Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Monday, May 23, 2011

Pemilihan Sarung Kerusi Yang Praktikal.

Assalammualaikum! Rumah kita sempit dan murah, tetapi ketahuilah, dengan kebijaksanaan mempelbagaikan hiasannya, suasana akan jadi lebih menarik. SARUNG kerusi antara elemen penyeri yang tidak kurang hebatnya dalam menyerlahkan keadaan ruang. Tiga material sarung kerusi yang paling popular adalah vinil, kulit dan fabrik yang tidak lapuk ditelan zaman. Biarpun murah, vinil berupaya mencetuskan suasana kemewahan dan membawa ilusi seperti kulit asli. Vinil juga sangat praktikal dan mudah dibersihkan jika terkena tumpahan makanan atau minuman. Disebabkan material berkenaan mengikut suhu persekitaran, ia kurang sesuai apabila cuaca panas. Teknologi moden menjadikan sarung kulit, yang pada suatu masa dulu simbol kemewahan Eropah kini mampu dimiliki sesiapa saja. Set sofa dengan sarung kulit mempunyai ketahanan tersendiri selain selesa kerana kulitnya lebih mudah lentur dan tahan lasak walaupun digunakan setiap hari. Kulit berbeza daripada vinil kerana ia tidak menyerap kepanasan atau kesejukan tanpa mengira cuaca panas, hujan, siang atau malam. Sarung kulit bukan saja senang dijaga, bahkan kecantikannya tidak luntur dimamah usia. Ini menjadikannya perabot yang sentiasa unik dan lebih tahan lama. Di samping itu, ia boleh didapati dalam pelbagai pilihan warna yang menarik. Cuba warna lain daripada coklat dan hitam biasa. Jika anda inginkan keselesaan sarung kulit dengan harga vinil, anda bernasib baik kerana pada zaman teknologi moden tiada yang mustahil. Kini ada sofa dinamakan ‘separuh kulit’ yang menggabungkan kulit dan vinil. Bahagian yang ‘terkena sentuhan badan’ seperti tempat duduk, sandar belakang dan tempat letak lengan biasanya disarungkan kulit yang memberi keselesaan. Sementara bahagian kurang penting seperti belakang dan tepi sofa disaluti vinil yang sepadan. Ini bukan saja memberikan pilihan yang baik dan praktikal tetapi juga menjimatkan perbelanjaan. Dalam sebarang keadaan, fabrik tetap pilihan paling popular dan digemari. Dua jenis utama yang menjadi pilihan adalah fabrik dengan corak cetakan dan tenunan. Fabrik bercetak mempunyai corak pada permukaan selain sofa bersarung fabrik tampak kemas, cantik dan harganya lebih berpatutan. Bagaimanapun, coraknya cepat pudar, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca tropika ada kalanya panas terik. Fabrik bercorak lebih sesuai untuk langsir dan kusyen. Fabrik tenunan dihasilkan daripada benang warna yang ditenun untuk menghasilkan corak. Ia lebih tahan daripada pancaran matahari, lebih mahal dan ia tidak mudah lusuh. Sarung boleh tukar Sarung kekal memang kelihatan lebih kemas berbanding sarung longgar atau boleh tanggal. Tetapi sarung boleh tukar lebih praktikal jika dihasilkan dengan baik. Kini ada lebih banyak pilihan untuk pemilik kediaman yang lebih gemar menukar sarung sofa. Walaupun lebih praktikal untuk keluarga sarung itu perlu dihantar ke kedai dobi untuk cucian kering. Anda juga boleh membeli set sarung tambahan untuk tukaran iaitu untuk kegunaan lasak setiap hari dan dikhaskan untuk majlis istimewa. Pilih warna atau corak yang berlainan untuk memberikan wajah yang berbeza pada ruang tamu anda. Selepas memilih sofa fikirkan pula kelengkapan untuk ruang selebihnya. Kerusi atau sofa membentuk kelengkapan paling utama dalam ruang tamu kediaman anda. Pilih langsir dan permaidani yang sepadan atau serasi dengan set dekorasi.

No comments: