Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Monday, May 30, 2011

Pemilihan Cat Yang Bijak.

Assalammualaikum! Warna cantik dipandang, adakalanya tidak bersesuaian dengan mood. Lima langkah utama memilih cat sesuai untuk kediaman anda 1) Pilih warna digemari Bagi memberikan suasana selesa kepada anda dan keluarga pemilihan warna tepat amatlah penting. Antara langkah terbaik adalah membawa gambar kediaman atau beberapa sampel fabrik dari kediaman ke kedai atau pusat pameran cat supaya warna yang dipilih sesuai dan selari kehendak anda. Pelbagai jenis cat yang berada di pasaran dan faktor yang membezakan di antara kesan kilatan pada sapuannya memberikan impak berbeza. Dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjungi berkenaan pilihan sesuai. 2) Padankan sampel fabrik Anda yang mempunyai dan menempah langsir boleh membawa cebisan fabrik atau gambar supaya boleh dipadankan dengan sebarang pilihan cat pada katalog. 3) Mendapatkan sampel cat Ia penting untuk disesuaikan dengan konsep penataan. 4) Cuba sampel pada dinding Bawa pulang sampel yang diberikan. Cuba pada dinding dan jangan lupa untuk melabelkan setiap kepingan sampel dengan kod warna sebagai rujukan. 5) Pilih yang terbaik Perhatikan sampel ketika siang, malam dan hari mendung. Pilih yang bersesuaian dengan perabot, aksesori dan keseluruhan dekorasi ruang kediaman anda. Kesesuaian warna: Warna putih, kuning cair dan biru pucat digunakan untuk mewarnai keseluruhan ruang luar dan dalam kediaman. Warna biru boleh menampakkan ruang atau bilik yang sempit menjadi lebih luas, selesa dan nyaman. Elak menggunakan warna putih untuk bilik anak-anak yang masih kecil kerana ia mudah kotor akibat contengan kreatif mereka. Bagaimanapun putih dalam kebanyakan hal memberi kelebihan kerana ia menjadikan bilik semakin cerah ketika malam dan membuatkan ruang kecil lebih luas. Warna itu juga mudah disesuaikan dengan semua jenis perabot dan perhiasan. Warna garang seperti kuning, oren dan merah dikatakan dapat merangsang selera makan dan sesuai melatari dinding ruang makan. Biru laut serta warna pastel sesuai untuk bilik tidur kerana ia mendatangkan kesan kesegaran dan ketenangan. Jika pejabat anda dicat dengan warna garang, elakkan menggunakan warna berkenaan untuk kediaman dan membuatkan anda lebih letih.

No comments: