Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Monday, November 29, 2010

Hospital Cuai, Salah Siapa?

Assalammualaikum!

Sebagai seorang muslim, kita yakin bahawa setiap rezki, kemalangan atau kematian, telah ditentukan oleh qada dan qadar. Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia, tetap menerima berita kemalangan dengan beberapa soalan dan alasan. Beberapa artikel di bawah mengesahkan kecuaian hospital yang mengakibatkan penderitaan. Sungguh malang nasib mereka, marilah kita sedekahkan alfatihah untuk mereka. Bersamalah kita berdoa agar musibah sebegini tidak menimpa ramai orang.

 

  

MANUSIA & PERISTIWA

Ahad Januari 31, 2010

Jantung Mayat Masih Berdegup di Rumah Mayat

Gambar Zhang semasa dibawa dari Rumah Mayat. -Foto ihsan www.weirdasianews.com

SAUDARA-MARA seorang buruh binaan yang telah disahkan meninggal dunia, Zhang Houming, 46, terkejut apabila mendapati jantung si mati masih berdegup semasa berada di rumah mayat.

Pegawai-pegawai perubatan dari Hospital Neijiang, China yang bertanggungjawab telah dimarahi dengan teruk kerana kesalahan serius ini.

Mangsa diisytiharkan telah meninggal dunia untuk kali pertama selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah bas semasa pulang dari kerja.

Anaknya, Haibo pulang bersamanya kerana mereka berdua bekerja di tempat yang sama. Semasa kejadian, beliau pengsan akibat impak kemalangan tersebut.

Sehubungan itu, ambulans dilaporkan tiba lambat di tempat kejadian dan pemandunya memberi alasan kesesakan lalu lintas sebagai punca kelewatan.

Tetapi menurut rakan sekerja mereka, You, yang tinggal berhampiran dan bekerja di tempat kerja di tengah-tengah bandar itu, perjalanan hanya mengambil masa kurang daripada sejam.

“Saya tidak boleh percaya yang pemandu ambulans tersebut memandu lebih lambat daripada motosikal saya,” jelas You.

Sementara itu, seorang doktor yang memeriksa Zhang menulis dalam laporannya beliau telah menghembuskan nafas akhir.

“Beliau telah berhenti bernafas serta jantungnya telah berhenti berdegup semasa saya merawat Zhang,” tambahnya.

Selepas itu, beberapa orang pembantu perubatan memasukan Zhang ke dalam bag mayat berisi ais manakala anaknya pula dibawa ke hospital dengan ambulans.

Apabila ambulans itu tiba di hospital, saudara-mara Zhang dimaklumkan mengenai berita itu dan yang mayat Zhang ditempatkan di rumah mayat.

Mereka bergegas ke sana dan salah seorang daripada saudara lelaki Zhang dibawa ke dalam untuk mengenal pasti mangsa.

Saudara Zhang menepatkan telinganya ke atas dada dan terkejut apabila jantungnya masih berdegup.

Keluarganya menelefon talian kecemasan dan sebuah lagi ambulans tiba untuk membawa Zhang ke hospital. Para doktor mendapati jantung Zhang berdegup sebanyak 74 kali seminit dan bernafas 18 kali seminit.

Walaupun mereka telah cuba sedaya upaya selama sejam, Zhang gagal diselamatkan.

Pihak hospital akur dengan kecuaian kakitangannya namun Timbalan Pengarah Biro Kesihatan bandar tersebut, Luo Renfu masih mempertahankan tindakan doktor itu.

“Mangsa mungkin mengalami kejutan dan jantungnya mungkin mula berdegup kembali kerana hentakan van mini yang membawanya ke hospital,” katanya.

Keluarga Zhang meminta hospital itu membayar 1.5 juta yuan sebagai pampasan, namun pihak hospital hanya bersetuju untuk memberi 200,000 yuan sebagai ganti rugi.

mstar.com.my/variasi/manusia_peristiwa/cerita.asp?... -

 

Cyberjaya Online

One Malaysia News

Saturday - 27. November 2010

Suami dakwa isteri mati kerana hospital cuai

KOTA BHARU 23 Sept. – Seorang Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini mendakwa kecuaian kakitangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dekat sini telah menyebabkan isterinya meninggal dunia selepas menjalani pembedahan untuk bersalin pada 17 Ogos lalu.

Musa Abdul Kadir, 44, berkata, arwah isterinya, Aumil Khairri Abd. Razak, 44, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 8 pagi kelmarin selepas koma dua minggu di hospital berkenaan sementara bayi lelakinya seberat 2.3 kilogram kini berada dalam keadaan sihat.

Menurutnya, kecuaian pihak HUSM semasa melakukan pembedahan awal telah menyebabkan beberapa keping kain kapas atau ‘pack’ tertinggal di dalam rahim arwah isterinya itu.

Dakwanya, kain kapas itu dikesan seorang doktor yang membuat ujian sinar-X ke atas isterinya selepas arwah mengadu sakit teramat sangat selepas tiga jam bersalin anak keempat mereka melalui pembedahan.

“Saya diberitahu oleh doktor ada objek yang tertinggal di dalam perut isteri saya dan doktor meminta kebenaran untuk melakukan pembedahan kali kedua pada 22 Ogos lalu kira-kira pukul 2 petang.

“Ketika pembedahan dilakukan, doktor berjaya mengeluarkan dua keping kain kapas yang tertinggal di sebelah kiri dan kanan rahim isteri saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Musa mendakwa, selepas itu isterinya dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana mengalami masalah di dalam perut.

Dakwanya, pada 25 Ogos lalu, keadaan arwah isterinya menjadi tidak menentu sehingga menyebabkannya meracau, mengamuk dan demam teruk sehingga doktor terpaksa memberinya ubat tahan sakit.

Katanya, sejak itu arwah isterinya terus koma dan terpaksa makan dan minum menggunakan tiub sementara perutnya pula semakin membesar.

“Pada 7 September kira-kira pukul 9 malam, doktor sekali lagi meminta kebenaran saya untuk membuat pembedahan kali ketiga yang memakan masa selama kira-kira sembilan jam kerana difahamkan ada jangkitan kuman akibat pembedahan kali kedua,” dakwanya.

Menurut Musa, apa yang mengejutkan apabila doktor memberitahu berlaku lima kebocoran pada usus arwah isterinya, menyebabkan dua daripada ususnya dijahit sementara tiga pula terpaksa dibuang kerana ada yang terputus dan melekat pada rahim.

“Ada tiga usus lagi berdarah dan keadaannya bertambah kritikal dan kira-kira pukul 8 pagi pada 21 September lalu, isteri saya disahkan meninggal dunia,” ujarnya.

Dakwanya, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak hospital mengenai kejadian yang menimpa arwah isterinya, tetapi mereka enggan memberi kerjasama.

Berikutan itu, Musa telah membuat laporan di balai polis Kubang Kerian kira-kira pukul 6.44 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa isterinya.

www.cyberjayaonline.com/.../suami-dakwa-isteri-mati-kerana-hospital-cuai/ -

www.malaysiazoom.com/suami-dakwa-isteri-mati-kerana-hospital-cuai/ -

 

Ibu Mendakwa Hospital Cuai.

 

LABUAN: Seorang ibu kehilangan bayinya yang didakwanya atas sebab kecuaian kakitangan hospital membuat pendedahan kepada Daily Mail, mengharapkan apa yang dialaminya sekeluarga tidak akan terjadi kepada kelurga lain dimasa akan datang.
Hamidah Ibrahim, 33 berkata, kehilangan bayi lelakinya, Mohamad Alif Franciskus, berusia lapan bulan pada 21 Jun lalu, meletakkan dia dan suami dalam keadaan trauma setiap kali membayangkan keadaan yang menimpa nasib bayinya itu.
“Ekoran daripada kejadian yang tidak saya lupakan sehingga akhir hayat ini membutakan saya serik untuk mendapatkan rawatan di hospital. Meskipun redha dengan apa yang telah saya alami dan suami pemergian Alif bukan semudah untuk dilupakan… ini kerana bibit kasih sayang telah pun tertanam dalam jiwa kami sekeluarga,” katanya.
Hamidah mendakwa bayinya Alif meninggal dunia adalah disebabkan kelemahan dari pihak Hospital Nukleus Labuan, yang mana anaknya tidak sepatutnya dirujuk ke Unit Pesakit Luar.
“Anak saya demam pada satu hari itu. Dan dalam minggu itu juga anak saya mempunyai temujanji dengan doktor pakar dari Sabah. Doktor pakar itu memberikan ubat dan mengingatkan saya bahawa salah satu kesan ubat yang akan dialami oleh bayi saya adalah dia akan mudah dijangkiti kuman,” katanya.
“Kemudian pada keesokkan harinya demam anak saya semakin teruk. Saya bawa anak saya ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan setiap hari sehingga hari Isnin,” keluhnya.
“Walaubagaimanapun sakit Alif tidak menampakkn perubahan malahan semakin teruk setelah beberapa hari bayi dibawa ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
“Saya masih ingat hari terakhir iaitu pada hari Isnin itu, suhu demam panas anak saya sudah mencecah 40.1 darjah celcius. Saya bawa juga ke hospital dengan harapan ada doktor yang akan merawatnya. Sebaliknya anak saya di hantar ke pusat rawatan luar dan menunggu masa yang lama untuk anak saya mendapatkan rawatan,” katanya.
Hamidah juga mendakwa bayinya dibiarkan berada dalam bilik rawatan dengan tangan yang dicucuk jarum.
“Sehinggakan kulit tangan anak saya menjadi lebam kebiruan  disebabkan banyak cucukan jarum. Waktu itu saya tidak sampai hati melihat keadaan anak saya yang menangis kesakitan sambil matanya melihat saya,” katanya.
Hamidah berkata tidak menyangka pandangan anaknya ketika itu mempunyai maksud yang mendalam.
“Pandangan itu yang saya tidak dapat lupakan sehingga hari ini . Mungkin dia cuba untuk memberitahu saya bawah dia akan pergi selamanya,” tambahnya.
Daily Mail turut diberikan surat penjelasan darip ada pihak Pejabat Pengarah Hospital Labuan yang mengakui terdapat kelemahan daripada pihak hospital sewaktu Hamidah membawa anaknya ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan  pada 21 Jun lalu.
Satu mesyuarat membincangkan kes itu diadakan dan membuat kesimpulan bahawa  pihak hospital berasa kesal dengan apa yang berlaku dan beberapa langkah penambahbaikan telah diambil untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang.
Antara langkah yang diambil adalah memastikan kes yang telah dirawat di Unit Kecemasan dan Trauma tidak akan dirujuk ke Unit Pesakit Luar.
Sementara itu Hamidah berkata dia dan suami tidak akan membuat tuntutan atau mengambil tindakan undang-undang ini terhadap hospital ini kerana, baginya ianya tidak akan memberi makna “Alif tidak akan kembali bersama kami lagi.”
Hamidah berharap pihak hospital akan lebih sensitif terhadap kes seperti ini , “supaya jangan ambil remeh dengan keadaan pesakit yang memerlukan rawatan segera.”
“Saya juga berharap masyarakat Labuan dapat mengambil iktibar dari kejadian yang menimpa saya sekeluarga,” katanya.
Ketika ini saya di sahkan mengandung sebulan lebih. Untuk anak kedua Saya dan suami sudah fobia untuk mendapatkan sebarang rawatan di Hospital Labuan dan memilih untuk menggunakan perkhidmatan rawatan di Hospital Kota Kinabalu.

www.dailymail.com.my/index.php?...hospital-cuai...1... -

9,Nov

Hospital Cuai, Remaja Terima Darah HIV Kini Menderita AIDS

 

Remaja terima darah HIV kini hidap AIDS
Gambar: MUHD. KHAIRUN memeluk remaja lelaki malang yang kini dijangkiti AIDS di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.
Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.
Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.
"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.
"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.
Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya. -kosmo

greenboc.blogspot.com/.../hospital-cuai-remaja-terima-darah-hiv_09.html -

 

 

Doktor, hospital cuai rawat pesakit ILI tak dilindungi

KUANTAN 14 April - Kementerian Kesihatan tidak akan melindungi mana-mana doktor, klinik atau hospital yang cuai dalam merawat pesakit yang menghidap penyakit serupa influenza (ILI) sehingga menyebabkan kematian.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut berikutan kes kematian seorang peguam berusia 42 tahun di Johor Bahru yang didapati positif Influenza A (H1N1).

''Trend dalam tempoh dua minggu lalu menunjukkan peningkatan mendadak pesakit H1N1 dan ini mencetuskan kebimbangan kepada masyarakat.

''Saya telah mengarahkan sepasukan pakar dihantar ke sebuah hospital swasta di Kuantan untuk menjalankan kajian lanjut melibatkan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun pada 3 April lalu kemungkinan disebabkan H1N1.

''Kita mahu tahu perkembangan sepenuhnya kes tersebut sama ada wujud sebarang kecuaian di pihak hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA dan Pengerusi MCA Pahang berkata, pihak kementerian telah meminta semua hospital kerajaan dan swasta memberi rawatan terbaik kepada mana-mana pesakit ILI dan memberi rawatan anti viral kepada pesakit berisiko tinggi dengan kadar segera.

Ini kerana, katanya, tempoh empat hari pertama merupakan 'masa emas' untuk rawatan Tamiflu sebelum keadaan menjadi terlewat.

Beliau turut meminta orang ramai supaya tidak bimbang sekiranya diberi rawatan berkenaan sungguhpun mereka tidak dijangkiti H1N1.

www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt... -

 

Hospital cuai, bayi saya dilahirkan patah tangan: Ibu

Calendar October 6, 2009 | Posted by Zulhaidah

Seorang wanita hari ini mendakwa kecuaian petugas wad bersalin di Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani menyebabkan bayinya yang dilahirkan di wad itu kini menderita sakit akibat patah tangan kiri.

Faizah Ibrahim, 28, berkata bahawa selepas melahirkan anak keduanya itu pada 14 Sept lepas, seorang doktor memaklumkan kepada beliau bahawa tangan kiri bayi yang dilahirkan itu telah patah ketika dikeluarkan dan memintanya supaya tidak membuat sebarang aduan.

Katanya, disebabkan bersetuju dengan nasihat doktor itu dan percaya bayinya akan pulih seperti biasa, beliau tidak mendedahkan kecuaian petugas wad bersalin itu kepada mana-mana pihak sebelum ini.

“Selepas 11 hari di wad, bayi lelaki saya dibenarkan keluar tetapi sekarang tangan bayi saya ini semakin bengkak dan kebiruan sehingga ke tapak tangan manakala tangan sebelah kanannya pula mengalami masalah saraf,” kata Faizah kepada Bernama di rumahnya di Kuala Pegang di Baling.

Katanya, anak beliau Mohamad Afif Aidil Mohamad Shah Al Fandi, sering menangis kesakitan dan sedang menerima rawatan di Hospital Baling.

Faizah berkata pegawai perubatan di Hospital Sultan Abdul Halim itu telah menunjukkan gambar x-ray kepada beliau sebelum tangan bayinya itu disimen.

Suami beliau Mohamad Shah Al Fandi Md Yusof, 28, seorang pekerja kampung, berkata mereka bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Hospital Sultan Abdul Halim atas kecuaian yang menyebabkan anaknya menderita kesakitan.

“Saya sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anak kami akibat kecuaian pihak hospital dan kami akan mengambil tindakan undang-undang,” kata beliau.

Pengarah hospital berkenaan Dr Harris Fadzilah Che Hashim gagal dihubungi tetapi Bernama difahamkan pihak hospital telah memberi penjelasan mengenai kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan baru-baru ini.

“Kita telah memberi penjelasan mengenai kejadian itu dan meminta ibu bapa bayi merujuk semula ke hospital ini jika ada sebarang masalah,” kata seorang jurucakap hospital itu. BERNAMA

www.zulhaidah.com/?p=2764 -

No comments: