Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Sunday, June 26, 2011

Pak Arenawati Dalam Kenangan.

Alfatihah untuk Pak Arenawati yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2009. Karya Arenawati sememangnya istimewa, ia berlatarbelakangkan banyak benua, penulis dirasakan membawa pembaca mengembara bersama pengalaman dan karyanya. Dilahirkan di Makasar, Indonesia, pada 30 Julai 1925, Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan Andi Buyung, berkelana ke Singapura dan akhirnya memilih Malaysia sebagai bumi untuk menetap. Mula menulis seawal usia 22 tahun selepas menghabiskan usia remaja sebagai pelaut selama sembilan tahun, Arena Wati pernah terbabit dalam dunia kewartawanan dan penerbitan dengan menyertai majalah Hiboran di Singapura; Penerbitan Melayu Ltd (Johor Bahru); Percetakan Light (Bandar Seri Begawan) dan Pustaka Antara (Kuala Lumpur). Novel keempatnya, Tumbangnya Pokok Tak Berlangit yang kemudian ditukar judul kepada Lingkaran melonjakkan namanya apabila meraih tempat ketiga Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka. Sandera ditulis pada 1969 pula dianggap antara novel terbaiknya dan diangkat sebagai salah satu teks untuk Kertas 2 Bahasa Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran (STP) dari 1960-an hingga 1980-an Arena Wati turut dikenali sebagai pengarang yang banyak melahirkan novel dalam bentuk trilogi dan menjadi ikutan penulis mutakhir, bermula dengan Bunga dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak ia diikuti dengan trilogi Pantai yang menghimpunkan Pantai Harapan, Turina serta Citra. Trilogi Busa pula merangkumi Busa Hati, Busa Sukma dan Busa Kalbu yang diikuti trilogi Armageddon dengan jilid Mandala, Menora dan Pentagon serta trilogi terbarunya iaitu novel Samira, kumpulan cerpen Antara Manusia dan teks drama lima babak, Kepala Bapak Itu. Kepengarangannya diperakukan pada peringkat serantau melalui Anugerah Penulisan Sea 1985, Anugerah Sastera Negara (1987) dan Anugerah Sastera Mastera (ASM) 2003 daripada Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera). Allahyarham turut menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kesusasteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 2003 dan diberi penghormatan sebagai Karyawan Tamu UKM pada 1985 hingga 1989. Arena Wati juga dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga 1990 dan Felo di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS); Universiti Leiden, Belanda serta Universiti Kyoto, Jepun. Sementara itu, Ketua Bahagian Agama dan Tamadun Islam (DBP), Azmi Ibrahim, yang menguruskan penerbitan beberapa karya Arena Wati antaranya novel, Sukma Angin dan drama, Kutukan Dari Langit, menyifatkannya sebagai insan yang sangat berpegang kepada janji dan bersedia menerima penjelasan. Pegawai Perancang Bahasa DBP, Mohd Hanafi Ibrahim, berkata novel Allahyarham paling mendapat perhatian di kalangan pengkaji sehingga kini adalah Lingkaran yang diterbitkan pada 1965, meskipun banyak karyanya lahir selepas itu. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Datuk Baharuddin Zainal, pula berkata, Arena Wati menjadi contoh penulis yang gigih dan tidak pernah mengalah untuk meluahkan pendiriannya melalui kesusasteraan. Senarai karya Arena Wati Novel: 01) Kisah Tiga Pelayaran (1959). Singapura: Harmy. 02) Jalan Malam Ke Ibu Kota (1961). Brunei: Pustaka Cahaya (diharamkan) 03) Gelora (1963). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 04) Lingkaran (1965). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 05) Gandaria (1969). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 06) Sandera (1971). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). 07) Eno (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 08) Royan (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 09) Rontok (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 10) Bunga Dari Kuburan (1987). Kuala Lumpur: DBP. 11) Kuntum Tulip Biru (1987). Kuala Lumpur: DBP. 12) Sakura Mengorak Kelopak (1987). Kuala Lumpur: DBP. 13) Pantai Harapan (1990). Kuala Lumpur: K Publishing. 14) Turina (1991). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 15) Citra (1991). Kuala Lumpur: DBP. 16) Sarida (1992). Kuala Lumpur: K Publishing. 17) Gami (1993). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 18) Panrita (1993). Kuala Lumpur: DBP. 19) Sudara (1994). Kuala Lumpur: DBP. 20) Mevrouw Toga (1995). Kuala Lumpur: DBP. 21) Begawan (1996). Kuala Lumpur: DBP. 22) Sukma Angin (1999). Kuala Lumpur: DBP. 23) Busa Hati (2002). Bangi: Penerbit UKM. 24) Busa Sukma (2002). Bangi: Penerbit UKM. 25) Busa Kalbu (2002). Bangi: Penerbit UKM. 26) Armageddon: Mandala (2004). Bangi: Penerbit UKM. 27) Armageddon: Menorah (2004). Bangi: Penerbit UKM. 28) Armageddon: Pentagon (2004). Bangi: Penerbit UKM. 29) Warna Sukma Usia Muda (2005). Bangi: Penerbit UKM. 30) Cakra Waruga (2006). Bangi: Penerbit UKM. 31) Warna Hati Era Remaja (2008). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. 32) Warna Kalbu Zaman Dewasa (2009). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Penerbitan Lain: 1) 7 Tegak Bersama (2005). Kuala Lumpur: DBP. 2) Sebuah Trilogi Tiga Genre (2007). Kuala Lumpur: Utusan Publications. Antologi Cerpen: 1) Tingkah Manusia (1960). Singapura: Harmy. 2) Pemburu di Sebatang Jalan (tidak diterbitkan). 3) Burung Badai (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 4) Johor Baru (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 5) Bara Batu (1984). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 6) Ombak Samudera (1992). Kuala Lumpur: DBP. 7) Getar-Getir Maya (2000). Kuala Lumpur: DBP. 8) Langkah Pertama (2004). Kuala Lumpur: DBP. 9) Antara Dua Deru (2005). Kuala Lumpur: DBP. Drama: 1) Kutukan dari Langit (2004). Kuala Lumpur: DBP. Autobiografi: 1) Enda Gulingku (1991). Bangi: Penerbit UKM. 2) Meniti Kala (1993). Kuala Lumpur: DBP. Non-Fiksyen: 1) Kajian Syair Klasik (1990). Bangi: Penerbit UKM. 2) Cerpen: Pengalaman dan Tanggapan (1995). Kuala Lumpur: DBP. 3) Jejak Kreatif (1996). Kuala Lumpur: DBP. ---

No comments: