Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Monday, May 30, 2011

Hebatkah Ciptaan Mereka?

Assalammualaikum! Di zaman ini, manusia berlumba-lumba menunjukkan kehandalan mereka mencabar ciptaan Allah S.W.T. Antara kenakalan sains yang tidak dapat kita maafkan ialah mengahwinkan biri-biri dan babi maka lahirlah bari-bari. Awas! Anak yang berbinkan anding atau babi tetap haram di sisi islam proses mengawan antara haiwan-haiwan yang berlainan species dalam kitab itu hanyalah  andaian oleh fuqaha klasik saja. Meskipun ramai yang berpendapat Allah Taala berkuasa atas segala sesuatu (Apabila Dia katakan jadi..maka jadilah),  namun amat mustahil Allah Taala melakukan sesuatu tindakan yang bertentangan ketetapan dengan fitrah kejadian makhluk ciptaanNya.

Petikan kitab fiqh itu adalah sepertimana berikut;

Menurut ulamak Syafie (golongan syafieyyah) dan Hanbali (Hanabilah) apabila sesuatu yang kering terkena badan anjing dan babi yang basah atau terkena anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing dan babi atau anak yang dilahirkan hasil kacukan anjing atau babi dengan binatang lain yang halal dalam Islam, maka benda yang terkena itu hendaklah dibasuh sebanyak tujuh kali basuhan yang pertamanya dengan tanah berdasarkan hadis riwayat Ahmad yang lalu.  (Fiqh Islami Wa Adillatuhu oleh Prof Dr. Wahbah Az-Zuhaili dalam bab Najis). Begitu juga dengan kitab al-Tahzib fi Matan al-Ghayah wa al-Taqrib, Dr Mustahfa Dib al-Bigha, hlm 34-35.

Sejenis binatang kacukan baru yang diberi nama BARI-BARI..dipersilakan tonton.


inilah binatang yang telah dikacukan dari gen biri-biri+babi=BARI-BARI...

MASYALLAH...

 

Hebat betul bila manusia ini pandai sangat. Habis semua haiwan nak diubah dan dicampur untuk mewujudkan haiwan yang lain pula. Manusia bila lagi?

a411beefalo Haiwan Kacukan

Beefalo = Buffalo + Cow

a411cama Haiwan Kacukan

Cama = Camel + Llama

Lebih banyak unta kacukan selepas ini.

a411ligar Haiwan Kacukan

Liger = Lion + Tig

Zebroid = Zebra + Equine

asdasdad Haiwan Kacukan

Ini apa pula?

Saintis cipta tikus boleh berkicau seperti burung
SEEKOR tikus yang boleh berkicau seperti burung didedahkan kepada pemberita di Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun semalam.
TOKYO - Saintis-saintis Jepun mengumumkan semalam mereka berjaya mencipta tikus yang boleh berkicau seperti burung dalam evolusi kejuruteraan genetik yang diharap dapat membantu merungkai asal usul bahasa manusia suatu hari nanti.
Sekumpulan penyelidik di Universiti Osaka menghasilkan haiwan tersebut menerusi kajian yang dinamakan 'Projek Evolusi Tikus' yang mana mereka menggunakan tikus modifikasi genetik yang cenderung bermutasi.
"Mutasi adalah pencetus evolusi. Kami telah membuat kacukan ke atas tikus modifikasi genetik selama beberapa generasi untuk melihat apa yang akan berlaku," kata ketua penyelidik berkenaan, Arikuni Uchimura.
"Kami memeriksa setiap anak tikus yang baru lahir dan pada suatu hari, kami mendapati seekor anak tikus tersebut boleh berkicau seperti burung," katanya.
Menurutnya, kelahiran tikus berkicau itu berlaku kerana hukum alam tetapi ciri-ciri berkenaan akan diwarisi oleh generasi akan datang.
Makmal tempat penyelidikan itu dibuat dikendalikan oleh Profesor Takeshi Yagi dari Sekolah Graduan Penerokaan Biosains Universiti Osaka, barat Jepun yang kini memiliki lebih 100 tikus berkicau untuk kajian lanjut.
Pasukan saintis itu berharap penemuan tersebut dapat memberi petunjuk berhubung bagaimana evolusi bahasa manusia berlaku.
Sebelum ini, saintis-saintis mendapati burung-burung yang berkicau menggunakan bunyi berbeza-beza dan menyusunnya seperti perkataan dalam bahasa manusia serta mempunyai tatabahasa tersendiri. – AFP

 

SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.


BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.

Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.

Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.

Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. - Agensi

Pesawat Peribadi Orang2 Kaya di Dunia!

Assalammualaikum!

Allah memberikan kita harta untuk kita membelanjakan seraya berkhidmat kepada fakir2 miskin. Tapi sayang, ramai juga di antara kita yang telah membazirkan harta mereka. Mudah-mudahan mereka diberi hidayat satu hari nanti.

 

selatanonline

1. Donald Trump dan Boeing 727-23 nya
Pada awalnya dioperasikan oleh American Airlines, vintage jet 1968 ini adalah rekonfigurasi 23, dengan kerusi kulit pucat, gesper berlapis emas, lukisan minyak, dan lampu kristal Waterford. Logo TRUMP di samping pesawat mempunyai panjang 30 kaki, tinggi 4 kaki , dan dibuat daripada emas 23 karat.


2. Roman Abramovich dan Boeing 767-33A nya
Pemilik Chelsea ini mempunyai pesawat peribadi , Boeing 767 ini mungkin dilihat biasa di luar, tapi dalamnya dilengkapi dengan kenari dan dihiasi dengan emas. Pesawat ini sering kelihatan di Bandar Udara Luton sekitar 40 mil di utara London, di mana Abramovich menghabiskan sebahagian besar waktunya


3. Sultan of Brunei dan Boeing 747-430 nya
Sultan ini membeli Boeing 747 baru pada harga kira-kira $ 100 juta dan telah dilengkapi dengan hiasan dalaman khusus dan fitur seperti wastafel dari emas murni dan kristal Lalique dengan kos tambahan sekitar $ 120 juta. Sultan ini mempunyai beberapa pesawat lain, tapi ini yang terbesar.


4. Jimmy Buffett dan Grumman HU-16 Albatross nya
Pesawat tentera Grumman HU-16 Albatross yang dimiliki oleh penyanyi-penulis lagu Jimmy Buffett yang dinamakan The Hemisphere Dance . Pada tahun 1996, pesawat itu ditembak di Jamaica oleh polis setempat, yang dicurigai pesawat itu membawa ubat-ubatan.


4. Mark Cuban dan Boeing 767-277nya
Millioner Mark Cuban, pemilik pasukan basketball NBA Dallas Mavericks, didalam Boeing 767 nya mempunyai kerusi yang dibuat terpasang pada pesawat yang cukup besar untuk menampung pasukannya, dan pemain tinggi.


5. Elvis Presley dan Convair 880 nya
Elvis mempunyai pesawat Cenvair 880 , Convair telah diubahsuai dengan 28 kerusi bukan 110 kerusi seperti biasa. Ekor jet sekarang dicat dengan logo TCB, yang merupakan singkatan dari Taking Care Business


6. Bill Gates dan Bombardier BD-700 Global Express nya
Dimiliki oleh Challenger Administrasi LLC atas nama Bill Gates, jet ini boleh membawa hanya lapan orang. Terbang pada ketinggian 51.000 kaki untuk jarak 6.500 mil laut, merentangi tanpa henti Tokyo-New York atau Los Angeles-Moscow.


7. John Travolta dan pesawat serta garaj pesawatnya
Pelakon ini mempunyai pesawat bersekali garaj pesawat peribadinya.

/Tulahan

Pemilihan Cat Yang Bijak.

Assalammualaikum! Warna cantik dipandang, adakalanya tidak bersesuaian dengan mood. Lima langkah utama memilih cat sesuai untuk kediaman anda 1) Pilih warna digemari Bagi memberikan suasana selesa kepada anda dan keluarga pemilihan warna tepat amatlah penting. Antara langkah terbaik adalah membawa gambar kediaman atau beberapa sampel fabrik dari kediaman ke kedai atau pusat pameran cat supaya warna yang dipilih sesuai dan selari kehendak anda. Pelbagai jenis cat yang berada di pasaran dan faktor yang membezakan di antara kesan kilatan pada sapuannya memberikan impak berbeza. Dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjungi berkenaan pilihan sesuai. 2) Padankan sampel fabrik Anda yang mempunyai dan menempah langsir boleh membawa cebisan fabrik atau gambar supaya boleh dipadankan dengan sebarang pilihan cat pada katalog. 3) Mendapatkan sampel cat Ia penting untuk disesuaikan dengan konsep penataan. 4) Cuba sampel pada dinding Bawa pulang sampel yang diberikan. Cuba pada dinding dan jangan lupa untuk melabelkan setiap kepingan sampel dengan kod warna sebagai rujukan. 5) Pilih yang terbaik Perhatikan sampel ketika siang, malam dan hari mendung. Pilih yang bersesuaian dengan perabot, aksesori dan keseluruhan dekorasi ruang kediaman anda. Kesesuaian warna: Warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnai keseluruhan ruang luar dan dalam kediaman. Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman. Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Bagaimanapun putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia menjadikan bilik semakin cerah ketika malam dan membuatkan ruang kecil lebih luas. Warna itu juga mudah disesuaikan dengan semua jenis perabot dan perhiasan. Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan. Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan. Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna berkenaan untuk kediaman dan membuatkan anda lebih letih.

Friday, May 27, 2011

Sumpah Orang Jahil, Apakah Kesannya?

Assalammualaikum!

kita pernah pergi ke Makkah, kita akan berhadapan dengan sikap orang Arab yang berniaga. Setiap ayat yang hendak diucapkan pasti dimulakan dengan sumpah. “Wallahi ya akhi” sudah biasa dibibir mereka. Sudah jadi kelaziman dalam perbualan mereka. Dan pada peniaga ini sumpah cari makan namanya. Kalau tidak, pembeli tidak yakin dengan barang jualannya.
Pasangan yang sedang bercinta, kerap juga bersumpah. Ada yang sumpah hendak hidup semati, juga sumpah tidak ada kekasih lain dan sumpah untuk buat itu dan ini demi cinta, kononnya. Inilah sumpah orang yang bercinta. Sumpah ini kadang-kadang sumpah palsu bagi tujuan mengambil hati kekasihnya. Mereka ini tidak tahu kesan kalau melakukan sumpah palsu.
Ada juga pasangan yang bergaduh membuat sumpah. Sumpah untuk tidak berjumpa lagi, sumpah untuk tidak berkahwin dan sebagainya. Inilah sumpah orang yang bergaduh, sumpah waktu marah. Sumpah ini kadang-kadang gagal ditepati. Apabila hati reda mereka berbaik semula.

Seseorang yang hendak dibicarakan di mahkamah, mereka diminta bersumpah untuk bercakap benar. Maka sebelum bicara dimulakan dengan sumpah yang dipimpin oleh petugas mahkamah. Sumpah itu dilakukan di hadapan hakim. Sumpah di mahkamah ini boleh memberi kesan jika mereka memberi maklumat palsu.

Walaupun bentuk-bentuk sumpah di atas tidak termasuk dalam perintah syarii tetapi sumpah yang diungkapkan jika dilanggar, dia telah berdosa. Walaupun sumpah ini hanya sumpah sesama manusia yang mereka sendiri kena adili tetapi Allah tetap melihat dan mendengar. Maka jika mereka engkar, mereka akan tanggung risiko sendiri. Maka bagi mengelak risiko pelanggaran, batalkan sumpah itu dan bayar kifarat.

Tetapi realitinya, umat Islam tidak faham lalu berkali-kali bersumpah dan berkali-kali pula melanggarnya. Bayangkan kalau setiap kali melanggar sumpah perlu membayar kifarat, berapa banyak yang mereka perlu tanggung dosa.

Sumpah syarii

Seterusnya sumpah yang dilakukan di hadapan Allah. Biasanya seseorang itu bersumpah itu dan ini jika mereka berjaya mendapat impiannya. Sumpah ini juga dipanggil nazar. Sumpah ini wajib mereka laksanakan. Jika mereka gagal melaksanakan sumpah itu, mereka wajib membayar denda iaitu kifarat nazar.

Wajib membayar kifarat sumpah dengan takhyir dan tartib, ertinya memilih dengan mengikut urutan seperti berikut:

1. Memerdekakan hamba atau budak; jika tidak, maka

2. Memberi makan atau pakaian kepada sepuluh orang fakir miskin; jika tidak

3. Puasa tiga hari.

Ada satu lagi sumpah iaitu “ila’” namanya. Ini sumpah suami untuk tidak mahu mensetubuhi isterinya dalam tempoh tertentu. Selepas habis tempoh ila’ itu dia perlu ceraikan isterinya, kalau tidak hakim boleh menceraikan isterinya bagi pihaknya. Tetapi kalau dia batalkan sebelumnya dengan mensetubuhi isterinya maka dia perlu membayar kifarat.

Akhir sekali sumpah laknat yang dalam fiqhnya disebut “li’an”. Sumpah ini hanya untuk pasangan suami isteri. Iaitu apabila suami yang menuduh isterinya berzina atau isteri menuduh suami berzina, maka mereka telah melakukan satu kesalahan kecuali kalau mereka berjaya membawa empat orang saksi. Jika tidak ada saksi, pihak yang menuduh wajib bersumpah li’an bahawa isterinya berzina atau suami berzina.

Jika tuduhan itu tersasar, sedangkan dia sudah bersumpah maka layaklah dia menerima hukuman Allah seperti yang disumpahkan. Tapi ingat sumpah ini hanya untuk suami isteri sahaja. Bapa mentua, ipar tidak boleh bersumpah dalam kes ini apatah lagi orang luar.

Ketiga-tiga jenis sumbah yang terakhir ini adalah termasuk dalam sumpah syarii. Jika mereka tersalah maka hukuman hanya Allah sahaja yang tahu. Jadi, orang yang beriman harus berhati-hati dengan sumpah ini, tidak harus dimain-mainkan kerana kifaratnya amat berat.

Cara sumpah li’an

Sumpah li’an ini dikenakan kepada pihak yang membuat tuduhan zina dalam kalangan suami isteri tetapi mereka gagal membawa empat orang saksi. Maka suami hendaklah bersumpah naknat sebanyak empat kali. Selepas selesai sumpah suami, isteri bolehlah bersumpah balas menafikannya sebanyak empat kali juga. Tetapi kalau suami sahaja yang bersumpah, isteri wajib dikenakan hukuman hudud.

Ungkapan sumpah itu pelbagai iaitu: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa saya dalam kalangan orang yang benar pada apa yang saya tuduhkan ka atas isteri saya (sebut nama) dengan berzina.”

Atau: “Bahawa anak ini atau itu anak zina bukan anak saya.”

Dan pada akhir kedua-dua sumpah itu hendaklah disambungkan dengan ungkapan ini: “Maka ke atas saya laknat Allah jika saya dalam kalangan orang yang berdusta.”

Isteri pula selepas itu harus bersumpah menafikannya: “Saya bersaksi dengan Allah bahawa (sebut nama suami) dalam kalangan orang yang berdusta yang menuduh saya sebagai orang yang berzina.” Kemudian akhirinya dengan, “ke atas saya kemurkaan Allah jika adalah dia dalam kalangan orang yang benar.”

Jika selesai upacara sumpah itu, terlepaslah mereka berdua daripada hukum hudup iaitu qazab terhadap suami dan rejam terhadap isteri. Walau bagaimanapun hubungan suami isteri selepas itu tercerai secara automatik. Juga ternafi anak itu nasabnya walaupun sememangnya anak itu anaknya. Seterusnya diharamkan mereka berkahwin semula.

Tetapi pada hari ini, jarang kita dengan suami isteri yang melakukan li’an mungkin kerana tidak tahu atau tidak mahu. Walau bagaimanapun kita sering mendengar suami atau isteri yang membuat tuduhan terhadap pasangan masing-masing. Mereka ini secara tidak langsung telah melakukan qazab. Bayang berapa banyak dosa yang mereka lakukan dalam hal ini setiap hari.

Thursday, May 26, 2011

Pertolongan Dari Alquran.

Assalammualaikum! Di zaman ini, ibu-ayah berbangga sekiranya anak mereka cemerlang dalam pelajaran, jagoh dalam sukan atau pandai bergaya dan berhibur. Tidak ramai ibu-ayah yang berbangga sekiranya anak mereka pandai membaca alquran. Beruntunglah mereka yang mempunyai anak yang pandai membaca dan mengamalkan alquran. Doa anak yang solleh tidak putus. Mereka boleh memberi shufaat kepada beberapa orang tersayang. Marilah kita memperkasakan alquran demi hidup yang lebih cemerlang di akhirat kelak. .Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dalam kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jangan SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) tanpa membacanya terlebih dahulu Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.' Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Tuesday, May 24, 2011

Lemas Dalam Kereta, Salah Siapa?

Assalammualaikum!

Hari ini, 2 kisah di dalam akhbar menceritakan kisah menyayat hati, di mana anak mati kelemasan di dalam kereta akibat kecuaian ibu-bapa. Wajarkah perkara sebegini berlaku? Beberapa bulan yang lalu, kisah kematian anak kecil di dalam kereta sering dikaitkan dengan penderaan. Tapi bagi 2 kisah hari ini, segalanya berlaku kerana lupa.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Hapuskanlah kami dengan penyakit lupa yang boleh memudharatkan kami atau orang lain.

 

Balik usung jenazah anak

SEBAK...Radziah menunjukkan baju kurung yang sempat dipakai arwah anaknya pagi kelmarin.
SEBAK...Radziah menunjukkan baju kurung yang sempat dipakai arwah anaknya pagi kelmarin.

MACHANG: Tidak sampai sejam selepas mengusung jenazah sepupu, seorang pengawal keselamatan terpaksa pula memikul jenazah anak perempuan yang berusia tiga tahun apabila kanak-kanak itu lemas akibat ‘tertinggal’ sejam dalam Perodua Kancil miliknya di Kampung Morak, Palekbang, Tumpat, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11 pagi itu disedari penduduk kampung selepas anak bongsu daripada enam beradik itu, Nor Izzyan Natasya Ishak, dilihat dalam keadaan tidak bermaya dan kepanasan di tempat duduk belakang kereta bapanya yang berkunci.

Pada masa sama, Ishak Salleh, 50, yang tergerak hati melihat kemungkinan anaknya tertinggal dalam kereta, memberi kunci kenderaan kepada seorang sepupunya supaya meninjau sebelum kakaknya, Che Mas Salleh, 55, memberitahu anaknya tidak bermaya.

Penduduk kampung cuba memberi bantuan pernafasan melalui mulut ke mulut berikutan keadaannya terlalu lemah dan mangsa menunjukkan reaksi apabila muntah, namun apabila tiba di Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, Tumpat, doktor mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia pada jam 12.05 tengah hari kelmarin.

Ishak berkata, dia turun dari kereta mengusung jenazah sepupunya yang dibawa ke tanah perkuburan sehingga terlupa membawa anaknya keluar bersama.

“Memang saya tidak menyangka kejadian itu. Saya sangka anak saya mengikut ibu dan bapa saudaranya naik ke rumah sepupu kami, tetapi tidak menyangka berlaku sebaliknya apabila dia (arwah) ‘tertinggal’ dalam kereta yang terkunci.

“Ketika pulang daripada urusan pengebumian jenazah, barulah saya teringat anak dan mungkin berlaku kejadian tidak diingini kerana keadaan di luar begitu panas menyebabkan saya mendapatkan bantuan sepupu untuk melihatnya di kereta,” katanya ditemui di rumahnya di Kampung Ulu Sat, Machang, semalam.

Ishak yang juga ketua pengawal keselamatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Kota di Kota Bharu berkata, tidak sampai beberapa minit, dia dihubungi kakaknya yang memaklumkan mengenai keadaan anak yang tidak bermaya.

“Hati saya begitu sebak dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Kakak memberitahu keadaan anak saya begitu lemah selepas ditemui di tempat duduk belakang kereta dalam keadaan muka disandarkan di belakang tempat duduk hadapan kereta saya sebelum diberikan bantuan pernafasan penduduk kampung.

“Dia memberikan reaksi dengan muntah sebelum kakak mengusung dan membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan, tetapi Allah lebih menyayanginya dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya.

Ibu mangsa, Radziah Ismail, 42, berkata, dia dapat lihat perubahan sikap anaknya yang begitu teruja mengikut ayahnya, selain sempat menggayakan sepasang daripada 10 pasang baju kurung yang disiapkan sempena Aidilfitri tahun ini.

“Tahun ini kami mahu sedondon memakai baju berwarna hijau sempena Aidilfitri. Kebetulan, saya menyiapkan baju itu cuma dia (anak) sempat bertanya mengenai mengapa dipakaikan baju raya pagi kelmarin dan saya memberitahu, adik pakai baju ke tempat orang mati,” katanya.

“Paling saya terkilan, kami tidak sempat menyambut hari jadinya di restoran makanan segera pada 4 Jun ini bersama seorang abangnya, tetapi semuanya sudah suratan takdir,” katanya.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Sat, kira-kira jam 11 malam semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Khalid Munap, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kematian itu tidak mempunyai unsur jenayah.

 

 

Bayi maut ditinggal dalam kereta 5 jam
ROM - Seorang bayi perempuan di Itali meninggal dunia selepas bapanya terlupa menghantar kanak-kanak itu ke pusat penjagaan dan meninggalkannya di dalam kereta yang panas selama lima jam.
Elena Petrizzi, 22 bulan, meninggal dunia, Sabtu lalu, iaitu tiga hari selepas bapanya, Lucio, 45, meninggalkan kanak-kanak itu di dalam kereta secara tidak sengaja semasa pergi mengajar di universiti.
Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kehilangan air dalam badan oleh bapanya yang kemudian cuba menyelamatkan anaknya sebelum menghubungi ambulans.
Namun pakar perubatan gagal menyelamatkan Elena yang mengalami bengkak otak akibat suhu tinggi mencecah 30 darjah Celsius di dalam kereta.
Lucio kini didakwa polis Itali atas tuduhan menyebabkan kematian.

Kucing Bermuka Dua?

 

Assalammualaikum! Kucing adalah haiwan comil yang cukup menghiburkan. Bagaimana rupanya, tetap comil. Marilah kita berdoa agar kucing2 ini tabah menahan dugaan yang bakal mendatang. Seekor kucing memiliki dua wajah berhasil lahir dan luar biasanya kedua muka ini dapat mengeluarkan bunyi "meong" pada saat yang sama meski yang dapat digunakan makan hanya satu.

Para dokter hewan di Perth, Australia menyelamatkan kucing kecil ini setelah induknya mengalami komplikasi saat melahirkannya.
"Meski pembedahan penuh terjadi di perut, kucing ini bisa bertahan semalaman. Ini pertanda baik. Artinya dia bakal bermeong ria dan mendengkur nyenyak dalam tidurnya."
Anak kucing ini hanya bisa makan dengan satu mulut karena langit-langit mulutnya mengalami pembelahan. Anehnya, kedua mulut ini bisa mengeluarkan bunyi 'meong' secara simultan.

http://hewanunique.blogspot.com/2010/04/kucing-muka-dua.html -

 
Anak kucing dua muka

GAMBAR menunjukkan seekor anak kucing yang mempunyai dua muka.


CHARLESTON, West Virginia - Seekor anak kucing yang dilahirkan pada minggu lalu mempunyai dua muka mempunyai peluang 50 peratus untuk hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

Anak kucing yang diberikan nama Two Face oleh pemiliknya itu dilahirkan telah dibawa ke sebuah klinik haiwan kerana ibunya enggan menjaga dan menyusukannya.

Selain dua muka, haiwan tersebut mempunyai dua hidung, dua mulut dan empat mata.

Seorang doktor haiwan, Erica Drake, memberitahu anak kucing itu menghidap sindrom Diprosopus yang penghidapnya mempunyai satu kepala tetapi mempunyai dua wajah. - AP

www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?...Kosmo... -

Monday, May 23, 2011

Pemilihan Sarung Kerusi Yang Praktikal.

Assalammualaikum! Rumah kita sempit dan murah, tetapi ketahuilah, dengan kebijaksanaan mempelbagaikan hiasannya, suasana akan jadi lebih menarik. SARUNG kerusi antara elemen penyeri yang tidak kurang hebatnya dalam menyerlahkan keadaan ruang. Tiga material sarung kerusi yang paling popular adalah vinil, kulit dan fabrik yang tidak lapuk ditelan zaman. Biarpun murah, vinil berupaya mencetuskan suasana kemewahan dan membawa ilusi seperti kulit asli. Vinil juga sangat praktikal dan mudah dibersihkan jika terkena tumpahan makanan atau minuman. Disebabkan material berkenaan mengikut suhu persekitaran, ia kurang sesuai apabila cuaca panas. Teknologi moden menjadikan sarung kulit, yang pada suatu masa dulu simbol kemewahan Eropah kini mampu dimiliki sesiapa saja. Set sofa dengan sarung kulit mempunyai ketahanan tersendiri selain selesa kerana kulitnya lebih mudah lentur dan tahan lasak walaupun digunakan setiap hari. Kulit berbeza daripada vinil kerana ia tidak menyerap kepanasan atau kesejukan tanpa mengira cuaca panas, hujan, siang atau malam. Sarung kulit bukan saja senang dijaga, bahkan kecantikannya tidak luntur dimamah usia. Ini menjadikannya perabot yang sentiasa unik dan lebih tahan lama. Di samping itu, ia boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Cuba warna lain daripada coklat dan hitam biasa. Jika anda inginkan keselesaan sarung kulit dengan harga vinil, anda bernasib baik kerana pada zaman teknologi moden tiada yang mustahil. Kini ada sofa dinamakan ‘separuh kulit’ yang menggabungkan kulit dan vinil. Bahagian yang ‘terkena sentuhan badan’ seperti tempat duduk, sandar belakang dan tempat letak lengan biasanya disarungkan kulit yang memberi keselesaan. Sementara bahagian kurang penting seperti belakang dan tepi sofa disaluti vinil yang sepadan. Ini bukan saja memberikan pilihan yang baik dan praktikal tetapi juga menjimatkan perbelanjaan. Dalam sebarang keadaan, fabrik tetap pilihan paling popular dan digemari. Dua jenis utama yang menjadi pilihan adalah fabrik dengan corak cetakan dan tenunan. Fabrik bercetak mempunyai corak pada permukaan selain sofa bersarung fabrik tampak kemas, cantik dan harganya lebih berpatutan. Bagaimanapun, coraknya cepat pudar, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tropika ada kalanya panas terik. Fabrik bercorak lebih sesuai untuk langsir dan kusyen. Fabrik tenunan dihasilkan daripada benang warna yang ditenun untuk menghasilkan corak. Ia lebih tahan daripada pancaran matahari, lebih mahal dan ia tidak mudah lusuh. Sarung boleh tukar Sarung kekal memang kelihatan lebih kemas berbanding sarung longgar atau boleh tanggal. Tetapi sarung boleh tukar lebih praktikal jika dihasilkan dengan baik. Kini ada lebih banyak pilihan untuk pemilik kediaman yang lebih gemar menukar sarung sofa. Walaupun lebih praktikal untuk keluarga sarung itu perlu dihantar ke kedai dobi untuk cucian kering. Anda juga boleh membeli set sarung tambahan untuk tukaran iaitu untuk kegunaan lasak setiap hari dan dikhaskan untuk majlis istimewa. Pilih warna atau corak yang berlainan untuk memberikan wajah yang berbeza pada ruang tamu anda. Selepas memilih sofa fikirkan pula kelengkapan untuk ruang selebihnya. Kerusi atau sofa membentuk kelengkapan paling utama dalam ruang tamu kediaman anda. Pilih langsir dan permaidani yang sepadan atau serasi dengan set dekorasi.

Saturday, May 21, 2011

Kirsty Bertarelli - Image Impian Wanita.

Dianugerahkan susuk tubuh yang memukau mata lelaki dan ditambah pula keindahan busana pereka fesyen terkemuka, kemunculan Kirsty Bertarelli sememangnya mencuri tumpuan dalam mana-mana majlis keraian. KIRSTY dikatakan memiliki mata yang cantik dan senyuman yang menawan. -------------------------------------------------------------------------------- "DIA jauh tersasar daripada jangkaan saya. Amat merendah diri dan mudah bergaul. Dia berdansa di atas meja. Dia lantang dan gemar berseronok," kata seorang tetamu di sebuah parti yang dihadiri Kirsty pada musim panas tahun lalu di selatan Perancis. Pendek kata, hidup Kirsty Bertarelli dilimpahi keseronokan. Dilahirkan sebagai Kirsty Roper di bandar kecil Staffordshire, England, gadis pingitan itu baru sahaja dinobatkan wanita terkaya Britain menerusi ikatan perkahwinannya dengan pewaris empayar farmasi Switzerland-Itali, Ernesto Bertarelli. Dalam senarai wanita terkaya Britain pada tahun ini, dia berada di kedudukan teratas dan tersendiri sekali gus memintas Ratu Elizabeth II, J.K. Rowling dan Slavica Ecclestone. Masakan tidak, kerana aset bersama Kirsty dan suaminya dianggarkan mencecah £6.87 bilion (RM33 bilion). Ratu cantik KIRSTY berjinak-jinak dengan dunia ratu cantik semasa berusia 17 tahun. -------------------------------------------------------------------------------- Dengan rambut perangnya, bibir mongel dan paras rupa menawan, tidak sukar untuk meneka mengapa Ernesto boleh tertawan pada wanita itu kali pertama mereka bertemu. "Mudah sahaja, Kirsty ada rupa, Ernesto pula miliki wang. Wanita itu juga membuatkan hidupnya seronok," kata seorang rakan pasangan tersebut. Kepada keluarga hartawan Bertarelli yang berpindah dari Itali ke Switzerland pada tahun 1970-an susulan ugutan culik oleh kumpulan militan Briged Merah, Kirsty tak ubah seperti jelitawan eksotik apabila mereka pertama kali melihatnya dalam dakapan Ernesto. Wanita itu jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang dianggap sepadan dengan pewaris kekayaan empayar farmasi tersebut. Buat permulaan, Kirtsy merupakan bekas ratu cantik Britain dan pemenang tempat ketiga Miss World. Dia juga gemar berpakaian seperti seorang gadis rock kerana itulah dirinya yang sebenar - gadis yang meminati bidang muzik dan memiliki kerjaya kedua sebagai pencipta lagu pop. Malah, semasa Kirsty pertama kali bersua dengan Ernesto di Sardinia, Itali dia mencipta sebuah lagu cinta untuknya yang berjudul Black Coffee. Lagu tersebut kemudian muncul sebagai lagu popular kumpulan penyanyi wanita Britain, All Saints. Jika ramai lelaki berfantasi untuk dibuai cinta seorang bekas ratu cantik, kehadiran Kirsty adalah satu realiti untuk Ernesto. Pasangan itu berkahwin pada tahun 2000 di Switzerland dalam majlis yang dipenuhi pemandangan menarik Banjaran Alphine disusuli parti untuk 250 tetamu di Geneva. Menyoroti kehidupan harian mereka seterusnya sebagai pasangan suami isteri boleh menimbulkan perasaan cemburu di sanubari sesiapa sahaja. Seiringan bersama, dia dan Ernesto akan berseronok dalam parti hujung minggu yang diadakan di atas kapal persiaran mereka, Vava, di perairan Selatan Perancis dan Sardinia. Jaga penampilan KEKAYAAN KIRSTY dan Ernesto kini melebihi harta Ratu Elizabeth II. -------------------------------------------------------------------------------- "Seperti anda jangkakan, terdapat hidangan arak mahal dan tetamu yang hebat," kata seorang rakan yang menghadiri parti tersebut. Ernesto kemudian akan membenarkannya bersantai bersama rakan-rakan perempuannya di atas kapal berkenaan untuk mengembalikan tenaga selepas penat berparti. "Mereka membuang toksin, mengawasi berat badan, memakan salad, kacang almond dan menolak satu sama lain ke dalam laut apabila sudah penat," kata seorang rakannya. Kirsty semenangnya mementingkan penjagaan kejelitaan aslinya dan dia dikatakan amat menyukai jenama Dior, Chanel dan Armani. Wanita itu merupakan segelintir individu bertuah yang memiliki tubuh menawan, wang dan gaya hidup elegan. Dia pernah muncul dengan memakai seluar legging berharga £3,000 (RM14,588) sewaktu menyanyi di sebuah konsert persendirian di Switzerland. Namun, adalah silap untuk menyatakan Kirsty dan Ernesto sebagai pasangan yang gemar hidup berfoya-foya. Apabila berada di Switzerland, mereka hidup tenang dan cuma muncul untuk majlis amal di samping bermain golf, tenis, berbasikal, bermain ski atau berkhemah bersama keluarga dengan membawa sebuah dapur gas kecil. Rentak kehidupan pasangan suami isteri itu bertukar apabila pasangan itu berjauhan dari rumah. Ketika itu, mereka adalah individu sofistikated yang sinonim dengan jet peribadi, kapal persiaran dan tentunya parti. Kemunculan mereka di luar kawasan tidak lengkap tanpa iringan pasukan pengawal peribadi dan limosin kalis peluru. Ernesto pernah berkata, sekiranya diberi pilihan, beliau mahu menghabiskan kebanyakan masanya bersama keluarga dan kapal persiarannya dan bukan di pejabat seperti dilakukan bapanya yang meninggal dunia di usia muda. Namun, realiti adalah berbeza dan gaya hidup mewah yang mereka nikmati turut memiliki cabarannya tersendiri. Beberapa bulan lalu, Ernesto mengadakan parti hebat sempena hari jadi ke-40 Kirsty dengan kos mencecah AS$3 juta (RM9 juta). Rancangannya adalah untuk menyewa hartanah tepi pantai seluas 2,694 meter persegi di pantai Miami untuk tujuan tersebut. Bagaimanapun, pasangan itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa memajak keseluruhan tempat awam untuk majlis peribadi tidak dibenarkan di Miami.

Thursday, May 19, 2011

76 Karakter Yahudi Yang Disebut di Dalam Al-quran.

Assalammualaikum! AllahTaala telah menceritakan didalam alquraan tentang kemuliaan dan kehinaan bangsa Yahudi. Didalam alquraan juga allah menceritakan sebanyak 76 karakter yahudi dalam alquraan. Bagaimanakah karakter mereka? 1. Bangsa yang pertama kali kafir kepada Nabi Muhammad SAW.(Al-Baqarah: 41). 2. Bangsa yang suka memutar balikkan kebenaran (Al-Baqarah: 42). 3. Bangsa yang diperingatkan Allah dengan keingkaran terhadap nikmat Allah (Al-Baqarah: 47-48). 4. Bangsa yang pernah diuji dalam perhambaan raja-raja mesir (Al-Baqarah: 49). 5. Bangsa yang menyembah berhala ditengah bimbingan Nabinya (Al-Baqarah: 51). 6. Bangsa yang diperintahkan untuk membunuh diri masal (Al-Baqarah: 54). 7. Bangsa yang pertama kali mengingkari sifat ghaib dan paham materialisme (Al-Baqarah: 55-56). 8. Bangsa yang suka berbuat aniaya di tengah nikmat Allah (Al-Baqarah: 57). 9. Bangsa yang paling cerewet dengan Nabinya (Al-Baqarah: 61). 10. Bangsa yang cepat melanggar janji Allah (Al-Baqarah: 65). 11. Bangsa yang paling suka mempermainkan perintah Nabi (Al-Baqarah: 67-71). 12. Bangsa yang paling keras menolak kebenaran Illahi (Al-Baqarah: 74). 13. Bangsa yang tidak boleh diharapkan beriman kepada kebenaran para Nabi (Al-Baqarah: 75). 14. Bangsa yang paling suka mengatur tipu daya di tengah masyarakat (Al-Baqarah: 76). 15. Bangsa yang suka memperjual-belikan agama Allah (Al-Baqarah: 79). 16. Bangsa yang beranggapan tidak disentuh api neraka kecuali sebentar (Al-Baqarah: 80-81). 17. Bangsa yang paling sedikit orang-orang baiknya (Al-Baqarah: 83). 18. Bangsa yang paling senang bermusuhan dengan sesamanya (Al-Baqarah: 84-85). 19. Bangsa yang paling sombong dan membanggakan etnisnya (Al-Baqarah: 91). 20. Bangsa yang paling rakus terhadap kesenangan duniawi dan takut mati (Al-Baqarah: 96). 21. Bangsa yang benci kepada malaikat Jibril dan Malaikat yang lain (Al-Baqarah: 97-98). 22. Bangsa yang paling suka mengingkari perjanjian (Al-Baqarah: 100). 23. Bangsa yang paling suka mengikuti khurafat (Al-Baqarah: 102). 24. Bangsa yang paling dengki kepada Nabi Muhammad dan umatnya (Al-Baqarah: 105) 25. Bangsa yang paling keras berupaya mengkafirkan umat Islam (Al-Baqarah: 109-110). 26. Bangsa yang sama sekali tidak mengakui agama Nasrani (Al-Baqarah: 113). 27. Bangsa yang pertama kali menyatakan Allah berputra (Al-Baqarah: 116). 28. Bangsa yang membenci kebebasan beragama (Al-Baqarah: 180). 29. Bangsa yang membenci agama ibrahim (Al-Baqarah: 130-133). 30. Bangsa yang rasialis dan apologetik (Al-Baqarah: 175). 31. Bangsa yang tidak malu bersikap sok tahu (Al-Baqarah: 139-140). 32. Bangsa yang menggangap dirinya paling pandai (Al-Baqarah: 142). 33. Bangsa yang hanya menuruti kemahuan sendiri (Al-Baqarah 145). 34. Bangsa yang paling mengenal ciri Nabi Muhammad tapi mengingkarinya (Al-Baqarah: 146). 35. Bangsa yang dikutuk Allah kerana merahsiakan kebenaran (Al-Baqarah: 159). 36. Bangsa yang paling fanatik terhadap tradisi dan leluhurnya (Al-Baqarah: 170). 37. Bangsa yang dagang dan riba sama saja (Al-Baqarah: 275). 38. Bangsa yang menjadikan agama sebagai Alat dusta (Ali Imran: 23-24). 39. Bangsa yang dilarang bagi kaum muslimin untuk bersetia kawan (Ali Imran: 28). 40.Bangsa yang pertama-tama merancang pembunuhan Nabi Isa as. (Ali Imran: 52-54). 41. Bangsa yang senang membuat siasat keragu-raguan (Ali Imran: 72-73). 42. Bangsa yang suka mengingkari amanah orang (Ali Imran: 75). 43. Bangsa yang suka mengada-ada dalam urusan agama (Ali Imran: 78). 44. Bangsa yang menjadikan agama sebagai alat untuk memperbudak bangsa lain (Ali Imran: 79-80). 45. Bangsa yang ingin membuat agama lain sebagai tandingan agama islam (Ali Imran: 83-85). 46.Bangsa yang kedlolimanya menyulitkan hatinya melihat kebenaran (Ali Imran; 86-87). 47. Bangsa yang suka menghalang orang berjalan kepada kebenaran (Ali Imran: 99). 48. Bangsa yang suka berpecah belah dan merosakkan fahaman agama (Ali Imran: 105). 49. Bangsa yang tidak suka melihat kebaikan ummat islam (Ali Imran: 118-120). 50. Bangsa yang mencela Allah sebagai si Faqir (Ali Imran: 181). 51. Bangsa yang suka membuat saiz kebenaran menurut selera sendiri (Ali Imran: 183). 52. Bangsa yang suka mencari pujian palsu (Ali Imran: 188). 53. Bangsa yang merasa dirinya paling bersih (An-Nisaa: 49). 54. Bangsa yang suka memeras orang lain apabila berkuasa (An-Nisaa: 53). 55. Bangsa yang selalu dengki gengan keberuntungan orang lain (An-Nisaa: 54). 56. Bangsa yang suka membuat kdlaliman dalam undang-undang (An-Nisaa: 60). 57. Bangsa yang berusagha mempengaruhi kearah kerosakan apabila dijadikan teman (An-Nisaa: 89). 58. Bangsa yang suka mempermainkan para Nabi (An-Nisaa: 153). 59. Bangsa yang mengaku membunuh Nabi Isa (An-Nisaa: 157). 60. Bangsa yang diharamkan Allah memakan makanan yang baik (An-Nisaa: 160). 61. Bangsa yang mengaku menjadi anak tuhan dan kekasihnya (Al-Maidah 18). 62. Bangsa yang paling pengecut (Al Maidah: 22). 63. Bangsa yang dibebani hukum berat kerana mental mereka yang bobrok (Al Maidah: 22). 64. Bangsa yang paling cepat bersikap menolak kebenaran dan menyukai kebohongan (Al Maidah: 41). 65. Bangsa yang menyuruh rakyat berkonfrontasi dengan orang-orang yang benar (Al-Maidah: 41). 66. Bangsa yang gemar melakukan usaha-usaha kotor (Al-Maidah: 42). 67. Bangsa yang lebih takut kepada sesama manusia dari pada kepada Allah (Al Maidah: 44). 68. Bangsa yang suka mengejek dan mempermainkan agama islam (Al-Maidah: 58). 69. Bangsa yang mengatakan Allah itu bakhil (Al Maidah: 64). 70. Bangsa yang gemar membangkitkan peperangan (Al Maidah: 64). 71. Bangsa yang suka mendustakan kebenaran yang tidak disukai (Al Maidah: 70). 72. Bangsa yang berani membunuh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 71). 73. Bangsa yang dilaknat oleh Nabi-Nabinya (Al Maidah: 78). 74. Bangsa yang ulamanya tidak peduli kemungkaran di tengah masyarakatnya (Al Maidah: 79). 75. Bangsa yang mahu berkerja sama dengan musuh-musuh agama demi menghancurkan Islam (Al-Maidah: 80). 76. Bangsa yang paling keras permusuhannya dengan agama Islam (Al-Maidah: 82). Oleh itu saudaraku, marilah kita bermuhasabah diri agar tidak menyimpan dan mewarisi salah satu daripada karakter tersebut.

Tuesday, May 17, 2011

Pemilihan Bidai Yang Bijak.

Assalammualaikum! Setelah banyak kes kebakaran berlaku berpunca dari langsir dapur, Akak mula memberi perhatian kepada bidai plastik. NILAI keindahan ruang kediaman terletak pada elemen hiasan dan daya kreativiti pemiliknya. Latar kediaman tampil berbeza jika kemasan langsir digantikan dengan bidai sesuai. Bidai mampu membangkitkan seri sesebuah rumah, pejabat dan bangunan. Pemilihan warna dan kemasan buatan menjadi faktor penentu kepada keunikannya, sekali gus mencerminkan keperibadian dan penelitian anda sebagai pemilik kediaman. Selain menggantikan langsir, bidai berfungsi melindungi ruang daripada cahaya matahari yang terlalu terik. Apatah lagi ia sering dipandang dari luar atau dalam kediaman. Pilihan bidai yang ringkas dengan kombinasi warna lembut melambangkan keharmonian dan kedamaian sesebuah keluarga. Penggunaan fabrik dengan campuran plastik daripada gentian PVC serta polimer untuk bidai lebih bersifat mesra alam dan tidak mengeluarkan bunyi bising. Bagaimanapun, penggunaan bidai perlu dipastikan sesuai supaya penataan tidak kelihatan kurang berseri. Pastikan saiz setiap bidai sepadan dengan saiz tingkap. Lebih cantik jika setiap tingkap ada bidai sendiri yang boleh digulung berasingan. Kehadiran tingkap yang tinggi menegak dan sempit biasanya terletak di tepi pintu. Ia bertujuan membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang yang gelap itu tetapi sesiapa yang lalu lalang berdekatan mudah melihat ruang kediaman anda. Bagi mengelak masalah itu, anda boleh menggantungkan bidai boleh ubah suai kedudukannya untuk tinggi atau rendah. Malah, penggunaan bidai menegak yang boleh dibuka dan ditutup amat digalakkan. Sementara itu, tingkap kaca yang terbuka besar sering kelihatan di pangsapuri atau kondominium. Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk penghuninya keluar ke beranda. Saiznya yang besar seperti dari siling ke lantai, memerlukan kain yang banyak jika ingin menutupnya dengan langsir. Namun, memadai jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta boleh dibuka atau ditutup dengan hanya menarik talinya. Lagipun, menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dalam jangkamasa yang panjang. Kini, penggunaan bidai kian dikreatifkan sebagai penyeri ruang dan menjadi penghadang antara ruang seperti ruang tamu dan ruang makan. Tidak seperti langsir, bidai lebih tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari. Pilihan bidai yang mempu�nyai rona natural memudahkan anda menyesuaikannya dengan sebarang konsep penataan. Ini bermakna, anda tidak perlu menukar langsir setiap kali menukar hiasan kediaman anda atau apabila tiba musim perayaan. Selain itu, ia mudah dibersih�kan dan menjimatkan kerana anda tidak perlu menghantar�nya ke dobi.

Sunday, May 15, 2011

Keretaku - Kekasihku.

Assalammualaikum! Berikut ada beberapa tips tentang penjagaan kereta. Kereta adalah kesayangan kita. Dari kecil, kita seolah berangan ingin memiliki kereta. Oleh itu, jagalah kereta semaksima mungkin, kerana dia mungkin melibatkan nyawa orang yang tersayang. Balik kampung adalah rutin warga kota setiap kali menjelang musim perayaan. Selain pengangkutan awam, kenderaan persendirian merupakan pilihan utama bagi majoriti mereka yang tinggal di kota-kota besar. Jom kita lihat serba sedikit tip yang mungkin berguna sebagai persediaan sebelum memandu pulang ke kampung halaman. Anda tentu sahaja tidak mahu tersangkut di tengah perjalanan ketika orang lain sedang bersemangat untuk pulang ke pangkuan ibu dan ayah di kampung. Ramai orang akan memberi kepercayaan kepada mekanik untuk memeriksa kenderaan mereka. Namun begitu, mekanik lazimnya lebih memberi perhatian kepada perkara yang bersifat fizikal dan visual. Selain servis pelinciran dan kotak gear, bahagian lain yang lazimnya diperiksa ialah cecair bateri, brek dan juga tekanan tayar. Dalam banyak situasi, ramai yang terlepas pandang bahagian yang tidak kurang pentingnya. Ia mungkin tidak menyebabkan anda tersangkut di tengah perjalanan, tetapi menyusah, melambat atau membahayakan perjalanan itu sendiri. Berikut adalah beberapa peringatan yang mungkin berguna untuk kita semua. Lampu Jarang yang memeriksa keadaan lampu kenderaan sebelum memulakan perjalanan. Periksa semua posisi lampu supaya berfungsi dalam keadaan yang baik. Ia bukan sekadar lampu hadapan/utama, isyarat membelok dan brek. Lampu yang anda jarang gunakan seperti lampu undur, lampu kecemasan, lampu kabus (jika ada), bahkan lampu nombor pendaftaran kenderaan. Pengelap cermin Amat berguna ketika hujan. Pastikan pengelap cermin anda berfungsi dengan baik. Jika durasi penggunaannya telah terlalu lama, lebih baik tukarkannya kepada yang baru. Jangka hayat terbaik adalah sekitar enam bulan. Adalah lebih baik menukar pengelap dengan kerap berbanding pengelap mahal untuk jangka masa yang lama. Cuaca tropika mengehadkan jangka guna pengelap. Walaupun getah/silikon pengelap nampak masih elok, ia sebenarnya mungkin telah keras dan memerangkap kotoran seperti debu dan pasir. Secara tidak langsung ia akan merosakkan cermin hadapan, akan lebih menyukarkan pemandangan apabila pengelap calar (wiper scratch) ini menjadi semakin teruk. Pemanas cermin Pemanas cermin perlulah dalam keadaan baik. Terutamanya bagi kereta sedan yang tidak mempunyai pengelap cermin belakang. Pemandangan anda akan terhalang sekiranya memandu dalam hujan lebat dengan pemanas belakang yang tidak berfungsi. Ketika hujan lebat, cermin sisi kenderaan (lazimnya tanpa pemanas) akan mengehadkan pandangan belakang kerana titisan hujan dan jarak pandangan kabur antara mata dan juga cermin kenderaan. Tayar ganti/peralatan Ramai orang memeriksa tayar kenderaan sebelum perjalanan, tetapi ramai juga yang terlupa untuk memeriksa keadaan tayar ganti. Seperti biasa, tayar ganti ini perlulah dalam keadaan baik dan juga cukup tekanan anginnya. Untuk tayar ganti bersaiz penuh, tidak perlu khuatir kerana jarak perjalanannya sama dengan tayar biasa, namun bagi tayar ganti bersaiz kecil, ia mempunyai had yang tertentu. Jadi jika anda terpaksa menggunakan tayar ini, pastikan kelajuan dan jarak perjalanan dipatuhi. Sekiranya terpaksa menggunakan tayar ganti dalam keadaan kecemasan, amalkan untuk terus ke kedai tayar berhampiran untuk memastikan anda mengganti/menampal tayar yang rosak/bocor. Selain itu, pastikan alatan untuk membuka tayar mencukupi. Tidak guna mempunyai tayar ganti tetapi anda tiada alat untuk memasangnya. Alat-alat seperti sepana pembuka tayar atau sepana T dan jek perlulah dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya. Jika ia tidak digunakan dalam tempoh yang lama, ada baiknya meletakkan sedikit gris atau menyembur bahan anti karat pada bahagian bunga (thread) supaya jek tersebut senang digunakan. Peralatan tambahan Perjalanan yang sempurna harus bermula dengan peralatan yang lengkap. Selain daripada pemeriksaan terhadap komponen asal kenderaan seperti yang disebutkan di atas, anda boleh mengambil inisiatif sendiri membawa peralatan yang berguna sewaktu perjalanan. Ia termasuklah pemadam api bersaiz kecil, kotak perkakasan pembaikan yang ringkas, lampu suluh, segitiga kecemasan dan juga kotak bantuan kecemasan (first aid kit). Oleh Irwan Asri Mohd Nor irwan@majalahkereta.com.my

Thursday, May 12, 2011

Budak Magnet?

Assalammualaikum! Tiada yang pelik dan mustahil di dunia ini. Segalanya membuktikan kehebatan Allah SWT. Budak magnet miliki kuasa sembuh penyakit IVAN STOILJKOVIC menunjukkan alat senaman pengangkat berat melekat pada tubuhnya. -------------------------------------------------------------------------------- KOPRIVNICA, Croatia - Seorang budak berusia enam tahun, Ivan Stoiljkovic yang tubuhnya berfungsi seperti magnet kerana logam boleh melekat pada tubuhnya dipercayai mempunyai kuasa menyembuhkan beberapa penyakit, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut keluarganya, Ivan sebelum ini berjaya menyembuhkan sakit perut datuknya dengan menggunakan tangannya. Datuknya, Ivo berkata, apabila cucunya itu meletakkan tangan di perutnya yang sakit, dia berasa panas sebelum kesakitan tersebut hilang. Dia juga berjaya melegakan seorang jirannya yang cedera di kaki selepas terlibat dalam kemalangan traktor. Ivan sebelum ini terkenal kerana barang logam seperti sudu, telefon bimbit dan periuk akan melekat pada tubuhnya apabila dia menanggalkan baju selain barang logam seberat 25 kilogram turut melekat pada tubuhnya. - Agensi

Wednesday, May 11, 2011

Bayi Kepala Ddua?

Assalamualaikum! tiada siapa dapat menolak ketentuan Maha Berkuasa. Kasihan anak2 ini! Alhamdulilah. Aku hanya diduga dengan cacat penglihatan, tetapi berwajah tidak mengerikan. Hari ini kita digemparkan dengan kelahiran bayi dua kepala yang terjadi kerana cacat. Ini mungkin perkara baru di China, namun "www.detiknews.com" melaporkan beberapa kejadian beberapa tahun yang lalu. Bayi di Suining, China ini dilahirkan dengan dua kepala dan satu badan. Menurut doktor di Hospital Pusat Suining, ini adalah peristiwa yang sangat aneh dan baru pertama terjadi di China. Doktor mengatakan dua kepala bayi perempuan ini tak boleh dipisahkan. Bao Qiaoying, 25, ibu bayi awalnya tak menduga memiliki bayi dengan dua kepala. Sebab, ketika diperiksa pertama kali, bayi yang dikandungnya normal. Dia pun tak sabar menanti sang buah hati pertama dengan suaminya Liao Guojun.

Bayi dilahir dengan memiliki dua kepala

Sampai diperiksa kedua kali, Bao diberi tahu juga normal. Dua kepala ini baru ketahuan ketika ia di-scan untuk ketiga kalinya pada minggu lalu. “Doktor mengatakan bayi ini punya dua kepala dengan satu badan,” katanya. Bao dan suaminya lalu ke hospital lain untuk memeriksakannya. Ternyata bayi yang dikandungnya punya dua kepala. Bao dan suami lalu menginginkan untuk melakukan pengguguran. Namun doktor tidak menyetujuinya.
“Terlalu berbahaya bila melakukan pengguguran menjelang kelahiran,” kata doktor Zhang Libin. Bayi itu lahir dengan selamat dengan dua kepala, satu badan dan satu setengah jantung sementara organ lainnya mereka berbagi. “Kami tak boleh memisahkannya, mereka harus hidup bersama,” kata dokter Zhang.-ruanghati.com

"www.borakkosong.com" ›

Jakarta - Ny Royani tidak pernah menyangka bayi kedua yang dilahirkannya tidak seperti bayi pada umumnya. Bayi laki-laki itu memiliki kelainan, berkepala dua.
Royani dan bayinya kini dirawat di RS Fatmawati, Jakarta Selatan.
Bayi yang belum diketahui namanya itu dilahirkan lewat operasi sesar di rumah sakit itu pada Minggu 2 Desember pukul 23.00 WIB.
Bayi buah hati Royani dan Deki Sofyan, buruh cuci garmen yang tinggal di Jalan Pahlawan, Kabayoran Baru, Jakarta Selatan itu, memiliki berat lahir 3 kg dan panjang 47 cm.
Namun bagaimana kondisi medis si bayi, Kahumas RS Fatmawati Lily N Amalia yang ditemui wartawan di kantornya, Selasa (4/12/2007), menolak memberikan penjelasan lebih rinci.
Menurutnya, bayi dengan kepala dua itu kini dirawat intensif di ruang NICU-PICU.
"Untuk urusan medis kita tidak bisa memberi keterangan. Harus izin pihak keluarga dulu. Orangtuanya masih syok, terkejut, jadi belum bisa diekspos," ujar Lily.

 

28 July, 2005

Medan - Kehadiran buah hati tentu membawa sukacita. Namun keprihatinan menyertainya. Seorang bayi laki-laki lahir dengan benjolan sebesar kepala di kepalanya. Benjolan warna merah kebiru-biruan itu terletak persis di belakang tengkuk dan membesar ke bagian kiri kepala. Besar benjolan sama dengan ukuran kepala sang bayi. Dugaan awal, bayi yang berusia tiga hari dan belum memiliki nama itu menderita meningocele. Warga sempat dihebohkan dengan berita bayi 'berkepala dua' ini. Mereka penasaran ingin melihat sang bayi sehingga berduyun-duyun mendatangi rumahnya. Selain warga, wartawan pun ikut menyesaki rumah semipermanen yang berlokasi di Jalan Marelan VIII Gang Amaliah Nomor 10, Medan, Jumat (29/7/2005). Bayi mungil yang lahir dari pasangan Nurliyah (37) dan Tarno (40) ini dilahirkan pada Rabu 27 Juli 2005 pukul 23.00 WIB. Dia lahir dengan berat 3 kg. "Tidak ada kejadian aneh, semua berjalan normal. Posisi bayi saat itu sungsang dan kelahirannya dibantu seorang bidan. Tapi memang selama kehamilan, kondisi saya tidak sehat. Maklumlah, kami hidup pas-pasan," kata Nurliyah lirih. Nurliyah sehari-hari menjajakan kue. Sedangkan suaminya, Tarno, tidak memiliki pekerjaan tetap. Terbentur ekonomi yang megap-megap, mereka lantas membuat surat miskin sebagai langkah awal penyembuhan bayinya. Dengan berbekal surat miskin itulah, Nurliyah dan Tarno membawa anak kelimanya itu berobat ke RS H Mina, Jalan RS Haji Medan, pukul 11.00 WIB. Syukurlah, bayi malang itu tidak ditolak dan langsung mendapat penanganan medis. Dia dimasukkan ke dalam inkubator. "Bayi ini menderita meningocele, sejenis tumor yang tidak menular," kata dr Siti Endah di RS H Mina. Meski sang bayi sudah berada di rumah sakit, namun hingga pukul 13.45 WIB, rumah Nurliyah dan Tarno masih dipenuhi warga yang sengaja datang untuk melihat kondisi bayi malang itu. (aan/)

12 Ogos, 2006

Jakarta - Ketua tim dokter spesialis anak RS Pelni, Petamburan, Jakarta Barat, dokter Ketut Lilamukti memperkirakan usai bayi perempuan berkepala dua, Syafitri, tidak akan bertahan lama. Puteri pasangan Mulyadi dan Nuryati ini menderita kelainna jantung yang sangat komplek. "Mungkin usia hitungannya hari. Bayi ini memiliki banyak kelainan seperti jantung yang mengalami kebocoran, sehingga mengalami kelainan jantung sangat komplek, " kata Dr Ketut Lilamukti kepada wartawan di RS Pelni, Petamburan, Jakarta Barat, Sabtu (12/8/2006). Ketut juga menjelaskan sejauh ini tim dokter masih melakukan pemetaan terhadap kelainan jantung, saluran pencernaan, dan paru-paru. Pemetaan dilakukan di organ-organ yang dianggap tidak normal. "Kami sedang melakukan pemetaan kelainan pada jantung, sambil menguji organ-organ ini apakah berfungsi secara maksimal atau tidak, seperti saluran pencernaannya," katanya. Tim dokter berusaha mencoba memasukkan asupan makanan atau minuman melalui mulut, mulai dari 5 cc masih belum terjadi apa-apa , kemudian ditingkatkan menjadi 15 cc. Namun saat ditingkatkan menjadi 15 cc badan bayi Sawitri membiru sehingga asupan makanan dihentikan. "Kita menguji kemampuan minum. Kalau pun salah arah tidak berbahaya. Nanti akan dicoba lagi di kepala kanan. Kemarin kan di kepala kiri,' jelasnya. Saat ini tim dokter masih mencari second opinion ke RS Jantung Harapan mengenai kelainan jantung bayi Syafitri. "Tergantung bagaimana hasil rekaman RS Harapan Kita karena sangat komplek. Kita tunggu hasilnya dari RSJ Harapan Kita," ujar dia. Mengenai calon kaki yang direncanakan akan dibuat menjadi anus, Ketut menjelaskan bahwa hal tersebut tidak akan menganggu kehidupan bayi kembar Syafitri. Ini tergantung keputusan orang tua apakah mereka setuju atau tidak. (jon/)

20 September 2006

Kupang - Bayi kembar siam berkepala dua yang lahir melalui operasi caesar di RSUD Ruteng, Nusa Tenggara Timur (NTT) gagal diselamatkan. Bayi ke-enam dari pasangan Maksimus Jenahat (37) dan Maria Margaretha Hanafi (30), warga Desa Arus, Kecamatan Pocoranaka, Kabupaten Ruteng, lahir Selasa (19/9/2006) kemarin. Diduga bayi kembar siam ini sudah meninggal dalam kandungan karena pada saat dilahirkan sudah tidak bernyawa. Bayi berkelamin perempuan tersebut memiliki berat badan 3,6 kilogram. Sumber dari RSUD Ruteng yang dihubungi Rabu (20/9/2006) mengatakan, kondisi fisik bayi tergolong aneh karena meski memiliki dua kepala, tetapi anggota tubuh yang lain normal seperti bayi lainnya. "Kepalanya ada dua, dengan leher terpisah dari badan. Tetapi kaki dan tangan satu pasang," kata sumber itu. Kepala Seksi Pelayanan RSUD Ruteng, dr. Dupe Nababan, yang dikonfirmasi di Ruteng membenarkan kelahiran bayi kembar siam itu. "Bayi tersebut sudah tidak bernyawa saat dilahirkan melalui operasi caesar. Namun ibunya selamat dan masih menjalani perawatan medis," kata Nababan. Menurut dia, Ny. Maria masuk rumah sakit sejak hari Minggu lalu setelah sebelumnya sempat menjalani perawatan di salah satu puskesmas pembantu. "Karena gagal melahirkan di Puskemas, maka Ny. Maria direkomendasikan ke RSUD Ruteng," lanjut Nababan. Sumber lain menyebutkan, sebelum mendapat pertolongan medis, Ny. Maria sempat meminta bantuan dukun bersalin untuk membantu melancarkan proses persalinan. Ketua tim medis yang membantu operasi kelahiran bayi berkepala dua tersebut, dr. Mega Putera, yang dihubungi terpisah mengatakan, kemungkinan besar bayi tewas dalam kandungan tiga hari sebelum dirujuk ke rumah sakit. Menurut dia, bayi tersebut memiliki dua kepala dan satu badan karena dibentuk dari satu sel, namun pembelahan baru terjadi pada pekan kedua kehamilan. Jenazah bayi kembar siam tersebut sudah di kembalikan ke keluarganya untuk dimakamkan di Desa Arus, Kecamatan Pocoranaka, 30 kilometer arah timur laut Ruteng. (asy/)

25 July, 2009

 

Bayi berkepala dua tersebut merupakan anak pertama dari pasangan Badrun (33) dan Nurhayati (23), warga RT 3 Desa Belanta Raya, Kecamatan Gaung, dan dilahirkan dengan selamat di RSUD Tembilahan melalui operasi cesar pada Kamis malam (23/7) sekitar pukul 20.45 WIB. Saat lahir, bayi ini memiliki bobot 3.200 gram, dengan panjang 43 sentimeter.
Badrun mengaku sangat bersyukur atas bantuan biaya pengobatan tersebut. Ia berharap kondisi anaknya bisa membaik dan bisa terus hidup meski tidak dalam kondisi fisik yang normal. "Saya masih berharap anak saya bisa diselamatkan," kata pria asal Lombok, Nusa Tenggara Barat ini.
Bayi yang belum sempat diberi nama itu merupakan kembar siam jenis "conjoined twins parapagus dicephalus tetrabrachius" yang berarti bayi kembar dengan dua kepala, empat lengan, dua tulang belakang dan rongga dada yang menyatu.
Bayi berkelamin laki-laki itu kini dalam kondisi kritis dan nyawanya sangat bergantung pada alat bantu pernafasan khusus. Bayi itu mengalami gangguan pernafasan disebabkan kadar oksigen di dalam darah di bawah batas normal yang seharusnya 95-100 persen.
Oleh karena itu, tim dokter terpaksa harus memasangkan alat bantu pernafasan khusus (CPAP) kepada sang bayi. Bayi malang tersebut kini masih dirawat secara intensif di ruang Perimatologi RSUD Pekanbaru, sejak dirujuk dari RSUD Puri Husada di Tembilahan, Kabupaten Inhil, pada 24 Juli lalu.
(dat05/inilah)

Tuesday, May 10, 2011

Lelaki Pertama Berjaya Mengandung di Dunia?

Assalammualaikum!
Seiring dengan kemajuan teknologi, manusia tidak pernah jemu meneroka kejadian alam yang disangkanya berpengaruh besar kepada dunia sains. Pada kali ini, manusia cuba melawan fitrah tuhan dengan mencuba menghamilkan lelaki. Sama-samalah kita nantikan kelahiran bayi pertama yang beribukan seorang lelaki, tidak lama lagi.

 

selatanonline

Kaum wanita nampaknya tidak boleh lagi mengatakan sebagai satu-satunya yang boleh melahirkan anak. Di Manhattan, New York, seorang lelaki tulen bernama Lee Mingwei sedang menanti kelahiran bayi yang sedang dikandungnya.

Kaum wanita nampaknya tidak boleh lagi mengatakan sebagai satu-satunya yang boleh melahirkan anak. Di Manhattan, New York, seorang lelaki tulen bernama Lee Mingwei sedang menanti kelahiran bayi yang sedang dikandungnya.

Itulah hasil kerja sebuah pasukan di GenoChoice, Inc. yang memang berniaga di bidang rekaan genetika. Kelmarin, USA Today online memilih web http://www.malepregnancy.com yang memuat berita kehamilan Lee tersebut sebagai salah satu web terpanas.

Ketika diakses, web itu memang memamparkan segala sesuatu berkaitan dengan kehamilan Lee , dari wawancara, teknik kehamilan, siaran langsung dan rakaman video aktiviti Lee sehari-hari, hingga rakaman pemeriksaan ultrasonografi (USG) bayi.

Kehamilan itu membuat tubuh dan rongga perut Lee seperti tubuh dan kandungan wanita. Pertama, Lee diberi terapi pil hormon wanita. Ini untuk menyiapkan tubuh Lee sehingga boleh menerima proses kehamilan. Kemudian, dengan proses bayi tabung sel sperma dan sel telur dipertemukan di lab embrio dan plasenta ditanam di dinding rongga selaput rongga perut.

Ini mirip dengan kes hamil di luar kandungan yang sering dialami wanita. Di sinilah bahayanya kehamilan pada lelaki Sebab, boleh terjadi perdarahan hebat kalau selaput itu robek. Setelah embrio berhasil ditanam dan hidup, mulailah proses kehamilan. Lee tidak lagi mendapat terapi hormon, kerana proses kehamilan itu sendiri boleh mengatur mekanisme hormonalnya sendiri.

Embrio merangsang tubuh Lee untuk mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk pertumbuhannya. Dalam proses kehamilan Lee, tdokter sangat puas kerana ternyata pertumbuhan janinnya normal.

Itu boleh dilihat dari berbagai pemeriksaan, baik terhadap Lee mahupun janinnya, seperti monitoring jantung, sampling cairan ketuban, dan ultrasonografi (USG). Perut Lee pun terus membesar. Yang paling kritikal nanti adalah persalinan. Tidak disebutkan bila persalinan itu akan dilakukan.

Persalinan melalui bedah caesar ini harus mengangkat bayi dan ari-arinya. Yang bahaya adalah melepas ari-ari yang sudah lengket menyatu dengan dinding selaput perut. Perdarahan hebat boleh terjadi. Belum lagi pengaruhnya terhadap organ-organ penghuni rongga perut yang lain.

Untuk keperluan ini, sebuah pasukan doktor ahli bedah sudah disiapkan. Mereka sudah berpengalaman menangani kes-kes kehamilan di luar kandungan. Dalam sebuah wawancara dengan majalah PaperVeins, Lee yang tinggal di apartemen di Manhattan, NY, mengaku menikmati kehamilannya.

“Tidak ada yang lebih alami dan indah dibandingkan melahirkan anak. Ini yang selalu saya inginkan,” kata Lee yang menyedari risiko yang harus dihadapinya. Lee yang seniman itu juga sedar, kehamilannya ini boleh mengubah banyak hal di dunia, terutama berkaitan dengan sosial.

“Mengapa lelaki tidak boleh mengandung seperti wanita? Mengapa lelaki tidak boleh merasakan beban yang selama ini hanya dirasakan wanita? Mengapa lelaki tidak boleh menikmati keindahan dan kegembiraan yang dirasakan wanita hamil? Sekarang menurut saya, sebagaimana wanita, punya lebih banyak pilihan, lebih banyak kemungkinan, lebih banyak peranan dibandingkan yang selama ini,” paparnya.

Lee sadar, selama ini idea tentang kehamilan lelaki hanya jadi bahan lawak Misalnya, dalam filem komedi yang dibintangi Arnold Schwarzenegger. Juga, dalam salah satu episode The Cosby Show, ketika semua pemeran lelaki di filem itu ingin hamil. Juga, cerita tentang kaum lelaki yang berdandan seperti wanita hanya untuk ditertawakan.

Menurut Lee, lawak semacam itu didasarkan pada absurditas tentang kehidupan yang maskulin. “Sekarang, ketika seorang lelaki benar-benar hamil, tidak ada lagi yang tertawa,” katanya.

Lee juga menegaskan, meskipun hamil, dia sepenuhnya lelaki normal, bukan lantas menjadi pondan. “Saya tetap lelaki, baik secara biologi mahupun anatomi. Tidak seperti sebagian lelaki yang ingin tampil seperti wanita, saya tidak merasa seperti itu, dan tidak pernah katanya.

Sumber

Monday, May 9, 2011

Monyet Bercinta dengan Ayam Betina.

Monyet Bercinta Dengan Ayam Betina. GAMBAR menunjukkan seekor monyet memeluk ayam betina di Desa Pasirian, Jawa Timur. -------------------------------------------------------------------------------- du_01 Assalammualaikum! Sahabatku Amir pernah menulis di status FBnya: "Cinta monyet bergayut di dahan. Cinta manusia bergayut di telefon. Cinta cyber bergayut di komputer. Cinta pisau cukur bergayut di poket. "Cinta monyet", entah dari mana asal-usul pepatah ini datang, tak ada sejarah yang tepat. Jika benar cinta monyet tidak akan setia sesama monyet, Itu bermakna, monyet ingin membuat revolusi baru. Monyet ingin berubah selera - berhasrat bercinta dengan binatang bukan dari keturunannya! LUMAJANG – Seekor monyet di Desa Pasirian di sini ‘jatuh cinta’ pada seekor ayam betina sehingga menjadi tumpuan penduduk kampung, lapor sebuah akhbar semalam. Monyet itu dilihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya dengan penuh mesra. Menurut pemilik monyet dan ayam itu, Ali Murtadi, kisah cinta unik antara kedua-dua haiwan tersebut berlaku sejak setahun lalu. Dia berkata, monyet miliknya itu ditemui dari kawasan lereng di Gunung Semeru sebelum dipelihara dan dikurung dalam kandang di bawah pokok mempelam dekat rumahnya. Pada awalnya, haiwan itu liar namun setelah sebulan dipelihara, ia menjadi jinak. “Saya terkejut apabila melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Namun, kini ia tidak lagi menjadi masalah,” kata Ali. Kadangkala monyet itu menunjukkan kebolehannya menari dengan menggoyang-goyangkan badan menyebabkan ayam tersebut datang padanya. Semasa ayam datang, monyet tersebut menyambut kekasihnya dengan pelukan dan ciuman mesra. Aksi monyet dan ayam itu menjadi tumpuan ramai penduduk kampung apabila mereka sanggup datang untuk melihat ‘percintaan’ antara kedua-dua haiwan itu selepas berita mengenainya tersebar. Semasa monyet dan haiwan itu ‘berkasih-kasihan,’ penduduk kampung yang melihatnya akan tertawa. – Agensi kredit : kosmo.com.my

Friday, May 6, 2011

Lelaki Di sebalik Pesanan Video

Lelaki disebalik pesanan video

Susunan NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my


LELAKI berjanggut panjang dan penuh karisma yang selama beberapa dekad menjadi igauan ngeri Amerika Syarikat (AS) menemui ajal dalam satu serbuan askar AS di Pakistan, Ahad lalu.

Lelaki yang menggemparkan dunia kerana didakwa mendalangi serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001 itu dibunuh di sebuah rumah agam di bandar Abbotabad, berdekatan Islamabad.

Bagaimanapun, kematian pemimpin tertinggi rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden, 54, itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi di dada akhbar antarabangsa termasuk bakal pengganti lelaki misteri itu yang bijak menggagalkan pelbagai percubaan untuk membunuh atau menangkapnya.

Pakar bedah mata kelahiran Maadi, Mesir, Ayman Muhammad Rabaie al-Zawahiri, 59, yang merupakan tulang belakang Osama selama ini, disebut-sebut bakal menjadi ketua Al-Qaeda yang baru.

Dilahirkan pada tahun 1951 dalam sebuah keluarga atasan yang mempunyai cendekiawan dan doktor, Zawahiri bertemu Osama pada pertengahan tahun 1980-an di Peshawar, Pakistan ketika menyokong perjuangan mujahidin menentang pencerobohan Soviet Union di Afghanistan.

"Zawahiri adalah otak bagi tubuh Osama," kata seorang peguam Mesir, Montasser al-Zayat yang pernah mewakili Zawahiri.

Graduan Universiti Kaherah itu digambarkan sebagai ketua pergerakan Al-Qaeda dan penasihat terdekat Osama.

Tidak seperti Osama yang lebih bersikap sederhana, Zawahiri merupakan wajah Al-Qaeda dan sering mengecam AS dan sekutunya melalui pesanan-pesanan video.

"Zawahiri sentiasa menjadi mentor dan selalu dipandang tinggi oleh Osama," kata pakar keganasan di Universiti Georgetown, Profesor Bruce Hoffman.

"Dia pernah menjadi tawanan dan diseksa di penjara orang Mesir. Semasa remaja, dia merupakan seorang pejuang jihad malah telah berjuang sepanjang hayatnya. Pengalaman tersebut telah membentuk pandangannya terhadap dunia," tambah Hoffman lagi.

Zawahiri menyertai ahli kumpulan Jihad Mesir yang diasaskan pada tahun 1973. Dia merupakan salah seorang daripada 301 orang yang ditahan berikutan pembunuhan Presiden Mesir, Anwar Sadat pada tahun 1981.

Lelaki bersosok sederhana, berjambang dan berkaca mata itu telah menjalani perbicaraan dan dibebaskan daripada tuduhan membunuh.

Pada tahun 1993, Zawahiri memegang tampuk kepimpinan kumpulan Jihad Mesir dan merupakan figura utama dalam kempen pembentukan negara Islam di negara berkenaan pada pertengahan tahun 1990-an.

KEDIAMAN Osama di Abbotabad yang musnah selepas diserang tentera AS.


"Osama mewakili sebuah pergerakan, segala pertuturan dan kemunculannya mempunyai aura serta karisma, Zawahiri tidak boleh menandingi kewibawaannya," kata penyelaras untuk pasukan pemantauan Al-Qaeda-Taliban, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Richard Barrett.

Penasihat Pencegah Keganasan Presiden Barrack Obama, John Brennan pula memberitahu, Zawahiri mempunyai banyak pengkritik dalam organisasi itu.

"Saya rasa anda akan melihat kejadian makan diri sendiri dalam pertubuhan itu semakin bertambah," ujarnya.

Selain Zawahiri, nama-nama lain yang dijangka mampu memimpin rangkaian Al-Qaeda termasuk Anwar al-Awlaki, Abu Yahya al-Libi, Ilyas Kashmiri, Nasir al-Wuhayshi dan beberapa lagi.

Rakan kepada Zawahiri iaitu Aboud Al-Zumur memberitahu AFP, kematian Osama tidak akan menjejaskan organisasi itu.

Al-Qaeda berjanji akan membalas serangan. Zumur yang pernah dipenjarakan bersama Zawahiri kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Anwar Sadat pada tahun 1981 menegaskan kematian Osama adalah syahid.

Dia merupakan antara ahli kumpulan Jihad Mesir yang dibebaskan dari penjara selepas Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan baru-baru ini.

"Al-Qaeda bukanlah individu tetapi satu institusi. Pembunuhan Osama tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah," katanya.

Dia turut menasihati pengikut Osama agar tidak membalas dendam dan bersabar. Sekiranya mereka (penyokong) membuat serangan di kedutaan atau sebagainya, ia hanya membunuh orang yang tidak berdosa.

Zumur menyifatkan Zawahiri, seorang yang dikenali sebagai perancang dalam Al- Qaeda dalam siri serangan ke atas AS, sebagai seorang yang 'berhati mulia'.

Imej AS

PENDUDUK di Abbotabad menjalani kehidupan seperti biasa beberapa hari selepas Osama ditembak mati di kediamannya di bandar itu.


Dalam pada itu, penulis kolum Arab Saudi, Dawood al-Sherian memberitahu, operasi itu menjadi simbol kesungguhan dan memberi kesan positif kepada imej AS.

"Bagaimanapun, penghujung riwayat Osama telah menimbulkan keraguan mengenai masa dan butir-butir kematiannya sekali gus mungkin memberi tamparan kepada imej AS dalam dunia Arab serta Muslim," dia menulis dalam harian Al-Hayat yang berpangkalan di London.

Bagi Sherian, menangkap Osama adalah lebih baik berbanding membunuhnya kerana ia mungkin akan melemahkan Al-Qaeda apabila pemimpin mereka berdepan keadilan seperti bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein.

Pengarang akhbar bebas Jordan, Al-Arab Al-Yawm, Fahd Kheitan pula menulis: "Serbuan AS merupakan kemenangan pilihan raya bagi Presiden Barack Obama. Ia hanya mendatangkan kesan kecil kepada Al-Qaeda.

"Al-Qaeda telah kehilangan pemimpin tertinggi mereka tetapi pengikutnya akan cuba membalas dendam ke atas pembunuhan tersebut sekali gus sekutu antikeganasan perlu bersedia menghadapi dendam."

Sementara itu, pakar cegah keganasan berkata, kematian Osama akan memberi tamparan kepada rangkaian pengganas yang diasaskan dan dibangunkannya itu, walaupun peranan Osama lebih bersifat simbolik berbanding operasi sejak kebelakangan ini.

"Melumpuhkan pergerakan tidak akan menghakis gabungan Al-Qaeda dan orang perseorangan yang tetap memberi ancaman," kata John McLaughlin yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Interim, Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS.

"Bagaimanapun, kuasa pusat inspirasi Al-Qaeda akan berkurangan," katanya.

Bagi Paul Pillar yang merupakan bekas pegawai perisik di Asia Barat dan Asia Selatan dari tahun 2000 hingga 2004, Al-Qaeda sebenarnya telah berkembang dan kematian Osama tidak banyak mengubah serangan yang telah dirancang.

"Dari segi kawalan operasi dan arahan, perubahan telah dilakukan.

"Peranan Osama lebih sebagai simbol dan sumber ideologi berbanding orang yang memulakan operasi. Peranan tersebut akan berterusan sama ada dia mati atau masih hidup," katanya.

Katanya, kematian Osama akan memberi makna lebih penting kepada bagaimana AS dan Barat akan bertindak ke atas keganasan, bukan bagaimana pengganas akan menjalankan rangkaian mereka.

Menjelang Ajal!

 

Assalammualaikum!

Walaupun telah banyak yang dituliskan mengenai alamat ajal, namun tiada siapa yang berani mendakwa, bahawa dirinya bersedia menghadapi sakratul maut.

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.

Maka berkata Izrail:

‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya ataumiskin.
Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.
Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yangamat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.
Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.
Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.
Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.
Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.
Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.
Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.
Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam
a.s.Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.
Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.
Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu. Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.
Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya.Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.
Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.
Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan.
Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.

/Yanims

Ulasan Tok

Kita semua adalah bakal Jenazah. Semoga dengan atikel ini akan lebih menginsafkan kita hakikat mati itu pasti dan hidup cuma insaallah. Bagaimana dengan bekalan kita untuk jadi jenazah nanti? Tepuk dada tanya iman.

Tuesday, May 3, 2011

Katak Makan Ular?

Assalammualaikum!

Semakin hari semakin banyak keganjilan berlaku. Sebagai umat Muhammad SAW, kita percaya ini adalah petanda dunia akhir zaman. Bersiap-sedialah untuk menghadapi hari qiamat yang telah dijanjikan.

 

Katak Makan Ular!!! Aneh

selatanonline

Kamera merakam katak makan ular di China. fenomena alam luar biasa yang dapat dirakam oleh kamera . Alasannya, kes umum adalah katak makan ular dan bukan sebaliknya.

Gambar gunung Jerdon katak makan ular, berjaya dirakam oleh seorang pelancong yang melawat Qingcheng Mountain Park di Sichuan, China Tengah.
Longzhong Ran, yang berasal dari Chongqing, diperentahkan kepada IC Media bahawa ia nyaris tak boleh percaya penglihatannya dan dia senang untuk merakam fenomena alam dalam bentuk foto.

And, this image below, frog eating a snake in Australia.

/Tulahan