Assalammualaikum!
Rumahku, syurgaku. Rumah untuk kita bermesra di samping yang tersayang dalam keadaan aman dan tenteram. Bagi akak yang OKU penglihatan, aman dan tenteram bererti memadai dapat berseronok dan tenang di samping famili tersayang. Tapi, banyak kebanykkan orang, suasana damai, aaman itu didatangkan oleh rasa keindahan tatahias dalaman rumah kediaman. Itulah yang membezakan keunikkan sesebuah rumah. Namun begitu, Akak tidak mampu melakukan itu semua untuk rumah kami, takut terlalu berlebihan sehingga menimbulkan kelucuan kepada semua mata tetamu yang memandang. Untuk mengelakkan sebarang ketidaksesuaian, akak memilih jalan mudahiaitu: "’biasa saja’, memadai berlangsir, untuk melindungi kebocoran aktiviti di dalam rumah. Tapi bagi adik-adik di luar sana, jom kita praktikkan apa yang disarankan oleh juruhias ini.
GAYA EKSKLUSIF...padanan serasi fabrik dan aksesori hiasan mencipta titik fokal ruang.
PENGGAYAAN tingkap dan pintu yang menarik sering dikaitkan dengan pilihan langsir terbaik sebagai pelengkap dan menyerlahkan penampilan segenap penjuru ruang.
Kini klasik baru, moden kontemporari, kesederhanaan natural dan ‘cozy country’ antara pilihan konsep penataan popular yang kian digemari kebanyakan pemilik kediaman.
-
IMPAK TERSENDIRI...manfaat ruang dan kesesuaian langsir diadun bersama.
-
UBAH SUASANA...inspirasi selesa untuk ruang tidur.
-
RINGKAS TAPI UNIK...gaya kesederhanaan natural visual baru ruang anda.
-
PADUAN...kombinasi sesuai ubah penampilan bilik.
-
IDEA TERBAIK...segenap ruang perlu perincian kemasan langsir dan aksesori hiasan menarik.
-
ILHAM KREATIF...reka letak dan pilihan fabrik cetuskan suasana luar biasa.
-
PERLU YAKIN...kombinasi berbeza tentunya melakar keunikan ruang.
-
SENTUHAN TERBARU...gaya klasik baru dengan idea berbeza.
-
JALINAN IDEA...ruang makan tampil dengan suasana baru.
Gaya klasik baru dilihat berinspirasikan klasik terdahulu dengan sedikit sentuhan minimalis yang unik.
Sememangnya kemasan langsir dengan garapan idea klasik baru itu sebenarnya dikatakan memberikan penataan terkini yang secara tidak langsung mendefinisikan kembali keanggunan, kemewahan dan penataan diidamkan.
Sementara konsep moden kontemporari pula tampil dengan kombinasi bijak dan bergaya penuh kelainan selari dengan cita rasa generasi hari ini.
Situasi itu banyak membezakan konsep ini dengan minimalis kerana lebih tertumpu pada penggunaan warna dan motif.
Padanan warna kontras dan berani, penggunaan motif moden dan kesan tekstur menakjubkan untuk ruang pilihan.
Sekali gus ia kelihatan unik melambangkan keperibadian dan karakter pemilik atau penghuni.
Konsep kesederhanaan natural pula lebih selesa dengan kombinasi minimalis dan semangat yang ada dalam penataan zen.
Dunia moden hari ini menyaksikan kebanyakan pemilik kediaman mengimpikan suasana kediaman yang lebih sederhana dan ringkas, tetapi bermanfaat sepenuhnya supaya kehidupan lebih terancang.
Konsep berkenaan antara pilihan penataan yang tepat dalam menzahirkan gaya hidup menarik dan kurang membebankan.
‘Cozy country’ pula lebih sempurna dengan dimensi baru yang menggambarkan keunikan alam, kesederhanaan dan nilai estetika tersendiri.
Koordinasi motif bunga-bungaan, tenunan dan polos membuatkan penataan ruang kediaman anda kelihatan penuh seni ‘cozy country’ selain menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepada tetamu.
PENGGAYAAN langsir antara idea dekorasi yang sering diberi tumpuan utama kerana ia antara elemen terpenting.
Kepelbagaian fabrik, corak dan warna langsir yang ada di pasaran memberi pilihan kepada pemilik kediaman untuk menzahirkan penataan bersesuaian.
Kini, langsir yang didatangkan dengan corak bunga-bungaan tidak kurang hebatnya dalam menyerlahkan kelainan pada ruang.
Apatah lagi ia mudah disesuaikan dengan pelbagai konsep dekorasi, moden kontemporari hingga suai padan.
Semuanya terpulang kepada kreativiti pemilik sendiri untuk memilih corak terbaik asal tidak lari dari tema atau konsep penggayaan.
Ada juga yang berani mencuba dekorasi di luar kebiasaan dengan menggabungkan fabrik dan corak bunga-bungaan berbeza bagi menghasilkan kemasan langsir terbaik.
Kepelbagaian jenis langsir termasuk Roman blind, eyelet, Australian blind dan pleet menyerlahkan tata hias terbaik ruang kediaman.
Menariknya, ia sesuai digayakan menerusi pilihan fabrik bercorak bunga-bungaan pilihan anda.
Roman blinds antara langsir paling popular penggunaannya dan biasanya sesuai untuk semua ruang kediaman kerana reka bentuknya yang kemas, praktikal serta mudah diselarikan dengan perabot atau aksesori hiasan dalaman lain.
Langsir itu boleh digabungkan dengan fabrik nipis (sheer) atau fabrik tebal jika ingin sentuhan lebih menyerlah.
Bagi langsir jenis eyelet, biasanya rod kayu menjadi bahan utama menggantung langsirnya selain tidak menggunakan cangkuk.
Langsir berkenaan diketengahkan melalui kombinasi langsir siang sementara jenis fabrik yang sesuai termasuk kapas dan sheer.
Langsir jenis Australian blind sesuai untuk konsep Inggeris dan keistimewaan lainnya ialah boleh diturunkan dan dinaikkan.
Pleat pula jenis langsir yang tidak menggunakan cangkuk kerana tempat menggantungnya direka khas dan dipasang pelekat.
Anda yang gemarkan penataan gaya kedesaan Inggeris pastinya menjadikan kemasan langsir corak bunga-bungaan antara elemen hiasan wajib.
Malah corak daun yang sinonim dengan warna hijau pula turut digemari kerana mempunyai tarikan dan mengilhamkan ketenangan semula jadi.
Lantaran kombinasi warna juga sering menjadi penentu sama ada kemasan langsir itu menarik atau sebaliknya.
Bagi anda yang bercadang menukar langsir baru kerana saban tahun ia ditukar dengan reka bentuk berbeza bersama kehadiran aksesori pelengkap langsir yang secara langsung menambah seni visual kediaman anda.
Paling tidak anda boleh menyerikan kemasan langsir sedia ada dengan aksesori indah sebagai pelengkap pintu dan tingkap kediaman.
Ia juga diketengahkan mengikut cita rasa pemilik kediaman itu sendiri selain sesuai dengan perkembangan masa kini dunia hiasan dalaman.
Antara aksesori langsir lain yang popular ialah rod langsir yang diperbuat daripada kayu, `metal pole’ dan rod biasa.
Sementara ‘tie back’ atau pengikat tepi langsir dan cekak langsir bagaikan aksesori wajib khususnya untuk pembentukan langsir, membenarkan kemasukan cahaya dari luar dan menampakkan langsir siang.
No comments:
Post a Comment