Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Friday, April 30, 2010

Biar mati anak! Selamatkanlah BMW ku!

Assalammualaikum!

Kisah ini telah dikirimkan oleh seorang kawan untuk dijadikan renungan. Walau bagaimanapun, sebelum membaca sketsa di bawah, sukalah diperturunkan sebuah sketsa menduga akal sekaligus jawapannya akan menyerlahkan salah satu daripada cabang keperibadian anda sebenar. Sketsa ini pula pernah berlegar-legar di dalam email beberapa yahoogroups, tanpa diketahui penulis asal.

5 perkara berlaku serentak. Yang mana satukah priority anda? Tuliskan priority/keutamaan anda berlandaskan tahap 1 – 5.

  1. Telefon berdering dengan kuat.
  2. Pintu rumah diketuk dari sebelah hadapan.
  3. Baby menangis.
  4. Hari hujan, dan jemuran banyak di ampaian.
  5. Tadahan air mula melimpah. Paip mestilah ditutup.

Keputusan/Jawapan melambangkan keperibadian anda. Cuba kenalilah diri anda sendiri.

  1. Telefon – kerja.
  2. pintu hadapan – kawan.
  3. baby – famili.
  4. baju – harta.
  5. air – kasih sayang.

Selamat membaca kisah ini.

Biar mati anak! Selamatkanlah BMWku!

Ini adalah sketsa keluarga seperti yang dilaporkan oleh wife aku tadi. Berlaku hari

ini (1 Feb 2008). Masa rehat jumaat tadi, wife aku pegi Shah Alam Mall.

Kereta BMW

Setelah lunch kat situ dengan member dia, depa berjalan menuju ke car park.

Car park yang mengadap DEMC tu..

Kelihatan lebih kurang 50 orang manusia sedang mengerumuni sebuah BMW. Kelihatan

di sebelah BMW seorang perempuan sedang menangis…alahai kesiannya…

Wife aku mendekati kumpulan orang ramai dan mendapati ada seorang budak lelaki berumur

1 tahun sedang menangis meronta-ronta dalam car seat kat belakang (dalam BMW tu).

Perempuan yang menangis di tepi kereta adalah mak budak tu. Depa laki bini terkunci

anak dalam kereta rupanya …

Terdengar orang sekeliling sedang memarahi perempuan tu…

Perempuan A: umpil aje la pintu kereta ni

Mak Budak tu: tak boleh …(sambil menangis)…nanti suami saya on the way balik ambil

kunci spare…

Perempuan C: Isk tengok tu, sengsaranya baby tu menangis, u sanggup biar anak u mati

ke?

Mak budak tu: (sambil menangis)…nanti suami saya marah…

Pakcik B: Isk kalau saya punya anak, kalau tertinggal kunci, saya takkan patah balik

rumah, saya pecahkan aje cermin kereta ni…

Pakcik C: “Mana bapaknya???”

Mak Budak tu: “Dia balik Meru ambil kunci”

Semua orang: “Apa! Meru!!!”

Suasana menjadi kelam kabut sebab orang ramai menjerit-jerit memaksa untuk pecahkan

cermin kereta tu. suasana gamat macam perhimpunan haram…

Tapi mak budak tu tak berani buat keputusan. Dia asyik kata…”saya takut suami saya

marah” “Tunggu suami saya datang”…Tetiba ade sorang akak tampil dan jerit: pegi ambil

kapak, pecahkan cermin kereta ni… biar saya yang jawab dengan suami awak. Awak tak

sayang nyawa anak ke?

Sambil beberapa orang pergi mencari tools utk pecahkan cermin kereta, beberapa orang

pengawal keselamatan sibuk ambil beberapa baldi air dan menyiram kereta BMW tu kerana

kasihankan anak yang sedang kepanasan dan kelemasan dalam kereta tu…

Seorang mekanik cina dari bengkel berdekatan dipanggil untuk umpil pintu. Cina mekanik

memberi komen ” aiya ini keleta tak boleh umpil, kena kasik picah cermin juga baru

boleh masuk!”

Tak lama kemudian seorang mamat tiba dengan kapak keselamatan, maka dikapak cermin

tepi sebelah pemandu…praannng….!!!! Selesai masalah…

Tak lama selepas itu baby tersebut berjaya dikeluarkan…kesian baby tu..berpeluh-peluh

dengan kulit pun pucat dah naik biru….

Seorang lagi lelaki menjerit “biar saya periksa dia…. saya doktor”. Si doktor mendukung

bayi dan bergegas ke DEMC untuk memeriksa bayi tu…

Sehingga bayi tersebut dibawa ke DEMC…bapak dia masih tak muncul-muncul …ye la Meru

tu kan jauh…. mungkin bapak dia singgah makan sate kambing dulu…

P/S: Untuk makluman pasangan tersebut adalah pasangan Melayu. Ye betul ..orang melayu

Islam yang diwar-warkan penuh budaya ketimuran, lebih compassionate berbanding orang berbangsa lain.

Wednesday, April 28, 2010

Beruk-Hitam

beruk-hitam

REVOLUSI BERUK

Sesungguhnya ilmu itu bukanlah kejahilan

akan tetapi ada ilmu yang bahayanya

lebih daripada kejahilan.

-Imam Al Ghazali

Raja Beruk termenung.Ekor panjangnya melilit di celah batang sambil tangannya yang

berbulu itu memegang ranting dahan.

Dia termenung.Anak-anak buahnya bergayutan dari dahan ke dahan,berteriak,menjerit

penuh riang.

“Nyet…nyet…nyet,”gegak-gempita,rimba raya ditusuk jeritan beruk-beruk hutan.Tapi

Raja Beruk terus termenung…

“Mengapa paduka tuan?”tanya Menteri Beruk.

Diam..tiada jawapan.Raja Beruk terus diam.

“Mengapa paduka tuan?”Tanya Menteri Beruk sekali lagi.

“Aku risau…”sepatah jawab Raja Beruk.

Pokok ketapang tempat semayam Raja Beruk tetap tegap.Buah-buahan hutan hadiah anak

buahnya tidak dijamah.

Menteri Besar terus tertanya-tanya.Apa dah jadi pada Rajanya?

Raja Beruk tetap risau.

“Apa khabar utusan-utusan yang kita tugaskan?”

“Sudah seminggu mereka tak balik-balik,Kakap belum balik

dari Selatan.Semik belum balik dari Barat,Koring belum sampai dari Timur…Mana Sigah

dari Utara?”keluh Raja Beruk.

“Jangan risau tuanku ,mereka pasti balik”,pujuk Menteri Beruk.

“Itu aku tahu tetapi berapa lama?”bentak Raja Beruk dengan nada tinggi.Marah nampaknya

dia,

“Mana manuskrip itu? Cuba bacakan sekali lagi!”perintah Raja Beruk.Memanda Menteri

mencapai kertas keramat yang dimaksudkan.Dikeluarkan dari celah banir pokok yang

terlindung dengan daun-daun kayu.Dalam hati Memanda Menteri Beruk hot juga.Nak protes

depan-depan tak berani. Dia dah jemu sebab kali ini sudah seratus sembilan puluh,manuskrip

itu dikeluarkan.Dan dia sudah pasti,pasti..

dia diperintahkan membacanya lagi .

Tiba-tiba…

“Nyet…nyet…ook…ook…”suara garau Raja Beruk bertitah.

Suaranya bergema di kawasan hutan itu.Anak buah yang tadinya bergayutan menjerit

,bergurau,dan bersuka-suka diam serta merta.Semuanya taat perintah.Raja Beruk perintahkan

diam.Dia ingin menghayati isi manuskrip itu.Jangan diganggu konsentrasinya.Anak buahnya

mesti diam.Dan mereka nampaknya terus patuh.Titah R aja Beruk tetap dijunjung.

Meskipun beruk sama-sama beruk tetapi ia jadi Raja.Dan rakyatnya hanya menerima beruk

menjadi raja.Sudah tentu!

“Ini perutusan agung dari datukmu Darwin:asal kami adalah beruk…tetapi sekarang kami

dipanggil manusia.Kami bina tamadun hidup yang tinggi,kekayaan dari perut bumi kami

gali,kami duduk dalam rumah berhawa dingin dan menikmati makan-minum,tidur baring

dan berhibur dengan selesa.Kami bina ia dengan keupayaan kami sendiri.Dengan otak

yang telah berkembang.Ekor kami jadi kecil,wajah kami jadi cantik…

Semua penukaran semulajadi dan ini kami tangani dengan revolusi otak dan evolusi

fizikal…

“Gunakan otak wahai saudara-saudaraku beruk!Hutan akan musnah,pokok tempat bergayut

akan ditebang manusia.Buah kelubi,pisang hutan dan lain-lain milik kamu akan pupus.Teknologi

manusia akan menghimpit kamu.Satu dan hanya satu jalan keluar …Beruk-beruk mesti

jadi manusia!Jadilah manusia!Jadilah manusia!”

Begitulah isi manuskrip yang dibaca oleh Menteri Beruk.

Mata Raja Beruk jadi bersinar,fikirannya melayang-layang…

Aku…detik hatinya,aku akan memimpin rakyatku untuk satu revolusi.Revolusi besar,hebat

dan gagah.Apa dia?Menukar dan memimpin beruk menjadi manusia!Nah, itu misi revolusiku…

Itulah impian Raja Beruk.Mimpi yang dibawanya ketika bergayut.Mimpi yang dibawanya

ketika memamah buah kelubi.

Mimpi ketika bermesra dengan permaisuri beruk…mimpinya ingin menjadi manusia.

Anak buahnya memandang Raja Beruk dengan mata terkebil-kebil.Simpati ada,rasa risau

pun ada.Selalunya badan sasa Raja Beruk akan kelihatan melompat ke sana ke mari.

Memimpin ketika mencari makan ,mengatur ketika bermain-main dan macam-macam lagi

kehebatnnya.Kini Raja Beruk terpesuk ,tunduk dengan wajah murung.Tentu ada sesuau

yang difikirkan…Apakah tempat baru ini tidak sesuai?Mustahil.Mereka baru sahaja berpindah

ke tempat ini.

Dulu…memang ,di tempat lama dua tiga ekor kawan mereka telah dibaham harimau.Sebab

itulah Raja Beruk memerintahkan mereka berpindah,dan dia sendiri yang memilih tempat

ini.Tempat ini strategic.Buah-buahan banyak,musuh hampir tidak ada.Serba serbinya

cukup dan memuaskan.Tapi kenapa Raja Beruk bermuram durja,berduka nestapa?

“Engkau semua tahu makan sahaja.Tak tahu fikir panjang.

Bagaimana nasib anak cucu generasi akan datang kau semua tak fikir.Hutan kita akan

pupus,buah-buahan kita akan tandus.Generasi beruk akan hilang di dunia jika kita

tidak cepat bertindak .Engkau fikir senang hari ini sahaja…esok?”

rungut Raja Beruk dalam hati.Mengeluh dia tentang anak buahnya yang lembab.Patut

pun jadi beruk!Tetapi aku tidak.

Aku genius di tengah kedungguan generasiku. Akulah pemimpin.Pemimpin revolusi beruk

jadi manusia.

“Memanda Menteri ,utuskan pengawal-pengawal pilihan menanti di perbatasan hutan.Tunggu

kedatangan Kakap,Semik,Koring dan Sigah! Aku tahu dalangnya sahaja.

Jangan dipersoalkan bila,tunggu sampai tiba ,”perintah Raja Beruk tegas. Garang.

“Menjunjung perintah,tuanku!”kata Menteri Beruk.

Perintah dikeluarkan,meloncatlah satu platun pengawal beruk yang gagah perkasa.Menghayun

badan, melayang-layang dari dahan ke dahan ada kelebihan…pergi menjunjung titah rajanya.Hati

Raja Beruk lega,sebodoh-bodoh rakyatnya ada kelebihan juga.Bodoh memudahkan mereka

patuh.Soal ini…rakyat beruk memang terpuji.

“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya menterinya.

“Buat masa seminggu sepanjang menunggu ketibaan utusan kita itu,batalkan semua pesta

dan perayaan.Jangan ada rakyat yang bersuka-suka.Kita terancam tahu tak?Aku akan

panggil satu perhimpunan raksasa bila sahaja utusan-utusan sampai.Ketika itu rakyat

seluruhnya akan tahu apakah maksud hatiku yang sebenarnya.Jangan lupa simpan manuskrip

itu baik-baik,”perintah Raja Beruk lagi.

“Ada apa-apa lagi Tuanku?”Tanya Menteri Beruk.

“Tak ada…boleh pergi!”tutup Raja Beruk.

Pasal bodek,Menteri Beruk cukup bijak.Ada-ada sahaja khidmatnya.Tapi malang,jauh

di sudut hati Raja Beruk tetap tak menyenangi menterinya.Menteri yang yes man tak

boleh diajak berevolusi.Orang revolusi mesti kreatif,berani,dan kritis untuk member

pandangan-pandangan radikal.Kalau hanya tukang angguk-angguk kepala tak ke mana akhirnya.Tapi

apa baleh buat…Menteri Beruk adalah orang terpandai di kalangan rakyatnya.The Best

among the worst! kata orang putih.

* * * *

Seminggu berlalu seakan merangkak dan mengesut. Terasa penuh seksa bagai digigit

sembilu.Raja Beruk kematian angin.Makan minum tak lalu.Bergayut tak senang.Permaisuri

Beruk susah hati.Buah hatinya Raja Beruk asyik meradang.Manuskrip itulah yang diusung

ke sana ke mari.Dalam badan sasanya terpendam rasa yang hebat dan dahsyat.Jiwa revolusi.Jiwa

revolusi memang begitu.Membuak luapan semangat dan amukan rasa.Siang malamnya matanya

asyik tertuju ke perbatasan hutan.Menunggu kalau-kalau utusan-utusannya sudah kembali.Rindunya

mendalam,hasratnya membengkak bagai nanah terpendam.

Menteri Beruk datang menghadap sekali sekala.Setiap kali datang,pasti diperintahkan

membaca.Manuskrip direnung,ditatap,macam azimat dan amanat.Dari ayat ke ayat.

Dibacanya berulang alik.Oh!Datukku Darwin amanatmu akan kusimpan baik-baik dan pasti

akan kujelmakan…kita asalnya sama.Cuma nasibku saja yang tak berubah.Aku menjadi

beruk,kau jadi manusia…walaupun menjadi rajanya,aku tetap beruk.

Rimba-raya itu tiba-tiba hingar-bingar.

Nyet…nyet…nyet…di sana

Nyet…nyet…nyet…di sini

Nyet di sana,nyet di sini.

“Tuanku,khabar gembira! khabar gembira!”teriak Menteri Beruk.

“Apa dia?utusanku telah kembali?meditasi sepinya terganggu.

“Ya, Tuanku.Mereka kembali!”cepat Menteri Beruk menjawab.

“Beri arahan,kumpulkan rakyat cepat.Bawa makanan dan panggil menghadap semua anak-isteri,suku–sakat,cucu

cicit. Semua sekali.Kita adakan perhimpunan besar.Ada perkara penting yang mesti

diketahui semua.”

Belum sampai Menteri Beruk berlalu dia menambah:

“Err..,er jangan lupa.Jamu Kakap, Semik ,Koring dan Sigah dengan hidangan istimewa.Mereka

pahlawan Negara.Beri mereka tempat duduk di sebelahku.Mereka akan turut berucap di

depan rakyat .”Raja Beruk gembira.Oh! Jalan-jalan kea rah revolusi menjadi manusia

sudah hampir!sudah dekat! Yahoo…! Ada harapan aku jadi manusia.Hati Raja Beruk benar-benar

gembira,menggeletek-geletek.Akulah Bapa Revolusi ~ Revolusi Beruk.

Semuanya sudah sedia.Telah mustaid segala kelengkapan.

Suasana sepi.Rakyat bergayut-gayut pun telah tiada.masing-masing duduk diam-diam.Mulut

tidak mengunyah…tapi tangan tetap tergaru-garu di sini,di sana.Raja Beruk melihat

rakyatnya dengan bangga.Berdisplin juga rakyatku.Ada harapan jadi manusia,detik hatinya

dengan confident.

“Nyet! nyet! nyet! Hormat Raja Beruk!”seru Menteri Beruk.

“Nyet…nyet…nyet…kami hormat,”ikut rakyat Beruk beramai-ramai.Suara nyaring menjerit

hormat memecah sunyi belantara.Raj a Beruk terus kembang ,di lambung-lambung oleh

kepujian.Dalam hati Raja Beruk timbul rasa terharu.

“Aku akan balas penghormatanmu,aku akan berbakti padamu.”

Begitulah azam hati Raja Beruk bertalu-talu atas kepatuhan tak berbelah bagi yang

ditunjukkan oleh rakyatnya.

“Rakyat-rakyatku,dengar sini.Lihat di tanganku ini…”

Kata Raja Beruk memulakan titah sambil mengacung-acungkan manuskrip keramatnyadengan

tangan yang bernulu lebat itu.

Rakyat terpinga-pinga.

“Pisangke?”teka sesetengah rakyatnya.

“Buah kelubi masak,masam manis,”sangka sesetengah lagi. Ruang legar fikiran beruk-beruk

itu cuma ingat makan.Makan,makan,makan.Mana mereka tahu di tangan raja adalah manuskrip

keramat.Titik tolak revolusi yang dirancangkan oleh Raja mereka.Mata mereka terkebil-kebil

dan ada yang menggaru kepala.Termangu-mangu dalam misteri.

“Bodoh!”sumpah Raja Beruk dalam hati.Kesal juga ia bila melihat rakyatnya termangu-mangu

kebingungan.Tak apa.

Itu cabaran revolusi,bisik hatinya memujuk.

Raja Beruk meneruskan:

“…dalam surat ini menyebut kita boleh menjadi manusia.

Datuk kita dan datuk manusia sama-sama beruk .Kerana itu marilah kita berubah menjadi

manusia.Ini perjuangan kita.

Manusia telah maju,mereka hidup dengan serba mewah dan masyarakat mereka lebih tersusun

daripada masyarakat kita.

Kita bergaduh,mereka bertamadun.Kita sempit dengan berbagai-bagai musuh…harimau,ular

dan macam-macam lagi.

Tapi hidup mereka damai,bersatu dan tidak diancam musuh.Aku telah utus empat utusan

ini untuk melihat hidup manusia dari dekat,”katanya sambil berpaling kepada Sigah,Kakap,Semik

dan err…

Raja Beruk berpaling ke kiri ke kanan.

“Mana Koring?”tanyanya pada Menteri Beruk.

“Dia masih belum balik,”jawab Menteri Beruk dengan muka suspen.Takut kena marah.

“Tak apa…cukup dengan utusan yang ada.”

Menteri Beruk lega.

“Empat,err tiga…utusan ini akan menceritakan kepada kita tentang kehidupan manusia.Mereka

telah aku utuskan ke seluruh pelusuk penempatan manusia.Di Barat Semik,Utara,Sigah,Kakap

Selatan dan Koring Timur.

Semuanya telah pulang dengan maklumat berharga …kecuali Koring.Tak apalah lambat

laun dia akan kembali juga.”

“Dengan maklumat mereka…”terhenti Raja Beruk mengambil nafas.Tangan berbulunya,tanpa

disedari menggaru kepalanya.Cepat-cepat dia sedar.Ah! sekali-sekala terlajak perangai

beruknya.Macam mana pun,dia tetap beruk.Mana nak elak?

“Dengan maklumat itu kita akan tahu dengan banyak tentang susunan hidup manusia.Kita

akan tahu bagaimana mereka bekerja,berkahwin,berhibur,bermain,belajar dan segala-galanya.Dari

sini kita akan belajar mencontohi mereka.Kita akan belajar jadi manusia…kita akan

keluar dari hutan ini.

Pasti kia akan diterima.Manuskrip yang ada pada tangan aku ini,ditulis oleh mereka.Oleh

Darwin.Ertinya Darwin mengakui kita saudaranya.Aku percaya pengikutnya ramai.Tentu

mereka boleh membantu kita…mereka telah mangiktiraf kita sebagai warga manusia.Kita

dan mereka seketurunan.Takkanlah mereka benci pada saudara mereka…”sambung titah

Raja Beruk dengan penuh harapan.

Rakyatnya terangguk-angguk,sambil menggaru-garu.

Seperempat masuk,tiga perempat keluar …banyak yang tak faham dari yang faham.Tetapi

demi raja,demi Bapa Revolusi,mereka terus terangguk-angguk.

Raja Beruk puas hati .Hatinya berbunga harapan; kembang- kuncup oleh mimpi indahnya.

“Sekarang marilah sama-sama kita dengar dari utusan-utusan kita yang gagah perkasa,”

kata Raja Beruk.

Semik muncul ke hadapan.Dia akan memulakan laporan.Ingatannya kembal kepada masyarakat

manusia yang dilihatnya di Barat.Hatinya kecut,takut-takut laporannya tidak menyenangkan

hati rajanya.Tapi dia ingat hanya apa yang dilihatnya.Beruk mana pandai kelentong!

“Tuankdan kawan-kawan sekalian.Hidup manusia Barat tidak indah…lebih kurang kita

juga,”tiba-tiba tercetus dari mulut Semik.

“Apa?”sergah Raja Beruk.

“Err…er benar tuanku.Saya lihat ramai orang-orang mudanya tunggag-langgang.Hidup

lintng-pukang.

Mereka suntik badan sesuatu yang pelik.Bila kena benda itu,

mereka jadi tak tentu arah.Bukan satu atau dua orang tetapi ribuan malah jutaan tuanku…Oh

dahsyat…dahsyat…tuanku.

Satu lagi,jangan sangka mereka tak gaduh.Mereka bergaduh malah gaduh mereka lebih

dahsyat.Kita takat kokak-kokak gigi sahaja.Tapi gaduh mereka secara besar-besaran.Ada

pakai senjata yang keluarkan api.Kilang-kilang keluarkan benda berapi itu banyak

dadirikan.Sekali letup,ribuan orang mati.Eh! ngeri tuanku.Dan lagi…”

“Cukup!”Potong Raja Beruk.Mukanya merah padam.

“Cuba Kakap pula yang beri laporan!”perintah Raja Beruk. Bengang betul dia.

“Tuanku,orang-orang tempat saya perhatikan tak pakai baju lagi.Saya lihat manusia

dah dedah,buka semua yang mereka tutup dulu.Di pantai-pantai tempat manusia berambut

perang dan ada yang bertelanjang…malu saya tengok.Kita bangsa beruk memang biasa

macam itu,lagipun badan macam tu,ganjil nampaknya tuanku.Pada siang dan malam ,saya

lihat pakaian orang perempuan terkoyak-koyak.Entah kenapa?lebih dahsyat tuanku,mereka

dah macam kita.Bini dia bertukar-tukar, berganti-ganti…Entahlah,saya lihat lebih

kurang adat istiadat kita juga.Yang lebih dahsyat ada lelaki kahwin sesama lelaki,perempuan

sama perempuan.Eiii…jijik tuanku,”kata Kakap berani.Ia memang celupar.Padan dengan

namanya.

Muka Raja Beruk merah padam.Macam mendung hampir nak hujan.Geram ada,kecewa ada.Kini

harapannya hanya pada Sigah.Sigah yang di utuskan dari Utara.

“Sigah,silakan…”perintah Raja Beruk,cuba-cuba berlagak tenang.Tapi separuh semangat

revolusinya telah lebur.

“Tuanku,apa yang saya lihat lebih dahsyat.Berjuta-juta manusia manusia mati kebuluran.Tapi

dalam masa yang sama ramai juga yang mati kekenyangan.Bila bantuan makanan tiba orang

bukan menyambut dan membahagikannya,tapi mereka terus bertembak-tembak.Ribuan orang

mati,tuanku…lebih ramai dan berganda –ganda banyaknya daripada kawan-kawan kita yang

dibaham harimau dan dibelit ular.Bila ada sedikit makanan yang sampai,mereka berebut-rebut,macam

kita berebut pisang,tapi lebih teruk lagi.Politik mereka kacau.Ada sahaja yang ingin

merampas kuasa.Rakyat tertindas,orang miskin jadi jenayah,si kaya pemeras,yang berkuasa

zalim…kalaulah tuanku menjadi raja mereka,tentu tuanku pening kepala.Kami walaupun

bodoh,patuh.Manusia meskipun pandai banyak karenahnya.Tuanku ,jika kita jadi manusia…belum

tentu tuanku jadi rajanya.Silap haribulan, tuanku digulingkan,”kata Sigah terus terang.

Kecut perut Raja Beruk mendengarnya.Bab guling-mengguling ini yang tak berapa sedap.Dia

cuba tenang walaupun jiwa revolusinya sudah kempis.Tipis macam kulit bawang.

Sigah meneruskan,”…. Dan saya rasa belum tentu kita rakyat beruk akan diterima oleh

masyarakat manusia.Sedangkan manusia telah bermusuh dan bunuh-membunuh sesama manusia

apalagi kalau dengan kita…beruk

yang nak jadi manusia?kita akan dianggap manuia kelas dua tuanka!”kata Sigah yang

memang radikal sedikit.Memang Raja Beruk kurang senang dengan Sigah yang out-spoken

itu.Tapi biarlah sekali sekala dia meluahkan isi hatinya.Lagipun apa yang nak dihalang,dia

memang benar.Dia yang melihat,aku cuma mendengar.Raja Beruk masih rasional.Padanya

mata lebih dipercayai daripada telinga.

Akhirnya,perlahan-lahan Raja Beruk tunduk.Air matanya berlinang.Lengan berbulu panjangnya

longlai.Harapan untuk generasinya musnah.Manuskrip keramatnya basah oleh air mata

yang menitis dari anak matanya yang redup sayup.Direnungnya satu persatumuka rakyat

di hadapannya.

Muka-muka bodoh itu ditenungnya satu persatu.Penuh kasih saying.Generasi beruk akan

terus terancam.Hutan akan dipugar oleh kerakusan manusia.Pohon-pohon akan di tebang

penuh nafsu,gelanggang anak cucu beruk akan pupus…ke mana anak-anak cucuku akan menumpang

hidup?

Dengan berat,akhirnya Raja Beruk berkata,amanatnya yang paling terakhir.

“Rakyatku…telah kita dengar berita sebenarnya.Rupa-rupanya hidup manusia indah khabar

dari rupa.Darwin pembohong.Dia dusta!”katanya marah.Di genggamnya manuskrip keramat

yang sudah kusam oleh air matanya.

“Krak…res…res…”

Manuskrip itu dikoyak-koyaknya.Disayat-sayat dengan geram.Persis beruk diberi bunga.

“Aku akan memberi satu amanat.Ini lebih penting dari kata-kata palsu Darwin.Inilah

perutusanku,titahku yang muktamad dan tidak akan berubah-ubah lagi…Jika manusia terus

berkelakuan seperti yang digambarkan oleh utusan-utusan kita,tak payah kita melatih-latih

diri menjadi manusia…Tunggu sahaja mereka menjadi kita!Tunggu sahaja manusia menjadi

beruk!Manusia akan mengikut jejak langkah kita,bukan kita mengikut jejak langkah

mereka,”kata raja Beruk bersemangat.Angin revolusinya berputar 360 darjah.

“Kita lebih mulia dari mereka.Kerana merekalah yang mahu hidup cara hidup kita.

“Nyet!Nyet!Nyet!Nyet”sahut rakyat bergembira.

Melompat dan menggaru-garuTanpa segan silu lagi kini…

Raja Beruk turut melompat-lompat sama.Kini terasa betapa bangga dan bertuahnya dia

menjadi beruk.Dia bangga menggaru.Bergayut.Menjerit .Melompat dari pokok ke pokok.

Rimba-raya bertukar menjadi pesta.Pesta Beruk-beruk!

Mereka lupa pada si Koring…Ya Koring ma sih di Timur.Apa terjadi kepada Koring?Apa

terjadi kepada manusia di Timur?

Sunday, April 25, 2010

Cinta hadir dalam berbagai bentuk.

Assalammualaikum!
Terkadang, dalam kehidupan seharian, kita terlepas-pandang kepada mereka yang terlalu hampir dengan kita. Kita seolah-olah menafikan kehadiran mereka, dan berusaha mencipta alam lain untuk kehidupan kita. Hargailah mereka yang hampir denganmu. Mereka juga insan bernabsu dan berperasaan seperti kamu.

Aku mencintai suamiku kerana sifatnya yang semulajadi dan aku begitu menyukai perasaan
hangat yang muncul di hati ketika bersandar di bahunya yang bidang. Tiga tahun dalam
alam perkenalan, dan dua tahun dalam alam perkahwinan, harus aku akui bahawa aku
mulai rasa bosan dan lelah dengan kehidupan berumahtangga dengannya dan alasan-alasan
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.
Aku seorang wanita yang berjiwa sentimental dan benar2 sensitif serta berperasaan
halus. Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak yang menginginkanbelaian.
Tetapi semua itu tidak lagi aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari apa yang aku
harapkan dulu. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidak mampuannya dalam menciptakan
suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah memusnahkan semua harapan tentang
kehidupan cinta yang ideal.
Suatu hari, aku beranikan diri untuk menyatakan keputusan untuk bercerai.
“Mengapa?”, dia bertanya dengan terkejut.
“Aku lelah, kamu tidak pernah memberikan cinta yang aku inginkan”
Dia terdiam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah
sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan aku semakin bertambah, seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang dapat aku harapkan
darinya? Dan akhirnya dia bertanya,
“Apa yang dapat aku lakukan untuk mengubah fikiranmu?”.
Aku menatap matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan,
“Aku ada satu pertanyaan, jika kau dapat menemui jawapannya, aku akan mengubah fikiranku:Seandainya,
aku menyukai setangkai bunga indah yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu
jika kau memanjat gunung itu, kau akan mati. Apakah kau akan melakukannya untukku?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Aku akan memberikan jawapannya esok.”
Hatiku langsung gundah mendengar reaksinya. Keesokan paginya, suamiku tiada di rumah,
dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebuah gelas yang
berisi susu hangat yang bertulis…
“Sayang, aku tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan aku untuk menjelaskan
alasannya.”
Kalimat pertama ini menghancurkan hatiku. Aku lantas terus membacanya.
“Sayang, kau biasa menggunakan komputer dan selalu menghadapi masalah kerosakan program
di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Aku harus memberikan jari-jariku
supaya dapat membantumu dan memperbaiki programnya.”
“Kau selalu lupa membawa kunci rumah ketika keluar rumah, dan aku harus memberikan
kakiku supaya dapat menendang pintu, dan membukakan pintu untukmu ketika pulang.”
“Kamu suka jalan2 ke luar kota tetapi selalu sesat di tempat-tempat baru kamu kunjungi,
Aku harus menunggu di rumah agar dapat memberikan mataku untuk mengarahkan jalan
untukmu.”
“Kamu selalu kelelahan pada waktu ‘teman baikmu’ datang setiap bulan, dan aku harus
memberikan tanganku untuk memicit kakimu yang kebas.”
“Kamu seorang yang suka diam di rumah, dan aku selalu khuatir kamu akan menjadi
aneh’. Dan aku harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkanmu di rumah atau meminjamkan
lidahku untuk menceritakan hal-hal lucu yang aku alami.”
“Kamu selalu menatap komputermu, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan
matamu, aku harus menjaga mataku agar ketika kita tua nanti, aku masih dapat menolong
memotong kukumu dan mencabuti ubanmu.”
“Tanganku akan memegang tanganmu, membimbingmu menyusuri pantai, menikmati matahari
pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna2 bunga yang bersinar dan indah seperti
cantiknya wajahmu”.
“Tetapi sayangku, aku tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, aku tidak
sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematianku.”
“Sayangku, aku tahu, di luar sana ada banyak orang yang mampu mencintaimu lebih dari
aku mencintaimu.”
“Untuk itu sayangku, jika semua yang telah kuberikan dengan tanganku, kakiku, mataku,
tidak cukup bagimu. Aku tidak dapat menahan dirimu mencari tangan,kaki, dan mata
lain yang dapat membahagiakanmu.”
Air mataku jatuh di atas tulisannya dan membuat tulisannya menjadi kabur, tetapi
aku tetap berusaha untuk membaca selanjutnya…
“Dan sekarang, sayangku, kamu telah selesai membaca jawapanku. Jika kau berpuas hati
dengan semua jawaban ini, dan tetap menginginkanku untuk tinggal di rumah ini, tolong
bukakan pintu rumah kita, aku sekarang sedang berdiri di luar pintu menunggu jawapanmu.”
“Jika kamu tidak puas, sayangku, biarkan aku masuk untuk mengambil barang-barangku,
dan aku tidak akan menyusahkan hidupmu. Percayalah, kebahagiaanku adalah apabila
kau bahagia.”.
Aku segera berlari membuka pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah
keliru sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.
Oh, kini baru aku tahu, tidak ada orang lain yang pernah mencintaiku lebih dari dia
mencintaiku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang
dari hati kita kerana kita merasakan pasangan kita tidak dapat memberikan cinta dalam
bentuk yang kita inginkan, maka cinta itu sesungguhnya telah hadir dalam bentuk lain
yang tidak pernah kita bayangkan sebelumnya. Seringkali yang kita perlukan adalah
memahami bentuk cinta dari pasangan kita, dan bukan mengharapkan bentuk tertentu
kerana cinta tidak selalu harus berbentuk“bunga”. :)
Semoga dalam kita mencari erti cinta tidak akan menyesatkan kita dengan warna-warna
kehidupan di sekeliling kita kerana yang indah itu hanya pada kita dan menjadi milik
kita.

Pencuri Biskut.

Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu penerbangannya. Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu dan membaca buku cerita. Sedang makan biskut itu, dia teperasan yang lelaki di sebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusanya yang sama yang terletak di sebelahnya. Setiap keping biskut yang dia ambil, lelaki itu turut mengambil sama. Di dalam hati, wanita itu menyumpah–nyumpah.

“Alangkah tak malunya lelaki ni. dah la tak minta dari aku, makan sama banyak dengan aku pulak tu. pencuri!” rungut wanita itu dalam hati. Dalam pada itu, lelaki berkenaan dengan muka yang tenang terus dengan perbuatanya hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu. Sambil tersenyum, lelaki itu mengambil biskut yang terakhir lalu dipatah dua lantas memberikan separuh daripadanya kepada wanita itu. Dia menjadi begitu marah namun dia tetap menahan dirinya dari memarahi lelaki itu. Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan mukanya yang masam mencuka, wanita itu berkata dalam hatinya. “Berani sungguh lelaki ni! memang muka tak malu. Pencuri besar!”

Kedua–dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehinggalah panggilan menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas lega seolahnya baru lepas dari satu kejadian ngeri, wanita itu bergerak menaiki pesawat.

Apabila sampai di tempat duduknya, dia membuka beg kecilnya untuk mengambil sesuatu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada di dalam begnya masih elokm belum terbuka. “Jika biskut ni ada dalam beg aku,,jadi bermakna biskut yang aku makan tadi … ya … biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu”. Alangkah malunya dia atas tindakannya. Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga biskut yang terakhir biarpun dari awal lagi wanita itu telah menunjukkan reaksi marahnya.

Untuk meminta maaf sudah terlambat, namun hatinya penuh kekesalan kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain. Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenar.

Penjual Roti Canai

Cerpen: Penjual Roti Canai
Oleh: Roslan Bidin.
Dipetik dari: Majalah SBM: Januari-april 2006

“SUDAH banyak kali kau minta maaf dengan aku … Dan alasan yang sering engkau berikan tetap sama saja Eh! Kawan engkau tu dah tak boleh pergi sendiri ke, nak kena hantar pula?” Encik Haris nampak begitu marah sekali hari itu. Serentak dengan itu beberapa orang pelanggan datang ke mejanya untuk menjelaskan bayaran harga makanan serta minuman yang mereka pesan. Ada beberapa pelanggan yang marah-marah sebab tak dapat menikmati roti canai yang menjadi sarapan mereka tiap-tiap pagi sebelum masuk kerja.

Biasalah kerja di bandar ini yang banyaknya bekerja makan gaji sama ada di pejabat kerajaan atau swasta. Yang pentingnya kerja makan gaji. Lantas keadaan lokasi Gerai Makanan Special Haris yang terletak di Taman Wangsa Indah di Kuala Lumpur menjadi penuh sesak di waktu pagi-pagi begini kerana ingin menikmati roti canai. Kalau tak ada pembantu sepertinya, tentulah Encik Haris pening kepala dengan karenah pelanggannya. Menyedari keadaan itu, lantas minatnya menjadi seorang pembuat roti canai timbul sedikit demi sedikit. Kenapa tidaknya bila dilihatnya roti canai sangat laris.

“Saya kasihan dia Encik Haris … dia tak nampak. Kalau saya tak tolong dia siapa lagi,” balasnya mempertahankan dirinya dan kawannya Fazli.

“Hari ni aku boleh maafkan kau … Tapi esok kalau kau datang lambat lagi … aku tak akan teragak-agak lagi untuk memberhentikan kau kerja,” tegas Encik Haris.

Tenang sahaja dia menerima berita itu. Amin menganggap bahawa itu adalah ujian Allah. Sejak Fazli yang ditemuinya hampir setahun lalu ketika baru berhijrah di Kuala Lumpur ini, tidak sedikit pun dia menyesali kehadirannya kerana Fazli bukannya menyuruhnya menghantarnya percuma. Fazli membayarnya. Kalau pendapatannya lebih, Fazli sanggup membayar sehingga RM 50.00 ringgit. Tapi yang sebenarnya dia bukannya mengharapkan bayaran itu.

“Abang Fazli duduklah dengan saya. Lagi pun rumah sewa kat Kuala Lumpur ni mahal,” demikian katanya ketika mempelawa lelaki cacat penglihatan itu.

“Abang ni mungkin akan menyusahkan kamu. Segala pergerakan abang … ialah abang nak pergi main muzik pun nak kena sewa teksi,” balas Fazli. Fazli ditemuinya ketika dia sedang berjalan tidak ketentuan arah di Pudu Raya ketika itu.

“Saya sanggup menghantar abang ke mana sahaja,” entah kenapa dia begitu mudah membuat tawaran itu sedangkan dia belum mengenali Fazli lebih mendalam. Entah-entah dia berpura-pura buta. Benar begitu? Lantaran keadaannya yang nampaknya dia benar-benar buta, Lamin memegang tangannya menuju ke arah kereta warna merah, yang diletakkan di tempat meletak kenderaan di kawasan perhentian bas yang kian sibuk sekitar jam 9.00 pagi.

“Itulah … saya dah cakap jangan susah-susahkan kerana saya, awak tak pedulikan cakap saya ni,”demikian marah Fazli malam itu setelah dia menceritakan masalahnya ketika itu. Seperti biasa, selepas habis kerja di dalam kedai makan Haris, dia akan mengambil Fazli yang sedang menghiburkan pengunjung di pasar malam serata kawasan bandar raya ini. Asalkan peniaga di situ sudi memberikan sedikit ruang untuknya menumpang cari rezeki.

“Mulai esok awak jangan hantar dan ambil saya lagi. Saya tak mahu awak susah kerana saya,” tegas Fazli.

“Tapi …,”

“Tak ada tapinya,” sahut Fazli. Mi goreng di hadapannya yang berbaki sedikit itu dihabiskannya. Suasana di kedai makan yang disinggahinya agak sibuk walau pun usia di malam itu semakin lanjut. “Kalau awak akan diberhentikan kerja, apa awak nak buat nanti?” soalnya.

“Nak balik Perlis … Tapi ….”

“Tak habis dengan tapinya … Tapi apanya?” tanya Fazli. Habis Mi gorengnya dimakan, Fazli menyedut teh ais di hadapannya pula.

“Hasrat saya nak buka kedai makan … Termasuk kedai roti canai sekali,” katanya. “Tapi saya tak tau nak buat roti canai … Hanya minat saja yang ada,” sambungnya lagi.

Fazli hanya ketawa kecil bila mendengar kata-kata dari sahabatnya itu. “Minat saja kalau tanpa usaha, nak buat apa,” balasnya.

“Maksud awak?”

“Kalau awak dah berminat nak usahakan bisness membuat roti canai, usahalah untuk mempelajarinya,”

“Saya dah cuba usahakan untuk mempelajarinya … Tapi gagal,”

“Kenapa gagal? Awak tak boleh anggap sekali kita gagal, kita akan gagal selama-lamanya,” tegas Fazli.

“Tapi Encik Haris tu tak mahu ajarkan saya,” jawab Amin.

“Awak belajar dengan dia? Hmm! Orang kita … macam tulah. Kalau dah ada ilmu, tak mahu curahkan kepada yang memerlukan,” sungut Fazli. Lama juga mereka membisu. Membiarkan kebisingan di kedai makan itu mencelah di antara perbualan mereka berdua. “Kenapa tak minta aje tepung mentah dari Haris tu?” tanya Fazli. Lantas suaranya memeranjatkan lamunannya.

“Ya! … Betul juga! Dengan tepung itu, aku akan belajar sampai aku berjaya membuat roti canai,”

“Macam dalam filem SENARIO!” kata Fazli berseloroh.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Dan suara tawa itu akhirnya dia bawa pulang ke Perlis. Menjadi kenangan sehingga ke hari ini. Lalu, entah kenapa sejak dua tiga minggu ini Amin asyik rindukan Fazli. Tambahan pula dia terbaca dalam akhbar tentang berita Fazli yang berjaya menjadi artis Orang Kurang Upaya terbaik di Kuala Lumpur. Dalam kenyataan berita tersebut menyatakan kisah kejayaannya. Bagaimana dia ditolak mentah-mentah seperti binatang oleh seorang tauke restoran terkemuka di Kuala Lumpur
kerana meragui kebolehannya walau pun suaranya sesekali tenggelam timbul.

“Abang! Ada orang buta datang makan di sini. Semua pelanggan abang di belanjanya … Ini duitnya,” suara pembantunya memeranjatkan lamunannya.

“Orang buta! Siapa dia?”

“Tu! Di penjuru sana,” katanya,”

Amin menghampiri lelaki berbadan gempal bercermin mata biru gelap itu.

“Fazli!”

“Awak Amin bukan?” tekanya.

“Awak dah berjaya … Dah lupakan saya … sampainya hati awak,”

Mereka berpelukan sesama sendiri. Perlakuan mereka membuatkan semua pelanggan di situ melihat ke arahnya.

“Kami semua minta maaf di atas sikap kami tadi,” tiba-tiba kedengaran suara
seorang di antara pelanggan di dalam kedai itu.

“Awak semua tak bersalah dengan saya. Tapi awak semua mesti berjanji kepada
diri awak yang awak nak ubah perangai buruk awak tu. Jangan anggap orang buta macam kami ni semuanya peminta sedekah. Kami juga ada perasaan macam kalian juga,”
tegas Fazli.

Mereka yang ada dalam kedai itu tercengang bila mendengar kata-kata dari Fazli,
terutama dua tiga orang yang buat tak peduli dengan kehadirannya.

Wednesday, April 21, 2010

Saling memaafkan.

Kerana pulut, santan binasa. Kerana mulut, badan binasa.

Tanpa mulut, lidah tak berfungsi. Tanpa lidah, mulut tak bererti.

 

leraikan beban dijiwa dengan memaafkan

Memaafkan Bukan Mudah!

Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia

yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi

yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu

satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang

sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri,

kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah

tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan

yang menghalang. Harus bagaimanakah?

”Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula)

kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu

tidak mengetahui.”

[Al-Baqarah:216 ]

Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan

sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan

dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak

apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi.

past is past, gone is gone.

kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung

kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat

Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah,

kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah.

Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat

dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama

itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu

ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada

pilihan!

Time will heal

, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.

Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai..

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil

di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur

hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi!

Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk

mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah

juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang

haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur

keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut

dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya

dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta

dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk

di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi

kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua

ahlinya.

Kecewa dengan cinta? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah

batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh

orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet,

cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman

. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita

dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang

yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua’alam. Kita juga selalu dengar, Allah

sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan

kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan

sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

”Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat

kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui.”

[Al-Baqarah: 224]

Dan sesungguhnya setiap apa yang Tuhan ciptakan biarpun sebesar zarah, pasti ada

sebabnya, ada hikmah yang tersembunyi. dan Dia Maha Mengetahui. Dalam setiap kejadian

tiada yang sia-sia. Yakinlah dengan kekuasaan Allah, yakinlah bahawa Dia Maha Adil.

Jangan sesekali berasa penat berbuat kebaikan jika kita mengharapkan balasan daripadaNya

semata-mata.

Semoga peringatan ini dapat sentiasa menjadi peringatan kepada diri saya sendiri,

supaya terus berusaha menjadi manusia yang lebih baik. saya juga manusia yang punyai

seribu satu kelemahan dan kekurangan diri.InsyaAllah kita sama sama berusaha untuk

mendapat keredhaan dariNya..

Monday, April 19, 2010

Haron Ahmad, Komposer Muzik Buta Berbakat

Haron Ahmad, Komposer Muzik Buta Berbakat
Oleh:
Mohd Fekkeri bin Mat Jusoh


harun ahmad dalam studio komposer sedang mencipta lagu

Bila mendengar lagu Jasnita” nyanyian Kumpulan Exists, ramai yang mengetahui bahawa komposernya ialah Sdr Haron Ahmad. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa Haron Ahmad adalah seorang OKU Penglihatan. Pada awal kelahirannya, Haron adalah seorang yang normal berpenglihatan normal. Namun setelah mencapai usia remaja, dalam lingkungan usia 15 tahun, daya penglihatannya semakin berkurangan secara perlahan-lahan sehinggalah pada akhirnya dia kehilangan penglihatan sepenuhnya. Sejak itu, keindahan alam semesta dan wajah-wajah setiap ahli keluarga serta sahabat-handai, sudah tidak dapat dilihatnya lagi. Dia terpaksa meneruskan pelajarannya di Sekolah Pendidikan Khas Cacat Penglihatan, Setapak Kuala Lumpur.

Haron merupakan anak ke-8 daripada 12 orang adik-beradik dan berasal dari Ulu Tiram, Johor. Sememang sejak dari kecil lagi Haron minat menyanyi namun sekadar mengisi masa lapangnya sahaja. Latar belakang keluarga tidak menggalakkan Haron untuk mengembangkan bakat dan minatnya. Kemasukannya ke sekolah pendidikan khas memberi peluang kepada Haron untuk mula mengasah bakatnya apabila ramai dalam kalangan rakan-rakannya yang pandai bermain gitar telah memberi peluang kepada Haron untuk turut sama belajar bermain gitar secara tidak formal.

Seperti insan lain, Haron, 39, mengaku pada awalnya dia berasa sedih dengan nasib yang menimpa dirinya. Namun setelah ditempatkan di sekolah bersama-sama dengan rakan-rakan yang senasib, Haron mula menginsafi bahawa bukan dirinya seorang yang menimpa nasib sedemikian malah ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik jika dibandingkan dengan dirinya. Dia insaf dan bersyukur kerana Allah masih lagi memberinya peluang untuk menghirup udara di bumi ini biarpun dalam keadaan buta.

Setelah menamatkan alam persekolahannya, Haron telah mula merancang masa depannya dengan mendaftarkan diri untuk mengikuti Kursus Urutan Tradisional di Pusat Latihan Gurney, bagi orang-orang Buta, Brickfields Kuala Lumpur pada tahun 1988. Selain daripada menumpukan sepenuh perhatian kepada kursus yang diikutinya, Haron juga melibatkan diri secara aktif sebagai pemain gitar dan penyanyi dengan beberapa buah kumpulan pancaragam yang ditubuhkan oleh rakan-rakannya. Mulai dari sinilah Haron mula sedar bahawa dia sebenarnya mempunyai bakat dalam mencipta lagu apabila mampu mencipta beberapa buah lagu bagi kumpulan pancaragam yang dianggotainya dan untuk nyanyian sendiri. Padahal sebelum itu dia tidak pernah terfikir untuk menjadi komposer selain minat menyanyi.

Mengimbas kembali bagaimana beliau mula mendapat tempat di dalam dunia hiburan, Haron memaklumkan bahawa dengan mendapat populariti lagu Langkah Seiringan Ciptaan beliau, dendangan Kumpulan Exists memberi peluang kepadanya untuk menyumbang lagu kedua kepada Exists iaitu Janji Padamu yang dimuatkan dalam album kedua kumpulan tersebut. Dia kemudian turut mencipta lagu untuk kumpulan Mega menerusi lagu Suara Cinta dan Cinta untuk kumpulan Diana. Haron juga turut mencipta lagu untuk Ashira.

Ternyata lagu ciptaan Haron sentiasa membawa tuah kepada Exists. Kali ini Exists popular dengan lagu Jesnita pula. Lagu lain yang turut menjadi siulan ramai ialah Hadirlah Mustika (Spin), Bicara Kasih (Elly Mazlein), Satu Kenangan (Kristal), Lafaz Cinta (Khai), Alya Mysara (Mamat) dan Wanita (Leez AF4) serta Rebah (Ina Naim). Hingga kini haron telah berjaya mencipta lebih daripada 50 buah lagu.

Walaupun buta, namun Haron tetap aktif seperti orang lain. Selain mencipta lagu, suami kepada Fauziah Hashim dan bapa kepada Fatin Nurhalika, 10, Fatin Nurhidayah, 7 dan Mohd Faisla 4 tahun itu juga bertugas sebagai Pengurus Promosi di beberapa buah syarikat rakaman. Sebelum ini Haron pernah menjawat jawatan yang sama di syarikat Music Valley dan Zezz Entertainment. Beliau memaklumkan bahawa beliau mampu melakukan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya kerana beliau mempunyai ramai kenalan dalam bidang ini. Selebih itu dorongan dan sokongan, dorongan dan bantuan daripada isterinya membuatkan Haron lebih yakin dalam pekerjaan yang dilakukannya.

Selain daripada berbakat dalam bidang ciptaan lagu, Haron juga berkemahiran dalam bidang urutan tradisional dan refleksologi. Namun, disebabkan masa yang terhad, bidang urutan tradisional dan refleksologi hanyalah sebagai aktiviti sampingan. Terkini, Haron sedang sibuk membuat rakaman untuk menghasilkan albumnya sendiri yang mana di dalam album tersebut akan dimuatkan beberapa buah lagu baru hasil ciptaannya dan juga beberapa buah lagu nyanyian S. Jibeng yang akan dinyanyikan semula oleh beliau sendiri. Selain daripada itu, Haron juga sedang sibuk membuat audition bagi membentuk sebuah kumpulan muziknya sendiri. Kepada mereka yang berbakat dalam bidang muzik dan berminat, bolehlah menghubungi Sdr haron untuk mencuba bakat. Akhirnya, Haron ingin memaklumi kepada peminat-peminatnya bahawa antara lagu-lagu terbaru ciptaannya adalah “Tiara Cinta” dan “Pasrah Rindu”. Nantikan kehadirannya.

Friday, April 16, 2010

Selamat Hari Persahabatan Sedunia:

Tegur aku jika aku mulai sombong.
Tegur aku bila aku mulai angkuh.
Tegur aku bila aku mulai salah.
Tegur aku bila aku mulai lupa diri.
Kerana aku masih perlu sahabat seperti kamu, hari ini, esok dan selamanya.
Persahabatan itu umpama  tangan dan mata. Di saat tangan  terluka, mata pasti menangis. Di saat mata menangis, tangan pasti menghapuskannya. "selamat hari persahabatan sedunia".

Sayangku, dari kejauhan ini, kubingkiskan rinduku padamu, walaupun aku

pasti mengambil masa yang lama untuk sampai padamu. Pemergianmu

kelmarin, menyentap segala hayat internet, sekaligus dengan kejam

menutup jalinan asmara maya kita.   

Suara kehidupanku memang tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu;

tapi marilah kita cuba saling bicara barangkali kita dapat mengusir

kesepian dan tidak merasa jemu.

Sayangku,
Aku menantimu dengan setia di hujung talian. Muncullah sayang! Nyanyikan puisi cinta kita, biarpun sebaris cuma. Aku tetap merinduinya biarpun aku hafal setiap baitnya.

Sayangku,
aku mencarimu di dalam "inbox". kau tiada di situ. Aku menantimu di dalam "inbox". kau tidak kunjung tiba. Maka aku terumbang-ambing dipukul gelombang sunami rindu, tenggelamlah aku di dalam banjir airmataku sendiri.

Sayangku,
mujurlah kau hadir di dalam SMS. Aku terpukau rindu dengan tulisanmu. Suaramu di hujung talian, membisikkan ayat-ayat cinta kita. Rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini, adakah ajalnya?
     Hiduplah Sesuka hatimu,
Sesungguhnya kamu pasti mati.
Cintai siapa saja yang kamu senangi,
Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya.
Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,
Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya.

Sayangku,
di hujung talian, aku melayan kebosanan dan kesunyian denga nmenyalin kata-kata bijak pandai menghormati "hari persahabatan sedunia". Kata-kata ini sudah lama terpahat di dinding memori, dan seringkali kusunting buat hiasan warkah kita. Sayangku, terimalah koleksi tak seberapa ini. Mudah-mudahan ada manfaatnya.

Persahabatan sejati  umpama kesehatan, nilainya baru kita sadari

setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan

akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan

dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah.

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita

mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik

kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya. tapi

semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa

melihat keduanya.

HUTANG KEHIDUPAN
Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahwa engkau

masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di

dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan

teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi

dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak

mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka

mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sayangku,
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Sayangku,
akhir sekali, hayatilah kata-kata mutiara ini, hasil peninggalan

Pujangga Confusius:
"kasihanilah musuhmu, berbuat baiklah pada orang yang membenci kamu,

mintaklah berkat bagi orang yang mengutuk kamu. Berdoalah untuk orang

yang mencaci kamu."

Sunday, April 4, 2010

Botol Arak di Tangan Si Mati.

Bapa mati semasa genggam botol arak

BERSEMPENA dengan Hari Bapa pada 15 Jun ini, saya rasa elok kalau saya berkongsi sebuah pengalaman yang amat berguna kepada bapa yang kehilangan anak, mahupun bapa ditinggalkan anak, tetapi tentang bapa yang gagal menjadi contoh kepada anak-anak.
Betul, Hari Bapa adalah hari istimewa untuk anak menghargai jasa bapa. Tetapi bagaimana pula kalau bapa menjadi contoh buruk kepada anak-anak? Kalau bapa borek, apa akan jadi kepada anak-anak?
Jadi, izinkan saya  ceritakan kepada pembaca sekalian, tentang sebuah kisah sedih yang saya lalui tidak berapa lama dahulu, agar ia menjadi pedoman dan pengajaran kepada kita semua. Pengalaman sedih ini berlaku tidak berapa lama dahulu, apabila pagi itu saya mendapat panggilan telefon daripada sebuah hospital meminta saya uruskan mayat seorang duda berusia 60-an. Hospital mana, maaflah, saya tak dapat beritahu.
Di sekitar tempat saya ini, memang sudah menjadi kebiasaan pihak hospital berkenaan menghubungi saya bagi menguruskan mayat 'orang luar'. Maksud saya, jenazah itu adalah orang dari luar Kuala Lumpur, misalnya Pahang atau Melaka, dan kaum keluarganya minta hospital uruskan. Setelah itu mereka akan bawa jenazah tersebut pulang ke kampung.
Dengan segera saya memandu van jenazah, ke bilik mayat hospital berkenaan. Selesai segala urusan dokumen, keranda jenazah tersebut pun diangkat ke dalam van dengan dibantu oleh tiga orang anak si mati.
Sejurus sebelum van meninggalkan bilik mayat, tiba-tiba anak arwah yang lingkungan usia 30-an, menyapa saya.
"Mintak maaflah ustaz, saya tak dapat bersama membantu ustaz uruskan jenazah arwah bapa saya ni. Saya terpaksa pergi sebab ada hal mustahak," beritahu anak muda itu yang juga anak sulung arwah.
"Kalau dah macam tu, tak apalah," jawab saya walaupun di dalam hati saya mula rasa tak seronok. Mustahak sangatkah urusan dunianya jika dibandingkan dengan bapa sendiri, fikir saya.
Van dipandu deras dan apabila sampai ke surau di kawasan kediaman saya ini, keranda berisi jenazah itu pun diturunkan, kemudian dimasukkan ke bilik khas. Dua orang anak arwah yang berusia 20-an, seorang lelaki dan seorang perempuan, turut membantu saya.
Ketika itulah berlaku sesuatu yang tidak akan saya lupakan sampai bila bila...
Sewaktu membuka penutup keranda, tiba-tiba mata saya terbeliak. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati jenazah di hadapan saya ini berada dalam bungkusan plastik hitam.
Saya segera hubungi pihak hospital. seorang pegawai bilik mayat yang bernama Azman menjawab panggilan saya.
"Ada apa masalah ustaz?" tanya Azman.
Saya pun terangkan keadaan mayat tersebut. Kata saya, kebiasaannya penghidap HIV sahaja yang dibungkus seperti itu. Saya khuatir pihak hospital tersilap.
Azman menafikannya. Dia menjelaskan, "Betullah mayat tu, ustaz. Tapi kami terpaksa bungkus dengan plastik sebab...!!!" kata Azman lalu menerangkan sebab-musababnya.
Betul ke? Saya terus buka bungkusan hitam itu. Demi diselak sahaja bahagian kepala mayat, serta-merta menusuk bau yang sangat memeritkan hidung. Betul kata Azman tadi, mayat berkenaan dibungkus dengan plastik hitam sebab baunya terlampau busuk. Astaghafirullahalazim... saya rasa hendak termuntah!
Cepat-cepat saya tutup semula jenazah tersebut. Di waktu itu juga anak arwah datang menegur saya.
"Ustaz, kenapa tutup semula jenazah bapa saya? Kami pun nak tengok juga, kata anak perempuan tersebut.
Saya mula rasa serba salah. Hendak dilarang, tak boleh sebab itu ayah mereka. Saya pun berikan isyarat tangan, mempersilakan dua orang anak muda ini melihat jenazah bapa mereka. Apabila saya buka saja plastik hitam itu, anak-anak arwah serta-merta memalingkan muka dan menutup hidung. Dan tanpa saya duga...
Huweekkk! Huweekkk!!!
Saya lihat sendiri kedua-dua anak arwah itu termuntah. Yang paling menyedihkan, mereka termuntah di atas muka jenazah tersebut!
Saya beristighfar. Sedih, tidak sampai hati saya melihat muka arwah berlumuran lendir muntah si anak. Saya mengucap beberapa kali apabila melihat kedua dua anak si mati kemudian berlari keluar dari bilik tersebut sambil menutup mulut dan hidung supaya tidak ada lagi muntah yang keluar.
Mengapa begini sekali bau jenazah ini? Sudah berpuluh-puluh jenazah saya uruskan, tak pernah saya bertemu mayat yang baunya sedahsyat ini. Saya segera panggil pembantu saya minta dia tolong basuhkan muka jenazah tersebut. Setelah siap dicuci dan semua peralatan disediakan, saya buka keseluruhan plastik itu. Astaghafirullahalazim... sekali lagi saya tersentak. Kedua-dua tangan jenazah ini bukannya terkiam,tapi terangkat hingga hampir ke paras bahu.
Tangan kiri seperti sedang menggenggam sesuatu dan yang menakutkan, tapak tangannya itu ada luka besar. Dan pada luka besar itu pula dihurung ulat. Ulat-ulat putih itu merayap memakan daging di luka tersebut. Sementara itu, ibu jari dan jari telunjuk di tangan yang kanan pula sedang memegang cebisan kertas. Kertas putih itu kecil saja dan seperti telah digunting kelilingnya.
"Kertas apa pulak ni?" saya bertanya tanya di dalam hati.
Apabila saya amat-amati cebisan kertas itu, saya terkejut. Ia seperti...! Ah, saya tak percaya! Saya tak mahu bersangka jahat. Mungkin bukan kertas itu!
Saya cuba renggangkan kedua-dua jari itu, tetapi tidak boleh. Ia sudah begitu kuat mencengkam dan melekat. Bagi mendapatkan kepastian dan lebih daripada itu, untuk memudahkan urusan memandi serta mengapan jenazah, saya pun melembutkan jari jemari arwah dengan membaca ayat ayat al-Quran yang berkaitan. Saya ulang-ulangi ayat itu sambil menarik kedua-dua jari yang melekat itu dan  Ya Allah, memang benar, kertas itu..!!
Tanga berlengah, saya buang cebisan kertas itu dan segera memandikan jenazah tersebut. Saya buang ulat-ulat yang menghurungi luka di tapak tangan kanan arwah dan urut perutnya bagi mengeluarkan sisa-sisa najis. Anehnya, tidak ada najis yang keluar.
Saya mula pelik. Kalau tiada najis, kenapa busuk sangat mayat ini?
Saya urut lagi perut jenazah beberapa kali, pun tidak ada sebarang najis atau lendir yang keluar dari rongga rongga di badannya.
Oleh kerana tidak ada jalan lagi, saya minta pembantu saya tolong angkatkan badan arwah hingga seperti dalam keadaan duduk. Apabila diangkat sahaja badannya, maka dengan serta-merta keluarlah daripada mulut jenazah itu bermacam-macam rupa lendir, muntah dan najis.
Ada yang keras, ada yang lembut, bermacam-macam warna keluar. Baunya tidak tertahan lagi. Saya dan pembantu saya terpaksa menahan nafas. Walaupun perut dah memulas, rasa hendak termuntah, kami tahankan juga.
Saya perhatikan anak-anak arwah. Kesian, mereka juga menutup hidung. Yang perempuannya menangis. Memang sedih melihat keadaan anak anak bila mayat bapa mereka begitu. Kalau terjadi pada saya, saya pun akan sedih juga. Tapi persoalannya, kenapa mayat arwah jadi begitu? Persoalan ini terus bermain di fikiran saya.
Saya segera membasuh najis dan lendir yang termuntah dari mulut arwah. Selesai dimandi jenazah itu diletakkan di atas tilam untuk dikapankan.
Namun sekali lagi saya menjadi bingung. Kain kapan yang sudah siap diukur mengikut saiz badan arwah, tiba tiba tidak mencukupi bagi membalut tubuhnya. Balut di kanan, di kiri terkeluar. Dibalut sebelah kiri, sebelah kanan badan terkeluar. Saya mula pening. Hendak dikatakan salah kain, jawapannya tidak, kerana telah diukur sejak awal tadi. Lalu saya gantikan kain kapan itu kepada yang lebih besar saiznya, XXL, dan boleh membungkus dua kali ganda tubuh jenazah ini.
Maha suci Allah, kejadian pertama tetap berulang. Kain terasa seperti mengecil. Jika dibungkus juga, maka jenazah itu akan kelihatan seperti bungkusan nasi lemak berlauk ayam. Bahagian atas tidak boleh bercantum. Oleh kerana tidak ada jalan lagi, saya meminta kedua-dua anak arwah keluar dari bilik tersebut.
Sehelai kain kapan yang baru, kami bentangkan. Kemudian, jenazah diletakkan di atas kain kapan tersebut. Dengan perlahan-lahan, saya dan pembantu saya tadi menggolekkan jenazah itu di atas kain kapan tersebut. Kami lakukannya dengan berhati-hati sehinggalah kain kapan itu membalut seluruh tubuhnya.
Saya tau, kaedah ini tidak sepatutnya dilakukan, tapi hendak buat macam mana lagi sedangkan itulah saja jalan yang berjaya mengapankan jenazah tersebut. Setelah selesai, jenazah diangkat ke dalam surau. Ketika itu waktu Zuhur sudah pun masuk. Entah apa balanya, tengah hari itu selepas lebih setengah jam menunggu, tidak ada seorang pun ahli kariah datang ke surau. Padahal surau tersebut terkenal sebagai surau paling aktif dan jemaahnya sangat ramai.
Setahu saya, jika ada solat jemaah di tengah hari, tidak kurang daripada 50 jemaah akan turut serta. Namun pelik, keadaannya berbeza pada hari ini. seorang pun tidak nampak batang hidung.
Akhirnya saya mengimamkan sendiri solat jenazah tersebut dengan dimakmumkan oleh pembantu saya serta anak arwah. Selesai solat, jenazah dibawa ke dalam van.
Anehnya, apabila menghidupkan kaset bacaan al-Quran di dalam van, radio tidak berbunyi pula. Saya pelik kerana pagi tadi saya pasang radio semasa hendak mengambil jenazah di hospital masih elok. Jadi, saya terpaksalah mengaji sendiri sepanjang jalan untuk disedekahkan kepada arwah. Memang letih, tapi apa boleh buat!
Setelah empat jam perjalanan, sampailah di kampung halaman arwah. Saya memandu ke arah masjid kampung tersebut, namun anak arwah membantah. Katanya, kami perlu terus ke kawasan perkuburan kerana tidak ada sesiapa yang menunggu jenazah bapanya di masjid.
Saya tidak setuju. Kata saya, kita mesti hormat masyarakat setempat yang mungkin ingin menziarahi arwah.
Van sudah sampai di hadapan masjid. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Saya turun dan melihat ke kawasan masjid. Lengang, tidak ada seorang pun yang menunggu di situ.
Pelik sungguh, tidak pernah saya lihat orang kampung tidak menunggu jenazah. Kalau di bandar mungkin juga, tapi kalau di kampung, susah untuk saya terima.
Oleh kerana tidak ada penduduk kampung yang menunggu di masjid itu, kami terus ke kawasan perkuburan. seperti di masjid, kawasan kubur juga lengang. Tidak ada orang kampung menunggu di sana.
Dengan bantuan anak arwah yang lelaki dan pembantu saya tadi, jenazah itu pun dibawa masuk ke dalam kubur yang telah siap digali oleh penduduk kampung tersebut.
Maha suci Allah, sekali lagi saya mengurut dada kerana apabila jenazah hendak dimasukkan ke dalam liang lahad, berlaku satu lagi masalah. Kepala jenazah tersangkut dan tidak dapat dimasukkan.
Tentu pembaca rasa apa yang saya ceritakan ini macam drama swasta. Tidak logik. Mayat berbau, tak boleh dikapan, sekarang tak boleh dimasukkan ke dalam lahad pula. Saya tahu, memang anda akan berkata cerita ini seperti dibuat-buat.Tetapi ingin saya tegaskan di sini, dengan nama Allah, saya tidak mereka reka cerita. Mayat arwah memang tidak dapat dimasukkan ke dalam liang lahad walaupun ketinggiannya sudah diukur beberapa kali.
Yang saya sedih, selepas tiga kali mayat diturunkan, lahad dibesar dan dipanjangkan tetapi tetap tidak dapat memuatkannya. Ketika ini berlaku lagi sesuatu yang amat menyayat hati.
Saya lihat anak lelaki arwah turun ke dalam kubur dan sewaktu saya berpaling ke arah lain, tiba-tiba kedengaran bunyi PRAPP! PRAPP! seperti dahan patah.
Saya segera melihat ke dalam kubur. Alangkah terkejutnya saya apabila melihat anak arwah sedang menekan kuat kepala bapanya untuk dipaksa masuk ke liang lahad.
Saya mengurut dada. Darah saya berderau. Mungkin tengkuk jenazah patah akibat dipaksa dan ditekan kuat oleh anaknya supaya masuk ke liang lahad.
Kami segera kambus kubur tersebut dan saya berdoa memohon Allah mengampunkan dosa-dosa arwah. Walaupun saya tidak tahu masalah yang sebenar, namun saya tetap mengharapkan arwah akan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang mendapat pengampunan-Nya.
Selesai talkin dan semua urusan lain, saya segera keluar dari kawasan perkuburan itu untuk pulang ke Kuala Lumpur. Hari sudah lewat petang, saya perlu balik cepat. Bagaimanapun, sebelum balik, saya singgah sebentar di pekan sari kampung tersebut untuk membeli sedikit makanan sebagai bekal perjalanan kami.
Sudah ditakdir Allah, baru beberapa langkah turun dari van, datang seorang lelaki tua kepada saya. Orang tua itu bertanya, jenazah siapa yang saya bawa. Mungkin orang tua itu pelik melihat van jenazah yang beralamat Kuala Lumpur memasuki kampung tersebut.
Saya beritahulah, saya bawa jenazah polan bin polan. Mendengar sahaja nama tersebut, orang tua itu terkejut.
"Aik, mati dah orang tua tu? Isy, isy, isy," dia menggelengkan kepala.
Lalu saya segera menanyakan kepada orang tua itu, apakah masalah yang sebenar. Saya pun hendak tahu sebab sejak tadi lagi banyak persoalan bermain di fikiran saya.
"Macam ni..." kata orang tua itu sambil menarik tangan saya ke suatu tempat yang tidak ramai orang.
"Nak cerita memang tak sedap, tapi untuk pengetahuan ustaz, arwah itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di kampung kami," beritahu orang tua tersebut.
Bagaimanapun, sambung orang tua itu, arwah tidak disukai penduduk kampung. Ini kerana tabiatnya yang menjadikan rumahnya sebagai tempat berjudi dan meminum arak semenjak kematian isterinya.
Setiap malam, rumah arwah akan penuh dengan golongan veteran sepertinya, untuk bermain judi. Malah, mereka juga kerap membawa masuk 'betina' ke rumah tersebut.
Ramai yang menegur perbuatan arwah menjadikan rumahnya sebagai sarang maksiat, namun masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang beri nasihat itu yang kena marah semula.
Menurut orang tua itu lagi, dia mengetahui arwah koma tiga hari yang lalu. Tetapi yang mengejutkan ialah, arwah koma semasa sedang asyik berjudi!
"Saya tak bohong, saya tengok dengan mata kepala saya sendiri bagaimana ketika koma, tangan arwah masih lagi pegang botol arak dan sebelah lagi, pegang daun terup," terang orang tua itu.
Pegang botol arak? Pegang daun terup? Ya Allah... saya rasa saya sudah mendapat jawapan kepada beberapa persoalan yang sejak tadi bermain di fikiran saya!
Orang tua itu menyambung ceritanya dengan memberitahu, khabarnya arwah jadi begitu akibat serangan jantung. Kaki dan tangannya menjadi kejang sehingga botol arak itu melekat di tangan manakala daun terup melekat di celah jari. Kawan-kawan arwah cuba menarik botol dan daun terup itu, tapi tidak boleh.
Orang tua itu menambah, arwah juga selalu bergaduh dengan orang masjid kerana tidak senang dengan bunyi azan dan kuliah agama yang dikumandangkan oleh pembesar suara. Dia minta pihak masjid tutup 'speaker' luar kerana mengganggunya.
"Mungkin dia tak mau dengar kuliah yang menceritakan tentang judi haram, arak haram dan main betina pun haram. Maklumlah, kena atas batang hidung dia. Tambahan pula dia pengerusi JKKK yang berkuasa dalam kampung ini," terang orang tua itu.
Apabila permintaannya itu tidak diendahkan, arwah telah memanjat bumbung masjid di tengah malam dan memotong wayar pembesar suara. Tidak cukup setakat itu, arwah juga selalu membuka pintu pagar masjid di waktu malam supaya lembu dan kambing masuk menajisi rumah Allah itu!
Saya geleng kepala dengar cerita tersebut. Saya betul-betul tak sangka ada orang Islam yang berperangai keji seperti itu.
"Ustaz," sambung orang tua tersebut, "perkara yang paling orang tak dapat terima apabila dia telah bertindak mencuri tabung masjid yang dibuat khas bagi membeli tirai masjid. Kami tak tau apa dia buat dengan duit tu, tapi tak mustahil untuk dibuat berjudi dan beli arak!"
Setelah bertemu dengan orang tua itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan, pembantu saya menceritakan satu lagi perkara mengejutkan. Katanya, bunyi PRAPP! seperti dahan patah semasa di kubur tadi adalah akibat anak arwah tekan kepala bapanya dengan kaki! Lepas pijak sampai leher arwah bunyi berderap dan jenazah dapat dimasukkan ke dalam lahad, baru anak arwah itu gunakan tangan!
Sampai di rumah, saya segera hubungi anak lelaki arwah bagi menanyakan hal bapanya. Saya kena tanya sebab saya tak mahu dengar sebelah pihak. Paling saya takut, adalah fitnah.
Sambil menangis, anak arwah itu memberitahu saya, dia tak tahu kegiatan bapanya, sebab dia adik-beradik tinggal di Kuala Lumpur. Yang anak arwah itu tahu, apabila koma, arwah dibawa ke hospital di Kuala Lumpur dalam keadaan tangannya memegang botol arak dan daun terup. Yang itu dia tak nafikan.
Kata anak arwah lagi, mereka sudah berusaha untuk membuang botol arak tersebut, namun gagal. Daripada koma,sampailah bapa mereka meninggal dunia, begitulah keadaannya. Botol dan daun terup itu sudah melekat di tangan arwah.
Akhirnya anak arwah meminta bantuan pihak hospital membuangnya.Usaha itu berjaya, tetapi dengan cara yang amat menyakitkan iaitu menyiat kulit tapak tangan arwah! Menurut anak arwah lagi, hanya dia, doktor dan seorang pegawai bilik mayat sahaja yang melihat kejadian itu.
Saya tahu, mungkin ada di antara pembaca yang menganggap kisah ini tidak logik. Macam reka-reka cerita.Tapi ingin saya tegaskan, inilah kekuasaan Allah. Apabila Dia ingin tunjukkan sesuatu, tiada apa yang boleh menghalang.
Saya ceritakan ini bukan untuk mengaibkan arwah, tapi untuk dijadikan pengajaran oleh sekalian pembaca.
Sempena Hari Bapa ini, saya harap pembaca yang bergelar bapa, ambillah kisah ini sebagai teladan. Allah amanahkan bapa untuk menjaga keluarga, didik isteri dan anak-anak menjadi hamba Allah yang bertakwa.
Kalau diabaikan tanggungjawab itu,tidak mustahil peristiwa yang saya ceritakan tadi akan berulang lagi. Akhirnya,yang malu adalah anak-anak...
*********
Nota:
Selepas temubual ini, Ustaz Amer memberikan nombor telefon kakitangan bilik mayat hospital berkenaan bagi membolehkan kami mendapat pengesahan ceritanya. Apabila dihubungi,kakitangan tersebut mengakui memang kejadian lelaki koma dalam keadaan memegang botol arak itu dilihatnya sendiri. Ceritanya juga sama dengan apa yang diceritakan oleh Ustaz Amer.
Sumber:

Mastika Jun 2008