Total Pageviews

Ramai Yang Meminati: Anda bagaimana pula?

Pages

Kenalilah dunia ciptaan sahabat-sahabatku:

Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian:

Kasih manusia sering bermusim, madah helahnya tiada bertepi;
Dengan harapan kubina impian,
kau sentuh runtuh tinggal kenangan.
Biarpun hatiku retak seribu,
kau tetap kukunci di dalam hatiku.

Love me but, leave me not,
Kiss me but, miss me not,
Hit me but, hate me not,
Remember me but, forget me not.

Teman!
Di taman ini aku menantimu bersama segunung rindu yang sarat. entahkan bila ketemu penawarnya. Aku kehilangan, yang tinggal hanyalah kerinduan.
Di sini, akumengukir syair di atas air, meniti buih mengejar pelangi. Beralaskan mimpi syahdu kelmarin, kini menjadi igauan siangku. rindu ini di manakah noktahnya? Cinta ini bilakah ajalnya?
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang. seucap janji membuat kita percaya. sekecil luka akan membuat kita kecewa. tetapi, sebuah persahabatan akan selamanya bermakna."
rinduku padamu tak bisa pudar, kasihku padamu belum tercemar.

Apakah yang anda cari?

Tuesday, May 11, 2010

Senarai Orang Kaya Malaysia: 2009.

40 Orang Terkaya Malaysia 2009 Forbes Asia

Senarai Terkaya Forbes Asia Malaysia bagi tahun 2009 menunjukkan Tan Sri

Robert Kuok

dari Kumpulan Kuok

kekal sebagai rakyat Malaysia yang paling kaya dengan nilai bersih AS$9 bilion,

turun daripada AS$10 bilion setahun lalu. Menurut Forbes, Kuok menduduki tempat itu

setiap tahun sejak Forbes Asia memulakan ranking 40 rakyat Malaysia terkaya pada

2006.

Robert Kuok

Tan Sri Ananda Krishnan

pula menduduki tempat kedua dengan nilai bersih AS$7 bilion, turun daripada AS$7.2

bilion pada tahun lalu. Beliau juga mengekalkan ranking yang sama setiap tahun sejak

2006.

Secara bersama, Kouk dan Ananda mencatatkan 44 peratus daripada kekayaan teratas

40 rakyat Malaysia terkaya dan mereka juga orang terkaya di Asia Tenggara.

Peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia,

Kumpulan IOI, Tan Sri

Lee Shin Cheng

merupakan rakyat Malaysia ketiga terkaya.

Syed Mokhtar AlBukhary

Beliau bernilai AS$3.2 bilion, turun daripada AS$5.5 bilion pada tahun lalu tetapi

mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga.

Empat puluh orang rakyat Malaysia terkaya yang disatukan mempunyai nilai harta bersih

AS$36 bilion, turun daripada AS$46 bilion setahun lalu.

Malaysia mempunyai sembilan orang bernilai berbilion dolar yang secara bersama bernilai

AS$30 bilion atau 84 peratus daripada keseluruhan kekayaan yang dihimpunkan oleh

40 orang terkaya di negara ini. Ia adalah perbezaan kekayaan terbesar di dalam senarai

terkaya Forbes Asia.

Senarai 40 orang terkaya di Malaysia 2009 menurut Forbes Asia:

1.(1) Robert Kuok AS$ 9 billion, 85, berkahwin, 8 orang anak.

2.(2) Ananda Krishnan AS$ 7 billion, 71, berkahwin, 3 orang anak.

3.(3) Lee Shin Cheng AS$ 3.2 billion, 70, berkahwin, 6 orang anak.

4.(5) Lee Kim Hua AS$ 2.5 billion, 80, janda, 6 orang anak.

5.(4)

Teh Hong Piow

AS$ 2.4 billion, 79, berkahwin, 4 orang anak.

6.(6)

Quek Leng Chan

AS$ 2.3 billion, 68, berkahwin, 3 orang anak.

7.(7)

Yeoh Tiong Lay

AS$ 1.8 billion, 79, berkahwin, 7 orang anak.

8.(8) Syed Mokhtar AlBukhary AS$ 1.1 billion, 57, berkahwin, 5 orang anak.

9.(10)

Tiong Hiew King

AS$ 1 billion, 74, berkahwin, 4 orang anak.

10.(9) Vincent Tan AS$ 750 juta, 57, berkahwin, 11 orang anak.

11.(11)

Azman Hashim

AS$ 470 juta, 69, berkahwin, 5 orang anak.

12.(12) William H.J. Cheng AS$ 390 juta, 66, berkahwin, 3 orang anak.

13.(26) G. Gnanalingam AS$ 260 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

14.(15) Lim Kok Thay AS$ 225 juta, 57, berkahwin, 3 orang anak.

15.(19) Anthony Fernandes AS$ 220 juta, 45, berkahwin, 2 orang anak.

16.(20) Mokhzani Mahathir AS$ 215 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

17.(17) Lee Oi Hian AS$ 210 juta, 58, berkahwin, 4 orang anak.

18.(-) Chan Fong Ann AS$ 209 juta. 78, berkahwin.

19.(21) Kamarudin Meranun AS$ 205 juta, 48, berkahwin, 5 orang anak.

20.(24) Chong Chook Yew AS$ 200 juta, 87, janda, 4 orang anak.

21.(-) Chen Lip Keong AS$ 195 juta, 61.

22.(13) Lee Swee Eng AS$ 190 juta, 53, berkahwin.

23.(22) Jeffrey Cheah AS$ 185 juta, 64, berkahwin, 3 orang anak.

24.(27)

Lim Wee Chai

AS$ 180 juta, 51, berkahwin, 2 orang anak.

25.(34) Ahmayuddin Ahmad AS$ 175 juta, 52, berkahwin, 4 orang anak.

26.(23) Lee Hau Hian AS$ 174 juta, 55, berkahwin, 1 orang anak.

27.(29) Lau Cho Kun AS$ 165 juta, 73, berkahwin.

28.(16) Vinod Sekhar AS$ 150 juta, 41, berkahwin, 2 orang anak.

29.(33) Liew Kee Sin AS$ 140 juta, 50, berkahwin, 4 orang anak.

30.(32) Tiah Thee Kian AS$ 135 juta, 61, berkahwin, 5 orang anak.

31.(-) Rozali Ismail AS$ 130 juta, 53, berkahwin.

32.(36) Lin Yun Ling AS$ 115 juta, 54, berkahwin, 2 orang anak.

33.(18) Yaw Teck Seng AS$ 113 juta, 71, berkahwin.

34.(-) Goh Peng Ooi AS$ 112 juta, 53.

35.(35) Eleena Azlan Shah AS$ 110 juta, 49, berkahwin, 2 orang anak.

36.(31) David Law Tien Seng AS$ 105 juta.

37.(-) Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir AS$ 100 juta, 61, berkahwin, 3 orang anak.

38.(-)

Hamdan Mohamad

AS$ 98 juta, 53, berkahwin, 2 orang anak.

39.(-) Tan Teong Hean AS$ 95 juta, 65, berkahwin, 3 orang anak.

40.(28) Kua Sian Kooi AS$ 90 juta, 56, berkahwin, 4 orang anak.

Tiga individu yang baru tersenarai di dalam kumpulan terkaya ini ialah anggota Lembaga

Pengarah IOI, Chan Fong Ann (ranking 18, AS$209 juta), tauke judi, Tan Sri Chen Lip

Keong (ranking 21, AS$195 juta) dan eksekutif perisian, Goh Peng Ooi (ranking 34,

AS$112 juta).

Manakala empat orang menyertai semula kumpulan ini selepas terkeluar selama setahun

atau lebih. Mereka ialah Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir (ranking 37, AS$100

juta) dan Tan Sri Tan Teong Hean (ranking 39, AS$95 juta), yang menjual saham Southern

Bank beberapa tahun lalu dan kini membuat pelaburan baru.

Mereka yang terkeluar daripada senarai tahun ini;

Ong Beng Seng, 64 (AS$ 470 juta)

Yaw Chee Ming, 50 (AS$ 240 juta)

Abdul Hamed Sepawi, 59 (AS$ 180 juta)

Ong Leong Huat, 65 (AS$ 130 juta)

Lim Thian Kiat, 51 (AS$ 115 juta)

Khoo Kay Peng, 70 (AS$ 110 juta)

Nazir Razak, 42 (AS$ 100 juta)

Angka dalam kurungan merupakan kedudukan tahun lepas.

Senarai penuh rakyat Malaysia terkaya dan cerita mengenai mereka boleh diperolehi

di dalam majalah Forbes Asia terbitan 8 Jun 2009.

No comments: