Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Wednesday, July 27, 2011

Mati Hidup Semula!

Assalammualaikum!

Cerita sebegini bagai fantasi, tapi inilah yang sebenarnya terjadi. Adakalanya, akak berharap orang tersayang kembali semula kerana kesilapan doktor mengatakan mereka mati.

Jika ditanya pendapat akak yang ikhlas, akak merasakan mereka itu sebenarnya belum mati, tetapi paramedic yang tersilap mengatakan beliau sudah mati. Apa-apapun, sekiranya terjadi, ini adalah peluang ke dua untuk memperbaiki diri. Di bawah ini, beberapa artikel mengenai mereka yang telah disahkan mati dan kembali hidup semula.

 

 

Lelaki mati hidup semula

JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Seorang lelaki mendapati dirinya berada di dalam peti sejuk sebuah rumah mayat apabila tersedar hampir sehari selepas keluarganya menyangka dia sudah meninggal dunia, kata seorang pegawai kesihatan.

Jurucakap jabatan kesihatan, Sizwe Kupelo kelmarin berkata, lelaki berkenaan tersedar pada tengah hari Ahad lepas, 21 jam selepas dia dibawa ke rumah mayat berkenaan selepas keluarganya menyangka dia sudah mati akibat serangan asma.

"Kakitangan kami memeriksa tubuh lelaki itu dan mendapati dia tiada nadi atau degupan jantung," kata pemilik rumah mayat itu, Ayanda Maqolo.

Namun, hampir sehari selepas pekerja rumah pengebumian itu memasukkan lelaki itu ke dalam peti sejuk mayat dan menguncinya, mereka terdengar seseorang menjerit meminta tolong.

Magolo yang ketakutan, bertindak menelefon polis. Mereka kemudian membuka peti sejuk mayat itu dan mendapati lelaki tersebut masih hidup.

"Lelaki itu kelihatan pucat dan bertanya bagaimana dia boleh berada di situ. Dia dihantar ke hospital untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan pulang," kata Magolo.

- AP

 

 

Lelaki mati hidup semula

Pemuda dikebumi dua tahun lalu pulang temui keluarga

JAKARTA: Pihak berkuasa kini berdepan tanda tanya kes lelaki muda sakit mental di Jakarta Utara yang dikatakan muncul semula selepas dikebumikan dua tahun lalu.

Bunyamin, 70, berkata anak lelakinya Salim meninggal dunia pada September 2008 akibat penyakit paru-paru. Salim, 18, dikebumikan di Tanah Perkuburan Budi Darma di Cakung, Jakarta Utara. Rakan dan ahli keluarga hadir ketika majlis pengebumiannya.

Namun, Salim didakwa datang ke rumah sepupunya, Atin yang berhampiran rumah mereka Rabu lalu.

“Dia datang kira-kira jam 11 malam Rabu bersama Atin. Saya amat terkejut. Salim memeluk saya dan memanggil saya bapa. Dia menangis dalam dakapan saya,” kata Bunyamin kepada Kompas.com Khamis lalu.

“Wajahnya tidak berubah. Saya teringat parut pada tangannya, namun dia kelihatan lebih rendah berbanding dua tahun lalu,” kata Bunyamin yang yakin budak lelaki itu adalah anak.

Isteri Bunyamin, Kasinah, 60, yang percaya anak lelakinya dihidupkan semula berkata: “Dia seperti yang saya ingati. Dia memanggil saya ibu,” kata Kasinah.

Salim sakit mental sejak kecil dan sering menggunakan bahasa isyarat.

Berita mengejutkan itu tersebar cepat dan ramai yang mahukan kepastian berkunjung ke rumah Bunyamin.

Khamis lalu, polis Tanjung Priok membawa Salim ke balai untuk mengesahkan identitinya. Polis akan memeriksa kubur Salim bagi memastikan siapa sebenarnya yang dikebumikan. – Agensi

mula

 

 

Noelia Serna 45 tahun mengejutkan pekerja rumah mayat kerana hidup semula selepas di sahkan mati.Seorang wanita dari Colombia di sahkan mati oleh seorang doktor telah mengejutkan seorang pekerja rumah mayat apabila mendapati wanita itu masih bernafas.
Noelia Serna telah diambil dari hospital setelah menderita serangan jantung dan disokong pada mesin sokongan hayat sebelum para doktor mengumukan kematiannya.Di rumah mayat seorang pekerja telah perasan dia bergerak-gerak dan mendapati dia masih bernafas lalu mereka menghantarnya kembali ke hospital.
Serna dipercayai mengalami Lazarus Syndrome,suatu keadaan dimana pernafasan dan kadar jantung berada ditahap yang sangat rendah sebelum kembali semula pada tahap normal.

 

 

Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.

Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.

sumber:Metro

Tuesday, July 26, 2011

Terlebih Jari!

Assalamualaikum!

Jika kita kekurangan pancaindra, kita disebut cacat. Bagaimana jika seseorang itu terlebih pencaindra pula? Mereka juga dikategorikan sebagai cacat kerana sebarang pembentukkan tidak normal adalah cacat.

Jari. Semua orang ada jari. Manusia normal ada 10 jari tangan, 10 jari kaki. Manusia istimewa mungin ada terlebih jari satu dua. Manusia tak pandai bersyukur pulak mungkin kekurangan jari sebab main mercun sampai kudung. Tu la aku dah cakap, main mercun tu sama la macam bakar duit. Tak mau pecaya, kan dah hilang jari.

Sebenarnya jari ada banyak bakat terpendam. Tak percaya? Tengoklah buktinya di bawah.

Beliau bukan Khairul Fahmi Che Mat

Beliau boleh memimpin orkestra

Beliau pandai tackle bola

Beliau jaguh angkat berat!

Beliau tidak mungkin akan lemas

Budak lelaki ada 34 jari pecah rekod

GAMBAR menunjukkan Akshat Saxena yang mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 jari di setiap kakinya.


NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi

Monday, July 25, 2011

Sihat Dengan Infra Merah.

Assalammualaikum! Lazimnya, semakin tua seseorang itu, dia semakin kaya. Bukan kaya dengan harta atau ilmu/pengalaman saja, mereka juga dengan penyakit. Oleh itu, lapangkanlah masa membaca artikel kesihatan. DUA tahun yang lalu, Heather Ruppert, 33, mengalami pelbagai masalah dari segi tekanan perasaan akibat stres, gangguan sistem limfatik dan masalah kulit muka yang dipenuhi jerawat. Bagaimanapun, disiplin dan tekad yang diamalkan wanita itu akhirnya berjaya menjadikan dirinya lebih baik, sama ada dari segi kesihatan mental, fizikal mahupun emosi. Rashsia Heather, dia yang sememangnya seorang yang sangat aktif, mengamalkan sesi rehat dalam bilik sauna setiap hari. "Bekerja dalam bidang perfileman bukan satu tugas yang mudah. Kadangkala kita terpaksa bekerja sehingga 18 jam sehari," ujarnya. Tetapi selepas diperkenalkan kepada peralatan sauna Zazen FIR, sebuah kubikel bertutup dengan rawatan haba menggunakan cahaya infra merah jauh, Heather akui dirinya bukan seperti dahulu lagi. "Saya mula menggunakan sauna Zazen FIR sejak Oktober 2010 setiap hari. Sejak itu saya mendapati badan saya lebih terkawal dari semua masalah, khususnya sistem limfa saya yang kini dirangsang dengan peredaran yang lebih baik. Masalah jerawat juga sudah tiada lagi," kata warga negara Kanada itu. Walaupun melabur beberapa ribu ringgit, Heather percaya sauna infra merah Zazen FIR sebagai satu rejim penjagaan kesihatan yang amat berbaloi khususnya jika dia tidak mempunyai masa untuk bersenam atau melakukan aktiviti luar. Pencegahan Rawatan sauna Zazen FIR atau sauna infra merah jauh ini meliputi penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan, rawatan kecantikan dan penjagaan kulit. Pengurus Besar Zazen Health Solution, Yasotha Krishna, ketika ditemui di pejabat beliau di Dataran Sunway, Kota Damansara, memberitahu, sistem penjagaan itu sebagai satu langkah ke arah kesihatan optimum yang paling mudah. "Dengan hanya 30 minit sehari, duduk di dalam kubikel itu tanpa atau berpakaian minimum, pengguna akan menuju ke arah pemulihan dan pemuliharaan. Zazen FIR memberi segala manfaat kesihatan hasil tenaga infra merah jauh dalam bentuk mudah alih dan senang digunakan," kata Yasotha. Antara manfaat Zazen FIR ialah ia membantu proses detoksifikasi, mengurangkan berat badan dan selulit, antipenuaan, meremajakan kulit dan pemulihan badan secara dalaman. Kaedah itu membantu membakar sekitar 600 hingga 900 kalori setiap 30 minit sesi sauna. Rod seramik infra merah ini diselaputi 24 bahan mineral dan dikeluarkan dalam bentuk gelombang kepada pengguna. "Haba yang dikeluarkan daripada rod seramik ini adalah sama seperti haba matahari. Pengguna disyorkan menggunakan suhu melebihi 44 darjah Celsius. Anda boleh merasai perubahan yang ketara hanya dua hingga tiga bulan selepas menggunakan Zazen FIR," janji Yasotha. Bagi mereka yang tidak mahu membeli kubikel ini, Yasotha mencadangkan agar menggunakan manfaat Zazen FIR di spa dan cawangan Zazen Health Solutions yang terpilih dengan mengambil pakej sauna itu. "Bagi memastikan semua orang memperoleh manfaat ZaZen FIR, kami juga mengembangkan perniagaan produk ini di spa-spa dan cawangan Zazen. Mereka yang berminat untuk menyertai perniagaan ini boleh hubungi kami dan mendapatkan perundingan," katanya yang akui setakat ini terdapat kira-kira 30 buah cawangan. Bekal perkhidmatan Seorang usahawan, Abdul Rahman Kamarudin, 66, memberitahu bahawa dia bukan sekadar pengguna tetapi turut membekalkan perkhidmatan sauna itu di spa beliau di Klang. "Saya menjalankan perniagaan spa ala Bali tetapi mendapati penggunaan Zazen FIR satu nilai niaga yang baik. Kini, ramai orang yang peka terhadap kesihatan mereka memilih sauna Zazen FIR kerana ia mujarab," kata Abdul Rahman. "Selepas pelanggan saya memberi reaksi positif, saya pun menggunakan sekadar cuba-cuba sahaja. Tetapi manfaat yang saya peroleh menyebabkan saya mula menggunakan Zazen FIR setiap hari, biasanya pada waktu pagi selepas saya balik berjoging," jelas Abdul yang merasakan dirinya lebih sihat selepas menggunakan produk itu sejak dua bulan yang lalu. Yasotha berkata, di samping produk sauna Zazen FIR, Zazen Health Solution turut memperkenalkan satu lagi produk kesihatan holistik terkini di pasaran. "Rentetan kejayaan sauna infra merah jauh itu, kini kami perkenalkan Scalar iaitu sejenis pembekal tenaga yang biasanya terdapat di kawasan pergunungan, kawasan hijau dan hutan. "Tenaga ini terganggu dengan kehadiran pelbagai gajet yang mengandungi kandungan tinggi radiasi dan elektromagnetik, jadi peti ini membekalkan tenaga scalar yang tidak kelihatan dalam mata kasar tetapi boleh dirasai," jelas Yasotha. Menurut seorang doktor pediatrik, Dr. Sharmila Kylasam, 39, tekanan yang wujud akibat pelbagai sebab termasuk gangguan ketidakseimbangan alam sekitar. Ia mampu menyebabkan kita kekurangan fokus dan tenaga. "Tekanan akan menyebabkan gangguan pada organ badan melalui sel dan mengurangkan tahap imunisasi. Walaupun tekanan adalah baik untuk tempoh masa pendek tetapi ia memberi risiko jika dalam tempoh panjang. "Kita perlu mencari penyelesaian untuk mengelakkan diri daripada tekanan dan dekatkan diri dengan perkara yang boleh merehatkan," katanya yang turut mengingatkan, seseorang itu perlu mengawal tekanan demi mengelakkan masalah seperti sakit badan, keguguran rambut dan ekzema. "Malah, kemurungan yang keterlaluan juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti kerana tenaga dideposit di bahagian abdomen yang tidak sepatutnya," terang Sharmila.

Perokok Tegar Termuda!

Assalammualaikum! Kisah di bawah menceritakan tentang perokok tegar yang berumur 2 tahun. Kenapakah jadi begini? Kasihan mereka. Bersyukurlah budak ini bukan anak kita. -------------------------------------------------------------------------------- PASURUAN (Jawa Timur) - Seorang kanak-kanak di bandar ini yang baru berusia dua tahun bukan sahaja menjadi seorang perokok malah sanggup mencederakan orang lain jika dia dilarang berbuat demikian. Menurut datuknya, Slamet, 51, cucunya itu, Khoirul Anam, telah mula merokok sejak usia 20 bulan lagi. Tabiat merokok cucunya itu sukar untuk dibendung kerana jika orang melarangnya dia akan mengamuk. "Saya pernah melarangnya merokok dan dia menikam perut saya dengan pisau sehingga menyebabkan saya menerima empat jahitan akibat luka tikaman itu. "Ekoran itu saya tidak berani melarangnya," katanya kepada Inilah.com sambil menambah, Khoirul juga suka minum kopi dan setiap hari menghabiskan satu gelas besar. "Rokok dan kopi tidak boleh dipisahkan dengannya. Baginya kedua-dua itu sama penting dan harus dinikmatinya setiap hari," ujar Slamet. Sebelum ini tubuh Khoirul sangat kecil dan kurus. Pemeriksaan doktor mendapati rokok yang dihisapnya setiap hari tidak memberi kesan kepada jantung dan paru-parunya. - AGENSI

Thursday, July 21, 2011

Pembersih Hampagas diperbuat Dari Kardboard.

Assalammualaikum!

Semakin hari semakin banyak ciptaan yang unik. Dan yang menariknya, usia para pencipta juga semakin muda. Inilah kekuasaan Allah yang maha esa. Ciptaan baru kali ini berupa vacum cleaner yang diperbuat dari kardboard. Mungkinkah kita menyukai alat itu? Belum cuba belum tahu. Buat masa ini, “no komen”.

 

Pembersih hampagas dibuat daripada kadbod

JAKE TYLER bergambar bersama pembersih hampagas ciptaannya yang diperbuat daripada kadbod.


LONDON - Seorang pencipta Britain berusia 22 tahun, Jake Tyler mencipta pembersih hampagas daripada barangan kitar semula kadbod, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang merupakan pelajar rekaan industri di Universiti Loughborough berharap ciptaannya itu akan dapat dijual di pasaran Asia seperti China dan Hong Kong.

Tyler mencipta pembersih hampagas itu dengan kerjasama kakitangan syarikat pengeluaran peralatan pembersihan, Vax di Worcestershire.

Syarikat itu tertarik dengan ciptaan Tyler sehingga ia berhasrat untuk dipasarkan. - Agensi

Klimaks Palsu?

Assalammualaikum! Masalah biasa tapi tak tergamak untuk membincangkan. tolonglah! Selamatkan mereka ini. MELAYARI bahtera cinta sehingga ke jenjang pelamin pasti menjadi impian setiap pasangan yang bercinta. Selepas mendirikan rumah tangga, bermulalah kewajipan sebagai suami atau isteri. Kehidupan juga tentulah berbeza daripada semasa hidup membujang dahulu khususnya dari segi hubungan intim suami isteri. Namun, perkahwinan itu tidak semestinya indah lebih-lebih lagi jika suami gagal menunaikan tanggungjawabnya. Ia sedikit sebanyak boleh menghakis keharmonian institusi kekeluargaan. Seorang isteri, dikenali sebagai Sofea, menceritakan bagaimana peritnya dia menanggung penderitaan batin kerana si suami gagal memberi kepuasan seksual kepadanya. Pelbagai cara dilakukan Sofea bagi menikmati hubungan intim itu namun semuanya gagal. Bagi menjaga perasaan suami tercinta, Sofea berpura-pura dia mencapai tahap klimaks. Namun, selepas suaminya terlena, dia berusaha sendiri untuk memuaskan keinginan seksualnya. Klimaks palsu Selama hampir 10 tahun dia menggunakan teknik memuaskan nafsu sendiri itu dan hanya selepas bertemu doktor, baru dia menyedari dia selama ini telah melakukan onani. "Saya membuat keputusan bertemu doktor selepas saya sering menolak ajakan suami bagi melakukan hubungan seks. "Bagi menyelamatkan rumah tangga, saya terpaksa memberitahu doktor dan suami tentang masalah yang dihadapi dan bagaimana saya memuaskan diri sendiri. "Namun, selepas diberitahu tentang onani, saya dan suami akhirnya berjumpa pakar kaunseling. Kini saya sudah menghentikan aktiviti onani tersebut," ujar ibu kepada tiga anak itu. Berdasarkan kisah Sofea, kesimpulan awal yang boleh dibuat ialah wanita melakukan onani hanya kerana mahu mencapai klimaks yang tidak diperoleh semasa melakukan hubungan seks dengan suami. Menurut Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Hospital Damai Service, Dr. Mohd. Ismail Thamby, kebanyakan wanita yang telah berkahwin cenderung memalsukan klimaks bagi memuaskan hati suami. Berikutan itu, mereka memilih untuk melakukan onani bagi melampiaskan kehendak yang tidak dicapai. Apa yang mengejutkan, majoriti daripada mereka tidak mengetahui mereka sebenarnya melakukan onani. "Masyarakat mungkin ingat hanya lelaki yang melakukan onani. "Tetapi wanita juga beronani dan cara mereka berbeza daripada lelaki. "Perkara tersebut akan membuatkan mereka berasa seronok dan tanpa disedari mereka akhirnya akan beronani," katanya. Berdasarkan pengalaman Ismail, pesakit wanita yang bertemu dengannya mendedahkan terdapat pelbagai peralatan yang menjadi pilihan mereka ketika beronani. Mungkin kedengaran pelik tetapi hakikat yang perlu diketahui, wanita sering beronani menggunakan alat-alat bantuan yang tidak masuk akal. Ada juga dalam kalangan mereka yang menggunakan alat bantuan yang dicipta khas yang dijual di kedai barangan seks. Ismail menjelaskan wanita yang mengalami ketagihan onani akan mencuba pelbagai alatan dan cara bagi mendapatkan kepuasan paling tinggi. Daripada segi psikologi pula wanita meletakkan onani sebagai satu tabiat berfaedah kerana ia mampu mengurangkan tekanan serta menimbulkan rasa seronok. "Sebenarnya wanita yang beronani telah meletakkan satu pemikiran dan menetapkan tahap bagi mereka mencapai klimaks. Mati putik ISMAIL -------------------------------------------------------------------------------- "Jadi sukar bagi mereka mencapai klimaks ketika bersama suami kerana mereka telah terbiasa mendapatkan kepuasan dengan bersendirian. "Mereka yang berada di tahap seperti ini perlu cuba menghentikan aktiviti tersebut kerana ia boleh menjejaskan hubungan intim bersama pasangan," ujarnya. Pakar Psikologi dan Kaunseling, Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Suradi Salim pula menyatakan keinginan wanita untuk beronani bergantung kepada kepuasan yang dicapai mereka ketika bersama pasangan. "Kemungkinan mereka mempunyai keinginan lebih tinggi terhadap pasangan dan apabila ia gagal dipenuhi, mereka memilih untuk beronani. "Namun, dalam konteks onani ini kita perlu merujuk kepada pegangan agama seseorang itu kerana pada akhirnya perbuatan mereka itu akan dinilai berdasar kepada agama dan kepercayaan mereka. "Ia terbukti apabila mereka yang kerap beronani akan berasa bersalah terhadap perbuatan itu dan ia tidak dizahirkan secara fizikal sebaliknya ia akan mengganggu emosi mereka," katanya. Jika kekerapan onani boleh mengakibatkan golongan lelaki berdepan dengan risiko mati pucuk, wanita juga mempunyai kebarangkalian mengalami mati putik. Menurut Ismail pula, mati putik atau disfungsi seksual wanita bakal menjadi mimpi ngeri buat golongan wanita apabila mereka mula menunjukkan tanda-tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan ketika bersama suami. Apabila tiada perasaan ghairah terbit dalam diri, ia akan mengganggu kelancaran peredaran darah ke bahagian kemaluan serta mengakibatkan alat sulit gagal mengembang dan menggebu. "Wanita yang gemar beronani juga akan mudah berasa letih dan tidak bertenaga serta tertekan dengan persekitaran apabila tidak mendapatkan kepuasan yang dihajati," jelas Ismail. Justeru, Ismail mengingatkan golongan wanita agar mengelakkan onani kerana aktiviti tersebut merupakan satu bentuk penderaan kepada alat kelamin. ONANI tetap HARAM DAUD CHE NGAH -------------------------------------------------------------------------------- KEKELIRUAN masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam terhadap onani sering dijadikan alasan untuk mereka terus melakukan aktiviti tidak sihat itu. Menurut pendakwah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah hukum melakukan onani adalah haram tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun. “Ada pendapat mengatakan onani boleh dilakukan bagi mengelak berlakunya zina, tetapi ia tetap jatuh haram buat seseorang yang melakukannya. “Allah telah menciptakan manusia itu berpasangan dan sekiranya mereka berkeinginan untuk mencapai kepuasan seksual, mereka perlu melakukannya bersama pasangan masing-masing. “Mencapai kepuasan secara bersendirian dengan beronani bukan satu pilihan tepat, malah ia tidak dibenarkan dalam ajaran Islam,” jelasnya. Daud juga memberitahu pasangan suami isteri yang berdepan dengan masalah tersebut perlu mengatasinya dengan bijaksana terutama suami kerana tanggungjawab sebenar terletak di bahu mereka. Ujarnya, kegagalan isteri mencapai kepuasan seksual hingga mendorong mereka beronani adalah disebabkan fahaman mereka terhadap hubungan seks itu tidak seperti yang ditetapkan syarak. “Hubungan intim bersama suami bukan sekadar mencapai kepuasan tetapi ia juga perlu mencapai matlamat. “Apabila tercapainya matlamat maka pasangan tersebut akan mendapat rahmat. Tetapi jika isteri gagal mencapai kepuasan, suami perlu mencari punca kepada permasalahan tersebut,” tambahnya lagi.

Tuesday, July 19, 2011

Bayi Tiruan?

Assalammualaikum! Lain orang lain kegemarannya. Lain orang lain pula pandainya.

Dulu riuh pasal telur tiruan, daging tiruan. Sekarang ni timbul pulak pasal bayi tiruan. Hebat nya manusia zaman sekarang.
Seorang bekas pereka grafik yang sekarang menjadi pereka anak patung di England, Nikki Hunn, mencipta anak patung yang amat mirip sengan bayi sebenar. Anak patung bayi itu dibuat untuk menghibur hati para ibu yang kehilangan bayi.
Anak patung yang dinamakan “reborn babies” ini dibuat semirip mungkin dengan bayi yang sebenar. Kelembutan plastiknya hampir tidak ada bezanya dengan kulit bayi. Begitu juga dengan warna kulit dan matanya. Jarinya juga dilengkapi kuku dan kepalanya memiliki rambut tipis seperti bayi. Yang paling unik, anak patung ini boleh mengeluarkan air liur.
Anak patung ini itu tidak dibuat dengan jumlah yang banyak. Pembeli harus memesannya terlebih dulu dan boleh membawa foto bayi yang mereka inginkan. Kerena itu harganya cukup mahal, iaitu 300 dollar AS atau lebih RM 800.
Selain para pengumpul anak patung, pembelinya ialah para ibu yang kehilangan bayinya meninggal. Seperti Eve Hasty, wanita Amerika berusia 57 tahun, yang puterinya meninggal kerana leukemia pada usia tujuh tahun.
Hasty menamakan anak patungnya “Abby” dan meletaknya di dalam buaian seperti bayinya yang sebenar. “Abby mengingatkan saya pada anak saya ketika masih bayi,” katanya.
Bagi Hasty, Abby bukan sekadar anak patung. “Saya tahu dia tidak akan sakit dan tidak akan mati. Saya tidak akan merasa tertekan lagi,” kata ibu kepada seorang anak lelaki yang memberinya cucu perempuan berusia lapan tahun.
Ada juga wanita yang memesan anak patung itu kerana ingin memiliki anak tetapi tidak mempunyai waktu untuk menjaganya. Alasan mereka, anak patung ini tidak bertambah besar sehingga tidak perlu sering membeli baju.
Anak patung ini amat serupa dengan bayi sebenar, sehingga ramai orang menyangkanya ialah bayi sebenar. Dalam beberapa kejadian di Amerika Syarikat, polis harus memecahkan cermin tingkap kaca kenderaan kerana menyangkakan ada bayi terperangkap atau tertinggal di dalam kereta.
Kredit : DailyMail/indah.

Sunday, July 17, 2011

Merangsang Daya Ingatan.

Assalammualaikum! Kita selalu menyihatkan tubuh-badan, tapi tidak mencuba teknik2 untuk merangsang daya ingatan. Artikel di bawah sungguh bermanfaat. KETIKA menuntut di tahun tiga pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Gas Asli, Universiti Teknologi Malaysia, Lim Teck Hoe, 35, mendapati dirinya sukar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum. Sebagai seorang yang aktif dalam debat dan menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Teck Hoe berasa amat sukar untuk dirinya fokus dalam pembelajaran. Tambahan pula subjek-subjek yang diajar pada tahun tiga sudah mula fokus pada pengkhususan. “Dari situ, saya mula memikirkan kaedah bagaimana mengoptimum masa untuk belajar tanpa meninggalkan aktiviti-aktiviti yang saya minat,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. “Kita pasti berasa pelik mengapa orang lebih mudah mengingati peserta Akademi Fantasia (AF) berbanding dengan senarai formula subjek sains. AF dipersembah dalam bentuk interaktif yang pasti menarik perhatian ramai, manakala mata pelajaran sekolah disampaikan dalam bentuk yang kurang menarik,” ujarnya. Dalam pembacaannya, Teck Hoe mendapati asas otak manusia terbahagi kepada dua bahagian dengan kedua-dua belah membawa cara dan tempoh simpanan masa mengingat dengan cara yang berbeza. Bahagian otak Otak kiri mampu mengingati fakta berbentuk gambar dalam jangka masa lama, manakala otak kanan pula digunakan untuk mengingati pembelajaran berbentuk matematik tetapi dalam tempoh masa yang sekejap. Menggunakan asas tersebut, dia mengaplikasi proses pembelajaran dengan menggabungkan kedua-dua bahagian otak manusia. Nota-nota pengajian kejuruteraannya menggunakan pelbagai gambar rajah dan peta minda bagi memudahkan dia mengingat dengan cepat. BUKU 123 Amalan Belajar Cemerlang yang dihasilkan oleh Teck Hoe dan diterbitkan oleh Oxford Fajar. -------------------------------------------------------------------------------- Dalam masa yang sama, Teck Hoe masih juga aktif dalam sukan, debat dan perwakilan pelajar sehinggalah dia memperoleh ijazah pada tahun 1999. Melihatkan potensi dan kebaikan pembelajaran secara optimum, jejaka yang masih bujang itu mengambil keputusan untuk terus serius dalam mengembangkan teknik pembelajarannya. “Sehingga kini hampir 5,000 orang yang terdiri daripada pelajar universiti dari pelbagai bidang seperti undang-undang dan neurologi serta sekolah pernah mengikuti ceramah saya,” ujar jejaka berasal dari Raub, Pahang itu. Malah pada tahun 2002, dengan menggunakan teknik mengingat, dia telah berjaya memecah rekod Asia dalam Kejohanan Memori Sedunia di England anjuran Persekutuan Sukan Memori Dunia. “Saya melakukan persediaan selama tiga bulan untuk pertandingan tersebut dengan sentiasa melakukan senaman berkala dan makan banyak kismis terutama apabila pertandingan semakin dekat. “Sebanyak 70 buah negara menyertainya dalam 10 buah acara yang berbeza seperti mengingati puisi dalam tempoh masa beberapa minit. “Rekod yang saya pegang adalah mengingati 129 nama dengan ejaan yang tepat berserta wajah dalam tempoh masa 15 minit,” ujar anak lelaki ketiga daripada lima orang adik-beradik itu. Teck Hoe juga sempat berkongsi ilmu dengan penulis bagaimana ingin mengingati satu susunan nombor yang mempunyai berbelas-belas angka dalam masa yang singkat. Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta satu cerita pendek yang berkaitan angka-angka tersebut dan didapati ia lebih mudah dan cepat untuk diingati. Teck Hoe kemudian menubuhkan Pusat Mental Literasi Minda Malaysia (Mentalist) pada tahun 2004 sebagai salah satu cara mempromosi pembelajaran secara literasi. “Saya sudah mengumpul lebih 100 tip berkaitan cara untuk belajar dengan cemerlang pada tahun 2009 melalui pembacaan dan kajian. “Pada mulanya, saya mahu menerbitkan sendiri tetapi tahun lalu, saya mendapat tawaran daripada syarikat penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.,” ujar sambil menunjukkan buku 123 Amalan Belajar Cemerlang. Dalam buku yang berbentuk kepingan kad itu, Teck Hoe berkongsi 123 amalan belajar cemerlang daripada fasa persediaan belajar sehingga teknik belajar yang betul. Otak seperti komputer Salah seorang pelajar yang mengamalkan teknik memori Mentalist, Iman Nazurah Zulkifli, 17, mengakui hanya mengambil masa yang singkat untuk mempelajari teknik meningkatkan memori. Mula mengoptimum proses pembelajaran sejak berumur 12 tahun ketika menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Iman sering menggunakan perkara di persekitarannya dan aktiviti harian sebagai satu cara untuk belajar. “Saya sering menggantikan benda-benda yang perlu dihafal dengan perkara-pekara yang mudah diingati dan menjadikan subjek yang bosan seperti sejarah satu keseronokan,” ujarnya. Pakar Neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, otak manusia berfungsi seperti sebuah komputer dengan proses input, penyimpanan dan mendapatkan semula tetapi ia lebih kompleks. TECK HOE (kanan) pernah diberi penghormatan oleh Pengasas Kejohanan Memori Dunia, Tony Buzan di ibu negara. -------------------------------------------------------------------------------- “Sebagai contoh, jika individu mahu menghafaz al-Quran, mengingati gambar atau wajah manusia, dia perlu melihat bagi menerima data. “Data-data dari mata akan disimpan di korteks oksipital dan korteks posterior temporal di bahagian belakang otak untuk interpretasi,” ulas Raymond ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini. Tambah Raymond, untuk individu yang mahu mengingati kata-kata atau lagu, maklumat yang dapat dari telinga bergerak ke pangkal otak dan berakhir di neokorteks lateral temporal untuk interpretasi. “Jika menonton filem pula, kedua-dua aliran akan berfungsi. Selepas maklumat ditafsir dan kita memahaminya, ia akan disimpan ke dalam pusat memori yang dipanggil hipokampus,” katanya. Apabila seseorang itu mahu menggunakan maklumat yang disimpan, arah aliran bergantung kepada cara yang digunakan untuk mengingat. “Jika seseorang itu mahu menulis ayat-ayat yang diingati, aliran memori akan bergerak dari hipokampus ke korteks motor yang terletak di lubas frontal supaya tangan dapat digerakkan,” ulasnya. Kata Raymond lagi, secara saintifik, manusia mampu meningkatkan memori dan mengingat lebih banyak fakta kerana setiap maklumat disimpan dengan sambungan baru antara sel-sel otak. Genetik “Kita hanya perlu ada keinginan yang kuat untuk mengingat selain faktor genetik yang memainkan peranan penting. Kerana itu, jika ibu bapa pandai, selalunya anak akan pandai tetapi tidak bermakna ibu bapa yang sederhana, anaknya tidak boleh pandai. “Terdapat pelbagai cara yang boleh meningkatkan daya memori seseorang seperti sentiasa mempunyai keinginan untuk mengeluarkan semula maklumat yang disimpan. “Jika kita sentiasa menggunakan maklumat yang disimpan di hipokampus untuk disampaikan kepada orang lain, lama-kelamaan ia akan menjadi lebih mudah untuk dikeluarkan apabila perlu. “Sebab itu, pensyarah-pensyarah di universiti kelihatan pandai kerana mereka sentiasa mengeluarkan maklumat yang disimpan untuk mengajar,” katanya. Selain kerap mengeluarkan maklumat, Raymond juga mengamalkan teknik mnemonik dan akronim dalam proses pengajarannya dan ia terbukti memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta. Menurut beliau, teknik mnemonik menggunakan perkataan atau nama untuk mengingati sesuatu maklumat. Contohnya, untuk mengingati warna-warna pelangi, huruf pertama setiap awalan perkataan dibina menjadi satu kisah ringkas. “Dianggarkan, manusia biasa hanya menggunakan 10 peratus daripada otak dan ia bersifat keplastikan neuronal. Otak perlu kerap dilatih, dengan cara itu mungkin ia mampu ditingkatkan kepada dua kali ganda daripada biasa,” ujarnya. Faktor pemakanan Dalam pada itu, Pakar Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan, corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang. PELAJAR adalah golongan yang perlu mendalami dan mengamalkan teknik meningkatkan daya ingatan. -------------------------------------------------------------------------------- Namun, Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalkan sepanjang hayat. “Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori. “Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1, B3, B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepat pemprosesan maklumat dan proses mengingat,” ulasnya. Selain itu, menurut Shariza, kajian daripada Universiti Waikato, New Zealand mendapati madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan. “Walaubagaimanapun, madu perlu diambil secara terkawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetis,” nasihat Shariza. Tambahnya lagi, seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakkan penyahhidratan. Penyahhidratan otak dan badan akan memberi masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian. “Penggemar minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu mengambil lebih banyak air kosong,” katanya lagi. Selain amalan pemakanan yang baik, Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah. “Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak,” ujar beliau.

Thursday, July 14, 2011

Perancangan Membeli Perabot.

Assalammualaikum!Apa kata kita lapangkan masa membaca tips dibawah prihal membeli perabot yang sesuai untuk kediaman. Oleh kerana hanya memiliki rumah rlat 3 bilik, Akak kurang meminati perabot yang dirasakan menyemak. Memadai dengan ada sebuah katil kelamin, beberapa buah almari, sebuah meja makan, sebuah meja komputer dan kabinet dapur. Entah apa rupa image yang ditonjolkan oleh perabot rumah kami, tidak pernah diambil peduli. Yang pentingnya, keselesaan diri.

 

PERANCANGAN teliti perlu dilakukan sebelum membeli perabot baru bagi mengelak pembaziran atau kurang sesuai dengan konsep pilihan yang anda inginkan.

Kesesuaian

  • Pastikan keluasan rumah sesuai dengan reka bentuk dan saiz perabot.
  • Pilih perabot yang sesuai dengan konsep dekorasi di rumah kerana ia mampu membangkitkan imej lebih menarik.
  • Perabot moden mungkin dianggap ringan dan ringkas, tetapi ia menggambarkan sesuatu yang berani dan elegan.
    Bilangan penghuni
  • Jika mempunyai ramai anak kecil atau warga emas, pilih perabot yang mempunyai elemen keselamatan.
  • Ambil langkah selamat dengan membeli perabot bersifat praktikal, tahan
    lasak dan sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Jika masih bujang atau tinggal sendirian, pilih perabot yang ringkas dan tidak terlalu besar bagi mengelak ia menggunakan banyak ruang.
  • Jika berkeluarga, daptkan pandangan semua pihak.
    Warna dan fabrik
  • Perincian dari segi warna turut membangkitkan keseronokan dan keselesaan ketika menggunakan sesuatu ruang.
  • Elak membeli warna kurang diminati bagi mengelak anda tertekan hingga mengambil keputusan menukar perabot baru.
    Warna dan fabrik lembut belum tentu sesuai diketengahkan di ruang tempat kanak-kanak bermain.
    Pastikan ruang tamu tidak tampil dengan warna terlalu berani kerana ia menjadi tumpuan.
  • Ruang bacaan antara yang memerlukan penataan harmoni.
    Fungsi
  • Fikirkan juga fungsi setiap ruang sama ada menjadi tempat keluarga bersantai atau sebaliknya.
  • Pilihan perabot seharusnya membabitkan sofa empuk bersama meja kopi kayu keras sesuai untuk keluarga yang gemar menikmati hidangan ringan ketika menonton.
  • Sementara fabrik sofa itu perlu dilindungi daripada sebarang tumpahan air
    kopi.
  • Anda perlu peka dalam menyerlahkan suasana selesa.
  • Mungkinkah Lipas Punca Asma di Kalangan Kanak2?

     

    Assalammualaikum!

    Lipas Mungkin Punca Asma Di Kalangan Kanak-kanak

    Posted by greenboc

    New York: Lipas dikenal pasti sebagai kemungkinan punca peningkatan kadar asma di kalangan kanak-kanak Bandaraya New York.
    Di kebanyakan kejiranan di bandaraya itu, 19 peratus atau hampir seorang daripada lima kanak-kanak mengalami asma manakala kadar di tempat lain adalah serendah tiga peratus.
    Sebelum ini, kesibukan trafik, insinerator perindustrian dan sumber pencemaran udara luar lain dikatakan punca penyakit itu.
    Namun penyelidik di Universiti Columbia mendapati kanak-kanak yang tinggal di kejiranan dengan kadar tinggi asma adalah dua kali ganda berkemunkinan membawa antibodi terhadap protin lipas dalam darah mereka, petunjuk bahawa mereka terdedah dan alah kepada serangga perosak itu.
    Malah, kediaman di kejiranan dengan kadar tinggi asma mengandungi lebih alergen yang dihasilkan lipas dalam habuk rumah. - Reuters

    __._,_.___

    Wednesday, July 13, 2011

    Tali Leher Untuk Tidur.

    Asalammualaikum!

    Setiap hari, semakin banyak ciptaan baru. Kali ini, kita diperkenalkan dengan tali leher yang boleh dibunakan untuk merehatkan badan.

     

    Tali leher jadi bantal untuk tidur di pejabat

    pix_middle

    TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.

    Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.

    Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.

    Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).

    Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi

    Monday, July 11, 2011

    Jambatan Yang Menyeramkan.

    Assalammualaikum! Bersyukurlah anda semua dapat melihat. Oleh itu anda akan tahu mengapa jambatan2 di atas dikatakan menyeramkan. Akak yang tidak tahu apa2 sekadar bercerita saja, bagai Tok Selampit berpenglipur lara.

    1. Hussaini Hanging Bridge, Pakistan

    2. Aiguille du Midi Bridge, France

    3. William Preston Lane, Jr. Memorial Bridge (Bay Bridge), Maryland


    4. Sidu River Bridge, China


    5. Royal Gorge Bridge, Colorado


    6. Puente de Ojuela, Mexico


    7. U Pain Bridge, Myanmar


    8. Iya Valley Vine Bridges, Japan



    9. Cikurutug Bridge, Indonesia


    10. Carrick-a-Rede Rope Bridge, Northern Ireland


    11. Capilano Suspension Bridge, Canada


    12. Trift Suspension Bridge, Switzerland


    13. Canopy Walk, Ghana


    14. Mackinac Bridge, Michigan

    15. Millau Viaduct, France

    blogmedia-info

    Cermin Mata Bionic Untuk Si Buta.

    Assalammualaikum!

    Banyak sekali ciptaan dunia barat untuk memudahkan penghidupan si buta. Tapi, malangnya, kesemua barangan itu mahal harganya. Bagaimana pula dengan ciptaan ini? Mampukah kita memilikinya?

     

    Cermin mata bionik untuk si buta

    LONDON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford, London sedang mencipta cermin mata bionik yang menggunakan kamera kecil dan komputer poket bagi kegunaan orang buta.

    Cermin mata itu akan memudahkan orang buta untuk mencari arah di pusat beli-belah, stesen kereta api yang sibuk serta membolehkan mereka 'membaca'nombor bas dan tanda harga elektronik di kaunter bayaran.

    "Kami berpuas hati dengan ciptaan ini. Dengan kos berpatutan, orang ramai boleh menggunakannya," kata penyelidik sains neuro klinikal, Dr. Stephen Hicks.

    Penyelidikan awal mengenai kaca mata itu telah selesai dan pasukannya sedang menyediakan prototaipnya.

    Kombinasi cermin mata yang ringan dan murah itu akan berada di pasaran seawal tahun 2014, sekiranya ujian yang dilakukan berjaya. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh lebih 300,000 warga Britain yang dilaporkan buta. - Agensi

    Sunday, July 10, 2011

    Khasiat Tumbuhan.

    MANUSIA DAN TUMBUHAN : DAUN DALAM KEHIDUPAN

    ISI KANDUNGAN

    1.0 Pengenalan

    2.0 Bunga dan Kehidupan

    2.1 Daun Lidah Buaya

    2.2 Daun Selasih

    2.3 Daun Senggani

    2.4 Daun Sireh

    2.5 Daun Katuk

    2.6 Daun Lidah Ular

    2.7 Daun Mungsi Arab

    2.8 Daun Gelenggang

    2.9 Daun Pecut Kuda

    2.10 Daun Ungu

    2.11 Daun Nilam

    3.0 Penutup

    4.0 Lampiran

    1.0 PENGENALAN

    Di dunia ini terdapat pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang mana mempunyai nilai perubatan yang tinggi terutamanya dalam perubatan tradisional. Sebelum terciptanya perubatan moden yang serba canggih, perubatan tradisional telah memainkan peranan penting dalam merawati pelbagai jenis penyakit. Kebanyakkan pengamal perubatan tradisional telah menggunakan tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Sesuatu jenis tumbuhan itu bukan sahaja mempunyai kesan ke atas satu jenis penyakit tetapi ia berguna lebih banyak daripada itu lagi. Perkara ini dapat dilihat apabila satu jenis tumbuhan itu mempunyai pelbagai kegunaannya dalam masyarakat mengikut kaum, tempat dan budaya mereka. Tetapi yang pentingnya, mereka semua telah menggunakan tumbuh-tumbuhan di dalam perubatan mereka.

    Cara perubatan tradisional yang menggunakan tumbuhan semakin mendapat tempat di hati masyarakat sekarang. Buktinya, perusahaan jamu dan kosmetik yang berasaskan tumbuhan serta perdagangan ubat-ubatan Cina telah meningkat di pasaran. Namun begitu, penggunaan ubatan tradisional masih lagi mengekalkan kemurnian ramuannya supaya ia lebih berkhasiat dalam mengubati sesuatu penyakit tersebut.

    Pada tahun 1993 doktor-doktor di Asia telah menubuhkan ‘Association for Modernize Promotion of Asian Tradisional Medicine’. Penubuhan persatuan ini adalah bagi memajukan lagi bahan-bahan perubatan tradisional di dalam dunia perubatan moden yang begitu canggih sekarang. Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan ubatan tradisional semakin diminati dengan meluas di mana sahaja.

    Ilmu pengetahuan moden yang diperkenalkan dari Barat hanya menilai ‘daun’ sekadar sebagai sekelompok klorofil yang “diikat” dengan selulosa. Daun hanyalah karbon, hidrogen, nitrogen dan unsur-unsur lain yang berkelompok membentuk molekul serta memperolehi cahaya dari matahari. Helaian daun-daun tersebut memperolehi air dan karbon dioksida serta tenaga daripada cahaya matahari. Seterusnya membentuk karbohidrat, protein dan lain-lain lagi yang mana ia dapat memberi kepentingan kepada tumbuhan tersebut. Tenaga ynag diperolehi juga penting kepada kehidupan lain seperti manusia, binatang dan jasad hidup lain termasuk bakteria dan juga virus.

    Falsafah Timur (India, Jepun, China dan Asia Tenggara) mentafsirkan ‘daun’ bukan sekadar mempunyai klorofil yang seterusnya mengalami proses fotosintesis yang akhirnya dapat membentuk karbohidrat. Daun sebenarnya dapat memberikan ‘getaran’ tenaga yang tidak nampak. Menurut kepercayaan masyarakat Jawa khususnya, daun mempunyai kuasa iaitu apabila orang yang memiliki “Ilmu kebal” akan hilang kekuasaannya kalau diusap dengan daun-daun tertentu yang mempunyai tenaga (kuasa) yang tidak diketahui itu (misalnya daun kelor).

    Daripada dua fahaman tersebut, masih lagi menimbulkan tanda tanya terutama di kalangan masyarakat kini. Sebagai contohnya masyarakat Jawa yang mempercayai bahawa ‘daun dewa’ (Gynura pseudocina) adalah daun ‘supersakti’ di mana ia hanya digunakan oleh dewa-dewa sahaja. Namun begitu mengikut ilmu perubatan moden, daun itu hanya mempunyai alkoloid, saponin, flaronoid dan tannin yang dapat mengubati tumor.

    2.0 DAUN DALAM KEHIDUPAN

    Daun sememangnya mempunyai klorofil , namun ianya dipercayai menyimpan banyak lagi misteri dan rahsia yang tersendiri. Di sini akan dihuraikan beberapa jenis daun yang boleh digunakan sebagai ubat.

    2.1 DAUN LIDAH BUAYA

    Daun Lidah Buaya atau nama Latin ialah Aloe barbadensis adalah berkhasiat sebagai penyubur rambut, ubat sakit kulit dan penyembuh luka. Ia mengandungi aloin, barbaloin, polisakarida, glukomanan, asid krisofan dan enzim protease. Kebiasaannya daun ini mempunyai ukuran tinggi 30 – 50 cm dan lebar 2 – 5 cm. Mempunyai daun tunggal, tebal dan bergetah kuning. Bentuk daunnya pula memanjang dan runcing di hujung.

    Bagi menyuburkan rambut, kita bolehlah menggunakan Daun Lidah Buaya di mana kulit luarnya dibuang. Isi Daun Lidah Buaya tersebut bolehlah digosokkan di kepala agar rambut akan kelihatan sihat dan lebih berseri.

    2.2 DAUN SELASIH

    Daun selasih, Ocimum basilicum atau dengan nama lainnya telasih ataupun solanis. Ia adalah bercabang di bahagian atas, tinggi 50 – 80 cm dan juga berbau harum. Daun ini adalah boleh mengubati demam dan sakit kepala, melancarkan air susu ibu dan ubat gangguan pencernaan.

    Daun selasih mengandungi minyak seperti ocimene, alpha pinene, eucalyptole, linalool dan juga eugenol mefil eter. Bagi mengubati demam, 15 gram daun selasih yang segar direbus. Kemudian hasil rebusan tadi diminum 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

    2.3 DAUN SENGGANI

    Melastoma Malabathricum atau dengan nama lainnya senduduk. Ia merupakan tanaman yang tegak, tinggi sekitar 4 meter. Daunnya tunggal, berhadapan, bertangkai serta berbentuk bulat telor dan memanjang serta juga berwarna hijau. Mempunyai panjang daun

    2 – 20 cm dan lebar. Ia adalah berkhasiat bagi mencegah radang usus dan juga hepatitis serta cirit-birit.

    Daun Senggani mempunyai bahan tanin. Bagi mengubati cirit-birit, 2 gram Daun Senggani yang segar dicuci bersih dan dicampur dengan garam secukupnya. Selepas itu, daun tersebut hendaklah dikunyah dan airnya ditelan. Insya Allah cirit- birit akan berkurangan.

    2.4 DAUN SIREH

    Daun Sireh, Piper betle adalah tumbuhan memanjat. Daunnya adalah bulat dan memanjang di mana pangkal daun seperti jantung sedangkan hujungnya adalah runcing sedikit. Ukuran panjang daun lebih kurang 5 – 8 cm dan lebar 2 – 5 cm. Daun Sireh adalah sesuai bagi penyakit keputihan, bronchitis, antiseptik dan juga sebagai pengharum nafas.

    Cara menggunakannnya ialah ambil 7 helai daun sireh dan sepotong gula batu direbus dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan dibiarkan mendidih sehingga air hanya tinggal separuh sahaja. Selepas itu, bolehlah air tersebut diminum sebanyak 1/3 gelas 3 kali sehari. Daun sireh mengandungi minyak asiri, karibol, hidrosikarikol, eugenol metil eter, fenil propena, tannin, kariofelen, diastase dan juga gula.

    2.5 DAUN KATUK

    Nama Latin bagi Daun Katuk ialah Sauropus androgynus dan dikenali juga sebagai cengkok manis ataupun simani. Daun ini adalah sesuai sebagai ubat bisul dan juga demam. Ia mengandungi bahan seperti saponini, flavonoid dan juga tannin. Kebiasaannya daun ini dikenali sebagai sayur-sayuran.

    2.6 DAUN LIDAH ULAR

    Daun Lidah Ular, Oldenlandia speciosa dikenali juga sebagai kermah atau keci. Ia selalunya dijumpai di dalam semak dan tumbuh menjalar serta mempunyai ketinggian 20 – 50 cm. Daunnya adalah tunggal dan tersusun berhadapan secara berpasangan. Manakala warna daunnya adalah hijau dan panjang daun adalah 1.5 – 2 cm sahaja.

    Daun Lidah Ular adalah boleh mengubati penyakit tumor. Caranya ialah ambil 45 gram Daun Lidah Ular dan dicampur dengan akar lalang sebanyak 15 gram serta 100 gram gula merah. Selepas itu direbus dengan 3 000 cc air. Bahan tersebut direbus sehingga air yang tinggal hanya 200 – 300 cc. Bolehlah diminum sebanyak 3 kali bagi merawati penyakit tersebut.

