5 Disember, 2009,
kadatanganmu kutunggu bersama segunung rindu yang sarat.
mudah-mudahan hadirmu, mengorak ruang agar rinduku terubat.
Nota:
1. Mesyuarat agung Luarbiasa SBM. 2 buah Bas dari cawangan KL/Selangor akan berlepas ke ipoh pada jam 9.30 pagi. 2 orang bukan ahli dan 2 orang ahli cawangan Sarawak akan menyertai rombongan tersebut.
2. Sure heboh di Bukit Jalil. kalau ada kawan best juga. tapi semuanya pilih untuk ke Ipoh, boleh jumpa kawan-kawan jauh. tanya sama hati: "adakah orang jauh yang Kak Ai rindukan?" jawapan hanyalah airmata. perasaan adalah rahsia.
3. Hari OKU Peringkat Kebangsaan di MAB. Menerima jemputan untuk menyertai pamiran ICT. adakah orang yang akan menyaksikan pamiran itu? OKU penglihatan, semuanya ke Ipoh. yang OK pulak, tentu sekali ke Sure Heboh! seperti yang didugalah, pamiran itu nanti, tentu dilawati oleh hantu! Di sana tentu ada Atok. sudah lama tak berbalas puisi dengan atok. Masihkah atok kenal diri ini?
4. Kak Anne akan tiba dari KK hari ini. Woo! bestnya jumpa Kak anne! bolehlah bluetooth ringtone banyak-banyak!
Jam 7.20 pagi: seperti selalu, waktu sebegitu adalah terlalu awal untuk Merak meninggalkan mesjid. tentunya pada waktu ini, Merak sedang khusyuk menghadiri kuliah subuh di mesjid al-muqarabbin yang berhampiran. jadual Kak ai telah pun dimaklumkan beberapa hari yang lalu. setelah menyiapkan susu, oat dan sandwich, Kak ai harus bergegas pergi. maklumlah, transport kurang efisyen di hujung minggu. selesai saja SMS pertama untuk Merak ditulis: "No hand kiss. no goodbye kiss. i leave you in peace. assalammualaikum!" Kak ai membaca doa meninggalkan rumah sambil mengunci pintu.
Di stesen LRT, Kak Ai dikejutkan dengan berita gembira: "hari ini Rapid KL bagi tambang percuma untuk OKU bersama seorang pengiring, sepanjang hari." di dalam train, Kak ai tak cukup jari nak SMS kaum kerabat dengan berita itu. di stesen monorail pun, Kak Ai menerima kejutan lagi. berita yang sama. "Monorail beri tambang percuma untuk OKU dan seorang pengiring sepanjang hari." sekali lagi, Kak ai tak cukup jari untuk SMS kaum kerabat. tambang percuma itu telah diconvert ke bayaran SMS kepada kaum kerabat. di dalam monorail, Kak ai disapa oleh seorang wanita tak dikenali yang berkebetulan ingin ke MAB. Namanya Khairun Nisa, seorang juru bahasa OKU pendengaran. Kak Ai menjemputnya ke kafeteria untuk menikmati sarapan percuma tajaan JKM. menu terhidang ialah meehoon goreng berlaukkan ayam goreng, teh/kopi.
Jam 8.50 pagi: "Romie! you are the only one, not at the booth. where are you? the minister will arive at 9.30, arent you aware of that?" suara Mr. Yam di hujung talian.
"I will join you soon. but, I cannot find my way out. I am still having breakfast." Kak Ai buka buku temberang. hatinya sedikit cuak untuk membuat pamiran kepada hantu pada pagi hari. apatah lagi, apabila Khairun Nisah memberitahunya, bahawa "datuk Seri's arrival will be at 10.00 bukannya jam 9.30 seperti yang ditulis.
"hi! look! who is here? Hantu AGM, but is not attending AGM. What happened, girl?" Kak ai disapa dari belakang. Kak Ai pasti, hanya seorang manusia sahaja yang memanggilnya, "girl" di dalam dunia ini. di antara mereka, sudah pasti pernah ujud hubungan intim.
"Not Hantu AGM lah. Artist AGM, or AGM celebrity. remember, she used to capture the hall with her long list of 'why's?" sambung kawannya, lelaki pertama yang pernah membancuhkan kopi untuk Kak Ai. kenangan menghadiri workshop anjuran asia Pacific Blind Union, di Hotel Grand Continental, 20 tahun dahulu singgah sejenak.
"capture the hall? my goodness! well, AGM and SBM is long gone. i have no inspirations, their. my heart and spirit is here. with the 2 guys, whom i ever loved before." Kak ai menipu lalu berlalu mencari tempat duduk yang jauh ke dalam.
Hari ini adalah sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan yang ke 16. tema sambutan pada tahun ini ialah: ‘PENDAYAUPAYAAN OKU KEARAH PEMBANGUNAN POTENSI DIRI’. Juru acara majlis perasmian ialah: Abang amin, seorang OKU penglihatan bersama Puan Hamidah, seorang cacat anggota berkerusi roda. Kak ai kenal Hamidah. mereka saling berganti katil ketika bersalin di PPUM, 3 tahun yang lalu. Juru-acara sebenar ialah Rasz adibah, tapi sayang beliau kemalangan kerana terjatuh. maka Hamidah menggantikannya.
Jam 10.20 pagi: ketibaan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bersama Timbalan Menterinya, Datuk Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Meme Zainal Rashid.
Acara bermula dengan bacaan doa oleh Fadzlin Hiezrie. dan diikuti dengan ucapan oleh datuk Meme Zainal rashid. suara datuk Meme agak perlahan. bukan salah PA system. datuk Meme tidak pandai melepaskan suaranya. begitulah pendapat Kak Ai yang telah menghadiri beberapa kursus 'toesmaster' dan 'public speaking'.
kemudian diikuti pula oleh ucapan perasmian oleh: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. antara lain ucapannya ialah:
1. Brickfields dipilih sebagai tapak sambutan Hari OKU peringkat kebangsaan ke 16 kerana: MAB, Wisma Harapan dan Persatuan Orang Pekak terletak di sana.
2. kabinet meluluskan 2 lagi kategori OKU: pertuturan dan mental.
3. kerajaan melalui Bajet 2010 memperuntukkan RM224 juta membantu OKU melaksanakan program pemulihan dalam komuniti dan menaik taraf empat buah institusi Taman Sinar Harapan di negara ini.
4. memberi sumbangan sebanyak rm20000 kepada MAB kerana sanggup menjadi tuan rumah sambutan hari OKU peringkat kebangsaan yang ke 16.
Acara seterusnya ialah persembahan.
majlis dimulakan dengan nyanyian dari adik Foo Hooi Yuen, seorang Downsyndrome bersama lagunya: "the moon represents my heart". acara seterusnya ialah tarian dari OKU pendengaran. di belakang terdengar disis-disis orang yang kehairanan melihat orang pekak yang boleh menari beriringan musik. artis seterusnya ialah benar-benar artis. Farah dari AF2. Farah menyanyi sambil menjemput para hadhirin menari bersamanya di atas pentas. ramai juga budak downsyndrome yang mengiringinya. dalam kebisingan lonjak tempik Farah, HP Kak Ai berdering nyaring.
"ai! kalau tak ada apa-apa awak balik cepat!" salam Merak di hujung talian. hati Kak ai berdebar kencang.
"breakfast ada dalam microwave, bang. your lunch---" Kak ai ketakutan, suaranya terputus-putus. tak cukupkah makanan yang ditinggalkan?
"bukan itulah. ini kucing punya hal! habis rak kasut terbalik. kasut awak yang berdozen tu bersepah! tingkap pecah!---"
"fitnah! kucing tak larat terbalikkkan rak kasut! kucing tak boleh pecahkan tingkap! be more realistic and sensible, please!" Kak ai seperti biasa akan mempertahankan kucingnya.
"bukan kucing yang buat! awak balik cepat! siapa nak kemas kasut-kasut awak, nih? kaca-kaca pecah bertaburan, nih?"
"keep cool, bang. take a deep breath and relax. majlis baru bermula. i cannot leave, just yet." Kak ai memohon simpati dari suaminya yang OKU kasihan. panas telinganya mendengar suara Merak sampai ke dada. Kak ai sedih mengenangkan untung nasibnya. entah lagu apa yang dinyanyikan Farah, tak sempat dicatitkan oleh Kak Ai. artis seterusnya ialah: Fazli Zainal bersama lagunya: hidup ini. lagu itu sungguh mengasyikkan. setelah itu hadirin dihiburkan dengan nyanyian Khairul azmi bersama lagu: gemuruh dengan diiringi petikkan gitar oleh ahmad Zaki. mereka berdua adalah OKU penglihatan. pada pendapat Kak ai, Khairul Azmi sememangnya berbakat besar. memang tepat sekali, bakatnya dipertontonkan kepada VIP.
acara kemuncak yang ditunggu Kak ai akhirnya tiba.
Anugerah OKU cemerlang sebanyak 4 kategori.
1. kategori OKU penglihatan:
mr. Godfrey Ooi Goat See, berusia 61 tahun. sanggup meninggalkan profession guru untuk berkhidmat kepada rakan senasib. 30 tahun bersama NGO. Godfrey memberi sedikit ucapan pendek. catitan Kak ai diganggu oleh budak lembam yang sibuk menekan Braile N Speak. yang Kak ai ingat hanyalah: "its not what you have. its what you do with what you have that really matters."
2. kategori OKU pendengaran:
En. Razali Ramli, seorang tokoh korporat dari Kelantan. memiliki Sharikat R&A Jasa Trading dan menggajikan 8 orang OKU pendengaran berkerja dibawahnya. seperti Godfrey, En. Razali pun memberi ucapan. rakan OKU penglihatan ketawa mendengarkan suara Razali yang agak merdu persis wanita. Kak ai ketawa kerana mengenali suara Khairun Nisah. takkanlah En. Razali yang berucap. tentulah juru terjemahnya!
3. kategori OKU fizikal:
Datuk Zaharul Lail Awang Latiff. memiliki 2 buah kedai baikpulih kereta dan menggajikan 7 orang OKU fizikal berkhidmat dengannya. Datuk Zaharul memulakan ucapan terimakasihnya dengan ayat yang menyentuh perasaan Kak Ai. "saya anak welfare. sejak dilahirkan lagi, saya sudah jadi anak welfare. kalau bukan kerana menjadi anak welfare, tentu saya tidak akan berdiri di sini." bunyinya ikhlas dan merendah diri.
4. kategori masalah pembelajaran:
En. Johari Jamali, seorang penceramah aktif. entah apa pencapaiannya di peringkat United Voice asia Pacific Centre dan asian Project Developement & Disability, Kak Ai tak pasti. catitan Kak Ai diganggu dengan lebih berani oleh anak yang senasib dengan En. Johari Jamali. Kak ai menangkap tangan gemuk anak itu yang dengan senang hati naik ke atas riba dan terus memeluk Braile N Speak, bagaikan mainan baru. anak itu bernama Ali, bermasalah pembelajaran. ali berumur 6 tahun, namun keupayaan mentalnya hanyalah di tahap budak berumur 2 tahun. hati Kak Ai sayu, sambil menggosok dan meniup ubun-ubun anak itu, Kak Ai berdoa untuk kesejahteraannya. akhirnya ali dengan sukarela memulangkan Braile N Speak dan meninggalkan pangkuan Kak Ai setelah seronok dengan note-note kertas plastik yang diberikan oleh Chik ai dan Chik Mastura. Kak Ai sebenarnya terpegun mendengar ucapan terima kasih dari en. Johari Jamali. struktur ayatnya tersusun kemas. gayanya professional. ya tuhan! sesungguhnya aku lebih lembam dari dia! seandainya 'lembam' dibahagikan kepada 2 kategori seperti penglihatan iaitu 'totally' dan 'partially', dan En. Johari melebihi ke-dua-dua kategori itu! dia sungguh istimewa! dia adalah ciptaan Allah yang sungguh unik dengan kecacatannya!
5. anugerah khas untuk sharikat.
Sharikat berkenaan yang terpilih ialah Giant Capital Retail Holdings BHD. Sijil penghargaan juga turut diberikan oleh kerajaan Jepun melalui JAIKA Malaysia dan disampaikan oleh En. Masatoshi Takahashi. Maaf, catatan Kak Ai kurang lengkap, kerana ali masih di atas riba.
majlis perasmian ditutup dengan nyanyian dari Jacquelin Victor, bersama lagunya, "mercy" dan "satu Malaysia."
Jam 12.20 tengah hari:
"Mr. Yam! is my seat still available? can i come, now?" Kak Ai tanpa rasa bersalah menelefon pengerusinya.
"please, come. Zubaidah will watch out for you at the gate." Zubaidah? Kak Ai menjadi excited mendengar nama itu. sambutan Hari OKU pada kali ini diraikan secara karnival yang disertai oleh 40 buah gerai pamiran/jualan. setiap pengunnjung diwaktu perasmian diberi topi tebal bertulis "JKM" Dan para peserta diberi beg cenderamata, kecuali peserta MAB. Masalah biasa, ini sudah pasti sebab pegawai MAB terlupa mendaftarkan pesertanya macam tahun-tahun yang lalu. mujurlah peserta MAB masih tidak dilupakan untuk mendapatkan T-shirt yang berkualiti itu.
Zu memeluk Kak Ai dari belakang. kami berdua dari species yang senang mesra. itulah istimewanya orang tembam, dik. mereka selalunya romantis, senang mesra, mudah terasa dan kuat cemburu. bukan Kak Ai kata, tau! pakar psikologi yang kata. dan kita bertuah tergolong di dalamnya.
"Kak Romie! mana aci. kawan sebelah ada makanan." beritahu Zu kepada Kak Ai.
"sekarang memang boleh makan, tapi kafeteria penuh." Kak Ai memberitahu. Kak ai mendekati ramalik, pengusaha bakul yang sedang makan makanan dari kafeteria yang diseludup keluar oleh anaknya, Baqir. anak Ramalik sememangnya bijak, tahu membuat decission sendiri dengan menggunakan quickthinking. Kak Ai maklum benar hal ini setelah beberapa tahun menghadiri pamiran bersama Ramalik.
Jam 1.10 tengah hari: Datuk Seri Syarizad berkunjung ke booth MAB. Atuk Endcem mempamirkan JAWS dengan mendemokan email kiriman Sawang dari Oku_Boleh. Datuk Seri tidak fokus. beliau sibuk bertanyakan Major Adzahari kepada En. George Thomas. Siapakah Major Adzahari itu? pencapaiannya sungguh istimewa. dia dikagumi oleh orang yang belum mengenalinya! Kak ai tersenyum kerana mendapat assignment baru. Major adzahari mesti dijejaki!
Setelah Datuk Seri meninggalkan booth ICT, ATUK dan Mr. Yam dengan ditemani oleh Mrs. Yam dan Zu berhenti rihat untuk menikmati makan tengah hari. tinggallah Kak Ai bersama Manoharan dan Fadzlin. Kak Ai teringin sekali mendemokan Braile N Speak kepada Manoharran, tapi sayang, keadaan terlalu bising. dalam hati Kak ai berdoa, agar jangan sesiapa datang ke booth kami. Kak Ai bermasalah mendengar screen reader di dalam suasana bising! Untuk pengetahuan semua, di tapak pamiran itu juga terdapat gerai yang mempunyai booth berserta DJ yang menghuruharakan bunyi gadget OKU penglihatan. Kak ai makan bersama Manoharran dan Maniam dan seterusnya ditemani oleh Ranee.
Setelah makan, Kak Ai kembali semula ke booth, yang keadaannya tetap bising. tiba-tiba Kak ai disapa oleh Farah, anak Rahim yang sedang berjalan bersama Nani dan anak lembamnya, Atiqah. dengan tak malu, Kak ai mengikuti rombongan mereka dengan berkata kepada Nani: "akak nak raba-raba barang-barang kraf orang cacat lain." di atas permintaan itu, Nani membawa Kak ai ke booth budak lembam atau kerdil, tak pastilah, dari Melaka. Kak ai seronok sekali meraba barang-barang kraf mereka. barang-barang crochet dan knitting, Kak Ai tahu membuatnya sendiri. cuma mengopy idea sajalah. Kak ai tertarik sekali dengan produk kraf yang dibuat dari gulungan kertas majalah. untuk seni jenis ini, Kak Ai hanya tahu membuat bakul sahaja. tetapi, mereka sungguh kreatif. mereka boleh menganyam hiasan kecil berbentuk ikan, cili, bakul dan bermacam-macam lagi yang disangkutkan kepada keychain! tanpa berfikir panjang, Kak Ai membeli kesemua bentuk yang ada, dengan warna mengikut citarasa Nani. mereka juga berupaya membuat bouquet bunga dengan menggunakan gulungan kertas majalah. harganya tidak mahal. cuma rm70, tapi terlalu clumsy untuk naik train. jadi, Kak ai cuma mengambil nombor telefonnya. bouquet bunga kertas! suatu hari nanti, kau mesti kumiliki. Kak Ai berazam. seterusnya Kak ai tertarik dengan keychain yang diperbuat dari karangan jalinan getah pengikat rambut berbentuk cartoon. Kak ai membeli 2 biji teddybear dan Doraemon. hingga ke saat ini, Kak ai masih tidak berjaya membongkar rahsia penjalinannya! Masyaa Allah! kemudian Kak Ai membeli mitten pengangkat periok panas. kraf ini pasti disukai oleh kesemua tukang masak OKU penglihatan! di gerai seterusnya, Kak ai memborong produk kraf manik dari Sarawak. manik semamangnya kegemaran Kak Ai, dan Kak ai juga tahu menjalinnya. tapi, kraf mereka sungguh istimewa. selama ini, Kak ai hanya tahu menjahit bekas tisu, beg, rantai berlapis, gelang atau bakul telur saja. tapi mereka, menganyam kerongsang berbentuk rama-rama dan pelbagai lagi. mereka juga menganyam patung-patung kecil berbentuk cicak, robot, ikan yang disangkutkan kepada keychain. seperti yang diduga, Kak ai terus jatuh hati dan membeli beberapa produk dengan alasan konon nak belajar membuatnya. tapi kau tahu, aku pun tahu. Kak Ai tidak akan sampai hati untuk merombak hatta sebiji manik pun, demi untuk mencari rahsianya. Kak Ai juga membeli sebuah kipas tangan yang sungguh istimewa. kipas ini diperbuat dari jalinan bulu ayam berwarna-warni dan jalinan manik sebagai bingkainya. Masyaa allah!
seterusnya, Kak ai menyerang booth yang membuat kraf dari dawai/wire. pembikinannya sungguh halus dan lembut. Kak Ai langsung tidak tahu menahu tentang seni jenis ini. Kak ai hanya tahu mengkaguminya. seterusnya Kak Ai membeli table runner dan penudung teko/tea port's cover yang diperbuat dari tali. Kak Ai takut mencongak billnya. mujurlah lokasi seterusnya ialah tangga monorail. Kak Ai dengan berat hati dan beg sarat bersama kraf tangan, menaiki monorail percuma. di rumah, berbagai agenda sedang menanti. almari kasut yang terbalik, tingkap ruang hadapan yang pecah, Merak yang forever marah, aduh! tolong! tolong! Kak Ai tak nak balik!
Monday, December 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment