Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Sunday, November 14, 2010

Pelbagai Mesin Untuk Binatang.

Pelbagai Mesin Untuk Binatang.

 

Assalammualaikum!

Pada hari ini, dunia diberkati dengan kemjuan teknologi. Maka dengan itu lahirlah beberapa idea bijak yang menggembirakan pelbagai pihak. Beberapa tahun yang lalu, akak bersama kucing kesayangan telah berkunjung ke sebuah pet’s saloon. Pada masa itu akak dipujuk oleh seorang jurujual agar memandikan kucing kesayangan dengan mesin mandi binatang. Akak terlalu takut dengan idea itu, kerana sangkaan akak, memandikan kucing di dalam mesin adalah salah satu penderaan. banyak juga kucing yang baru dimandikan, ada yang gembira, namun ada juga satu yang trauma. Oleh itu, akak memeluk kucing akak kuat2agar tidak dimandikan dengan mesin. Tapi, hari ini, apabila membaca artikel-artikel mengenai mesin mandi binatang kesayangan, akak rasanya ingin mencuba. Mudah-mudahan kucing akak tak trauma! Di bawah ini ada beberapa artikel menarik mengenai mesin binatang. Di kesempatan ini kita mengucapkan syabas kepada penciptanya!

 

Mesin Pencuci Binatang Pet

06 April 2010

Mungkin bagi Anda yang mempunyai hewan piaraan Anjing,berikut ini adalah info bahwasanya ada sebuah mesin yang berfungsi untuk memandikan atau mencuci Binatang Pet atau peliharaan Anda seperti Anjing,kucing,dan lain - lain.

Seperti sebuah Mesin pencuci Anjing yang berada di Pet Supermarket Joyful Honda,daerah kota Tokyo Jepang
Untuk mencuci dan mengeringkan Anjing atau kucing seharga £3.50,Untuk tambahan cukur dan cuci keseluruhan serta pengeringan total seharga £20.
Proses pencucian berlangsung memakan waktu kurang lebih selama 33 menit,sudah termasuk shampoo,deterjen pencuci,dan pengeringan.Air yang digunakan pun harus memakai jenis air pure ozone dan harus juga memperhatikan akan keselamatan dan kenyamanan binatang tersebut.
Dari beberapa tanggapan yang sudah mencoba dengan mesin pencuci ini bermacam-macam,ada yang hewan piaraanya malah ngamuk,ada yang memang suka dimandikan,ada juga yang berubah jadi kinclong setelah dicuci dengan Mesin Pencuci ini.
Bagaimana dengan hewan pet piaraan Anda…….?

 

 

“Mesin Cuci” Untuk Binatang Peliharaan Anda

petspacabin“Mesin Cuci” yang satu ini memang bukan untuk mencuci pakaian anda tetapi dikhususkan untuk binatang peliharaan anda.
Pet Spa Cabin adalah alat pengganti untuk memandikan binatang peliharaan anda yang biasa dilakukan secara manual. Anda hanya perlu memasukkan binatang peliharaan anda ke dalamnya, tekan tombol dan binatang peliharaan akan menjadi bersih (termasuk sudah kering karena fungsi pengering di dalamnya). Wah!!
PetSpa sebagai pembuat “mesin cuci” ini mengatakan bahwa alat ini sangat aman untuk binatang peliharaan anda.
Alat ini dapat mengatur suhu air yang digunakan dan bila lebih atau kurang dari 3 derajat maka otomatis mesin akan berhenti, selain itu dengan jendela yang tembus pandang (tranparant), anda tetap dapat memonitor binatang peliharaan anda selama mesin bekerja.
Sebenarnya alat ini dikhususkan untuk salon binatang peliharaan (pet salon) untuk lebih memudahkan dan efisiensi dalam memandikan binatang peliharaan tetapi kalau anda mempunyai banyak uang, mengapa tidak membelinya?

 

DUNIA

Mesin automatik keluarkan ketam hidup

GAMBAR menunjukkan mesin pengeluaran ketam hidup.


BEIJING - Sebuah mesin pengeluaran ketam hidup diletakkan di stesen tren bawah tanah di Nanjing, China, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Pengurus Besar Syarikat Twin Lake Crab, Wu Zhendi, sebanyak 100 ekor ketam hidup dijual dalam tempoh sehari.

"Pada mulannya, para pelanggan berasa ragu-ragu kerana mereka bimbang jika ketam itu masih hidup atau tidak," katanya.

Dia berkata, orang ramai kini kembali semula membeli ketam itu selepas mereka melihatnya masih hidup.

"Kami menjual ratusan ketam pada setiap hari dan lebih 100 ekor ketam pada hujung minggu," katanya.

Ketam yang dijual itu dikenali sebagai Dazha di China dan merupakan makanan popular di Nanjing.

Ia mempunyai tiga saiz, kecil, sederhana dan besar dijual pada harga di antara 16.15 yuan (RM7.46) hingga 53 yuan (RM24.48) serta diletakkan di dalam bungkusan plastik.

Idea ganjil itu dikemukakan oleh seorang kakitangan syarikat Twin Lakes Crab Co., Tuanjie Shi.

"Saya pernah melihat banyak mesin pengeluaran automatik yang menjual minuman Coke dan snek dan menyebabkan saya menganggap ketam sepatutnya dijual menerusi mesin pengeluaran kerana ia kini menjadi produk yang standard," katanya. - Agensi

 

 

 

Mesin Pembersih Lembu?

Thursday, July 22, 2010

Mesin cuci badan lembu

GAMBAR menunjukkan seekor lembu dicuci dengan mesin berus di sebuah ladang di Sweden.


STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.

Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.

Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.

"Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-lembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi

No comments: