Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Monday, October 4, 2010

Rumah Remaja Wanita Bermasalah sudah lama ada.

Assalammualaikum!

Pada tahun ini, kita sering dihidangkan dengan berita pembuangan bayi secara kejam oleh ibu sendiri atau orang perantaraan. Dan pada tahun ini juga, telah ditetapkan hukuman berat bagi pesalah membuang bayi. Dan sering teraniaya ialah ibu muda bermasalah. Mereka mendapat tekanan dari seluruh penjuru: dari orang tersayang,  dari keluarga yang mengagungkan reputasi, dari masyarakat yang kurang perihatin. Kononnya,  Rumah perlindungan remaja hamil luar nikah serta ibu muda tanpa status perkahwinan dah lama ada di Malaysia, sejak tahun 1975 lagi. Dan Apakah fungsi rumah perlindungan itu yang sebenar? Kenapakah media tidak pernah membuat liputan berita mengenainya? sekarang kerajaan beri peruntukan RM 2.3 Juta untuk 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini. Habis tu, kenapa bila Melaka buat Sekolah Remaja Hamil , semua pihak baru nak buka mata ? Baru nak kritik ? Baru nak pertikaikan ?
Kenapa tak pertikaikan mana pergi peranan umat Islam, NGO Islam, Persatuan Islam, JAKIM , Majlis Agama selama ini untuk menangani masalah remaja hamil luar nikah ?
Kita dah ada penjara untuk rumah perlindungan penjenayah kecil dan penjenayah kejam. Kita dah ada rumah perlindungan pesakit HIV, penagih dadah dan lain-lain. Apa masalahnya dengan Sekolah Remaja Hamil ?
Cuma yang umat Islam kurang peka ialah rumah perlindungan remaja hamil luar nikah, rumah perlindungan isteri yang didera, anak-anak yang didera. Juga rumah perlindungan saudara baru yang disisihkan keluarga mereka.
Siapa 14 NGO yang mengendalikan rumah remaja hamil ini ? NGO Islam atau NGO bukan Islam?

*********************

Thursday October 7, 2010

JKM Peruntuk RM2.3 Juta Kepada NGO Bantu Sediakan Khidmat Rumah Perlindungan
KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukan RM2.3 juta khusus buat 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan khidmat rumah penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak hamil luar nikah dalam negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata peruntukan itu merupakan satu galakan kepada NGO yang bersama-sama berganding bahu dengan JKM dalam menangani aspek itu sejak 2006.
Katanya rumah-rumah perlindungan yang disediakan sentiasa dipantau oleh JKM untuk memastikan khidmat yang disediakan selaras dengan objektif kerajaan.
Beliau berkata rumah-rumah perlindungan itu mula ditubuhkan sejak 1975 dan memberi perlindungan serta pemulihan kepada hampir 20,000 kanak-kanak dan gadis bermasalah.
Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak di sini Khamis, beliau berkata, perkara itu tidak dihebahkan kerana menghormati sensitiviti negara terhadap permasalahan ini. "Kami tidak uar-uarkan perkara ini sebelum ini kerana kami percaya bahawa perkara seperti ini begitu sensitif sekali. Jadi sudah tiba masanya rakyat mengetahui bahawa rumah perlindungan ini memang sudah ada sejak 1975," katanya.
Shahrizat berkata JKM sendiri turut menyediakan empat rumah perlindungan Taman Seri Puteri yang menempatkan 976 orang penghuni dalam tempoh lima tahun ini.
Menurutnya selain memberi perlindungan dan pemulihan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada gejala sosial, keruntuhan akhlak dan hamil luar nikah, institusi ini juga antara lain menyediakan kemudahan akademik, kemahiran vokasional, perkhidmatan kaunseling, dan pendidikan keagamaan. - BERNAMA
http://mstar.com.my/services/printerfriendly.asp?file=/2010/10/7/mstar_berita/20101007211310.asp&sec=mstar_berita

No comments: