Pantaulai Aku Dengan Emailmu:

Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Jika langit di duniamu runtuh, berhijrahlah ke duniaku.

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Pelangi! Kau ciptaan Allah yang sungguh istimewa.

Terimalah madah pujangga dari: Michael Jordan Quotes

There was an error in this gadget

Apakah yang anda cari?

Loading...

Friday, June 18, 2010

Anak Durhaka Kerana Sayangkan Isteri.

Anak Derhaka kerana Isteri tercinta...


-Diceritakan oleh Ustaz Mohamad Din Yusoh
Utas Travel and Tours Sdn.Bhd.

Beberapa hari selepas kami berada di Mekah, saya mula terdengar
cerita-cerita
daripada jemaah yang saya bawa tentang hubungan dingin antara seorang ibu
dengan
anak lelaki dan menantunya. Si ibu berusia 60-an sementara anak dan
menantunya
akhir 30-an. Mereka bertiga ialah antara beberapa ratus jemaah yang saya
bawa
untuk mengerjakan haji beberapa tahun lalu.
Saya diberitahu, hubungan dingin itu sebenarnya bermula sejak di Malaysia
lagi
kerana wanita berkenaan kurang senang dengan perangai menantunya yang
sombong
dan mengongkong suami. Kerana hidup dalam kemewahan, menantunya itu tidak
menghormati wanita berkenaan selayaknya sebagai mentua, apatah lagi seperti
ibunya sendiri.
Seperkara lain yang wanita itu benar-benar kecewa ialah biarpun anaknya itu
ahli
perniagaan berjaya, tetapi apabila berhadapan dengan isteri, dia jarang
membantah, apa lagi mengangkat suara. Apa sahaja kehendak isteri diturutkan
walaupun kadangkala menyinggung perasaan ibu dan keluarganya.
Walaupun telah bertahun-tahun mendirikan rumahtangga, wanita tersebut kesal
kerana anak dan menantunya itu amat jarang balik ke kampung. Apatah lagi
hendak
tidur disana. Kalau singgah pun menantunya tidak mahu berada lama di
rumahnya.
Pelbagai alasan diberi supaya mereka cepat berangkat pulang.
Si ibu tadi telah menasihatkan anaknya supaya menegur sikap buruk isterinya
itu,
tetapi ia seperti tidak dilayan. Menantunya terus bongkak dan sombong. Si
ibu
juga mengingatkan anaknya jangan terlalu menurut kehendak isteri, namun dari
sehari ker sehari, anaknya itu tetap mengikut telunjuk isterinya.
Saya dimaklumkan juga, wanita tersebut berkecil hati kerana menantunya tidak
senang dengan kehadirannya di Mekah. Kalau boleh dia mahu pergi ke tanah
suci
bersama suaminya sahaja tetapi kerana lelaki berkenaan berkeras juga hendak
membawa ibunya sekali, dia terpaksa mengalah, namun dengan bibir yang
memuncung
panjang dan kata-kata sinis serta sindiran tajam. Kerana itulah sejak sampai
ke
Madinah dan Mekah hubungan dingin itu menjadi semakin parah.
Oleh kerana mereka tinggal sebilik, si anak dapat melihat sendiri di depan
matanya hubungan buruk antara ibu dengan isterinya. Pada mulanya dia tidak
mengendahkan sangat kerana kedua-duanya orang yang dia sayang. Tambahan pula
dialah yang membayar semua perbelanjaan mereka bertiga untuk ke Mekah.
Tetapi semakin hari perselisihan faham itu bertambah parah. Hubungan ibu
lelaki
tadi dengan isterinya semakin buruk. Bukan sekali mereka bertegang leher. Si
ibu
yang telah agak lanjut usianya, pastilah hendak supaya sentiasa dilayan hati
dan
perasaannya. Tetapi menantunya pula sombong dan panas baran. Dia tidak suka
melayan kehendak mentuanya itu yang baginya cerewet.
Akibat perselisihan faham, mereka tidak menegur sapa dan si ibu pula enggan
memakan makanan yang dimasak oleh menantunya itu. Ini menyebabkan si anak
tadi
terpaksa membeli makanan diluar untuk ibunya.
"Macam mana isteri kau nih Man. Emak pun tak dihormatnya. Emak minta tolong
sikit dia membebel. Emak nak itu dia tak layan, nak ini, dia tak peduli,
"rungut
si ibu kepada anaknya.
"Abang tengok-tengoklah sikit emak abang tu. Cerewet, nak itulah, nak
inilah,
macam-macam. Saya dah cakap jangan bawa abang nak bawa juga. Hah...sekarang
macam mana?" kata si menantu pula dengan suara yang kasar.
Kedua-duanya memberikan alasan masing-masing hingga si anak berasa amat
tertekan. Hendak dimenangkan ibunya, khuatir isteri bermasam muka. Hendak
dimenangkan isteri, khuatir ibunya pula terasa hati. Jadi sedaya yang boleh
dia
cuba memekakkan telinga dan membutakan mata daripada pertelingkahan itu.
Perbalahan mereka tiga beranak terbawa-bawa keluar. Apabila berjalan, duduk
di
meja makan atau bersiar-siar, masing-masing membawa arah sendiri. Akhirnya
masalah itu dihidu oleh jemaah-jemaah lain. Mereka mula menjadi perhatian.
Begitu juga saya. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang mereka.
Selepas lama berselisih faham, si anak sedikit demi sedikit menyebelahi
isterinya. Bagi lelaki itu, ibunya yang bersalah kerana terlalu banyak
meminta,
cerewet dan terlalu ambil hati.
"Orang tua, macam tulah yang," kata lelaki itu memujuk isterinya.
Suatu hari, si ibu memanggil anaknya. "Man, boleh tak kau belikan sejadah
untuk
emak? Di kedai bawah tu aja, "katanya. "Emak nak berapa?" soal anaknya.
"Dalam
10 helai." "Eh, nak buat apa banyak-banyak?" soal si anak lagi.
"Alaaah....nak
buat kenangan, lebih tuh nak kasi pada kawan-kawan dan orang kampung. Dapat
juga
pahala, kau pun dapat pahala sama," kata si ibu dengan tersenyum.
Mendengar permintaan mentuanya itu, isteri si anak menarik muka masam.
Matanya
merenung tajam wajah suaminya sebagai isyarat "jangan layan!" Kemudian
mukanya
ditoleh ke arah lain. Ekoran itu, si anak yang pada mulanya mahu menuruti
permintaan ibunya, kembali ke tempat duduk.
"Tak bolehlah mak. Saya penatlah. Nantilah bila nak balik nanti saya
belikan,"
jawab si anak.
Tetapi kata-kata itu menyebabkan ibunya berkecil hati. Dia kecewa anak
kesayangannya itu sanggup mengetepikan permintaannya, sebaliknya menurut
saja
apa kata isteri.Lantas dia berkata,"Kau nih Man,emak nak benda tu pun tak
boleh
beri. Tapi kalau orang rumah kau, dah sampai penuh begnya pun kau nak
belikan
barang lagi. Emak ni kau belikan sedikit aja. Sampai hati kau Man."
Sepatutnya kata-kata ibu tadi diterima dengan keinsafan tetapi tanpa
disangka
anaknya naik berang.Dengan meninggikan suara, dia memarahi ibunya.
"Emak ni! Apa mak nak buat dengan barang-barang tu? Mak kan dah tua, buat
apa
nak beli itu beli ni. Isteri saya adalah sebab saya beri macam-macam, sampai
penuh beg. Saya ada anak. Saya nak belikan barang-barang untuk anak kami
juga!"
katanya dengan muka masam mencuka. Dadanya turun naik menahan marah.
Isterinya
pula tersenyum puas.
Si ibu terkejut, lantas berkata, "Sampai hati kau cakap macam tu dengan
emak.
Aku ni emak kau, tak boleh kau tengking herdik. Kalau sayang bini pun
janganlah
sampai emak sendiri engkau ketepikan, engkau marah-marah, "katanya dengan
kecewa.
Si anak bertambah berang. "Emak tu dah tua,buatlah cara tua! Jangan nak
minta
itu minta ini!"
Ibunya makin terkilan.Hatinya begitu hancur apabila anak yang dipeliharanya
sejak kecil dengan penuh kasih sayang sanggup mengherdiknya sebegitu rupa.
Tindakan anaknya yang sudah melampau itu menyebabkan si ibu marah.
Sambil merenung tajam wajah anaknya, si ibu berkata, "Man, Aku ni emak kau
tau.
Aku yang lahirkan engkau. Bila masa isteri engkau beranakkan kau? Bila masa
dia
besarkan kau?
"Ingat Man, emaklah yang susah payah jaga kau, cari duit nak besarkan kau,
hantar ke sekolah sampai kau berjaya sekarang. Tapi bila dah berjaya kau
buat
emak macam ni. Isteri kau lebihkan daripada emak kau sendiri. Dengan isteri
kau
cakap dengan baik tapi emak kau sendiri kau tengking-tengkingkan."
Dan dengan suara tegas si ibu tadi menyambung, "Kalau beginilah sikap engkau
Man, mulai hari ini emak haramkan susu emak yang dulunya kau minum!"
Takdir Allah, serentak dengan kata-kata si ibu tadi,anaknya terus jatuh
terjelepok ke lantai. Bagai panahan petir, kata-kata tersebut seolah-olah
"membunuh" si anak tadi serta-merta. Begitu cepat balasan Allah kepada
hamba-Nya. Tanpa menoleh kepada anaknya yang terbaring di lantai, si ibu
tadi
bergegas keluar dari biliknya. Sambil berjalan dia mengesat air matanya yang
menitis dengan lengan bajunya. Dia tidak menoleh ke belakang lagi. Sementara
itu
si anak pula terkulai dengan mata terkebil-kebil. Badannya longlai dan
lembik.
Isterinya pula menangis tersedu-sedu.
Sejak itu kesihatan si anak mula terganggu. Badannya seperti sedang sakit,
namun
apabila diperiksa, doktor gagal mengesan apa puncanya. Bagaimanapun, bala
yang
menimpanya itu masih gagal menyedarkan si anak tadi. Dia dan isterinya tetap
enggan bertegur sapa dengan ibunya. Apa yang telah menimpanya langsung tidak
diambil iktibar. Bagi lelaki berkenaan, apa yang berlaku bukanlah balasan
Allah
dan tubuhnya tidak sihat juga bukan satu petunjuk daripada Allah tentang
kesilapannya. Ia cuma kebetulan.
Tinggallah si ibu tadi memendam perasaan kesal dan kecewa. Biarpun duduk
sebilik
dia diasingkan oleh anak dan menantunya sendiri. Makanan dan minuman
terpaksa
dia pergi membelinya di luar. Di bilik, dan apabila berada di luar dia lebih
banyak termenung dan menangis. Jika jemaah lain bertanya mengapa, atau di
mana
anak dan menantunya, wanita tersebut tidak menjawab. Sebaliknya terus
menangis
dan menangis.
Anak yang derhaka tidak akan terlepas daripada balasan Allah. Kesihatan si
anak
tadi semakin buruk. Badan dan kakinya lemah hingga dia tidak terdaya untuk
berdiri sendiri. Akibatnya si anak itu terpaksa dipapah dan diusung semasa
wukuf, sai, melontar jamrah, tawaf dan sebagainya. Badannya benar-benar
lemah
untuk melakukan ibadah-ibadah tersebut.
Sementara itu, kerana tidak ada lagi tempat bergantung, si ibu tadi
menunaikan
haji bersama-sama kami, dengan bantuan dan pertolongan kami, bukan oleh anak
dan
menantunya. Masing-masing menjauhkan diri dan tidak bertegur sapa
seolah-olah
tidak kenal antara satu sama lain. Suatu hari saya menemui wanita tersebut.
"Mak aji...sudahlah tu. Maafkanlah anak makcik tu. Yang lepas tu lepaslah,
dia
dah terima balasannya,"kata saya.
Wanita itu cuma mendiamkan diri. Dia menangis dan mengesat air matanya yang
gugur. Saya terus juga menasihatkannya, tapi seperti tadi, wanita itu
langsung
tidak mahu menjawab barang sepatah pun. Dia sebaliknya cuma menangis. Dari
raut
wajahnya ternyata dia benar-benar kesal dengan sikap anak dan menantunya
hingga
dia tidak sanggup lagi bercakap tentang mereka.
Selepas itu saya menemui anaknya pula.Lelaki berkenaan seolah-olah
terpinga-pinga dan tidak tahu apa yang telah berlaku dan apa yang sepatutnya
dibuat untuk menyelesaikan masalah tersebut.Isterinya pula cuma mencebikkan
bibir bila saya sebut nama mentuanya.
Begitulah keadaan mereka hingga selesai musim haji dan seterusnya kembali ke
tanah air. Sejak itu saya tidak menghubungi mereka lagi. Khabar yang saya
terima
memang mengejutkan. Saya diberitahu, sejak pulang ke tanah air si anak tadi
sakit terus-menerus. Penyakitnya agak kronik dan gagal diubati doktor.
Namun dalam tempoh itu hubungan mereka tiga beranak tetap tidak berubah.
Anak
yang telah mendapat balasan Allah juga masih tidak insaf dengan
kesilapannya.
Ibu pula yang telah terkilan dengan sikap anaknya, tetap enggan
memaafkannya.
Sejak kembali dari Mekah,mereka langsung tidak mengunjungi antara satu sama
lain.
Berita terakhir saya terima ialah lelaki terbabit telah meninggal dunia
selepas
menderita sakit selama 10 tahun.
"TUHANMU TELAH MEMERINTAHKAN HENDAKLAH KAMU TIDAK BERBAKTI KECUALI
KEPADA-NYA
DAN BERBUAT BAIK KEPADA ORANG TUA, JIKA SALAH SATU ANTARA MEREKA ATAU
KEDUA-DUANYA SUDAH SAMPAI UMUR TUA DAN BERADA DALAM PEMELIHARANMU, MAKA
JANGANLAH KAMU KATAKAN KEPADA MEREKA ITU KATA-KATA "AH", DAN JANGAN KAMU
BENTAK
MEREKA TETAPI KATAKANLAH KEPADA MEREKA BERDUA KATA-KATA MULIA. DAN
RENDAHKANLAH
TERHADAP MEREKA BERDUA SAYAP KERENDAHAN KERANA KASIH, DAN DOAKANLAH KEPADA
TUHANMU: BERILAH RAHMAT KEPADA MEREKA ITU SEBAGAIMANA MEREKA TELAH
MEMELIHARAKU
PADA WAKTU AKU MASIH KECIL."
[Surah al-Israa' 7:23-24.]
Diriwayatkan oleh Hakim, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
"SEMUA DOSA AKAN DITANGGUHKAN OLEH ALLAH SAMPAI HARI KIAMAT NANTI APA SAHAJA
YANG DIA KEHENDAKI KECUALI DERHAKA KEPADA ORANG TUA, MAKA SESUNGGUHNYA ALLAH
AKAN MENYEGERAKAN KEPADA PELAKUNYA DALAM HIDUPNYA SEBELUM MENINGGAL DUNIA."

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**

No comments: