Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Sunday, October 31, 2010

Salahguna Seterika.

Assalammualaikum!
Setahu kita, seterika adalah alat penggosok baju yang menggunakan kuasa letrik. Beberapa dekad yang lalu, memiliki seterika letrik adalah suatu kemegahan kerana pakaian mereka yang digosok menggunakan alat ini ternyata kemas. Pada waktu itu, kita juga mungkin beruntung sekiranya memiliki seterika arang. Namun demikian, ramai juga keluarga yang tidak memiliki sebarang seterika untuk menggosok baju. Tapi sekarang, alat letrik semakin murah dan hampir setiap keluarga mampu memiliki seterika letrik. Tapi sayang, seterika kini disalahguna oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Di bawah ini dilampirkan beberapa buah artikel mengenai salahguna seterika oleh mereka yang kemungkinan bermasalah mental.

Ibu seterika anak dipenjara 4 hari, denda RM3,000
Ibu seterika anak dipenjara 4 hari, denda RM3,00015/07/2009 10:35am

KLANG 15 Julai – Gara-gara mencederakan anak perempuan berusia 12 tahun menggunakan seterika panas, seorang ibu dihukum penjara empat hari dan denda RM3,000 atau penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Klang hari ini.

Majistret, Gan Chee Keong menjatuhkan hukuman ke atas Maslinda Tubari, 28.

Tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana terlalu sayangkan anaknya.

Katanya, perbuatan tersebut berlaku kerana tekanan hidup dan tindakan suami yang ingin menceraikannya dan kes cerai akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada 20 Julai ini.

Mazlinda mengaku mencederakan Nur Aliya Safa Ismail pada pukul 7pagi 27 April lalu di rumahnya di Lot 1723, nombor 9D, Sungai Udang,Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang boleh dihukumpenjara 3 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripadaseksaan tersebut. - Utusan

ibu Curang Seterika Anak.
adriana04-05-2009, 08:38 AM
KUALA LUMPUR: Seorang ibu sanggup menjadikan anak perempuannya yang berusia 12 tahun sebagai tempat melepaskan geram terhadap suami, termasuk menekap seterika panas ke anggota tubuhnya hingga melecur.

Mangsa yang menuntut di sekolah agama di Klang turut dibelasah dengan menggunakan batang penyapu bertalu-talu di kaki hingga lebam.

Sumber polis menyatakan tindakan kejam si ibu berusia 28 tahun itu disebabkan dia mengesyaki mangsa membocorkan rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain kepada suaminya.

Katanya, kejadian terbabit dibongkar seorang ustazah sekolah terbabit yang sangsi terhadap kesan kecederaan teruk dialami mangsa.

Ustazah berusia 32 tahun itu mendapati kedua-dua tangan mangsa melecur kira-kira jam 3 petang Khamis lalu.

“Mangsa turut menunjukkan kesan melecur di belakang leher, lebam di paha dipercayai dipukul dengan objek keras.

“Selepas dipujuk berulang kali, mangsa yang ketakutan akhirnya membuat pendedahan memeranjatkan dengan mendakwa didera ibu kandungnya sendiri,” katanya.

Mangsa menyatakan ibunya menggunakan seterika panas untuk melecurkan kedua-dua belah tangannya selain leher.

Dia yang menjerit kesakitan akibat ditekap seterika panas tidak dipedulikan ibunya.

Selain itu, sumber itu berkata, mangsa dibelasah dan dipukul dengan batang pencuci lantai menyebabkan kakinya lebam.

Difahamkan ustazah berkenaan yang bersimpati terhadap nasib mangsa segera membawanya ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk rawatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Klang.

Hasil siasatan mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu didera ibunya Selasa lalu di rumah mereka.

Mangsa memberitahu dimarahi ibunya sekitar jam 7 malam sebelum diserang dengan seterika panas.

“Siasatan juga mendapati wanita itu sering bertindak kejam terhadap mangsa selepas menuduh dia memberitahu bapa berkaitan hubungannya dengan lelaki lain.

“Perbuatan mangsa itu menyebabkan suspek kerap bergaduh dengan suaminya yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat minyak,” katanya.

Menurut sumber itu, susulan laporan berhubung kejadian itu, polis memberkas wanita berusia 28 tahun itu di rumahnya serta merampas seterika dan batang penyapu yang kerap digunakan untuk memukul mangsa.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas jenayah penderaan.

Ahad, 2010 Oktober 31
Pelajar dakwa guru guna seterika panas kejut untuk solat Subuh
BERNAMA
PASIR MAS — Seorang guru di asrama sebuah sekolah menengah di sini didakwa menggunakan seterika panas untuk mengejutkan 11 pelajar yang lewat bangun untuk menunaikan solat Subuh dalam satu kejadian pada 12 Oktober lepas.

Dua daripada pelajar berkenaan, Muhammad Al-Hakim Mat Nawi, 16, dan adiknya Muhammad Fairuz, 14, mendakwa kejadian berlaku kira-kira 6.15 pagi ketika mereka sedang nyenyak tidur.

Berikutan itu kedua-dua beradik tersebut melecur di bahagian kaki dan lengan menyebabkan keluarga mereka membuat laporan polis pada keesokannya.

Mengulas kejadian itu kepada pemberita di sini, Muhammad Al-Hakim berkata pada kebiasaannya penghuni dormitori itu bangun kira-kira pukul 6 pagi untuk bersiap menunaikan solat Subuh.

“Entah kenapa pada hari itu ramai daripada kami nyenyak sangat tidur dan ketika itu saya terkejut apabila terasa sesuatu yang panas pada bahagian tapak kaki kiri dan selepas tersedar saya tengok cikgu tersebut berdiri sambil memegang seterika panas.

“Ketika itu dalam dom kami ada 14 pelajar tetapi tiga daripadanya telah bangun lebih awal menyebabkan mereka terselamat,” katanya.

Adiknya, Muhammad Fairuz mengalami lecur di bahagian lengan kiri akibat terkena seterika panas tersebut.

Muhammad Al-Hakim mendakwa sebelum ini guru tersebut pernah mengejutkan mereka dengan cara merotan, menyimbah air sabun serta menggunakan penyapu yang diletakkan di muka.

Ibu mereka, Siti Fatimah Yusof, 52, berkata dia hanya mengetahui insiden itu pada petang hari kejadian selepas salah seorang saudaranya membawa Muhammad Fairuz pulang ke rumah, menyebabkan dia ke sekolah tersebut dan membawa Muhammad Al-Hakim pulang.

“Saya tidak kisah sekiranya anak saya dihukum atau dilakukan apa sahaja oleh cikgu untuk mengajar tetapi kalau guna seterika panas untuk kejut sembahyang Subuh saya rasa itu bukan cara yang betul,” katanya.

Katanya, dia turut ke sekolah tersebut bagi mendapatkan penjelasan daripada pengetua serta guru terbabit, namun mereka bukan saja tidak memohon maaf bahkan pihak sekolah turut mempertahankan tindakan guru berkenaan.

“Saya hanya mahukan keadilan, sekurang-kurangnya guru tersebut meminta maaf atas kejadian tersebut tetapi sebaliknya mereka mempertahankan tindakan tersebut serta memarahi saya dan meminta saya menarik semula laporan polis yang dibuat,” katanya.

Katanya, Muhammad Fairuz yang merupakan anak kelapannya kini berada dalam keadaan trauma sehingga kadang kala enggan bercakap dan bertemu sesiapa serta takut untuk ke sekolah selepas peristiwa tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliluddin Rahim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada 13 Oktober lepas dan polis telah menahan guru terbabit yang berumur lingkungan 40-an untuk siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata merbahaya dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan,” katanya.

Friday, October 29, 2010

Dari Imam Al-ghazali

Assalammualaikum!

Berikut adalah sedutan dari himpunan kisah menarik dari Imam Al-ghazali mudah-mudahan menjadi renungan untuk kita bersama.

 

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau ber-Teka Teki :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"

Murid 1 = " Orang tua "

Murid 2 = " Guru "

Murid 3 = " Teman "

Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (QS: Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

Murid 1 = " Negeri Cina "

Murid 2 = " Bulan "

Murid 3 = " Matahari "

Murid 4 = " Bintang-bintang "

Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"

Murid 1 = " Gunung "

Murid 2 = " Matahari

Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (QS: Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia ini ?"

Murid 1 = "Baja"

Murid 2 = "Besi"

Murid 3 = "Gajah"

Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (QS: Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

Murid 1 = " Kapas"

Murid 2 = " Angin "

Murid 3 = " Debu "

Murid 4 = " Daun-daun "

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan Kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "

Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar . Tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasan saudaranya s

Thursday, October 28, 2010

Blackberry! Telefon Pintar?

Assalammualaikum!

Entah bilakah aku berpeluang menggunakan Blackberry, tak tahulah. Setakat telefon yang ada ini pun, aku sudah cukup bersyukur. Telefon ini biarpun murah, tidak begitu canggih, cukup memenuhi kehendak aku. Aku terlalu menyayanginya, dan terlalu bersyukur kerana memilikinya.

 

UAE larang pelawat guna BlackBerry
ABU DHABI - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumu:m:kan larangan penggunaan aplikasi
perkhidmatan telefon BlackBerry kepada pengunjung dari negara luar yang melawat negara
itu, kelmarin.
Terdahulu, Pihak Berkuasa Peraturan Telekomunikasi UAE (TRA) mengumumkan rakyat negara
itu dilarang menggunakan aplikasi sistem pesanan ringkas, emel dan perkhidmatan Internet
yang disediakan BlackBerry, berkuatkuasa 11 Oktober depan.
Menurut TRA, maklumat yang dihantar melalui telefon itu dikhuatiri diterima dan dikendalikan
oleh pihak yang boleh mengancam keselamatan negara itu.
Penggodam siber menggodam BlackBerry milik Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama
dan membaca pesanan ringkas presiden itu yang dianggap sebagai maklumat sensitif.

Revolusi BlackBerry Cetus Kontroversi
Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my
SEDEKAD lalu mungkin tidak ramai yang mengenali produk keluaran syarikat yang berpangkalan
di Kanada, Research In Motion (RIM) itu.
Penggemar teknologi khususnya telefon bimbit lebih gemar memilih jenama yang mempunyai
nama dalam lapangan pembuatan peranti telekomunikasi mudah alih.
Senario itu terjadi mungkin disebabkan produk pertama BlackBerry yang dihasilkan
pada tahun 1999 adalah berasaskan konsep alat kelui.
Evolusi perubahan peranti pintar BlackBerry pertama mula dicipta pada tahun 2002
yang mengetengahkan keupayaan e-mel tolakan, faks Internet, pelayaran laman web dan
perkhidmatan maklumat tanpa wayar lain.
Selain itu, peranti pintar BlackBerry juga dilengkapi keupayaan aplikasi seperti
buku alamat, kalendar dan sebagainya sama seperti peranti pintar lain yang terdapat
di pasaran.
Bagaimanapun, sejak beberapa tahun lalu, gergasi telekomunikasi berlumba-lumba menghasilkan
peranti mudah alih berkuasa tinggi sehingga muncul segmen telefon pintar menjengah
pasaran dunia.
Jenama BlackBerry tidak terkecuali membangunkan telefon pintar sehingga melakar nama
dalam segmen tersebut sehingga menjadi bualan hangat pengguna peranti mudah alih.
Keupayaan teknologi BlackBerry mula mencuri tumpuan golongan usahawan dan profesional
dalam mengharungi kehidupan seharian mereka kerana ia dapat memudahkan segala urus
niaga dan komunikasi yang ingin dilakukan dengan mudah lagi pantas tanpa sebarang
gangguan.
Namun, kemasyhuran telefon pintar itu mula terserlah di persada dunia apabila Presiden
kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berjaya mengekalkan penggunaan
peranti tersebut tahun lalu.
Pelbagai spekulasi dan kesangsian mengenai keselamatan penggunaan peranti tersebut
mula timbul bagi menghalang Obama menggunakan peranti pintar itu sebelum beliau melangkah
masuk ke Rumah Putih menjawat jawatan Presiden AS.
Obama berkata, telefon pintar tersebut merupakan peranti yang akan digunakan untuk
berhubung dengan rakyat AS dan mengelak daripada terperangkap dengan tugasan presiden.
"Ia merupakan salah satu antara sejumlah peranti yang saya cuba gunakan bagi memastikan
rakyat masih boleh berhubung dengan saya.
"Saya ingin mempunyai suara, selain daripada orang terdekat yang bekerja dengan saya
dapat menghulur dan menghantar maklumat tentang apa sedang berlaku di AS," katanya.
Bagaimanapun, telefon pintar milik Obama telah diubah suai dengan perisian keselamatan
canggih berbanding BlackBerry yang terdapat di pasaran untuk mengelak penggodam daripada
memasuki peranti tersebut.
BLACKBERRY diminati kerana kecanggihan teknologinya.
Keistimewaan telefon pintar Blackberry terletak pada kecanggihan teknologinya. Malah
ia begitu dikenali kerana mempunyai kebolehan menghantar dan menerima e-mel di mana
sahaja.
Kemudahan tersebut boleh digunakan dengan mudah sekiranya terdapat liputan rangkaian
perkhidmatan mudah alih atau melalui sambungan Wi-Fi.
Data yang diekstrak
Dalam pada itu, perbezaan ketara yang terdapat pada telefon pintar tersebut adalah
data yang diekstrak daripada peranti BlackBerry akan disimpan dalam format khas iaitu
IPD dengan fail akan dienkripsikan ke sistem kerangka utama BlackBerry.
Ini bermakna pencerobohan sukar dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin memperoleh
maklumat yang dihantar atau diterima pengguna BlackBerry.
Pelayan Enterpris BlackBerry (BES) menjadi tulang belakang kejayaan syarikat itu
menawarkan sistem e-mel mudah kepada pengguna yang membolehkan mereka membuka Microsoft
Exchange, Lotus Domino dan Novell Group Wise.
Menariknya tentang BES, ia berupaya menyimpan akaun e-mel secara bersepadu dengan
mengemaskini kotak e-mel pengguna sebaik mesej masuk diterima yang dihantar melalui
Pusat Operasi Rangkaian RIM (NOC) dinamakan e-mel tolakan.
Secara teknikalnya, ia membekalkan sambungan TCP/IP menerusi komponen Perkhidmatan
Data Mudah Alih - Servis Sambungan (MDS-CS) yang memungkinkan pembangunan aplikasi
ke peranti BlackBerry berasaskan platform Sun Microsystems Java ME.
Kecanggihan teknologi BlackBerry tidak terhenti di situ sahaja kerana peranti baru
telefon pintar dibangunkan syarikat RIM turut dilengkapi perisian BlackBerry Messenger
(BBM).
BlackBerry Messenger yang juga dikenali sebagai BBM oleh masyarakat alam maya digunakan
untuk menghantar dan menerima mesej segera melalui PIN BlackBerry dan imbasan kod
bar.
Khabar gembira
Mengapakah teknologi perisian BBM begitu digemari pengguna peranti BlackBerry sehingga
tidak menggunakan lagi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila berkomunikasi dengan
pemilik BlackBerry lain?
Keunikan BBM adalah ia tidak melibatkan pembayaran seperti perkhidmatan SMS apabila
menghantar mesej segera. Mereka juga mempunyai kebebasan berhubung bersama rakan-rakan
yang berada di luar negara.
BLACKBERRY mencetuskan ketagihan di seluruh dunia.
Ia juga membenarkan paparan gambar, mesej peribadi, menghantar dan membaca pemberitahuan
kepada pengguna-pengguna lain.
Kesemua ciri-ciri yang dimiliki telefon pintar BlackBerry mula mencetus fenomena
dan ketagihan di kalangan peranti mudah alih seluruh dunia.
Perjalanan kecanggihan teknologi telefon pintar BlackBerry tidak seindah yang disangka
apabila mencetuskan kontroversi di beberapa buah negara di dunia.
Sebagai contoh, Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Arab Saudi telah mengarahkan
pengendali telefon bimbit supaya menyekat perkhidmatan BlackBerry bermula Jumaat
lalu atau berdepan denda AS$1.3 juta (RM4 juta) jika gagal berbuat demikian.
Bagaimanapun, pihak berkuasa Arab Saudi telah menangguhkan larangan perkhidmatan
telefon pintar BlackBerry di negara berkenaan.
Kenyataan agensi berita rasmi SPA menyatakan, perkhidmatan telefon pintar itu akan
beroperasi secara dalam talian seperti biasa dan ia perlu melaporkan perkembangan
dari semasa ke semasa kepada pihak berkuasa Arab Saudi sebelum jalan penyelesaian
muktamad dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
Penangguhan tersebut telah membawa perkhabaran gembira kepada pengguna BlackBerry
yang mencecah berjuta orang di Arab Saudi.
"Saya tidak mengetahui mengapa mereka membuat kecoh mengenai BlackBerry," kata Sahar
Mohammed, 19 seorang pelajar universiti.
"Mereka sepatutnya mencapai persetujuan pada minggu lalu tanpa perlu membuatkan pengguna
melalui pengalaman kurang selesa pada minggu lalu," ujarnya.
Medium terbaik
Telefon pintar berkenaan menjadi medium terbaik kepada golongan lelaki dan wanita
di Arab Saudi untuk berhubung di antara satu sama lain melalui alam maya.
"Saya mungkin akan mati...jika perkhidmatan berkenaan dihentikan walaupun selama
tiga hari," kata Alonood Oseilan di laman sosial Facebook yang memprotes pengharaman
perkhidmatan berkenaan.
Seorang pelajar universiti, Khaled al-Harthi, 21, berkata, dia bergegas membeli peranti
BlackBerry baru untuk meraikan peristiwa istimewa berkenaan.
"Saya sudah mempunyai BlackBerry tetapi saya sangat gembira apabila perkhidmatannya
diteruskan dan mengambil keputusan membeli satu lagi peranti berkenaan," ujarnya.
Selain Arab Saudi, kontroversi mengenai teknologi BlackBerry juga berlaku di negara,
Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Indonesia dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menyediakan pakej terbaik
BlackBerry kepada pengguna.
Malah pakej-pakej berkenaan telah menjadi fenomena baru masyarakat negara ini khususnya
golongan belia berkomunikasi bersama rakan-rakan dengan lebih pantas dan mudah.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiapkan
laporan berhubung penggunaan telefon bimbit pintar BlackBerry di negara ini ekoran
tindakan beberapa negara menggantung perkhidmatan telefon itu atas alasan keselamatan.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata,
laporan itu kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dikemukakan dalam satu mesyuarat
minggu ini.
"Laporan itu adalah tentang dakwaan kononnya perkhidmatan BlackBerry telah digantung
di beberapa negara.
"Kita akan umumkan hasilnya selepas mesyuarat nanti," katanya.

Wednesday, October 27, 2010

Masyarakat Melayu Alaf Baru!

 

Assalammualaikum!

Semakin hari akak semakin tua. Semakin hari semakin banyak kejadian yang tidak boleh diterima oleh minda tua akak. Apakah yang sebenarnya terjadi dengan dunia hari ini? Mengapakah masyarakat melayu kini berubah laku? Semalam kes anak nak campak ibu dari rumah pangsa di Cheras. Hari ni akhbar melaporkan anak tumbuk ibu sampai koma di Kemaman, anak ugut bakar rumah ibu di Ampang.

Begitu juga dengan kisah suami-isteri yang sepatutnya saling menyayangi tapi kini isteri didera bagaikan binatang yang dibenci. Jika dulu, kisah jenayah suami-isteri hanyalah melibatkan kecurangan dan orang ke tiga, tapi kini, kesetiaan tidak bermakna. Semalam kita dihidangkan dengan kisah muka isteri  dikencing suami kerana masakkan tidak sedap, hari ini pula kisah isteri dibelasah suami dah 18 tahun di Ipoh.

Apa nak jadi dengan masyarakat kita? Adakah ini Bala Gejala Sosial? Kita sentiasa dimomokkan dengan pembangunan fizikal, tetapi pembangunan mental dan spiritual sering dikesampingkan.
Semua pihak, semua parti politik, semua individu harus menumpukan pembangunan mental dan spiritual ketika ini yang semakin parah.
Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi. Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Analisis kes sakit mental di Malaysia.

 

di Tumbuk ibu sampai koma
Harian Metro 27 Okt 2010
KEMAMAN: Akibat berang dengan sikap ibunya yang dikatakan lambat membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya, seorang lelaki sanggup menumbuk muka ibunya itu sehingga terjatuh dan koma.
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.
“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.
Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut.
“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.
Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tumbukibusampaikoma/Article/index_html
Ugut bunuh, bakar rumah emak
Harian Metro 27 Okt 2010
AMPANG: Seorang anak sanggup mengugut mahu membunuh dan membakar rumah didiami ibunya hanya semata-mata mahu rumah itu yang terletak di Kuala Ampang, di sini dijual.
Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.
Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.
“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya. “Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya.
Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan juga penahanan suspek.
“Lelaki terbabit ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ugutbunuh_bakarrumahemak/Article/index_html
18 tahun dibelasah suami
Harian Metro 27 Okt 2010
IPOH: “Saya tak pernah kenal erti kebahagiaan sejak berkahwin dengannya lebih 18 tahun lalu. Sudah kering air mata mengenangkan nasib diri kerana syurga rumah tangga diimpikan pada awal perkahwinan bertukar menjadi igauan ngeri,” kata seorang suri rumah, Salina, 39, yang mendakwa didera suaminya secara fizikal dan mental sejak 18 tahun lalu.
Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.
“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah.
“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin.
Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.
Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002.
“Tidak lama selepas berkahwin dengan saya, suami bernikah seorang lagi tapi isteri keduanya diceraikan tidak lama kemudian kerana perkahwinannya tidak mendapat persetujuan saya. “Dia kemudian berkahwin sekali lagi tapi bercerai kerana isteri ketiganya kerana menerima nasib sama seperti saya tetapi dia berkahwin kali keempat pada 2008,” katanya.
“Saya pernah beberapa kali minta cerai tapi dia enggan melepaskan saya. Saya berharap ada pihak sudi membantu menguruskan proses perceraian saya dan kini saya hanya bergantung hidup atas bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/18tahundibelasahsuami/Article/index_html

 

 

Kencing muka lafaz talak tiga

Harian Metro Rabu, 27 Oktober 2010

KUALA LUMPUR: Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing suaminya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam Khamis lalu itu, suami terbabit yang berusia lewat 30-an turut menceraikan isterinya dengan lafaz talak tiga ketika kencing ke atas mangsa.
Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Sumber polis berkata, pasangan terbabit mendirikan rumah tangga sejak dua tahun lalu dan pernikahan mereka dilakukan di negara jiran tanpa mendaftarkan semula perkahwinan di sini.

Menurutnya, dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil.
“Menurut mangsa, dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. Malah, pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya.
“Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf,” katanya.
Bagaimanapun, kata sumber itu, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya.
“Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya,” katanya.
Menurutnya, selepas menerima laporan mangsa, polis melakukan gerakan memburu suami mangsa sebelum menahannya kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu ketika dia berehat di rumahnya. Lelaki itu kini direman empat hari bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan lelaki terbabit dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

www.hmetro.com.my/.../Kencingmukalafaztalaktiga/Article -

Tuesday, October 26, 2010

Panduan Menjaga Perabot.

  • Ketika mengemas atau mengubah kedudukannya, anda perlu mengangkat bukannya menarik bagi mengelak kemasan lantai dan perabot rosak.

  • Buang habuk yang melekat menggunakan kain lembut atau lampin bayi.

  • Gunakan teknik menekap bukannya mengesat jika membersihkan sebarang sisa makanan tertumpah.

  • Gilap perabot kayu ­sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

  • Elak terlalu terdedah ­kepada cahaya matahari.

  • Elak melapik permukaan meja kayu dengan plastik atau alas pinggan dalam jangka lama.

  • Monday, October 25, 2010

    Percayakah Anda Pada Bomoh Ini?

    Assalammualaikum!

    Akhir-akhir ini, banyak sekali kes yang dirujukkan pada bomoh. Apa nak jadi dengan masyarakat kita hari ini? Apakah amalan bomoh sudah mula dikagumi?

     

    GAMBAR yang bertarikh 16 Ogos lalu menunjukkan seorang bomoh yang dikenali sebagai Pak Su menjelaskan rawatan yang digunakannya untuk memulihkan penyakit di pinggir Kuala Lumpur.

    KUALA LUMPUR – Pada siang hari, dia memeriksa e-mel pada telefon BlackBerry tetapi pada waktu malam Mazlan Hakim memusnahkan ‘hantu jahat’ dengan menggunakan al-Quran.

    Mazlan merupakan salah seorang bomoh generasi baru di negara ini.

    Seperti di kebanyakan kawasan di Asia, kepercayaan kuasa ghaib tersebar luas di Malaysia.

    Namun, amalan itu mempunyai kelainan di negara yang didiami majoriti penduduk Islam yang mencampuri perkara ghaib yang dilarang Islam.

    Mazlan merupakan salah seorang generasi baru bomoh yang berpendidikan tinggi, memasuki dunia moden dan menghalau hantu dan melakukan pemulihan dengan menggunakan peraturan Islam berbanding menggunakan pendekatan animisme atau teknik lain.

    Dia yang berusia 56 tahun telah menjadi bomoh selama 30 tahun.

    Mazlan tidak seperti rakan-rakan sejawatannya yang tidak Islamik yang menyatakan mereka menggunakan jin untuk menurut arahan.

    Sebaliknya, dia menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memulihkan dan ‘memandu’ keluar hantu jahat.

    Dengan memakai baju mendedahkan leher dan seluar berwarna coklat, Mazlan memeriksa e-mel di telefonnya.

    Dia seperti seorang eksekutif perniagaan tetapi perbualannya mengenai perbuatan hariannya.

    “Terdapat dua jenis jin, jin Islam dan bukan Islam,” katanya.

    “Yang paling jahat ialah jin Islam semasa jin-jin lain keluar dari tubuh apabila saya membaca ayat-ayat dari al-Quran tetapi jin Islam kebal al-Quran menyebabkan saya perlu menggunakan kemampuan telekinetik untuk mengeluarkannya,” tambahnya.

    Mazlan menyatakan, dia telah melihat makhluk ghaib sejak berusia 15 tahun.

    Namun, selepas belajar dengan pakar-pakar agama, dia menajamkan kuasa mindanya dan menguasai teknik telekinetik.

    Dia menunjukkan cara penggunaan teknik itu dengan menggerakkan bola ping pong.

    Semasa dia menutup kedua-dua matanya dan mukanya berkerut memberikan tumpuan, sebiji bola ping pong di sebuah meja mula untuk bergetar sebelum bergerak secara perlahan ke arah bola lain.

    < jQuery1287856943828="6">

    “Ini bukannya satu muslihat, saya menggunakan minda saya untuk menangkap hantu yang merasuk manusia. Ini dan al-Quran memberikan kejayaan kepada saya,” katanya.

    “Saya mempunyai hampir 100 peratus kejayaan dan ramai pelanggan saya telah dijauhkan daripada hantu atau sumpahan yang menimpa mereka,” tambahnya lagi.

    Dakwaan seperti itu mungkin dianggap ganjil manakala pihak berkuasa agama di Malaysia terkenal dengan penguatkuasaan keras undang-undang moral dan kerohanian.

    Bagaimanapaun, bomoh-bomoh Islam diberikan tolak ansur malah diluluskan sebagai salah satu alternatif kepada amalan ilmu hitam yang masih menjalankan urus niaga yang bercampur dengan jampi.

    Majalah-majalah tempatan dipenuhi dengan iklan ubat pengasih dan air jiwa untuk menghentikan pasangan yang menyimpang dan masalah jiran.

    Seorang penyelidik kuasa ghaib, Azizah Ariffin menyatakan penduduk Melayu telah lama mengamalkan seni ilmu hitam.

    Menurutnya, pada asalnya, ilmu hitam itu berasal dari amalan animisme yang diperkukuhkan dengan kepercayaan Hindu sebelum kedatangan agama Islam di rantau ini.

    “Ilmu hitam merupakan sebahagian daripada kehidupan penduduk Melayu selama berabad-abad dengan bomoh kampung masih mengamalkan kepercayaan animisme dan upacara agama terdahulu untuk memulihkan orang ramai,” katanya.

    “Semasa kedatangan Islam, imam mengambil berat isu kerohanian penduduk.

    “Hanya kebelakangan ini, ramai bomoh menggunakan ayat-ayat al-Quran untuk memulihkan orang ramai,” katanya.

    Menurutnya, teknik lama seperti membakar kemenyan untuk memanggil jin dan berhubung dengan hantu serta membuat ubat-ubat ajaib kini sudah kurang menjadi pilihan.

    “Bomoh-bomoh Islam menggunakan ayat-ayat al-Quran dan mereka tidak merosakkan tetapi membantu memulihkan penyakit serta memindahkan serangan ilmu hitam. Bomoh-bomoh yang tidak menggunakan ayat al-Quran yang menjadi kebimbangan kerana sebahagian sahaja yang melakukan amalan baik manakala yang lain adalah pengamal sebenar ilmu hitam dengan menggunakan amalan animisme,” tambahnya.

    Seorang ulama terkenal, Mohammad Tamyes Abdul Wahid meminta kerajaan memperkenalkan undang-undang bagi menentang amalan penggunaan ilmu hitam yang menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan jahat. – AFP

    kredit : kosmo.com.my

    MANDI...Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.
    MANDI…Abu Samah memandikan Ila kerana mendakwa jin yang berada dalam badannya enggan keluar meninggalkan badan.

    KULAIJAYA: Seorang gadis sengsara akibat gangguan histeria yang dikatakan berpunca daripada tindakannya menggunakan jin dan amalan ilmu hitam bagi menundukkan lelaki supaya memenuhi kemahuannya memiliki barangan berjenama.

    Gangguan histeria dialami gadis berusia 18 tahun itu berlaku jam 10.30 malam pada 14 Oktober lalu memaksa keluarga remaja berkenaan memanggil pengamal perubatan tradisional bagi memulihkan keadaan.

    Hasil rawatan, bomoh berkenaan memberitahu kejadian berpunca daripada jin belaan gadis berkenaan mengamuk apabila dia yang mahu dikenali sebagai Ila tidak menunaikan janji dalam mengamalkan ilmu hitam.

    Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, ilmu penunduk yang diamalkan anak gadisnya diperoleh remaja itu daripada bapa saudaranya yang juga seorang bomoh di Negeri Sembilan.

    Anak perempuan saya itu dibela abang ipar saya sejak kecil lagi sebelum saya mengambilnya semula empat tahun lalu selepas dia melakukan pelbagai kesalahan di sekolah.

    Saya menyedari dia mengamalkan ilmu hitam selepas isteri menjumpai sehelai kertas bertulis ayat mantera yang tidak difahami dalam simpanannya, katanya.

    Menurutnya, akibat tidak sedap hati, dia dan isterinya membakar kertas berkenaan sebelum bertanya kepada anaknya mengenai ayat di atas helaian kertas itu.

    Dia menggelengkan kepala dan mengatakan itu kertas conteng biasa tapi kami yakin ia mantera dibekalkan bapa saudaranya.

    < jQuery1287857453109="6">

    Saya berani berkata demikian kerana saya sendiri pernah melihat abang ipar (bapa saudara gadis berkenaan) menggunakan bara api ketika menjalankan proses perubatan, katanya.

    Ibu Ila pula berkata, gangguan histeria dialami anak gadisnya makin kerap berlaku dan minggu lalu kali ketiga menimpanya sepanjang tempoh dua bulan lalu.

    Katanya, sebelum tubuh Ila dimasuki jin, dia duduk diam di satu sudut menangis sambil diiringi gelak tawa yang menyeramkan dan memarahi sesiapa yang cuba menenangkannya.

    Ila mengaku dia mengamalkan ilmu yang diberi bapa angkatnya selepas gangguan kali pertama berlaku pada pertengahan bulan lalu.

    Dia menggunakan ilmu itu bagi membuatkan semua lelaki yang dikenalinya menurut perintah dan meminta apa saja barangan mewah dikehendakinya.

    Tahap kesabaran kami sekeluarga sampai ke kemuncak apabila dia menggunakan ilmu penunduk itu ke atas anak angkat kami yang juga seorang mualaf bagi memenuhi kehendaknya memiliki barangan berjenama.

    Walaupun kami berulang kali menasihatinya supaya membuang ilmu itu, dia tetap berdegil dan mengamalkan ilmu hitam itu, katanya.

    Wanita itu berkata, walaupun tiga kali diubati, Ila belum pulih sepenuhnya dan dia percaya gangguan histeria itu boleh berulang lagi.

    Jika perkara ini berlaku di rumah, kami masih boleh mengawasinya tapi jika ia berlaku di luar, saya bimbang ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain, katanya.

    Sementara itu, pengamal perubatan tradisional, Abu Samah Ahmad yang merawat Ila berkata, apa yang dialami gadis berkenaan kesan buruk apabila seseorang manusia mengamalkan ilmu hitam.

    Inilah akibatnya jika mengamalkan benda terlarang kerana ia bukan saja memudaratkan diri, malah boleh membawa kita kepada syirik kerana meminta pertolongan selain daripada Allah SWT, katanya.

    Katanya, ketika tubuh Ila dimasuki jin, tindak-tanduknya juga berubah kerana akal fikirannya dikawal jin.

    Sumber : Harian Metro

     

    TIF (Arab Saudi): Seorang wanita dan suaminya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang penipu yang memeras ugutnya supaya mengadakan hubungan seks, lapor akhbar al-Yaum, semalam.

    Sebelum ini, sebuah mahkamah di Qatif menghukum lelaki terbabit dengan penjara enam bulan dan sebat 60 kali atas kesalahan itu.

    Bagaimanapun, wanita terbabit berharap lelaki berusia 50-an itu dikenakan hukuman lebih berat.

    Mangsa berkata, ketika dia dan adiknya bertemu lelaki terbabit untuk berubat lapan tahun lalu, tertuduh menyihirnya dan memberikan satu tangkal.

    < jQuery1287857751031="5">

    Sejak itu saya menghadapi masalah dengan suami, manakala tertuduh pula sering menghubunginya.

    Dalam satu daripada insiden itu, katanya, lelaki terbabit menghubunginya dan bercakap mengenai sesuatu rahsia yang tidak diketahui sesiapa.

    Misalnya, kata mangsa, lelaki itu tahu dia hamil.

    Selepas beberapa ketika, saya terjebak dalam perangkapnya tanpa disedari.

    Dia juga mengancam untuk menjadikan saya botak jika enggan melayan nafsunya, katanya.

    Mangsa juga menghadapi masalah seksual dengan suaminya selama enam tahun sehinggalah dia berjaya berubat. – Agensi

    Sumber : Harian Metro

     

    Sessi Ghaib Jadi Nyata.

     

    AKU tahu perbuatan ini dosa besar. Tapi aku tak kisah nak santau dia sampai mati pun. Aku sanggup tanggung segala dosa!”

    Demikian ungkapan kesumat seorang wanita Melayu yang nekad mensantau bekas teman lelakinya seperti yang diceritakan rakan penulis, Suhaila.

    Suhaila mengimbas kata-kata yang pernah berdesing di cuping telinganya itu sekitar empat tahun lalu.

    “Aku dengar-dengar, lelaki itu sudah pun mati,” cerita Suhaila.

    Sihir atau ilmu hitam bukan perkara baru. Menurut sejarahwan, amalan melakukan sesuatu menerusi bantuan makhluk halus seperti jin dan syaitan telah berakar umbi sejak sekitar 5,000 tahun Sebelum Masihi.

    Dalam tamadun Mesopotamia, pengaruh ilmu sihir begitu kuat dan mereka yang mahir dalam bidang ini digelar asipu.

    Dalam tamadun Rom dan Yunani, ahli-ahli sihir mereka mampu melumpuhkan seseorang dengan bacaan mantera manakala dalam tamadun Mesir, ahli-ahli sihir yang hebat digaji menjadi pengawal peribadi.

    Di Malaysia kini, cabang-cabang sihir didapati pada amalan santau, pukau, tuju-tuju, ubat guna-guna dan sebagainya.

    Seorang lelaki dari Pulau Pinang, Salman (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun menderita penyakit misteri selama setahun.

    Berat badannya susut secara mendadak daripada 80 kilogram (kg) menjadi 40 kg dalam tempoh yang agak singkat.

    Setiap kali menjelang Maghrib, dia tidak boleh mengangkat kakinya untuk berjalan sehingga perlu berpaut pada tembok dinding di rumah.

    Dia mendakwa doktor tidak mempunyai penjelasan tentang penyakitnya.

    “Setelah doktor sendiri hairan dengan penyakit saya, saya berjumpa bomoh. Bomoh menyuruh saya membasuh muka kemudian dia memberikan saya cermin.

    “Saya lihat ada benang, duri, serpihan kaca dan sekam menempel pada muka saya.

    “Saya menyentuhnya dan memang terasa ia ada di situ.

    PERBUATAN menyihir hingga menyebabkan mangsa menderita bahkan menemui ajal perlu dianggap satu jenayah. – Gambar hiasan


    Santau

    “Bomoh itu memberitahu, saya telah disantau. Katanya, mujur saya berjumpanya cepat kerana jika tidak, dalam tempoh sebulan lagi, saya mungkin akan menemui ajal,” kata Salman kepada Jurnal.

    Ceritanya, daripada gambaran rupa yang diberikan bomoh itu, orang yang berniat menyantaunya ialah seorang kawannya. Salman kini sudah pulih.

    Mangsa santau tidak mengenal usia. Seorang remaja berusia 14 tahun turut terkena santau. Abangnya, Mohd. Sharul Nizam Sharuddin, 29, berkongsi cerita.

    “Sangat menyayat hati melihat keadaan adik saya pada masa itu. Dah macam mayat hidup.

    “Dah jumpa doktor dan lakukan imbasan sinar X, doktor kata ada tompok-tompok hitam mungkin tibi. Tapi keadaan adik masih tidak baik.

    “Kami akhirnya jumpa seorang bomoh di Perak. Selepas dirawat, adik saya muntahkan serpihan kaca, dawai besi dan rambut.

    “Bomoh beritahu, adik saya telah disantau. Tetapi siapa yang santau kami sendiri tidak pasti,” katanya.

    Namun, jauh di sudut hati Sharul Nizam, dia bersyukur kerana adiknya dapat disembuhkan, tidak seperti seorang rakannya yang mati kerana santau.

    “Kawan saya itu disantau dengan teruk sampai segala organ dalam badannya hampir hilang.

    “Dikatakan ia penangan santau Orang Asli. Difahamkan, dia disantau oleh kawan baiknya yang sukakan isterinya,” katanya.

    Justeru, apa yang membezakan perbuatan sihir ini dengan perbuatan mencederakan atau membunuh mangsa menggunakan pisau atau senjata lain?

    Sebenarnya, jika dihalusi kedua-duanya adalah perbuatan jenayah iaitu membunuh atau mendatangkan kecederaan.

    Cuma, sihir senjatanya ialah makhluk halus dan kerana itu ‘penjenayah’ sering terlepas. Mahkamah lazimnya tidak mengambil kira hal-hal berbaur metafizik dan di luar logik akal.

    SIHIR biasanya bermatlamatkan negatif seperti melampiaskan rasa dengki dan cemburu.


    Jenayah

    Namun, keadaan ini mungkin akan berubah. Baru-baru ini, seorang pensyarah universiti mengusulkan supaya kerajaan mewujdkan Akta Jenayah Sihir bagi mengekang amalan itu daripada terus berleluasa dan membawa penjenayah sihir ke muka pengadilan.

    Pensyarah Undang-Undang Kolej Antarabangsa Institut Kemajuan Iktisas Pahang (IKIP), Dr. Mahyuddin Ismail menggambarkan jenayah sihir adalah sesuatu yang bersifat realistik dan bukan retorik.

    < jQuery1287857927109="8">

    Beliau cuba mengetengahkan satu formula yang mampu membawa persamaan antara jenayah sihir dan jenayah biasa.

    “Banyak perkara jenayah di negara ini yang turut dikaitkan dengan perbuatan sihir.

    “Jenayah membabitkan sihir boleh berlaku dalam kes bunuh, mendatangkan kecederaan, rogol, penipuan, kecurian, kes orang hilang, kes cerai dan poligami.

    “Daripada kajian saya juga terdapat 13 kes di mahkamah sivil dan mahkamah syariah yang membabitkan jenayah ini termasuk kes Mona Fandey.

    “Maklumat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan hanya 55 peratus kes orang hilang diketahui puncanya sedangkan bakinya tidak diketahui.

    “Terdapat juga kekerapan mangsa santau yang kembali mendapat santau selepas beberapa bulan dirawat.

    “Semua ini mendorong kita untuk segera membanteras masalah ini,” katanya yang turut mempunyai pengalaman merawat gangguan makhluk halus.

    Mahyuddin menjelaskan undang-undang berkenaan sihir juga bukan perkara baru. Ia pernah wujud di England dan Australia.

    Ia juga masih wujud di negara-negara Afrika, India, China dan Arab Saudi.

    Namun, kebanyakannya hanya bertumpu pada aspek tertentu misalnya, di China, peruntukan undang-undang jenayah yang diluluskan pada tahun 1979 berkisar tentang mendapatkan wang dengan helah sihir.

    Di Arab Saudi pula penjenayah sihir dikenakan hukuman pancung. April lalu, seorang lelaki Lebanon dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi atas dakwaan mengamalkan ilmu sihir.

    Cedera atau kecederaan parah yang terjadi akibat sihir juga tidak bercanggah dengan maksud cedera yang terdapat dalam Seksyen 319, Kanun Keseksaan.

    Ini bermakna sihir yang menyebabkan kecederaan atau kesakitan termasuk lumpuh, tuli, buta, bisu dan sebagainya dianggap satu jenayah.

    Bagaimana hendak membuktikan perkara yang dianggap ghaib ini?

    Mahyuddin menjelaskan, walaupun dianggap perkara ghaib namun hal-hal sihir biasanya hanya akan berlaku menerusi peralatan dan alat-alat itu boleh menjadi bahan bukti di mahkamah.

    “Sihir berlaku kerana perjanjian antara manusia dengan makhluk halus dan perjanjian itu biasanya menghendaki manusia melakukan pemujaan dan menyediakan bahan-bahan sihir.

    “Secara asasnya terdapat dua kategori bahan iaitu bahan luaran (bahan yang bukan berasal dari tubuh mangsa atau orang yang menyihirnya) atau bahan dalaman (bahan yang berasal dari diri mangsa dan penyihirnya).

    Bukti

    “Antara contoh bahan luaran yang biasa digunakan ialah darah, najis, tengkorak, abu mayat, simpulan kain, air lipan bara, katak puru bertanduk, hati kura-kura, kaca, paku, ranting bunga kertas, benang, tanduk kerbau, tanah liat, lilin atau jerami yang dibentuk menjadi patung.

    “Bahan dalaman pula seperti apa-apa yang menjadi identiti mangsa atau orang yang hendak melakukan sihir seperti pakaian, pakaian dalam, kuku, rambut, bulu roma dan tuala,” katanya.

    SIHIR boleh menyebabkan sakit pada anggota badan tertentu.


    Elemen penting dalam penentuan terdapat jenayah atau tidak seperti mens rea (niat) dan actus rea (tindakan) juga boleh dikenal pasti.

    “Tukang sihir juga boleh dianggap sebagai pembunuh upahan atau penceroboh seperti dalam kes jenayah biasa.

    “Pengamal sihir akan didakwa bersama-sama kerana bersubahat dalam jenayah.

    “Bahan bukti juga boleh menyatakan niat mereka yang menyantau sama ada untuk membunuh atau sekadar mencederakan.

    “Misalnya, jika jarum dicucuk pada otak atau jantung patung itu menandakan tujuan bunuh dan jika dicucuk pada anggota lain seperti tangan dan kaki, ia mungkin sekadar mahu mencederakan,” ujarnya.

    Jelasnya, dalam hal penyiasatan, satu badan perlu diwujudkan, misalnya menubuhkan Jabatan Siasatan Jenayah Sihir.

    Siasatan turut dilakukan dengan kerjasama antara pakar forensik dan pakar rawatan sihir yang terbukti kredibilitinya dan boleh dipercayai.

    “Akta Jenayah Sihir perlu ada. Selama ini orang mungkin memilih kaedah sihir untuk membunuh atau mencederakan kerana fikir ia tidak meninggalkan bahan bukti lalu mereka terlepas.

    “Mereka hanya menyerahkan kepada makhluk halus untuk ‘mengerjakan’ mangsa.

    “Sedangkan apa yang dilakukan juga jenayah dan patut dibawa ke muka pengadilan,” ujarnya sambil memetik kata-kata sarjana Barat, Emmet V. Mittlebeeler:

    “Kalau undang-undang jenayah itu digubal bertujuan menjaga kepentingan awam, maka jenayah sihir ialah jenayah paling utama yang perlu dibanteras.”

    kredit : kosmo.com.my

     

     

     

    Masih Ramai Taksub Bomoh.

    DAK ada satu kajian yang membuktikan peralatan ini boleh menyembuhkan penyakit kanser atau buah pinggang.


    DALAM satu kes pada tahun 1974, Halimah (bukan nama sebenar) mengadu berasa kebas di lengan kirinya. Rasa kebas itu kemudian merebak ke seluruh tangan hingga menyebabkan ia mengalami kelumpuhan.

    Halimah walau bagaimanapun tidak mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya pergi berjumpa bomoh yang mengatakan masalah itu disebabkan gangguan makhluk halus. Bomoh itu kemudian membekalkannya ‘air jampi’ dan ubat-ubatan.

    Beberapa bulan selepas itu, sakit Halimah bertambah teruk dan dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Doktor kemudian mengesahkan kepada anggota keluarganya bahawa Halimah menghidap kanser payu dara peringkat akhir. Tidak banyak yang dapat diselamatkan dan tidak lama selepas itu Halimah meninggal dunia.

    Pada tahun 2004, Mohamad (bukan nama sebenar), mengadu sakit dada dan sukar bernafas. Dia dikejarkan ke sebuah pusat pakar di Damansara seterusnya dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan angiogram.

    Mohamad kemudian diberitahu doktor tentang tiga arteri koronari di jantungnya yang tersumbat dan dinasihatkan agar segera menjalani pembedahan pintasan koronari.

    Namun, kerana takut menjalani pembedahan, Mohamad lebih rela mendapatkan rawatan tradisional. Pada tahun yang sama, dia meninggal dunia kerana serangan jantung.

    Faktor percaya

    Walaupun mengetahui implikasi perkara ini, masih ramai rakyat negara ini membelakangkan rawatan profesional di klinik dan hospital. Mereka lebih percaya kepada bomoh bagi menyelesaikan masalah perubatan yang mereka alami. Malangnya, golongan pesakit itu termasuklah mereka yang berpelajaran tinggi.

    Dr. Florence Lim, seorang pakar perubatan di hospital awam, menghuraikan beberapa faktor tentang isu ini.

    “Ada yang lebih suka jumpa bomoh kerana rawatan yang disediakan bomoh lebih murah daripada kos rawatan di hospital. Contohnya bagi kes kanser, rawatannya mahal kerana pesakit pesakit perlu menjalani sesi kemoterapi, radioterapi dan juga pembedahan,” ujar Florence.

    DALAM masyarakat moden hari ini, masih ramai yang lebih mempercayai bomoh berbanding pakar perubatan dalam merawat penyakit mereka.


    Menurut beliau, mereka yang tidak mampu akan mencari rawatan yang kosnya lebih murah, seperti mendapatkan rawatan tradisional. Ada juga pesakit yang tidak menyenangi keadaan sesak di institusi kesihatan awam terutama di hospital kerajaan.

    Lazimnya, apabila pesakit datang ke hospital dan mengadu tentang sesuatu masalah yang mencurigakan, mereka dikehendaki menjalani prosedur pemeriksaan lengkap selain beberapa ujian yang diperlukan.

    < jQuery1287858329875="7">

    Ini termasuk pemeriksaan oleh pegawai perubatan di klinik sebelum dirujuk kepada pakar atau konsultan. Ujian seperti profil darah dan juga air kencing perlu dilakukan.

    Begitu juga dengan pemeriksaan radiograf (sinar X dan juga pemeriksaan imbasan) yang dijalankan bagi membantu doktor mengenal pasti penyakit yang dialami.

    “Tetapi ada pesakit yang tidak suka diminta pergi atau dirujuk dari satu jabatan ke jabatan yang lain. Bagaimanapun, ujian-ujian ini penting dan diperlukan untuk mengetahui sebab sebenar penyakit mereka,” kata beliau sambil menambah bahawa ada pesakit yang tidak gemar menghadiri pemeriksaan lanjutan kerana dianggap memakan masa.

    Menolak hakikat

    “Ada juga pesakit yang menolak hakikat (tentang penyakit yang dihidapi). Kami memahami perkara ini. Kami tahu reaksi sesetengah pesakit apabila mereka diberitahu tentang penyakit kronik yang mereka alami seperti penyakit kegagalan ginjal.

    “Ada yang tidak boleh terima. Ada pula yang berharap penyakit ini akan pulih selepas beberapa waktu. Situasi ini adalah suatu ‘tahap penolakan’.

    “Itulah sebabnya ada pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan di hospital kerana takut berhadapan dengan kenyataan. Jadi, mereka lebih selesa dengan mendapatkan rawatan bomoh,” terang Florence.

    Ada juga pesakit yang menghadapi kesukaran dan tidak mahu pergi jauh ke hospital kerana dianggap rumit.

    Hal itu ketara bagi mereka yang tinggal di luar bandar, sedangkan pada masa yang sama rumah mereka berdekatan dengan kediaman bomoh kampung.

    RAWATAN di hospital atau klinik dijalankan mengikut prosedur.


    “Dalam kemungkinan lain, ada juga yang takut pada wad di hospital dan peralatan yang digunakan seperti mesin radiograf dan mesin imbasan. Mereka juga takut pada prosedur pengambilan darah, infusi intravena atau pun pengambilan cecair tulang sum sum yang menyakitkan,” kata beliau.

    Tiada bukti

    Seorang lagi pakar perubatan yang hanya mahu dikenali sebagai Dr. Tan memberitahu bahawa tiada bukti kukuh mengenai rawatan tradisional boleh merawat penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang dan hati.

    “Pengamal perubatan tradisional mengatakan mereka ada ubat bagi penyakit kronik termasuk juga yang boleh membawa maut seperti kanser. Pesakit tidak sedar ubat tradisional hanya boleh memburukkan keadaan.

    “Terdapat pesakit kanser yang lebih suka berjumpa bomoh daripada mendapatkan rawatan doktor di hospital tidak menyedari keadaan mereka menjadi lebih teruk,” jelas Tan.

    Tan juga mendedahkan tentang pesakit yang mengatakan bahawa mereka mahu pulang dulu untuk berbincang dengan keluarga apabila didiagnosis menghidap kanser. Sebenarnya, mereka berjumpa bomoh untuk dapatkan rawatan.

    “Malangnya, apabila situasi bertambah buruk, ahli keluarga akan membawa pesakit ke hospital tetapi akhirnya keadaan mungkin sudah terlambat,” tambah Tan. – Bernama

    kredit : kosmo.com.my

     

     

    Bomoh ekor Perdaya warga emas RM62,000

     

    ALA LUMPUR: Taksub untuk kaya, seorang warga emas sanggup meminjam daripada along dan rakan sebanyak RM62,000 bagi diberikan kepada seorang bomoh ekor tanpa menyedari sebenarnya diperdaya bomoh berkenaan.

    Mangsa, Lim Choon Leong, 50, berkata semua bermula apabila isterinya menerima risalah yang menyiarkan cara mengubah nasib dan menjadi kaya dengan cara membeli nombor ekor yang diberikan seorang bomoh, awal Ogos lalu.

    Beliau yang taksub mempercayai cerita itu selepas membaca testimoni yang terkandung dalam risalah berkenaan kemudian menghubungi menelefon nombor telefon tertera bagi mengetahui lebih lanjut bagaimana cara mengubah nasib keluarganya kerana dia hanya bekerja sebagai pengurus stor.

    Difahamkan, mangsa terpedaya dengan pulangan yang dijanjikan sebanyak RM1.5 juta sekiranya mendapatkan bantuan bomoh berkenaan.

    < jQuery1287859058093="5">

    Difahamkan, Tan menghubungi mangsa menggunakan nombor telefon dari Thailand menyebabkan dia mempercayai lelaki itu adalah bomoh Siam.

    Beliau yang menetap di Balakong, Cheras, di sini mendakwa perlu memasukkan sekurang-kurangnya RM1,000 setiap hari kepada bomoh terbabit sebagai bayaran upacara sembahyang yang perlu dilaksanakan setiap hari sekiranya mangsa mahu cepat memperoleh kekayaan.

    Saya mula memasukkan wang itu ke dalam akaun bank yang diberikan mulai 13 Ogos hingga 14 September lalu. Tan mendakwa perlu melakukan upacara itu setiap hari selain berdoa kepada tuhan supaya permintaan saya cepat tertunai.

    Akibat terlalu percaya dengan lelaki itu, saya kini terpaksa berhutang dengan along sebanyak RM30,000 selain berhutang dengan kawan-kawan dan keluarga, katanya.

    Sumber : Harian Metro

    Saturday, October 23, 2010

    Air Liur dan Manfaatnya.

    Assalammualaikum!

    Hari ini, marilah kita sama-sama membaca alkisah air liur dan manfaatnya. Sesungguhnya, setiap yang dijadikan Allah ada hikmahnya.

     

    Manfaat Air liur Bagi Kesehatan Tubuh

    Hari ini saat sekolah badan saya terluka dan berdarah. Teman saya menyarankan untuk diusap dengan air ludah. Saya mencobanya dan teryata ampuh juga untuk mempercepat penyembuhan luka. Dan ternyata air ludah juga berkgasiat banyak bagi kesehatan. Mau tahu kenapa?

    http://blogs.timeslive.co.za/pendock/files/2010/01/spit.jpg

    Bagi sebagian orang, air liur seringkali terlihat menjijikkan. Padahal air yang berasal dari dalam mulut itu mempunyai peran penting bagi kesehatan tubuh manuia. Air liur atau saliva sebagian besar diproduksi oleh tiga kelenjar utama yakni kelenjar parotis, kelenjar sublingual dan kelenjar submandibula. Volume air liur yang diproduksi bervariasi yaitu 0,5 – 1,5 liter setiap hari tergantung pada tingkat perangsangannya.

    Mengutip Guyton & Hall dalam Textbook of Medical Physiology, air liur atau saliva mengandung dua tipe pengeluaran atau sekresi cairan yang utama yakni sekresi serus yang mengandung ptyalin (suatu alfa amylase) yang merupakan enzim untuk mencernakan karbohidrat dan sekresi mucus yang mengandung musin untuk tujuan pelumasan atau perlindungan permukaan yang sebagian besar dihasilkan oleh kelenjar parotis.

    Cairan tipe mucus itu disekresikan atau dikeluarkan setiap detik sepanjang waktu kecuali saat tidur yang produksinya lebih sedikit.

    Dalam hal pencernaan, air liur berperan dalam membantu pencernaan karbohidrat. Karbohidrat atau tepung sudah mulai dipecah sebaagian kecil dalam mulut oleh enzim ptyalin. Enzim dalam air liur itu memecah tepung (amylum) menjadi disakarida maltosa dan polimer glukosa kecil lainnya.

    Misalnya, saat Anda mengunyah nasi yang terasa tawar lama-kelamaan akan terasa manis akibat pecahnya zat tepung menjadi maltosa yang rasanya manis.

    Selain dalam pencernaan air liur juga berperan dalam kebersihan mulut. Sekresi saliva terutama tipe mucus penting dalam mempertahankan kesehatan jaringan rongga mulut. Rongga mulut berisi bakteri atau kuman patogen (merugikan) yang dengan mudah merusak jaringan dan menimbulkan karies gigi (gigi berlubang).

    Air liur juga mencegah kerusakan dengan beberapa cara. Pertama, aliran air liur itu sendiri membantu membuang bakteri atau kuman patogen juga pertikel makanan yang memberi dukungan nutrisi metabolik bagi bakteri itu sendiri.

    Kedua, air liur mengandung beberapa faktor yang menghancurkan bakteri salah satunya adalah ion tiosianat dan beberapa cairan proteolitik terutama lisosim yang menghancurkan bakteri,membantu ion tiosianat membunuh bakteri,mencerna partikel makanan dan air liur mengandung antibody protein yang menghancurkan bakteri.

    Selain berfungsi untuk kesehatan dalam tubuh, air liur juga diyakini dapat memberikan manfaat bagi luar tubuh.

    Sejak zaman dahalu, secara naluri ketika ada jari-jari Anda yang terluka akibat tergores pisau,Anda akan mengisap luka tersebut dengan mulut. Hewan pun demikian. Misalnya kucing, monyet, dan anjing, biasa membasuh tubuh dengan air liurnya ketika luka.

    Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim mengisahkan, apabila ada sahabat yang tergores kemudian luka, maka beliau membaca doa kemudian air liurnya ditempelkan pada tangan kanannya, lalu diusapkan pada luka orang itu sembari membaca doa yang berbunyi “ALLAHUMMA ROBBINNAS ADZHABILBAS ISYFI ANTASY-SYAFII LAA SYIFA-A ILLA SYIFA-UKA LAA YUGODIRU SAQOMAN”.

    Sementara itu, berdasarkan penelitian yang pernah dilakukan di Jepang pada tahun 2001 seperti yang dikutip dari cbn.com, air ludah mengandung 40 sampai 50 protein. Tiap protein punya fungsi yang berbeda-beda. Satu protein untuk menangkal debu, sinar, dan bahan kimia. Dari 50 protein itu di dalamnya ada 3 protein yang khusus untuk mikroorganisme.

    Atas khasiat itulah, diyakini air liurnya bisa bermanfaat bagi gangguan mata, seperti katarak, rabun jauh dan dekat, atau gangguan mata karena cedera seperti terbentur, terkena benda tumpul maupun benda tajam.

    http://acmilan.theoffside.com/files/2008/07/totti20spit.jpg

    Para peneliti dari belanda telah mengidentifikasi satu zat di dalam air ludah manusia yang mempercepat penyembuhan luka,demikian laporan mereka yang di siarkan The journal of Federation of American Societies for Experimental Biology (FASEB).

    Tim peneliti tersebut mendapati bahwa " Histanin ",protein kecil didalam air ludah yang sebelumnya hanya dipercaya membunuh bakteri bertanggung jawab atas penyembuhan luka.
    Peneliti itu mungkin menawarkan haeapan kepada orang yang menderita luka kronis yang berhubungan dengan diabetes dan gangguan lain,serta luka traumatis dan luka bakar.
    Selain itu,kaena zat tersebut dapat di produksi secara massal,zat tersebut memiliki potensi untuk menjadi sama umumnya dengan krim antibiotik dan alkohol gosok.
    "Kami berharap temuan kami pada`akhirnya bermanfaat buat orang yang menderita`luku yang tak kunjung sembuh,seperti borok di kaki dan luka akibat diabetes,serta bagi perawatan luka yang mengakibatkan trauma seperti luka bakar,"kata
    Menno Oudhoff,penulis pertama laporan tersebut.
    "Studi ini bukan hanya menjawab pertanyaan biologi mengenai mengapa hewan menjilati luku mereka,"kata Gerald wiessmann,Pemimpin Redaksi FASSEB Journal.
    Dan mengapa luka pada bagian mulut,luka setelah pencabutan gigi,sembuh jauh lebih cepat di bandingkan dengan luka`pada kulit dan anggota tubuh lainnya ?
    Mereka mengarahkan kita untuk mulai memandang air ludah sebagai satu sumber obat baru.

    BARUTAHU kan?

    dudung.

     

    Rahasia di Balik Air Liur

    Air liur atau ludah bukan sekedar cairan di mulut yang dianggap menjijikkan dan kotor.
    Ada  banyak hal yang dapat  diketahui dari air liur. Apa saja rahasia di balik air liur?
    Beberapa orang mungkin menganggap air liur steril atau desinfektan, sehingga percaya
    bahwa air liur akan lebih cepat menyembuhkan luka. Padahal, mulut adalah sarang kuman
    dan bakteri. Ada lebih dari 600 jenis bakteri di
    dalam mulut dan air liur yang dapat menyebabkan infeksi.

    Seperti dilansir dari MSN, Senin (14/6/2010), berikut rahasia di balik air liur:
    Apa saja yang ada di air liur?
    Sebagian besar air liur adalah air, tetapi juga mengandung elektrolit, bakteri, virus,
    jamur, sekresi dari hidung dan paru-paru, sel-sel dari lapisan mulut dan sekitar
    500 protein.
    Tentu saja, isi dari air liur juga tergantung pada apa yang dimasukkan ke dalam mulut,
    seperti puing-puing makanan. Komponen pasta gigi juga umum ditemukan dalam air liur.
    Kandungan air liur setiap orang pun berbeda.
    http://www.tribunkaltim.co.id/photo/2009/05/42d8fa1db87f804df0852899b737cc2c.jpg
    Apa yang bisa diketahui dari air liur?
    Dari air liur, bisa didapatkan sampel dari DNA. Bahkan, meskipun air liur tidak mengandung
    sel DNA, tetapi sel-sel dari lapisan mulut dapat ditemukan di sampel air liur.
    Air liur juga merupakan petunjuk lain untuk menungkapkan identitas seseorang. Air
    liur dapat mengungkapkan apa yang sudah dimakan dan obat-obatan yang mungkin dikonsumsi,
    seperti kokain, ganja dan barbiturat. Para ilmuwan juga dapat menggunakan sampel
    air liur untuk menunjukkan berapa banyak obat tertentu dalam tubuh.
    Para ilmuwan juga ingin dapat menggunakan air liur sebagai alat untuk mendeteksi
    penyakit
    , karena jauh lebih mudah, dan dalam banyak kasus lebih aman. Tes HIV merupakan salah satu tes yang mana air liur digunakan sebagai sampel, meskipun tes darah masih merupakan cara standard untuk tes HIV.
    Apa saja fungsi air liur?
    Sebagian orang tidak menyadari betapa pentingnya fungsi air liur, yaitu:
    1. Memecah makanan dalam mulut, sehingga dapat dirasakan oleh lidah dan lebih mudah dicerna oleh perut.
    2. Membersihkan makanan dan sel-sel mati dari lapisan mulut.
    3. Mengikat makanan menjadi bola sehingga dapat ditelan.
    4. Membersihkan makanan dan bakteri dari gigi.
    5. Mencegah lapisan mulut kering.
    6. Menghancurkan atau mencegah pertumbuhan jamur tertentu.
    7. Menetralisir asam dari makanan dan minuman..
    8. Membantu menumbuhkan enamel gigi yang rusak, karena kalsium dan kadar fosfor
    http://elektrikalsistem.com/images/artikel/13_lidah.jpg

    Berapa banyak jumlah air liur?
    Goodson memperkirakan rata-rata seseorang memproduksi kurang lebih setengah liter
    air liur dalam satu hari. Tapi tentu saja jumlah ini juga dipengaruhi oleh beberapa
    faktor, antara lain:
    1. Gen.
    2. Waktu (produksi air liur melambat secara drastis di malam hari).
    3. Banyak air yang diminum.
    4. Sedang mengunyah permen karet atau menghisap permen keras (keduanya meningkatkan produksi air liur).
    5. Mencium sesuatu yang menarik (juga meningkatkan produksi air liur, itu sebabnya ada istilah 'lezat')
    6. Lebih dari 400 obat menyebabkan penurunan produksi air liur.
    7. Umur produksi (air liur menurun seiring dengan usia).
    8. Memiliki kondisi atau penyakit  yang mempengaruhi produksi air liur, seperti sindrom Sjorgen, atau sedang menjalani
    terapi radiasi
    sumber :http://fenz-capri.blogspot.com/2010/06/ini-dia-rahasia-di-balik-air-liur-must.html

    Mesin Pembersih Lembu?

    Thursday, July 22, 2010

    Mesin cuci badan lembu

    GAMBAR menunjukkan seekor lembu dicuci dengan mesin berus di sebuah ladang di Sweden.


    STOCKHOLM - Sebuah syarikat di Sweden mengeluarkan mesin yang membersihkan lembu mirip mencuci kenderaan, lapor sebuah akhbar semalam.

    Mesin itu boleh meningkatkan penghasilan susu sehingga 3.5 peratus dan ia mampu memperbaiki pengedaran darah dan menghentikan pembiakan penyakit pada haiwan ternakan.

    Pengeluar mesin itu, DeLaval menyatakan rekaan tersebut merupakan berita baik buat golongan penternak.

    Sebanyak 30,000 unit mesin itu telah dijual di Sweden dan kini mula meneroka pasaran United Kingdom.

    "Berus yang berputar ini merupakan alat membersih diri yang membuatkan lembu-lembu lebih gembira, sihat dan produktif," kata seorang jurucakap syarikat berkenaan. - Agensi

    Tips: Mencuci Tudung.

    Assalammualaikum!

    Di zaman ini ramai sekali yang memakai tudung, alhamdulilah. Namun demikian, ramai juga yang memakai tudung berdasarkan feshen, atau tak kurang juga sekadar ikut-ikutan. Ada pelbagai gaya  mengenakan tudung berdasarkan rupa bentuk muka. Pada kali ini, kita hidangkan tips mencuci tudung yang dipetik dari blog penjual tudung.

     

     

    a.Tudung dari bahan polyster
    1.Rendamm berasingan dengan air bersih yang telah dicampurkan dengan detergen secukupnya
    selama 15 minit.Cuci dengan tangan kemudian bilas dan perah.
    2.Jangan berlebih menggunakan pelembut kain agar tidak cepat berbulu.
    3.Keringkan di bawah matahari agar bau tidak melekat jika berkeadaan lembap.
    4.Segera dicuci atau rendam jika terkena kotoran.
    5.Setelah kering,seterika cara terbaik agar hiasan tidak rosak .kemudian gantung
    atau lipat.
    b.Tudung dari bahan sutera.
    1.Rendam berasingan dengan air bersih bercampur syampu air.
    2.Tidak perlu cucian tangan,cukup dengan merendamnya selama 20 minit.
    3.Celup ke dalam air bersih dan bilas tanpa memerahnya.
    4.Segera dicuci apabila terkena kotoran.
    5.Keringkan dengan mengangin tangan tanpa melipatnya (sepit dihujung),seterika dan
    gantung.
    C.Tudung dari bahan kapas.
    1.Rendam dengan air bersih dicampurkan dengan detergen selama 15 minit.
    2.Kocak-kocakkan didalam air,bilas bersih dan diperah perlahan.
    3.Keringkan dibawah matahari (jangan terlalu kering) kemudian seterika dan gantung.
    d.Tudung dari bahan tenunan.
    1.Rendam dengan air bersih bercampur detergen selama 15 minit.
    2.Kocak-kocakkan kemudian bilas dengan air bersih dan perah.
    3.Jika terkena kotoran segera cuci kerana kotoran mudah meresap pada kain tenunan.
    4.Keringkan di bawah matahari kemudian diseterika (jgn terlalu panas) dan digantung.
    e.Tudung dari bahan pashmina
    1.Rendam dengan air bersih bercampur sedikit detergen selama 15 minit.
    2.Dikocak perlahan,bilas dengan air bersih dan diperah.
    3.Keringkan ditempat teduh,seterika cara terbalik dan digantung.

    Friday, October 22, 2010

    Penginapan Terapung di Pantai Gold Coast-Golden Palm Tree.

    BERCUTI sambil meneroka serta menikmati keajaiban dan keindahan alam semula jadi pasti menyeronokkan dan meninggalkan kenangan manis.

    Oleh itu, bagi anda yang mahu merasai percutian menyamankan serta mendekatkan diri dengan keaslian persekitaran pinggir sungai di tengah-tengah keindahan alam semula jadi, Pantai Sepang Gold Coast - Golden Palm Tree pasti tidak menghampakan.
    Menariknya, destinasi percutian memukau di pantai Bagan Lalang itu seakan sama seperti pulau pokok palma di Dubai dengan villa terapung atas air, menyerupai bentuk pokok palma apabila di lihat dari udara.
    Mengambil kawasan seluas 5,000 hektar dengan vila mengunjur 1.5 kilometer (km) ke Selat Melaka, Golden Palm Tree menawarkan 393 vila penginapan.
    Antara jenis vila yang ditawarkan kepada pengunjung ialah Trevelers Palm Villa, Premier Travelers Palm Villa, Canary Palm Villa, Ivory Palm Villa dan Royale Palm Villa.
    Semua vila dilengkapi kemudahan canggih selain tata hias dalamnya yang cantik memberikan keselesaan menginap 'terapung' di Selat Melaka itu.

    Bagi mempermudahkan segala urusan tetamu di resort itu, Rumah Kelab Golden Palm Tree dengan reka bentuk kontemporari disediakan untuk anda dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik mesyuarat, lobi, pusat perniagaan, pusat penjagaan kesihatan (spa & gim), restoran, kafe, kolam renang dan pusat rekreasi.
    Selain kolam renang, anda boleh mencuba aktiviti perahu layar dan berkayak. Aktiviti lain ialah memanah, bersenam di gim dan berbasikal ke kawasan kampung.

    Click Here

    Jika berminat, anda boleh menyusuri Sungai Sepang Besar sambil melihat keindahan alam semula jadi.
    Dari Sungai Sepang Besar sejauh 17km, anda akan dihidangkan kawasan hutan paya bakau yang belum terusik.
    Anda berpeluang meninjau aktiviti ekonomi masyarakat tempatan seperti menangkap lokan dan menternak ikan.
    Sebagai kenangan, pengunjung berpeluang mencampak benih pokok bakau sebagai tanda kenangan.

    >INFO
    > Golden Palm Tree terbentang di garis pantai Sepang, 1.5km ke perairan Selat Melaka.
    > Mengandungi 393 vila perairan mewah yang membentuk pokok palma.
    > Difahamkan, ia adalah struktur pertama dan satu-satunya yang dibina dengan kaedah ini di dunia
    > Mercu tanda sebelum menjejakkan kaki ke bumi Malaysia
    > Mengambil masa selama 25 minit perjalanan dari KLIA, 45 minit ke Putrajaya dan kira-kira 75 minit ke Kuala lumpur

    Syukurilah Nikmat Allah.

    Assalammualaikum!

    Terlalu banyak nikmat Allah yang kadangkala kita sebagai hambanya yang lemah terlupa untuk mensyukurinya. Begitu juga, terlalu banyak siksaan Allah yang kadangkala kita tidak mempercayainya lalu mempersendakannya. Wahai saudaraku! Marilah kita bermuhasabah diri dan mula merenung tentang kehidupan ini agar hidup kita lebih bermakna.

     

    1.Jangan terpaku pada masa lalu dan masa depan, tapi tataplah pada masa kini. Masa lalu sudah pergi, tidak akan kembali lagi, masa depan pula belum terjadi jadi kita tidak tahu apa yang terjadi dan akhirnya hanya berangan berharap sesuatu, tapi di masa kinilah, kita harus menentukan dan membuat keputusan terhadap diri kita.

    2.Bercerminlah dari kesalahan orang lain, bukan dari kesalahan diri kita, dengan bercermin dari kesalahan orang lain, maka akan mendorong kita agar kesalahan itu tidak terjadi kepada kita.

    3.Jujurlah walaupun kejujuran itu pahit.

    4.Tidak akan keadilan boleh ditegakkan selama kita tidak peduli terhadap hukum yang ada dan mementingkan kepentingan sendiri.

    5.Jika kamu mencintai seseorang, cintailah dia apa adanya, bukan karena kamu ingin dia menjadi seperti yang kamu inginkan, karena sesungguhnya kamu hanya mencintai cerminan diri kamu pada dirinya.

    6.Bermimpilah akan sesuatu dan jadikanlah mimpimu itu kenyataan, sesungguhnya tak akan ada dunia ini jika tak ada yang bermimpi.

    7.Jika kamu gagal mendapatkan sesuatu, hanya satu hal yang harus kamu lakukan, cuba lagi!!!!.

    8.Janganlah kamu mencintai seseorang karena paras/wajahnya, hartanya dan pangkatnya, tapi cintai karena kebaikan dan ketulusan hatinya karena diantara itu semua, hanya kebaikan dan ketulusan hatinya yang tetap abadi.

    9.Jangan berusaha/mengerjakan sesuatu dengan setengah hati, karena hasil yang kamu dapat juga hanya setengahnya.

    10.Hanya ada 2 macam cinta sejati di dunia ini, cinta Tuhan kepada makhluk-Nya dan cinta Ibu kepada anaknya.

    11.Jangan penat untuk mencari ilmu karena segala sesuatu di dunia ini perlu ilmu, jika tak ada ilmu maka kita sama saja dengan orang mati, tidak boleh berbuat apa-apa.

    12.Datangilah sahabatmu di saat dia susah dan lenyaplah di saat dia bahagia, karena sesungguhnya kamulah yang akan diingati di saat dia sedang susah di saat kamu membantunya.

    13.Sesungguhnya di saat kesusahan teman, satu senyum yang tulus lebih berharga daripada sejuta kata yang tiada guna.

    14.Sesungguhnya masih banyak orang di dunia yang lebih susah dari kita, maka hentikanlah segala keluhan kita dan bersyukur terhadap apa yang kita punya.

    15.Hargai dan hormati orang lain jika kita ingin dihormati dan dihargai orang lain, serta hormati dan hargai diri sendiri terlebih dulu baru kita boleh menghargai dan menghormati orang lain.

    16.Syukurilah apa yang kamu dapat karena belum tentu kamu boleh mendapat lagi apa yang telah kamu dapat.

    17.Satu harta yang sangat berharga yang jarang dimiliki orang masa kini, itulah kejujuran.

    18.Semua manusia mempunyai derajat yang sama, mengapa kita masih membezakannya???.

    19.Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan, berdoalah agar suatu saat kau tak akan mengkhianati dan mengecewakan, karena kamu juga telah merasakan betapa sakitnya dikhianati dan dikecewakan.

    20.Tuhan tak pernah melupakan kita namun kitalah yang melupakan-Nya, haruskah kita tetap menjadi makhluk yang tak tahu diri yang sudah mendapat nikmat-Nya namun tetap melupakan-Nya??.

    21.Sesungguhnya Tuhan Maha Pengasih terhadap kita, di saat kita berbuat dosa, Tuhan tidak berbuat apa-apa, tidak langsung menghukum kita dengan siksa-Nya, agar kita boleh sedar terhadap dosa-dosa kita, maka masihkah kita menjadi makhluk yang sombong dan tidak tahu berterima kasih di hadapan-Nya???.

    22.Cinta bukanlah satu-satunya alasan hidup namun tanpa cinta juga hidup akan terasa hambar dan membosankan.

    23.Jangan jadikan suatu kegagalan sebagai alasan untuk takut mengalaminya kembali sehingga kamu tidak mahu mencuba lagi.

    24.Apabila kamu melihat suatu keindahan, bersyukurlah karena kamu masih boleh menikmati keindahan yang belum tentu akan kamu boleh lihat lagi.

    25.Waktu adalah pedang, jika kamu boleh menggunakan dengan baik, maka pasti akan membawa keberuntungan, tapi jika kau menggunakan dengan buruk, pasti dia akan membunuhmu.

    26.Kematian itu datang dengan tiba-tiba, maka apakah kamu masih berpikir untuk selalu menikmat

    Thursday, October 21, 2010

    Hebatkah Payu Dara?

    Assalammualaikum!

    Kadangkala kita kehairanan mengapa saudara wanita kita sanggup berbelanja ribu-riban untuk membesarkan payu dara agar kelihatan lebih menggiurkan. Kadangkala kita juga ingin tahu, benarkah payu dara mengancam keimanan seorang lelaki? Tapi, padaku, kehebatan payu dara hanyalah dapat mengeluarkan susu untuk menghidupkan anakku. Hebatnya payu dara! SubhanaAllah! Ciptaan Allah jangan diperkecilkan!

     

    BEIJING – Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

    Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.

    Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.

    Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa. – Agensi

     

     

    Padah Berpayu Dara Besar.

     

    HOUSTON: Seorang model yang memiliki payu dara terbesar di dunia kini tenat selepas menjalani pembedahan untuk membesarkan lagi buah dadanya.

    Sheyla Hershey, 30, dari Brazil, menjalani pembedahan itu walaupun sudah memiliki payu dara saiz 38KKK.

    Sheyla yang tinggal di Houston, Texas menghadapi masalah sukar bernafas dan terlantar di katil selepas pembedahan berkenaan.

    Dia terpaksa menjalani pembedahan kecemasan semalam untuk mengatasi masalah itu. Doktor dijangka terpaksa membuang implannya dan kemungkinan membuang payu dara aslinya sekali.

    < jQuery1287845292593="5">

    Sebelum pembedahan terbaru itu, Sheyla yang fasih dalam lima bahasa Portugis, Sepanyol, Itali, China dan Inggeris berkata: Saya demam teruk dan pembedahan (bulan lalu) itu begitu menyakitkan. Saya tidak boleh bernafas.

    Sepanjang hari saya terlantar di katil, tidak boleh bangun. Sheyla dijangkiti bakteria selepas pembedahan bulan lalu yang kemudian merebak ke kedua-dua payu daranya.

    Dia sebelum ini menjalani 30 pembedahan dengan kos 40,000 (RM200,000) sebelum memperoleh payu dara yang amat besar.

    Menurut Sheyla, pakar bedah bimbang jangkitan itu merebak ke saluran darah, sekali gus membahayakan nyawanya.

    Buah dadanya diakui yang terbesar di dunia oleh Buku Rekod Brazil yang setaraf dengan Buku Rekod Dunia Guinness. – Agensi

    Sumber : Harian Metro

    Carmen Electra

    Carmen Electra

    Aktres ambil 10 tahun untuk selesa saiz baru
    LOS ANGELES: Bekas pelakon drama bersiri Baywatch, Carmen Electra yang menjalani pembedahan membesarkan payu daranya 10 tahun lalu, mengaku menyesali tindakannya itu.

    Pelakon itu yang menjalani pembedahan membesarkan payu dara daripada saiz sederhana 32B kepada DD kini berpendapat beliau sepatutnya membiarkan saja payu dara asalnya.

    Click Here

    “Saya menjalani pembedahan lebih 10 tahun lalu dan mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri dengan saiznya yang baru.
    “Saya tidak mahu saiz sebesar itu. Memang seronok kerana saya tidak perlu memakai coli khas seperti sebelum ini, tetapi saya sebenarnya tidak perlu menjalani pembedahan,” katanya.
    Carmen mengakui pembedahan itu menjadikannya lebih seksi, mudah mendapat perhatian dan tidak lagi perlu memakai coli khas.
    Bagaimanapun kesan negatifnya ialah payu dara baru itu kelihatan terlalu besar untuk tubuh Carmen dan menyebabkan beliau tidak selesa.
    Carmen juga sukar menyesuaikan diri dengan saiz baru payu dara itu manakala rakan dan peminatnya tahu bahawa payu dara beliau bukan tulen.
    Carmen turut mendedahkan cara untuk menjadikan mata kelihatan lebih menawan ialah dengan memakai bulu mata palsu.
    “Saya suka memakai bulu mata palsu bila berada di atas pentas kerana ia membuat saya kelihatan lebih hebat. Bagaimanapun pada siang hari, saya hanya memakai maskara,” katanya.
    Carmen baru-baru ini mengambil keputusan menipiskan sambungan rambutnya, selepas mendapati ia kelihatan terlalu tebal.
    “Sambungan rambut saya dibuat secara profesional, tetapi ketika di Greece baru-baru ini untuk menjalani penggambaran, saya lihat rambut terlalu tebal dan terpaksa dinipiskan. Sekarang ia kelihatan lebih baik,” katanya. – Agensi

     

    DUNIA

    Wanita miliki payu dara gergasi dibedah

    MANIHUARI sebelum payu dara besarnya dibedah.


    LIMA - Seorang ibu anak empat di utara Peru, Julia Manihuari terlantar di katil selama enam bulan disebabkan payu daranya terlalu besar, lapor sebuah akhbar semalam.

    Payu dara Manihuari, 29, berterusan membesar pada setiap hari sehingga menyamai saiz perutnya selepas dia melahirkan anak lelaki ketiga, tujuh tahun lalu.

    "Payu dara saya menjadi amat besar sehingga saya berasa sakit kerana kulit saya terlalu tegang dan saya turut mengalami sesak nafas," katanya.

    Beberapa doktor kemudian memberitahu, Manihuari menghidap penyakit Bilateral Gynecomastia iaitu pembesaran kelenjar susu selepas dia dibawa ke sebuah hospital di negara itu dengan bantuan pembiayaan daripada media tempatan.

    Bimbang payu dara wanita itu akan merosakkan paru-parunya, beberapa doktor melakukan pembedahan selama enam jam pada bulan lalu dan membuang lebih 15 kilogram daging pada buah dada Manihuari.

    "Sebelum menjalani pembedahan, saya langsung tidak dapat bergerak, keadaan saya amat teruk selepas payu dara saya dapat menyentuh paha saya," katanya. - Agensi

     

    Pecah kayu dengan payu dara

    BERLIN – Seorang wanita, Susan Sykes menunjukkan kekuatan ototnya yang luar biasa apabila dia memecahkan kepingan kayu dengan menggunakan payu daranya, lapor sebuah akhbar semalam.

    Dia yang berumur 49 tahun bukan sahaja memecahkan kayu itu tetapi juga buah tembikai dan meleperkan tin minuman bir dalam satu program bakat televisyen di Jerman.

    Aksi Sykes yang memiliki payu dara besar dengan saiz 46H itu mengagumkan penonton televisyen baru-baru ini.

    Sebelum ini dia pernah dilabelkan sebagai satu ancaman ke atas Amerika Syarikat kerana seorang penonton mati kerana serangan jantung apabila melihat aksinya di televisyen.

    “Dia (Sykes) memang amat mengagumkan tetapi anda tidak akan mahu berada di belakangnya apabila dia berlari untuk menaiki bas,” kata seorang penonton televisyen.

    Monday, October 18, 2010

    Kanak2 Yang Peka.

    Budak 6 tahun betulkan kesilapan amaran jalan

    GAMBAR menunjukkan papan tanda yang menunjukkan papan tanda jalan yang betul selepas papan tanda asal ditanggalkan di sebuah lebuh raya di daerah St. Louis, Amerika Syarikat.


    MANCHESTER, Amerika Syarikat (AS) - Pegawai-pegawai pihak berkuasa lebuh raya Daerah St. Louis mengucapkan terima kasih kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun kerana membantu mereka membetulkan kesilapan beberapa papan tanda amaran jalan yang berliku.

    Stesen televisyen KTVI-TV di AS melaporkan baru-baru ini, kanak-kanak itu, David Hindes menyedari terdapat kesilapan gambar jalan pada satu papan tanda keselamatan jalan raya di sini.

    Papan tanda yang silap itu memberitahu para pemandu bahawa cuma terdapat satu selekoh di hadapan berbanding keadaan jalan sebenar yang berliku-liku.

    Akur dengan cadangan bapanya, dia menulis surat berhubung kelemahan itu kepada pentadbir lebuh raya tersebut.

    Dalam surat itu, dia melukiskan gambar jalan yang silap dan gambar jalan yang betul.

    Pegawai pihak berkuasa lebuh raya itu kemudian menelefon budak tersebut untuk memberitahu bahawa pandangannya mengenai gambar jalan itu sememangnya betul.

    "Saya gemar mereka dan melukis papan tanda jalan raya. Papan tanda itu sepatutnya mempunyai banyak selekoh kerana ia jalan yang berliku," katanya.

    Papan tanda yang silap itu kemudian ditukar manakala sebagai ganjaran kerana kepekaannya, Hindes dibawa melawat kilang membuat papan tanda dan dia turut dijanjikan pekerjaan dengan jabatan lebuh raya apabila dewasa kelak. - Agensi

    Sunday, October 17, 2010

    Tips: Mengawasi baggasi Ketika Melancung.

    Assalammualaikum!
    Ramai di antara kita melancung menggunakan kereta, kemudahan untuk bergerak. Namun demikian, masih ramai lagi, yang lebih mudah menggunakan kenderaan awam seperti keretapi dan bas express. Untuk keretapi, baggasi selalunya disimpan berdekatan dengan penumpang. Masalah kehilangan, atau terlupa, amat jarang berlaku. Bagi mereka yang menggunakan bas express pula, beberapa baggasi selalunya disimpan di ruang baggasi bahagian atas kepala penumpang. Untuk baggasi besar dan bermasalah, bolehlah disimpan diruang khas di bawah bas. ke dua-dua tempat ini mudah kelihatan, dan risiko kehilangan agak tipis. Bagi mereka yang melancung dengan menggunakan kapal terbang, perhatian/tumpuan lebih terpaksa diberikan terhadap baggasi agar tidak hilang atau disalah-guna oleh pihak-pihak yang selalu menganiaya orang. 

    Kehilangan  beg ketika melancong sememangnya sangat menyakitkan hati, membuat tidak tenteram sekali gus boleh mengundang kemarahan.

    Justeru, tip kali ini mungkin boleh membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.
    1) Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau 'padlock' supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
    2) Mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke pesawat.
    3) Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul kepada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tapi ia adalah untuk kebaikan anda juga.
    4) Buang segala pelekat atau tag lama yang ada pada beg anda kerana ia boleh mengundang kekeliruan.

    5) Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di tuangan tuntutan bagasi.
    6) Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan bahawa anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir.

    7) Ambil beg anda sebaik anda tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas 'carousel' sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di dalam lapangan terbang.

    Saturday, October 16, 2010

    Kenalilah pelbagai species herba.

    MELANGKAH saja masuk ke Taman Herba Tasik Kenyir, hati terasa tenang melihat pokok menghijau dan kicauan burung yang merdu menyambut kedatangan.

    Terletak di Pulau Sah Kecil, salah satu daripada 340 pulau di tasik itu, pengunjung yang datang pasti akan terpegun melihat kepelbagaian tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan ada di situ.

    Hutan hujan tropika berhampiran garisan khatulistiwa, kaya dengan pelbagai spesies tumbuhan.

    Justeru, lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga ditemui dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting di negara ini. Di samping itu, penggunaan tumbuhan sebagai bahan perubatan tradisional sememangnya sudah lama diamalkan masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli di negara ini untuk mengubati pelbagai penyakit. Gabungan amalan penggunaan tumbuhan ubatan mereka melahirkan satu bentuk ubatan herba tradisional Malaysia yang unik.

    Justeru, dengan keluasan 15.84 hektar, Taman Herba Tasik Kenyir yang mula dibangunkan sejak 1995 kini mempunyai kira-kira 26,000 pokok herba meliputi 230 jenis pokok.

    Antara pokok herba yang ditanam di situ termasuk pecahan herba seperti Tongkat Ali Haji Samat, Tongkat Ali Baginda dan tongkat ali biasa.

    Selain itu, taman ini juga mempunyai beberapa herba yang jarang ditemui di tempat lain seperti pokok jerangau, tongkat ali itam, mas cotek, sekentut, ganda rusa dan raja berangkat.

    Tumbuhan makan ulaman dan perasa masakan (antioksidan), rawatan antiradang, antimikrob, darah tinggi, kencing manis, khusus untuk lelaki dan perempuan, tumbuhan beraroma serta yang tidak pernah kita terfikir juga ada di taman itu.

    Oleh itu, hanya 15 minit menaiki bot laju dari Pangkalan Gawi atau sejauh tujuh kilometer (km), kunjungan anda ke situ pastinya tidak sia-sia.

    Apa yang menarik, selain melihat kepelbagaian tumbuhan herba di sini, pengunjung berpeluang menikmati minuman tongkat ali dan kacip fatimah atau mas cotek yang di masak di sini khusus untuk dinikmati.

    Taman herba itu juga bakal mempunyai tarikan batu iaitu sebuah spa yang pastinya akan menggamit pengunjung untuk singgah ke taman itu.

    Bukan itu saja, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berhasrat membangunkan pusat rawatan perubatan tradisional seperti aroma terapi, mandian herba dan perubatan berasaskan herba.

    >INFO
    > Malaysia dianggarkan mempunyai lebih 12,500 spesies tumbuhan berbunga dan lebih 1,200 spesies direkodkan ada nilai perubatan yang penting
    > Taman Herba Tasik Kenyir mempunyai 26,000 pokok herba
    > Hanya 15 minit iaitu tujuh km menaiki bot laju dari Pangkalan Gawi
    > Taman Herba itu mempunyai keluasan 15.84 hektar

    Click Here

    Tuesday, October 12, 2010

    Jendela Dunia: Taman Tamadun Islam!

    SINONIM dengan gelaran Jendela Dunia Islam, Taman Tamadun Islam (TTI) di kawasan seluas 23 hektar di Pulau Wan Man, Terengganu menjanjikan percutian pesisir air yang sukar untuk dilupakan.

    UNIK...Masjid Agadez, Nigeria dibina menggunakan lumpur dan kayu.
    UNIK...Masjid Agadez, Nigeria dibina menggunakan lumpur dan kayu.

    sebelum  -  selepas

    ENAM MENARA...Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia. KEMILAU...Masjid Kristal punya tarikan tersendiri. HALUS...seni bina dan ukiran Masjid As Sakhra cukup mengagumkan.

    ENAM MENARA...Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia.

    Keunikan dan kehalusan 21 monumen kegemilangan Islam dari seluruh dunia yang dipersembahkan dalam bentuk replika bersaiz 1:8 itu membuat sesiapa saja terpegun dan kagum dengan seni binanya.
    Malah, penulis dan rakan media turut kagum ketika berkunjung ke taman tema itu yang dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.
    Dengan melawat 21 monumen itu, anda seolah-olah sudah mengelilingi dunia melihat sendiri seni bina warisan Islam yang cukup mengagumkan.
    Kembara mengelilingi dunia di TTI dimulakan dengan mengunjungi Masjid Negara kemudian ke Masjid Kudus Minar, Jawa, Indonesia yang mana batu pertama membina masjid itu dikatakan diambil dari Baitulmaqdis.
    Tetapi ramai mengatakan masjid dengan gabungan seni bina Hindu dan Islam ini dibina menggunakan batu dari gunung berapi.

    Kami turut dibawa ke Masjid Sultan Omar Sharif di Brunei yang kubahnya diperbuat daripada emas, kemudian terus ke Thailand iaitu Masjid Pattani Central yang dibina pada 1954.
    Apa yang menariknya, masjid ini sama seperti Taj Mahal di India yang menjadi bukti cinta Shah Jahan.

    Click Here

    Dari bumi Thailand, pengembaraan di taman tema itu seterusnya ke Pakistan untuk melihat Masjid Badshahi yang dibina oleh Maharaja Aurangzeb Alamgir ketika zaman kegemilangan kerajaan Mongol.
    Ciri utama bangunan ini adalah pintu masuk yang dibina mengikut cara Mongol, menara bersegi lapan dan laman dalaman yang luas.
    Tatkala singgah di 'Dome of The Rock' atau Masjid As Sakhra yang ada di Baitulmaqdis, pengunjung boleh melihat sendiri keunikan dan kehalusan seni binanya.
    Kunjungan ke masjid terbesar ketika kurun ke-9 iaitu Masjid Besar Samarra, Iraq pula semakin mengujakan.
    Mana tidaknya, di taman tema itu saja kita boleh melihat masjid yang boleh memuatkan 80,000 jemaah.
    Selepas ke Iraq, kami dibawa ke Masjid Sheikh Lutfalla, Iran dan ke Masjid Abu Nasr Parsa, Afghanistan yang mempunyai ciri paling menarik iaitu dua tiang berpusing di hadapannya dengan dinding, kubah, menara dan kaligrafi yang diperbuat daripada mozek biru.
    Kembara seterusnya ialah Masjidil Haram, Makkah kemudian ke Syria bagi melihat Masjid Aleppo Citadel.
    Dibina oleh arkitek berbangsa Turki, Masjid Mohamed Ali, ia turut dikenali Masjid Pualam kerana marmar putih yang bersinar menghiasi dinding luar dan dalamnya.
    Kami kemudian mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah.
    Puncak bukit menjadi lokasinya, mihrab dan mimbarnya daripada marmar putih berukir dan cermin berwarna menyaring pancaran matahari pasti membuatkan pengunjung terpesona melihat keunikan Tugu Kompleks Suleyman, Turki.
    Di taman ini, Suleyman dan isterinya membina musolla manakala Sinan membina makam untuknya.
    Kunjungan ke Masjid Besar Qairawan yang menjadi pusat Islam tertua itu membawa pengunjung terus ke Tunisia sebelum ke Sepanyol melihat Masjid Al Hambra.
    Alhambra mempunyai empat pintu masuk utama dan dilengkapi dengan beberapa dewan besar di beberapa bahagian. Dindingnya diukir dengan seni kaligrafi memuji kebesaran Allah.
    Ketika melewati Menara Kalyan, Uzbekistan itu, penulis dan rombongan kagum dan tertanya-tanya bagaimana ia di bina dan sehingga kini tidak ada jawapannya.
    Bagaimanapun, menara itu adalah contoh binaan kejuruteraan dan reka bentuk kegemilangan Islam dengan ketinggian 48 meter (m). Ia juga adalah menara pertama runtuh akibat asasnya yang tidak sempurna.
    Di di Masjid Besar Agadez, Nigeria, pembinaannya menggunakan lumpur dan kayu dan di tengah-tengah menara itu dipasang kayu.
    Pengembaraan mengelilingi dunia melihat keunikan seni bina Islam diakhiri dengan mengunjungi replika Masjid Xian di China dan Masjid Kul Sharif, Tatarstan di Russia.
    Masjid Xian boleh dikatakan masjid yang cukup unik kerana ia memaparkan seni bina Islam dan tradisional China dan seolah-olah pagoda atau tokong Buddha, tetapi kedudukannya menghadap kiblat.
    Selain 21 monumen, turut menarik perhatian ialah Masjid Kristal, mercu tanda baru Kuala Terengganu yang dibina seolah-olah terapung di air.
    Ia dinamakan Masjid Kristal kerana asas seni bina yang menggunakan hanya kaca dan keluli seakan-akan menyerupai kristal apabila terkena tempias cahaya.
    Berkeluasan 2,146 meter persegi dan mampu menempatkan kira-kira 1,000 jemaah, masjid itu adalah terjemahan hasil seni dan kreativiti rakyat tempatan yang turut menyumbang terutama menghasilkan lukisan kaligrafi khat yang menghiasi keseluruhan hiasan dalamannya.
    Selain membawa anda mengelilingi dunia melihat seni bina Islam, pelbagai ilmu pengetahuan boleh diperoleh.
    Jika letih berjalan, anda boleh menaiki buggy atau basikal yang disediakan dengan bayaran berpatutan.
    >INFO
    > Terdapat 21 replika monumen dibina dalam skala 1:8 berbanding saiz asal.
    > Dibina ikut spesifikasi khusus mengikut pelan bangunan asal.
    > 'Dome of The Rock' di Baitulmaqdis antara yang menjadi tumpuan
    > Mercu tanda utama TTI adalah Masjid Kristal yang dibina sepenuhnya menggunakan kaca dan besi keluli.
    > Terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.
    > Zon awam meliputi Konvensyen Center, Jeti Tok Ku Paloh, Restoran dan Medan Selera, Warrior Park dan penginapan.
    > Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tti.com.my