kategori cacat penglihatan pada tahun 1979 dan beberapa kali kemudiannya dalam acara catur kategori cacat penglihatan dan juga OKU. Pada bulan Disember 2003, beliau telah berkongsi tempat kedua dalam Kejohanan Catur Asia, Orang Cacat Penglihatan yang telah diadakan di Mumbai India.

Berasaskan pencapaian serta sumbangan cemerlang beliau seperti di atas, maka sememangnya telah kena pada tempatnya beliau dianugerahkan sebagai tokoh orang kurang upaya (lelaki) bagi tahun 2004.

Thursday, March 18, 2010

Suara cintaku.

Sayangku,

dari kejauhan ini, kubingkiskan sebuah puisi untukmu, sebagai pengganti diri, menemanimu di kala rindu.

 

Sayangku,

hadirmu bagai mentari, menyinari kegelapan pagi.

 

Suara Cintaku.

Jauh di hujung talian,

Sebuah salam bergema mesra,

Menyapa hati wanitaku,

Lalu terukir rindu.

Jauh di hujung talian,

Lagu-lagu rindu berkumandang sendiri,

Mencuri hatiku yang sepi,

Aku kerasukan keliru.

Jauh di hujung talian,

Terbentang luas taman puisi,

Ayat-ayat cinta bermadah indah,

Kau dan aku akan bersama.

Jauh di hujung talian,

Kota janji tersergam indah,

Menghiasi mimpi siangku,

Aku dilamar cinta.

Jauh di hujung talian,

Gelora rindu mengalir deras,

Aku terkasima lalu terpesona,

Namun hinggakini menimbang rasa.

Cinta di hujung talian.

Sayangku, dari kejauhan ini, kubingkiskan sebuah puisi pengganti diri,
untuk menjadi penawar rindumu.
Sayangku,
terimalah salam dari Suara Cintaku.
Cinta Di Hujung Talian:
Jauh di hujung talian,
Sebuah salam bergema mesra,
Menyapa hati wanitaku,
Lalu terukir rindu.
Jauh di hujung talian,
Lagu-lagu rindu berkumandang sendiri,
Mencuri hatiku yang sepi,
Aku kerasukan keliru.
Jauh di hujung talian,
Terbentang luas taman puisi,
Ayat-ayat cinta bermadah indah,
Kau dan aku akan bersama.
Jauh di hujung talian,
Kota janji tersergam indah,
Menghiasi mimpi siangku,
Aku dilamar cinta.
Jauh di hujung talian,
Terhampar luas syurga menantiku,
Kau memujaku bagaikan ratu,
Aku dirasuk rindu.
Jauh di hujung talian,
Gelora rindu mengalir deras,
Aku terkasima lalu terpesona,
Namun hinggakini menimbang rasa.

Wednesday, March 17, 2010

“Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!”

Sabtu, mac 13, 2010.

Sayangku,
Dari kejauhan ini, kubingkiskan salam segunung rindu, pengganti diri, membaca mentera adegan dan peristiwa hari ini. Aku tahu, engkau pun tahu. tinggi mana gunung rinduku, tinggi lagi hasrat ingin tahu di hatimu.

Pagi ini aku sedikit terlewat, kerana agak tak larat natijah dari tidur yang gawat. Aku melangkah ke bilik mesyuarat, sambil memikul beberapa amanat.

jam 9.00 pagi, ketika jenazah ayahndaku selamat bersemadi, mesyuarat kelab cyber bermula. Tidak seperti mesyuarat agung pertubuhan/persatuan/kelab yang lain, peruntukkan masa untuk mesyuarat agung Kelab Cyber hanyalah satu jam setengah. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk berlengah-lengah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli, dan mesyuarat dirasmikan oleh Mr. George Thomas. para hadirin masing-masing melaporkan kehadiran dengan suara sendiri. Ketika saudara-maraku mencari anak perempuan sulung Zakaria Mad Sin dari KL di tanah perkuburan, Aku mencari suara-suara yang aku rindu di dalam dewan mesyuarat. Tapi sayang, tiada di situ. Maka bergandalah kesedihanku, sudahlah kehilangan ayah, tiada ucapan tadziah yang kuterima. Aahhhh! bukan tadziah yang kuharapkan. memadailah sedekah al-fatihah untuk ayah.
Dalam sessi memperkenalkan diri, telingaku menangkap suara sahabatku, Ephylia dari Sabah. Ramai sekali ahli yang sudi menghadiri. tapi aku yakin kehadiran untuk pengkebumian ayahndaku, lebih lagi. Ramai juga orang jauh yang datang bertandang, sahabatku Zubaidah dan Namila dari Johore, Ephylia dari Sabah, dan entah siapa dari Ipoh.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Sebagaimana engkau tidak menghadiri mesyuarat pada kali ini, begitulah aku tidak menghadiri majlis pengkebumian ayahndaku. Ketika saudara-maraku mengaminkan ayat talqin yang dibaca di tanah perkuburan ayahndaku, para hadirin di dewan mesyuarat mengaminkan minit mesyuarat dan dua buah laporan yang aku persembahkan.

Mesyuarat berjalan lancar, tanpa sebarang soal-jawab. Sessi pemilihan pun, tiada sebarang pengundian kerana tiada saingan! Seperti yang kau tahu, pengerusi dan naib pengerusi masih kekal di kerusi masing-masing. Disamping beberapa orang muka-muka baru seperti Taslim dan Zahari, Manoharran dinaikkan tarafnya sebagai bendahari. Seperti yang kau tahu aku dan Kak Ros bertukar kerusi. Betulkah pangkatku di downgrade kan? "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Untuk pengetahuanmu, aku sememangnya dilahirkan sebagai setiausaha, kerana ayat-ayat tulisan dan lisanku sememangnya berbisa. untuk pengetahuanmu, di mana-mana perkumpulan tunanetra, aku boleh megah sebagai calun setiausaha pertama. aku tetap dicalunkan, walaupun aku tidak hadir. Sekiranya aku menolak, barulah beberapa orang setiausaha pelapis mengambil-alih. Jika tidak, jawatan itu terpaksa diserahkan kepada "setiausaha haprak". Oops! Kau tentu ingat perkataan ini dalam sajak mantan perdana menteri: Tun Dr. Mahathir muhammad dalam sajaknya: "Melayu mudah lupa". Rupa-rupanya, akulah yang "haprak" di mata hatimu!  "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Sungguh malang nasibku. Dengan rendah diri aku memberi laluan kepada orang lain untuk memikul tanggungjawab, dan aku merelakan diriku untuk tanggungjawab yang lebih kecil, kerana aku tahu, aku akan diperlukan sebagai "backup". Tahukah engkau bahawa aku sebenarnya telah meletakkan jawatanku sebagai setiausaha beberapa bulan yang lalu? Namun beberapa hari sebelum Mesyuarat agung, aku dilamar untuk menyiapkan dokumen. Di manakah setiausaha backup ketika itu? Aku tak setega sahabatku (setiausaha 2008), yang membiarkan jawatankuasanya tanpa sebarang dokumen untuk mesyuarat agung 2009. Dan mesyuarat agung kelab cyber 2010 telah sepakat memutuskan bahawa barisan pentadbiran baru akan berkhidmat selama 2 tahun. Nampaknya 2 tahun lagilah aku harus menanti untuk merebut jawatan setiausaha itu dari kakakmu, kan? Aku tidak begitu. Apa saja yang aku lakukan, aku punya agenda tersendiri!
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Dari jauh, kau sahabatku mentertawakan aku yang dijatuhkan pangkat, manakala nun jauh di kampung halamanku, saudara-maraku mengutuk aku. Aku tersepit kerana tiada tiket untuk membela diri! Adilkah ini?

Apa Kata Kak Ai?
Inilah mesyuarat agung yang paling senang dikendalikan. Dan inilah minit mesyuarat yang paling ringkas yang pernah Kak Ai tulis, cuma dua helaian mukasurat. 

Jam 10.30 pagi, ketika saudara-mara dan kaum kerabatku menyiramkan air mawar ke tanah perkuburan, aku menjamu tekak. setelah itu kami kembali ke dewan untuk mendengar tawaran hebat dari Maxist! indah berita dari khabar, masing-masingterdongak beristighfar. kami semua berpeluang memegang/menimang telefon canggih, sambil masing-masing menimbang poket  bersama keluhan yang letih.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Terdapat 3 plan yang ditawarkan: samada yoran bulanan rm100. rm155 atau rm250. Untuk package 1 dengan yuran bulanan rm100, anda dibekalkan dengan 330 minit panggilan percuma, 500 mb data percuma, 100 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, dengan kadar panggilan 15 sen dan kadar sms 10 sen.
Untuk package 2 dengan yuran bulanan rm155, anda dibekalkan bersama data percuma sebanyak 1 gb, 667 minit panggilan percuma sesama maxis, 200 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, kadar panggilan sebanyak 12 sen dan sms sebanyak 10 sen.
Untuk package 3 dengan yuran bulanan rm250, anda pula dibekalkan bersama 2 gb data percuma, 1500 minit panggilan percuma sesama maxis, 300 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, dengan kadar panggilan dan sms serendah 10 sen.
Harga telefon yang ditawarkan ialah: rm1490 dan sekiranya anda memilih untuk melanggan mana2 package, telefon itu menjadi rm1090. Nampaknya lagi murah dari xinbien phone yang dalam poketmu, kan? Pada mulanya aku terpesona juga dengan tawaran itu, kerana aku sangkakan boleh membeli telefon tanpa terikat dengan yuran bulanan rm100. rupanya aku tersilap terima. Bodohnya aku! Malunya aku! "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".
Beberapa perkara yang mesti kau ingat ialah: package ini hanya sah ditawarkan kepada ahli kelab cyber yang telah melunaskan yuran 2010 dan tawaran akan ditutup pada hari Jumaat ini. Setiap borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan photocopy kad pengenalan, kad JKM dan stamp diendorse kan oleh MAB. Kau juga boleh membayar dengan kadar ansuran 12/24 bulan melalui maybank, 12 bulan melalui city bank, public bank dan lagi satu bank aku malas nak ingat. yang pasti bank aku ialah Bankrupt! so macam mana? xinbien phone burukmu itu, untuk ku kah?

Apa Kata Kak Ai? Business adalah business. Tiada tawaran yang sama timbangan. Yang pasti, mesti ada berat sebelah. Apabila membaca sesuatu offer, jangan terlupa baca buku simpanan.

Pada sebelah tengah hari pula, ketika keluargaku membuat kenduri untuk meraikan kaum kerabat ke perkuburan, aku juga kenduri bersama sahabat-sahabatku. Setelah sollat zohor, kami kembali ke dewan untuk acara seterusnya.
Acara seterusnya ialah "braile SMS". Menarik sekali bunyinya! Sebuah syarikat telah berjaya mencipta satu software untuk menjadikan telefon numeric keypad kepada braile keypad. Ini memudahkan untuk kau dan aku menulis SMS, kata pegawai syarikat itu. Perihatin betul mereka terhadap kau dan aku. Syarikat itu akan memberikan software "braile SMS" secara percuma pada hari ini. Tapi sayang, aku kecewa, mereka juga lagi kecewa. Kau tahu kenapa? Mereka tidak berupaya merealisasikan impian mereka. HP dalam gambaran mereka ialah HP tradisional, keypadnya tersusun selayaknya. Tapi, demi mereka melihat beberapa jenis HP kawan-kawan kita yang berkongsi button untuk dua nombor, dan bentuk susunan button yang berbagai fesyen dan ragam, mereka mengalah sendiri.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Hasrat mereka untuk memberi percuma dan menjual software itu mesti diulangkaji semula.

Apa Kata Kak Ai?
Kau salah agak, Babe. Kami ok dengan "talx". Kami tak perlukan "braile SMS". Anyway, terima kasih daun keladi. Kalau ada apa-apa, kongsikanlah lagi!

Acaraseterusnya ialah pamiran audio labeler. Terdapat 2 jenis gadget. Iaitu: pen-friend dari RNIB, dan Touch-mammo dari Jepun. 2 alat ini berbeza rupa dan nama, tapi, konsepnya sama saja. Ketika saudara-maraku ikhlas memanjatkan syahadat ke hadhrat ilahi dengan mengalunkan bacaan tahlil untuk Ya Rabbul Alamin,  , Wong Kow memperkenalkan Pen-friend, aku memperkenalkan Touch-mammo. Untuk pengetahuanmu, diwaktu ini, tiada PA System. Jadi, aku berjalan membawa touch mammo itu. "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".

Catitan ringkas untuk Audio Labeler:
Alat ini dicipta khas untuk merekod label secara audio kepada barang-barang terpilih. Alat ini sebenarnya adalah pena sensor dan kertas khas sebagai label. Pena sensor ini dilengkapi 3 button: iaitu: record, delete dan on/off. Cara menggunakan alat ini ialah dengan mengacukan pena sensor ke mana-mana label yang berbunyi *chime* dan tekan record button tunggu isyarat bunyi, rekodlah apa saja yang hendak diperkatakan. cabut label itu dan tempekkan pada mana-mana barang yang untuk dilabel. Label ini boleh dibasuh dan dimasukkan ke dalam freezer. Jadi aku lebih senang merekod tarikh mati makanan kegemaranku seperti pitza, burger, nuggett dan entah apa lagi. Aku juga suka melabel gambar-gambar di dalam albumku. Label ini juga boleh di overwrite dan boleh dibahagi dua. tapi sekiranya dibahagi dua, ianya tidak boleh di padam atau di overwrite lagi. Tiada had masa untuk merekod. Untuk membaca label semula ialah dengan mengacukan pena sensor ke arah label. dan pena sensor ini di caj menggunakan USB cable yang disambungkan kepada PC. Alat ini juga boleh digunakan sebagai pen drive untuk temporary storage. Touch Mammo mempunyai keluasan memory sebanyak 2 gb manakala pen-friend memorynya ialah 1 gb. harga yang ditawarkan ialah: rm700 untuk touch mammo dan rm390 untuk pen-friend. Pen-friend ada dijual di MAB.

Apa Kata Kak Ai?
Ok juga barang tu. Siapa ada duit bolehlah beli!

Acara terakhir ialah pamiran tongkat pintar. Seperti yang aku sangka, mereka tidak pernah tahu waktu Malaysia. Mereka datang lambat, dan ramai yang sudah boring menunggu lalu beredar membuat pamiran tongkat pintar mereka sendiri. Aku masih menunggu di situ, bersama segunung rindu. "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Terdapat beberapa perubahan dari laporanku yang lalu. Tongkat kali ini mempunyai sensor atas dengan jarak ketinggian 2 meter. Tongkat ini juga menggunakan 2 biji roda bukannya geguli seperti dulu. Roda ini boleh ditiadakan sekiranya tidak diperlukan. Tongkat ini juga tidak perlu dijalankan secara menegak seperti yang dilaporkan dulu. Gambaran penuh secara audio ada disertakan bersama file dibawah. Aku meninggalkan dewan sebelum acara berakhir.

Apa Kata Kak Ai?
Tongkat itu belum siap lagi. Kalau dah siap pun, macam tak best.

Sayangku, begitulah alkisah yang mampu disunting oleh Penglipur lara seperti aku. Jika ada sebarang kekurangan, carilah wartawan lain untuk membuat liputan.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".

Nota: Untuk mendengar suasana demo di hari itu, sila layari:
http://dl.dropbox.com/u/3119095/rakaman.rar

Rahsia Di Sebalik Tulisan.

Rahsia Di Sebalik Tulisan

Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza. Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya. Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang. Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya. Alah, bukannya susah. Tapi tulisan yang hendak di'baca' itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang. Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh.. Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja. 

[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi. Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah. Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu. Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual. Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas. Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran. Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.

[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan. Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta. Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya. Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri. Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!

Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat. Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti. Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!

[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya. Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling. Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.

Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik. Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.

Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar. Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.

Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia. Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!

[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan. Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti. Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.

Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.

Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.

Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.

Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.

Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!

[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya. Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.

Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.

[Ruangan di tepi] Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.

Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!

Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya.

Sunday, March 14, 2010

Berapakah nilai anda?

Konon, uang rm1 dan rm100 memiliki asal-usul yang  sama tapi mengalami nasib yang berbeda. Keduanya sama-sama
dicetak di bank dengan bahan yang berkualiti dan peralatan yang sama.

Pertama kali keluar dari bank, uang rm1 dan rm100 sama-sama bagus, berkilau, bersih, harum dan menarik. Namun tiga bulan setelah keluar dari bank, uang rm1 dan  rm100 bertemu kembali di dompet seseorang dalam  kondisi yang berbeda. Uang rm100 berkata pada uang  rm1 :"Ya, ampiiiuunnnn. ...........darimana saja  kamu, kawan? Baru tiga bulan kita berpisah, koq kamu udah  lusuh banget? Kumal, kotor, lecet dan...... bau! Padahal  waktu kita sama-sama keluar dari bank, kita sama-sama keren kan ...... Ada apa denganmu?" Kiranya rm100 baru balik dari Indonlah.

Uang rm1 menatap uang rm100 yang masih keren  dengan perasaan nelangsa. Sambil mengenang perjalanannya, uang rm1 berkata : "Ya, beginilah nasibku , kawan. Sejak kita keluar dari bank, hanya tiga hari saya berada di dompet yang bersih dan bagus. Hari berikutnya saya sudah pindah ke dompet tukang sayur yang kumal. Dari dompet tukang sayur, saya beralih ke kantong plastik tukang ayam. Plastiknya basah, penuh dengan darah dan kotoran ayam.

Besoknya lagi, aku dilempar ke plastik seorang pegawai, dari pegawai sebentar aku nyaman di laci tukang jahit.   Dari laci tukang jahit  saya berpindah ke kantong tukang  nasi ayam, dari sana saya hijrah ke ke tong aiskrim. tidak lama selepas itu, saya terjatuh ke dalam kari di sebuah restoran. nasib saya terus-terusan malang apabila ada anak kecil yang membawa saya berenang di dalam sungai lumpur.  Begitulah perjalananku  dari hari ke hari. Itu makanya saya bau, kumal, lusuh, karena sering dilipat-lipat, digulung-gulung, diremas-remas. ......"

Uang rm100 mendengarkan dengan prihatin.: "Wah, sedih sekali perjalananmu, kawan! Berbeda sekali dengan pengalamanku. Kalau aku ya, sejak kita keluar dari bank  itu, aku disimpan di dompet kulit yang bagus dan harum.

Setelah itu aku pindah ke dompet seorang wanita cantik. Hmmm....dompetnya harum sekali. Setelah dari sana , aku lalu berpindah-pindah, kadang-kadang aku ada di hotel berbintang  5, masuk ke restoran mewah, ke showroom mobil mewah, di tempat arisan wanita-wanita kerjaya, dan di tas para selebriti. Pokoknya aku selalu berada di tempat yang bagus. Jarang sekali  aku di tempat yang kamu ceritakan itu. Dan...... aku jarang juga ketemu sama teman-temanmu. . "

Uang rm1 terdiam sejenak. Dia menarik nafas lega, katanya : "Ya. Nasib kita memang berbeda. Kamu selalu berada di tempat yang nyaman. Tapi ada satu hal yang selalu membuat saya senang dan bangga daripada kamu!"

"Apa itu?" uang rm100 penasaran. "Aku sering bertemu teman-temanku di kotak-kotak amal di mesjid atau di tempat-tempat ibadah lain. Hampir setiap minggu aku singgah di tempat-tempat itu. Jarang sekali  aku melihat kamu disana....."

Begitulah manusia dan nasib, terkadang nasib baik membuat manusia lupa akan fitrahnya kepada sang kuasa, mereka terlalu menikmati dunia dan melupakan akhirat. yang mana kah nasib anda uang rm1 atau rm100?

Friday, March 12, 2010

50 Perbezaan di antara lelaki dan wanita.

1. Rata-rata wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu

malam.

2. Sperma laki-laki yang menentukan jenis kelamin bayi.

3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan berbicara, bayi

laki-laki 2 bulan lebih lambat.

4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat

mengandung bayi laki-laki daripada bayi perempuan.

5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada laki-laki

dan rata-rata berat otak laki-laki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.

6. Pergantian kelamin lebih banyak dilakukan lelaki.

7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.

8. Wanita sangat menimbang-nimbang masalah dan perubahan sehari-hari (

misal : penggunaan alat baru ).

9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar,

mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan. Lebih

banyak timbunan lemak
pada punggong, Laki-laki lebih banyak timbunan lemak pada perut.

10. Wanita kurang mampu menahan dingin disebabkan permukaan kulit yang

lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.

11. Laki-laki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara

pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.

Disebabkan serabut
penghubung antara belahan otak kanan ( intuisi ) dan kiri ( logika )

lebih sedikit pada wanita. Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah

terjadi pada wanita.


12. Wanita lebih baik indra penciumannya disebabkan tingginya hormon

estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor penciuman.

13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh (yang

menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.

14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin

lebih rendah pada wanita.

15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, laki-laki dua kali

lebih banyak.

16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45

tahun daripada laki-laki.

17. Pada saat usia tua wanita mengalami kerontokan rambut, pada usia

yang sama sebagian besar laki-laki mengalami kebotakan. Kebotakan

disebabkan produksi
berlebihan dari hormon androgen ( hormon laki- laki ).

18. Mata laki-laki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita

lebih banyak bahagian yang berwarna putih.

19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara

usia 16 - 44 tahun.

20. Secara umum hidung laki-laki lebih besar daripada wanita. Sedangkan

wanita rata-rata mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.

21. Rata-rata pendengaran laki-laki menurun sekitar usia 32, wanita

usia 37.

22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang dibanding

laki-laki. Pita suara laki-laki lebih panjang dan saluran napasnya 30 %

lebih besar.


23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling

berjauhan dengan ada ruang antara diantara mereka dan bereaksi negatif

jika seseorang masuk
di antara ruang jarak pembicaraan. Laki-laki lebih mudah tertekan pada

kerumunan yang membatasi ruang geraknya.

24. Berpapasan dengan wanita pada jalanan ramai, laki-laki menghadapkan

tubuhnya menghadap wanita yang dilewatinya. Wanita cenderung

membalikkan badan,
sering secara tidak sadar menempatkan tangan di depan badannya untuk

melindungi dada.

25. Wanita memproduk dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4

bulan ketika masih dikandung, laki-laki terus memproduksi sperma hingga

usia tua.


26. Kekuatan meramas tangan laki-laki dua kali lebih kuat daripada

wanita.

27. Kira-kira 48 % laki-laki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada

wanita.

28. Wanita rata-rata 153 detik berada di toilet, laki-laki 113 detik.

29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita,

49 % lelaki.

30. Satu berbanding empat, wanita dibanding laki-laki yang berbicara

gagap.

31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.

32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.

33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/tidak bertegur-sapa antara sesama

jenis, laki-laki langsung menemui, wanita menjauhi.

34. Rata-rata laki-laki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi

lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada laki-laki.

35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri dibanding laki

-laki setelah usia 65 tahun.

36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah,

wanita warna biru.

37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi,

lompat jauh dipegang atlet laki-laki.

38. Wanita lebih banyak menggunakan kataganti diri "Saya" dibanding

laki-laki.

39. Laki-laki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur

ruang. Laki-laki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak

dan logika
) pada waktu bersamaan.

40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause,

setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami

pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan

menolong mencegah naiknya kholestrerol.

41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali

lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.

42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan

usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.

43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada

lelaki.

44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda laki-laki dibanding wanita

yang meninggal karena kanker paru-paru dan penyakit jantung.

45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena

kanser payudara pada tahun 1990.

46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup.

Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup

sendiri.

47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh laki-laki,

95 % penghuni penjara adalah pria.

48. Penelitian di England, anak laki-laki lebih mudah dibohongi

/dipedaya daripada anak perempuan.

49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya

secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.

50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian

yang dipakai.

Tuesday, March 9, 2010

Rahsia Tahi Lalat.

RAHSIA TAHI LALAT

Masyarakat pada zaman dahulu  mengenal seseorang dengan melihat tanda pada badannya. Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dengan jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu. Hanyalah sekadar menambah pengetahuan semata-mata.

TANDA FIRASAT TAHI LALAT
bibir atas kanan banyak rezeki, pandai
bibir atas kiri ramai kawan, baik hati
bibir bawah kanan disegani orang, ramai yang suka
bibir bawah kiri pandai bicara, tak mudah kalah
leher kanan cerdas, jujur, berani menderita
leher kiri cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
leher di tengah tercapai cita-cita
biji mata kanan suka serong dan pembohong
biji mata kiri pembohong tetapi baik hati
hujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas
hujung mata kiri baik budi, murah rezeki
punggung kanan agak mengalami kesulitan
punggung kiri malas dan suka duduk
betis kanan suka berhibur, boros
betis kiri rajin,tidak suka menganggur
lutut kanan bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
lutut kiri kurang kuat berusaha
kepala sebelah kanan terkabul cita-cita
kepala sebelah kiri sering menemui kesusahan
kepala sebelah belakang jujur, sabar dan tekun
kening kanan cerdas dan cekap
kening kiri cerdas, sopan santun
tengah kening keras hati, berani segala hal
hujung mulut kanan kecil rezeki, tak mudah kalah
hujung mulut kiri suka berpoya-poya
ketiak kanan dapat menyimpan rahsia
ketiak kiri jujur, banyak yang cinta
pergelangan kaki kanan suka berpergian (keluar rumah)
pergelangan kaki kiri kehendak kuat
batang hidung banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
pada hidung banyak rezeki
dagu bawah kanan jujur dan baik hati
dagu bawah kiri bijak sana dan berbudi luhur
kemaluan kanan atau kiri baik, suka senggama
di kepala kemaluan (lelaki) bakal beristeri 2 
tumit kanan jujur dan banyak kawan
tumit kiri baik budi
alis kanan suka menolong, baik hati
alis kiri ramai yang suka
pangkal peha kanan kemahuan kuat
pangkal peha kiri suka kerja apa pun
telapak kaki kanan tak mudah mengeluh
jari kaki kanan suka menolong
jari kaki kiri berbudi, suka berbuat baik
bahu kanan cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
bahu kiri suka kerja keras, banyak tanggungjawab
buah dada kanan baik hati, pendiam, simpan rahsia
buah dada kiri ramai kawan, setia pada pasangan
lengan kanan setia dan taat pada atasan
lengan kiri menepati janji dan rajin
pipi kanan ramai teman
tengah-tengah pipi kanan ramai yang suka
tengah-tengah pipi kiri ramai teman
ubun-ubun kurang jujur
pusat cerdas, tangkas, tekun
pusat bahagian kanan sejahtera dalam hidup
pusat bahagian kiri beroleh kemuliaan
pinggang kanan sayang pada pasangan hidup
pinggang kiri disayang pasangan hidup
dada kanan dapat mengatasi masalah
dada kiri berani, jujur dan sabar
telapak kaki kanan tidak mudah mengeluh
telapak kaki kiri baik budi pekertinya
siku tangan kanan kuat ingin memiliki kekayaan
siku tangan kiri baik hati, suka menolong
jari tangan kanan serba beroleh keuntungan
jari tangan kiri serba baik bekerja
jari telapak tangan kanan banyak rezeki tapi boros
jari telapak tangan kiri banyak rezeki dan cermat
pergelangan tangan kanan boros, suka bersukaria
pergelangan tangan kiri  dapat berpangkat
perut bawah kanan banyak rezeki, suka memberi maaf
perut bawah kiri baik hati, tenang hidupnya
sudut mata kanan dalam disayang suami atau isteri
sudut mata kiri dalam tidak mudah dilupakan pasangan
sudut mata kanan luar baik budi, ramai yang cinta
pelipis kiri murah rezeki, dapat jadi kaya
pelipis kanan serba berhasil dalam usaha
kelopak mata kanan atas baik hati, ramah, berjaya
kelopak mata kiri atas baik budi, ramai yang suka
kelopak mata kanan bawah agak malas
kelopak mata kiri bawah agak bodoh, kurang bijaksana

Tragedi Seorang Aku.

"Tragedi Seorang Aku.

Aku,

sepi,

sunyi,

sendiri,

menyusuri hati gundah,

dipenuhi lautan air mata,

yang tiada bertepi,

yang tidak berpelabuhan.

Aku,

sedih,

merintih,

menangis,

jiwa yang tertekan,

ditenggelami hujan batu,

yang menimpa derita,

yang tak terperi sakitnya.

Aku,

tersepit,

diapit,

dicubit,

kata menusuk cuping pendengaran,

menyeksa batin kian terguris,

yang bertambah lukanya,

yang semakin dalam hirisannya.

Aku,

Keliru,

Bercelaru,

yang kian terdampar di dasar luka,

yang kian hanyut dibayangi kelam,

tanpa cahaya

memburu sinar ceria,

di celah mendungan awan.

Aku,

Bermimpi,

Menanti,

Berlari mengejar pelangi,

Hilang tak bisa dijejaki,

Namun kutetap mencari.

Aku,

Geram,

Marah,

Tak mungkin berserah,

Pantang mengalah,

Biarpun airmata menjadi darah,

Biarpun rindu menjadi benci,

Aku, utoh seorang aku.

Sunday, March 7, 2010

8 Tanda Lalu-Lintas Cinta.

Di dalam hidup ini, tiada yang terlepas dari peraturan. Setiap sesuatu terikat dengan peraturannya. Terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk memilih samada akur pada hokum alam, mendaulatkan undang-undang demi menghargai sebuah kesejahteraan. Begitu jugalah, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Terserah kepada akal budi kita untuk menilai antara kilauan kaca dan intan.

8 tanda lalu lintas cinta

Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada dijalan raya. sepanjang

perjalanan kamu pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk

kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu jugalah percintaan

kamu.. oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN:

Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. buat sakit hati sehaja. yakinlah

kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA:

Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak

bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. begitulah

berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN:

Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman

semula. laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa

dan terdesak. jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru</b>

PEJALAN KAKI:

Biarkan si dia belalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi

ada rasa untuk bercinta. banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK:

Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah

tidak tepati janji

JALAN SEMPIT:

ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak

bertolak andur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan

masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT:

Hati-hati! hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. jangan terlalu cepat membuat

keputusan yang merugikan kamu. Fikirk sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah

kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN:

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada

si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk

bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan

dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!

Thursday, March 4, 2010

Pemilihan Tali Leher.

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher  sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar  tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru. 

Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah. 

Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren

Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam. 

Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol  kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu

Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning. 

Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau. 

Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat. 

Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris. 

Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot. 

Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang. 

Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.