Assalammualaikum!
Apa saja ciptaan tuhan, tentu sekali ada gunanya. Siapa sangka, najis manusia pun boleh dipelbagaikan. Ya Allah, jauhkan aku dari produk2 bukan2 seperti ini.
Pengilang tandas Jepun iaitu TOTO telah mencipta motosikal mesra alam, yang dilengkapi dengan tandas yang luar biasa yang menukarkan sisa buangan manusia kepada bahan api bio untuk menghidupkan enjin motosikal.
Projek yang dikenali sebagai Toilet Bike Neo ini, adalah sebahagian daripada inisiatif Cabaran Hijau Toto untuk menggalakkan matlamat-matlamat firma mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau.
Ada yang kata geli membayangkan kita bawa najis @ tahi dalam mangkuk tandas atas motosikal itu. Tetapi adakah anda sudah cukup imaginasi? Mungkin tertinggal sedikit lagi imaginasi, kerana hakikatnya, setiap hari anda membawa tahi dalam perut anda, tidakkah anda geli? :P
Bagaimana bau asapnya ya? Anda boleh cuba hidu sendiri untuk mengetahuinya .......
Jika kita pandang dasar ke timur iaitu negara Jepun. Pastinya kita akan mengagumi ciptaan teknologi yang terdapat di negara tersebut. Walaupun ciptaan mereka itu pada mulanya tidak boleh diterima akal, akan tetapi kita terpaksa juga menerimanya atas alasan kita melihat bukti ciptaan mereka.
Tidak kecuali, sebuah motosikal yang dinamakan Toilet Bike Neo, ataupun motosikal tandas, telah mencetuskan fenomena terbaru dalam dunia permotoran, dimana najis manusia digunakan sebagai sumber kuasa untuk mengerakkan motosikal tersebut. Pada mulanya berasa kelakar, kerana sisa buangan manusia juga boleh dimanfaat’kan.
Motosikal beroda tiga ini telah dicipta oleh sebuah badan firma yang dikenali sebagai TOTO, di Tokyo, Penciptaan ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun disana. Disamping itu juga motosikal ini dilengkapi tempat duduk mangkuk tandas dan dalam pada masa yang sama ianya boleh memproses najis.
3.139003 101.686855
Info - Perfume Dari Najis Manusia
Jika sebelum ini, Lady Gaga akan menghasilkan variasi perfume dari Sperma dan darah,Salah seorang artis ini juga akan mengeluarkan variasi perfume atau minyak wangi yang dihasilkan dari najis manusia,
Jammie Nicholas,seorang artis inggeris telah mengeskpresikan dirinya dengan membuat Perfume dari najisnya sendiri.wangian yang berjenis eau de toillet itu berjenama 'Surplus'. Jammie mendapatkan idea dalam pembuatan perfume yang gila ini, ketika dia membaca sebuah buku, 'The History of Shit'.
Saya membaca sebuah buku karya penulis Perancis, Dominique Laporte yang berjudul 'The History of Shit', yang menganalisa implikasi teoritis dan sosial dari kotoran yang dapat dijadikan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik," jelas Jammie
'Surplus' dijual seharaga US$ 80 namun pengeluaran perfume ini adalah terhad. pada masa kini hanya 80 buah dihasilkan dan 25 buah telah dijual.
Nampak macam best je daging burger dalam gambar tu kan? Tapi sanggupkah anda memakan daging burger yang sebenarnya dibuat dari 'najis manusia' itu?
Seorang saintis Jepun telah mencipta 'daging' burger yang diperbuat daripada najis manusia. Boleh dipanggil dengan nama 'Burger tahik'.
Mitsuyuki Ikeda, penyelidik dari Makmal Okayama, tampil dengan pendekatan baru selepas Tokyo Sewage (Kumbahan Tokyo) memintanya untuk mencipta sesuatu dengan menggunakan sisa buangan bandar tersebut.
Encik Ikeda mendapati bahawa najis yang memenuhi sistem penuh sesak dengan protein kerana semua bakteria.
Pasukan penyelidikannya yang mengekstrakkan protein untuk membuat stik buatan, yang bertukar menjadi warna merah dengan pewarna makanan dan berperisa soya.
Dalam video YouTube baru-baru ini beliau menjelaskan: "Kami menambah reaksi penambah dan memasukkannya ke dalam bahan letupan bagi menghasilkan daging buatan."
Ia terdiri daripada 63 peratus protein, 25 peratus karbohidrat, tiga peratus lipid dan sembilan peratus mineral.
'Daging' ini kini 10 hingga 20 kali lebih mahal dari burger daging lembu purata anda disebabkan kos penyelidikannya, namun Profesor Ikeda berharap untuk merendahkan harganya nanti.
No comments:
Post a Comment