25 Disember, 2009:
Selamat Hari Krismas.
Seeperti hari cuti yang lain, Kak ai menyiapkan segala urusannya,
dengan tidak sabar, terus mengadap komputer. Tiba-tiba, Kak Ai terpegun
dengan kiriman Email Abang Hashim dari Melaka. Email tersebut
sebenarnya adalah petikan dari akhbar yang berbunyi:
"PMR: Pelajar Cacat Penglihatan Dapat 7A
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Pencapaian cemerlang seorang pelajar
orang kurang upaya (OKU)) mendapat 7A dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR) mengejutkan pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Cacat
Penglihatan di Setapak di sini Khamis.
"Saya terkejut kerana inilah pertama kali pencapaian akademik pelajar
meningkat sehinggakan seorang pelajar istimewa tahun ini mendapat A
dalam semua mata pelajaran," kata pengetua sekolah berkenaan Che
Fatimah Che Abdullah
Hanson Ang Ping Ting berjaya mendapat 7A manakala dua yang lain, Tan
Ee Beng dan Mohammad Razlan Ibrahim Mukhtar, masing-masing mendapat
keputusan 6A.
Che Fatimah turut bergembira kerana 13 daripada keseluruhan 20 pelajar
sekolah tersebut yang mengambil PMR tahun ini mencatat kejayaan
cemerlang, sekaligus menaikkan pencapaian kecemerlangan sekolah itu
kepada 60 peratus berbanding 38.5 peratus pada tahun lepas.
Di Melaka, pelajar Muhammad Syarifuddin Abu Tahir dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini mungkin rabun jauh tetapi
terang hatinya dan hari ini tersenyum bangga apabila memperoleh
keputusan 7A dan 1C dalam PMR."
Tahniah Cikgu! Tahniah SMPK! Inilah hadiah krismas yang paling istimewa
sekali. Kak Ai terdiam, memuji keagungan tuhan. Alhamdulilah, akhirnya,
Allah telah menurunkan Qudrat dan iradatnya untuk menutup mulut-mulut
sumbang yang selama ini berkata: "Anak aku dahlah buta, nak dihantar ke
sekolah yang banyak cikgu buta, buat apa? Kecillah dunia budak tu!"
Panas telinga Kak Ai mendengar kata-kata itu hingga ke hari ini. Namun,
tidak dapat dinafikan, ramai sekali orang OKU penglihatan yang
cenderung merendahkan kebolehan rakan senasib. Mereka akui
kebijaksanaan beberapa orang guru OKU penglihatan, namun mereka tidak
sudi membenarkan anak-anak mereka ditunjuk-ajar oleh guru-guru
tersebut.
Zaman Kak Ai bersekolah, senarionya lain pula. Ramai sekali murid-murid
yang merasa sedih jika mereka tidak dipilih untuk menyertai program
sekolah percantuman. "Sekolah percantuman" adalah sekolah normal yang
membuka peluang untuk pelajar OKU penglihatan menyertai sekolahnya.
Masing-masing mempunyai alasan tersendiri untuk bersedih. ada yang
merasakan dirinya bernasib malang kerana terpaksa berkurung dengan
jumlah rakan yang terhad di sebuah sekolah cacat. Ada yang merasakan
peluang mereka untuk mendapat pencapaian dibantutkan. Ada pula yang
merasakan kerugian kerana tidak dapat berkepak di taman yang lebih
luas. Biar apapun alasan mereka, kesalnya hanya satu: "rugilah
bersekolah SMK Setapak!"
InsyaAllah, sejarah kali ini akan menukar persepsi mereka yang
memperlekehkan SMK/SMPK Setapak selama ini. "God's plan is always the
best." Begitulah kata-kata motivasi Dr. Fadilah Kamsah yang Kak Ai
pegang selama ini. Taddir tuhan menentukan bahawa SMK/SMPK akan
mencipta sejarah pencapaiannya setelah mempunyai beberapa orang guru
OKU penglihatan mengajar di sana.
Bilakah kali terakhir Kak Ai ke sana? 27 Jun, 2009. Kak Ai ada membuat
catatan. Hari itu hari terbuka SMK/SMPK. Kak Ai telah menerima jemputan
untuk ke sana. Segala peristiwa dan pandangan Kak ai terhadap sekolah
itu telah Kak Ai abadikan di dalam sebuah email yang akhirnya
merapatkan Kak Ai dengan kawan-kawan lama. Berikut, inilah catatan
ikhlas dari Kak Ai.
SMK,oh SMK. kini kau berubah wajah, rupanya. namamu kini pun telah
ditukar kepada SMPK.
Assalammualaikum! Sabtu, 27 June, 2009.
setelah menunaikan sollat subuh, Kak Ai menjerang air dan mengeluarkan
beberapa keping "salami", 2 biji epal dan sebiji buah naga untuk
membuat sarapan. sementara menanti kepulangan Merak dari kuliah subuh,
Kak ai mengadap komputer maka terbacalah email yang dikirimkan oleh
Rosmadi. "ini sekolah aku! sudah lebih 20 tahun aku tinggalkan. aku
mesti pergi." beberapa bulan yang lalu, sekolah ini telah menubuhkan
Kelab Alumni. Kak Ai yang telah mendaftarkan nama untuk menghadiri
mesyuarat agungnya, telah tidak mengotakan janji. dengar khabar, ada
juga yang mencadangkan Kak Ai menjadi setiausaha, apakan daya, Kak Ai
tiada. Tapi, kali ini, Kak Ai benar2 rasa dipanggil oleh sekolah itu.
secara kebetulan, Kak Ai memang berhajat untuk ke pejabat pos,
brickfields. bolehlah menaiki bas yang disediakan, dari sana.
lebih kurang setengah jam dari waktu yang dijanjikan, bas dari sekolah
itu pun sampai. tidak ramai yang menaikinya. lebih kurang 15 orang,
atau lebih sikit, agaknya. oleh kerana tempat duduk banyak yang
kosong, Kak Ai memilih untuk bersendiri sambil bermenung mengenangkan
kisah lama di SMK yang kini dipanggil SMPK."bas ni SMPK buat apa?"
tanya Kak Ai kepada Kak Ngah, salah seorang penganjur. "Buat hantar
budak2 intergrated programme." "bas? kita dulu pakai ven saja.
ramaikah budaknya?" "pedulilah, Kak Ai. kerajaan malaysia bagi bas.
ada aircon pulak, tu." jawab Kak Ngah yang beberapa tahun junior dari
Kak Ai. Nampaknya, dalam bas tu, Kak Ai lah yang paling senior.
apabila sampai ke destinasi yang dituju, bas diberhentikan, dan kami
semua turun. Kak ai terpinga-pinga. mati kutu. tidak tahu nak ke
hadapankah, belakangkah, kirikah, atau kanankah. laman sekolah
dirasakan begitu asing sekali. Maklumlah, sudah 20 tahun!
seperti yang lain, Kak Ai mengikut arah bunyi bising lalu sampai ke
gelanggang, medan hari terbuka diadakan. Bisingnya! suara pengerusi
majlis membingitkan telinga. sewaktu Kak ai bersekolah dahulu,
gelanggang itu adalah "skating ring" bagi mereka yang berkasut roda.
seronok juga berkasut roda. tapi, tidak lama sebelum Kak ai
meninggalkan sekolah, gelanggang itu telah dijadikan sebuah dewan
terbuka yang dilengkapi pentas. hari ini, Kak Ai tidak pasti,
bagaimanakah rupagelanggang yang terkini.
di gelanggang Kak Ai bertemu dengan Cikgu Jais, kawan kitalah.
di sekolah SMPK ini juga, terdapat beberapa orang guru yang cacat
penglihatan. Cikgu Jais membawa Kak Ai ke gerai kawan kita, rafi. "mi
jawa ada. lontong ada, kak." tegur sarimah, isteri rafi. Kak ai
memesan lontong, sambil bersembang dengan Sarimah, kerana sudah lama
tidak berjumpa. selepas itu, Cikgu Jais datang lagi bersama seorang
pelajar lelaki. "awak bawa kakak ni keliling sekolah. mana-manalah dia
nak pergi." pesan Cikgu Jais kepada pelajar itu. "ini, auntie. bukan
kakak. masa auntie tinggalkan sekolah ni, kamu belum lahir lagi." sapa
Kak ai. maka sejak dari saat itu, Ikhwan pun menjadi anak angkat Kak
Ai. Ikhwan adalah pelajar tingkatan 2. budaknya peramah, sangat sesuai
dengan mak angkatnya! Kak ai mengajak Ikhwan ke gerai barangan
berbulu. tak satu pun yang memikat hati Kak Ai. Kak ai mengajak Ikhwan
ke gerai handbag. di situ pun, Kak ai tak beli apa-apa. banyak juga
gerai yang disediakan, terutamanya makanan. selepas itu, Kak ai
mengikut saja ke mana yang dibawa oleh Ikhwan. Ikhwan membawa Kak ai
ke bilikkoperasi sekolah. wah! bilik koperasi dilengkapi aircon!
terdapat macam2 barangan yang dijual: selipar, kasut, cadar, tuala,
kerepek, milo, nescafe, aiskrim, makanan beku seperti fish burger,
hotdog pun ada. macam supermarket! sewaktu Kak Ai bersekolah dahulu,
kantin sekolah merupakan sebuah almari dan sebiji peti ais. di bilik
koperasi, Kak ai bertemu dengan Kak Yati, yang menjadi pelayan sewaktu
Kak Ai bersekolah dulu. Kak Ai dan Kak Yati berpelukan. kami sudah
lama tidak bertemu. disaat itu, terbayang segala kenangan lama sewaktu
bersekolah. "ini Nun. pelajar tahun 80-an. pandai, tapi nakal!" Kak
Yati memperkenalkan Kak Ai kepada Cikgu Anisah dan Cikgu Chua.
"pandai? taklah. tak masuk universiti pun." "memanglah tak masuk
universiti. kau gatal nak kahwin!" usik Kak Yati. agaknya, apakah yang
Kak Yati bayangkan sewaktu mengusik Kak ai, itu? mudah-mudahan Kak
Yati tidak terkenangkan peristiwa terserempak dengan Kak Ai bercium di
bilik darjah. gatal juga mulut nak menjawab. tapi, bila teringatkan
Ikhwan disisi, Kak ai jadi malu. sewaktu bersekolah dahulu, Kak yati
adalah salah seorang pelayan yang baik. banyak rahsia pelajar yang
disimpannya. tapi, tidak satu pun yang sampai ke pengetahuan warden.
suatu peristiwa yang kami tak mungkin lupakan ialah ketika
Thanggavelloo membalingkan tray makanan kerana mengamuk. Kak ai
sewaktu itu baru di tingkatan 1, tidak berapa pasti apa yang berlaku.
tapi, yang pasti, kawan2 kata Velloo tidak bersalah. akibat dari
perbuatan Velloo itu, dia dibuang asrama selama seminggu, agaknya.
kalau tak silap, velloo di tingkatan 5, ketika itu. kami merasa
kasihan kepada Velloo. Velloo adalah pelajar Sekolah St. John's
tetapi berasrama di SMPK. setiap hari, sewaktu dalam buangan, velloo
ke sekolah seperti biasa. dalam bisik-bisik, kami diberitahu, Velloo
tinggal di rumah ibu Kak Yati. Baiknya Kak Yati. di bilik koperasi tu,
Kak Ai berbelanja besar. hampir 40 rm! nasib baik Merak tak ikut sama.
kalau tak, tentu dia ketawakan Kak Ai berbelanja di koperasi. Kak Ai
membelek-belek apa-apa yang boleh dijadikan hadiah. susah juga nak
cari hadiah untuk lelaki. apatah lagi, lelaki itu suami orang! bukan
kita kenal sangat kesukaannya! Kak Ai berkenan dengan sebuah mug
bersama sudu melamine. sudu itu bolehlah Kak Ai gunakan untuk mengacau
herba. selama ini Kak Ai menggunakan sudu nibung yang dihadiahkan oleh
kekasih di hujung talian. "siapa yang selalu berbelanja di koperasi
ni, kak?" "cikgu. budak2." "mana budak2 ada duit nak beli macam2 ni?"
"eh, kau jangan tak tau! budak2 sekarang dapat elaun 150 rm sebulan?
bukan macam kau orang dulu?" Kak Ai baru teringat tentang elaun
pelajar OKU. bertuah anak2 sekarang. sewaktu Kak ai bersekolah dulu,
yuran asrama pun berhutang. kalau nak makan sedap, mengendeng dekat
Kak CTJ, inungkiran dan Christy. mereka anak sabah, ada pocket money,
15 rm sebulan. masa tu, harga mi, meehoon, nasi lemak, 30 sen
sepinggan. roti canai, 25 sen. air ais 5 sen. sekali-sekala rasa nak
pakai baju cantik, bosan dengan baju sendiri, pinjam baju Christy.
Heh, heh, heh, kenangan lamalah!
dari bilik koperasi, Kak Ai bersama Ikhwan ke Kelantan Delight. di
sini, Kak Ai bertemu dengan Cikgu dari Kelantan. gerainya menjual
budu, keropok, serunding, dan macam2 lagi produk kelantan. dalam tak
sedar Kak ai berbelanja 20 rm di gerai kelantan. sambal bilis,
sambal tempoyak, ikan masin pun Kak Ai beli! sewaktu berjalan dengan
Ikhwan, Kak Ai berhati-hati agar tidak terlalu jiwang bercerita
tentang kenangan lama. Kak ai tercari-cari juga tempat favourite
berasmara di asrama dulu. tempat2 strategik untuk bercumbu dan merayu!
kesan kenangan sudah hilang. SMPK kini berwajah baru. ruang asrama pun
berhawa dingin. hadiah terakhir untuk Ikhwan ialah chicken wings,
setelah itu, Kak Ai minta ditinggalkan di bilik koperasi. di situ, Kak
Ai melepak bersama Rosmadi dan keluarga, cikgu Jais, Kak Ngah dan
beberapa orang lagi. bukan melepak kosong, weh! kami berbelanja lagi.
Cikgu Chua memasak nugget. entah berapa ringgit, Kak Ai makan, tak
pasti. makan macam tak boleh goreng nugget sendiri. begitulah keadaan
kami sehingga waktu pulang. sebelum menaiki bas, Kak Ai bertemu dengan
Ratu Olive bersama suami dan anaknya, Haikal. apa lagi, bisinglah bas
tu dengan riuh-rendah suara kami yang tak pernah habis merindu! rindu
kawan lamalah. rindu sekolahlah. rindu cikgu lamalah. entah apa lagi.
begitulah pengalaman Kak Ai di Hari Terbuka SMPK.
SMK/SMPK Setapak, kau tetap kusanjung. Biarpun kejayaanku tidak menggunung, namun aku yakin dengan keupayaanmu, dan akupasrah dengan keupayaanku.
Friday, December 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment