gaza-strip
Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman dan ianya terjadi
dalam bulan Januari lalu.
Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gaza tersebar ke seantero
dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidih pedih. Lebih banyak yang terasa sayu
dan terharu apabila kanak-kanak kecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan
darah membasah bumi tanpa henti.
Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuan tua yang hidup
miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama seperti orang lain, dia juga turut
sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.
Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantu sekadar mampu. Kebetulan
, ‘harta’ yang dia ada hanyalah seekor lembu tua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak
bermaya.
Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajat menyedekahkan
lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kaki dari rumah pergi ke salah sebuah
masjid di Yaman sambil memegang lembu tunggal kesayangannya itu.
Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekarangan masjid untuk
melaksanakan ibadat tersebut.
Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihat gelagat perempuan
tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisi luar masjid. Ada yang mengangguk,
ada yang menggeleng kepala. Tanpa kecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga
melihat perempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.
Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imam namun sesekali
memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembu itu masih di situ tanpa ada
cebis rasa malu atau segan diraut wajah.
Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan, biar dibakar
terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka, perempuan dan lembu tua itu
masih lagi di situ.
Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tiba perempuan itu dengan
tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul di depan pintu masjid sambil menanti
dengan penuh sabar tanpa mempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak
dan perasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.
Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :” Wahai imam, aku
telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorang yang miskin tetapi aku
bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kau terima satu-satunya lembu yang aku ada
untuk dibawa ke Gaza, beri kepada penduduk di sana.”
Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namun keberatan untuk
menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu ke Gaza, soal imam itu. Keliling-kelalang
para jemaah mula bercakap-cakap. Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabah
apatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga.
“Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Aku ingin benar
membantu mereka,” ulang perempuan yang tidak dikenali itu. Imam tadi masih keberatan.Masing-masing
jemaah berkata-kata dan berbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan
dan lembu tuanya itu.
Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namun tetap tidak
berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyi seketika suasana.
Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:” Tak mengapalah,
biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000 riyal dan bawa wang itu kemudian
sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.
Imam kemudiannya nampak setuju. Perempuan miskin yang sugul itu kemudian mengesat-ngesat
air matanya yang sudah tumpah. Dia membisu namun seperti akur dengan pendapat jemaah
itu.
Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauh lebih hebat
lagi:”Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggi sambil bersedekah untuk beli
lembu ini dan duit itu nanti diserahkan ke Gaza?”
Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga. Rupa-rupanya cetusan anak muda ini
diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itu pun bermula dan ramai kalangan
jemaah berebut-rebut menyedekahkan wang mereka untuk dikumpulkan.
Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutan untuk seketika.
Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh, apabila jemaah membida ‘bertubi-tubi
sambil bersedekah.
Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskin itu dibeli
dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!
Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati dengan penduduk Gaza
termasuk niat suci perempuan miskin itu. Paling manis, setelah wang itu diserahkan
kepada imam masjid itu, semua sepakat membuat keputusan sambil salah seorang jemaah
bersuara kepada perempuan tua itu.
“Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah 500,000 riyal
untuk memiliki lembu itu.
“Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkan kepada imam
untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kami hadiahkan kembali kepada
kamu,” katanya sambil memerhatikan perempuan tua nan miskin itu kembali menitiskan
air mata…gembira.
Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin itu untuk membantu
meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnya tercapai dan dipermudahkan
sehingga berjaya mengumpulkan wang yang banyak manakala dia masih lagi terus menyimpan
satu-satunya ‘harta’ yang ada. Subhanallah.
Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasa mendapat perhitungan
dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datang daripada hati kecil seorang yang miskin
yang mahu membantu umat islam yang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel
biarpun diri serba payah dan serba kekurangan.
Pokok Epal
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak
lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat
pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia
beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu
menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu… anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi
menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu,
suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.
“Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.” Aku bukan lagi kanak-kanak,
aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah remaja itu dengan
nada yang sedih.
Lalu pohon epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal yang ada padaku. Juallah
untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.”
Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ.
Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih. Masa berlalu…
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pohon epal itu merasa gembira.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon
epal itu.”Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau
menolongku?” Tanya anak itu.
“Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku
yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pohon epal itu memberikan cadangan.
Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi
dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih
kerana remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya
adalah lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan
dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pohon epal itu.
” Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di
sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku
tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu.
“Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang
pohon ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” kata pohon
epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya
pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju
pohon epal itu. Dia adalah lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.”
Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan
buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat.
Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pohon epal itu dengan nada
pilu.”
Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak
mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu
kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirehat,”
jawab lelaki tua itu.”
Jika begitu, istirehatlah di perduku,” kata pohon epal itu.Lalu lelaki tua itu duduk
beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa
kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat
remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,dan
hanya kembali meminta pertolongan apabila kita didalam kesusahan. Namun begitu, mereka
tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam
hidup.
Anda mungkin terfikir bahwa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu,
tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan
ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai
mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
A
Thursday, February 11, 2010
Niatmu murni, Allah mengetahuinya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment