Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, July 14, 2010

Majlis Pelancaran Kitar Semula Minyak Masak.

Padang Pinggiran Batu Caves Fasa 2, Gombak – Tanpa disedari dengan sikap diri kita sendiri telah menyebabkan bumi semakin pupus dengan mengalami berbagai masaalah  pencemaran alam sekitar oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti dengan melakukan aktiviti penerbangan pokok haram, pembuangan sampah, sisa pembuangan minyak di sungai dan di laut  yang semakin menular  telah memberi kesan kepada mukabumi ini.

Ini amat membimbangkan  kerana hanya segelintir daripada kita  yang begitu peka dengan pemulihan persekitaran alam sekitar tetapi terlalu ramai yang telah merosakkannya dengan tangan mereka sendiri.

Oleh itu untuk mengatasi masalah tersebut,  kini Pekawanis dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia, Luas, Syabas, Surau, Jawatankuasa Penduduk telah mengambil inisatif untuk menanganinya mekanisma tersebut dengan mengadakan Program Kitar Semula Sisa Minyak Masak kepada  Biodesel.

Menurut Y.B Dato’ Hasan Mohamed Ali,  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia dalam ucapan aluannya objektif utama mengadakan program alam sekitar ini adalah untuk menyokong agenda Kerajaan Negeri selangor bagi membersih Sg Klang dan untuk membangunkan sekitar tebingnya disamping memberi kemahiran dalam pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar kepada rakyat.

Disamping itu juga bagi mendidik suri-suri rumahtangga agar minyak masak yang sudah dipakai tidak dibuang begitu sahaja dengan mengalirkan ke dalam sinki, longkang, sungai kerana jika ianya dilakukan sisa minyak tersebut akan menjadi pejal dan seterusnya menjadi lilin.

Malahan jika kerap menggunakan minyak yang telah digunakan maka ianya akan memberi kesan kepada diri kita sendiri iaitu mengalami berbagai penyakit dan perkembangan minda juga menjadi terbantut dan lembap.

Oleh itu, beliau menyeru kepada dirinya sendiri dan semua yang hadir dalam majlis tersebut agar setiap hari sabtu di perkarangan padang Flat Pinggiran ini hendaklah membawa minyak masak yang telah digunakan dikumpul untuk diserahkan kepada pihak kontraktor yang telah dilantik dan hasil tersebut setelah di jual akan diberikan sebahagiannya kepada pihak penganjur / surau untuk bersama menikmati hasil jualan tersebut  atau boleh membuat berbagai aktiviti yang bermafaat tanpa mengira bangsa, agama mahupun pemahaman politik yang berbeza untuk mengeratkan siraturrahim sesama kita.

Semoga sumbangan yang diberikan mendapat ganjaran pahala disisi ALLAH swt dalam membuat kerja kebajikan dan memulih alam sekitar juga, katanya.

Majlis tersebut telah dirasmikan dengan  gimik Pelancaran Projek dan upacara penyerahan Tong Minyak Terpakai dari Luas  begitu meriah sekali oleh Y.A Bhg Puan Sri Datin Seri Salbiah Bt Tunut,   YDP Pekawanis, isteri Y.A.B  Dato’ Menteri Besar Negeri Selangor.

Turut menghadirkan diri dalam majlis tersebut iaitu Y.B Puan Rodziah Ismai, Pengerusi Tetap Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Teknologi dan Inovasi dan Kebudayaan, En Mazlan Idrus Pegawai Laut, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Syabas, Y.bhg Datin Salbiah Saamin, Isteri Y.b Dato’ Dr Hasan Ali, Adun Gombak Setia, Ybhg Pn. Shamsidar Baharin isteri kepada Y.B Azmin Ali, Adun Bukit Antarabangsa, Parlimen Gombak, Ybhg Pn Mazlinah isteri Y.B  Amiruddin Shaari, Adun Bt Caves.

Majlis tersebut telah diiringi oleh semua penduduk untuk mengiringi semua barisan Exco Selangor, Y.A Bhg Puan Sri Salbiah Tunut  bagi melawat tapak pameran yang telah dipamerkan dengan berbagai informasi daripada  Luas, Syabas bagi mengatasi masalah pencemeran alam sekitar dan melihat sisa-sisa pencemaran yang telah dicemari oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Koleksi Foto :

Kehadiran Dif-Dif terhormat disematkan dengan Reben sebelum majlis perasmian dilakasanakan (Y. B Dato’ Hasan Mohd Ali Adun Gombak Setia , Y.A Bhg  Puan Sri Seri Salbiah Tunut (Isteri M.B Selangor)

Bagi  melancarkan majlis perasmian, doa dipanjatkan agar majlis diberkati oleh ALLAH swt.

Ucapan Aluan oleh Y. B Dato ‘ Hasan Mohd Ali dan Ucapan Perasmian oleh Y.A Bhg  Puan Sri Seri Salbiah Tunut

Cenderahati diberi sebagai ingatan kepada semua tetamu undangan

Meneliti pencemaran air sungai dan laut yang telah dicemari oleh indidvidu-individu yang tidak bertanggungjawab

Kusyuk mendengar informasi pencemaran dan pembersihan air sungai

Setia mendengar masalah penduduk dan bersedia memberi bantuan


Saf pemain kompang mengiringi Dif-Dif terhormat bagi mengimarah dan menyerikan majlis

 

__._,_.___

 

10 of 44 Photo(s) (View all Photos)

P7092813.jpg

P7092813.jpg

P7092816.jpg

P7092816.jpg

P7092822.jpg

P7092822.jpg

P7092823.jpg

P7092823.jpg

P7092825.jpg

P7092825.jpg

P7092830.jpg

P7092830.jpg

P7092842.jpg

P7092842.jpg

P7092845.jpg

P7092845.jpg

P7092847.jpg

P7092847.jpg

P7092868.jpg

P7092868.jpg

No comments: