Alkisah pada suatu masa dahulu, ada seorang Penebang Pokok yang bekerja dengan seorang taukeh kayu balak. Gaji yang ditawarkan sungguh lumayan.
Oleh kerana pada masa itu belum ada gergaji mesin, Penebang Pokok itu hanya dibekalkan dengan sebuah kapak untuk menjalankan kerjanya. Hari pertama bekerja, dia berjaya menebang 18 batang pokok besar. Majikannya sangat berpuas hati dan berkata, “Bagus, bekerjalah seperti itu lagi.”
Sangat bermotivasi oleh pujian itu, keesokan harinya dia bekerja lebih kuat lagi. Tetapi dia hanya dapat menebang 15 batang pokok sahaja. Hari ketiganya pula, dia bekerja dengan lebih kuat lagi, namun hanya 10 batang pokok berjaya ditebangnya. Hari-hari berikutnya, bilangan pokok yang berjaya ditebang semakin berkurangan. “Aku mungkin telah kehilangan kekuatanku.” Fikir Penebang Pokok itu.
Dia menemui majikannya dan meminta maaf, sambil mengatakan yang dia sendiri tidak faham mengapa perkara itu terjadi.
“Bilakah kali terakhir kau mengasah kapak?” Majikannya bertanya.
“”Mengasah kapak? saya tidak ada masa untuk mengasah kapak. Saya sentiasa sibuk mengapak pokok-pokok yang disuruh,” katanya.
Samada kita sedar ataupun tidak, sebenarnya kehidupan kita ini samalah ibaratnya seperti kisah itu tadi. Seringkali kita sangat sibuk sehinggakan tidak ada masa untuk mengasah kapak.
Kita tidak seharusnya terlalu sibuk sehingga mengabaikan hal-hal yang sebenarnya penting dalam hidup seperti kehidupan peribadi (keluarga dan diri sendiri), menyediakan waktu untuk menuntut ilmu, waktu untuk bersosial di kalangan teman-teman dan jiran tetangga, membaca dan sebagainya.
Dalam apa bidang pekerjaan sekalipun, menuntut ilmu merupakan cara terbaik untuk mengasah kapak agar kita menjadi lebih mahir dan dapat menggunakan cara baru., idea baru, pemikiran baru, umpama kapak yang lebih tajam.
Thursday, February 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment