Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura

Kepangkuan anakku, Afif yang dirindui selalu.

Hari ini, 10 Muharram adalah Hari asyura. Alhamdulilah Mama masih berkesempatan mengerjakan beberapa amalan sunat yang digalakkan pada hari ini.

Seawal pagi Mama bangun untuk bersahur. Abah pun bangun juga, tapi untuk meminum oatnya. Kasihan Abah. Pada kali ini dia tidak berupaya berpuasa sunat asyura lagi krana serangan gastritisnya. abah hanya mengerjakan mandi sunat, sollat sunat dan membaca Surah Al-ikhlas seribu kali. Setiap tahun, Abah akan berpesan pada Mama untuk mengerjakan puasa sunat Asyura. Pada kali ini Abah berpesan lain pula: “nanti, kalau abang dah tak ada, Ai jangan lupa puasa sunat asyura, tau. Doakan roh abang dicucuri rahmat, tau.” Mama sedih sekali mendengarnya. Sejak Abah diserang gastritis yang kronik, dia selalu mengingati mati. Banyak sekali dia berpesan Aitu dan ini pada Mama.

Afifku, sayang! Sakit rindu Mama kehilanganmu masih belum pulih lagi. Mana mungkin Mama menghadapi kehilangan Abah pula? Siapapun Abahmu, dia telah ditaddirkan sebagai jodoh Mama. Adalah menjadi tanggungjawab Mama untuk menyayanginya.

Sayang! Kau adalah saham Mama di akhirat. Mengenangkan itu Mama akan tenang. Kau akan datang membawa minuman dari Telaga Al-kauthar untuk Mama. Bahgianya ketika itu. InsyaAllah Mama tidak akan dahaga di Padang Mahsyar!

Sayang! Mama takut sekali memikirkan hari-hari tanpa Abah nanti. Abah bukan saja suami Mama. Abah juga adalah imam dan guru mengaji untuk Mamamu yang jahil ini. tapi, seandainya masanya telah tiba, tiada siapa dapat menundakannya. Bersamalah kita mendoakan kesejahteraannya. Berikut Mama lampirkan sekali fadhilat melakukan amalan sunat pada Hari Asyura sebagai rujukan Mama apabila Abah tiada nanti.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/AdDin/20091218123122/Article/indexv_html

No comments: