Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Sunday, October 10, 2010

Komputer Riba? Apakah Yang Anda Tahu?

 
Bahana letak komputer riba atas paha

GAMBAR yang disiarkan dalam majalah Pediatrics menunjukkan seorang
budak lelaki berumur 12 tahun meletakkan komputer riba di atas pahanya.


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan
seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya.


Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.

Bookmark and Share

Di Vancouver, Kanada, seorang lelaki berumur 56 tahun telah terbunuh akibat komputer riba yang ditinggalkan di atas kerusi sofa. Komputer itu masih terpasang dan disambungkan ke sumber elektrik. Akibat kurang peredaran udara, dalam masa kurang dari sejam, bateri Lithium-Ion menjadi panas dan terus menyala, menyebabkan kebakaran yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.

Sementara itu, empat penghuni pangsapuri di Weston Super-Mare, United Kingdom terpaksa diselamatkan oleh seorang bekas ahli bomba yang kebetulan lalu di situ. Dia mendengar jeritan mangsa kebakaran yang berlaku apabila komputer riba yang terpasang atas katil menjadi panas dan membakar tilam dan api terus marak dan merebak ke seluruh pangsapuri.

Kebanyakan orang tidak menyangka komputer riba boleh menjadi punca kebakaran di rumah dan pejabat. Kebakaran bukan berlaku akibat kerosakan pada bateri atau komputer tersebut, Cuma saluran pengudaraan telah tertutup dan mengakibatkan peningkatan suhu mendadak.

 

Berikut disenaraikan beberapa panduan asas keselamatan yang harus dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kebakaran komputer riba.

1. Bateri

  • Jangan menggunakan bateri dan pengecas yang tidak sepadan dengan komputer riba anda. Bateri boleh menjadi panas ketika komputer riba digunakan, jadi jangan letakkan komputer riba di atas peha.
  • Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik.
  • Jangan bocorkan atau mengenakan tekanan tinggi ke atas bateri kerana ia boleh mengakibatkan litar pintas dalaman seterusnya menyebabkan kebakaran.

Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.

  • Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
  • Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
  • Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

· Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.

· Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.

· Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

· Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk.

· Gunakan screen saver.

· Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in ... minutes'.

· Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.

· Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel'.

4. Haba Panas

· Pastikan komputer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas.

· Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

· Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

· Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba.

· Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga  pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply).

6. Port

· Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.

· Gunakan berus atau berus gigi lama.

· Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

7. Am:

  • Jangan gunakan komputer riba di atas permukaan lembut seperti sofa, tilam atau karpet kerana ia boleh menghalang peredaran udara dan menyebabkan suhu meningkat. Penggunaan penyedut udara tambahan adalah wajar.
  • Pastikan komputer riba ditutup (shutdown jika tidak digunakan terutama apabila disimpan di dalam beg. Komputer riba dalam mod hibernate masih mengeluarkan haba.
  • Periksa laluan udara komputer riba setiap minggu dan bersihkan segala habuk dan halangan.
  • Periksa pengecas, kabel dan palam agar tiada kerosakan.
  • Tutup suis dan cabut palam pengecas apabila tidak digunakan lagi.

Nota ;-

Komputer riba merujuk kepada laptop atau notebook ataupun netbook

No comments: