Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Friday, June 3, 2011

Awas! Daging Lembu Dari Daging Babi.

Assalammualaikum!

Awas!Daging lembu daripada Babi..

TKO

Dilulus untuk paparan oleh aya
Oleh: waksab

lembu atau babi?
Orang China ni bukan sahaja pandai membuat pelbagai barang tiruan malah bahan makanan juga termasuk telur dan daging. Yang utama ialah untung, tidak peduli apa kesannya kepada pengguna. Memandangkan semuanya tidak memberikan kesan sampingan pada kadar segera dan hanya terjadi pada jangka masa panjang, mereka tidak takut untuk melakukannya. Atas dasar mengaut untung sebanyak-banyaknya dalam perniagaan mereka sanggup melakukan apa sahaja, mereka terus berenovasi mencipta sesuatu yang baru.  Mereka berjaya membuat telur tiruan malah lebih menarik mereka berjaya menukarkan daging babi menjadi daging lembu yang dinamakan "daging lembu tiruan".

Daging lembu tiruan

Paling menakutkan apabila diberitahu bahan asasnya ialah daging babi. Ya... DAGING BABI! Terima kasih kepada penulis asal yang memaklumkan kepada kita perkara ini supaya dapat kita hindarkan diri dari termakan najis berat tersebut.

Di sana (negara China), harga daging lembu dua kali lebih mahal daripada daging babi. Jadi mereka mengambil langkah membuat tipu-helah dengan menjadikan daging babi seolah-olah daging lembu. Dalam masa 90 minit sahaja, daging babi yang digoreng akan menjadi "sesedap" daging lembu. ... Mahukah anda mencubanya?

Macam mana mereka buat? Mereka menggunakan “beef extract” yang dijual dalam bentuk botol dan berleluasa di sana. Mereka gaulkan daging babi dengan rempah tersebut, dan  .... terjadilah sesuatu keajaiban dimana daging babi yang dihidang itu telah berubah rasa seenak daging lembu. Mudah kan? Adakah peniaga di negara kita juga akan mengekspot teknologi ini untuk menjana keuntungan lumayan? Atau lebih mudah mengekspot daging babi tersebut kerana ianya murah di China. Andai kata ia berlaku, amatlah malang bagi kita semua umat Islam yang sedang menghadapi bencana serangan mental, jiga bakal diserang dalam bidang bahan permakanan. Ini tak termasuk mempopularkan coca-cola dan McD yang amat diragui kehalalannya.

Malaysia juga terkenal pengeluar babi terbesar di Asia Tenggara (memalukan sebagai sebuah negara Islam), tentu sekali tidak menjadi masalah untuk mereka (yang membenci Islam)  melakukan pengkhianatan tersebut. Sudahkah anda bersedia?

Buat waktu ini adalah lebih selamat jika tidak membeli daging lembu yang tidak diketahui sumbernya. Jauhi pembelian daging impot walaupun ia murah. Jika kita sendiri yang membelinya, mungkin kita mampu mengelaknya. Bagaimana pula dengan jamuan kenduri atau majlis keramaian? ... Inilah yang menjadi masalah besar kerana penguasaha makanan hanya memikirkan untung (bahan termurah) untuk menyediakan makanan. Adakah kita akan terselamat dari termakan daging babi? Cuba fikirkan.

Cuba lihat kesannya kepada kita bila kita memakan makanan bertaraf najis terutama najis berat sedemikian. Amat memudaratkan terutama dari segi keagamaan.  Makan makanan dari sumber haiwan yang tidak disembelih dengan betul sudah dianggap memakan bangkai, inikan pula memakan daging babi. Iman akan mengelonsor ke tahap yang amat buruk!

Dari maklumat yang diperolehi, sukar membezakan antara daging "tiruan" a.k.a. babi yang diubah ini dengan daging lembu sebenar jika dilihat dari sudud fizikalnya. Orang ramai pun tak dapat bezakan daging lembu tiruan tersebut. Malah dalam jangka masa panjang ia boleh menyebabkan cancer. Asalkan boleh membuat wang, peduli apa yang akan dihadapi oleh pemakannya!

Persoalannya, siapakah yang akan dipertanggung jawabkan untuk menyelamatkan umat Islam Malaysia dari bencana seperti ini yang semakin hari semakin melarat? Adakah ia hanya tanggung jawab individu semata-mata - untuk menghindarinya, bagaimana pula keadaannya mereka yang tidak mengetahuinya? Beribu jenis bahan makanan yang ada dalam pasaran negara kita dan semuanya digunakan oleh orang ramai termasuk orang Islam. Cuba renungkan, siapakah yang bertanggung jawab? Tentunya jawapan mudah ialah "kerajaan" termasuk majlis ulama dan majlis agama Islam!

Kerajaan sebagai pemerintah yang sering menslogankan "negara Islam" didapati tidak mampu membangunkan sebuah badan yang khusus menjaga hal ehwal makanan Islam/halal di negara ini. Ini amat menyedihkan. Teknologi Makanan sudah semakin maju, terdapat ramai saintis dalam bidang ini dan sudah ada yang mempunyai Dr phd dan bergelar pakar, malangnya mereka tidak dapat digabungkan bagi membantu memuktamadkan kajian berkaitan sumber makanan halal. Sekurang-kurangnya umat Islam akan terasa terbela jika langkah membangun infrastruktur ini dilakukan.

Sampai masanya sebuah badan bertaraf nasional ditubuhkan sekurang-kurangnya setaraf "Badan Berkanun" bagi menyelamatkan umat Islam negara ini dari menjadi mangsa manusia keparat yang hanya hidup di atas kemungkaran malah sanggup membuat tipuan menjadikan makanan "haram" bertukar kepada "halal".

Kita mengaku sebagai negara Islam, apakah layak disebut sedemikian jika tidak berusaha menyelamatkan umat Islam dari termakan najis? Persoalannya, sehingga kini belum ada usaha menubuhkan badan khas mengkaji halal/haram makanan Malaysia. Amat memalukan.

Teknologi ini sudah tiba di negara Malaysia? Wallahu a’lam

sumber…

CHINA: CHANGING PORK INTO BEEF

Fauna from ChinaSMACK looks into the latest food security scandal on beef extract addictive which can turn pork into beef.Process of turning pork into “beef” by adding beef extract exposed

Recently, Anhui, Jiangxi, Fujian, and other places have been exposed by the media who have discovered a kind of “beef extract” additive that allows pork to become “beef”.

First cut the pork into pieces.

Add beef extract to the pork pieces, mainly to allow the

pork to gain a beef flavor. After half an hour, the pork

becomes a brown color. Then add the pork to boiling

water to cook it. The color of the pork will then also

become darker.

Add the prepared "beef powder" to the pork, then add caramel.

After mixing, the pork immediately changes appearance,

the color looking even more like soy sauce braised beef,

mingled with an aroma.

The final product is very much like stewed beef.

http://waksab.blogspot.com

No comments: