Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, March 9, 2011

Budak Pintar! Anak Siapakah ini?

Assalammualaikum!Maha Hebat Allah yang Maha mencipta segalanya, kita, makhluk yang kerdil hanya mampu mengkagumi keagungannya. Di bawah ini dirangkaikan beberapa buah artikel benar mengenai beberapa orang manusia luarbiasa zaman ini yang patut kita banggakan. Mereka adalah anak-anak luarbiasa pintar. Anak siapakah ini? Budak Adi Putra, Kanak-Kanak Genius Atau Child Prodigy? Saya kagum sebenarnya apabila melihat “lagaknya” mendeklamasikan sajak yang diciptanya sendiri pada usia sewal 6 tahun lagi. Hebat. Meremang juga dengar suaranya melontarkan sajak tersebut. Satu puisi tentang bangsa melayu dengan begitu sinis dan puitis, seolah-olah puisi berbentuk sindiran yang bertujuan “membawa harapan” dapat menyedarkan bangsa melayu kita. Sekarang ini adik ini sudah menginjak ke usia 9 tahun. Itulah adik Adi Putra. Saya rasa ada baiknya budak bijak ini dikurangkan daripada segi liputan media tumpukan kepada tumbesaran akal dan pembentukan isaniah. Sebabnya, kita tidak tahu apa perancangan orang Barat. Mereka hanya memerhati dari kaca televisyen dan media cetak tempatan. Bukannya kita hendak menuduh. Cukup sekadar kita mengambil langkah berjaga-jaga. Lihat apa yang terjadi kepada anak gadis bernama Sufiyah Yusof. Gadis bijak yang berjaya memasuki Universiti Oxford pada usia seawal 12 tahun. Sekarang ini? Apa sudah jadi kepadanya. Hanyut ke lembah hina. Sayang sekali. Semoga Tuhan memberikannya hidayah dan panduan kepadanya. Insyaallah. Begitu juga kepada kisah budak bijak dari Kedah, yang suatu masa dulu pernah menjadi anak angkat Ungku Aziz, sekarang ini hanya bergelar sebagai penebar roti canai sahaja. Kita tidak mahu lihat pisang berbuah dua kali. Cukup sekali, dua kali, tetapi tidak untuk kali yang ketiganya. Pihak-pihak yang berkaitan perlu menjadikan ini sebagai satu pengajaran. Rugi rasanya negara mempunyai aset besar sebegini tidak diberikan ruang dan peluang menjadi permata bagi membantu negara kelak. Bayangkan, pada usia yang cukup-cukup muda sudah mempunyai semangat, impian dan matlamat dalam hidup. Adik Adi Putra mempunyai impian untuk mencipta satu satelit untuk kegunaan negara-negara Islam. Tinggi cita-cita budak ini. Kebiasaan budak bila ditanya soal cita-cita contohnya, kebiasaan jawapan yang terpacul dari mulut mereka, nak jadi bomba, polis, askar, cikgu dan doktor. Adik Adi Putra ini sama seperti kanak-kanak sebayanya yang lain suka makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2. Saya nak ajak anda semua layan sebentar, wawancara yang dilakukan oleh wartawan Kosmo bersama adik Adi Putra. Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka? Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi. Macam mana boleh terfikir? Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari. Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik? Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati. Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar? Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi. Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari? Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil. Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam ‘kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil’. Sebab apa Adi kata macam tu? Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah. Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini? 200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah. Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti? Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta. Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam? Ilham datang waktu itu. Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi? Counter Strike, game tembak-tembak…Ada juga main game Meet the Robinsons. Bila besar Adi nak jadi apa? Adi nak jadi profesor matematik Islam. Adi tahu Adi terkenal sekarang? Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda. Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka? Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja. Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar? Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan. Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie? Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong. Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie? Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa. Adi tahu di mana Sharlinie sekarang? (Adi diam. Dia terus bermain permainan video) Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ? Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi. Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati? Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi. Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca? Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa. Doa apa? Maaf, tak boleh Adi bagi tahu. Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang? Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik. Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat. Adakah letih menjadi seorang genius? Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah. Apa ucapan untuk ibu dan ayah? Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi. Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran? Adi baru belajar tahfiz – Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah. Tapi saya agak musykil kalau nak dikatakan adik Adi Putra sebagai budak genius Malaysia. Mungkin kalau digelar sebagai kanak-kanak Prodigy boleh diterima lagi. Kebiasaannya pemberita yang akan membawakan gelaran budak genius apabila berjumpa budak kecil yang pintar sikit, disebutnya kanak-kanak genius. Pandai math disebutnya kanak-kanak genius genius, pandai main muzik pada usia kecil dipanggil budak genius, pandai bercakap dan baca pada usia kecil disebut kanak-kanak genius. Erm……rasanya elok budak ini dikategorikan sebagai CHILD PRODIGY. Pendapat anda semua bagaimana? Sebabnya? Menteliti kita apabila bercakap soal budak genius, Adi Putra ni perlu kuasai FIZIK la, SAINS la..BIOLOGI laa…BAHASA MELAYU la..semua subjek. Bila dah kuasai kesemuanya sehingga jadi pro, baru orang kita puas hati. Tapi, pernah kita terfikir kanak-kanak prodigy, otaknya berfikir bagaimana? Bagi saya, nak letakkan seseorang itu sebagai kanak-kanak genius bukan sesuatu yang mudah yang disangka, tapi tidak mustahil. Contohnya, Albert Einstein(manusia yang mengalami penyakit desleksia), Ibnu Sina, dan Leonardo da Vinci. Tidak semudah yang disangka untuk meletakkan seseorang itu sebagai genius dan bukannya mudah untuk mendapat gelaran budak genius. von Neumann (1903-1957) pun merupakan child prodigy. Merupakan kanak-kanak yang bijak dalam matematik tetapi masih ke sekolah, sama seperti budak biasa. Tetapi memandangkan keluarganya datang dari latarbelakang golongan bangsawan, budak ini turut diberikan pendidikan tambahan private tutor. Bapa dia dari keluarga jewish yang kaya, jadi tiada masalah untuk memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anaknya. Ini kerana mereka telah mengesan kanak-kanak prodigy ini dan membangunkannya sehingga memaksimumkan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak prodigy ini. Kalau tanya saya, budak ini boleh cuba untuk memasuki Massachusetts Institute of Technology (MIT). Kanak-kanak prodigy seperti ini patut diberikan pendidikan yang terbaik. Timba seberapa banyak ilmu di sana. MIT dibangunkan untuk memberikan kanak-kanak bijak seperti ini. Setakat ini ada lebih kurang 7-8 orang pelajar melayu (undergraduate) yang pernah belajar di MIT. Terdapat berpuluh-puluh orang pelajar melayu (post grad – master/phd) yang pernah belajar di MIT. Boleh semak di sini, Massachusetts Institute of Technology Alumni Malaysia. Kalau ikut kepada keadaan sekarang, Adi Putra tidak akan dapat masuk mana-mana top universiti di US, UK atau mana-mana Universiti di negara Eropah lain. Sebabnya? Saya tahu anda lebih mengetahuinya. Boleh kongsikan pendapat anda di ruangan komen nanti. Adi Putra pernah menyuarakan cita-citanya menjadi negarawan ulung apabila menyatakan hasratnya untuk membangunkan negara dengan “bertemankan” surah Yasin dan Matematik. Lihat sahaja dia memberikan ‘tamparan maut’ kepada kualiti sistem pendidikan Malaysia dengan kenyataan sinis Adi semasa sekolah dulu(Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) : Adi macam “kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil”. Menteri Pendidikan Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein sangat tercabar dengan anak kecil dari Perak ini apabila menyebut : “He sat on my chair just now. He looked so comfortable there that I started to worry that I may lose my job to this brainy boy.” (Bernama, 20 Disember 2005) Sangat bagus. Maaf saya katakan. Kita kena ada budak bijak seperti ini untuk memecahkan kelompok fikiran kolot bangsa Melayu. Budak ini masih dalam proses belajar. Insyaalah kita doakan budak ini tidak “hanyut” dan menjadi manusia berguna untuk agama bangsa dan negara. Memang ada baiknya. P/S : Kalau diberi bimbingan yang betul sesuai dengan kemampuan otaknya insyaAllah Adi Putra boleh pergi jauh. Harap adik Adi berjaya dalam hidup dan dapat berbakti pada negara kelak. Kena ada pakar yang berpengalaman dengan budak genius seperti ini dalam merencana masa depan budak ini daripada segi pendidikan yang dia patut terima. Jangan dibiarkan dia tidak sekolah dan belajar sendiri. Harap ibubapa Adi Putra boleh bekerjasama. Sebijak manapun mana pun Adi Putra, dia tetap perlu berguru. PP/S : Ada yang kata ayah Adi Putra marah betul dulu, Menteri Pelajaran datang jumpa Adi Putra semata-mata nak bergambar je. Betul ker? Februari 9, 2010 (Child Prodigy) Kanak-Kanak Paling Pintar di Dunia Belajar di Malaysia Jikalau Malaysia terkenal kerana berjaya memiliki kanak-kanak pintar atau child prodigy seperti Adi Putra Abdul Ghani (11 tahun) yang berkemahiran bidang matematik, bagi kanak-kanak paling pintar di dunia bernama Ainan Celeste Cawley ini pula berkemahiran dalam bidang Kimia. Gelaran kanak-kanak paling pintar di dunia telah diberikan kepada Ainan ketika kejayaannya dimuatkan dalam siri dokumentari di United Kingdom iaitu “The World’s Cleverest Child and Me“, dalam Channel 4 sebelum ini. Apa yang menarik keistimewaan tentang kanak-kanak paling pintar di dunia ini? 1) Nama penuhnya : Ainan Celeste Cawley. Berumur 10 tahun ketika artikel ini ditulis dan merupakan anak sulong kepada pasangan Valentine Cawley dan Syahidah Osman Cawley 2) Ainan mula merangkak pada usia empat bulan, berjalan ketika enam bulan dan berlari ketika lapan bulan 3) Pada umur enam tahun, Ainan mula menunjukkan minat membaca buku kimia Bagimana tanda-tanda awal ibu bapa Ainan Celeste Cawley mengesan potensi yang ada pada anak mereka? (kata mereka) 1) Apabila ibunya bercakap, dia memalingkan kepala kepada ibunya dan terus berhenti menangis 2) Ketika ibunya mengandungkan Ainan, berlaku gerhana matahari penuh dan kelihatan gerhana matahari tersebut bersama-samanya Kejayaan dan pencapaian peribadi Ainan Celeste Cawley setakat ini 2010 ini? 1) Ainan menduduki ujian kimia peringkat O-Level ketika usianya tujuh tahun dan lulus ujian tersebut dan merupakan manusia termuda di dunia mencapai pencapaian dan rekod itu 2) Kejayaan Ainan dicatatkan dalam Singapore Book of Records 3) Pelajar politeknik termuda di dunia 4) Kanak-kanak pintar kimia pertama di dunia yang mendaftar masuk ke sebuah universiti 5) Universiti di Malaysia iaitu Kolej Universiti HELP di Pusat Bandar Damansara menjadi pilihan ibu bapa Ainan untuk menyambung pengajiannya dalam Ijazah Program Amerika 6) Ainan juga akan mengambil kursus sains komputer, di samping meneruskan pengajian kimia, subjek fizik dan matematik peringkat A-Level. 7) Ainan akan juga mengambil subjek sastera liberal untuk menjamin satu latar belakang pendidikan yang luas serta sebagai persediaan menghadapi tugas dan cabaran akan datang. Program pembelajarannya akan berubah mengikut minat Ainan sendiri. Ainan Cawley Budak Pintar Yang Berasal Dari Singapura Ainan Cawley, yang lahir pada 23 November 1999 adalah Anak dari pasangan Valentine Cawley berasal dari Inggris dan Ibunya Syahidah Osman berasal dari Singapura itu menguasai kimia dan fizik ketika masih berusia tujuh tahun. Kemampuan itu, dalam standar normal, baru boleh dicapai ketika usia 16 tahun. Saat ini, di usianya yang masih sepuluh tahun, Ainan melanjutkan studinya di Universitas Help di Malaysia. Makmal kimia kampus Help menjadi tempat baru untuk Ainan dalam menghabiskan studinya meraih gelaran sarjana. Meskipun memiliki kemampuan yang luar biasa, Kanak-kanak bernama lengkap Ainan Celesty Cawley itu tidak ubahnya kanak-kanak lainnya. Khususnya ketika dia bermain game dan berkumpul bersama dua saudaranya.Kemampuannya yang luar biasa pada kimia sudah ditunjukkan ketika dia masih berusia tujuh tahun dengan lulus ujian kimia yang diberikan kepadanya. Syahidah, ibu Ainan, mengungkapkan sejak kecil kanak-kanak berkulit putih itu sudah menunjukkan hal yang luar biasa. Di usia empat bulan dia sudah merangkak, dan enam tahun sudah menunjukkan ketertarikannya pada bidang kimia. Saat diberikan soal-soal kimia padanya, Ainan dengan mudah menjawab dan menguraikan jawapan.Ainan pernah didaftarkan di sekolah awam. Namun, di hari pertama masuk sekolah, kanak-kanak itu sudah tidak suka kerana membosankan. Orang tuanya lalu meminta program home-schooling. Berbagai upaya untuk mendapatkan sekolah khusus bagi Ainan di Singapura,namun kemudian Valentine, ayah Ainan, mencari peluang di Malaysia.Tidak perlu lama untuk menerangkan kemampuan luar biasa Ainan di kampus Help, Malaysia.Pihak kampus langsung menerimanya dan mengikuti program perkuliahan. Di tahun 2009, Ainan masuk program television The World’s Cleverest Child and Me di Inggris. Di usianya delapan tahun sembilan bulan, bocah itu mencatat rekod boleh mengingat angka sampai 518 digit. Suatu kemampuan yang jarang dimiliki, bahkan oleh orang dewasa.Di usia yang masih belia itu juga Ainan sudah belajar banyak hal tentang kimia yang diminatinya. Beberapa model dasar Kimia sudah dikuasainya. Namanya juga masuk rekod Singapore Book of Records sebagai anak termuda yang menguasai kimia. Selasa, 23 Mac 2010 Budak Genius Berumur 2 Tahun Memiliki IQ Sama Dengan Albert Einstein Budak Genius berumur 2 tahun memiliki IQ sama seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking, bernama Oscar Wrigley menjadi anak termuda di Inggris Raya yang diterima di Mensa. Penilai di Pusat maklumat Anak Berbakat di Solihull mengatakan, Oscar memiliki IQ 160 dan merupakan salah satu anak yang tercerdas. “Dia selalu mengajukan pertanyaan. Setiap orang tua suka berpikir anak mereka istimewa, tapi kami tahu ada sesuatu yang sangat luar biasa tentang Oscar. Ibunya Hannah (26) mengatakan “Dia menakjubkan semua orang. Kami tahu pada usia 12 minggu dia sudah sangat cerdas”.Dr Peter Congdon yang menilai Oscar mengatakan dia adalah seorang anak yang sangat cerdas. “Kemampuannya menunjukkan dia mempunyai bakat intelektual.Chief Executive Mensa John Stevenage memaklumkan Oscar telah diterima dalam usia dua tahun, lima bulan dan 11 hari. “Oscar menunjukkan potensi besar. Mengubah potensi menjadi satu pencapaian adalah cabaran bagi orangtuanya, dan kami sangat gembira mereka telah memilih untuk bergabung dengan jaringan Mensa,” katanya. budak termuda di Inggris yang bergabung dengan Mensa adalah Tan Elise Roberts, dari Edmonton London Utara, dalam usia dua tahun, empat bulan dan 14 hari, dengan IQ 156. Sumber:DailyMail Sabtu, 12 Mac, 2011 Murid 11 tahun lebih bijak daripada Einstein -------------------------------------------------------------------------------- CLAVERLEY - Seorang murid perempuan, Victoria Cowie (gambar) yang baru berusia 11 tahun dikatakan lebih bijak berbanding saintis terkenal seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking kerana dia memiliki skor kecerdasan (IQ) mencecah 162, lapor sebuah akhbar semalam. Kepintaran Cowie diakui selepas dia mendapat skor 162 dalam ujian IQ. Pencapaian itu adalah lebih baik daripada skor yang diperoleh oleh saintis terkenal, Albert Einstein, Stephen Hawking dan pengasas perisian komputer, Bill Gates iaitu 160. "Saya sangat sukakan teka-teki dan menyelesaikan masalah. Saya mahu belajar dalam jurusan sains, terutama biologi," katanya yang sudah mendapat tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di empat buah sekolah berprestij. Selain meminati mata pelajaran sains dan membuat eksperimen, Cowie juga suka berlakon, menari dan bermain alat muzik. Ibunya, Alison, memberitahu, anaknya itu mempunyai kemampuan membaca sejak kecil dan pernah memenangi anugerah sains di sekolah. Ibu bapanya kurang pasti daripada mana Cowie mewarisi kepintarannya itu. Purata IQ manusia ialah 100. Ekoran keputusan tersebut, Cowie mengalahkan kepintaran Napoleon Bonaparte yang mendapat skor 145, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton (140), penyanyi terkenal, Madonna (140) dan pengarah filem, Quentin Tarantino (160). - Agensi Minggu, 04-Mei-2008 Tak mengherankan kalau Alia yang kelahiran Amerika, 22 Februari 1989 ini ditetapkan Guinness World Record sebagai profesor termuda di dunia. Jauh sebelum Alia, Guinness Record juga pernah mencatat seorang remaja super jenius, Colin Maclaurin yang meraih gelar profesor matematika di Marischal College, Scotlandia, 30 Septemebr 1717, saat usianya 19 tahun. Setelah itu Guinness belum mencatat lagi remaja yang bisa mengalahkan capaian Colin, sampai akhirnya muncul Alia Sabur. Sejak kecil Alia memang sudah dijuluki bocah ajaib saking cerdasnya. Mungkin kita semua tak mampu membayangkan kalau Alia ternyata sudah bisa membaca pada usia 8 bulan. Sungguh ajaib! Ketika bayi-bayi seusianya sedang sibuk belajar merangkak atau bahkan berjalan, Alia justru sedang sibuk membaca. Semua orang, bahkan orangtuanya, makin tercengang ketika pada usia 2 tahun ia telah membaca “Web Charlotte'' sebuah bacaan yang harusnya tidak dimengerti anak seusianya. The New York Times tak mampu menyembunyikan keheranannya atas keajaiban Alia. Dikatakan juga bahwa keajaiban Alia yang bisa membaca di usia 8 bulan hanya merupakan keajaiban awal dari serangkaian keajaiban yang dibuat bocah ini hingga remaja sekarang. Sayangnya New York Times tidak membahas bagaimana bayi umur 8 bulan sudah bisa membaca dan dengan cara apa dia belajar. Hanya dijelaskan bahwa sang ibu, Julia, seorang wartawan televisi lokal, dengan suka rela melepas pekerjaannya sebagai wartawan ketika putri satu-satunya memasuki usia 5 tahun. Hal tersebut dilakukan Julia demi pendidikan Alia yang perkembangannya di atas rata-rata anak seusianya. Pada usia 5 tahun Alia telah menyelesaikan kurikulum dasar membaca di sebuah sekolah negeri di Long Island. Nilai-nilainya yang cemerlang membuat Alia mendapat kesempatan lompat kelas dan akhirnya masuk sekolah menengah. Tapi perkembangan Alia yang dianggap terlalu maju, menyulitkan para gurunya dan akhirnya mereka (guru) pun menyerah. Pihak humas sekolahnya menyatakan, mereka tidak mampu memenuhi kebutuhan Alia yang diibaratkan terlalu haus ilmu pengetahuan. Guru Kewalahan Masalah ini pun ternyata bukan hanya dihadapi sekolah tersebut, sebuah sekolah privat terbaik di Manhattan pun menyatakan hal yang sama dan mengatakan tak mampu lagi mengajar Alia. Penolakan kemudian muncul juga dari universitas di mana sang ibu mendaftarkannya. Ia dianggap terlalu muda masuk ke sana. Ya maklum saja, usianya masih 10 tahun. “Bayangkan di grade empat, muridnya hanya aku. Aku belajar sendirian,” ungkap Alia yang penyandang ban hitam karate ini. Beruntung ada sebuah universitas negeri di Stony Brook yang akhirnya mau menampung Alia. Maka jadilah bocah 10 tahun ini mahasiswa termuda di universitas itu. Bisa jadi hanya Alia-lah satu satunya mahasiswa yang ditunggui orangtuanya tiap hari ketika sedang kuliah. Nyatanya, Alia bukan hanya termuda tapi dia juga menjadi mahasiswa tercerdas di sana. Uniknya, Alia jarang mencatat pelajaran yang diberikan. Ia hanya mendengarkan, dan menyerap pelajaran yang diberikan dosennya lewat mata dan pendengarannya saja. Kalaupun ada catatan pastinya yang penting-penting saja. Selebihnya ia hanya menyimak baik-baik penjelasan dosennya. Tapi hasilnya luar biasa, nilai-nilainya sangat cemerlang. Selalu Lapar Belajar Profesor Harold Metcalf, guru besar ilmu fisika yang juga mengajar Alia, hanya bisa terkagum-kagum pada kemampuan bocah gendut ini. “Sebenarnya saya sudah biasa melihat anak-anak cerdas di usia belia, misalnya 15-16 tahun, tapi bukan 10 tahun sepertinya. Kalau dia mengajukan pertanyaan, seperti bukan anak 10 tahun yang mengajukannya,” ungkap Metcalf. “Saya melihat Alia seperti orang yang selalu merasa lapar belajar, sehingga apapun dilahapnya. Bahkan materi-materi berat sanggup dipecahkan Alia dengan mudah. Alia adalah sosok anak impian semua orangtua. Ini memang sungguh luar biasa ajaib,” papar Metcalf yang sesungguhnya tak habis pikir dengan fenomena Alia ini. Untunglah Alia memiliki seorang ibu yang bijaksana dan memahami perkembangan anaknya. Julia tahu kalau Alia tumbuh luar biasa, dan tak ingin Alia kehilangan masa kanak-kanaknya juga ia tak ingin Alia menjadi anak yang a-sosial. Maka Julia pun mengkursuskan Alia pada sekolah musik, dia juga mendapat kesempatan bermain dengan anak-anak seusianya. Di satu sisi Alia tengah memecahkan rumus-rumusan rumit teori fisika, kimia, di sisi lain, terlihat Alia asyik bermain boneka bersama teman-temannya. Suatu pemandangan yang kontradiktif. Di sekolah musik itu, Alia mempelajari alat musik tiup klarinet. Ternyata di bidang ini pun prestasi Alia sungguh cemerlang, sehingga gurunya Ricardo Morales pun tak segan memasangnya dalam sebuah pagelaran besar opera orkestra. Pada usia 11 tahun ia telah tampil bersama The Rockland Symphony. Orang berpikir orang seperti Alia adalah a-sosial. Tapi Alia, tidak. “Kami telah melakukan segala sesuatu untuk mencegah hal itu terjadi. Karenanya Anda lihat sendiri, Alia bukan hanya memiliki teman seumurnya, dia juga mengikuti berbagai kursus yang intinya sebenarnya mengajarkan Alia bersosialisasi dengan teman-temannya. Memang pada awalnya Alia dipaksa melakukan itu (bersosialisasi), tapi lama kelamaan ia pun terbiasa bahkan menyukainya. Bagi kami tujuannya buka kemampuan Alia lulus dengan cepat, tapi bagaimana dia mendapat pendidikan seimbang,” papar Julia. Kejeniusan Alia memang mengundang decak kagum siapa saja. Di usianya yang ke-14 tahun ia menyelesaikan kuliahnya di Universitas Negeri Stony Brook, usia 15 tahun ia meraih Ph.D. dan 18 tahun menjadi profesor. Mau tahu berapa lama waktu yang dia butuhkan untuk menyelesaikan ujian sarjananya, hanya 15 menit. Wow! Subhanallah... Siapa profesor termuda dalam sejarah? Biasanya, orang pasti akan menjawab Colin Maclaurin, mahasiswa Issac Newton. Sebab, ia dinobatkan menjadi profesor pada usia 19 tahun. Namun, rekor yang telah bertahan 200 tahun lebih itu berhasil ditumbangkan oleh Alia Sabur. Ia menjadi profesor termuda dalam usia 19 tahun kurang tiga hari. Guiness Book of Record pun menobatkan dirinya sebagai guru besar termuda dalam sejarah. Wanita kelahiran New York, 22 Febuari 1989 ini, memiliki perjalanan masa studi yang menakjubkan. Alia langsung melompat ke universitas ketika ia kelas IV SD. Jika anak usia 14 tahun sedang duduk di kelas 3 SMP, Sabur sudah menyandang gelar BA dengan predikat summa cum laude dari Universitas Stony Brook, New York. Kemudian, Alia melanjutkan S2 dan S3 di Universitas Drexel. Alhasil, Alia mendapatkan gelar Master of Science dan PhD. Di sisi lain, selain supercerdas, ia juga hebat dalam memainkan musik, utamanya klarinet. Ia bahkan sudah bergabung bersama Rockland Symphony Orchestra pada usia sebelas tahun. Meski dianggap sangat hebat, Alia tetap rendah hati. Ia tak memilih pekerjaan atau profesi yang sebenarnya bisa membuatnya cepat kaya dan tenar. Ia justru memilih menjadi dosen. Kini, ia resmi menjadi dosen di Universitas Konkuk, Seoul, Korea Selatan. Menurut peraih sabuk hitam tae kwon do ini menjadi dosen merupakan bidang yang berbeda dari bidang lainnya. Dengan mengajar seseorang tidak hanya menunjukkan apa yang bisa dilakukan. Tapi, ia juga memampukan orang lain untuk membuat perbedaan. Inilah contoh dedikasi yang luar biasa di dunia pendidikan yang patut diteladani.

No comments: