Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Tuesday, April 26, 2011

Cinta Antara 2 Darjat.

Cinta Antara 2 Darjat. Assalammualaikum! Pada zaman dahulukala, apabila frasa sebegini diungkapkan, ianya bermakna percintaan tak sepadan di antara Si Kaya dan Si Miskin. Untuk masyarakat hari ini, kaya material bukan lagi menjadi penghalang. Malah, famili lebih terbuka menerima menantu yang sama tahap pembelajaran dengan anaknya. Kisah kita hari ini adalah percintaan anak raja dan rakyat jelata. Dalam cerita/hikayat dongeng, senario sebegini adalah suatu keistimewaan di mana Putera raja seringkali terpaut hati kepada gadis hutan-rimba yang ditemui sewaktu berburu. Pada hakikat realitinya, keturunan diraja akan berusaha memelihara susur-galur pertalian darah mereka, lebih-lebih lagi pewaris takhta. PUTERI Diana melalui kehidupan di istana yang penuh tragis selepas berkahwin dengan pewaris takhta England, Putera Charles. CINTA itu seolah-olah mempunyai kuasa sakti. Lahirnya kehidupan insan dikatakan segalanya atas dasar cinta. Namun, cinta itu terkadang sangat rumit untuk diramal dan memang benar apabila falsafah menyebut, cinta itu buta. Tatkala ghairah cinta sudah menyelinap dalam sukma, para pencinta sanggup berkorban jiwa dan raga. Jika dirayu untuk melastik bintang sekali pun, ia akan diredah tanpa keluh kesah. Betapa hebatnya kuasa cinta sehinggakan perbezaan darjat waima keturunan, protokol atau harta pun bukan penghalang untuk mendirikan istana bahagia. Lihat saja riwayat cinta yang diulit antara pasangan yang berbeza martabat, antara putera raja dan wanita biasa. Ada yang kecundang di pertengahan jalan. Namun, tidak kurang pula legenda cinta mereka diingati berzaman lamanya. Cinta antara dua darjat yang bertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani. Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya di sebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah rentak hidupnya. Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain, telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara di Jordan. RAJA HUSSEIN dari Jordan yang mengahwini rakyat biasa, Elizabeth Najeeb Halaby atau Puteri Noor. Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing. “Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna,” kata Rania yang kini berusia 41 tahun. Permaisuri yang dikategorikan antara yang paling intelektual di dunia itu sangat disayangi rakyat jelatanya. Baginda juga sudah pun melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang permaisuri dengan melahirkan empat pewaris. Daripada seorang pegawai pemasaran untuk syarikat perbankan Citibank dan Apple Inc, Rania mewakili angan-angan dan fantasi kebanyakan gadis yang sentiasa mengimpikan untuk dilamar oleh seorang putera raja. Pesona wartawan janda Cerita Rania berlainan dengan kisah cinta seorang wartawan penyiaran yang terkenal di Sepanyol. Letizia Ortiz Rocasolano, 39, menjangkakan hidupnya akan merana apabila bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang guru. Sangkaannya itu ternyata meleset. Kemunculan Letizia yang membaca berita ekonomi bagi Spanish TV, telah menambat hati Putera Felipe yang merupakan pewaris takhta Austurians. Apabila cinta sudah bertaut, Felipe sanggup melakukan apa saja termasuk menghubungi pemilik stesen berkenaan untuk mengatur pertemuan dengan wartawan itu. Letizia tergamam ketika bertentang mata dengan seorang putera kesayangan Sepanyol dalam satu majlis makan malam khas yang diaturkan untuknya. RAJA HUSSEIN dari Jordan yang mengahwini rakyat biasa, Elizabeth Najeeb Halaby atau Puteri Noor. Walau tampil bersahaja, pesona janda tersebut telah mencairkan hati putera berkenaan. Status wartawan penyiaran mewujudkan kebimbangan kepada institusi beraja di sana tetapi, bukan di hati Putera Felipe. Ternyata, pengumuman pertunangan pasangan itu pada tahun 2003 mengejutkan dunia. Letizia dilaporkan diselubungi dengan pelbagai kontroversi. Namun, Putera Felipe tidak mempedulikan segala tohmahan. Tanggal 22 Mei 2004, Letizia mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya. Mereka disatukan dalam sebuah majlis gilang gemilang di Madrid. Kini, mereka dikurniakan dua puteri. Terpaut dengan atlet Bagi rakyat Monaco, adalah menjadi satu kehampaan apabila putera mereka, Putera Albert memilih rakyat biasa menjadi bakal permaisuri. Barangkali takdir sudah tertulis, Putera Albert tidak berupaya mencurahkan kasih dan sayangnya pada gadis yang sedarah dengannya. Kelibat Charlene Wittstock yang merupakan perenang kelahiran Bulawayo, Zimbabwe, dalam keadaan tidak terurus dalam satu majlis sosial telah menawan hati Putera Albert. “Saya memang buta tentang fesyen, saya masih ingat lagi, saya telah meminjam gaun berwarna hijau daripada seorang rakan. Kemudian saya warnakan kuku saya dengan warna merah, saya seperti pokok krismas ketika bertemu dengan seorang putera idaman ramai,” tutur Charlene, 33, ketika ditemu bual oleh wartawan. Kemunculan sebegitu dipandang sebelah mata oleh sebilangan hadirin. Namun, pada mata Putera Albert, Charlene sungguh menawan. Sungguh tidak disangka, kenyataan yang terpacul daripada mulut jaguh sukan renang itu tadi tidak semena-mena membuatkan rakyat Monaco jatuh cinta pada kerendahan hatinya. Menyamar sebagai orang biasa “Hidup saya bukan satu kisah dongeng, hidup saya sangat nyata.” Demikian kata Puteri Mary yang merupakan Puteri Mahkota Denmark yang menjadi inspirasi gadis-gadis yang cintakan fesyen. Puteri Mary atau nama asalnya Mary Elizabeth Donaldson, 39, telah melalui momen-momen indah ketika berkenalan dengan Putera Frederik. Seawal perkenalan mereka di sebuah bar di Sydney, pewaris empayar Denmark menyamar sebagai orang biasa. Putera itu hanya memperkenalkan dirinya sebagai Fred sahaja. Putera Frederik dikatakan cuba menguji kesetiaan pegawai pemasaran itu. Sememangnya, cinta wanita kelahiran Scotland dan kemudian bermigrasi di Australia itu memang tegar. Meskipun Mary seorang gadis biasa, sikapnya yang penuh santun sangat disenangi. Kesungguhannya mempelajari bahasa Denmark mengharukan rakyat negara itu. Mary yang dilabelkan sebagai individu yang berpengaruh dalam dunia fesyen dan sering dikaitkan dengan Puteri Diana Spencer kini sudah melahirkan dua puteri dan dua putera. Cinta yang tewas GRACE KELLY meninggalkan gemerlap bintangnya di Hollywood untuk menjadi permaisuri Putera Rainer III di Monaco. Sebelum Perang Dunia Pertama, cinta seorang putera perlu dicurahkan kepada seorang puteri saja. Namun, sejurus selepas era itu, putera-putera raja terus meroboh tembok peraturan itu. GRACE KELLY meninggalkan gemerlap bintangnya di Hollywood untuk menjadi permaisuri Putera Rainer III di Monaco. Ada yang bahagia, tidak kurang juga yang menderita. Paling teruk, ia terpalit dengan kematian. Sophie Chotek misalnya, adalah legenda cinta malang zaman dulu kala. Wanita itu dikatakan tidak cukup baik kepada Archduke Franz Ferdinand, putera dari Austria-Hungary. Walaupun telah melahirkan tiga cahaya mata, Sophie dilayan dengan begitu buruk. Walaupun menyandang gelaran Duchess of Hohenburg, beliau dihalang menjalani kehidupan seperti penghuni istana. Pada alaf baru ini pula, laluan percintaan Puteri Diana dikatakan yang paling getir. Meskipun beliau dalam kalangan anak bangsawan, Diana dikatakan tidak dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan diraja. Beliau melalui detik sukar apabila suaminya, Putera Charles dikhabarkan mempunyai hubungan sulit dengan Camilla Parker Bowles. Kehancuran jiwa Diana sudah tidak dapat dibendung dan akhirnya pasangan itu bercerai pada Ogos 1996. Setahun kemudian, wanita yang dilabelkan antara wanita teranggun di dunia itu mati dalam nahas kemalangan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga Charles. Pada 29 April ini, anak sulung kesayangan Diana, Putera Williams mengulangi sejarah yang pernah diciptakan ibu bapanya. Williams memilih melangsungkan perkahwinan bukan dengan wanita berdarah kerabat. Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan, Kate Middleton. Tidak seperti mendiang ibunya, Kate disayangi pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II. Namun, ramalan astrologi terhadap kehidupan selepas perkahwinan mempelai itu agak menakutkan. Antaranya ialah Kate dikatakan sukar mendapatkan anak. Putera William pula dijangka akan mengalami satu kemalangan ngeri. Ramalan yang paling kritikal adalah pasangan itu akan bercerai semasa berumur 40-an. Persoalannya adakah ia akan benar-benar berlaku? Namun, ramai menganggap kuasa cinta antara Kate dan William dapat mengatasi segala-galanya.

Liz Taylor - Aktres Paling Menggoda.

Assalammualaikum! Pesona Cleopatra Hollywood LAKONAN Elizabeth Taylor dalam filem Suddenly Last Summer pada 1959 mejadikannya aktres paling menggoda. -------------------------------------------------------------------------------- LIZ Taylor atau nama sebenarnya, Elizabeth Rosemond Taylor berjaya menawan hati sembilan lelaki. Dia ialah ratu Hollywood. Haruman kehadirannya dalam bidang seni lakonan berjaya menawan hati semua orang. Memulakan karier lakonan seawal umur 10 tahun pada 1942 menerusi filem There's One Born Every Minute, Liz Taylor membesar sebagai seorang jelitawan Hollywood. Membintangi hampir 70 buah filem, dunia dikejutkan dengan kematiannya akibat komplikasi jantung pada Rabu lalu. Dia berusia 79 tahun. Ketika hayatnya, Taylor yang merupakan primadona filem Hollywood pernah berkahwin dengan lapan lelaki termasuk sebanyak dua kali dengan aktor yang pernah dicalonkan sebanyak tujuh kali dalam Anugerah Akademi, Richard Burton. Pelakon kelahiran London itu berkahwin pada usia 18 tahun dan menjanda pada buat kali pertama pada 1951. Dia berkahwin semula pada 1952 sebelum bercerai lagi pada usia 26 tahun. ELIZABETH TAYLOR dan suami kelimanya, Richard Burton tiba di Itali untuk penggambaran filem Cleopatra pada 1962. -------------------------------------------------------------------------------- Mungkin disebabkan pesona yang dimiliki wanita itu tiada tandingan, maka ramai lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya juga bukan calang-calang. Antaranya, pengasas Hotel Hilton dan juga moyang kepada pelakon Paris Hilton, Conrad Hilton. Ahli politik Republikan, John W. Warner dan penerbit filem terkenal Michael Todd. Taylor pernah berkahwin dengan aktor kacak, Michael Wilding dan penyanyi, Eddie Fisher. Selain itu, Taylor juga pernah berkahwin dengan pekerja binaan, Larry Fortensky yang merupakan suami kelapan beliau ketika usia Taylor 59 tahun walaupun Fortensky ketika itu berusia 39 tahun. Ketika usia Taylor 78 tahun, beliau dilaporkan bertunang dengan Jason Winter, 49. Mengelak berita itu menjadi perbualan hangat, Taylor dikatakan bertunang dengan pemuda itu atas dasar ingin mempunyai teman dalam hidup. "Saya tidak boleh hanya memiliki cinta, melainkan harus berkahwin," kata Taylor dalam satu kenyataan. Taylor turut dilaporkan menjalin hubungan asmara dengan pemain legenda bola sepak, penerbit jutawan dan peguam dari Mexico. Kehidupan cinta Taylor barangkali menerima lebih banyak liputan berbanding kehidupan cinta selebriti Hollywood lain dalam sejarah. Dalam satu kenyataan Tylor memberitahu, lelaki yang hadir dalam hidupnya bukan diibaratkan seperti hingus yang boleh dibuang begitu sahaja. "Setiap perceraian yang dilalui, saya ibaratkan ia sebagai satu kematian kecil yang memeritkan," katanya. Pesona Taylor bukan sekadar pada paras rupanya tetapi dari segi penampilannya. Taylor sentiasa tampil anggun di khalayak ramai dengan dandanan rambut yang tersusun rapi dan solekan menawan serta memakai barang kemas yang pelbagai. ELIZABETH TAYLOR bersama suami keempatnya, penyanyi legenda Eddie Fisher. -------------------------------------------------------------------------------- Peminat Taylor tidak pernah melihat pelakon itu tampil mengenakan pakaian biasa seperti seluar jean mahupun baju-T. Selebriti terkenal dari Britain, Elton John menyifatkan kematian Elizabeth sebagai kehilangan yang cukup besar. "Kami kehilangan bintang Hollywood paling berharga," katanya kepada Access Hollywood. Penyanyi popular, Madonna pula melahirkan rasa sedih atas kehilangan legenda hebat itu. "Dia merupakan legenda berhati mulia," kata Madonna dalam satu kenyataan. Penyanyi bersuara lunak, Mariah Carey menerusi Twitter memuji Elizabeth sebagai pelakon legenda yang tiada penganti.

Sunday, April 24, 2011

Abdullah Bin Masih.

Assalammualaikum!

Saya tidak takut anak perempuanku menjadi fakir miskin
Nama lengkapnya Abdullah bin Mas'ud bin Ghofil bin Habib al-Hadzaly. Biasanya dipanggil Abu Abdurrahman. Beliau dikenal dengan sebutan "Habrul Ummah"(ilmuan umat Islam) seperti halnya Ibn `Abbas. Beliau juga termasuk orang yang ahli fiqh.
Mengenai keislamannya, beliau masuk Islam sebelum Rasulullah datang ke rumah al-Arqom. Rumah inilah yang menjadi cikal bakal tempat pengajian ajaran Islam dimana para sahabat hadir di sana. Beliau termasuk enam orang yang masuk Islam pada awal-awal datangnya Islam. Masa kecilnya dihabiskan untuk mengembala kambing milik `Uqbah bin Abu Mu'id di Mekkah. Maklum, orang tuanya bukan orang yang kaya yang mampu mencukupi kebutuhan hidupnya.
Tubuhnya mempunyai kemiripan dengan Rasulullah, terutama ketika berjalan dan cara jalannya. Badanya tidak terlalu gemuk agak kurus sedikit. Agak pendek badanya. Hampir-hampir orang yang duduk itu menyamai ketika beliau berdiri. Kalau berpakian rapih dan bersih. Serta memakai wangi-wangian. Kononnya kalau beliau keluar rumah, para tetangga tahu kalau beliau sedang lewat. Beliau memang suka memakai wangi-wangian.
Diceritakan dari Ali bin Abu Tholib bahwa suatu hari Rasulullah menyuruh Ibn Mas'ud untuk menaiki pohon untuk mengambil sesuatu darinya. Para sahabat yang berada dibawah pohon melihat betis Ibn Mas'ud begitu kecil. Mereka tertawa karena betisnya tidak berisi. Kemudian Rasulullah bertanya, "Kenapa kalian tertawa? Kalian tahu bahwa kaki Abdullah bin Mas'ud kelak di akherat nanti timbangannya lebih berat daripada gunung Uhud."(HR.Ahmad, 114/1)
Ketika Rasulullah perintahkan umat Islam berhijrah karena adanya siksaan dari kafir Quraisy yang begitu menyakitkan, beliau ikut berhijrah ke Habsyah (Ethopia) dan Madinah. Selama berjuang bersama Rasulullah, beliau ikut terlibat dalam semua peperangan. Rasulullah memberi kesaksian bahwa beliau kelak akan masuk surga.
Pada waktu Umar menjabat sebagai kholifah, beliau pernah ditugaskan untuk menjadi guru di Kuffah. Dan juga menjadi menteri bagi Ammar bin Yasir sebagai wali kota itu. Pengalaman beliau mengajarkan ajaran Islam di Kuffah, menjadikan dirinya semakin dekat dengan Allah. Dan betapa pentingnya belajar dan mengajar. Dalam kesehariannya beliau banyak bangun malam untuk bertahajud.
Mengenai pribadinya, Abdullah bin Amru berkata, Rasulullah pernah bersabda, "Belajarlah al-Qur'an dari empat sahabat; Ibn Mas'ud, Ubay bin Ka'ab, Mu'adh bin Jabal dan Salim budak Abu Khuzaifah." Meskipun tubuhnya tidak kecil tapi beliau mempunyai kelebihan dalam suara. Beliau lah orang Islam pertama yang membaca al-Qur'an dengan suara keras.
Suatu hari Rasulullah bertanya kepadaku (Ibn Mas'ud), "Bacalah untuk." Saya jawab, "Apakah saya harus membaca untukmu sedangkan Wahyu itu diturunkan kepadamu?" Rasulullah menjawab; "Sungguh, bahwa saya ingin mendengar dari orang lain." Kemudian saya pun membaca untuk Rasulullah surah an-Nisa hingga sampai ayat 41"Bagaimana jika kami datangkan saksdi dari semua umatku dan kami bawa kamu kepadamereka" Rasul berkata; "Tahan!" Ternyata mata Rasulullah meneteskan air mata.
Sebelum wafatnya Utsman bin Affan pernah menawarkan beliau untuk memberikan sebagian hartanya kepada putrinya. Dengan cara halus beliau menolak tawaran itu sembari berkata, "Saya tidak takut anak perempuanku menjadi fakir miskin." Beliau melajutkan ucapannya tadi, "Tiap malam saya suruh anak perempuanku saya untuk membaca surah al-Waqiah. Sebab saya pernah mendengar Rasulullah bersabda, "Barangsiapa membaca surah al-Waqiah tiap malam, dia tidak tertimpa kefakiran selamanya"(ibn Katsir menyebutkan dalam kitabnya).
Diantara kata-kata hikmah dan wasiat beliau,
"Dari al-Masib bin Rofi' bercerita bahwa Ibn Mas'ud pernah berkata, "Sungguh saya sangat benci dengan orang yang tidak punya kesibukan dengan akherat dan juga kesibukan dunia."
"Janganlah salah seorang dari kalian mengikuti agama orang lain. Jika dia beriman, kalian beriman. Jika dia kafir, kalian ikut kafir. Sekiranya memang harus ikut dengan, maka ikutilah orang yang sudah mati. Sebab yang masih hidup tidak aman dari firnah."(lihat sofwahus sofwah,1/220-21).
"Dari Abdurahman bin Abdullah bin Mas'ud, anaknya, diceritakan bahwa seorang laki-laki datang padanya. Orang itu bertanya, "Wahai Abu Abdurahman, ajarkan kepadku kalimat yang banyak dan bermanfaat." Beliau menjawab, "Janganlah kamu syirik kepada Allah, dimana kamu berada datangilah al-Qur'an, jika datang kepadamu kebenaran maka terimalah kebenaran itu meskipun dia itu bukan kerabatmu dan tidak disukai. Dan jika datang kepada kebatilan maka tolaklah meskipun dia datang dari orang yang dicintau dan kerabatmu."
Selama berjuang bersama Rasulullah, beliau telah meriwayatkan kurang lebih 848 hadits. Diantara hadits riwayatnya itu, dari Rasulullah, beliau bersabda; "Hendaklah kalian berlaku jujur karena kejujuran akan membawamu kepada kebaikan dan kebaikan akan membawamu ke surga. Jauhilah olehmu dusta karena dusta itu membawa kepada dosa, dan dosa itu membawamu ke neraka.."(HR.Muslim)
Setelah hidupnya didedikasikan untuk menyebarkan ajaran Islam, akhirnya beliau meninggal dunia pada tahun 32 Hijriah. Sebelum wafatnya beliau sempat berpesan kepada Zubair bin Awwam untuk mensholatinya. Beliau dikuburkan di kuburan Baqi' (samping masjid Nabawi, Madinah).
http://www.2lisan.com/agama/sahabat-agama/abdullah-bin-masud/

Friday, April 22, 2011

Menghampiri Qiamat.

Assalammualaikum! Berikut adalah tanda2 hampir qiamat. Berdoalah agar kita tergulung sebagai muslimin yang solleh. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: 'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah... 2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah... 3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik... 4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah... 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyakperbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... 6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal... 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon& kat Malaysiapun ada.... 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)... 10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok... 11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... 12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ... 13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salji... Mina dah kena banjir.

Friday, April 15, 2011

Ikhlaslah Beramal.

Ikhlaskah Hati Ini? "Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya. "Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya." "Tak payah, bawa sahaja karung guni." "Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya. "Mari kita ke pasar!" Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. "Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. "Cukup?" "Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik." Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar. "Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?" "Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?" "Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan. "Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu. "Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut. "Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain. Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. "Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?" "Tak buat apa-apa." "Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid. "Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..." "Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan. "Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal." "Dengan memikul batu-batu ini?" "Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu... " "Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?" "Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..." "Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu. Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal. Pengajarannya:~ Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat. RenungiLah kata-kata ini:~ "Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berILMU. Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang berAMAL.Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu, kecuali mereka yang IKHLAS" ~Imam Al-Ghazali

Aku Bersyukur di Atas Rezki Ini.

Assalammualaikum! Ikhlas itu bagaikan seekor semut hitam di atas seketul batu hitam di tengah malam yang kelam. Hari ini hati kita merancang sesuatu dengan penuh doa dan tawaduk. Namun, apabila doa itu telah termakhbul, kita terlupa mensyukurinya malah menukar janji yang diazamkan selama ini. Ada seorang gadis buta yang membenci dirinya sendiri karena kebutaannya itu. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya. Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan menikahi kekasihnya hanya jika dia bisa melihat dunia. Suatu hari, ada seseorang yang mendonorkan sepasang mata kepadanya sehingga dia bisa melihat semua hal, termasuk kekasihnya. Kekasihnya bertanya, "Sekarang kamu bisa melihat dunia. Apakah kamu mau menikah denganku?" Gadis itu terguncang saat melihat bahwa kekasihnya ternyata buta. Dia menolak untuk menikah dengannya. Kekasihnya pergi dengan air mata mengalir, dan kemudian menulis sepucuk surat singkat kepada gadis itu, "Sayangku, tolong jaga baik-baik mata saya." Kisah di atas memperlihatkan bagaimana pikiran manusia berubah saat status dalam hidupnya berubah. Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih karena telah menyertai dan menopang bahkan di saat yang paling menyakitkan. Hidup adalah anugerah Hari ini sebelum engkau berpikir untuk mengucapkan kata-kata kasar - Ingatlah akan seseorang yang tidak bisa berbicara. Sebelum engkau mengeluh mengenai cita rasa makananmu - Ingatlah akan seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan. Sebelum engkau mengeluh tentang suami atau isterimu - Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan meminta pasangan hidup. - Hari ini sebelum engkau mengeluh tentang hidupmu - Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke surga. Sebelum engkau mengeluh tentang anak-anakmu - Ingatlah akan seseorang yang begitu mengaharapkan kehadiran seorang anak, tetapi tidak mendapatnya. Sebelum engkau bertengkar karena rumahmu yang kotor, dan tidak ada yang membersihkan atau menyapu lantai - Ingatlah akan orang gelandangan yang tinggal di jalanan. Sebelum merengek karena harus menyopir terlalu jauh - Ingatlah akan sesorang yang harus berjalan kaki untuk menempuh jarak yang sama. Dan ketika engkau lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu - Ingatlah akan para penganguran, orang cacat dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu. Sebelum engkau menuding atau menyalahkan orang lain - Ingatlah bahwa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa dan kita harus menghadap pengadilan Tuhan. Dan ketika beban hidup tampaknya akan menjatuhkanmu - Pasanglah senyuman di wajahmu dan berterima kasihlah pada Tuhan karena engkau masih hidup dan ada di dunia ini. Hidup adalah anugerah, jalanilah, nikmatilah, rayakan dan isilah itu. NIKMATILAH SETIAP SAAT DALAM HIDUPMU, KARENA MUNGKIN ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI!

Friday, April 8, 2011

Doa Ibu Membawa ke Syurga.

Assalammualaikum! Islam menuntut kita untuk berbuat baik kepada ibu bapa.Ia merupakan perintah Allah SWT yang wajib kita tunaikan. Sebagai seorang anak, kita diperintahkan agar sentiasa melakukan kebaikan terhadap mereka seperti bersikap lemah lembut, berbudi bahasa, tidak berlaku kasar dan selalu ingat dan menghargai jasa serta pengorbanan yang telah diberikan kepada kita selama ini. Mereka telah bersusah payah memelihara dan menjaga kita siang dan malam dengan mengorbankan waktu, tenaga, perasaan, wang ringgit dan sebagainya demi memberikan yang terbaik untuk kita. Atas dasar itulah maka Islam menetapkan bahawa tanggungjawab melakukan kebaikan kepada ibu bapa amat besar sehingga ia digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT. Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 23: Yang maksudnya: "Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uh" dan janganlah engkau menengking, menyergah mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)." Selain itu, ajaran Islam juga menyuruh kita agar sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kedua ibu bapa kita. Dalam firman Allah SWT dalam surah Lukman ayat 14: Yang maksudnya: "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." Sesungguhnya begitu besar sekali peranan dan pengorbanan kedua ibu bapa, lebih-lebih lagi buat si ibu sehingga Islam mengangkat darjat seorang ibu itu lebih dari seorang bapa. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW: "عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ حَيْدَةَ الْقُشَيْرِىِّ قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُوْلَ اللهِ ، مَنْ أَبَرَّ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أُمُّكَ . قَالَ قُلْتُ : ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ : أَبَاكَ؟ ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ." Maksudnya: "Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya". (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Maksud hadis tersebut, Baginda Rasulullah SAW telah menggariskan satu dasar bahawa Islam amat mengutamakan kepada si ibu sebagai insan yang layak menerima segala layanan yang terbaik dari setiap anak-anaknya ini kerana segala pergorbanan yang ditanggung oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan diikuti dengan proses melahirkan, kemudian memelihara untuk membesarkan kita adalah satu tempoh yang amat sukar. Namun begitu, ia berjaya diatasi dengan sebab rasa kasih sayang yang mendalam dalam diri si ibu berserta sokongan dari si bapa. Memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan oleh ibu, maka selayaknyalah ibu diberi penghormatan yang begitu tinggi, ini tepat sekali dengan sabda Nabi Muhammad SAW: "اَلْجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ." Maksudnya: "Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu-ibu." Hal ini dapat dilihat dalam kisah Alqamah, di mana beliau begitu sukar untuk melafazkan kalimah syahadah di saat sakaratul maut kerana perasaan ibunya yang terguris di atas layanannya, walaupun Alqamah kuat beribadah tetapi beliau telah melakukan sesuatu yang mengguris perasaan ibunya, lalu ibunya merasa kecil hati dengan tindakannya, sehingga ibunya sukar untuk memaafkannya. Peristiwa ini perlu dijadikan iktibar oleh kita semua, semoga perkara yang dialami oleh Alqamah tidak terjadi kepada kita.

Kisah susu Ibu.

Kisah Susu Ibu.Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak perempuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah...bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama ter sebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan ! Jadi dalam soal harta pusaka dan sebagainya.. . **moral: kisah yang menarik..tapi adakah anak lelaki yang mndapat 2 bahagian tu mampu menunaikan tanggungjawab kpd ibu mereka dari anak perempuan yang hanya perolehi 1 bahagian?? renung-renungkanlah..^_^

Nabsu Yang Sombong.

Assalammualaikum! Sesungguhnya Allah itu Pencipta, kita adalah hamba ciptaannya. Hamba dijadikan untuk menyembahnya. Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama menceritakan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik. Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku." Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi binasa. Wallahu'alam.

Sunday, April 3, 2011

100 Fascinating Facts You Never Knew About the Human Brain

100 Fascinating Facts You Never Knew About the Human Brain The human brain has amazed and baffled people throughout the ages. Some scientists and doctors have devoted their entire lives to learning how the brain works. It is no wonder that people enjoy learning facts about this incredible organ in the human body. Below, you will find 100 facts about the brain including how it works, how it develops, what it controls, how it affects sleep, dreams, and memory, and more, which may be helpful. When you finish reading about these fun facts, take this short brainpower quiz and see how much you learned about the human brain. Physical Attributes These facts will teach you interesting bits of information about the physical make-up of the human brain. Weight. The weight of the human brain is about 3 lbs. Cerebrum. The cerebrum is the largest part of the brain and makes up 85% of the brain’s weight. Skin. Your skin weighs twice as much as your brain. Gray matter. The brain’s gray matter is made up of neurons, which gather and transmit signals. White matter. The white matter is made up of dendrites and axons, which create the network by which neurons send their signals. Gray and white. Your brain is 60% white matter and 40% gray matter. Water. The brain is made up of about 75% water. Neurons. Your brain consists of about 100 billion neurons. Synapses. There are anywhere from 1,000 to 10,000 synapses for each neuron. No pain. There are no pain receptors in the brain, so the brain can feel no pain. Largest brain. While an elephant’s brain is physically larger than a human brain, the human brain is 2% of total body weight (compared to 0.15% of an elephant’s brain), meaning humans have the largest brain to body size. Blood vessels. There are 100,000 miles of blood vessels in the brain. Fat. The human brain is the fattest organ in the body and may consists of at least 60% fat. The Developing Brain Starting from within the womb, fetal brain development begins the amazing journey that leads to a well-developed brain at birth that continues to grow for 18 more years. Neurons. Neurons develop at the rate of 250,000 neurons per minute during early pregnancy. Size at birth. At birth, your brain was almost the same size as an adult brain and contained most of the brain cells for your whole life. Newborn’s growth. A newborn baby’s brain grows about three times its size in the first year. Stopped growing. Your brain stopped growing at age 18. Cerebral cortex. The cerebral cortex grows thicker as you learn to use it. Stimulation. A stimulating environment for a child can make the difference between a 25% greater ability to learn or 25% less in an environment with little stimulation. New neurons. Humans continue to make new neurons throughout life in response to mental activity. Read aloud. Reading aloud and talking often to a young child promotes brain development. Emotions. The capacity for such emotions as joy, happiness, fear, and shyness are already developed at birth. The specific type of nurturing a child receives shapes how these emotions are developed. First sense. The first sense to develop while in utero is the sense of touch. The lips and cheeks can experience touch at about 8 weeks and the rest of the body around 12 weeks. Bilingual brains. Children who learn two languages before the age of five alters the brain structure and adults have a much denser gray matter. Child abuse and the brain. Studies have shown that child abuse can inhibit development of the brain and can permanently affect brain development. Brain Function From the invisible workings of the brain to more visible responses such as yawns or intelligence, find out how the brain functions with these facts. Oxygen. Your brain uses 20% of the total oxygen in your body. Blood. As with oxygen, your brain uses 20% of the blood circulating in your body. Unconsciousness. If your brain loses blood for 8 to 10 seconds, you will lose consciousness. Speed. Information can be processed as slowly as 0.5 meters/sec or as fast as 120 meters/sec (about 268 miles/hr). Wattage. While awake, your brain generates between 10 and 23 watts of power–or enough energy to power a light bulb. Yawns. It is thought that a yawn works to send more oxygen to the brain, therefore working to cool it down and wake it up. Neocortex. The neocortex makes up about 76% of the human brain and is responsible for language and consciousness. The human neocortex is much larger than in animals. 10%. The old adage of humans only using 10% of their brain is not true. Every part of the brain has a known function. Brain death. The brain can live for 4 to 6 minutes without oxygen, and then it begins to die. No oxygen for 5 to 10 minutes will result in permanent brain damage. Highest temperature. The next time you get a fever, keep in mind that the highest human body temperature ever recorded was 115.7 degrees–and the man survived. Stress. Excessive stress has shown to "alter brain cells, brain structure and brain function." Love hormones and autism. Oxytocin, one of the hormones responsible for triggering feelings of love in the brain, has shown some benefits to helping control repetitive behaviors in those with autism. Food and intelligence. A study of one million students in New York showed that students who ate lunches that did not include artificial flavors, preservatives, and dyes did 14% better on IQ tests than students who ate lunches with these additives. Seafood. In the March 2003 edition of Discover magazine, a report describes how people in a 7-year study who ate seafood at least one time every week had a 30% lower occurrence of dementia. Psychology of the Brain From tickling to tasting to decision-making, find out how the brain affects what you experience. Tickles. You can’t tickle yourself because your brain distinguished between unexpected external touch and your own touch. Imaginary playmates. A study from Australia showed that children with imaginary playmates between the ages of 3 and 9 tended to be first-born children. Reading faces. Without any words, you may be able to determine if someone is in a good mood, is feeling sad, or is angry just by reading the face. A small area in the brain called the amygdala is responsible for your ability to read someone else’s face for clues to how they are feeling. Ringing in the ears. For years, medical professionals believed that tinnitus was due to a function within the mechanics of the ear, but newer evidence shows that it is actually a function of the brain. Pain and gender. Scientists have discovered that men and women’s brains react differently to pain, which explains why they may perceive or discuss pain differently. Supertasters. There is a class of people known as supertasters who not only have more taste buds on the tongue, but whose brain is more sensitive to the tastes of foods and drinks. In fact, they can detect some flavors that others cannot. Cold. Some people are much more sensitive to cold and actually feel pain associated with cold. Research as shown that the reason is due to certain channels that send cold information to the brain. Decision-making. Women tend to take longer to make a decision, but are more likely to stick with the decision, compared to men, who are more likely to change their mind after making a decision. Exercise. Some studies indicate that while some people are naturally more active, others are naturally more inactive, which may explain why getting out and exercising is more difficult for some. Boredom. Boredom is brought on by a lack of change of stimulation, is largely a function of perception, and is connected to the innate curiosity found in humans. Physical illness. The connection between body and mind is a strong one. One estimate is that between 50-70% of visits to the doctor for physical ailments are attributed to psychological factors. Sadness and shopping. Researchers have discovered that those experiencing the blues are more willing to spend more money in an attempt to alleviate their sadness. Memory Learn how scent, jet lag, and estrogen affect memory, plus plenty of other information, with these facts. Jet lag. Frequent jet lag can impair your memory, probably due to the stress hormones released. New connections. Every time you recall a memory or have a new thought, you are creating a new connection in your brain. Create associations. Memory is formed by associations, so if you want help remembering things, create associations for yourself. Scent and memory. Memories triggered by scent have a stronger emotional connection, therefore appear more intense than other memory triggers. Anomia. Anomia is the technical word for tip-of-the-tongue syndrome when you can almost remember a word, but it just won’t quite come to you. Sleep. While you sleep at night may be the best time for your brain to consolidate all your memories from the day. No sleep. It goes to follow…lack of sleep may actuallyhurt your ability to create new memories. World Champion. A world champion memorizer, Ben Pridmore memorized 96 historical events in 5 minutes and memorized a single, shuffled deck of cards in 26.28 seconds. Estrogen and memory. Estrogen (found in both men and women) has been shown to promote better memory functions. Insulin. Insulin works to regulate blood-sugar in the body, but recently, scientists have discovered that its presence in the brain also helps promote memory. Dreams and Sleep The amazing world of dreams and what happens during sleep is a mystery rooted in the brain. Learn interesting facts about dreams and sleep in this list. Everyone dreams. Just because you don’t remember your dreams doesn’t mean you don’t dream. Everyone dreams! Nightly average. Most people dream about 1-2 hours a night and have an average of 4-7 dreams each night. Brain waves. Studies show that brain waves are more active while dreaming than when you are awake. Lost dreams. Five minutes after a dream, half of the dream is forgotten. Ten minutes after a dream, over 90% is forgotten. Write down your dreams immediately if you want to remember them. Blind people dream. Dreams are more than just visual images, and blind people do dream. Whether or not they dream in pictures depends on if they were born blind or lost their vision later. Color or B&W. Some people (about 12%) dream only in black and white while others dream in color. Virtually paralyzed. While you sleep, your body produces a hormone that may prevent you from acting out your dreams, leaving you virtually paralyzed. Snoring. If you are snoring, you are not dreaming. During a dream. If you are awakened during a dream, you are much more likely to remember the dream than if you slept until a full night’s sleep. Symbolism. As those who invest in dream dictionaries can attest, dreams almost never represent what they actually are. The unconscious mind strives to make connections with concepts you will understand, so dreams are largely symbolic representations. Adenosine. Caffeine works to block naturally occurring adenosine in the body, creating alertness. Scientists have recently discovered this connection and learned that doing the opposite–boosting adenosine–can actually help promote more natural sleep patterns and help eliminate insomnia. Dream showings. Japanese researchers have successfully developed a technology that can put thoughts on a screen and may soon be able to screen people’s dreams. Fun and Interesting Facts From juggling to a Brain Bank to cannibalism, read about these fun and interesting brain facts. Airplanes and headaches. A study showed a correlation between flying and headaches and states that around 6% of people who fly get headaches brought on by the flight itself. Juggling. Juggling has shown to change the brain in as little as seven days. The study indicates that learning new things helps the brain to change very quickly. Disney and sleep. A study published in the journal Sleep Medicine describes how Disney creators used real sleep disorders in many of their animated pets. Blinking. Each time we blink, our brain kicks in and keeps things illuminated so the whole world doesn’t go dark each time we blink (about 20,000 times a day). Laughing. Laughing at a joke is no simple task as it requires activity in five different areas of the brain. Yawns are contagious. Ever notice that you yawned after someone around you did? Scientists believe this may be a response to an ancient social behavior for communication that humans still have. Brain Bank. Harvard maintains a Brain Bank where over 7,000 human brains are store for research purposes. Outer space. The lack of gravity in outer space affects the brain in several ways. Scientists are studying how and why, but you may want to hold off on your next trip to the moon. Music. Music lessons have shown to considerably boost brain organization and ability in both children and adults. Thoughts. The average number of thoughts that humans are believed to experience each day is 70,000. Ambidexterity. Those who are left-handed or ambidextrous have a corpus collosum (the part of the brain that bridges the two halves) that is about 11% larger than those who are right-handed. Stressful job. According to a study by Bristol-Myers Squibb, accountants have the highest incidence of on-the-job headaches, followed by librarians, then bus and truck drivers. Aristotle. Aristotle mistakenly thought that the functions of the brain actually took place in the heart. Cannibalism. Some research shows that humans carry genes that help protect the brain from prion diseases, or diseases contracted through eating human flesh, leading medical experts to believe that ancient humans may have eaten other humans. Shakespeare. The word "brain" appears 66 times in the plays of William Shakespeare. Famous Brains People have always been fascinated with the brains of famous people. Find out what experts know about these famous brains. Albert Einstein. Einstein’s brain was similar in size to other humans except in the region that is responsible for math and spatial perception. In that region, his brain was 35% wider than average. London taxi drivers. Famous for knowing all the London streets by heart, these drivers have a larger than normal hippocampus, especially the drivers who have been on the job longest. The study suggests that as people memorize more and more information, this part of their brain continues to grow. VI Lenin. After his death, Lenin’s brain was studied and found to have an abnormally large and numerous neurons in a particular region that may explain his "strikingly acute and penetrating mental processes" for which he was famous. Oldest brain. A brain thought to be 2000 years old was unearthed just recently at the University of York in northern England. Babe Ruth. The Babe was tested by two Columbia psychology students and was determined to be working at 90% efficiency compared to the 60% efficiency measured for most people. Daniel Tammet. Daniel Tammet is an autistic savant who, since the age of three when he suffered an epileptic seizure, has been able to perform astounding mathematical computations, knows seven languages, and is developing a language of his own. Keith Jarrett. This jazz musician was discovered at age 3 to have perfect pitch, which scientists can pinpoint in the right frontal lobe. Moments in History The study of the brain has an interesting history. Check out this abbreviated time line to learn interesting facts about the history of brain research and development. 2000 B.C.. Archeologists found evidence that primitive brain surgery was performed by drilling a hole in the skull. 1811. Scottish surgeon Charles Bell described how each of the senses had a corresponding spot in the brain. 1899. Aspirin was marketed as a pain reliever, but was not available without a prescription until 1915. 1921. Hermann Rorschach invented the now-famous ink blot test for use with his patients. 1959. The first rhesus monkey was sent into space to study human behavior.

Friday, April 1, 2011

Solat Penanda Aras Kekuatan Akhlak.

Assalammualaikum! Allah s.w.t. telah mewajibkan solat fardhu lima kali sehari semalam. Allah sentiasa memberi peluang kepada manusia yang mengingati dan tidak melupai-Nya. Apabila kita ingat, bererti kita sentiasa dekat kepada Allah s.w.t. yang memberi jaminan bahawa kita berada dalam zon selamat dan mendapat rahmat daripada-Nya. Kekuatan solat ini akan menentukan kualiti keislaman dan prestasi kecintaan kita kepada Allah serta mengukur pematuhan kita kepada syariat Islam. Kelemahan kita dalam menjaga kualiti solat akan menjerumuskan diri sebagai manusia yang rugi. Justeru, betapa besar pengaruh solat terhadap kualiti keislaman ini, oleh sebab itu solat boleh dikatakan sebagai penanda aras kekuatan agama, akhlak, kunci pintu syurga dan amal yang paling mulia. Mendirikan solat bermaksud mendirikan agama, dan terabainya solat bermaksud terabailah agama. Dengan demikian, kekuatan akar umbi kesungguhan melakukan solat bermula dari rumah. Umat Islam dan jemaah sekalian digalak memulakan amalan solat semasa berumur tujuh tahun. Apabila telah berumur sepuluh tahun, maka menjadi kewajipan ibu bapa atau penjaga menyuruhnya bersolat. Kalau ingkar mengerjakannya, maka diharuskan memukul sehingga perintah ini ditunaikan. Firman Allah s.w.t. dalam surah Thahaa ayat 132: Yang bermaksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, nahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” Demikianlah tingginya kewajipan seorang muslim terhadap ibadah solat. Solat adalah amanah Allah s.w.t.. Sekiranya kita memelihara solat, nescaya kita sentiasa dipelihara oleh Allah, manakala jika kita mengabaikannya, maka kita tergolong orang yang rugi. Persoalan besar timbul ialah, apakah rahsia di sebalik perintah solat yang begitu kuat ini?. Antara lain, faedahnya ialah untuk kepentingan dan menjamin keselamatan umat manusia itu sendiri. Solat merupakan benteng diri daripada melakukan maksiat dan kemungkaran. Ini bermakna, muslim yang istiqamah solatnya akan menjadi insan berakhlak mulia, hidup dipenuhi amal soleh, bersifat amanah, berintegriti tinggi, dan berjiwa tawadhuk. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang mengabaikan dan meringan-ringankan pelaksanaan solat ini akan lebih cenderung menjadi seorang yang rosak akhlak, bergelumang dengan maksiat, kejam, dan mengamalkan sifat keji sehingga mengancam kesejahteraan dirinya dan masyarakat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Yang maksudnya: “Sesiapa yang menjaga solat, nescaya solat itu menjadi cahaya, pembela, dan penyelamatnya di hari kiamat. Manakala mereka yang tidak menjaganya tidak akan mendapat cahaya, pembela, dan penyelamat. Bahkan mereka akan diletakkan bersama-sama dengan Qarun, Fir’aun, Haman dan Ubay bin Khalaf.” Berdasarkan hadith tadi, jelaslah orang yang meninggalkan solat disebabkan harta akan dihimpun bersama Qarun, jika disebabkan pangkat akan dihimpun bersama Fir’aun, jika disebabkan jawatan akan dihimpun bersama Haman, dan jika disebabkan dunia korporat pula akan dihimpun bersama Ubay bin Khalaf seorang yang cintakan harta dan lupa akhirat. Kesemua watak korup ini boleh menyumbang kepada gejala negatif seperti pecah amanah, salah guna kuasa, pelanggaran kepada perlembagaan dan undang-undang negara, penyalahgunaan dadah, pelacuran, perzinaan, pembuangan bayi, kejadian jenayah, dan perceraian yang semakin meningkat hari ini, disebabkan kegagalan segelintir umat Islam menghayati fungsi solat. Selain itu, dosa besar bukan sahaja berzina, mencuri, minum arak, menderhakai ibu bapa, tetapi termasuk juga perbuatan mengabai atau meninggalkan solat yang amat dimurkai Allah s.w.t dan sangat dahsyat azabnya di dunia dan di akhirat kelak. Ini telah dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam salah satu gambaran azab sewaktu peristiwa Israk dan Mikraj di mana orang yang meninggalkan solat memukul kepalanya sehingga hancur berulang-ulang kali. Selain itu, Allah s.w.t. akan mencampakkan golongan ini ke dalam neraka Saqar. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Muddaththir ayat 43: Maksudnya: “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk orang yang mengerjakan solat.” Sekiranya kita dimurkai oleh Allah s.w.t., siapakah lagi yang boleh kita harapkan untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak?. Lupakah kita tentang ingatan Rasulullah s.a.w. supaya tidak mengabaikan solat di saat akhir hayat baginda?. Begitu juga kisah ambil berat Saidina ‘Umar bin al-Khattab tentang solat walaupun dalam keadaan tidak sihat akibat ditikam oleh Abu Lu’lu’ah al-Majusi, tetapi apabila mendengar seruan solat!solat!, beliau segera bangun mendirikannya. Kesimpulannya, sesungguhnya solat merupakan ibadah yang paling penting dalam menentukan runtuh atau berdinya Islam. Sebagai saudara kepada anda saya menyeru kepada anda semua bersolatlah kerana dengan bersolat bukan sahaja dapat memenuhi hukum Islam yang ke dua tetapi ia juga sebagai tanggungjawab yang telah diberikan oleh Allah kepada kita hamba-Nya dan juga merupakan tiang bagi agama Islam.