    2.7 DAUN MUNGSI ARAB

    Nama Latin bagi Daun Mungsi Arab ialah Artemisia cina. Daun Mungsi Arab boleh ditemui di dalam semak dan tingginya adalah lebih kurang 15 cm sahaja. Ia mempunyai daun tunggal dan di permukaan bawahnya adalah berbulu. Daun ini senang dikenali kerana warnanya adalah hijau keputihan.

    Daun ini juga mempunyai alkaloid, saponin dan juga polifenol yang mana ia boleh menjadi ubat cacing. Bagi mengubati penyakit ini, 20 gram Daun Mungsi Arab yang segar direbus dengan 2 gelas air selama 20 minit. Setelah disejukkan dan ditapis, bolehlah diminum 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

    2.8 DAUN GELENGGANG

    Gelenggang juga dikenali sebagai daun kurap dan juga ‘ludangan’. Ia juga merupakan tumbuhan yang digunakan di dalam perubatan tradisional iaitu untuk ‘ubat kurap’. Nama Latin bagi gelenggang ialah Cassia alata daripada famili Leguiminosae. Famili ini juga dikenali sebagai Fabaceae. Sinonim yang terdahulu digunakan dalam dunia sains untuk Gelenggang, Cassia alata ialah Herpetica alata. Gelenggang ini boleh didapati di kawasan tropika. Walau bagaimanapun ia berasal daripada Amerika Tropika.

    Di negara kita, gelenggang tumbuh pada kawasan terbiar, tebing sungai, tepi jalan, tepi pagar dan juga kawasan lain yang terdedah kepada cahaya matahari. Daun gelenggang ini juga amat sesuai untuk mengubati kurap dan penyakit-penyakit kulit yang lain. Cara mengubatinya ialah dengan menggosok daun pada tempat berkurap. Ia juga boleh ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan kapur atau bahan lain sebelum ditampal pada tempat yang berpenyakit kulit seperti kurap.

    2.9 DAUN PECUT KUDA

    Daun Pecut Kuda, Stachytarpheta jamaicensis dikenali juga sebagai daun jarong, biron ataupun sekar laru. Ia tumbuh tegak dan tinggi sekitar 50 cm. Manakala daunnya pula terletak berhadapan dengan daun yang lain, berbentuk bulat telur, berwarna hijau dan juga mempunyai tepi daun yang bergerigi.

    Daun Pecut Kuda ini boleh digunakan bagi penyakit hepatitis A. Ia mengandungi bahan seperti glikosida dan alkaloid. Bagi mengubati penyakit hepatitis A, 5 – 10 batang (daun dan bunga) direbus. Hasil rebusan tadi ditambah dengan gula batu dan hendaklah diminum 2 kali sehari iaitu pagi dan petang.

    2.10 DAUN UNGU

    Daun ungu, Graptophyllum pictum juga dikenali sebagai daun pudin ataupun daun temen. Tinggi pokok ini adalah lebih kurang 2 meter. Daunnya adalah tunggal dan berbentuk bulat telur dan mempunyai permukaan atas yang berkilat. Panjang daunnya adalah 15 – 25 cm dan lebar 5 – 11 cm serta berwarna ungu dan kadang kala berwarna ungu tua.

    2.11 DAUN NILAM

    Daun nilam, Pogostemon cablin atau dikenali sebagai Daun Dilem. Merupakan pokok yang tinggi lebih kurang 1 – 2 meter. Ia mempunyai daun tunggal, tepi daun yang bergerigi dan permukaan daun yang berbulu. Manakala panjang daun ini adalah 6 – 7 cm dan lebar 5 – 6 cm.

    Permukaan Daun Nilam ini adalah berwarna hijau serta bawahnya berwarna hijau keunguan. Daun ini berkhasiat bagi mengubati cirit-birit dan juga menghilangkan bau badan. Untuk menghilangkan bau badan, 100 gram Daun nilam yang segar dicuci bersih dan selepas itu direbus dengan menggunakan 10 liter air selama 15 minit. Air rebusan tadi digunakan semasa mandi.

    3.0 PENUTUP

    Terdapat berbagai-bagai jenis tumbuhan di alam ini. Ia bergantung kepada kebijaksanaan manusia dalam membongkar rahsia yang ada pada tumbuhan tersebut. Manusia akan cuba menyingkap rahsia dan misteri di sebalik kepentingan tumbuh-tumbuhan dalam perubatan khususnya khasiat ‘daun’.

    Pengamal perubatan tradisional mestilah bekerjasama dengan dunia perubatan moden dalam mencari kepentingan tumbuhan ubatan yang ada di atas muka bumi ini. Allah menjadikan kelebihan dan kepentingan tumbuhan kepada manusia bagi digunakan di atas muka bumi ini. Jadi kita patutlah bersyukur di atas anugerah dan pemberian-Nya. Sebagai contohnya bumi yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan menghijau serta penuh dengan kedamaian dan keselesaan untuk semua kehidupan. Alhamdulillah.

    4.0 RUJUKAN

    B. Sarwono, 1994, Majalah Trubus 297 : Daun Ubatan, Yayasan Sosial Tani Membangun, Indonesia.

    Muhammad B. Zakaria & Mustafa Ali Mohd., 1994, Traditional Malay Medicinal Plants, Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd., Kuala Lumpur.

    Iin Hashim, 1994, Majalah Trubus 298 : Daun dan Kehidupan, Yayasan Sosial Tani Membangun, Indonesia.

    Suana Jaid, Tumbuh-tumbuhan dalam Perubatan Tradisional.

    http://www.geocities.com/Hearthland/Oaks/8964

    Friday, July 8, 2011

    Ramlee Awang Murshid.

    ——————————————-

    Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

    Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

    Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

     

     

    Latar belakang pendidikan

     

     

    Anugerah

    • Pemenang tempat kedua untuk novel Igauan Maut (1995) dalam Pertandingan Menulis Novel Dewasa, anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka, cawangan Kota Kinabalu.
    • Anugerah Sastera Negeri Sabah 1995/1996 menerusi novel Igauan Maut
    • Pemenang tempat kedua untuk novel Pei Pan, anjuran Hadiah Sako Novel Nasional 2002.
    • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2004/2005 menerusi novel Pei Pan
    • Anugerah Sastera Negeri Sabah 2006/2007 menerusi novel Bagaikan Puteri
    • Anugerah Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2009 menerusi novel Hijab Sang Pencinta (tempat ke-3)

    Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

    Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

    Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk “thriller” dan seram.

     

     


    Sinopsis : MANDATORI

    Bermula dengan hukuman di tali gantung yang dikenakan ke atas seorang pemandu, Carlos menyimpan dendam menuntut keadilan. Seorang demi seorang yang menzalimi akan terpaku di mahkamah keadilan yang dicipta oleh Carlos sendiri. Dialah pendakwa raya dan dia jugalah hakim. Bagi Carlos, peguambela sudah tidak perlu lagi kerana pendakwaan membawa erti kesalahan telah terbukti. Sesiapa yang diadilinya pasti akan menerima hukuman dengan sekali perbicaraan. Dan hukuman yang pasti ialah hukuman mati mandatori!


    Sinopsis : RANGGAU

    Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat.


    Sinopsis : TOMBIRUO

    Tiga kali surat wasiat itu dipinda. Empat nama telah disenaraikan. Nama kelima telah disingkirkan. Dua belas pembunuhan kemudian telah dilakukan. Lelaki sadis itu sanggup membunuh kerana nafsu, wang, kuasa dan dendam! Dan setelah 30 tahun, mereka dipertemukan untuk mengatur semula episod hidup yang penuh ngeri.


    Sinopsis : SEMANGAT HUTAN

    Bila Amiruddin terdengar berita mengenai sebuah jet peribadi terhempas di hutan Keningau, memorinya segera terbayangkan Wan Suraya kekasihnya. Benar… gadis itu adalah di antara mangsa yang terlibat. Dengan seorang rakan, Amiruddin bergegas ke tempat tragedi. Saudaranya yang tinggal di hutan juga dihubungi secara psikik untuk turut membantu. Dalam pada itu, sejenis makhluk aneh berkeliaran di hutan tersebut. Rogon amat digeruni oleh penduduk di pedalaman. Raungannya sahaja boleh mengecutkan perut. Bila ia menerjah, mangsa hanya mampu pasrah menanti ajal. Rogon juga tercium bau manusia di hutan sekitar tempat terhempasnya jet itu. Di antara Amiruddin dan Rogon, siapakah yang terlebih dahulu menemui Wan Suraya?


    Sinopsis : TOMBIRUO TERAKHIR

    KETERAMPILAN dan imej baru Ejim menggugah hati Wan Suraya, sekali gus mencetus rasa cemburu Dr. Haslia. Ejim yang kini dikenali sebagai Amaruddin, saling tidak tumpah menyerupai kembarnya Amiruddin yang telah meninggal dunia. Munculnya Ejim di Kuala Lumpur menyebabkan Wan Suraya melihat ‘Amiruddin’ dalam diri lelaki Tombiruo itu. Wan Suraya yang telah bertunang dengan Tan Sri Nasir tiba-tiba menunda tarikh perkahwinan mereka. Apabila perkara sebenar terbongkar, Tan Sri Nasir yang merupakan penaja utama pembedahan wajah Ejim mula memusuhi lelaki Tombiruo itu. Dia tidak mahu kehadiran Ejim mengganggu gugat cinta sucinya terhadap Wan Suraya. Kehidupan di Kuala Lumpur rupa-rupanya tidak menjanjikan kebahagiaan. Ejim hidup dengan penghinaan, dugaan dan cabaran. Hasrat hatinya ingin kembali ke Hutan Keningau ditentang Dr. Haslia. Bagaimanapun, hasrat hatinya itu terlaksana jua setelah 10 tahun berlalu. Selama tempoh itu, Ejim telah pun berkahwin dan dianugerahkan seorang anak perempuan. Sekembalinya ke Hutan Keningau, dia mendapati Hutan Keningau bergolak lagi dengan kemunculan ‘Seorang Tombiruo’. Siapa isteri Ejim? Mampukah Ejim menjiwai semula semangat Hutan Keningau setelah 10 tahun berlalu? Tergamakkah Ejim meninggalkan anak dan isterinya demi menyahut seruan semangat Hutan Keningau? Dan siapakah ‘Tombiruo Terakhir’ yang mengaku sebagai raja rimba di daerah pedalaman itu? Tombiruo Terakhir… rasailah pergolakan perasaan yang sarat dengan cinta dan kasih sayang, saspens, debaran asmara dan pertelingkahan.


    Sinopsis : SATU JANJI

    Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah percintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman. Tragedi pembunuhan ayah Luqman, telah membuka satu rahsia yang menjadi hijab jalur pengkhianatan. Pada ketika inilah Luqman menemui Adelia Mustapha. Kasih dan cinta Luqman, rupa-rupanya menjadi racun berbisa di hati Adelia. Janji yang begitu teguh di hati Luqman akhirnya membawa musibah. Dengan segala kudrat, Luqman berusaha bangkit untuk menggapai janjinya semula. Dan di hadapannya ada seseorang yang telah menghulurkan tangan untuk membantu Luqman melaksanakan satu janji yang pernah terungkai.


    Sinopsis : ADAM (AKU DARAH ANAK MALAYSIA)

    DIA MUNCUL SECARA TIBA-TIBA. DIA MENGHILANG ENTAH KE MANA…Bila Hilman dapat bertemu dengan anaknya Jeslina di New York setelah berbelas tahun terpisah, mereka berasa begitu bahagia. Namun, keriangan mereka diragut bila kereta yang mereka naiki terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Jeslina koma sementara Hilman pula dituduh memandu dalam keadaan mabuk. Dalam situasi genting itu, muncul Mia Sara, seorang petugas di Kedutaan Malaysia, Washington D.C. Melalui bantuannya, Hilman dinasihatkan ke mahkamah untuk mendapat keadilan. Namun, bila satu konspirasi untuk menutup kemalangan itu diketahui oleh Hilman, dia mengambil keputusan untuk mencari kebenaran dengan caranya. Sebagai seorang penembak tepat dalam pasukan Polis diRaja Malaysia, survival adalah mainan hidupnya. Siasatannya terhadap konspirasi kemalangan itu akhirnya membawa beliau ke pintu White House! Dan, Hilman tidak sekali-kali terpaku di hadapan pintu itu…


    Sinopsis : HATIKU DI HARAJUKU

    Ryu-Watanabe berasa tidak dirahmati; dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang hidupnya tidak pernah tenteram lalu membawa diri ke Jepun. Dia menyertai satu kumpulan yakuza dan menjadi samurai yang mahir bermain pedang. Jenaya adalah gelanggang permainannya dan penamat permainan itu adalah maut.Dalam kumpulan itu, dia jatuh cinta dengan Noriko. Kisah mereka dan kumpulan yakuza menjadi tarikan kepada Sabrina untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Dia bersama Murni melancong ke Tokyo untuk mencari Ryu-Watanabe. Adakah mereka dapat menemui Ryu-Watanabe? Siapa sebenarnya Ryu-Watanabe itu? Adakah dia menyesal menganggotai kumpulan yakuza dan menjadi samurai?


    Sinopsis : RAHSIA PERINDU

    Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.

    Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya. Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah. RAHSIA PERINDU penuh debaran yang menggelisahkan pembacaan anda. Sentuhan luar biasa daripada `novelis thriller no. 1 Malaysia’ ini sarat dengan kisah cinta suami isteri yang meruntun perasaan. Saspens sehingga merasakan ada `orang lain’ sedang memerhatikan anda!


    Sinopsis : UNGU KARMILA

    ATAS nama cinta… mahligai impian itu dibina. Vila Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinya, Karmila. Namun, tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi.Beberapa tahun berlalu… vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki vila itu. Akhirnya, dia menjadi korban pertama. Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya ‘sesuatu’ yang berada di situ sedang ‘tidur’. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia ‘terbangun’, maka pembunuhan pasti terjadi lagi. Ema, seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah ‘membangunkan sesuatu’ di dalam vila berkenaan. Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa. Tragedi silam berulang kembali! RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mistik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang `jahat’ sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi… hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!


    Sinopsis : BAGAIKAN PUTERI

    Haryani dan Laksamana Sunan…
    saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza. Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam. Dani… pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21. Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


    Sinopsis : CINTA SANG RATU

    Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya.Awal abad ke-21, bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani selamat dari badai ombak itu. hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya. Inilah kisah pertembungan dua zaman yang pastinya membuatkan anda sayang sekali untuk meninggalkan walaupun satu perkataan kerana ceritanya semakin PANAS!!!


    Sinopsis : HIJAB SANG PENCINTA

    RASA rindu terhadap keluarga menggamit hati Saifudin merentasi Tanah Sumatera untuk pulang ke Punggor, Tanah Melayu. Namun, kejahatan seolah-olah memburunya. Setiap langkahnya dibayangi halangan yang tak berkesudahan.Berita kepulangannya di Tanah Melayu sampai ke pengetahuan Sultan Melaka. Kemarahan baginda kerana tidak dapat mengahwini Haryani menyebabkan dia mula menjadi buruan orang istana. Saifudin lari ke gua. Di situlah bermulanya satu lagi keajaiban. Jasadnya berpindah merentasi hijab masa untuk sampai ke abad 21. Sekali lagi Saifudin bertemu dengan Haryani dan kisah cinta yang melangkaui masa mekar semula. Namun, kejahatan yang senantiasa mengiringi setiap injak kakinya masih mengekori. Kali ini tebakan musuh durjana mengakibatkan sengketa yang tercetus di langit berlaku lagi. HIJAB SANG PENCINTA – pelengkap trilogi Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu ini sarat dengan konflik hingga ke akhir. Lagenda minda, Saifudin atau Laksamana Sunan ciptaan Ramlee Awang Murshid sekali lagi menggentar perasaan dan menggetar naluri anda yang menghayatinya. Ikutilah epik thriller ini…

     

     

    Senarai Novel

    1. Igauan Maut - Dewan Bahasa & Pustaka
    2. Anugerah Pertama - Creative Enterprise
    3. Pei Pan - Utusan Publications & Distributions
    4. Tombiruo - Alaf 21
    5. Semangat Hutan - Alaf 21
    6. Tombiruo Terakhir - Alaf 21
    7. Ranggau - Alaf 21
    8. Mandatori - Alaf 21
    9. ADAM - Alaf 21
    10. Satu Janji - Alaf 21
    11. Bagaikan Puteri - Alaf 21
    12. Rahsia Perindu - Alaf 21
    13. Hatiku Di Harajuku - Alaf 21
    14. Cinta Sang Ratu - Alaf 21
    15. Hijab Sang Pencinta - Alaf 21
    16. Ungu Karmila - Alaf 21
    17. Personal Justice (ADAM versi Inggeris)- Alaf 21
    18. Mikhail - Alaf 21
    19. 9 Nyawa - Alaf21
    20. Cinta Sufi - Alaf21
    21. Rayyan Fantasi - Alaf21
    22. Sutera Bidadari - Grup Buku Karangkraf (sebelum ini dikenali sebagai Alaf21)

    Thursday, July 7, 2011

    Naskhah Al-quran Pertama di Dunia.

    Assalammualaikum!

    Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.
    Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta.
    Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.

    Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

    Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.

    Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

    Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.

    Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.

    Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

    Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

    Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.

    Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.

    Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

    Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.

    Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

    Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

    Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.

    Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

    Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.

    Posted @ www.isuhangat.net

    Tuesday, July 5, 2011

    Orang Kafir Membaca Al-quran.

    Assalammualaikum! Tidak berapa dulu, kita digemparkan dengan kisah President Amerika, Barrack Obama membaca al-quran, malah pernah memberi penghormatan kepada al-quran dan pernah menghalang upacara pembakaran al-quran. Ini tidak menghairankan kerana Nenek dan bapa saudara Obama berugama islam. Kini kita diwartakan tentang Tony Blair membaca al-quran terjemahan pada setiap hari. Marilah kita berdoa agar mereka semua diberi hidayat dan kekuatan untuk menganuti ugama bimbingan al-quran pada suatu hari nanti.
    Bekas PM Britain baca Al-Quran setiap hari

    LONDON - Bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang merupakan seorang penganut ajaran Katholik, mengaku membaca kitab suci umat Islam, al- Quran (yang diterjemahkan) pada setiap hari, lapor sebuah akhbar semalam.

    Pemimpin berusia 58 tahun itu berkata, beliau membaca Al-Quran untuk memastikan bahawa beliau lebih memahami tentang ajaran Islam.

    Dalam satu wawancara dengan majalah Observer yang disiarkan pada Sabtu lepas, Blair berkata: "Saya percaya adalah penting untuk kita celik agama dalam dunia global masa kini."

    "Saya membaca al-Quran setiap hari. Antara tujuannya adalah untuk memahami beberapa perkara yang berlaku di dunia ini, tetapi lebih penting, ia (al-Quran) banyak memberikan maklumat berguna," ujarnya.

    Menurut Blair, beliau percaya kefahaman mengenai Islam dapat membantu dalam peranannya sebagai Utusan Rasmi Asia Barat untuk Kuartet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Rusia.

    Blair sebelum ini memuji agama Islam sebagai indah dan menyatakan Nabi Muhammad SAW penggerak yang kuat dalam membentuk masyarakat bertamadun.

    Adik ipar pemimpin tersebut, Lauren Booth memeluk agama Islam pada Oktober tahun lalu. - Agensi

    B

    Monday, July 4, 2011

    10 Haiwan Yang Bijak Menipu.

    Assalammualaikum! Ini cerita binatang lagi. Maaflah. ada yang komen, akak suka cerita pasal binatang. Itu memang benar. Akak memang sayangkan binatang, kerana mereka juga ciptaan Allah. Akak suka sekali mendengar dan mencari cerita/berita tentang binatang. Semuanya mengajar kita mengkagumi Pencipta yang maha berkuasa.

    Menjadi predator tidaklah mudah. Banyak dari mereka dalam mengejar mangsa, berhasil hanya sesekali, dan sering buang-buang energi dalam prosesnya. Mereka bahkan beresiko terluka atau terbunuh oleh calon mangsa. Beberapa predator telah dikembangkan secara khusus teknik dan adaptasi yang memungkinkan mereka untuk mengelabui mangsa sehingga mangsa tidak pernah menduga bahaya sampai semuanya terlambat.

     

    1. Margay

    Bangsa Romawi kuno percaya akan monster raksasa yang disebut Crocotta. Mahluk ini disebut sebagai binatang seperti serigala yang berasal dari India atau Ethiopia, dan juga dikenal memiliki kemampuan untuk meniru ucapan manusia. Ketika lapar, Crocotta sering bersembunyi di dekat desa atau rumah manusia dan mendengarkan dengan cermat percakapan orang-orang. Akhirnya ia akan belajar memanggil nama seseorang dan memanggil orang itu dengan namanya, memikat dia ke dalam hutan dan melahapnya.
    Meskipun konsep ini menakutkan, versi Crocotta tak lebih dari versi ekstrim dari binatang dalam kehidupan nyata, hyena, makhluk yang memang bisa membuat beberapa suara menakutkan seperti manusia, tapi tidak benar-benar bisa meniru ucapan manusia.
    Diketahui bahwa Margay, seekor kucing arboreal kecil dari Meksiko, Amerika Tengah dan Selatan, memiliki kemampuan untuk meniru panggilan monyet bayi yang sedang dalam kesusahan. Ini tentu saja membuat khawatir induk monyet yang kemudian datang untuk berniat menolong sebelum diserang dan dimakan oleh Margay. Para ilmuwan yang menyaksikan ini sambil melakukan penelitian di Brasil tidak bisa percaya mata mereka, namun penduduk asli tidak terkejut, mereka memberitahu para ilmuwan bahwa Margays juga dapat meniru suara hewan lain, seperti tinamou (burung terbang) dan agouti (tikus besar).(dalam bahasa Indonesia)
    rezkyalviannor/

     

    2. Kunang-kunang Photuris
    Kunang-kunang bukan lalat sejati, mereka termasuk urutan Coeleoptera, mereka sejenis kumbang. Mereka terkenal karena kemampuan mereka menghasilkan cahaya. Sebagian kunang-kunang menggunakan cahaya mereka untuk berkomunikasi satu sama lain, kebanyakan lainnya adalah untuk menarik pasangan.
    Betina Photinus memiliki sayap yang sangat pendek dan tidak bisa terbang, tapi yang jantan bisa. Selama musim kawin, Photinus jantan terbang di atas tanah dan memancarkan kedipan untuk menarik betina. Betina yang di tanah menonton photinus jantan dan merespons dengan mengedipkan cahaya juga. Lalu Kunang-kunang Photuris masuk. Makhluk ini memata-matai betina dari spesies Photunis dan meniru pola mereka berkedip untuk menarik kunang-kunang jantan agar tidak curiga. Ketika kunang-kunang jantan turun ke tanah bersiap untuk kawin, mereka dengan cepat diserang dan dimakan oleh kunang-kunang Photuris.

     

    3. Coati
    Coati betina dan jantan muda hidup dalam kelompok besar, sedangkan yang jantan dewasa sering hidup sendirian. Mereka terkenal akan kecerdasan mereka, dan meskipun mereka kebanyakan makan cacing, telur, buah-buahan dan serangga, mereka bersenjatakan taring besar dan cakar yang kuat dan kadang mampu berburu hewan yang lebih besar.
    Menurut beberapa catatan, salah satu makanan favorit coati adalah iguana hijau. Kadal besar ini sering ditemukan di pohon, jadi coati bersiap-siap menggunakan kerja tim untuk memburu mereka. Beberapa Coati memanjat pohon dan menakuti iguana agar melompat ke tanah, dan coatis lainnya dengan cepat menangkap mereka. Iguana memang secara naluriah diprogram untuk melompat ke tanah setiap kali mereka merasa terancam. Hal itulah yang membuat trik coati yang sederhana tersebut menjadi sangat efektif.

     

    4. Serangga Pembunuh Laba-laba

    Serangga pembunuh adalah salah satu serangga predator yang mematikan. Mereka tidak cepat, tetapi menggunakan teknik yang cerdik untuk berburu. Beberapa menyamarkan diri mereka sebagai semut untuk memangsa semut lain dengan menggunakan kamuflase untuk menyergap mangsa.
    Salah satu mangsa serangga pembunuh adalah laba-laba. Ketika serangga ini menemukan jaring laba-laba, ia menggunakan kakinya untuk memasuki benang sutra dan mengirimkan getaran yang sangat mirip dengan yang dihasilkan oleh seekor serangga ketika terjebak dalam jaring. Indra laba-laba pun menangkap getaran dan mendekat untuk menangkap sesuatu yang dikiranya adalah mangsanya, tapi serangga pembunuh sudah menunggu untuk menyergap laba-laba.

     

    5. Bangau Hijau

    Bangau hijau dikenal suka menjatuhkan benda kecil ke permukaan air, berharap ada ikan kecil yang tertipu yang mengira bahwa benda tersebut adalah makanan, kemudian bangau ini dengan cepat menangkap korban yang tidak curiga. Tidak semua bangau hijau menggunakan teknik ini, tetapi mereka yang menjadi sangat berbakat, dan mereka bahkan melakukan percobaan dengan berbagai jenis umpan.
    Beberapa bangau pernah terlihat mencuri roti karena ia pernah melihat orang-orang memberi makan bebek di kolam dengan menggunakan roti sebagai umpan. Bangau lain dikenal sering menangkap ikan kecil tapi bukan untuk dimakan, melainkan digunakan sebagai umpan untuk ikan yang lebih besar.
    Beberapa ahli percaya bahwa mereka belajar dari manusia, sementara yang lain berpikir bahwa mereka belajar sendiri dengan mengamati bagaimana ikan kecil akan menyelidiki benda kecil atau binatang yang jatuh ke air. Perilaku ini jelas tidak naluriah, yang membuat bangau hijau ini sangat mungkin menjadi pemangsa paling cerdas dalam daftar ini.

     

    6. Ular Bertentakel
    ular tentakel ditemukan di Asia Tenggara bagian timur dan merupakan spesies akuatik yang kebanyakan makan ikan. Fitur tubuhnya yang paling terkenal adalah tentakel yang berdaging aneh di moncongnya.
    Tentakel ini sebenarnya sensor yang sangat sensitif, yang memungkinkan ular untuk mendeteksi gerakan dalam air dan menyerang setiap ikan yang berenang di dekatnya. Sifat lainnya yang menarik adalah kecepatan ular ini yang menyerang dengan tentakel secara luar biasa, yang diperlukan hanya 15 milidetik untuk ular untuk menangkap mangsanya.

     

    7. Anglerfish
    Anglerfish adalah jenis ikan dari laut dalam, secara luas dikenal karena penampilannya yang mengerikan dan kebiasaan reproduksi yang aneh. Mereka juga merupakan ikan yang paling terkenal dari semua predator yang menggunakan teknik memikat. Menariknya, hanya betina saja yang memiliki antena, antena tersebut sebenarnya adalah duri dari punggung yang menonjol di atas mulut ikan seperti pancing. Pada ujung tulang belakang terdapat organ seperti bola yang berisi bakteri bercahaya yang bisa menghasilkan cahaya biru-hijau yang mirip dengan kunang-kunang.
    Ketika ikan atau avertebrata lain terpikat, anglerfish menelannya dengan utuh, perut dan tulangnya sangat fleksibel yang memungkinkan ikan ini bisa memakan mangsa hingga 2 kali ukuran tubuhnya.

     

    8. Wobbegong
    Wobbegongs adalah salah satu hiu yang paling aneh. Hiu ini bergerak lambat dan tidak mengejar mangsa. Sebaliknya, mereka tetap bergerak di bawah laut dengan mengandalkan kamuflase untuk menyembunyikan diri dari calon mangsa dan predator.
    Ia memiliki pelengkap berdaging di sekitar mulutnya untuk tujuan ganda, yaitu untuk memecah siluet hiu sehingga meningkatkan kamuflase, dan untuk memancing ikan kecil dan hewan lainnya.


    9. Kura-Kura Aligator

    Predator terkenal ini adalah penyu air tawar yang terbesar di Amerika Utara, yang beratnya bisa mencapai 100 kg atau lebih, dan tinggal di danau, sungai dan rawa. Meskipun tubuhnya dilengkapi dengan rahang yang kuat dan cakar yang tajam, mahluk ini tetaplah hewan kura-kura, dan tidak dapat mengejar mangsanya dengan cepat. Sebaliknya, ia menggunakan teknik berburu yang sangat mirip dengan yang ada pada pit viper Cantil.
    Binatang ini terletak bergerak di air, terlihat seperti batu yang tidak berbahaya dengan rahang yang terbuka lebar. Lidahnya memiliki tambahan daging yang nampak seperti cacing, dan kura-kura bisa menggerak-gerakkan daging tersebut untuk membuatnya tampak seperti cacing.

    10. Cantil
    Ditemukan di Meksiko dan Amerika Tengah, ular ini berasal dari keluarga pit viper, dan erat hubungannya dengan viper cottonmouth dan copperhead dari Amerika Serikat bagian selatan. Mereka sangat berbisa, gigitan mereka bisa menyebabkan perdarahan dan bahkan gagal ginjal, korban yang tidak segera diobati setelah terkena gigitan cantil cenderung meninggal dalam beberapa jam.
    Cantil tidak bisa bergerak cepat seperti kobra dan mamba, Cantil memiliki tubuh yang pendek berat dan tidak dapat mengejar mangsa dengan cepat. Sebaliknya, ia menggunakan trik pintar untuk memikat korban-korban mereka ke dalam berbagai serangan. Karena banyak dari makanan calon korbannya adalah cacing, mereka tertipu untuk mendekati atau bahkan menyerang ekor cantil, dan kemudian ular ini bisa menyerang dan menyuntikkan racun yang mematikan pada mangsa.