Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Sunday, October 31, 2010

Salahguna Seterika.

Assalammualaikum!
Setahu kita, seterika adalah alat penggosok baju yang menggunakan kuasa letrik. Beberapa dekad yang lalu, memiliki seterika letrik adalah suatu kemegahan kerana pakaian mereka yang digosok menggunakan alat ini ternyata kemas. Pada waktu itu, kita juga mungkin beruntung sekiranya memiliki seterika arang. Namun demikian, ramai juga keluarga yang tidak memiliki sebarang seterika untuk menggosok baju. Tapi sekarang, alat letrik semakin murah dan hampir setiap keluarga mampu memiliki seterika letrik. Tapi sayang, seterika kini disalahguna oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Di bawah ini dilampirkan beberapa buah artikel mengenai salahguna seterika oleh mereka yang kemungkinan bermasalah mental.

Ibu seterika anak dipenjara 4 hari, denda RM3,000
Ibu seterika anak dipenjara 4 hari, denda RM3,00015/07/2009 10:35am

KLANG 15 Julai – Gara-gara mencederakan anak perempuan berusia 12 tahun menggunakan seterika panas, seorang ibu dihukum penjara empat hari dan denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Majistret, Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman ke atas Maslinda Tubari, 28.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana terlalu sayangkan anaknya.

Katanya, perbuatan tersebut berlaku kerana tekanan hidup dan tindakan suami yang ingin menceraikannya dan kes cerai akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 20 Julai ini.

Mazlinda mengaku mencederakan Nur Aliya Safa Ismail pada pukul 7pagi 27 April lalu di rumahnya di Lot 1723, nombor 9D, Sungai Udang,Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukumpenjara 3 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadaseksaan tersebut. - Utusan

ibu Curang Seterika Anak.
adriana04-05-2009, 08:38 AM
KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Katanya, kejadian terbabit dibongkar seorang ustazah sekolah terbabit yang sangsi terhadap kesan kecederaan teruk dialami mangsa.

Ustazah berusia 32 tahun itu mendapati kedua-dua tangan mangsa melecur kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

“Mangsa turut menunjukkan kesan melecur di belakang leher, lebam di paha dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Selepas dipujuk berulang kali, mangsa yang ketakutan akhirnya membuat pendedahan memeranjatkan dengan mendakwa didera ibu kandungnya sendiri,” katanya.

Mangsa menyatakan ibunya menggunakan seterika panas untuk melecurkan kedua-dua belah tangannya selain leher.

Dia yang menjerit kesakitan akibat ditekap seterika panas tidak dipedulikan ibunya.

Selain itu, sumber itu berkata, mangsa dibelasah dan dipukul dengan batang pencuci lantai menyebabkan kakinya lebam.

Difahamkan ustazah berkenaan yang bersimpati terhadap nasib mangsa segera membawanya ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu didera ibunya Selasa lalu di rumah mereka.

Mangsa memberitahu dimarahi ibunya sekitar jam 7 malam sebelum diserang dengan seterika panas.

“Siasatan juga mendapati wanita itu sering bertindak kejam terhadap mangsa selepas menuduh dia memberitahu bapa berkaitan hubungannya dengan lelaki lain.

“Perbuatan mangsa itu menyebabkan suspek kerap bergaduh dengan suaminya yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak,” katanya.

Menurut sumber itu, susulan laporan berhubung kejadian itu, polis memberkas wanita berusia 28 tahun itu di rumahnya serta merampas seterika dan batang penyapu yang kerap digunakan untuk memukul mangsa.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas jenayah penderaan.

Ahad, 2010 Oktober 31
Pelajar dakwa guru guna seterika panas kejut untuk solat Subuh
BERNAMA
PASIR MAS — Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

“Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

“Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat,” katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

“Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul,” katanya.

Katanya, dia turut ke sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada pengetua serta guru terbabit, namun mereka bukan saja tidak memohon maaf bahkan pihak sekolah turut mempertahankan tindakan guru berkenaan.

“Saya hanya mahukan keadilan, sekurang-kurangnya guru tersebut meminta maaf atas kejadian tersebut tetapi sebaliknya mereka mempertahankan tindakan tersebut serta memarahi saya dan meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat,” katanya.

Katanya, Muhammad Fairuz yang merupakan anak kelapannya kini berada dalam keadaan trauma sehingga kadang kala enggan bercakap dan bertemu sesiapa serta takut untuk ke sekolah selepas peristiwa tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 13 Oktober lepas dan polis telah menahan guru terbabit yang berumur lingkungan 40-an untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan,” katanya.

No comments: