Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Sunday, July 17, 2011

Merangsang Daya Ingatan.

Assalammualaikum! Kita selalu menyihatkan tubuh-badan, tapi tidak mencuba teknik2 untuk merangsang daya ingatan. Artikel di bawah sungguh bermanfaat. KETIKA menuntut di tahun tiga pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Gas Asli, Universiti Teknologi Malaysia, Lim Teck Hoe, 35, mendapati dirinya sukar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum. Sebagai seorang yang aktif dalam debat dan menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Teck Hoe berasa amat sukar untuk dirinya fokus dalam pembelajaran. Tambahan pula subjek-subjek yang diajar pada tahun tiga sudah mula fokus pada pengkhususan. “Dari situ, saya mula memikirkan kaedah bagaimana mengoptimum masa untuk belajar tanpa meninggalkan aktiviti-aktiviti yang saya minat,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. “Kita pasti berasa pelik mengapa orang lebih mudah mengingati peserta Akademi Fantasia (AF) berbanding dengan senarai formula subjek sains. AF dipersembah dalam bentuk interaktif yang pasti menarik perhatian ramai, manakala mata pelajaran sekolah disampaikan dalam bentuk yang kurang menarik,” ujarnya. Dalam pembacaannya, Teck Hoe mendapati asas otak manusia terbahagi kepada dua bahagian dengan kedua-dua belah membawa cara dan tempoh simpanan masa mengingat dengan cara yang berbeza. Bahagian otak Otak kiri mampu mengingati fakta berbentuk gambar dalam jangka masa lama, manakala otak kanan pula digunakan untuk mengingati pembelajaran berbentuk matematik tetapi dalam tempoh masa yang sekejap. Menggunakan asas tersebut, dia mengaplikasi proses pembelajaran dengan menggabungkan kedua-dua bahagian otak manusia. Nota-nota pengajian kejuruteraannya menggunakan pelbagai gambar rajah dan peta minda bagi memudahkan dia mengingat dengan cepat. BUKU 123 Amalan Belajar Cemerlang yang dihasilkan oleh Teck Hoe dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. -------------------------------------------------------------------------------- Dalam masa yang sama, Teck Hoe masih juga aktif dalam sukan, debat dan perwakilan pelajar sehinggalah dia memperoleh ijazah pada tahun 1999. Melihatkan potensi dan kebaikan pembelajaran secara optimum, jejaka yang masih bujang itu mengambil keputusan untuk terus serius dalam mengembangkan teknik pembelajarannya. “Sehingga kini hampir 5,000 orang yang terdiri daripada pelajar universiti dari pelbagai bidang seperti undang-undang dan neurologi serta sekolah pernah mengikuti ceramah saya,” ujar jejaka berasal dari Raub, Pahang itu. Malah pada tahun 2002, dengan menggunakan teknik mengingat, dia telah berjaya memecah rekod Asia dalam Kejohanan Memori Sedunia di England anjuran Persekutuan Sukan Memori Dunia. “Saya melakukan persediaan selama tiga bulan untuk pertandingan tersebut dengan sentiasa melakukan senaman berkala dan makan banyak kismis terutama apabila pertandingan semakin dekat. “Sebanyak 70 buah negara menyertainya dalam 10 buah acara yang berbeza seperti mengingati puisi dalam tempoh masa beberapa minit. “Rekod yang saya pegang adalah mengingati 129 nama dengan ejaan yang tepat berserta wajah dalam tempoh masa 15 minit,” ujar anak lelaki ketiga daripada lima orang adik-beradik itu. Teck Hoe juga sempat berkongsi ilmu dengan penulis bagaimana ingin mengingati satu susunan nombor yang mempunyai berbelas-belas angka dalam masa yang singkat. Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta satu cerita pendek yang berkaitan angka-angka tersebut dan didapati ia lebih mudah dan cepat untuk diingati. Teck Hoe kemudian menubuhkan Pusat Mental Literasi Minda Malaysia (Mentalist) pada tahun 2004 sebagai salah satu cara mempromosi pembelajaran secara literasi. “Saya sudah mengumpul lebih 100 tip berkaitan cara untuk belajar dengan cemerlang pada tahun 2009 melalui pembacaan dan kajian. “Pada mulanya, saya mahu menerbitkan sendiri tetapi tahun lalu, saya mendapat tawaran daripada syarikat penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.,” ujar sambil menunjukkan buku 123 Amalan Belajar Cemerlang. Dalam buku yang berbentuk kepingan kad itu, Teck Hoe berkongsi 123 amalan belajar cemerlang daripada fasa persediaan belajar sehingga teknik belajar yang betul. Otak seperti komputer Salah seorang pelajar yang mengamalkan teknik memori Mentalist, Iman Nazurah Zulkifli, 17, mengakui hanya mengambil masa yang singkat untuk mempelajari teknik meningkatkan memori. Mula mengoptimum proses pembelajaran sejak berumur 12 tahun ketika menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Iman sering menggunakan perkara di persekitarannya dan aktiviti harian sebagai satu cara untuk belajar. “Saya sering menggantikan benda-benda yang perlu dihafal dengan perkara-pekara yang mudah diingati dan menjadikan subjek yang bosan seperti sejarah satu keseronokan,” ujarnya. Pakar Neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, otak manusia berfungsi seperti sebuah komputer dengan proses input, penyimpanan dan mendapatkan semula tetapi ia lebih kompleks. TECK HOE (kanan) pernah diberi penghormatan oleh Pengasas Kejohanan Memori Dunia, Tony Buzan di ibu negara. -------------------------------------------------------------------------------- “Sebagai contoh, jika individu mahu menghafaz al-Quran, mengingati gambar atau wajah manusia, dia perlu melihat bagi menerima data. “Data-data dari mata akan disimpan di korteks oksipital dan korteks posterior temporal di bahagian belakang otak untuk interpretasi,” ulas Raymond ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Tambah Raymond, untuk individu yang mahu mengingati kata-kata atau lagu, maklumat yang dapat dari telinga bergerak ke pangkal otak dan berakhir di neokorteks lateral temporal untuk interpretasi. “Jika menonton filem pula, kedua-dua aliran akan berfungsi. Selepas maklumat ditafsir dan kita memahaminya, ia akan disimpan ke dalam pusat memori yang dipanggil hipokampus,” katanya. Apabila seseorang itu mahu menggunakan maklumat yang disimpan, arah aliran bergantung kepada cara yang digunakan untuk mengingat. “Jika seseorang itu mahu menulis ayat-ayat yang diingati, aliran memori akan bergerak dari hipokampus ke korteks motor yang terletak di lubas frontal supaya tangan dapat digerakkan,” ulasnya. Kata Raymond lagi, secara saintifik, manusia mampu meningkatkan memori dan mengingat lebih banyak fakta kerana setiap maklumat disimpan dengan sambungan baru antara sel-sel otak. Genetik “Kita hanya perlu ada keinginan yang kuat untuk mengingat selain faktor genetik yang memainkan peranan penting. Kerana itu, jika ibu bapa pandai, selalunya anak akan pandai tetapi tidak bermakna ibu bapa yang sederhana, anaknya tidak boleh pandai. “Terdapat pelbagai cara yang boleh meningkatkan daya memori seseorang seperti sentiasa mempunyai keinginan untuk mengeluarkan semula maklumat yang disimpan. “Jika kita sentiasa menggunakan maklumat yang disimpan di hipokampus untuk disampaikan kepada orang lain, lama-kelamaan ia akan menjadi lebih mudah untuk dikeluarkan apabila perlu. “Sebab itu, pensyarah-pensyarah di universiti kelihatan pandai kerana mereka sentiasa mengeluarkan maklumat yang disimpan untuk mengajar,” katanya. Selain kerap mengeluarkan maklumat, Raymond juga mengamalkan teknik mnemonik dan akronim dalam proses pengajarannya dan ia terbukti memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta. Menurut beliau, teknik mnemonik menggunakan perkataan atau nama untuk mengingati sesuatu maklumat. Contohnya, untuk mengingati warna-warna pelangi, huruf pertama setiap awalan perkataan dibina menjadi satu kisah ringkas. “Dianggarkan, manusia biasa hanya menggunakan 10 peratus daripada otak dan ia bersifat keplastikan neuronal. Otak perlu kerap dilatih, dengan cara itu mungkin ia mampu ditingkatkan kepada dua kali ganda daripada biasa,” ujarnya. Faktor pemakanan Dalam pada itu, Pakar Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan, corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang. PELAJAR adalah golongan yang perlu mendalami dan mengamalkan teknik meningkatkan daya ingatan. -------------------------------------------------------------------------------- Namun, Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalkan sepanjang hayat. “Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori. “Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1, B3, B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepat pemprosesan maklumat dan proses mengingat,” ulasnya. Selain itu, menurut Shariza, kajian daripada Universiti Waikato, New Zealand mendapati madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan. “Walaubagaimanapun, madu perlu diambil secara terkawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetis,” nasihat Shariza. Tambahnya lagi, seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakkan penyahhidratan. Penyahhidratan otak dan badan akan memberi masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian. “Penggemar minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu mengambil lebih banyak air kosong,” katanya lagi. Selain amalan pemakanan yang baik, Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah. “Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak,” ujar beliau.

No comments: