Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Monday, October 19, 2009

Kisah Sebuah Jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. “Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?”
“Ha?,” kata jam terperanjat, “Mana sanggup saya?”
“Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?” tanya si pembuat jam.
“Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?” jawab jam penuh keraguan.
“Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?” cadang si pembuat jam.
“Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu” tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.
Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. “Kalau begitu, sanggup kamu berdetik satu kali setiap detik?”
“Oh, kalau begitu, aku sanggup!” kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Moral:
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Malah yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun.

Thursday, October 15, 2009

Rahsia Hidung.

Rahsia Hidung

Tuhan menjadikan setiap umat-Nya berbeza antara satu sama lain. Setiap
manusia ciptaan-Nya begitu unik dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Mungkin ramai yang tidak menyangka selain wajah dan tingkahlaku seseorang,
bentuk hidung juga memainkan peranan dalam menyingkap peribadi seseorang
itu. Jadi apalagi, cuba anda kaji dan selidik peribadi pasangan anda dengan
melihat bentuk hidungnya… huhu



a.. Hidung panjang :
Jika pasangan anda memiliki bentuk hidung seperti ini, dia merupakan seorang
yang mempunyai personaliti yang kukuh dan berpotensi untuk mempengaruhi
orang lain yang berada di sekelilingnya. Dia seorang yang bercita-cita
tinggi dan sangat sensitif orangnya. Jadi janganlah anda sengaja ‘mencari
pasal’ dengan mereka yang berhidung panjang.

Selain itu, mereka juga mudah membantu dan sangat bermurah hati, hanya pada
mereka yang tahu menghargainya! Anda tidak perlu membalas pertolongannya
cukup sekadar anda menghargai bantuan yang dihulurkan itu. Mereka yang
berhidung panjang juga dipercayai bijak menonjolkan diri dan mudah berjaya
dalam perniagaan dan bidang seni.

a.. Hidung kecil :
Si empunya hidung kecil, mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan berbakat
dalam bidang seni. Dia juga suka mengejar sesuatu yang baru dalam kehidupan.
Bagi mereka yang berhidung kecil, suka mencuba sesuatu yang baru dalam
kehidupan

Dia juga seorang yang peramah, dan amat mudah menyesuaikan diri dengan
keadaan sekelilingnya. Adakalanya sikap mereka sukar diramal dan mereka
bersikap kebudak-budakan. Jadi usahlah anda rasa bosan dengan sikap si
hidung kecil kerana mereka sememangnya seorang yang manja.

Awas, pemilik si hidung kecil tidak tetap pendirian. Dia juga mudah
dipengaruhi oleh orang lain dan bersikap terburu-buru dalam membuat
keputusan, tanpa memikirkan pro dan kontra keputusan tersebut. Ha… bila dah
tersilap langkah, tiada gunanya lagi…

a.. Hidung paruh burung :
“Eh, betullah. Sekali pandang, hidung dia macam paruh burung, nampak macam
patahkan!” Mungkin itu yang akan anda perkatakan apabila ternampak seseorang
yang mempunyai hidung jenis ini. Ha… jangan tak tahu… mereka yang mempunyai
hidung jenis ini ada keistimewaannya. Mereka mempunyai pendirian yang teguh
dalam membuat sesuatu keputusan dan tidak mudah terpengaruh dengan kata-kata
orang lain.

Mereka cukup tegas dalam apa jua keadaan, tidak terburu-buru dan menunggu
masa yang sesuai sebelum membuat sesuatu tindakan. Pasti ramai yang berminat
dengan pemilik si hidung paruh burung ini kerana daya pemikiran mereka cukup
imaginatif, kreatif dan bijak, tetapi mereka agak sukar untuk mencari cinta
sejati dalam kehidupan mereka.

a.. Hidung tajam :
Ha… jaga-jaga dengan pemilik si hidung tajam! Mereka ini jenis yang
memandang kebendaan. Bagi mereka aset dan wang adalah segala-galanya. Tiada
apa lagi yang penting selain dua perkara tersebut. Erm, jangan salah faham,
pemilik si hidung tajam ini, bukanlah kaki pisau cucur, mereka mengumpulkan
aset dan mencari wang dengan tulang empat kerat mereka dan bukan menumpang
kekayaan orang lain. Mereka sanggup bekerja keras demi memastikan kehidupan
mereka selesa dan senang.

a.. Hidung lurus:
Bertuahnya kalau anda berdampingan dengan si pemilik hidung lurus. Ha…
mereka ini merupakan seorang yang setia dan adil dalam menyelesaikan sesuatu
perkara. Mereka adalah golongan yang sanggup berkorban demi orang lain
berbanding menjaga kepentingan sendiri. Si hidung lurus akan mencari
pasangan hidupnya yang juga setia dan tidak menipu. Awas, sekali anda telah
menipu si hidung lurus, peratus kepercayaannya kepada anda akan turun ke
tahap 0%. Jangan main-main.

a.. Hidung kembang:
Mereka yang berhidung kembang merupakan seorang yang aktif dan cekap dalam
melakukan apa jua kerja. Mereka seorang yang artistik dan suka
mempelbagaikan aktiviti seharian mereka. Jika anda ingin meminta
pertolongan, carilah pemilik hidung kembang sebab mereka akan membantu anda
pada bila-bila masa. Mereka mudah kasihan kepada teman-teman, sehingga tidak
sanggup untuk mengecewakan sesiapa.

a.. Hidung runcing:
Mereka yang berhidung runcing adalah seorang yang lemah-lembut dan amat
berdiplomasi. Ha… jangan tak tahu, mereka yang berhidung runcing juga licik
orangnya, mereka juga bersikap pentingkan diri sendiri. Satu lagi kelemahan
si hidung runcing, mereka mudah terpengaruh dengan apa juga yang dilakukan
oleh orang lain. Mood mereka sukar dijangka, jadi janganlah anda melakukan
sesuatu yang ‘bodoh’ kerana ia akan menjerat diri anda sendiri.

a.. Hidung pesek:
Mereka yang memiliki bentuk hidung seperti ini merupakan seorang yang kuat
berahsia. Orang yang tidak mengenali pemilik si hidung pesek tidak akan
dapat menjangka perasaan mereka dari semasa ke semasa. Mereka juga dikatakan
kurang yakin dalam melakukan sesuatu perkara, sedangkan mereka sebenarnya
boleh menyelesaikan perkara tersebut dengan baik. Si hidung pesek cukup
ramah dan mudah mesra walau dengan sesiapa sahaja. Mereka boleh membuatkan
orang lain cukup senang dengan kehadiran mereka.

Erm, apalagi pastikan bentuk hidung pasangan anda agar mudah untuk anda
mengenalpasti peribadi atau personalitinya. Selepas ini, tiada lagi alasan
untuk anda tidak mengetahui peribadi pasangan anda…