Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Tuesday, October 12, 2010

Jendela Dunia: Taman Tamadun Islam!

SINONIM dengan gelaran Jendela Dunia Islam, Taman Tamadun Islam (TTI) di kawasan seluas 23 hektar di Pulau Wan Man, Terengganu menjanjikan percutian pesisir air yang sukar untuk dilupakan.

UNIK...Masjid Agadez, Nigeria dibina menggunakan lumpur dan kayu.
UNIK...Masjid Agadez, Nigeria dibina menggunakan lumpur dan kayu.

sebelum  -  selepas

ENAM MENARA...Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia. KEMILAU...Masjid Kristal punya tarikan tersendiri. HALUS...seni bina dan ukiran Masjid As Sakhra cukup mengagumkan.

ENAM MENARA...Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia.

Keunikan dan kehalusan 21 monumen kegemilangan Islam dari seluruh dunia yang dipersembahkan dalam bentuk replika bersaiz 1:8 itu membuat sesiapa saja terpegun dan kagum dengan seni binanya.
Malah, penulis dan rakan media turut kagum ketika berkunjung ke taman tema itu yang dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.
Dengan melawat 21 monumen itu, anda seolah-olah sudah mengelilingi dunia melihat sendiri seni bina warisan Islam yang cukup mengagumkan.
Kembara mengelilingi dunia di TTI dimulakan dengan mengunjungi Masjid Negara kemudian ke Masjid Kudus Minar, Jawa, Indonesia yang mana batu pertama membina masjid itu dikatakan diambil dari Baitulmaqdis.
Tetapi ramai mengatakan masjid dengan gabungan seni bina Hindu dan Islam ini dibina menggunakan batu dari gunung berapi.

Kami turut dibawa ke Masjid Sultan Omar Sharif di Brunei yang kubahnya diperbuat daripada emas, kemudian terus ke Thailand iaitu Masjid Pattani Central yang dibina pada 1954.
Apa yang menariknya, masjid ini sama seperti Taj Mahal di India yang menjadi bukti cinta Shah Jahan.

Click Here

Dari bumi Thailand, pengembaraan di taman tema itu seterusnya ke Pakistan untuk melihat Masjid Badshahi yang dibina oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir ketika zaman kegemilangan kerajaan Mongol.
Ciri utama bangunan ini adalah pintu masuk yang dibina mengikut cara Mongol, menara bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.
Tatkala singgah di 'Dome of The Rock' atau Masjid As Sakhra yang ada di Baitulmaqdis, pengunjung boleh melihat sendiri keunikan dan kehalusan seni binanya.
Kunjungan ke masjid terbesar ketika kurun ke-9 iaitu Masjid Besar Samarra, Iraq pula semakin mengujakan.
Mana tidaknya, di taman tema itu saja kita boleh melihat masjid yang boleh memuatkan 80,000 jemaah.
Selepas ke Iraq, kami dibawa ke Masjid Sheikh Lutfalla, Iran dan ke Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan yang mempunyai ciri paling menarik iaitu dua tiang berpusing di hadapannya dengan dinding, kubah, menara dan kaligrafi yang diperbuat daripada mozek biru.
Kembara seterusnya ialah Masjidil Haram, Makkah kemudian ke Syria bagi melihat Masjid Aleppo Citadel.
Dibina oleh arkitek berbangsa Turki, Masjid Mohamed Ali, ia turut dikenali Masjid Pualam kerana marmar putih yang bersinar menghiasi dinding luar dan dalamnya.
Kami kemudian mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
Puncak bukit menjadi lokasinya, mihrab dan mimbarnya daripada marmar putih berukir dan cermin berwarna menyaring pancaran matahari pasti membuatkan pengunjung terpesona melihat keunikan Tugu Kompleks Suleyman, Turki.
Di taman ini, Suleyman dan isterinya membina musolla manakala Sinan membina makam untuknya.
Kunjungan ke Masjid Besar Qairawan yang menjadi pusat Islam tertua itu membawa pengunjung terus ke Tunisia sebelum ke Sepanyol melihat Masjid Al Hambra.
Alhambra mempunyai empat pintu masuk utama dan dilengkapi dengan beberapa dewan besar di beberapa bahagian. Dindingnya diukir dengan seni kaligrafi memuji kebesaran Allah.
Ketika melewati Menara Kalyan, Uzbekistan itu, penulis dan rombongan kagum dan tertanya-tanya bagaimana ia di bina dan sehingga kini tidak ada jawapannya.
Bagaimanapun, menara itu adalah contoh binaan kejuruteraan dan reka bentuk kegemilangan Islam dengan ketinggian 48 meter (m). Ia juga adalah menara pertama runtuh akibat asasnya yang tidak sempurna.
Di di Masjid Besar Agadez, Nigeria, pembinaannya menggunakan lumpur dan kayu dan di tengah-tengah menara itu dipasang kayu.
Pengembaraan mengelilingi dunia melihat keunikan seni bina Islam diakhiri dengan mengunjungi replika Masjid Xian di China dan Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia.
Masjid Xian boleh dikatakan masjid yang cukup unik kerana ia memaparkan seni bina Islam dan tradisional China dan seolah-olah pagoda atau tokong Buddha, tetapi kedudukannya menghadap kiblat.
Selain 21 monumen, turut menarik perhatian ialah Masjid Kristal, mercu tanda baru Kuala Terengganu yang dibina seolah-olah terapung di air.
Ia dinamakan Masjid Kristal kerana asas seni bina yang menggunakan hanya kaca dan keluli seakan-akan menyerupai kristal apabila terkena tempias cahaya.
Berkeluasan 2,146 meter persegi dan mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah, masjid itu adalah terjemahan hasil seni dan kreativiti rakyat tempatan yang turut menyumbang terutama menghasilkan lukisan kaligrafi khat yang menghiasi keseluruhan hiasan dalamannya.
Selain membawa anda mengelilingi dunia melihat seni bina Islam, pelbagai ilmu pengetahuan boleh diperoleh.
Jika letih berjalan, anda boleh menaiki buggy atau basikal yang disediakan dengan bayaran berpatutan.
>INFO
> Terdapat 21 replika monumen dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal.
> Dibina ikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal.
> 'Dome of The Rock' di Baitulmaqdis antara yang menjadi tumpuan
> Mercu tanda utama TTI adalah Masjid Kristal yang dibina sepenuhnya menggunakan kaca dan besi keluli.
> Terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
> Zon awam meliputi Konvensyen Center, Jeti Tok Ku Paloh, Restoran dan Medan Selera, Warrior Park dan penginapan.
> Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tti.com.my

No comments: