Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Tuesday, November 16, 2010

Sindiket Nikah Palsu.

Assalammualaikum!

Hampir semua muslimin dewasa mengetahui bahawa ugama islam membenarkan poligami. Berita gembira ini disambut baik oleh kaum adam tanpa memikirkan prosedur/protokol yang sepatutnya dilalui untuk memenuhi syarat tersebut. Untuk menyahut seruan agama berpoligami, kaum adam sanggup melakukan apa saja, asalkan maksud mereka tercapai. Mereka sanggup bernikah dengan menggunakan jurunikah palsu malah pengamal ajaran sesat! Apakah sebenarnya terjadi dengan masyarakat kita hari ini?

 

Monday, November 15, 2010

Poster lelaki wali perempuan

Poster lelaki wali perempuan

Oleh Shamsul Munir Safini

BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.
BUKTI...lukisan dalam bentuk poster yang digunakan lelaki terbabit.

TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.
TAHAN...pengantin perempuan yang ditahan.

KUALA LUMPUR: Satu lukisan wajah seorang lelaki yang didakwa seorang daripada Wali Songo digunakan seorang jurunikah haram sebagai pengganti kepada wali pengantin perempuan yang dinikahkannya.

Dikenali sebagai Ustaz Hashim, lelaki warga Indonesia terbabit mendakwa lukisan berkenaan simbolik kehadiran ulama Islam terkenal di Pulau Jawa pada kurun ke-17 itu yang kononnya sentiasa berdampingan dengannya secara ghaib.

Setakat ini, ustaz temberang itu dipercayai sudah melakukan banyak upacara akad nikah termasuk lelaki yang ingin berpoligami dan dia akan membawa lukisan dalam bentuk poster itu ke rumah setiap pengantin yang akan dinikahkannya.
Bagaimanapun, kegiatannya terbongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menyerbu sebuah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, ketika lelaki itu hendak menikahkan satu pasangan, malam kelmarin.

Ketika serbuan pada kira-kira jam 8 malam, sepasang bakal mempelai yang lengkap berpakaian pengantin dicekup bersama dua wanita dan 21 lagi lelaki dipercayai rakan dan saudara pasangan berkenaan.

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali, berkata ketika serbuan semua yang ditahan berada di dalam rumah berkenaan dan menyaksikan upacara pernikahan yang dilakukan jurunikah haram itu.
“Bagaimanapun, jurunikah yang dikenali dengan panggilan Ustaz Hashim itu melarikan diri dengan memanjat siling rumah. Pemeriksaan sekitar kawasan rumah gagal menemui jurunikah itu.
“Sehubungan itu, kami memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai ustaz terbabit menghubungi Jawi,” katanya.
Che Mat berkata, ketika disoal siasat 25 orang di dalam rumah berkenaan termasuk bakal pengantin pada mulanya memberi alasan mengadakan kenduri doa selamat.
Bagaimanapun, pasangan bakal mempelai itu tidak mampu berdalih apabila ditanya mengapa mereka lengkap berpakaian pengantin, lantas mengaku mereka mengadakan majlis pernikahan.
Menurutnya, bayaran yang dikenakan Ustaz Hashim kepada mereka yang menggunakan khidmatnya adalah antara RM5,000 hingga RM 6,000.
“Siasatan awal juga mendapati kebanyakan pasangan yang menggunakan khidmat ustaz palsu itu adalah mereka yang ingin berpoligami kerana tidak perlu mendapatkan kebenaran isteri pertama.
“Selain itu, sijil nikah yang diberikan sekadar menggunakan kertas biasa yang ditulis tangan dan ditandatangani lelaki digelar Ustaz Hashim itu,” katanya.
Che Mat berkata, pasangan bakal pengantin itu akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini manakala 23 yang lain dibebaskan selepas diambil keterangan.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

http://www.hmetro.com.my/articles/Posterlelakiwaliperempuan/Article

 

 

Khamis, 2010 September 23

Keluarga sorok wanita dinikah tanpa tauliah diserang

KESAL...(dari kiri) Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Roslan Dahaman; Ketua Ahli Majlis Negeri Wilayah Persekutuan, Norashikin Abdul Ghani, Ariffudin dan Masridzi menunjukkan laporan polis serta dokumen pernikahan palsu.

KUALA LUMPUR: Satu sindiket nikah palsu di Sungai Besar, Sabak Bernam, dikesan mencetak kad perakuan nikah dengan meletakkan nombor siri pasangan lain bagi mengelak pasangan dinikahkan hadapi masalah.Kegiatan sindiket itu didedahkan bapa saudara seorang wanita yang ‘berkahwin’ dengan seorang mualaf, gara-gara hubungan cinta mereka dihalang keluarga.Bapa saudara berkenaan, Ariffuddin Sam, 36, berkata, pada malam hari raya kedua lalu, anak saudaranya memberitahu keluarga dia sudah bernikah dengan lelaki terbabit.Berikutan itu, katanya, keluarga memintanya menunjukkan kad perakuan nikah dan dia menunjukkan kad terbabit dan sijil perakuan nikah mereka.Katanya, dia yang tidak berpuas hati merujuk kad berkenaan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan terkejut apabila diberitahu sijil serta kad nikah terbabit palsu kerana nombor siri yang tertera milik pasangan lain.

“Selepas dipaksa, anak saudara saya mendedahkan mereka menggunakan wali hakim dalam kariah sedangkan wali sebenar (ayah atau abang) masih ada. “Malah, tiada nama jurunikah yang bertanggungjawab serta terdapat dua saksi pernikahan mereka termasuk seorang anggota polis dari Balai Polis Sungai Besar,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di sini, semalam.Menurutnya, dia beranggapan ramai lagi pasangan muda di daerah itu dinikahkan sindiket terbabit.“Kes ini memberi mudarat besar kepada keluarga kerana anak saudara saya kini mengandung empat bulan gara-gara ‘nikah tanpa tauliah itu’ dan ditempatkan di sebuah rumah kebajikan.“Malah, lelaki mualaf itu bersumpah dia tetap akan mencari anak saudara saya hingga ke lubang cacing. Kerana tidak puas hati keluarga sorokkan anak saudara, dia menghantar kumpulan samseng seramai 15 orang ke rumah saya pada Isnin lalu,” katanya.Mengimbas kembali kejadian ngeri itu, pada jam kira-kira 11 malam, sekumpulan 15 orang datang bertanyakan di mana mereka menyorokkan anak saudara yang berusia 24 tahun itu.“Saya enggan memberitahu menyebabkan mereka menyerang saya dan keluarga.“Dalam pergaduhan itu, saya dan adik diserang hingga mengakibatkan luka di muka, kepala dan lengan. Malah, ketika bergelut saya ditumbuk di muka dan belakang menggunakan objek keras, namun saya bernasib baik kerana jiran membantu meleraikan pergaduhan itu,” katanya lagi.Ariffuddin turut mendedahkan, dia dan keluarga kini trauma kerana setiap hari melihat ada saja kereta yang disyaki meronda kawasan rumah itu bertujuan untuk menakutkan keluarganya.Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Masridzi Sat mendesak pihak berkuasa terutama jabatan agama bertindak tegas menyiasat dan mendakwa mereka yang terbabit pernikahan palsu termasuk kesalahan memalsukan dokumen pernikahan menggunakan nama jabatan agama.

“Mereka (jabatan agama) perlu menyiasat dengan tegas seterusnya mendakwa pihak terbabit (sindiket nikah palsu) yang berpusat di Sungai Besar, Selangor, kerana jika tidak mungkin lebih ramai anak gadis yang akan mengandungkan anak luar nikah,” katanya.

Ahad, 2010 Ogos 22

Sindiket nikah palsu terbongkar

 

SHAH ALAM – Seorang penolong amil kariah sebuah masjid mengaku tidak bersalah di

Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam terhadap tuduhan bersubahat dengan seorang jurunikah tidak bertauliah menikahkan pasangan wartawan sebuah akhbar pada hari ketiga umat Islam berpuasa.
Abdul Rahman Adam, 46, didakwa bersubahat dengan jurunikah warganegara Indonesia itu, Asba’i Rofik, 56, mengakad nikahkan pasangan Mohd Luqman Hakim Ab Rahim, 28, dan Mazlina Abdul Majid, 29, sedangkan Asba’i tidak diberi kuasa untuk melakukan akad nikah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu kira-kira jam 3.30 petang, di rumah Lot 11A, Desa Subang Perantau, Mukim Sungai Buloh di sini, 13 Ogos lalu.
Selain seorang jurunikah tidak bertauliah Asba’i juga difahamkan bekerja sebagai buruh dan sepatutnya turut menghadapi tuduhan, bagaimanapun dia tidak hadir semalam.
Terdahulu, Abdul Rahman didakwa mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 Enakmen sama yang boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara hingga 6 bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Selangor, Muhammad Nazri Basrawi manakala Abdul Rahman diwakili peguam, Boestamam Ahmad.
Boestamam berkata, pihaknya akan mengemukakan representasi kepada pendakwaan untuk mengkaji semula pertuduhan yang dikenakan terhadap Abdul Rahman.
Beliau menyatakan kepada mahkamah, bahawa pasangan yang hendak dinikahkan itu ialah ejen penyamaran untuk memerangkap anak guamnya.
Menurutnya, pasangan itu menyamar ingin dinikahkan dengan mengadu tiada wali kerana bakal pengantin lelaki tidak mendapat restu keluarga manakala bapa bakal pengantin perempuan pula sudah meninggal dunia.
“Mereka ini ejen perangkap sedangkan dalam Islam tidak dibenarkan penggunaan agen perangkap,” kata Boestamam pada masa sama memohon ikat jamin rendah terhadap anak guamnya.
Katanya, Abdul Rahman bekerja di masjid manakala isterinya hanya seorang guru agama rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tinggi tetapi menyara empat anak.
Menurutnya, jaminan rendah itu perlu kerana keluarga Abdul Rahman memerlukan belanja sempena sambutan Aidilfitri akan datang antaranya membeli pakaian baru untuk anak-anaknya.
Hakim Syarie, Saharuddin Selamat membenarkan Abdul Rahman diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin dan kes dibicarakan pada 3 November depan.
Sementara, Asba’i pula dikenakan waran tangkap dan penjaminnya, Arifin Idris, 59, pula diperintah hadir setiap kali sebutan kes sehingga lelaki itu tampil di mahkamah berikutan Arifin membuat jamin mulut terhadapnya bagi tujuan kehadiran di mahkamah.
Pada 16 Ogos lalu, satu kisah nikah sindiket dilaporkan sebuah akhbar negara ini.
Dua ejen penyamaran dari akhbar berkenaan membuat perangkap bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Kedua-duanya dipercayai menemui suspek untuk dinikahkan secara sindiket dengan memilih pakej bayaran RM700 setelah ditawarkan beberapa pakej pernikahan.

No comments: