Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Tuesday, May 17, 2011

Pemilihan Bidai Yang Bijak.

Assalammualaikum! Setelah banyak kes kebakaran berlaku berpunca dari langsir dapur, Akak mula memberi perhatian kepada bidai plastik. NILAI keindahan ruang kediaman terletak pada elemen hiasan dan daya kreativiti pemiliknya. Latar kediaman tampil berbeza jika kemasan langsir digantikan dengan bidai sesuai. Bidai mampu membangkitkan seri sesebuah rumah, pejabat dan bangunan. Pemilihan warna dan kemasan buatan menjadi faktor penentu kepada keunikannya, sekali gus mencerminkan keperibadian dan penelitian anda sebagai pemilik kediaman. Selain menggantikan langsir, bidai berfungsi melindungi ruang daripada cahaya matahari yang terlalu terik. Apatah lagi ia sering dipandang dari luar atau dalam kediaman. Pilihan bidai yang ringkas dengan kombinasi warna lembut melambangkan keharmonian dan kedamaian sesebuah keluarga. Penggunaan fabrik dengan campuran plastik daripada gentian PVC serta polimer untuk bidai lebih bersifat mesra alam dan tidak mengeluarkan bunyi bising. Bagaimanapun, penggunaan bidai perlu dipastikan sesuai supaya penataan tidak kelihatan kurang berseri. Pastikan saiz setiap bidai sepadan dengan saiz tingkap. Lebih cantik jika setiap tingkap ada bidai sendiri yang boleh digulung berasingan. Kehadiran tingkap yang tinggi menegak dan sempit biasanya terletak di tepi pintu. Ia bertujuan membenarkan cahaya dari luar menyinari ruang yang gelap itu tetapi sesiapa yang lalu lalang berdekatan mudah melihat ruang kediaman anda. Bagi mengelak masalah itu, anda boleh menggantungkan bidai boleh ubah suai kedudukannya untuk tinggi atau rendah. Malah, penggunaan bidai menegak yang boleh dibuka dan ditutup amat digalakkan. Sementara itu, tingkap kaca yang terbuka besar sering kelihatan di pangsapuri atau kondominium. Selain berfungsi sebagai tingkap, ia adalah pintu untuk penghuninya keluar ke beranda. Saiznya yang besar seperti dari siling ke lantai, memerlukan kain yang banyak jika ingin menutupnya dengan langsir. Namun, memadai jika menggunakan bidai yang tinggi menegak serta boleh dibuka atau ditutup dengan hanya menarik talinya. Lagipun, menggunakan bidai jenis ini lebih menjimatkan dalam jangkamasa yang panjang. Kini, penggunaan bidai kian dikreatifkan sebagai penyeri ruang dan menjadi penghadang antara ruang seperti ruang tamu dan ruang makan. Tidak seperti langsir, bidai lebih tahan lama biarpun kerap terdedah dengan cahaya matahari. Pilihan bidai yang mempu�nyai rona natural memudahkan anda menyesuaikannya dengan sebarang konsep penataan. Ini bermakna, anda tidak perlu menukar langsir setiap kali menukar hiasan kediaman anda atau apabila tiba musim perayaan. Selain itu, ia mudah dibersih�kan dan menjimatkan kerana anda tidak perlu menghantar�nya ke dobi.

No comments: