Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Friday, October 8, 2010

adab Aqad Nikah di Mesjid.

Assalammualaikum!

Majlis aqad nikah akak sudah 14 tahun berlalu. Tiada majlis gah. Tiada paluan kompang tingkah-bertingkah. Tiada hadiah kenang-kenangan dari kawan-kawan. Tiada hantaran tersohor untuk dibanggakan. Segala hantaran dari pihak lelaki adalah hasil pilihan dan kerjatangan akak. Ya, Akak yang menjalin tuala, menyilang sejadah, menggubah telekung dan melipat baju. Mujurlah akak ada sedikit kemahiran hasil dari banyak meraba hadiah orang. Majlis perkahwinan kami diadakan pada 3 syawal, iaitu hariraya ketiga. Walaupun ada lembu dan kambing yang terkorban, namun majlis kami adalah berkonsepkan “open house” di hariraya. Para tetamu dialu-alukan dengan bakul sabun dan telur rebus, sementara kanak-kanak pula diberi reben duit kertas seringgit dan gula-gula trebor pelbagai warna. Begitulah rencah-bumbu majlis perkahwinan kami yang langsung tidak istimewa di mata kawan-kawan namun berkatnya hingga kini.Ya Allah, Ya Zaljalali Wal-iqram! Sesungguhnya aku redho dengan pilihanmu untukku. Walaupun beberapa kali aku cuba menukarnya, kau menhalangku dengan pelbagai musibah berat untukku. Aku taati imam yang kau lantik untukku. Aku akur dengan guru yang telah kau suratkan untukku. sesungguhnya aku tidak berdaya mengubah apa yang telah kau rancangkan. Ampyunilah aku yang kadang-kala ingin menentang rancanganmu!


Adab Aqad Nikah di Mesjid.

Oleh ustaz Ahmad Baei Jaafar

Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.

Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:

1. Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita.

2. Niat iktikaf di Masjid.

3. Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid.

4. Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan.

5. Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan.

6. Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah.

7. Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid.

8. Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan.

9. Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwin suami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincin hendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan.

10. Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid.

Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.

Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukum tersebut.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah

No comments: