Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Thursday, November 11, 2010

Pelbagai Binatang Anih.

Assalammualaikum!

Ya Allah! Sesungguhnya ciptaanmu sungguh menakjubkan! Aku, hambamu yang lemah hanya memohon baraqah di bawah lindungan rahmahMu.

 
Di bawah ini disenaraikan binatang-binatang anih yang benar-benar di dunia ini.
 
 
anak lembu kepala dua!!
Anak lembu pula berkepala dua
[img]http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0803/Kosmo/Dunia/du_10.1.jpg[/img]
SEEKOR anak lembu berkepala dua di Rivera, Colombia baru-baru ini.
RIVERA - Seekor anak lembu betina di Colombia mencetuskan kegemparan apabila haiwan itu memiliki dua kepala tetapi berkongsi otak, sebuah akhbar semalam.
Anak lembu diberi nama Jenifer itu dilahirkan pada Jumaat lepas di sebuah ladang di sini kira-kira 240 kilometer dari ibu kota negara itu, Bogota.
Pemilik ladang itu, Marino Cabrera berkata, dia tidak pernah melihat keganjilan seperti itu sepanjang 30 tahun menjadi pembiak baka lembu.
"Lembu itu sungguh comel, saya melihatnya sebagai anugerah dari Tuhan," kata isterinya, Rosario Leyva.
Keadaan seperti itu yang dikenali sebagai Polycephaly dalam terma saintifik jarang berlaku tetapi boleh terjadi kepada manusia atau haiwan. - Agensi
 
Anak kura-kura dua kepala

GAMBAR menunjukkan seekor anak kura-kura yang mempunyai dua kepala di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia, selatan China baru-baru ini.


BEIJING - Seekor anak kura-kura dilahirkan dengan mempunyai dua kepala di sebuah taman hidupan liar di Hefeia, selatan China, lapor sebuah akhbar semalam.

"Kedua-dua kepala kura-kura itu berfungsi dengan sepenuhnya dan ia makan berasingan dan kelihatan amat gembira," kata seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Xiaoyaojin, Hefeia.

Menurut para penjaga haiwan itu, satu sahaja masalah yang dihadapi oleh kura-kura tersebut apabila ia dilihat tidak sehaluan semasa mahu memutuskan arah perjalanan. - Agensi

 
Kambing belalai gajah di Indonesia

GAMBAR yang disiarkan sebuah akhbar di Indonesia kelmarin menunjukkan seekor kambing memiliki wajah yang aneh di daerah Padang Lawas, Sumatera Utara.


LUTA, Indonesia - Penduduk di sini daerah Padang Lawas Utara, di Sumatera Utara, digemparkan dengan kelahiran seekor anak kambing betina berwajah ganjil dan memiliki hidung seperti belalai gajah, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Selain berhidung seperti belalai, anak kambing tersebut tidak memiliki rongga hidung manakala kedua matanya hampir bertaut serta tidak memiliki kelopak mata.

Haiwan itu mati selepas satu jam ia dilahirkan.

Pemiliknya, Abuson Nip Harahap mengaku tidak memiliki apa-apa firasat tentang kelahiran anak kambingnya.

Dia turut tidak menyangka anak kambing itu akan menjadi perhatian orang ramai.

"Anak kambing ini lahir menjelang senja pada Rabu lepas di kandang sebelah rumah. Tiada keganjilan mengenainya. Saya cuma mendengar raungan saja. Apabila mendekati induknya, saya melihat ia sedang melahirkan anak," kata Abuson.

Namun, menurutnya, dia kemudian terkejut apabila melihat anak kambing tersebut.

"Wajahnya ngeri sekali. Seperti tidak munasabah. Anak kambing ini mati sejam kemudian," tambahnya.

Berita kelahiran kambing berwajah aneh itu tersebar meluas dengan sejumlah penduduk berkunjung ke rumah Abuson untuk melihatnya. - Agensi

Haiwan aneh ditemui di China

GAMBAR menunjukkan haiwan aneh yang ditemui di tengah China.
BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang.
"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru.
"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.
Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang.
"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin.
Pakar haiwan akan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing akan cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA). - Agensi

25 Haiwan Pelik

11 August 2009

  • Mole bermucung hidung bintang ini mempunyai 22 sesungut yang digunakan untuk mengenal pasti makanan menerusi sentuhan. Ia sering ditemui di Amerika Utara dan tinggal di kawasan tanah rendah lembap serta memakan haiwan tanpa tulang belakang, unggas, cacing dan lintah.
  • Babi laut tinggal di atas atau di bawah dasar laut dan memakan lumpur lantai laut. Saintis masih belum mengkaji bagaimana haiwan ini boleh hidup jauh di dasar laut.
  • Penyu putih yang warna krimnya bergabung dengan sedikit warna merah jambu, terkenal dalam budaya masyarakat Cina. Satu karektor dalam kesusasteraan Cina - Journey To The West - berubah menjadi haiwan ini kerana perbuatan jahatnya.
  • Axolotl daripada keluarga amfibia yang berasal dari tasik di Mexico City. Ia banyak digunakan dalam kajian saintifik kerana keupayaan hampir semua anggota badannya untuk tumbuh semula.
  • Tarsier adalah sejenis monyet. Walaupun satu ketika bilangannya banyak, namun semua spesies yang hidup kini hanya boleh ditemui di pulau sekitar Asia Tenggara. Setiap bebola matanya mempunyai garis lintang kira-kira 16 milimeter dan ia sebesar keseluruhan otaknya.
  • Solenodon Hispaniola, haiwan ganjil dengan muncung panjang, turut mempunyai gigi yang mampu mengeluarkan bisa. Hanya dua solenodon wujud hari ini, satu di Haiti dan Republik Dominica dan satu lagi di Cuba.
  • Panda merah ialah mamalia maging yang sebesar kucing. Ia mempunyai kuku yang boleh disembunyikan separuh dan bulu tebal untuk melindunginya daripada cuaca sejuk dan menyembunyikan baunya.
  • Ular kapak ini adalah ular laut dalam dengan gigi panjang berbentuk jarum dan tulang rahang bawah berengsel. Ia antara pemangsa paling garang di laut dalam dan dipercayai menyerang mangsa dengan memikat mereka dengan organnya yang bercahaya.
  • Naga laut berdaun ini seolah-olah dilitupi daun, menjadikan ia sukar dikesan. Di temui di Australia, hidupan ini mendiami kawasan perairan sejuk dan dilindungi kerajaan sejak 1982.
  • Beruang matahari ini ditemui khusus di hutan hujan tropika Asia Tenggara. Dengan ketinggian hanya 121 sentimeter, ia paling kecil dalam keluarga beruang dan sering digelar beruang anjing.
  • Cicak leher beropol ini dinamakan demikian kerana kulit beropol di lehernya. Ia berlari dengan kaki belakangnya apabila ketakutan. Tabiatnya menyebabkan ia digelar 'cicak basikal' di Australia.
  • Ikan buntal ayam ini boleh ditemui di Lautan Pasifik. Apabila membesar, ia boleh mencapai 50 sentimeter panjang
  • Saiga, yang seperti kijang, biasanya berbadan besar, mudah lentur, hidungnya memanaskan udara ketika musim sejuk dan menapis habuk ketika musim panas.
  • Ikan katak berbulu ini 'berjalan' di sepanjang dasar laut kerana memburu makanan. Haiwan ini ditemui di Indonesia.
  • Buaya jejulung India ini adalah spesies yang semakin pupus dan antara buaya paling panjang, kadangkala mencecah tujuh meter.
  • Ikan hag, Dengan tabiat makannya yang luar biasa dan keupayaan mengeluarkan selut, ikan hag ini disifatkan hidupan laut paling menjijikkan.
  • Monyet probosis, Ciri paling terserlah monyet probosis ini ialah jantannya berhidung besar. Menurut kajian, monyet betina spesies ini gemarkan monyet jantan berhidung besar.
  • Sotong Dumbo, Hidup di laut dalam dan antara sotong yang jarang ditemui, sotong Dumbo memperoleh namanya kerana telinganya, mirip karektor dalam filem Disney, Dumbo.
  • Echidna berparuh panjang ini antara 10 spesies utama yang diisytiharkan haiwan terancam pada 2007. Ia antara dua jenis mamalia yang bertelur.
  • Kera kecil ini mendiami kawasan hutan tanah rendah yang lembap di India atau Sri Lanka. Ia semakin terancam kerana kehilangan habitat.
  • Burung botak berkepala paus ini ditemui di kawasan paya tropika di timur Afrika. Burung ini setinggi 121.92 sentimeter sementara panjang sayapnya lebih 213 sentimeter. Spesies ini hanya ditemui oleh pakar ornitologi pada abad ke-19.
  • Aye-aye, hampir sama dengan burung tukang. Ia 'menoreh' pokok untuk mencari ulat. Apabila makanan ditemui, ia menggunakan giginya untuk membuat lubang dan mengorek ulat keluar menggunakan jari tengahnya yang panjang.
  • Monyet kerdil ini ditemui di kawasan hutan di barat Brazil, tenggara Colombia, timur Ecuador dan timur Peru. Ia bersifat omnivor dengan memakan buah, daun, unggas dan kadangkala reptilia kecil.
  • Komondor, anjing besar baka Hungary, mempunyai bulu tebal dan panjang seperti tali. Ia diisytiharkan satu daripada khazanah negara itu.
  • Blobfish, Ikan yang dinamakan blobfish ini lembik seperti agar-agar dengan ketumpatannya kurang sedikit daripada air tempat ia diami. Ini membolehkannya kekal terapung. Dengan tinggal hampir di dasar laut, ikan ini makan apa saja yang terapung melintasinya.
  • Jerboa (daripada keluarga tikus) bertelinga panjang ini ditemui di padang pasir China dan Mongolia. Selain telinganya yang panjang, ekor dan kakinya juga panjang. Haiwan yang jarang ditemui ini kini diancam kepupusan.
  • Ketam gergasi. Ditemui pada 2005 di Lautan Pasifik Selatan, haiwan ini digelar 'ketam gergasi'. Ia tinggal 2,200 meter pada bolong hiperterma di sepanjang Lautan Pasifik-Antartik.

No comments: