Assalammualaikum!
"Harapkan pagar, pagar hempap padi."
"I love you, Sayang," kata-kata kekasih setelah lama berkenalan.
"i love you, Sayang," kata-kata pengantin baru di malam pertama. Apakah perasaan dan kata-kata "I love You, Sayang" akan hambar pada suatu hari nanti? Apakah akan terjadi apabila kata-kata keramat itu mati di antara dua insan?
Institusi keluarga hari ini tidak lagi berlandaskan kasih sayang. Perlakuan masyarakat hari ini sungguh menakutkan, hampir tiada siapa pun yang dapat kita percayai atau persandarkan harapan. Suami yang sepatutnya melindungi dan mengasihi isteri yang diamanahkan Allah kepadanya, sanggup membunuh isteri dengan kejam. Walaupun motif pembunuhan adalah cemburu atau kemungkinan isteri curang, wajarkah, hukumannya bunuh?
Jadilah masyarakat yang saling maaf-memaafkan, dan saling memahami perasaan orang di sekeliling kita. Bagaimanakah perasaan anak-anak jika ibu kesayangannya dibunuh oleh ayahnya sendiri? Dan bagaimanakah perasaan anak-anak yang menyaksikan peristiwa ayahnya digantung?
Bunuh isteri, tetak anak
Oleh Ravale Savarinathan
bhnews@bharian.com.my
TELUK INTAN: Seorang suami menetak isterinya sampai mati dan mencederakan seorang
daripada dua anak perempuannya sehingga parah termasuk putus dua jari kanan di Taman
Mawar, Langkap dekat sini, pagi semalam.
Bagaimanapun lelaki yang mengamuk itu ditembak mati polis jam 8.30 pagi selepas enggan
menyerah diri sebaliknya cuba menyerang anggota polis yang cuba mententeramkannya.
Khairul Bariah Mohamat Aaripin, 36, mati jam 5.15 pagi manakala anaknya, Najihah,
13, selain putus dua jari, cedera di kepala dan bahagian badan.
Mohammad Natri Saharuddin, 39, bekas pengawal keselamatan mempunyai rekod sakit mental
dikatakan mengamuk sejak jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata seorang
lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, tidak cedera.
Katanya, ketika polis tiba di tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung
bunyi bising dari rumah berkenaan, mendapati pintu rumah tertutup dan suara kanak-kanak
menangis sebelum lelaki itu keluar dan menjadikan kedua-dua anaknya tebusan dan menggugut
akan mencederakan mereka jika polis ataupun sesiapa mendekati rumahnya.
“Polis berusaha memujuk Mohammad Natri menyerah diri tetapi dia terus mengurung diri
di dalam rumah. Walaupun polis cuba menembak mangsa menggunakan senjata taser (renjatan
elektrik) tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.
“Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan apabila lelaki itu bertindak ganas dan
cuba menyerang dengan parang dan pisau. Dia mati di tempat kejadian," katanya di
sini semalam.
Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihah
turut dirawat di hospital sama.
Sementara itu, rakan sekerja Khairul Bariah, Ramlah Abdullah, 36, berkata mangsa
yang bekerja di pejabat kilang membuat plastik di Jalan Chui Chak pernah mengadu
mengenai suaminya yang sering melakukan kekacauan dalam rumah.
Ramlah yang tinggal berjiran berkata, mangsa juga pernah mengadu hidupnya tidak tenteram
kerana merasakan dirinya terumbang-ambing dan sentiasa dalam keadaan bersedih.
"Khairul Bariah datang ke rumah pada jam 4 pagi untuk bertemu namun dia pulang semula
ke rumahnya selepas suami saya memberitahu saya tidur," katanya.
Jiran keluarga itu, A Tamarai pula berkata, dia terdengar orang bergaduh dari rumah
berkenaan pada awal pagi tetapi tidak mengendahkannya kerana ia perkara biasa sejak
berpindah ke taman itu dua tahun lalu.
“Namun hari ini (semalam) saya terdengar bunyi pelik dari rumah itu dan terdengar
seolah-olah suara Khairul Bariah dalam ketakutan dan meminta suaminya tidak melakukan
perkara buruk terhadap dirinya dan anak-anak dan berterusan dalam tempoh lama sebelum
suara dia terus senyap.
"Saya tidak dapat tidur sehingga jam 5.30 pagi dan apabila keluar rumah kira-kira
jam 8.30 pagi saya lihat ada anggota polis di depan dan belakang rumah dalam keadaan
terhendap-hendap. Saya terkejut apabila mendapati wanita yang tinggal berjiran dengan
saya mati dibunuh manakala suaminya pula ditembak polis,” katanya.
Suami bunuh isteri disyaki curang
ABU DHABI: Seorang wanita dilapor ditikam oleh suaminya dan mungkin menjadi mangsa
pembunuhan menebus maruah.
Menurut laporan polis, kejadian berlaku di apartmen keluarga itu di Shabiya Khalifa,
daerah Musaffah pada 27 Jun lalu, membabitkan seorang lelaki Sudan.
Lelaki berusia 50 tahun itu adalah suami kedua mangsa yang dikenali sebagai IAA,
35.
Pembunuhan itu sungguh kejam. Wanita berkenaan cedera di leher dan seluruh anggota
badan. Dia ditikam berulang kali, kata seorang anggota polis yang enggan dikenali.
Si suami yang ditahan sejurus selepas kejadian berkata dalam satu kenyataan kepada
polis, dia mengesyaki isterinya curang.
29/11
Motif pembunuhan kelihatan seperti menebus maruah.
Tidak ada usaha dilakukan untuk menyembunyikan mayat. Kejadian seperti ini jarang
berlaku di UAE, kata pegawai berkenaan.
Lelaki itu, dalam kenyataannya juga berkata, dua hari sebelum kejadian, isterinya
pergi ke Sharjah.
Dia juga ke Sharjah dan menelefon isterinya untuk memberitahu di mana dia supaya
mereka dapat bertemu.
Si isteri menjawab bahawa dia di Ajman.
Apabila suaminya meminta untuk bertemu dengannya di Ajman, isterinya menolak dan
enggan menjawab telefon lagi.
Dia kemudian pulang ke rumah mereka di Abu Dhabi, tempat pembunuhan itu berlaku.
– Agensi
Suami cemburu bunuh isteri
KUANTAN – Gara-gara cemburu mengesyaki isteri mempunyai kekasih, seorang lelaki bertindak
liar dengan memijak dan menghentak kepala isterinya ke lantai sehingga mangsa menemui
ajal.
Kejadian tragis pada pukul 5 petang di rumah bernombor 247, Blok G, Ladang Selborne,
Kampung Padang Tengku, Kuala Lipis dekat sini kelmarin disaksikan oleh anak pasangan
itu yang berusia 12 tahun.
Mangsa Rosmawati Abd. Rahman, 39, didakwa mula dibelasah oleh suaminya selepas anak
pasangan itu mengadu kepada suspek bahawa ibunya berbual dengan lelaki lain di telefon.
29/11
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, sebaik mendengar
aduan anaknya itu, suspek terus naik angin dan membelasah mangsa bertubi-tubi.
“Suspek kemudian bertindak agresif dengan menolak mangsa sehingga terjatuh.
“Tidak cukup dengan itu, suspek kemudian memijak perut, dada dan paha isterinya.
“Suspek kemudian mencekik mangsa dan menghentak kepala mangsa ke lantai,” kata beliau
ketika dihubungi di sini semalam.
kredit : kosmo.com.my
Pengurus syarikat didakwa bunuh isteri
Seorang pengurus syarikat swasta hari ini didakwa di Mahkamah Majistet Ampang atas
tuduhan membunuh isterinya akhir tahun lalu.
Mohafri Mohamed, 37, didakwa melakukan kesalahan itu ke atas Fazlina Ahmad, 38, di
rumah nombor 70, Jalan Pinggiran 2, Taman Pinggiran Ukay, di ibunegara pada 30 Disember
2009 antara pukul 5 pagi hingga 10.30 pagi.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mohafri yang kelihatan tenang di kandang tertuduh
hanya mengangguk, menandakan faham terhadap tuduhan ke atasnya.
Majistret Wan Karimah Wan Md Ab Ghani menetapkan 19 Februari untuk sebutan bagi mendapatkan
laporan kimia dan bedah siasat.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Dalia Ali manakala Mohafri diwakili
peguam Zainal Ithnin.
Pada 30 Disember lepas, mayat Fazlina ditemui dalam almari bilik tidur utama di rumah
tersebut dalam keadaan berbungkus dengan selimut.
Sementara mulut dan hidung ibu kepada dua cahaya mata itu ditampal dengan pita pelekat
dan laporan bedah siasat mengesahkan wanita tersebut mati akibat lemas.
- Bernama
Play Boy Bunuh Isteri ke 9, Cemburu Punya PIL
Selasa, 10 Agustus 2010 08:56
berita2.com (Pekanbaru):
Ternyata pria play boy bisa juga cemburu. Rasa cemburunya diikuti dengan tindakan
kekerasan, menganiaya isteri ke sembilannya sampai meninggal. Lalu iapun bunuh diri.
Kisah play boy cemburu lalu bunuh diri itu terjadi pada Senin (9/8/2010) di di Desa
Pematang Tinggi, Kecamatan Krumutan, Kabupaten Pelalawan, Riau. Keterangan Kapolres,
sebelum meninggal, keduanya sempat bertengkar hebat.
“Istrinya tewas karena hantaman balok, sedangkan sang suami, Darmo ditemukan tergantung
di pohon sawit dekat rumahnya,” kata Kapolres Pelalawan AKBP Ari Rahman Nafarin.
Kejadian yang menghilangkan nyawa pasangan itu bermula saat Dasti baru saja pulang
dari rumah orangtuanya. Dia lantas ditegur Darmo karena curiga istrinya sering pergi
dan menduga karena ada pria idaman lain (PIL).
Dasti yang merupakan istri kesembilan Darmo menjawab seperlunya dan berjalan menuju
kamar mandi. Merasa dicuekin, pria berbadan tegap ini mengejar istrinya ke kamar
mandi. Di sinilah pertengkaran hebat terjadi. Karena kesal, Darmo pun mengambil
sepotong balok lalu menghantamkannya ke kepala korban. Terkena hantaman benda tumpul,
Dasti pun terkapar berlumuran darah.
Menurut keterangan salah seorang saksi mata, Ari, setelah melihat istrinya sudah
tidak bernyawa, Darmo kalut lantas mengambil seutas tali plastik dan berlari ke belakang
rumah. Di sanalah dia mengakhiri hidupnya.
“Keduanya ditemukan oleh anak mereka yakni Wowo. Selain itu kita juga menemukan secarik
kertas dari Darmo yang intinya peristiwa ini terjadi karena dia cemburu dengan istrinya,”.