Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, March 17, 2010

“Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!”

Sabtu, mac 13, 2010.

Sayangku,
Dari kejauhan ini, kubingkiskan salam segunung rindu, pengganti diri, membaca mentera adegan dan peristiwa hari ini. Aku tahu, engkau pun tahu. tinggi mana gunung rinduku, tinggi lagi hasrat ingin tahu di hatimu.

Pagi ini aku sedikit terlewat, kerana agak tak larat natijah dari tidur yang gawat. Aku melangkah ke bilik mesyuarat, sambil memikul beberapa amanat.

jam 9.00 pagi, ketika jenazah ayahndaku selamat bersemadi, mesyuarat kelab cyber bermula. Tidak seperti mesyuarat agung pertubuhan/persatuan/kelab yang lain, peruntukkan masa untuk mesyuarat agung Kelab Cyber hanyalah satu jam setengah. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk berlengah-lengah. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli, dan mesyuarat dirasmikan oleh Mr. George Thomas. para hadirin masing-masing melaporkan kehadiran dengan suara sendiri. Ketika saudara-maraku mencari anak perempuan sulung Zakaria Mad Sin dari KL di tanah perkuburan, Aku mencari suara-suara yang aku rindu di dalam dewan mesyuarat. Tapi sayang, tiada di situ. Maka bergandalah kesedihanku, sudahlah kehilangan ayah, tiada ucapan tadziah yang kuterima. Aahhhh! bukan tadziah yang kuharapkan. memadailah sedekah al-fatihah untuk ayah.
Dalam sessi memperkenalkan diri, telingaku menangkap suara sahabatku, Ephylia dari Sabah. Ramai sekali ahli yang sudi menghadiri. tapi aku yakin kehadiran untuk pengkebumian ayahndaku, lebih lagi. Ramai juga orang jauh yang datang bertandang, sahabatku Zubaidah dan Namila dari Johore, Ephylia dari Sabah, dan entah siapa dari Ipoh.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Sebagaimana engkau tidak menghadiri mesyuarat pada kali ini, begitulah aku tidak menghadiri majlis pengkebumian ayahndaku. Ketika saudara-maraku mengaminkan ayat talqin yang dibaca di tanah perkuburan ayahndaku, para hadirin di dewan mesyuarat mengaminkan minit mesyuarat dan dua buah laporan yang aku persembahkan.

Mesyuarat berjalan lancar, tanpa sebarang soal-jawab. Sessi pemilihan pun, tiada sebarang pengundian kerana tiada saingan! Seperti yang kau tahu, pengerusi dan naib pengerusi masih kekal di kerusi masing-masing. Disamping beberapa orang muka-muka baru seperti Taslim dan Zahari, Manoharran dinaikkan tarafnya sebagai bendahari. Seperti yang kau tahu aku dan Kak Ros bertukar kerusi. Betulkah pangkatku di downgrade kan? "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Untuk pengetahuanmu, aku sememangnya dilahirkan sebagai setiausaha, kerana ayat-ayat tulisan dan lisanku sememangnya berbisa. untuk pengetahuanmu, di mana-mana perkumpulan tunanetra, aku boleh megah sebagai calun setiausaha pertama. aku tetap dicalunkan, walaupun aku tidak hadir. Sekiranya aku menolak, barulah beberapa orang setiausaha pelapis mengambil-alih. Jika tidak, jawatan itu terpaksa diserahkan kepada "setiausaha haprak". Oops! Kau tentu ingat perkataan ini dalam sajak mantan perdana menteri: Tun Dr. Mahathir muhammad dalam sajaknya: "Melayu mudah lupa". Rupa-rupanya, akulah yang "haprak" di mata hatimu!  "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Sungguh malang nasibku. Dengan rendah diri aku memberi laluan kepada orang lain untuk memikul tanggungjawab, dan aku merelakan diriku untuk tanggungjawab yang lebih kecil, kerana aku tahu, aku akan diperlukan sebagai "backup". Tahukah engkau bahawa aku sebenarnya telah meletakkan jawatanku sebagai setiausaha beberapa bulan yang lalu? Namun beberapa hari sebelum Mesyuarat agung, aku dilamar untuk menyiapkan dokumen. Di manakah setiausaha backup ketika itu? Aku tak setega sahabatku (setiausaha 2008), yang membiarkan jawatankuasanya tanpa sebarang dokumen untuk mesyuarat agung 2009. Dan mesyuarat agung kelab cyber 2010 telah sepakat memutuskan bahawa barisan pentadbiran baru akan berkhidmat selama 2 tahun. Nampaknya 2 tahun lagilah aku harus menanti untuk merebut jawatan setiausaha itu dari kakakmu, kan? Aku tidak begitu. Apa saja yang aku lakukan, aku punya agenda tersendiri!
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Dari jauh, kau sahabatku mentertawakan aku yang dijatuhkan pangkat, manakala nun jauh di kampung halamanku, saudara-maraku mengutuk aku. Aku tersepit kerana tiada tiket untuk membela diri! Adilkah ini?

Apa Kata Kak Ai?
Inilah mesyuarat agung yang paling senang dikendalikan. Dan inilah minit mesyuarat yang paling ringkas yang pernah Kak Ai tulis, cuma dua helaian mukasurat. 

Jam 10.30 pagi, ketika saudara-mara dan kaum kerabatku menyiramkan air mawar ke tanah perkuburan, aku menjamu tekak. setelah itu kami kembali ke dewan untuk mendengar tawaran hebat dari Maxist! indah berita dari khabar, masing-masingterdongak beristighfar. kami semua berpeluang memegang/menimang telefon canggih, sambil masing-masing menimbang poket  bersama keluhan yang letih.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Terdapat 3 plan yang ditawarkan: samada yoran bulanan rm100. rm155 atau rm250. Untuk package 1 dengan yuran bulanan rm100, anda dibekalkan dengan 330 minit panggilan percuma, 500 mb data percuma, 100 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, dengan kadar panggilan 15 sen dan kadar sms 10 sen.
Untuk package 2 dengan yuran bulanan rm155, anda dibekalkan bersama data percuma sebanyak 1 gb, 667 minit panggilan percuma sesama maxis, 200 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, kadar panggilan sebanyak 12 sen dan sms sebanyak 10 sen.
Untuk package 3 dengan yuran bulanan rm250, anda pula dibekalkan bersama 2 gb data percuma, 1500 minit panggilan percuma sesama maxis, 300 sms percuma sesama maxis, 10 mms percuma sesama maxis, dengan kadar panggilan dan sms serendah 10 sen.
Harga telefon yang ditawarkan ialah: rm1490 dan sekiranya anda memilih untuk melanggan mana2 package, telefon itu menjadi rm1090. Nampaknya lagi murah dari xinbien phone yang dalam poketmu, kan? Pada mulanya aku terpesona juga dengan tawaran itu, kerana aku sangkakan boleh membeli telefon tanpa terikat dengan yuran bulanan rm100. rupanya aku tersilap terima. Bodohnya aku! Malunya aku! "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".
Beberapa perkara yang mesti kau ingat ialah: package ini hanya sah ditawarkan kepada ahli kelab cyber yang telah melunaskan yuran 2010 dan tawaran akan ditutup pada hari Jumaat ini. Setiap borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan photocopy kad pengenalan, kad JKM dan stamp diendorse kan oleh MAB. Kau juga boleh membayar dengan kadar ansuran 12/24 bulan melalui maybank, 12 bulan melalui city bank, public bank dan lagi satu bank aku malas nak ingat. yang pasti bank aku ialah Bankrupt! so macam mana? xinbien phone burukmu itu, untuk ku kah?

Apa Kata Kak Ai? Business adalah business. Tiada tawaran yang sama timbangan. Yang pasti, mesti ada berat sebelah. Apabila membaca sesuatu offer, jangan terlupa baca buku simpanan.

Pada sebelah tengah hari pula, ketika keluargaku membuat kenduri untuk meraikan kaum kerabat ke perkuburan, aku juga kenduri bersama sahabat-sahabatku. Setelah sollat zohor, kami kembali ke dewan untuk acara seterusnya.
Acara seterusnya ialah "braile SMS". Menarik sekali bunyinya! Sebuah syarikat telah berjaya mencipta satu software untuk menjadikan telefon numeric keypad kepada braile keypad. Ini memudahkan untuk kau dan aku menulis SMS, kata pegawai syarikat itu. Perihatin betul mereka terhadap kau dan aku. Syarikat itu akan memberikan software "braile SMS" secara percuma pada hari ini. Tapi sayang, aku kecewa, mereka juga lagi kecewa. Kau tahu kenapa? Mereka tidak berupaya merealisasikan impian mereka. HP dalam gambaran mereka ialah HP tradisional, keypadnya tersusun selayaknya. Tapi, demi mereka melihat beberapa jenis HP kawan-kawan kita yang berkongsi button untuk dua nombor, dan bentuk susunan button yang berbagai fesyen dan ragam, mereka mengalah sendiri.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Hasrat mereka untuk memberi percuma dan menjual software itu mesti diulangkaji semula.

Apa Kata Kak Ai?
Kau salah agak, Babe. Kami ok dengan "talx". Kami tak perlukan "braile SMS". Anyway, terima kasih daun keladi. Kalau ada apa-apa, kongsikanlah lagi!

Acaraseterusnya ialah pamiran audio labeler. Terdapat 2 jenis gadget. Iaitu: pen-friend dari RNIB, dan Touch-mammo dari Jepun. 2 alat ini berbeza rupa dan nama, tapi, konsepnya sama saja. Ketika saudara-maraku ikhlas memanjatkan syahadat ke hadhrat ilahi dengan mengalunkan bacaan tahlil untuk Ya Rabbul Alamin,  , Wong Kow memperkenalkan Pen-friend, aku memperkenalkan Touch-mammo. Untuk pengetahuanmu, diwaktu ini, tiada PA System. Jadi, aku berjalan membawa touch mammo itu. "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".

Catitan ringkas untuk Audio Labeler:
Alat ini dicipta khas untuk merekod label secara audio kepada barang-barang terpilih. Alat ini sebenarnya adalah pena sensor dan kertas khas sebagai label. Pena sensor ini dilengkapi 3 button: iaitu: record, delete dan on/off. Cara menggunakan alat ini ialah dengan mengacukan pena sensor ke mana-mana label yang berbunyi *chime* dan tekan record button tunggu isyarat bunyi, rekodlah apa saja yang hendak diperkatakan. cabut label itu dan tempekkan pada mana-mana barang yang untuk dilabel. Label ini boleh dibasuh dan dimasukkan ke dalam freezer. Jadi aku lebih senang merekod tarikh mati makanan kegemaranku seperti pitza, burger, nuggett dan entah apa lagi. Aku juga suka melabel gambar-gambar di dalam albumku. Label ini juga boleh di overwrite dan boleh dibahagi dua. tapi sekiranya dibahagi dua, ianya tidak boleh di padam atau di overwrite lagi. Tiada had masa untuk merekod. Untuk membaca label semula ialah dengan mengacukan pena sensor ke arah label. dan pena sensor ini di caj menggunakan USB cable yang disambungkan kepada PC. Alat ini juga boleh digunakan sebagai pen drive untuk temporary storage. Touch Mammo mempunyai keluasan memory sebanyak 2 gb manakala pen-friend memorynya ialah 1 gb. harga yang ditawarkan ialah: rm700 untuk touch mammo dan rm390 untuk pen-friend. Pen-friend ada dijual di MAB.

Apa Kata Kak Ai?
Ok juga barang tu. Siapa ada duit bolehlah beli!

Acara terakhir ialah pamiran tongkat pintar. Seperti yang aku sangka, mereka tidak pernah tahu waktu Malaysia. Mereka datang lambat, dan ramai yang sudah boring menunggu lalu beredar membuat pamiran tongkat pintar mereka sendiri. Aku masih menunggu di situ, bersama segunung rindu. "Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!". Terdapat beberapa perubahan dari laporanku yang lalu. Tongkat kali ini mempunyai sensor atas dengan jarak ketinggian 2 meter. Tongkat ini juga menggunakan 2 biji roda bukannya geguli seperti dulu. Roda ini boleh ditiadakan sekiranya tidak diperlukan. Tongkat ini juga tidak perlu dijalankan secara menegak seperti yang dilaporkan dulu. Gambaran penuh secara audio ada disertakan bersama file dibawah. Aku meninggalkan dewan sebelum acara berakhir.

Apa Kata Kak Ai?
Tongkat itu belum siap lagi. Kalau dah siap pun, macam tak best.

Sayangku, begitulah alkisah yang mampu disunting oleh Penglipur lara seperti aku. Jika ada sebarang kekurangan, carilah wartawan lain untuk membuat liputan.
"Tahniah untuk mereka, tadziah untukku!".

Nota: Untuk mendengar suasana demo di hari itu, sila layari:
http://dl.dropbox.com/u/3119095/rakaman.rar

No comments: