Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, June 29, 2011

10 Keajaiban Alam Yang Tidak Ramai Yang Peduli.

Assalammmualaikum!

Dengan adanya sistem penerbangan tambang murah seperti Air Asia, bolehlah kita melancung ke beberapa tempat menarik di dunia. Tapi sayang, bila peluang sebegini datang, kita lebih gemar menghabiskan masa di tempat2 membeli-belah. Tak terfikirkah kita untuk melihat beberapa keajaiban alam sambil memuji kekuasaan Yang Maha Berkuasa?

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku keajaiban dunia kuno moden.
Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.
Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.

1. Pamukkale (Turki)

Terletak di Daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan bagi mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Yang terpenting tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. Fly Geyser (Nevada)

Terletak di Nevada, AS, Fly Geyser sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. Valley of the Moon (Argentina)

Valley of the Moon, juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat "di mana kita merasa memegang bulan". Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4. Enchanted Well - Chapada Diamantina National Park (Brazil)

Kolam cekung raksasa terletak di Taman Nasional Chapada Diamantina di Brazil. Poco Encantado, juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparan yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celah batuan.

5. Wulingyan, Hunan (China)

Pemandangan batu gamping terbesar dan dramatik di Asia terdapat di Wulingyan dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. Ice Towers of Mount Erebus (Antarctica)

Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

7. Kasha Katuwe Tent Rocks (New Mexico)

Kasha-Katuwe berbentuk Tenda Batu di New Mexico dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi yang meledak.

8. Comodo National Park (Indonesia)

Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur (NTT)dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat (NTB). Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis).

Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg.

Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air. Dasar laut perairan Komodo adalah yang terbaik di dunia, di permukaan laut munculnya daratan-daratan kering yang berbukit karang.

9. The Stone Forest (China)

Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan Batu Cina penuh dengan batu gamping dalam bentuk arca.

10. Salar de Uyuni (Bolivia)

Terletak di Bolivia, Salar de Uyuni adalah gurun garam merupakan dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altiplano mempunyai sedikitnya 10 milian ton garam.fact and information/tulahan

Monday, June 27, 2011

Selamatkan binatang2 ini!

Assalammualaikum!

Dalam mengejar kemajuan, banyak sekali hutan2 yang dibinasakan. Tindakan sebegini menumbang akan kepupusan beberapa jenis haiwan yang mungkin belum anak-cucu kita kenali. Sayangilah alam sekeliling kita, dan berilah kesempatan untuk segalanya terus hidup agar terus berzikir kepada penciptanya.

Zoological Society of London kembali mengeluarkan senarai EDGE (Evolutionarily Distinct, Globally Endangered) 2010, setelah terakhir update pada tahun 2007 lalu.
EDGE ini merupakan senarai haiwan-haiwan yang statusnya terancam pupus, malah beberapa haiwan mungkin sudah pupus<
Berikut ini adalah 14 spesis mamalia teratas menurut senarai EDGE yang paling unik tetapi hampir pupus :

1. Ekidna muncung panjang timur (Zaglossus bartoni)

2. Ekidna muncung panjang barat (Zaglossus bruijnii)

Ekidna muncung panjang timur dan barat punya sifat yang unik, iaitu campuran antara mamalia dan reptilia. Keduanya juga hampir pupus akibat perburuan dan kehilangan habitat, akibat aktiviti perlombongan, pertanian dan pembalakan haram.

3. Ekidna muncung panjang Sir David (Zaglossus attenboroughi)

Dari seluruh spesies ekidna muncung panjang, ekidna muncung panjang Sir David adalah yang paling kecil dan mungkin paling terancam pupus. Spesies ini awalnya dikenali dari satu spesimen yang ditemui pada tahun 1961, yang kemudian dipercayai telah pupus, hingga kemudian pasukan EDGE menemui bukti bahawa spesies ini masih bertahan pada tahun 2007. Distribusi dari ketiga spesies ekidna ini terletak di Papua dan Papua New Guini.

4. Greater Short-Tailed Bat (Mystacina robusta)

Kelawar ekor pendek yang terbesar di New Zealand ini kemungkinan sudah pupus selepas kedatangan orang Eropah di sana sejak 200 tahun lalu. Tidak seperti kerabatnya, lesser short-tailed bat, spesies ini lebih banyak menghabiskan waktu di tanah, sehingga mudah menerima serangan pemangsa seperti tikus.

Belum ada kelihatan kelelawar ini sejak tahun 1967. Ada laporan yang menemui, namun sukar untuk dipercayai kerana kawasan yang dilaporkan ini dipunyai oleh suku tempatan Maori, dan sukar untuk mendapat izin masuk ke daerah tersebut.

5. Baiji (Lipotes vexillifer)

Baiji, atau ikan lumba-lumba di Sungai Yangtze, kemungkinan sudah pupus, keran hanya 13 ekor sahaja yang ditemui sepanjang kajian populasi antara tahun 1997 dan 1999. Kajian terbaru yang dilakukan tidak berjaya menemui seekor baiji pun yang berbaki di sungai tersebut.
Sungai Yangtze yang sangat besar ini mengakibatkan Baiji kehilangan habitatnya dan populasinya menurun drastik, akibat aktiviti penangkapan ikan atau pun banjir besar.

6. Mountain Pygmy Possum (Burramys parvus)

Spesies ini merupakan jenis marsupial unik yang awalnya hanya diketahui dari fosilnya saja, hingga kemudian ditemui pada tahun 1966 pada sebuah resort ski di Victoria.
Ia merupakan salah satu dari pygmy possum terbesar di Australia, dan merupakan mamalia kecil yang umurnya terlama di dunia, dimana betinanya boleh mencapai usia lebih dari 12 tahun. Sayangnya, kehadiran industri resort ski yang bercambah di Australia mengakibatkan possum kecil ini kehilangan habitatnya hingga kini hampir pupus.

7. Solenodon Kuba (Solenodon cubanus)

8. Solenodon Hispaniola (Solenodon paradoxus)

Solenodon mempunyai rupa mirip dengan tikus, tapi badan tidak seperti tikus sama sekali. Solenodon ini merupakan satu-satunya mamalia yang membunuh mangsanya dengan racun.
Solenodon hanya terdiri dari dua spesies, iaitu Hispaniolan solenodon yang ditemui di Kepulauan Hispaniola dan Cuban solenodon yang distribusinya di Cuba.
Sebelum penjajahan orang Eropah, spesies ini merupakan pemangsa yang dominan di habitatnya, namun seiring berjalannya waktu, spesis ini kalah dengan pemangsa baru seperti anjing, kucing dan luwak.

9. Kelinci Riverine (Bunolagus monticularis)

Spesies kelinci Riverine ini, berbeza dengan sebahagian besar keluarga kelinci lainnya kerana satu sebab, iaitu tidak berkembang biak seperti kelinci. Ketika spesies kelinci pada umumnya boleh membesarkan 12 anak tiap kali beranak dan berkali-kali beranak dalam satu musim.

Kelinci ini hanya boleh membesarkan seekor anak dalam satu waktu, dan ia hanya hidup selama 3 atau 4 tahun di alam terbuka. Habitat kelinci ini di gurun Karoo, Afrika, terancam akibat gurun tersebut kerap menjadi kawasan pertanian.

10. Badak bertanduk dua Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis)

Badak bertanduk dua ini merupakan yang paling kecil dan terancam dari lima jenis spesies badak yang masih bertahan hidup. Spesies ini hidup di pedalaman hutan Asia Tenggara, sebahagian besar di Indonesia.
Sayangnya, aktiviti manusia seperti pengondolan hutan mengakibatkan populasinya turun drastik sehingga terancam pupus, dianggarkan hanya kira-kira 275 ekor yang hidup hingga pada masa ini.

11. Badak Hitam (Diceros bicornis)

Badak hitam dan putih tidak dinamakan berdasarkan warna tubuh, melainkan bentuk mulutnya. Badak hitam mempunyai mulut atas yang mengatup, yang digunakan untuk menarik tumbuhan ke dalam mulutnya.
Spesies ini dikenali berbahaya, sehingga banyak mengalami pembunuhan dibandingkan badak lainnya. Populasi ini mengalami penurunan drastik sebanyak 96% antara tahun 1970 hingga 1992.

Selain itu, berbeza dengan mamalia lainnya, badak memerlukan keadaan persekitaran yang khas untuk boleh berkembang biak. Badak betina memerlukan badak betina yang lain untuk membantunya dalam mengembangbiakkan dan membesarkan badak muda.

12. Wombat Hidung Berbulu dari Selatan (Lasiorhinus krefftii)

Hanya tiga spesies wombat yang pada masa ini masih bertahan hidup, dan ini salah satunya. Wombat merupakan makhluk yang beraktiviti di malam hari, dan kebanyakan dilakukan sendirian. Sepanjang hari, wombat tinggal di dalam lubang, dan keluar di malam hari untuk memakan rumput .

Wombat banyak kehilangan habitat akibat aktiviti pertanian, serta serangan pemangsa-pemangsa yang dibawa ke Australia, terutama dingo.

13. Unta Bactrian (Camelus ferus)

Spesies unta ini dapat dibezakan dari Unta Arab dari kedua bonggolnya. Unta Bactrian ini harus beradaptasi di Gurun Gobi yang ganas, salah satu tempat yang paling berbahaya dan rawan di bumi.

Spesies ini dapat bertahan dari dahaga yang panjang, kekurangan makanan malah radiasi ujian nuklear . Namun, eksistensi mereka kini terancam akibat kompetisi memperebutkan air dan makanan, perburuan serta kehilangan habitat.

Unta ini juga mempunyai adaptasi yang unik dalam menghadapi cuaca ekstrim. Bulunya boleh menjadi sangat tebal ketika musim sejuk, sementara hampir tidak berbulu ketika musim panas. Selain itu, unta ini mempunyai kaki yang lembut, yang mirip seperti kasut salji, untuk mencegahnya terperosok ke dalam pasir gurun.

14. Badak Jawa (Rhinoceros sondaicus)

Dengan tidak lebih dari 60 ekor yang berbaki, badak Jawa atau badak bertanduk satu kecil ini merupakan spesies badak yang paling unik dibandingkan lainnya. Ia mempunyai satu tanduk dan kulit yang amat tebal, malah disebut-sebut menyerupai besi baja.

Seperti badak lainnya, spesies ini memakan tumbuh-tumbuhan dan kebanyakan menghabiskan waktunya untuk berendam dalam lumpur untuk menyejukkan tubuh.
Meskipun populasinya kini dijaga dalam taman nasional, namun tanduknya masih banyak diburu, sehingga populasinya masih tetap terancam. Populasinya yang kecil juga mengakibatkan badak sangat berisiko menghadapi penyakit dan bencana alam yang besar.

Sunday, June 26, 2011

Pak Arenawati Dalam Kenangan.

Alfatihah untuk Pak Arenawati yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Januari 2009. Karya Arenawati sememangnya istimewa, ia berlatarbelakangkan banyak benua, penulis dirasakan membawa pembaca mengembara bersama pengalaman dan karyanya. Dilahirkan di Makasar, Indonesia, pada 30 Julai 1925, Arena Wati atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Biang @ Andi Muhammad Dahlan Andi Buyung, berkelana ke Singapura dan akhirnya memilih Malaysia sebagai bumi untuk menetap. Mula menulis seawal usia 22 tahun selepas menghabiskan usia remaja sebagai pelaut selama sembilan tahun, Arena Wati pernah terbabit dalam dunia kewartawanan dan penerbitan dengan menyertai majalah Hiboran di Singapura; Penerbitan Melayu Ltd (Johor Bahru); Percetakan Light (Bandar Seri Begawan) dan Pustaka Antara (Kuala Lumpur). Novel keempatnya, Tumbangnya Pokok Tak Berlangit yang kemudian ditukar judul kepada Lingkaran melonjakkan namanya apabila meraih tempat ketiga Peraduan Mengarang Novel Sempena 10 Tahun Merdeka. Sandera ditulis pada 1969 pula dianggap antara novel terbaiknya dan diangkat sebagai salah satu teks untuk Kertas 2 Bahasa Malaysia Sijil Tinggi Pelajaran (STP) dari 1960-an hingga 1980-an Arena Wati turut dikenali sebagai pengarang yang banyak melahirkan novel dalam bentuk trilogi dan menjadi ikutan penulis mutakhir, bermula dengan Bunga dari Kuburan, Kuntum Tulip Biru dan Sakura Mengorak Kelopak ia diikuti dengan trilogi Pantai yang menghimpunkan Pantai Harapan, Turina serta Citra. Trilogi Busa pula merangkumi Busa Hati, Busa Sukma dan Busa Kalbu yang diikuti trilogi Armageddon dengan jilid Mandala, Menora dan Pentagon serta trilogi terbarunya iaitu novel Samira, kumpulan cerpen Antara Manusia dan teks drama lima babak, Kepala Bapak Itu. Kepengarangannya diperakukan pada peringkat serantau melalui Anugerah Penulisan Sea 1985, Anugerah Sastera Negara (1987) dan Anugerah Sastera Mastera (ASM) 2003 daripada Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera). Allahyarham turut menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kesusasteraan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada 2003 dan diberi penghormatan sebagai Karyawan Tamu UKM pada 1985 hingga 1989. Arena Wati juga dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehingga 1990 dan Felo di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS); Universiti Leiden, Belanda serta Universiti Kyoto, Jepun. Sementara itu, Ketua Bahagian Agama dan Tamadun Islam (DBP), Azmi Ibrahim, yang menguruskan penerbitan beberapa karya Arena Wati antaranya novel, Sukma Angin dan drama, Kutukan Dari Langit, menyifatkannya sebagai insan yang sangat berpegang kepada janji dan bersedia menerima penjelasan. Pegawai Perancang Bahasa DBP, Mohd Hanafi Ibrahim, berkata novel Allahyarham paling mendapat perhatian di kalangan pengkaji sehingga kini adalah Lingkaran yang diterbitkan pada 1965, meskipun banyak karyanya lahir selepas itu. Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Datuk Baharuddin Zainal, pula berkata, Arena Wati menjadi contoh penulis yang gigih dan tidak pernah mengalah untuk meluahkan pendiriannya melalui kesusasteraan. Senarai karya Arena Wati Novel: 01) Kisah Tiga Pelayaran (1959). Singapura: Harmy. 02) Jalan Malam Ke Ibu Kota (1961). Brunei: Pustaka Cahaya (diharamkan) 03) Gelora (1963). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 04) Lingkaran (1965). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 05) Gandaria (1969). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 06) Sandera (1971). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). 07) Eno (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 08) Royan (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 09) Rontok (1980). Pulau Pinang: Teks Publishing. 10) Bunga Dari Kuburan (1987). Kuala Lumpur: DBP. 11) Kuntum Tulip Biru (1987). Kuala Lumpur: DBP. 12) Sakura Mengorak Kelopak (1987). Kuala Lumpur: DBP. 13) Pantai Harapan (1990). Kuala Lumpur: K Publishing. 14) Turina (1991). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 15) Citra (1991). Kuala Lumpur: DBP. 16) Sarida (1992). Kuala Lumpur: K Publishing. 17) Gami (1993). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 18) Panrita (1993). Kuala Lumpur: DBP. 19) Sudara (1994). Kuala Lumpur: DBP. 20) Mevrouw Toga (1995). Kuala Lumpur: DBP. 21) Begawan (1996). Kuala Lumpur: DBP. 22) Sukma Angin (1999). Kuala Lumpur: DBP. 23) Busa Hati (2002). Bangi: Penerbit UKM. 24) Busa Sukma (2002). Bangi: Penerbit UKM. 25) Busa Kalbu (2002). Bangi: Penerbit UKM. 26) Armageddon: Mandala (2004). Bangi: Penerbit UKM. 27) Armageddon: Menorah (2004). Bangi: Penerbit UKM. 28) Armageddon: Pentagon (2004). Bangi: Penerbit UKM. 29) Warna Sukma Usia Muda (2005). Bangi: Penerbit UKM. 30) Cakra Waruga (2006). Bangi: Penerbit UKM. 31) Warna Hati Era Remaja (2008). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. 32) Warna Kalbu Zaman Dewasa (2009). Tanjong Malim: Penerbit UPSI. Penerbitan Lain: 1) 7 Tegak Bersama (2005). Kuala Lumpur: DBP. 2) Sebuah Trilogi Tiga Genre (2007). Kuala Lumpur: Utusan Publications. Antologi Cerpen: 1) Tingkah Manusia (1960). Singapura: Harmy. 2) Pemburu di Sebatang Jalan (tidak diterbitkan). 3) Burung Badai (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 4) Johor Baru (1967). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 5) Bara Batu (1984). Kuala Lumpur: Pustaka Antara. 6) Ombak Samudera (1992). Kuala Lumpur: DBP. 7) Getar-Getir Maya (2000). Kuala Lumpur: DBP. 8) Langkah Pertama (2004). Kuala Lumpur: DBP. 9) Antara Dua Deru (2005). Kuala Lumpur: DBP. Drama: 1) Kutukan dari Langit (2004). Kuala Lumpur: DBP. Autobiografi: 1) Enda Gulingku (1991). Bangi: Penerbit UKM. 2) Meniti Kala (1993). Kuala Lumpur: DBP. Non-Fiksyen: 1) Kajian Syair Klasik (1990). Bangi: Penerbit UKM. 2) Cerpen: Pengalaman dan Tanggapan (1995). Kuala Lumpur: DBP. 3) Jejak Kreatif (1996). Kuala Lumpur: DBP. ---

Saturday, June 25, 2011

5 Ways TV Can Hurt You.

Is it true? What a shame to be a TV maniac!

5 Ways TV Can Hurt Your Health

By Lisa Collier Cool

Couch potatoes beware: Watching the tube for two to three hours a day or more is linked to higher risk for type 2 diabetes, cardiovascular disease, and higher rates of early death from all causes, according to new research published today in theJournal of the American Medical Association (JAMA). The culprit is the couch potato lifestyle that frequently accompanies excessive viewing, the researchers report. With the average American logging five hours a day in front of the tube, sitting is replacing exercise.

TV viewing is associated with unhealthy eating, setting the stage for weight gain, the study indicates. Packing on pounds, in turn, boosts risk for diabetes, heart attacks, and a shorter life. Studies also link excessive tube time to sleep deprivation (another heart health hazard) and even nearsightedness in kids. Don’t blame the TV - it can’t shove you onto the couch or serve up a fast food meal. If your main form of physical activity is pushing buttons on the remote, take a look at how these habits can impact your health:

Follow these type 2 diabetes tips to help manage your blood sugar level.

1. Type 2 Diabetes. About 26 million Americans have diabetes, which quadruples risk for heart attack and stroke. The main risk factors for type 2 diabetes include being overweight, a sedentary lifestyle, poor diet (too many fried foods, too much processed meat and sugar-laden beverages), and family history. The JAMA study, which pooled results from earlier studies of 175,938 people, found that two hours of TV viewing daily ups risk by 20 percent.

Best prevention strategies: If you’re heavy, dropping even a few pounds can make a dramatic difference. In a study of people who already had pre-diabetes, those who shed 5 to 7 percent of their body weight (10 to 14 pounds for a 200-pound person) and exercised 150 minutes per week trimmed risk of progressing to full-blown diabetes by 58 percent. Exercise and weight loss also improve insulin resistance, the problem that leads to diabetes.

2. Cardiovascular Disease (CVD). This includes heart attacks, high blood pressure, angina (chest pain due to reduced blood supply to the heart), stroke and heart failure. The JAMA study found a 15 percent increased risk for fatal or nonfatal CVD among those who watched TV two hours a day. A recent Australian studyfound that the more screen exposure kids get, the higher the risk that arteries in their eyes will narrow, which could mean CVD later in life.

Best prevention strategies: Avoid smoking, exercise at least 30 minutes for five or more days a week, have your cholesterol and blood pressure checked, and if they’re high, get them under control via diet, exercise and, if necessary, medication. Maintain a healthy weight and reduce stress (exercise helps with both).

Try these 10 surprisingly simple ways to burn calories - without even leaving the house.

3. All-Cause Mortality. The JAMA study found that watching two hours of TV daily boosted risk of death from all causes during the study period by 13 percent. Worse: the risks appeared to rise with TV viewing of more than three hours daily, due to the couch potato lifestyle linked to excessive screen time.

Best prevention strategies: The same healthy habits listed for fighting diabetes and CVD.

4. Sleep Deprivation. We need between seven and eight hours of sleep daily but most adults don’t get that much. According to a National Sleep Foundation study watching the tube in bed or near bedtime is partly to blame. Skimping on slumber lifts risk for obesity, heart attacks, and car accidents. Multiple studies show that light at night, including light from the TV, boosts women’s risk of breast cancer.

Best prevention strategies: Turn off the TV at least one hour before bedtime, since the bright light from the screen stimulates the brain, making it harder to doze off. Develop good sleep hygiene.

5. Nearsightedness in Kids. Myopia (nearsightedness) affects 1.6 billion people globally. By 2020, the number is expected to hit 2.5 billion. Rates are highest in countries where kids watch the most TV and play computer games instead of playing outdoors. In Tokyo and Hong Kong, 30 to 50 percent of kids are myopic, versus 20 percent in the US. Myopic kids spend an average of 4.3 fewer hours per week outside than kids with normal vision and logged about four more hours of TV time weekly, a 2009 study found.

Best prevention strategies: Spending two hours a day outdoors reduces kids’ risk of nearsightedness by encouraging them to focus on objects in the distance, which helps strengthen their eyesight. Outdoor play also helps kids maintain a healthy weight.

__._,_.___

Friday, June 24, 2011

Bayangan Api Neraka.

Assalammualaikum! Berikut adalah sebuah kisah yang patut dijadikan ikhtibar sesama kita. Bayangan Api Neraka. Seorang budak menangis ketika melihat unggun api yang sedang marak menyala. Khalifah Harun al-Rasyid bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Budak itu menjawab: "Aku takutkan api neraka." Khalifah yang adil itu memujuk: "Anak kecil sepertimu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka." Namun apakah jawapan budak itu? Katanya: "Aku lihat ketika orang menyalakan api, mereka akan memasukkan ranting-ranting yang kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku di dalam neraka kelak. Aku umpama kayu kecil itukah?" Mendengar jawapan itu, khalifah turut menangis… Pengajaran: Apabila rasa takutkan Allah berada dalam hati, semua yang dilihat akan memberi pengajaran dan hikmah. Yang dilihat biasa oleh kebanyakan manusia, dilihat luarbiasa oleh orang yang takutkan Allah lantas menghalang mereka melakukan maksiat dan dosa.

Majlis Perkahwinan Anak Luar nikah.

Assalammualaikum! Pada setiapkali hujung minggu di cuti sekolah, banyak sekali majlis perkahwinan diadakan. Di zaman materialis ini, majlis perkahwinan diadakan secara meriah berkonsepkan sebuah tema yang istimewa. Tapi, dalam banyak majlis meriah itu, ada juga majlis yang dihujani air mata. Majlis perkahwinan anak luarnikah. Pada majlis ini, anak hilang hormat kepada ibu-bapa dan maruah ayah dan ibu turut tercalar di khalayak ramai. Tidakkah kita dianjurkan menutup keaiban sesama manusia? Kasihan mereka yang telah terlanjur. Terlebih kasihan kepada mereka yang mula dikutuk masyarakat sekeliling sebagai anak haram. Ya Allah. Ampunkanlah mereka. Sudah pasti ada yang sangat menyedihkan bagi seorang gadis 20-an apabila dia menangis teresak-esak pada hari pernikahannya. Sebaik saja jurunikah dan pengantin lelaki selasai ijab dan qabul, perempuan mula menangis. Mulanya sedikit, kemudian semakin banyak dan teresak-esak. Orang lain yang melihatnya semacam hiba juga dan pasti kesedihan itu berjangkit kepada orang lain. Mungkin juga, sebelum ini dia rasa, dia punyai ayah yang disayanginya. Tapi semasa bernikah, ayahnya ada di situ, dalam majlis itu juga. Tetapi tidak seperti bapa orang lain, bapanya tidak boleh mewalikanya. Tapi bagi gadis ini, ayahnya bertindak sebagai penonton saja seperti bukan ayahnya. Mungkin semasa hantar borang permohonan nikah yang perlu disertakan dengan surat nikah mak-ayah, rahsia perbuatan mak-ayah dia berzina sebelum nikah terbongkar. Sebagai anak, dia tidak mampu menafikan suratan takdir Allah Taala seperti peristiwa sedih yang menimpa dirinya ini. Bersabarlah semoga Allah memberikan ketenangan pada jiwa kita,. Semoga berbahagia dan Selamat Pengantin Baru saya ucapkan.

Thursday, June 23, 2011

Gaji Pak Menteri, Betulkah Ini?

Assalammualaikum!

Sesungguhnya info ini telah dikongsikan oleh seorang rakan. Rasa seronok juga bila dapat tahu gaji pak menteri. Rasa terinspirasi untuk mentadbirkan negaralah, pulak!

  • Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
  • Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40 sebulan
  • Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
  • Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79
  • Elaun-elaun Menteri? Elektrik, minyak, majlis-majlis keramaian, bil telefon, bil air, bil elektrik, bercuti, driver, kereta dan lain-lain lagi. Semuanya ditanggung

Formula untuk pengiraan elaun mantan Ahli Parlimen:

  • Pencen: 1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40. Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.
  • Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
  • Gratuiti: 1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Saya sambung pula gaji Menteri Besar, Exco di negeri-negeri lain. Jikalau gaji Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Ahli Parlimen adalah tertakluk di bawah peruntukan kerajaan persekutuan, tetapi untuk Menteri Besar, gaji Exco negeri-negeri adalah di bawah peruntukan kerajaan negeri.

Setiap negeri ada enakmen mereka dan gaji ni semua adalah di bawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan). Di bawah ini adalah contoh gaji Menteri Besar dan exco di sebuah negeri.

  • Menteri Besar – RM14,175.15
  • Anggota Exco kerajaan negeri – RM6,109.29
  • ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) – RM4,112.79

Pekerja Hospital tak Semuanya Pandai.

Assalammualaikum! Tak berapa lama dulu, akak ada menulis sebuah artikel bertajuk "hospital cuai, salah siapa?" menceritakan kecuaian kakitangan hospital yang mengakibatkan kemalangan kepada pesakit. Pada tahun ini, akak sering saja masuk ward. Dalam ward akak mula mengaktifkan hobbi baru iaitu memanjangkan telinga untuk mendengar perbualan sekeliling. Perbualan sekeliling yang dimaksudkan termasuklah perbualan tetamu pesakit, kakitangan hospital dan apa saja bunyi yang boleh difahami oleh telinga. Dalam perbualan itu, adakalanya berupa rungutan/rintihan tentang layanan/tindakan kakitangan hospital. Apa yang akak dapat simpulkan dari pengalaman ialah: anda mungkin bertuah kerana dijaga oleh doktor yang pandai, tapi jangan terkejut kakitangan hospital yang lain tidak semuanya pandai. Beberapa tahun yang lalu, seorang kawan bercerita tentang matanya pecah kerana tertikam penjuru kerusi ketika menunduk untuk mendukung bayinya. Di hospital, matanya yang pecah dicantumkan dengan menggunakan gam. Pada mulanya okay, tetapi apabila gam itu mula mengeras, pesakit itu tidak tertahan sakitnya, dan bacaan darah tingginya melonjak tinggi. Seorang kawan lain juga bercerita tentang penyakit darah tingginya diberi sejenis ubat oleh doktor yang memintanya mengambil secara istiqamah. Setelah 2 minggu mengambil ubat itu, polis telah datang ke rumahnya membawa pesanan bertulis dari hospital yang menarik balik ubat itu kerana membahayakan pengambilnya. Pekerja hospital tidak semuanya pandai, tapi sayang, adat pengurusan, kita diminta berurusan dengan mereka sebelum boleh berjumpa dengan doktor. Apa-apapun, kita doakan agar sentiasa dilindungi Allah dan tingkah-laku pegawai hospital yang bodoh tidak menimpa kepada kita.

Alor Setar: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Kerajaan Malaysia membayar ganti rugi sebanyak RM27,500 terhadap seorang pelajar tingkatan tiga di atas kecuaian anggota jabatan itu menjalankan tugas sehingga menyebabkan sebahagian jari telunjuk kiri remaja itu yang terputus gagal disambung semula, empat tahun lalu.
Muhammad Shaeidil Amir, 15, yang masih di bawah umur ketika kejadian, diwakili ibunya Zuraiza Omar, 39, memfailkan tuntutan saman pada Mac tahun lalu dengan menamakan Ketua Pengarah JPAM sebagai defendan pertama dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Hakim Maznah Abdul Aziz memerintahkan JPAM dan Kerajaan Malaysia membayar RM25,000 sebagai gantirugi am dan khas di atas kecuaian berkenaan dan RM2,500 kos prosiding terhadap Muhammad Shaeidil yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, Pendang.
Keputusan penghakiman itu dipersetujui Peguam Persekutuan, Adliana Nujumudin yang mewakili JPAM dan Kerajaan Malaysia. Muhammad Shaeidil diwakili Simon Murali.
Mengikut fakta kes, pada 2 November 2007 plaintif mengalami kecederaan apabila sebahagian jari telunjuk kirinya terputus ketika dia memotong kelapa menggunakan parang di rumahnya di Kampung Batu Menunggul, Air Putih, dekat Pendang.
Plaintif kemudian dibawa ibunya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, bersama-sama dengan sebahagian jari telunjuk yang terputus itu yang diletakkan dalam plastik berisi ais bertujuan untuk disambungkan semula.
Namun, bekas plastik berkenaan yang diberikan kepada seorang anggota JPAM yang bertugas di unit kecemasan HSB yang kemudian bertindak membuang sebahagian jari itu ke dalam mangkuk tandas menyebabkan doktor gagal menyambung semula jari berkenaan. -BH

Berita Berkaitan, Harian Metro November 4, 2007

Buang jari dalam tandas
SUNGAI PETANI: Seorang ibu kesal dengan tindakan kakitangan Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star yang didakwanya membuang hujung jari telunjuk tangan kiri anaknya yang terputus ke dalam mangkuk tandas, kelmarin.
Zuraiza Omar, 35, berkata kira-kira jam 11 pagi dia membawa anaknya Muhamad Shaeidil Amir, 11, ke jabatan itu untuk menyambung semula jari telunjuk yang putus akibat terkena parang ketika mengopek kelapa di rumah.
Zuraiza Omar, 35, dari Kampung Batu Menunggul, Air Putih, Pendang, di sini, berkata sebaik tiba di jabatan itu, beberapa kakitangan merawat kecederaan jari anaknya, tetapi seorang daripada mereka meminta untuk melihat bahagian yang terputus.
Katanya, dia kemudian menyerahkan hujung jari yang disimpan dalam bekas plastik berisi ais.
“Kakitangan itu mengambil jari berkenaan dan mendakwa ia tidak boleh disambung lagi. Dia kemudian membawa hujung jari itu keluar dari bilik rawatan tanpa disedari rakannya yang merawat jari anak saya.
“Selepas kakitangan itu masuk semula tidak lama selepas itu, rakannya meminta hujung jari yang terputus itu, tapi dia memberitahu ia dibuang ke dalam mangkuk tandas.
“Rakan kakitangan itu terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana dia tidak merujuk kes berkenaan kepada doktor bertugas,” katanya ketika ditemui di Taman Delima, di sini, semalam.
Zuraiza berkata, dia kemudian bertanya mengenai tindakan kakitangan itu, tetapi lelaki terbabit hanya menjawab hujung jari berkenaan dibuang kerana tidak boleh digunakan lagi.
“Anak saya kemudian dibawa berjumpa doktor dan saya memberitahunya hujung jari anak saya yang terputus itu dibuang ke dalam mangkuk tandas oleh seorang kakitangannya.
“Biarpun terkejut dengan jawapan saya, doktor terbabit hanya memberitahu dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyambung semula jari anaknya kerana hujung jari yang putus itu sudah tiada.
“Saya kecewa dengan tindakan kakitangan itu dan hairan mengapa dia mengambil keputusan sendiri tanpa merujuk kepada doktor. Apakah kakitangan kecemasan boleh membuat keputusan tanpa merujuk kepada doktor?” katanya.
Menurut Zuraiza, dia boleh menerima hakikat jika hujung jari yang terputus itu tidak dapat disambung kembali, tetapi kakitangan itu sepatutnya memulangkan semula bahagian berkenaan, bukan dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan kakitangan itu, Zuraiza membuat laporan di Balai Polis Kota Star.

Tuesday, June 21, 2011

Becaku Laju!

7 beca di dunia

 

  1. Jom tengok beca. Sudah lama tak naik beca. Bukan apa, kasihan kepada pengayuh yang mengambil upah tak seberapa.
  2. Beca Jerman (VeloTaxi)
  3. Beca Jepun (beca manusia)
  4. Beca Inggeris

  5. Beca Amerika
  6. Beca China
  7. Beca asli Indonesia

7. Beca Malaysia

Kaskus

Perkahwinan Lesbian!

Swedish lesbian bishop

Assalaamu’alaikum w.b.t……. Pada 8 November 2009, gereja Lutheran di Sweden telah mentauliahkan Eva Brunne sebagai uskup lesbian / homoseksual di sebuah upacara di Cathedral, Uppsala. Uskup-uskup Anglikan dari England dan Ireland Utara telah menolak jemputan untuk menghadiri pentauliahan itu.

Lima uskup dari berbagai tingkat di dalam gereja Anglikan termasuklah uskup besar  Canterbury Rowan Williams , telah membuat keputusan tidak mahu hadir ke upacara itu, akhbar Dagen melaporkan.

Upacara ini berlangsung hanya selepas 3 minggu gereja Sweden membenarkan perkahwinan sesama jantina.  Ini setelah cadangan itu diluluskan dari undian sebanyak 176 daripada 279 ahli-ahli yang mengundi.

Uskup besar Sweden iaitu Anders Wejryd yang mengendalikan pentauliahan terhadap Brunee berkata bahawa ura-ura yang mengatakan pihak gereja England memboikot majlis itu adalah tidak betul. Malah dia mengatakan bahawa gereja England akan diwakili oleh Reverend Karen Schmidt.

Tetapi beberapa orang uskup lain dari gereja England, Ireland , Iceland, Estonia, Latvia , Lithuania dan juga Pertubuhan Lutheran Sedunia (World Lutheran Federation) juga memilih untuk tidak menghadirinya, juga tidak menyediakan alasan tertentu.

Wejryd berkata bahawa jemputan-jemputan antarabangsa itu ramainya menolak untuk datang kerana ‘sememangnya mereka biasanya tidak datang ke sana’.

Walaupun begitu, wakil-wakil dari Afrika Selatan, Filipina, Denmark, Norway, Finland, dan Germany dijangka datang ke majilis tersebut.

Pada hari ini, sebuah pasangan lesbian telah menikah di Nepal. Mengapakah rakyat amerika ini memilih Kuil Hindu di Katmandu untuk melangsungkan upacara pernikahan mereka? Fikir-fikirkanlah.

 

Perkahwinan Lesbian Pertama di Nepal.

COURTNEY MITCHELL (kanan) menyarungkan cincin perkahwinan kepada pasangan lesbiannya, Sarah Welton dalam majlis perkahwinan sesama jantina di sebuah kuil Hindu di Katmandu, Nepal semalam.

KATMANDU - Seorang peguam wanita dan profesor wanita dari salah sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) merupakan pasangan lesbian yang pertama berkahwin di Nepal semalam.

Nepal baru-baru ini telah mengiktiraf hak-hak lelaki homoseksual dan menggubal undang-undang untuk menamatkan diskriminasi seksual.

Pasangan itu, Courtney Mitchell, 41, dan Sarah Welton, 48, dari Denver, Colorodo diraikan dalam persandingan tradisi Hindu di kuil Dakshinkali yang terletak di selatan Katmandu, ibu negara Himalaya.

Ahli Parlimen Nepal, Sunilbabu Pant, seorang aktivis hak gay berkata, ia merupakan perkahwinan awam pertama daripada pasangan lesbian di negara konservatif.

Di Nepal, perkahwinan sejenis tidak menyalahi undang-undang. - AP

Monday, June 20, 2011

5 Produk Termahal Untuk 2011

Assalammualaikum!

Pada hakikatnya, benda-benda yang diciptakan biasanya digunakan untuk menjalankan fungsi utama, misalnya gunting, tentu diciptakan untuk memotong sesuatu, katakanlah memotong kertas, akan tetapi tidak semua benda yang di ciptakan hanya di gunakan untuk fungsi utamannya saja, melainkan kadang-kadang di direka unik dan istimewa untuk menambah nilai dari benda-benda tersebut.

Sebenarnya banyak sekali benda-benda yang dibuat bukan tumpuan untuk fungsi utamanya saja, melainkan di buat untuk menambah nilai dari benda tersebut, direka unik dan di buat dari bahan pilihan, dan diharapkan benda tersebut menjadi benda-benda yang istimewa dalam kategori benda tersebut. Berikut adalah benda-benda termahal dan istimewa yang diambil dari www.worldamazingrecords.com.

1. *****tail: £ 15.250

Minuman *****tail paling mahal di dunia harganya mencapai £ 15.250 . Minuman ini bukan berisi buah zaitun yang biasanya jadi penghias *****tail, tetapi menggunakan cincin berlian.

Dibuat oleh Harvey Nichols di Manchester, England, minuman ini tidak boleh diantar sembarangan, tetapi harus dikawal oleh pasukan keselamatan..
*****tail bersinar ini berisi 6,5 turmalin berwarna merah muda dan satu set emas putih 18 karat.

Minuman ini sengaja dibuat untuk bulan Pink Dinners oleh seorang bartender bernama Jay Malik. Sebuah pasukan keselamatan disediakan untuk menjaga minuman tersebut. Pengunjung boleh memilih berbagai jenis cincin berlian dan yang termahal adalah £ 27.000.

2. Kasut : £ 1 juta

Pasti anda pelik bagaimana rasanya menggunakan kasut berharga £ 1 juta. Kasut paling mahal di dunia ini dijual di Harrods, London England.

Setelah dipamerkan pada media untuk sesi fotografi, kasut dalam kotak simpanan anti-peluru dan dikunci sekelilingnya.

Kasut yang terinspirasi dari sandal rubi dalam film "The Wizard of Oz" ini,diperbuat dari benang benang platina dan dihiasi 642 buah batu rubi. Kasut ini dicipta oleh Stuart Weitzman.

3. Potong rambut: £ 1.925
Jika ingin rambut anda dirapikan oleh Lee Stafford, seorang penata rambut berasal dari London, pastikan anda memiliki banyak wang. Ia memasang tarif sangat tinggi iaitu £ 1.925. Ia menamai gaya potonganya “couture cut” dan hanya dilakukan oleh Stafford. Sampingannya, hors d’oeuvres (berbagai makanan enak) juga bahagian dari paket couture tersebut.

4. Denim : US$ 4.000

APO Jeans, perusahaan pembuaat denim termahal di dunia, ingin menjadikan produknya seperti Mercedes-Benz. Industri ini mencipta denim berharga US$ 4.000.

Industri ini juga membuat jins untuk lelaki dan wanita yang dihiasi kancing perak dan hiasan bentuk paku berharga US$ 1.000, lalu hiasan 14 karat emas putih, kuning dan hiasan paku berharga US$ 1.500, serta kancing dan hiasan paku dari platina seharga US$ 3.250.
Ada juga yang kancing dan hiasan paku diperbuat dari berlian berharga US$ 4.000. Semua denim dilengkapi nombor siri dan lembar penilaian dari jabatan badan rasmi di New York.
APO jeans denimdiperbuat dari tenunan India yang harganya US$ 40 per meter. Kancing dan hiasan dibuat dari logam mulia atau, jika pelanggan menginginkan boleh memperuntukkan US$ 4.000 atau lebih, untuk mendapatkan hiasan selusin berlian putih pada kancing denim.
5. Jam tangan: US$ 11 juta

Selain paling mahal, jam ini proses pembuatannya juga boleh dikatakan paling rumit. Harga jam ini iaitu US$ 11 juta dan dijual di Sotheby. Jam emas ini memiliki 24 kompilasi fungsi, bukan hanya sebagai penunjuk waktu.sudimampir/tulahan

Sunday, June 19, 2011

Legacy Ahmad Nawab.

JALAN dilalui Seniman Negara, Datuk Dr Ahmad Nawab dalam dunia hiburan tanah air tidak mudah. Dia pernah tiga hari tak makan kerana tiada duit. Orang seni dulu tidak semewah seperti anak seni zaman sekarang. Disebabkan perjuangan yang berliku itu, mereka lahir sebagai pejuang seni yang tulen, tulus dan ikhlas apabila berkarya. Setiap hasil ciptaan mereka menusuk kalbu dan tidak pernah jemu mendengarnya. Malah semakin kerap didengar, kian indah melodi dan bait bahasanya. Segala pengorbanan Ahmad Nawab sangat berbaloi, di mana dia kini legenda dalam bidang penciptaan lagu. Lebih 2,000 diilhamkan dan pencapaian gemilang itu tercatat dalam The Malaysian Book of Records. Daripada jumlah itu, hampir 1,000 lagu ciptaannya dinyanyikan atau dirakam lebih 80 penyanyi. Dia mula mencipta lagu pada 1952 menerusi Bintang Malam yang dinyanyikan oleh Datuk Ahmad Daud (Allahyarham). Daripada semua senarai lagunya, antara yang popular ialah Sabar Menanti, Bila Rindu Ku Sebut Namamu, Kau Yang Ku Tunggu, Calypso Samba, Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Dalam Dakapanmu, Bossanova, Mimpi Di Siang Hari dan Yang Ditunggu Tak Tiba. Bukan itu saja, selain menghasilkan lagu terbaik, Ahmad Nawab juga bertanggungjawab mengasah bakat penyanyi baru sehingga nama mereka kekal sehingga sekarang. Datuk Sharifah Aini, Broery Marantika, Salamiah Hassan, Uji Rashid, Hail Amir, Jamal Abdillah, Azlina Aziz, Siti Fairuz, Ramlah Ram dan Nassier Wahab antara penyanyi yang pernah mendapat bimbingannya. Justeru, bagi mengabadikan pembabitannya yang panjang dalam bidang seni, dia menghasilkan buku bertajuk Legasi Datuk Dr Ahmad Nawab. Buku yang mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim sempena Malam Penghargaan Industri Filem 2011 di Hotel One World, Bandar Utama, Rabu lalu. Ketika ditemui pada majlis itu, Ahmad Nawab berkata, dia terpaksa menunggu 10 tahun sebelum buku itu direalisasikan. Itu pun selepas dia berjumpa Datuk Seri Rais. Buku dijual pada harga RM200 itu memuatkan pelbagai kisah suka duka perjalanan hidupnya sebagai pemuzik dan pencipta lagu. “Buku ini mengenai kepayahan, kejayaan dan perjuangan saya dalam dunia hiburan tanah air. Ia bukan laluan mudah, di mana saya mula bermain muzik pada usia 15 tahun. Menerusi buku ini saya ingin berkongsi segala pengalaman saya dengan generasi baru hari ini. “Syukur akhirnya buku ini dapat dipasarkan dan saya juga sangat berbesar hati kerana Datuk Seri Rais sudi melancarkannya. “Untuk memastikan segala fakta yang ditulis dalam buku ini tepat, penulisan dalam buku ini disemak banyak kali. Ia turut memuatkan komen mereka yang pernah bekerja dengan saya,” katanya. Mengenai corak muzik hari, Ahmad Nawab berkata, muzik sekarang tiada keaslian dan identiti. “Pencipta lagu zaman ini lebih mementingkan glamor dan publisiti. Sebab itu lagu yang dicipta sukar bertakhta di hati pendengar. Jarang lagu baru menjadi malar segar. Timbul sekejap dan kemudian hilang. “Saya terus mengikuti perkembangan muzik dan saya lihat banyak lagu lama dinyanyikan atau dirakam semula. Ada yang susunan lagu itu menjadi bertambah bagus, namun banyak juga yang hanya merosakkan melodi lagu itu. “Tiada masalah untuk menyusun semula lagu lama, tetapi jangan sampai hilang keasliannya,” katanya. Menceritakan pengalaman lampaunya, Ahmad Nawab berkata, dulu susah hendak cari makan dalam bidang seni, tidak seperti sekarang. Dengan alunan saksofonnya, Ahmad Nawab menghasilkan lima album instrumental — Pop Instrumental (1977), Ahmad Nawab (1979), Bintang Pujaan (1981), Mengenang Dirimu (1982) dan Ku Sayang Padamu (1983). Dia pernah berkhidmat dengan Orkestra RTM selama 17 tahun dan menang banyak anugerah, antaranya Anugerah Merak Kayangan (Lagu Terbaik) bagi lagu ciptaan pertamanya Bintang Malam pada 1980. Namun begitu, dia mencapai penghormatan tertinggi apabila dia dipilih untuk menerima Anugerah Seniman Negara 2006 pada 20 November 2006.

Friday, June 17, 2011

9 Sebab Hati Tak tenang.

Assalammualaikum! Berikut adalah sebuah email yang dikongsikan oleh rakan. terima kasih di atas peringatan sebegini. Setiap masa, hati kita perlu digilap dan diperingatkan tentang kewujudan Allah. 9 Sebab Hati Tak Tenang. 1) PEMARAH Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.. 2) PENDENDAM Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. 3) HASAD DENGKI Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. 4) BAKHIL Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 5) TAMAK Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6) TIDAK SABAR Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. 7) EGO Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut. 8) RIAK Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apar yang kita ada. 9) CINTA DUNIA Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Thursday, June 16, 2011

Fadhilat Ruku' dan Sujud.

SOLAT adalah kewajipan yang perlu ditunaikan sejak Nabi Muhammad s.a.w selepas melalui peristiwa besar yang dinamakan Israk dan Mikraj. Sebelum itu, umat Islam menunaikan solat sebanyak 50 kali sehari semalam. Akan tetapi, apabila Allah S.W.T memerintahkan Rasulullah s.a.w hanya bersolat lima kali sehari semalam. Ia adalah berita yang menakjubkan di mana manusia diberikan keringanan begitu banyak. Hampir 10 kali ganda solat dikurangkan semata-mata kerana Allah sangat kasih pada hamba-Nya, yakni Nabi Muhammad S.A.W. Namun, masih ramai di kalangan masyarakat Islam mengabaikan solat yang adalah kefarduan kepada mereka. Mereka menganggap solat membuang masa dan tidak memberi apa-apa kesan dan manfaat. Padahal, apa yang mereka lakukan di dunia sebenarnya jauh lebih leka dan terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Solat dipandang enteng dan ramai mengambil langkah mengabaikannya kerana sibuk dengan kehidupan dan kesibukan duniawi. Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta. Jika tidak, masakan manusia tahu erti bersyukur kerana tidak mencintai Tuhan melebihi dari segala-galanya jika tidak mengetahui kehebatan-Nya. Ibarat solat selama 5 minit akan merugikan mereka, dan pada waktu itu sahajalah dianggap masa itu emas. Sedangkan terdapat banyak perkara lain lagi yang mengakibatkan masa emas itu tidak bernilai lagi akibat tidak menunaikan solat. Allah adalah tuhan "Dia adalah raja kepada segala Raja dan pastinya segala tumpuan perlu dilebihkan agar pengabdian diri menjadi lebih fokus. Di samping itu, hamba-Nya yang beriman akan memperoleh fadhilat solat tanpa disedari. Terdapat banyak kelebihan dari sudut sains jika kajian terhadap pergerakan solat dikaji,". Pembentangan kajian pertama iaitu aktiviti interaktif 1 yang bertajuk “Kesan Postur Badan dan Pergerakannya di Dalam Solat”. Dr. Fatimah turut menjelaskan bahawa pergerakan di dalam solat amat mempengaruhi kondusi tubuh badan. Semasa meletakkan tangan di antara dada dan pusat selepas takbiratul ihram, posisi tangan pada waktu itu ialah dalam keadaan rehat. Jika dilihat dari sudut ahli fisiologi, posisi tersebut berada dalam keadaan rehat yang maksimum. Ia mampu melancarkan pergerakan sendi dan mengelakkan penyakit sendi. Di dalam posisi rukuk, seseorang akan berasa sakit di bahagian belakang peha jika menekan kedua belah lutut dengan meluruskan tangan. Posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit berkaitan tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan begini adalah cara terbaik untuk menjadikan otot besar dan kuat. Secara tidak langsung, ia amat membantu melancarkan pengaliran darah dan limpa ke seluruh anggota badan.

Tuesday, June 14, 2011

Tips Penjagaan Kereta dan Motosikal.

Tips Penjagaan Kereta Dan Motosikal.

TIP MENGELAKKAN KERETA DAN MOTOSIKAL ANDA DARIPADA DICURI

Mungkin ramai di antara kita yang pernah kehilangan kenderaan yang disayangi. Tentu menyusahkan bukan. Jadi, disini adalah beberapa tip-tip penting yang boleh diamalkan untuk menggelakkan kecurian kenderaan anda.

clip_image001

 

Tempat - Tempat Kecurian Kenderaan Sering Berlaku

· Tempat letak kereta di hotel-hotel;

· Tempat letak kereta awam;

· Di hadapan rumah, tepi jalan raya; dan

· Kompleks membeli belah.

Faktor - Faktor Berlaku Kecurian Kenderaan

Kecuaian pemilik kenderaan itu sendiri;

  • Meletakkan kenderaan di tempat terpencil atau gelap di waktu malam;
  • Meninggalkan kunci di dalam kenderaan;
  • Meninggalkan barang berharga di dalam kenderaan; dan
  • Tiada kunci tambahan

Tip Mencegah Kecurian Kereta

  • Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik.Jangan pasang alat penggera keselamatan yang murah kerana kebiasaanya boleh ditiru dan boleh dibuka seperti kenderaan sendiri oleh pencuri kereta.
  • Letakkan kereta anda di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam. Letak di tempat yang terang berlampu. Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  • Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan klac.Kunci tambahan pada stering, gear, roda dan klac mungkin dianggap remeh.Tetapi sebenarnya akan melengahkan masa pencuri.Pastikan juga kereta sentiasa dikunci.
  • Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey' kereta sekiranya anda berasa was-was.
  • Ukir nombor pendaftaran di cermin kereta bagi memudahkan pihak Polis mengesan kenderaan anda (sandblasting).
  • Elakkan meletak kenderaan bersebelahan dengan kenderaan yang lebih besar seperti lori atau bas kerana ini memudahkan pencuri mencuri.(terlindung dari pandangan orang)
  • Sekiranya anda mempunyai duit yang lebih, seelok-eloknya pasanglah sistem keselamatan GPS. Sistem ini mungkin agak mahal tetapi ternyata amat berkesan dalam mencari kereta yang hilang. Pastikan anda memasangnya di tempat-tempat pemasangan yang bertauliah.
  • Anda juga harus berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk di servis. Sebaik-baiknya jangan tinggalkan kereta anda semasa di servis. Kebanyakan pemandu gemar meninggalkan kenderaan mereka semasa di servis.

Tip Mencegah Kecurian motosikal

  • Letak motosikal di tempat yang dikhaskan untuk motosikal. Jangan letakkan di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
  • Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.
  • Jika ingin pergi di tempat yang berdekatan sila pastikan motosikal berkunci dengan sempurna. Anda hendaklah kunci di bahagian yang susah dibuka oleh pencuri dan jangan sekadar hanya kunci di bahagian leher motosikal walaupun sekejap.
  • Letakkan di tempat yang mudah dilihat pada waktu malam seperti di tempat yang terang dan berlampu.Ini bagi memudahkan orang lain melihat sekiranya berlaku sesuatu.
  • Pastikan anda memasang rantai dan kunci tambahan bagi mengelakkan motosikal dari dicuri.

Info dari: http://www.rmp.gov.my (PDRM)

 

Sunday, June 12, 2011

Kenderaan Zaman Kini.

 

Assalammualaikum!

Mungkin kerana kecacatan, Akak kurang minat dengan kenderaan peribadi. Akak amat selesa dan bersyukur dengan kenderaan awam yang telah disediakan. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan beberapa orang peminat blog yang ingin melihat “cerita bermotor” di laman blog ini, akak cuba hidangkan sedaya mungkin.

 

BASIKAL Voltitude apabila dilipat (kanan) dan dibuka (kiri).


ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.

Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.

Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.

Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.

Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula. – Agensi

 

Ini Yang Terjadi Bila Kereta Dikahwinkan Dengan Motosikal

 

Kenderaan ini telah di cipta oleh Francois Knorreck dan di beri

nama The Snaefell Hybrid Car.Kenderaan ini mengambil masa 10 tahun ,10,000 jam dam 15000 paun

untuk menyiapkannya...

Friday, June 10, 2011

Perempuan Pertama Masuk Syurga.

Assalammualaikum! Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islamdan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”. Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam. Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”. Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”. Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa. Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak. Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”. Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya. Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis. Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”. Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”. Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”. Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”. Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa. Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang. Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud: Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Hidup Bermadu Secara Harmonis.

PERSEFAHAMAN antara madu itu penting demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. - Gambar hiasan -------------------------------------------------------------------------------- MADU itu sinonim dengan rasa yang manis. Namun, bagi kebanyakan wanita, istilah madu sering kali membuatkan mereka berfikir tentang sesuatu yang pahit. Seperti yang selalu saya tegaskan, untuk menjadikan sesuatu itu manis atau sebaliknya, bergantung sepenuhnya kepada diri kita sendiri. Bak pepatah Inggeris, jika limau itu masam, campurkanlah sedikit gula dan air kelak pasti ia menjadi minuman yang amat sedap. Sama jugalah dengan hidup bermadu. Ia boleh diharmonikan jika kena pada caranya kerana poligami yang ditetapkan syariat adalah sebagai hikmah, bukan musibah. Terima ketentuan-Nya Betullah takdir penentu segala tapi takdir juga berkaitan dengan sikap sendiri. Lantas, jika ditakdirkan anda bermadu tidak kiralah yang pertama atau kedua atau ketiga ataupun keempat, percayalah anda mempunyai tanggungjawab dengan status tersebut. Tanggungjawab paling utama adalah untuk reda dengan kehendak-Nya. Bagi anda yang menerima hidup bermadu, jangan dilayan kepedihan hati atau menuduh cinta dikhianati. Jika anda yang 'mencelah' dalam sesebuah perhubungan pula jangan berbangga diri. Sebaliknya anda perlu sedar diri dengan kedudukan anda sebagai 'adik' dan hormatilah 'kakak' anda. Niatkan ikhlas untuk berkongsi dan bukan merampas. Bersyukur kerana masih disayangi Jika anda terpaksa menerima kehadiran wanita lain di dalam hidup suami anda, jangan bersedih sebaliknya bersyukurlah kerana anda masih disayangi. Ya! Jika tiada lagi kasih si suami kepada anda, anda tidak akan dimadukan sebaliknya akan ditinggalkan atau dicerai terus. Ramai wanita di luar sana yang menghadapi kemelut sedemikian - ditinggal dek suami tanpa berita atau peruntukan kewangan semata-mata kerana bertemu cinta yang baru. Sebaliknya anda masih mempunyai suami di depan mata, masih lagi diberi peruntukan nafkah dan diberikan layanan yang baik. Jangan bermusuh Bermusuh bukan saja menyakitkan hati malah menimbulkan amarah dan dendam. Jangan sesekali bermusuh ataupun bergaduh dengan madu anda. Anda dan madu anda mempunyai kedudukan dan taraf yang sama, tiada seorang pun berbeza. Tidak kiralah anda yang pertama, kedua, ketiga atau keempat, anda sama sahaja. Mempunyai hak sama yang diiktiraf oleh syariat dan diperuntukkan oleh undang-undang. Tiada yang mendapat lebih keistimewaan walaupun anda berstatus isteri muda atau isteri paling tua. Jika sukar untuk wujudkan hubungan mesra, memadailah jangan membenci antara satu sama lain. Bersainglah secara sihat Anda dan madu anda mempunyai satu persamaan iaitu isteri kepada suami anda. Lantas, berusahalah untuk menambat hati suami dengan sebaik-baiknya. Jangan berebut sebaliknya bersainglah secara sihat. Jangan juga mempertikaikan segala yang diberikan oleh suami kepada madu anda atau segala yang dilakukan oleh suami bersama madu anda. Berikan kebebasan kepada suami dan madu anda seperti mana anda juga inginkan kebebasan setiap kali suami bersama anda. Tidak perlu fikirkan aktiviti yang mereka lakukan bersama sebaliknya fikirkan aktiviti yang boleh anda lakukan bersama suami ketika tiba giliran anda. Paling penting, usahakan yang terbaik untuk berikan yang terbaik kepada suami agar kasih sayang suami kekal utuh bersama anda biarpun terpaksa berkongsi. Percaya keistimewaan sendiri Jika anda yang pertama, anda paling istimewa kerana anda adalah wanita pertama yang berjaya merebut hati suami anda hingga anda dijadikan suri hidupnya berbanding jutaan wanita lain yang ada ketika itu. Sudah semestinya anda memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda. Jangan salah sangka. Walaupun ada wanita lain hadir di antara anda dan suami anda, tidak bermakna wanita itu lebih istimewa daripada anda. Anda tetap unggul dan istimewa lantaran itulah suami anda memilih untuk memberikan anda seorang madu dan bukannya menceraikan anda walaupun setelah hatinya diusik oleh wanita lain. Yang nyata, suami anda masih memerlukan anda di dalam hidupnya. Jika anda adalah isteri kedua, ketiga atau keempat, jangan merasakan diri anda terlalu istimewa! Kedudukan anda dengan isteri sedia ada sebelumnya adalah sama sahaja. Tidak kiralah anda lebih berpendidikan, lebih berharta, berkerjaya menarik atau mungkin terasa lebih cantik serta lebih muda, anda belum layak diiktiraf sebagai lebih istimewa. Hakikatnya, walau di mana pun kedudukan anda, semuanya adalah sama iaitu seorang isteri kepada seorang lelaki. Jadi, anda tidak perlu berasa terlalu cemburu dengan madu-madu anda. Seperti yang saya jelaskan di awal tadi, setiap daripada anda mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang membuatkan suami anda memilih anda sebagai teman hidupnya. Mungkin anda pandai memasak, suara anda manja, anda seorang yang kelakar, peramah dan pandai mengambil hati dan entah beribu alasan lagi yang hanya suami anda dan mungkin juga anda mengetahuinya. Kekalkan keistimewaan anda itu dan berusahalah untuk terus menambat hati suami dengan keistimewaan tersebut. Ingatlah, sifat diri yang peribadi boleh dikekalkan sebaliknya jika anda sekadar menambat hati suami dengan rupa paras yang menawan hati, jangan terkejut jika tiba satu masa, anda dipinggirkan. Rupa paras yang cantik dan bentuk badan yang menarik tidak akan kekal walaupun sekarang ini terdapat beribu produk dan pusat rawatan kecantikan. Anda perlukan sesuatu yang lahir daripada dalam diri anda untuk kekal istimewa setanding dengan madu-madu yang lain. Apabila anda sedar keistimewaan diri anda, terimalah juga hakikat bahawa anda dan madu-madu anda juga mempunyai kelemahan tersendiri. Atas rasa kesedaran ini, Insya-Allah keharmonian dalam perkahwinan poligami akan berjaya dikecapi.

Thursday, June 9, 2011

Teknik Menambah Daya Ingatan.

 
Assalammualaikum!

Artikel di bawah sangat bermanfaat untuk dibaca dan dipraktikkkan. Selamat membaca!

 

Daya Ingatan Penting Semasa Belajar

Dipetik dari Majalah,Cahaya Feb 2006

Penulis Aminuddin Mansor

Sebagai seorang pelajar, daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan, daya ingatan berkait rapat dengan mental dan fizikal yang sihat serta mampu mengekalkan maklumat yang dibekalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Bagi seorang pelajar yang mempunyai daya ingatan yang kuat, mereka mestilah mempunyai emosi, akal, penglihatan, pendengaran dan anggota pancaindera yang sihat. Bagaimanapun, tidak semestinya mereka yang cacat anggota tidak mempunyai ingatan yang kuat. Malah, kadang-kadang mereka yang kurang upaya seperti cacat penglihatan dan anggota mampu mengatasi daya ingatan orang yang sempurna.

Daya ingatan juga perlukan latihan dan bimbingan agar mantap dan mampu mengingati, memahami, mengeluarkan kembali perkara yang dipelajari khususnya yang berkaitan dengan fakta, maklumat yang penting dan mungkin keluar peperiksaan.

Imam Al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ingatan dan daya akal sebagai akal sebenarnya lebih berhak disebut sebagai nur atau cahaya berbanding mata, kerana akal tidak mempunyai kecacatan atau kekurangan yang dimiliki oleh mata.

Seterusnya beliau menyatakan, akal manusia itu sesungguhnya dapat membuat tanggapan, sesungguhpun demikian, perkara-perkara yang ditanggapinya itu sama sekali tidak ada yang sama.

Jelaslah bahawa daya ingatan itu berkait rapat dengan akal dan pemikiran. Oleh sebab itu, setiap pelajar mestilah menumpukan daya akal mereka kepada perkara yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.

Thomas Alva Edison pernah menyatakan tentang proses ingatan itu sebagai, genius itu satu peratus inspirasi dan 99 peratus cucuran keringat. Otak manusia tidak melihat satu perseribu daripada apa-apa yang dilihatnya.

Para pelajar patut memahami usaha yang gigih akan menjadikan proses daya ingatan itu kekal dalam minda seseorang. Di bawah ini diberikan beberapa teknik menambah ingatan semasa proses pembelajaran di sekolah dan di rumah.

1. Pemecahan kepada kumpulan(Chunking)

  • Beberapa butir maklumat yang tidak berkaitan dikumpulkan menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu.

  • Purata chunk yang mampu diterima mental ialah tujuh dan paling banyak ialah sembilan.

  • Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati di samping mengurangkan kebosanan.

2. Gabungan huruf pertama

  • Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna.

  • Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.

3. Daya imaginasi

  • Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan watak-watak dibayangkan dalam fikiran. Ia diberi gambaran supaya lebih jelas.

  • Visual is more powerful than verbal, daya ingatan dapat dipertingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi gambaran melalui daya imaginasi kerana lebih jelas serta kekal kalau dibandingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.

4. Mempunyai makna

  • Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama

  • Maklumat yang ingin diingati boleh dihubungkan supaya dibentuk dalam satu ayat.
  • Sekiranya maklumat yang ingin diingati terlalu panjang, hubung kait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.

5. Membuat peta minda

  • Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjelaskan beribu-ribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang.
  • Kata kunci berada hampir di bahagian tengah dan idea yang kurang penting berada di bahagian penghujungnya.
  • Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan besar.
  • Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah bersambung dengan beberapa garisan berkaitan.
  • Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang yang berkaitan.
  • Gunakan warna yang terang.
  • Peta minda dihasilkan secara bersahaja.

6. Cara lokasi

Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semula jadi

  • Lokasi yang mudah digambarkan
  • Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan semata-mata

7. Penggunaan kata kunci

  • Perkataan yang hendak diingati dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna
  • Beri gambaran mental kepada kata kunci supaya dapat dibayangkan dalam minda dan cuba diterjemahkan
8. Penggunaan gambar rajah
  • Carta pai dan graf bar boleh membantu mengingati maklumat yang ada kaitan dengan kuantiti.
  • Garisan masa, carta aliran, piramid dan susunan tangga lebih sesuai digunakan untuk mengingati maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah-langkah tertentu yang mempunyai susunan tetap.

  • Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang menjadi pendek ,jelas dan menarik.

9. Penggunaan penanda wacana

  • Teknik ini menghubungkan beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungan.
  • Penanda wacana lebih berkesan sekiranya sering kali digunakan
10. Penggunaan soalan
  • Dapat membantu menjurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati.
  • Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, mengulangkaji dan pembelajaran dilaksanakan.

Wednesday, June 8, 2011

Rahsia Landskap Menawan.

Assalammualaikum! Ramai yang tidak percaya, di dalam banyak keadaan, mata kita sebenarnya tertipu dengan kekreatifan seorang pembina landskap. Berikut adalah tips untuk mendapat landskap menawan dipandang mata. 1. Sepadukan antara binaan dan taman Apabila membina landskap, perancangan hendaklah mengambil kira penyepaduan sebarang binaan dan taman dari segi bentuk, skala, warna dan bahan. 2. Pertimbangan saiz pokok apabila matang Perlu mengambil kira saiz pokok atau tumbuhan terutamatumbuhan yang boleh membesar untuk melindungi tingkap, balkoni, pendawaian elektrik, atau pemandangan. 3. Kos pembinaan landskap Kira dan tetapkan harga setiap bahan dan kos luar jangka. Pastikan ia mengikut bajet kewangan anda. 4. Bina lorong laluan yang luas Bina lorong laluan sekurang-kurangnya satu meter supaya orang dewasa boleh berjalan beriringan. Lebihkan ruang untuk tumbuhan yang rendang. Sediakan ruang untuk meletakkan bangku di sepanjang lorong jika taman luas. 5. Buat lengkungan Bentuk lengkungan dan bentuk bebas dapat menarik perhatian. Menjadi amalan kebiasaan menanam pokok tinggi di belakang dan yang rendah di hadapan. 6. Gambarkan taman secara keseluruhan Rancang pembinaan landskap secara keseluruhan walaupun kita hanya membina sebahagian saja pada satu-satu masa. Tanpa pelan keseluruhan, bahagian tertentu tidak nampak bersepadu. 7. Bina jalan masuk Landskap bermula di tapak kediaman atau bangunan bukan di kawasan kediaman. Binaan elemen seperti pintu pagar, tempat yang redup, pagar kecil, pagar tumbuhan atau sempadan taman untuk membentuk jalan masuk dari hadapan atau sisi halaman amat penting. 8. Pilih tumbuhan yang betul Pilih tumbuhan taman yang sesuai dengan suhu dan cuaca, keamatan cahaya matahari dan teduhan, jenis tanah dan kelembapan. Wang dan masa dapat dijimatkan, tumbuhan hidup segar, kurang memerlukan perhatian dapat mengelakkan ia tidak subur dan mati. 9. Keserasian antara sayur-sayuran dan tumbuhan lain Tidak perlu kebun sayur berasingan. Lebih menarik jika ada penggabungan tanaman sayur-sayuran dan tumbuhan landskap termasuk yang berbunga dalam satu kelompok di tengah kawasan landskap atau laman. 10. Beri pencahayaan kepada taman Kita tidak perlu tergesa-gesa ke taman sebelum matahari terbenam untuk menikmati keindahan landskap. Berikan pencahayaan untuk keselamatan dan keseronokan pada ketika malam. Beri pencahayaan pada patio, dek, lorong, kolam dan kawasan lain.

Monday, June 6, 2011

Mengekal kesihatan kuku

Mengekal kesihatan kuku MENYERIKAN kuku amat penting bagi mengelakkan kuku rapuh dan kusam. -------------------------------------------------------------------------------- RAMAI yang mengabaikan penjagaan kuku secara tidak sengaja kerana ia sebahagian kecil daripada tubuh badan kita. Pengabaian kuku sama ada dari sudut luaran atau dalaman dapat dilihat di permukaannya. Dengan mewarnakan kuku, kekurangan kuku dapat disembunyikan tetapi jika dibiarkan berterusan, kerosakan pada permukaan kuku agak sukar dirawat atau kembali sihat dengan cepat. Kuku yang rapuh berpunca daripada kekerapan bersabun. Berada di dalam ruang berhawa dingin dalam tempoh masa yang panjang juga boleh menjejaskan kesihatan kuku. Kuku boleh dilindungi dengan menyapukan losyen secara kerap. Kuku perlu dibersihkan daripada bahan pewarna sebelum rawatan kuku dimulakan. Pastikan, pembersih itu mempunyai fungsi melembab. Kemudian rendamkan jari-jemari di dalam air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis selama lima minit untuk melembutkan kuku. Selepas merendam, skrab jari-jemari untuk menghilangkan kotoran sebelum dibasuh semula dengan air suam. Selepas dikeringkan, sapukan losyen pada kuku dan jari-jemari dan oleskan pelembut kutikel di tepi kuku. Selepas itu barulah kuku dan kutikel dirapikan serta permukaan kuku dikilatkan agar kelihatan berkilat. Untuk memiliki kuku yang sihat, kepanjangan kuku perlu diambil kira. Kuku yang terlalu panjang akan memudahkan kotoran memasukinya manakala kuku yang terlalu pendek pula akan menyebabkan kecederaan. Pilih pemotong kuku yang tajam untuk kemasan. Jangan rosakkan kuku dengan menggigitnya. Selain kuku mudah rosak, kotoran pada kuku juga akan masuk ke dalam mulut ketika makan. Pewarna kuku Amalan minum banyak air suam adalah salah satu tip untuk menyerikan kuku dari dalam. Ia dapat membantu melembabkan kuku, manakala untuk menguatkan kuku, makan makanan yang mengandungi kalsium seperti susu. Memakai pewarna kuku membuatkan kuku kelihatan cantik, tetapi sekiranya pewarna kuku dipakai terlalu lama, warna asal kuku boleh berubah kekuningan. Bahkan, kuku yang berkilat menjadi kering. Bagi mengelakkan perkara ini, pewarna kuku tidak boleh dipakai selalu. Kuku yang sihat adalah kuku yang bebas daripada sebarang pewarna kuku. Ketika menanggalkan pewarna kuku, gunakan kapas dan jangan menggosok kuku sebaliknya usapkan sahaja.

Saturday, June 4, 2011

Binatang Pun Boleh Jadi Ibu Angkat.

 

 

Assalammualaikum!

3 kisah di bawah ini sungguh menakjubkan. Seekor kucing telah melahirkan 6 ekor anak, dan 3 ekor dari anaknya adalah anak tupai. Walau bagaimanapun, ibu kucing tetap melayannya seperti anak-anaknya yang lain. Sesiapa saja yang terpandang ibu kucing ini bersama anak tupai, akan menyangka kucing adalah ibu angkat tupai.

Kisah ke 2 pula mengisahkan seekor kucing menjaga 30 anak ayam. Prihatin sungguh kucing ini! Suatu masa dulu, sahabatku Lim terjumpa seekor anak kucing kurus di tepi longkang lalu dibawa balik ke rumah. Tanpa disangka, Emma ibu anjing yang baru beranak merasa kasihan kepada baby kucing lalu menyusukannya. Kami ketawa berdekah-dekah. Sebenarnya, pada masa dahulu, banyak sekali dongenan India yang menceritakan bagaimana anak manusia dipelihara oleh ibu beruang. The moral of the story, sifat keibuan ada pada setiap makhluk

Kisah ke 3 pula anak kacukan harimau dan singa dipaksa menyusu kepada ibu anjing. Ini adalah kenakalan sains yang tidak bermoral.

Kucing lahirkan tiga anak tupai http://www.sinarharian.com.my/com/content/story3324283.asp BALING - Pelik tapi benar, itulah yang jarang-jarang berlaku malah tidak pernah terjadi apabila haiwan berlainan jenis iaitu kucing melahirkan anak tupai di sini.Seorang ibu tunggal, Habsah Ismail, 73, berkata, dia terkejut apabila melihat kucing peliharaannya menggigit anak tupai di dalam rumahnya dengan manja dan kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.Menurutnya, dia mengekori ibu kucing itu hingga ke dapur dan melihat haiwan itu melahirkan tiga anak tupai dalam tong di rumahnya.“Saya terkejut kerana tidak pernah melihat seekor kucing melahirkan tupai dan hairannya anak tupai itu menyusu seperti anak-anak kucing lain.

“Malah anak-anak tupai itu dengan tiga lagi anak kucing dilahirkan oleh kucing peliharaan saya sejak seminggu lalu,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengunjungi rumahnya di Kampung Besah Tok Limbong, di sini.

Habsah berkata, sebelumnya kucing itu berbunyi begitu kuat seperti orang sakit dan tidak berfikir haiwan itu hendak beranak.

“Bagaimanapun, saya menyediakan tong bagi membolehkan kucing itu beranak dan tidak menjenguk sehinggalah apabila melihat kucing itu menggigit anak tupai dan tidak menyangka anak tupai yang digigit itu anaknya sendiri.

“Saya memang terkejut kerana sepanjang hayat saya tidak pernah melihat malah mendengar seekor kucing melahirkan anak tupai sedangkan tupai menjadi musuh apabila bertemu kucing,” katanya.

Habsah berkata, apabila melihat dalam tong itu, dia mendapati kucing itu melahirkan tiga anak tupai dan tiga anak kucing.

Menurutnya, semua bentuk badan dan bulu sama seperti anak tupai cuma ekornya belum kembang, mungkin kerana masih kecil.

“Saya akan memelihara sehingga besar kerana ingin melihat lebih jelas, lagipun ibu kucing itu sangat sayang kerana menjilat dan menyusu anak tupai itu,” katanya.

 

UNIK: Kucing Jadi Ibu Kepada 30 Anak Ayam, Anjing Susukan Anak Harimau

 

Heilongjiang, China - Seekor kucing cenderung bertingkah sebagai ibu dari 30 anak ayam yang baru lahir. Tentu saja gelagat kucing itu mengejutkan pemiliknya.
Lao, seorang petani asal, Heilongjiang, China, awalnya khuwatir ketika pertama kali melihat kucingnya, Niu Niu, selalu berdekatan dengan ayam-ayamnya.
"Saya datang ke rumah dan menemukan Niu Niu berada di kandang anak ayam. Pada ketika itu saya khuwatir Niu Niu akan memakannya," katanya, seperti disiarkan di website Orange, Rabu (25/5/2011).
"Saya berteriak ketika itu agar Niu Niu ke luar dari kandang. Namun Niu Niu tetap tak mau keluar dari sana. Ia malah terdiam dan membiarkan anak-anak ayam memanjat ke badannya dan membiarkan mereka bermain," tambah Lao.
Sekarang Lao tak khuwatir lagi untuk meninggalkan Niu Niu bermain bersama bayi-bayi ayam, sementara dia pergi ke ladang.
"Menakjubkan," ujar Lao. "Niu Niu bahkan memeluk anak-anak ayam tersebut dalam tidurnya, dan mereka berkicau seolah-olah mereka berada di bawah perut ibu mereka.
"Niu Niu menjilati anak-anak ayam itu dan bermain dengan mereka sementara mereka mengikutinya ke mana-mana," jelas Lao.

Dua Anak Harimau Disusui Anjing


BEIJING - China memang memiliki pelbagai keunikan. Baru saja diberitakan anak ayam yang diasuh seekor kucing, kini seekor anjing mengasuh dua anak harimau.
Sebuah zoo di China, mengkhabarkan anak-anak bayi harimay yang terlahir hasil dari kahwin silang diantara singa dan harimau atau biasa lebih dikenal dengan liger (lion and tiger) kini dirawat oleh seekor anjing setelah ditinggalkan induknya.
Zoo Xixiakou di selatan China menyatakan bahawa sebenarnya anak-anak harimau tersebut ada empat, namun dua di antaranya tersebut telah mati kerana kelemahan.
Belum diketahui mengapa sang induk meninggalkan anaknya lahir awal bulan ini. Yang jelas sang induk sempat menyusui bayinya selama empat hari, kemudian meninggalkan mereka.
Seperti disiarkan Associated Press, Rabu (25/5/2011), penjaga kebun binatang Cong Wen, mengatakan kedua anak harimau kacuk itu yang kini diasuh oleh anjing tersebut awalnya mengalami kesulitan untuk menyesuaikan susu sang induk baru.
Liger merupakan haiwan peranakan yang jarang wujud. Haiwan peranakan tersebut biasanya dilahirkan hanya di zoo.

http""://greenboc.blogspot.com/.../unik-kucing-jadi-ibu-kepada-30-anak.html

Friday, June 3, 2011

Perangkap Tikus.

Assalammualaikum! Dalam hidup ini, kita serinkali memikirkan kebajikan diri sendiri tanpa mengira lapar pening jiran tetangga. Di bawah ini, sebuah kisah motivasi yang dalam maknanya. Sekiranya anda tidak mendapat apa2 dari kisah ini, maafkan saya. Ketahuilah, setiap kisah ada pengajarannya. Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??" Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...." Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, "Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku." Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati... tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku." Tikus lalu menemui Lembu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus." Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku." Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam. Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup. Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah. Dari kejauhan, sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi. MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA DAN LANGSUNG TAK BANTU APA YANG MAMPU... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI.