Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Thursday, October 28, 2010

Blackberry! Telefon Pintar?

Assalammualaikum!

Entah bilakah aku berpeluang menggunakan Blackberry, tak tahulah. Setakat telefon yang ada ini pun, aku sudah cukup bersyukur. Telefon ini biarpun murah, tidak begitu canggih, cukup memenuhi kehendak aku. Aku terlalu menyayanginya, dan terlalu bersyukur kerana memilikinya.

 

UAE larang pelawat guna BlackBerry
ABU DHABI - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumu:m:kan larangan penggunaan aplikasi
perkhidmatan telefon BlackBerry kepada pengunjung dari negara luar yang melawat negara
itu, kelmarin.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi UAE (TRA) mengumumkan rakyat negara
itu dilarang menggunakan aplikasi sistem pesanan ringkas, emel dan perkhidmatan Internet
yang disediakan BlackBerry, berkuatkuasa 11 Oktober depan.
Menurut TRA, maklumat yang dihantar melalui telefon itu dikhuatiri diterima dan dikendalikan
oleh pihak yang boleh mengancam keselamatan negara itu.
Penggodam siber menggodam BlackBerry milik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
dan membaca pesanan ringkas presiden itu yang dianggap sebagai maklumat sensitif.

Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan
di Kanada, Research In Motion (RIM) itu.
Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai
nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih.
Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan
pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.
Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002
yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan
perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain.
Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti
buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat
di pasaran.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan
peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah
pasaran dunia.
Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama
dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih.
Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional
dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus
niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang
gangguan.
Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan
peranti tersebut tahun lalu.
Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut
mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah
masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS.
Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk
berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.
"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan
rakyat masih boleh berhubung dengan saya.
"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya
dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.
Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan
canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada
memasuki peranti tersebut.
BLACKBERRY diminati kerana kecanggihan teknologinya.
Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah
ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana
sahaja.
Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian
perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.
Data yang diekstrak
Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah
data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu
IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry.
Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh
maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry.
Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu
menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft
Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.
Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan
mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui
Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan
Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi
ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.
Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru
telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger
(BBM).
BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan
untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod
bar.
Khabar gembira
Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga
tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan
pemilik BlackBerry lain?
Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila
menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan
yang berada di luar negara.
BLACKBERRY mencetuskan ketagihan di seluruh dunia.
Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan
kepada pengguna-pengguna lain.
Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena
dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia.
Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka
apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan
pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat
lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan
telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan.
Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan
beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan
dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian
muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry
yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.
"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar
Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.
"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna
melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.
Medium terbaik
Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita
di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.
"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama
tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman
perkhidmatan berkenaan.
Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti
BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.
"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya
diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.
Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara,
Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik
BlackBerry kepada pengguna.
Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya
golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan
laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran
tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata,
laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat
minggu ini.
"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung
di beberapa negara.
"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.

No comments: